Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan

Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan
pengalaman sebenar kepada pelajar tentang pengendalian program pendidikan
khas integrasi di sekolah. Pelajar kursus ini sebagai guru pembantu hanya
dikehendaki membuat pemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah supaya mereka mendapat pengalaman
yang sesuai. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai pemahaman yang jelas
tentang peranan guru pendidikan khas di sekolah. Semasa menjalani latihan ini,
pelajar tidak akan melakukan tugas-tugas sebenar guru pendidikan khas. Mereka
hanya dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitu membuat pemerhatian
terhadap tugas-tugas guru pendidikan khas, pengurusan murid- murid keperluan
khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dalam kelas pendidikan khas.
Selain itu, tugas guru pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas
mengurus murid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam kelas
pendidikan khas, mengkaji keperluan murid dan menulis laporan RPI serta menulis
jurnal harian dan menyediakan laporan reflektif.

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melalui internship atau praktikal selama sebulan
di SK Taman Nusa Damai Pasir Gudang. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh
warga SK Taman Nusa Damai, terutamanya kepada Guru Besar Tuan Haji
Samsudin Bin , En Yuasmadi Bin Guru Penolong Kanan Ko kurikulum sebagai
mentor, Puan Hamida Guru Penolong Kanan Petang kerana memberi peluang dan
kebenaran kepada saya untuk menjalani internship selama sebulan di sekolah ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang sudi membimbing dan
membantu saya selama saya berada di sekolah ini. Saya juga berterima kasih
kepada pensyarah-pensyarah saya yang telah banyak membantu. Hasil daripada
pembelajaran yang saya ikuti di IPG Temenggung Ibrahim, telah saya aplikasikan
sepanjang saya berada di sekolah ini. Selain itu, saya juga amat berterima kasih
kepada murid murid Sk Taman Nusa Damai Pasir Gudang Johor kerana telah
banyak membantu saya sepanjang saya menjadi guru Matematik di sekolah ini.
Kerjasama yang mereka berikan amat bermakna buat saya. Setelah sebulan berada
di sekolah ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi. Saya juga dapat
menambah pengetahuan terutamanya pengawalan kelas sewaktu pengajaran dan
pembelajaran. Ianya amat berbeza dengan sekolah menengah yang saya ajar
selama 17 tahun.
Internship
Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman sedia ada sebagai

seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek


inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pada peringkat ini, pelajar
dalam pengajaran

perlu

menunjukkan

daya

kreativiti

dan

inovasi

dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang

kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati
diri serta

membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme

keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi.

Objektif
Melalui Internship, pelajar dapat:

I.

Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

II.

Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan


integriti dalam melaksanakan tugas.

III.

Menampilkan

ciri-ciri

kepemimpinan

bersesuaian

dengan

tanggungjawab yang diberikan.


IV.

Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan

komuniti

sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.


V.

Menunjukkan

usaha

menangani

pelbagai

cabaran

untuk

memenuhi

kehendak program pendidikan semasa.


VI.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran


serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan
yang berterusan.

VII.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi


dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.

Refleksi Internship
Hari Pertama (30 Mac / Isnin)
Hari pertama melapor diri di Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai
sebagai guru intership. Dengan surat perlantikan dan surat pengenalan diri, saya
merujuk kepada guru besar. Perbincangan dijalankan di mana saya menerangkan
tujuan intership dilaksanakan. Selepas perbincangan guru besar telah memberi saya
mentor iaitu GPK Kokurikulum En Yuasmdi. Saya juga dikehendaki merujuk kepada
GPK Petang untuk jadual kelas yang perlu diajar. Dengan bantuan Puan Hamida
saya telah diberikan kelas Tahun 3 USM iaitu berkongsi dengan guru En Nik . Murid
3 USM terdiri dari 11 lelaki dan 27 perempuan.

Hari Kedua (2 April / Khamis )

Kelas bermula jam 4.30 petang. Sebelum memulakan pengajaran dan


pembelajaran, saya memasang peralatan LCD projector dan komputer. Dimulakan
pengenalan tentang tujua, guru menggunakan kaedah soal jawab yang berkaitan
tajuk yang diperbincangkan dalam kehidupan harian mereka. Contohnya, Emak
memotong kek kepada empat bahagian yang sama besar kepada anda dan adik
beradik yang laian. Berapakah pecahan yang anda dapat.? Jangkaan jawapan yang
diperolehi ialah murid akan menjawab suku atau satu perempat. Hasil soal jawab ini
guru mengaitkan kosa kata seperti separuh, suku, tiga suku dalam tajuk pecahan.
Bagi menguatkan kefahaman murid dalam Fasa 1, saya telah menjalankan
aktiviti yang menyeronokan. Aktiviti mengisi air dalam botol mineral. Di sini saya
hanya menyediakan lapan botol kosong yang telah ditandakan mengikut senggatan.
Setiap kumpulan menerima satu botol. Bersama botol setiap murid diberkan satu
kad yang mengandungi kosa kata pecahan. Contohnya suku, separuh dan juga
dalam bentuk nombor. Dengan menggunakan kad tersebut, murid diberi masa 3
minit untuk mengisi air dalam botol tersebut mengikut sengatan. Sesampainya murid
di dalam kelas, murid akan menunjukkan botol yang telah diisi dengan air sambil
membaca kosa kata pada kad. Murid yang lain akan melihat dan mengiakan bagi
jawapan yang betul.
Fasa yang berikutnya, saya memaparkan persembahan power point
mengenai pecahan. Di sini murid murid dapat melorek dan menamakan pecahan
yang dipaparkan. Dalam aktiviti ini saya dapat melihat kesungguhan murid murid
ingin menjawab. Mereka berlumba lumba untuk kehadapan melengkapan
jawapan. Untuk pengukuhan, saya telah mengedarkan satu lembaran kerja yang
merangkumi kemahiran melorek dan menamakan pecahan wajar.
Hari ketiga ( 9 April / Khamis )
Pengajaran dan pembelajaran dilanjutkan pada hari ketiga iaitu dalam
kemahiran menyatakan pecahan setara. Bermula dengan set induksi murid yang
dipilih membaca sifir bagi nombor yang kurang dari 10. Saya menguji kepada 4 orng
murid. Saya mengaitkan kepentingan sifir bagi melengkapkan kemahiran bagi
mencari pecahan yang setara dengan pecahan yang lain.

Dalam Fasa 1, menggunakan jalur kertas saya menerangkan konsep


pecahan setara. Kaedah yang digunakan ialah kaedah demontrasi bagi melipat jalur
kertas. Semua murid akan menerima satu jalur kertas. Dengan arahan yang jelas
dari guru, murid mengikut langkah demi langkah melipat jalur kertas. Setiap langkah
dijalankan akan diselitkan dengan soalan. Guru akan mencatat semua jawapan di
papan putih. Melihat dari jawapan tersebut, guru membuat kesimpulan dan
penerangan tentang konsep pecahan setara.
Fasa 2 berikutnya guru memaparkan Power Point mengenai Pecahan
Setara. Melalui paparan ini, murid murid dapat melihat pelbagai bentuk
gambarajah yang melibatkan pecahan setara. Paparan ini menguatkan lagi
kefahaman murid murid dalam menguasai kemahiran Pecahan Setara. Melalui
paparan ini juga terdapat beberapa soalan yang dikemukan. Murid murid
menjawab sambil perbincangan dijalankan.
Untuk pengukuhan satu aktiviti yang mlibatkan semua murid. Berbekalkan
bahan bantu jalaur kertas berwarna dan satu lembaran kertas A4 murid dikehendaki
menampal jalur kertas yang berwarna mengikut bilangan yang mencukupi untuk
mendapatkan satu jalur kertas. Aktiviti amat menyeronokan apabila mereka
berlumba lumba untuk menampal dan menyiapakannya. Kertas berwarna merah,
kuning biru dan oren memberangsangkan minat untuk murid belajar.Penutup, murid
melengkapkan 10 soalan dengan mewarnakan Pecahan Setara dan memadankan
jawapan bagi semua Pecahan Setara.
Hari keempat.( 17 April / Khamis )
Pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu kepada latihan melibatkan
Pecahan Setara. Di sini guru menerangkan bagaimana mendapatkan pecahan yang
setara antara satu sama lain dengan hanya mendarab bagi pengangka dan
penyebut dengan nombor yang sama.. Guru menggunakan buku aktivit yang
dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan . Semua murid dapat melengkapkan
kesemua latihan melibatkan Pecahan Setara.
Hari kelima ( 23 April / Khamis )

Pengajaran dan pembelajaran hari ini berpandukan dengan RPH yang telah
dijalankan pada hari ketiga. Cuma yang membezakan terdapat satu inovasi bahan
yang dimasukkan bagi menguatkan kefahaman dalam mempelajari pecahan setara.
Merujuk kepada RPH pada 9 April dalam Fasa 1, menggunakan jalur kertas
saya menerangkan konsep pecahan setara. Kaedah yang digunakan ialah kaedah
demontrasi bagi melipat jalur kertas. Semua murid akan menerima satu jalur kertas.
Dengan arahan yang jelas dari guru, murid mengikut langkah demi langkah melipat
jalur kertas. Setiap langkah dijalankan akan diselitkan dengan soalan. Guru akan
mencatat semua jawapan di papan putih. Melihat dari jawapan tersebut, guru
membuat kesimpulan dan penerangan tentang konsep pecahan setara.
Fasa 2 berikutnya guru memaparkan Power Point mengenai Pecahan
Setara. Melalui paparan ini, murid murid dapat melihat pelbagai bentuk
gambarajah yang melibatkan pecahan setara. Paparan ini menguatkan lagi
kefahaman murid murid dalam menguasai kemahiran Pecahan Setara. Melalui
paparan ini juga terdapat beberapa soalan yang dikemukan. Murid murid
menjawab sambil perbincangan dijalankan.
Untuk Fasa 3, saya telah menggunakan bahan bantu yang berinovasi iaitu
Jalur Lutsinar. Bahan bantu yang dibina merupakan Jalur Lutsinar. Jalur Lutsinar ini
dibina dari plastik lutsinar yang dilukis dan dibahagikan kepada beberapa bahagian .
Bahagian bahagian yang dilukis adalah merujuk kepada pecahan asas yang
diperlukan . Contohnya satu perdua, satu pertiga. Dengan lembaran kerja yang
dibekalkan, murid hanya perlu mengambil Jalur Lutsinar dan meletakkan di atas
rajah dalam lembaran kerja. Dari sini murid dapat mencari Pecahan Setara yang
sepadan dengannya. Murid merasa kagum dan menjawab tanpa mengingat sifir.
Keseronokan dalam aktiviti ini, secara langsung menambah minat murid untuk
belajar matematik.
Untuk pengukuhan satu aktiviti yang mlibatkan semua murid. Berbekalkan
bahan bantu jalaur kertas berwarna dan satu lembaran kertas A4 murid dikehendaki
menampal jalur kertas yang berwarna mengikut bilangan yang mencukupi untuk
mendapatkan satu jalur kertas. Aktiviti amat menyeronokan apabila mereka
berlumba lumba untuk menampal dan menyiapakannya. Kertas berwarna merah,

kuning biru dan oren memberangsangkan minat untuk murid belajar.Penutup, murid
melengkapkan 10 soalan dengan mewarnakan Pecahan Setara dan memadankan
jawapan bagi semua Pecahan Setara.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN

1. Isu / Perkara yang difokus:


I. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat menerangkan sesuatu konsep
dalam sesuatu topik.
II. Bagaimana bahan bantu mengajar menarik minat murid untuk belajar
matematik.
III. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat mencungkil bakat untuk
menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.
IV. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan masalahmasalah proses PdP yang membosankan.
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 KEKUATAN:
Hari pertama ( 2 April / Khamis )

Menggunakan bahan terbuang seperti botol mineral, dapat menarik


minat dan mudah menguasai konsep bagi suku, separuh dan tiga
suku.

Penggunaan persembahan Power Point yang menarik dan


memudahkan murid menguasai konsep.

Hari kedua ( 9 April / Khamis )

Penggunaan bahan bantu Jalur Kertas , murid mengenal konsep


pecahan setara dengan kaedah demontrasi

Penggunaa bahan bantu jalur kertas berwarna mengenal konsep


dengan kaedah tampalan.

Persembahan Power Point dengan paparan gambarajah yang


pelbagai bagi mengenal konsep Pecahan Setara

Hari ketiga ( 17 April / Khamis )

Murid murid dapat menghafal sifir bagi nombor kurang daripada


10.

Murid menguasai konsep bahagi bagi nombor kurang daripada 10.

Hari keempat ( 23 April /Khamis )

Penggunaan bahan bantu Jalur Kertas , murid mengenal konsep

pecahan setara dengan kaedah demontrasi

Penggunaan bahan bantu inovasi iaitu Jalur Lutsinar dengan


meletakan di atas satu pecahan dan mendapatkan pecahan yang
setara dengannya.

Penggunaan jalur kertas berwarna mengenal konsep dengan


kaedah tampalan.

Persembahan Power Point dengan paparan gambarajah yang


pelbagai bagi mengenal konsep Pecahan Setara.

2.2 KELEMAHAN:

Tidak semua murid memperolehi bahan bantu secara persendirian


yang menyebabkan ketidak puas hati mereka.

Pembinaan kumpulan perlu diperbanyakkan, memandangkan murid


terlalu aktif dalam aktiviti kumpulan.

Kawalan dan penerangan yang tidak jelas menyebabkan murid terlalu


bising.

3. Cadangan penambahbaikan:
Merujuk kepada kekuatan dan kelemahan yang diperolehi, maka
cadangan penambahbaikan ialah memastikan guru menyediakan bahan bantu
yang boleh diberikan kepada semua murid untuk mengelakkan ketidakpuasan
hati mereka. Bahan bantu yang lain seperti gam, pensel warna, perlu
dimaklumkan sehari sebelum pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan
murid meminjam dari rakan yang lain.
Untuk projek inovasi yang dirangka, untuk penambahbaikan guru perlu
mempelbagaikan lembaran kerja selain satu perdua. Guru boleh memberikan
lembaran kerja bagi soalan satu pertiga atau pun satu perempat. Di ingatkan
apabila menggunakan lembaran kerja dan soalan yang berbeza, guru juga perlu
membina Jalur Lutsinar yang lain. Sekiranya ini dapat dilakukan, murid akan
dapat membanding beza antar satu sama lain.

Akhirnya, diharapkan bahan bantu inovasi ini dicadangkan un tuk


digunkan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid murid
yang lemah.

Laporan Bergambar

JALUR
JALUR
KERTAS
PENGGUNAAN JALUR
MURID MENJALANKAN

MURID MENJALANKAN

Anda mungkin juga menyukai