Anda di halaman 1dari 8

Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan

sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto Guru
BerkualitiAspirasi Negara
mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guruyang dapat menunaikan
tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih danberpengetahuan, berperanan membentuk identiti
warga, menyemaikan perasaan kenegaraan danmembina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman
terhadap perkara yang sayasebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah
paksi kepadasegala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020.Peranan dan juga
tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasiNegara adalah sangat penting. Hal ini
kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran
asas. Sekolah juga adalah tempatpemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya
memberi memberisumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
1
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini
merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang
berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan
yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting
dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role model)
kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang individu perlu
melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu
proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi
pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak
sedar. Walaupun pelajar diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikapsikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai
kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh
pelajar hasil daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di
sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai
manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi.
Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah
seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan
manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam
mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan lagi.
Oleh sebab itu, mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1988), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran
Pendidikan Moral.
Agen Perubahan Sosialisasi Individu
Dalam proses sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa
perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama
dan media massa. Seringkali ditimbulkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ibu bpa yang

sentiasa memberi galakkan dan perangsang sehingga menimbulkan minat, semangat


ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadai pelajaran. Ibu bapa juga berupaya
membentuk pola-pola tingkah laku pelajar. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan,
disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh
memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik
anak-anak yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan
bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi. Di samping itu, ibu bapa juga dikaitkan
sebagai satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan
perkembangan sosialisasi khususnya yang berkaitan dengan personaliti dan sahsiah
mereka. Tak syak lagi pepatah Melayu mengatakan, jikalau hendak melentur buluh,
biarlah dari rebungnya. Sehubungan dengan itu Mohd. Azhar et.al, (2001) menyatakan
bahawa ketika kecil dan dalam keluarga pendidikan asas serta pembentukan
keperibadian itu mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh.
Pada diri remaja, pengaruh dalam lingkungan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun
remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentkan
tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak
dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok
teman sebaya juga diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang
remaja tentang perilakunya (Conger, 1991). Rakan sebaya dilihat mempunyai nilai-nilai
tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Raka sebaya di sekolah dapat
mempengarui disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak
mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati
guru dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifatsifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang ndividu yang amat
menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan,
bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan penting
bagi membentk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama
ada dirinya dihargai ataupun sebaliknya di sisi masyarakat. Contohnya, cara berpakaian,
hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya.
Di samping itu, pelajar menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh
sekolah (institusi) adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga.
Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah
luas. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang
ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan
cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran,
mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti
sekolah. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut
pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, strutur ganjaran
dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan perubahan dalam
proses sosialisasi mereka. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah turut mempengaruhi
perkembangan personaliti pelajar. Sebagai contoh, pengetua atau Guru Besar yang
tegas melaksanakan disipln pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah

penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan sesuatu tugasan sebaliknya pengetua


atau Guru Besar yang tidak tegas menghasilkan kesan yang negatif pula (Rosiadi et.al,
2008).
Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat
agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati
pelajar yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada pelajar yang tidak
menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat pelajar-pelajar menggunakan ajaran
agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama
tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian.
Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya pelajar-pelajar ini diberi
didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak akan
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah
yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara
dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan
seperti yang terkandung di dalam agama Islam. Keadaan ini sekaligus membentuk
proses sosialsasi dalam diri individu serta membawa perubahan besar dalam hidup
mereka. Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh
sosialisasi sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa
yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh
meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh
baik atau buruk yang diterima oleh pelajar-pelajar melalui media massa bergantung
kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancanganrancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di
mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima
hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral pelajarpelajar. Pelajar-pelajar patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian.
Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab
mereka untuk mendidik pelajar-pelajar supaya mereka tahu memilih apakah rancangan
televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.
Peranan Guru Pendidikan Moral
Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada
pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam
arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan
dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid
atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang
berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja
(pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan,
seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah
telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan
masyarakat.

Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat
tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus
perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai
dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin.
Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di mana Guru
Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu,
malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.
Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan Moral
Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang
memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar).
Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di
peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut
menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada
perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat
pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah perkembangan memberi satu
gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih
kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan
andaian mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly
(1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi
terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku
kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional
memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja
(Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan bahawa
sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai
murni dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang
sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan
moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu
ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara
tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980)
dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh
masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan
keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut
pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran
dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin
dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan
tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses
pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara
ini, Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral
kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah
vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir
dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi
kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di
bahu guru di sekolah.
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975)
mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang
menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling
penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.
Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika
dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku
sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral
sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat
untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995)
penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional
memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di
sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan
pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang
lain.[1] Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal
berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi
individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai
matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang
menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan
pertimbangan moral (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005)
yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar
iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan
pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif,
pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai
tentang kecenderungan sendiri. Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti
yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga
tidak lepas daripada tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, .... dengan menyedari betapa
besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhpenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan (Yahya
Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang

pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai


bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian
mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat berminda kelas pertama
adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja
cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu
menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara,
bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri
yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip
kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa
dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip
berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan. Menyentuh tentang konsep
Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara di mana telah meletakkan satu
tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion Perguruan
(EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk membangunkan
negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role model) dalam mempraktikkan
prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar.
Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan
norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan dalam kalangan
pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat
dipelihara
sepenuhnya
sekaligus
membentuk
generasi
Malaysia
yang
bertanggungjawab dan berwawasan.
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelesaian Konflik
Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung
dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu bakal melahirkan generasi yang sedar
dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan
potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan
negara. Justeru, pendidikan berfungsi sebagai alat untuk memenuhi kepeluan-keperluan
negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial.
Dalam membincangkan proses pendidikan, kita harus memberi fokus akan kepentingan
aspek pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan engeluaran idea yang kreatif
dalam kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran yang
pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain[2] supaya menjadi lebih berkesan dan
kreatif. Antaranya ialah kaedah penyelesian koflik. Di samping itu, peranan guru yang
kreatif dan inovatif[3] amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka adalah efektif. Menurut Abd. Rahim (1999) daya kreativiti yang
tinggi membolehkan sesuatu kaedah atau metod pengajaran mencorakkan
perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Manakala inovatif pula ialah
kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem

pendekatan dan sebagainya. Justeru, guru adalah pemangkin kepada para pelajar
membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahanperubahan semasa. Ungkapan di bawah menggambarkan betapa pentingnya peranan
guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada para pelajarnya.
As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be
teaching because education is a constant prosess of change. Every single time you
teach something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human
being emerges (Leo Buscaglia & Boon Pong Ying dalam Mok Soon Sang, 2002 )
Pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tidak statik selari
dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden kini,
perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut profesionalisme guru
mendalami inovasi dalam pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti
sebagai seorang pendidik. Bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam menjana idea kreatif para pelajar, guru boleh menggunakan
kaedah penyelesaian konflik. Penyelesaian konflik dalam bentuk sumbang saran
(brainstorming) adalah satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu kumpulan
mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara spontan dan berkelompok. Setiap idea
perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak.
Jangan mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran
idea-idea baru. Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea
yang tidak sesuai untuk dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang
saran.
Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita.
Mereka mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu
terjadi. Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk
menyarankan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan
dan tindakan mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan
dan bertindak sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan? Contoh isuisu yang boleh dibincangkan ialah gejala melepak, lumba haram, menonton televisyen
yang keterlaluan, membuang masa yang berharga dan sebagainya. Berikut merupakan
model pengurusan grafik bagi teknik perbincangan (sumbang saran) yang berkaitan
dengan kaedah penyelesaian konfik.
Rumusan
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan
peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah
melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru
contoh di sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak
pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam
proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa

perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama
dan media massa.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan
misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang
dalam semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang
kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan
tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta
pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian
konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam
menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

Anda mungkin juga menyukai