Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN SEMASA PRATIKUM

NAMA : ASNA SYIMAH BINTI AMIR SAIDON

NO KAD PENGENALAN : 901201-06-5758

Setelah beberapa minggu saya menjalani tempoh pratikum saya telah dapat
mengenal pasti beberapa masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung terutama ketika berhadapan dengan murid-murid tahun 2
Bestari. Terdapat beberapa perubahan dan penambaikan yang perlu saya lakukan
bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid Tahun 2 Bestari merupakan salah sebuah kelas yang terdiri


daripada murid yang sangat aktif dan sukar dijangka. Jadi, ini merupakan satu
cabaran buat saya untuk memikirkan satu cara bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang kemas dan murid-murid boleh mendengar serta memberikan
tumpuan terhadap pengajaran saya.Oleh itu, saya telah mengadakan perbincangan
dengan beberapa orang guru yang pernah mengajar kelas tersebut.

Saya telah mendapat idea setelah penelitian saya terhadap minat murid-murid
dengan menggubah konsep “token ekonomi” iaitu dengan memberikan murid-murid
anugerah bintang. Setiap murid Tahun 2 Bestari diberikan satu bekas yang
mengandungi 5 biji bintang setiap seorang. Setiap perlakuan yang baik dan
memuaskan akan ditambah bintang dan sikap yang sebaliknya akan dikurang
bintang tersebut. Di akhir bulan, bintang tersebut akan dikira oleh guru dan murid-
murid diberikan penghargaan berupa hadiah.

Didalam pengajaran Bahasa Arab pula saya diamanahkan untuk mengajar


matapelajaran Bahasa Arab Tahun 5 Bestari yang juga terdiri daripada murid-murid
yang cerdas. Murid-murid kelas ini boleh memahami nasihat serta teguran yang
diberikan oleh guru. Namun begitu, saya harus mencuba untuk menjadikan
pengajaran Bahasa Arab sebagai suatu pengajaran yang baik dan menarik.

Perkara pertama yang saya lakukan adalah pada tiap kali kelas hendak
bermula saya akan mengadakan kuiz spontan kepada para pelajar untuk menguji
serta merangsang kosa kata Bahasa Arab yang telah mereka pelajari. Tambahan
pula, saya dapati antara murid lelaki dan perempuan Tahun 5 Bestari amat suka
kepada persaingan berlainan jantina.

Bukan itu sahaja, bagi memantapkan penggunaan Bahasa Arab saya juga
menyelitkan beberapa permainan bahasa dan menggunakan kaedah didik hibur
supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif. Setiap arahan yang
diberikan oleh guru, saya gunakan dalam Bahasa Arab. Sekiranya mereka tidak
memahami arahan tersebut saya akan cuba membuat contoh perlakuan yang
menunjukkan kepada arahan tersebut.

Dalam kesibukan menjalani pratikum, saya dan rakan-rakan yang lain juga
perlu menguruskan fail peribadi pratikum yang harus di kemas kini pada setiap masa
yang ada. Fail pratikum ini mengandungi biodata diri dan segala aktiviti dan tugasan
yang diamanahkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis seperti
mencipta satu inovasi, teori dan menulis jurnal mingguan. Disebabkan saya tidak
mampu menguruskan masa dengan baik saya telah memohon bantuan dari guru lain
untuk membantu saya dalam beberapa hal terutama berkaitan persiapan bahan
bantu mengajar.

Saya juga sentiasa menunjukan rancangan pengajaran harian saya kepada


guru pembimbing saya, Puan Nazraihan binti Mohd Noor untuk menambaikan dan
membaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Puan Nazraihan binti Mohd Noor
juga telah bersetuju dengan pensyarah pembimbing saya iaitu En Mohd Nizam bin
Mohd Tejeri dari Unit Hal Ehwal Pelajar IPG Ipoh bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik sekiranya menggunakan ICT. En. Mohd Nizam bin
Mohd Tejeri berpesan kepada saya untuk menjadi sedikit tegas kepada murid-murid
tersebut pada waktu tertentu.

Saya berharap selama menjalani pratikum yang bermula pada 20 Januari


2014 – 18 April 2014 dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran saya
dengan bantuan daripada Puan Nazraihan dan En Mohd Nizam. InshaAllah.

Anda mungkin juga menyukai