Anda di halaman 1dari 9

E-FOLIO KPS 3014

E- FOLIO

KOD KURSUS: KPS 3014 (PENGURUSAN


PEMBELAJARAN)

Semester 2 Sesi 2022/2023

NAMA DAN NOMBOR MUHAMMAD EKHWAN B GHAZALI


MATRIK
D20221103974
PENSYARAH Dr. Ramli bin Saadon

TAJUK E-FOLIO : PENGURUSAN


PEMBELAJARAN

TARIKH DAN HARI 12/5/2023

1
Berdasarkan petikan artikel di atas, umum untuk kita ketahui bahawa sosiologi merupakan satu bidang

sains kemasyarakatan. Sosiologi mengkaji manusia secara teliti dan kritikal untuk menjelaskan setiap tindakan

yang dilakukan manusia. Kajian yang dilakukan adalah melalui 3 aliran pemikiran iaitu functional, radikal

dan konflik. Dari 3 corak pemikiran ini muncul sosiologi mikro dengan aliran pemikiran iaitu interaksi

simbolik, etnometologi, fenomenologi dan teori pertukaran. Setiap aliran pemikiran adalah penting dalam

mengkaji tentang masyarakat dan saling mempengaruhi dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan tindakan

manusia dalam masyarakat. Sosiologi pendidikan ialah ilmu sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi

untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan adalah proses yang

menghubungkan ketiga-tiga faktor fizikal, moral, dan sosial bersama. Melihat pada proses masyarakat

Malaysia, pendidikan masih boleh dilihat sebagai faktor paling berkesan dalam perubahan sosial. Oleh itu,

pendidikan memainkan peranan penting sebagai agen perubahan struktur dalam masyarakat.

2
Pengurusan merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi mahupun institusi. Pengurusan yang

baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing serta memberi kesan yang

positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi tersebut. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

memperuntukkan pelbagai langkah yang sistematik dalam sesebuah organisasi. Pengurusan ini melibatkan

pelbagai proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan terhadap pengajaran

dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan dari segi

kognitif, sosial, emosi, dan fizikal pelajar. Sementara itu, seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran juga

seharusnya profesional dan menepati seorang pengurus yang berkaliber termasuklah prihatin dan peka

terhadap situasi semasa, bersistematik dalam membuat perancangan, sabar menghadapi karenah pelajar

pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik, dan mempunyai pelbagai kemahiran pengajaran dan

pembeljaran abad ke-21 serta peka terhadap semua aspek kepelbagaian budaya dalam pengurusan pengajaran

dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

3
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan para guru memahami peranannya,

pelajarnya dan persekitarannya. Kegagalan melahirkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah di sekolah seperti masalah disiplin dan pemahaman pelajar

terhadap apa yang mereka pelajari. Antara kes yang berlaku akibat daripada kaedah pengajaran yang tidak

berkesan termasuklah murid lemah dalam subjek matematik kerana tidak menghafal sifir dan tidak boleh

berbahasa inggeris. Selain itu, ianya juga telah mendorong kepada berlakunya masalah disiplin seperti ponteng

sekolah. Masalah ini berlaku kerana sikap guru itu sendiri yang suka membebel dan marah kepada murid.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cadangan yang patut dipertimbangkan. Antaranya

termasuklah memberi latihan semula kepada para guru yang sederhana dan lemah prestasi mereka. Para guru

juga perlu diberi motivasi dari semasa ke semasa supaya motivasi mereka berada di tahap tinggi selalu. Alat

bantuan mengajar juga haruslah sentiasa mencukupi, terkini dan disimpan secara tersusun. Pihak sekolah perlu

mempunyai kepimpinan yang cemerlang agar dapat membantu melahirkan para guru yang bestari.

4
Organisasi adalah sekelompok orang yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk

mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Kepimpinan pula adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang

itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang

dipersetujui. Kepimpinan sekolah amat penting dalam mengatur urus setiap budaya yang ada di sekolah.

Kepimpinan yang hebat dan berwibawa sememangnya akan membentuk sebuah sekolah yang berbudaya

positif. Kepimpinan sekolah yang berkarisma tinggi dan kepimpinan transformasional akan memberi nafas

baru dan budaya positif dapat dikekalkan. Kajian ini menampilkan hubungan yang positif antara budaya

sekolah dan kepimpinan transformasional dan pencapaian akademik. Sekolah berpencapaian tinggi dikatakan

lebih profesional berbanding sekolah berpencapaian rendah dari segi nilai, norma, andaian dan tingkah laku.

Kepimpinan transformasional guru besar telah membentuk satu budaya yang mempunyai hubungan dengan

pencapaian sesebuah sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya mengamalkan kepimpinan yang boleh

meningkatkan hubungan sosial dalam kalangan guru dan warga sekolah di samping tidak membuang teras

kepimpinan transaksional.
5
Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang guru untuk

menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar untuk mencapai ahap keselesaan pelajar

tersebut. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang baik untuk meningkatkan akademik, sosial, dan emosi

pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan tugas yang penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran,

kesabaran, dan komitmen yang optimum untuk memperoleh kesan yang maksimum. Segala kemahiran dan

sikap ini perlu ada dalam diri seorang tenaga pengajar dalam menggalas tugas sebagai seorang pendidik

bangsa dan masyarakat. Guru pelatih seharusnya sentiasa bersedia dan perlu mendapat maklumat secukupnya

tentang pengurusan bilik darjah dan pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki buat kali pertama

ke bilik darjah berkenaan. Penampilan mereka haruslah sesuai bagi seorang guru untuk meningkatkan

keyakinan dan bukannya sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata. Perancangan yang rapi juga perlu dibuat

terlebih dahulu berkaitan latar belakang pelajar sehingga susun atur bilik darjah. Seorang guru perlu menepati

asas- asas pengurusan bilik darjah iaitu ketegasan, kepekaan, tenang dan konsisten, arahan yang jelas dan

tepat, serta berfikiran positif.


6
Pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur

tangan, dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang

ditetapkan. Disiplin merupakan suatu masalah yang sememangnya akan berlaku di setiap sekolah dan menjadi

isu utama yang perlu diberikan perhatian sama ada pihak sekolah dan ibu bapa. Masalah disiplin telah menjadi

kebiasaan semasa guru dan murid berinteraksi di dalam bilik darjah. Walaupun begitu, bagi murid, mereka

masih lagi memerlukan khidmat dan sokongan daripada pihak sekolah khususnya guru dalam menangani

masalah disiplin yang mereka hadapi berdasarkan konteks semasa. Pengurusan disiplin murid ini kita dapat

lihat di sekolah antara sekolah bandar dan juga sekolah luar bandar dimana kedua-duanya tidak banyak

perbezaan dari aspek pengurusan disiplin murid. Keadaan ini adalah disebabkan oleh dasar pendidikan

Malaysia yang menjurus kepada kesamarataan dalam bidang pendidikan dengan merapatkan jurang perbezaan

pendidikan sekolah bandar dan sekolah luar bandar seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

7
Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama,

penyertaan, dan penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penasihatan

pula merujuk kepada cara untuk membantu individu yang sedang menghadapi masalah dengan memberikan

nasihat bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat serta mengajar individu

tersebut untuk berfikir serta bertindak secara waras. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perkhidmatan

kaunseling sudah tidak asing lagi sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Bagi

institusi pengajian tinggi, perkhidmatan kaunseling ditubuhkan bertujuan untuk membantu pelajar dari segi

perkembangan diri, akademik, kerjaya, peribadi, pencegahan dan menggalakkan kesihatan mental. Berbeza

pula dengan di peringkat sekolah dimana perkhidmatan kaunseling berfungsi untuk menangani masalah

disiplin pelajar seperti vandalisme, pergaduhan,tingkah laku lucah dan sebagainya. Walaupun begitu,

tujuannya adalah sama sahaja iaitu hanyalah untuk memupuk kesejahteraan mental dan fizikal masyarakat

selaras dengan dasar kerajaan dalam mantransformasikan aspek sosial masyarakat di Malaysia.

8
RUJUKAN

1. Boy, M. (2017, May 18). Perspektif Sosiologi Dalam fungsi sosial pendidikan di Malaysia.
Academia.edu. Retrieved May 6, 2023, from
https://www.academia.edu/33080446/Perspektif_Sosiologi_dalam_Fungsi_Sosial_Pendidikan_di_M
alaysia
2. Teori Berkaitan Gaya pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran ... - researchgate. (n.d.). Retrieved
May 6, 2023, from https://www.researchgate.net/profile/Azizi-
Yahaya/publication/46480625_Teori_Berkaitan_Gaya_Pembelajaran_Dan_Kaedah_Pengajaran/links
/0a85e5354a970656da000000/Teori-Berkaitan-Gaya-Pembelajaran-Dan-Kaedah-
Pengajaran.pdf?origin=publication_detail
3. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran di Sekolah-Sekolah luar bandar: Satu ... (n.d.). Retrieved
May 6, 2023, from
https://www.researchgate.net/publication/283274408_PROSES_PENGAJARAN_DAN_PEMBELA
JARAN_DI_SEKOLAH-
SEKOLAH_LUAR_BANDAR_SATU_KAJIAN_DI_KUBANG_PASU_KEDAH
4. Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional Dan Pencapaian Akademik ... (n.d.). Retrieved
May 6, 2023, from
https://www.researchgate.net/publication/343643885_Budaya_Sekolah_Kepemimpinan_Transforma
sional_dan_Pencapaian_Akademik_Pelajar
5. Ghani, M. F. A., Radzi, N. M., Ghavifekr, S., Kenayatullah, H. B., & Muhamad, M. (n.d.).
Pengurusan Disiplin murid di Sekolah Kawasan bandar Dan Luar bandar: Perspektif Pemimpin
Sekolah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Retrieved May 6, 2023, from
https://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282
6. Dali, M. H., & Salleh, M. J. (1970, January 1). Pengurusan Bilik Darjah. IIUM Repository (IRep).
Retrieved May 6, 2023, from http://irep.iium.edu.my/13309/
7. Abu, T., & Othman, A. H. (n.d.). Kaunseling Untuk Kesejahteraan â€" Satu Kajian Kes
Perkhidmatan kaunseling di universiti kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar. Retrieved
May 6, 2023, from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/10

Anda mungkin juga menyukai