Anda di halaman 1dari 32

1

PENGENALAN
Guru merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang
pelajar kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah.
Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka
6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan
memuji, menegur, menguji dan menengking mereka semasa menjalankan
tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya
akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Oleh itu, segala tingkah laku dan
perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan pembelajaran pelajar.
Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan lain-lain
penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru
yang menjadi idola kepada pelajarnya. Oleh itu, guru yang mempunyai
personaliti baik serta perwatakan bersih akan dapat melahirkan generasi yang
berakhlak.
Bahkan, guru yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan
lebih disukai oleh pelajar ( Atan Long, 1991 ). Cara hidup yang beragama,
bermoral dan berdisiplin dapat membimbing pelajar menjadi seorang insan
yang baik secara tidak langsung. Reformasi pendidikan mementingkan
agama, pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum (
Esah, 1998). Oleh itu, guru harus menunjukkan ciri-ciri teladan kepada para
pelajar. Guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik dan terpuji setiap
waktu dapat mengatasi masalah tingkah laku pelajar dengan mudah. Guru
akan suka bergaul mesra dengan pelajar, cuba memahami perasaan dan
kehendak mereka serta bimbing mereka menjadi orang yang baik.
Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah
ialah berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos yang membawa maksud
watak kesusilaan atau adat kebiasaan(costum). Etika biasanya berkait rapat
dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos
dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang bererti juga adatkebiasaan atau
cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan),
dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006).
kumpulan tersebut. Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan
2

dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi.
Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta yang
betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan,
manusia perlukan satu sistem atau panduan untuk menentukan mereka
bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika dalam
masyarakat tersebut.
Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku, adat kebiasaan
manusiadalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan kebenaran
dan keburukan. Etika berkaitan dengan norma-norma, nilai-nilai, kaedah-
kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik atau buruk
dan boleh diikuti atau sebaliknya. Menurut William(1971), etika ialah The
normative science of the conduct of human beings living in societies-a
science which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in
some similar way (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam
masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul
atau salah, baik atau buruk dan lain-lain).
Seribu warna tingkah laku guru-guru di setiap sekolah perlu
dihimpunkan dengan segera dan diberi pemantapan dalaman secara
berhemah. Matlamatnya ialah melahirkan golongan guru yang secara sendiri
sedar tentang perubahan total yang perlu dilaksanakan dan seikhlas hati
memimpin diri sendiri ke arah perubahan. Golongan guru-guru ini pula harus
tidak jemu-jemu menunjukkan contoh teladan kepada guru-guru yang lain
agar mereka juga mendapat ikhtibar tentang kepentingan pembinaan sahsiah
yang berkualiti dalam diri mereka. Pendekatan secara paksaan haruslah
dielakkan kerana ianya tidak mencerminkan sahsiah ,etika dan budi pekerti
guru unggul. Kekuatan dan keistimewaan guru unggul adalah melalui tingkah
laku yang menarik hati untuk didekati dan tidak memaksa orang lain membuat
perubahan seperti dirinya. Malahan orang lain akan terpaut untuk meneladani
tingkah laku mulianya secara sukarela dan keikhlasan inilah yang menjadi
tunjang konsistensi kepada jati diri.
Namun begitu, dewasa ini kita juga sentiasa dengar tentang guru-guru
yang bermasalah yang boleh mendatangkan keburukan terhadap
3

pekembangan pendidikan di Malaysia ini kerana guru adalah seorang yang
diberi amanah untuk membentuk dan mendidik pelajar menjadi insan yang
berguna. Oleh itu semua pihak hendaklah memainkan peranan mengatasi
masalah ini terus menjadi-jadi. Terdapat pelbagai jenis salah laku yang
dilakkan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion
perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah. Isu-isu seperti ini
sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu
profesion yang mulia pada pandangan masyarakat.
Apa yang dimaksudkan dengan Isu ialah kebiasaannya dikaitkan
dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang
besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu
laman web (artikata.com), isu adalah seuatu masalah yang dikedepankan
(diperkatakan) untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga adalah suatu
khabar yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya.
Berikut merupakan isu-isu yang melibatkan etika guru di sekolah.
pelbagai isu yang sering berlaku di sekolah serta mampu mencemarkan
nama baik profesion perguruan di negara kita. Berikut adalah tiga isu-isu yang
sering berlaku di sekolah. saya akan bincangkan ketiga-tiga isu tersebut dan
kesannya terhadap profesion perguruan dan apakah langkah-langkah yang
harus digunakan dalam mengatasi masalah tersebut.


ISU PERTAMA : PONTENG ATAU TIDAK MASUK KELAS
Isu seperti ini sudah menjadi isu yang sering diperkatan dan disiarkan di
dalam media massa mahu pun di dada akhbar. RANAU: Kementerian
Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran memandang serius isu ketidakhadiran
guru di sekolah, tegas Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr Muhiddin
Yusin. Beliau berkata hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai
117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010
pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.
4

Beliau menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun
hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu
melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.
Dengan itu, juga difikirkan keperluan untuk JPNS mewujudkan satu lagi
program iaitu Program AKUN yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012-
2016. Ia bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah
sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran
maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat
strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan
Bersepadu dan e-Hadir, katanya. Menurut beliau lagi, program itu yang
bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti
perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan
pencapaian sebenar pendidikan.

Beliau memaklumkan e-Hadir dan e-Cerap membolehkan pemantauan
kehadiran guru dan anggota kakitangan sokongan serta pelaksanaan proses
pencerapan dilakukan secara online. Sementara pemantauan bersepadu dan
silang akan dapat menyelia pelbagai elemen di luar bidang masing-masing
untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan termasuk
ruang dan peluang kepada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) memantau
semua sekolah di bawah kawalan masing-masing melalui pendekatan antara
zon dan sekolah.

Dengan tema Transformasi Sikap Ke Arah Integriti, program itu dapat
menyediakan ruang bagi kakitangan Jabatan Pelajaran untuk
mentransformasikan sikap ke arah lebih bertanggungjawab, komited dan
berintegriti. Program AKUN ini juga tentunya memberi ruang dan peluang
kepada pentadbir di sekolah dan PPD memberi khidmat serta bimbingan
dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif, jelas beliau dan
mengharapkan kepada semua warga pendidikan supaya membuat penilaian
kendiri bagi meningkatkan kopetensi dalam pengajaran di dalam kelas kerana
setiap orang akan dipantau, seterusnya mampu menangani isu
ketidakhadiran guru di sekolah. Dipetik daripada Utusan Boneo Post Sabah.
5

Guru seperti yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan
kehendak dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang
sepatutnya dimiliki oleh seorang guru. Selain menggelapkan masa depannya
sendiri, tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan
pelajarnya yang sepatutnya di menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik
dan member ilmu kepada pelajarnya. Malah kepercayaan yang diberikan oleh
keluarga pelajar turut dimusnahkan dengan pengkhianatan dan kesalah
tersebut. Profesion perguruan adalah sebuah profesion yang amat mulia dan
dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Dengan kesalahan-
kesalahan segelintir guru yang melanggar etika perguruan sesungguhnya
akan mencemarkan kemuliaan profesion itu.

Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kgagalan individu itu
sendiri, namun jika diteliti dan diperhalusi, ada beberapa faktor yang turut
menyumbang kepada berlakunya keadaan ini. Tanpa pegangan agama yang
kuat, kewarasan akal kadang-kadang tidak dapat menyekat kehendak naluri
individu itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan. Jika mengikut teori
Maslow, kegagalan mendapatkan sesuatu keperluan yang utama boleh
menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan kesalahan demi
mengisi keperluan yang dihajatinya. Psikoanalitik yang diasaskan oleh
Sigmund Frued (1856-1939) melihat manusia dilahirkan denagn sifat
semulajadi dan tingkah lakunya lebih kepada naluri kehaiwanan yang hanya
dapat dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat dan
sosialisasi. Jika pengalaman ini tiada atau kurang, ia cenderung kearah
merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat.
Selain itu, menurut pada pendapat Cascio (2005), ketidakhadiran
bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada
melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang
telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila
seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka
mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak
hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai
ponteng kerja. Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah
6

yang tidak ke kelas ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa
sebarang alasan, mereka juga akan dianggap sebagai ponteng sekolah.
Dalam konteks guru pula, diakui terdapat segelintir dari guru yang
terlibat dalam gejala ponteng ini disebabkan oleh sebab-sebab tertentu.
Menurut Randolfi (1996), salah satu daripada kesan tekanan yang terlalu
tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti
psikologi, fizikal, tingkahlaku dan organisasi di mana salah-satu daripada
kesan organisasi ialah ianya membawa kepada ketidakhadiran pekerja.
Disebabkan kerjaya guru yang mencabar sudah pastinya mereka akan
berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di sekolah.
Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru
bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi.
Secara umumnya faktor-faktor yang mendorong kepada kelakuan
tersebut boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

i. Faktor sekolah yang berada jauh dari tempat tinggal
Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh dari
sekolah dan segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa.
Perkara ini turut disokong oleh Ho (1997), yang mengatakan tekanan di
dalam organisasi semakin merisaukan pengamal pengurusan kerana
memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan sesebuah organisasi.

ii. Sikap guru itu.
Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah
mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang
sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir
sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak
memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung
melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari
bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar
7

etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat keguruan
dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang untuk mengajar juga
merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi untuk
memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.

iii. Persekitaran
Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran
sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding
sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit
sebanyak persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru
itu ditugaskan di sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut
akan menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi
komitmen yang sepenuhnya.

iv. Bebanan kerja
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah
satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja
yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk
mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil
langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja masing-
masing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan
kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti
semula kerana bebanan kerja yang melampau akan menganggu proses P&P
guru dan memberi tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk
mengajar terganggu.
Berdasarkan pada kelakuan segelintir guru yang sentiasa ponteng
daripada masuk kelas atau sentiasa melewatkan diri dari hadir pada tepat
pada waktunya akan memberi banyak kesan kepada semua pihak sama ada
terhadapa profesion,jabatan, sekolah, pentadbir, rakan sekerja, murid-murid
8

mahu pun terhadap dirinya sendiri. Berikut adalah beberapa kesan daripada
masalah tersebut iaitu :

I. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru tersebut

Permasalahan ini adalah merosotnya kerja guru dan pencapain pelajar di
sekolah. Serta motivasi sesorang guru tersebut akan kurang dan terjejas
kearah tanggungjawab yang telah di amanahkan ke atasnya. Selain itu,
kurangnya kepercayaan daripada guru lain terhadap guru tersebut. Serta ia
akan memberi kesan yang negetif terhadap motivasi dirinya untuk terus maju.

II. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru secara
keseluruhannya
Sahsiah ini merupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu
ini berlaku, keperibadian seorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta
tingkah laku guru haruslah sentiasa positif dan menjurus kepada
pembangunan dan kejayaan modal insan murid-murid bukannya kepada satu
sikap yang negatif. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah
guru-guru yang lain dimana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang
dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terus dianggap negatif oleh semua
lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah guru
tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana
anggapan negatif dan pandangan serong masyarakat serta orang awam
terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang dilakukan. Apabila steriotaip ini
menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat, perfesion perguruan
tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Ini
akan menjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di
negara kita.

9

Oleh hal yang demikian, isu guru ponteng, tidak masuk kelas dan
sebagainya haruslah dipandang serius dan dititik beratkan supaya profesion
perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti
dahulu. Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk
kejayaan anak didiknya, bukan menjadi duri dalam daging yang akan
memberikan kehancuran dan kemusnahan kepada anak didik mereka.

III. Kesan terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti sekolah
Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa
kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada
persatuan dan kelab. Pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan
kerana tidak mendapat kerjasama penuh daripada guru yang bertindak
menghilangkan diri dalam memastikan segala laporan, kertas kerja dan data
pelajar dihantar tepat pada waktunya untuk memudahkan pihak sekolah
membuat perancangan tahunan.
Oleh demikian, Dalam memastikan masalah ini tidak berlarutan dan
akan menjadi kebiasan dikalangan guru serta menjaga keterampilan unggul
dan tidak melanggari kod etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia haruslah memberi kursus dan latihan yang selengkapnya dalam
melahirkan guru yang berwibawa pada masa akan datang.
Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada
Guru Besar mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut
menilai prestasi guru-guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak
atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru. Bahkan guru-
guru yang bakal dikeluarkan seharusnya menguasai elemen-elemen yang
terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum mereka di tempatkan
untuk mengajar kelak.
Di samping itu, Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah
mengambil tindakan tegas kepada guru-guru yang melanggar etika perguruan
agar tidak lagi berlaku guru-guru yang melanggar etika keguruan. Penegasan
10

dalam undang-undang juga akan memberi kesedaran kepada guru-guru lain
agar tidak melakukan kesalahan yang sama dan berulang.

ISU KEDUA : GANGUAN SEKSUAL ATAU ROGOL
Isu pada mada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah
masalah ganguan seksual dan rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki.
Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion
perguruan. Gejala seperti ini haruslah dibendung dengan cepat demi menjaga
nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Sejak akhir-akhir ini kita
juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai isu ini. Kebiasaannya,
murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini
kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa
akan jenayah yang telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah
dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat mahu pun pihak kerajaan
supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan terus menjaga nama baik
profesion tersebut.
Menurut pada pendapat Ee Ah Mend (2003) guru yang beriltizam akan
menjadi role model kepada semua murid. Maka secara tidak lansung, guru
profesional juga harus mempunyai pengetahuan dan menguasai ilmu
terhadap mata pelajaran yang hendak di ajar. Ini kerana guru merupakan ibu
bapa kedua kepada murid-murid di sekolah dan segala tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada anak didiknya. Nilai-nilai murni yang
ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak lansung akan diterapkan dalam
jiwa murid.
1

Sepertimana yang kita lihat dah selidik permasalahan yang timbul ini
adalah disebabkan daripada guru itu sendiri di mana ada segelintir guru-guru
tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila
memegang jawatan sebagai seorang guru bahkan ada di kalangan mereka
terdiri dari pada guru yang beragama Islam ini yang memalukan kita kerana

1
Syed Ismail Syed Mustapa. Ahmad Subki Miskon. 2013. Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional. m/s 15.
11

dalam Islam telah mengharamkan jenayah tersebut dan melanggar norma-
norma kehidupan. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini
kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak mempunyai
tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Bahkan ada di
kalangan mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu
adalah sekadar untuk mengajar di dalam kelas sahaja.
Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan
yang cemerlang serta melahirkan satu golongan generasi yang berjaya di
masa hadapan. Profesion guru bukan untuk disalah gunakan dengan
menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan.
Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua
aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah
kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran
kepada anak didik mereka.
Pada 27 Januari 2012, Guru rogol murid dapat padah, telah dijatuhkan
hukuman atas kesalahan merogol murid. Di petik dari akhbar Sinar Harian
KOTA BHARU, Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi
tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol
dan mencabul anak muridnya sendiri. Padahnya, guru terbabit dijatuhi
hukuman 12 tahun penjara dan tujuh sebatan rotan oleh Hakim Rofiah
Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Selain itu pesalah Yek Hock Soon, 29, didapati bersalah pada
pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana
merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan, antara jam 8
pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009. Dia juga disabitkan bersalah pada
pertuduhan kedua mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana
melakukan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa
pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos tahun sama. Lebih kejam, kedua-dua
kes tersebut dilakukan di tempat guru terbabit mengajar di makmal sebuah
sekolah jenis kebangsaan di Pasir putih. Menurut Timbalan Pendakwa Raya
negeri, Nor Hamizah Ghazali, mangsa mengalami trauma akibat perlakuan
guru bahasa Cina dan sains itu. Oleh itu pencegahan untuk membendung
12

jenayah seperti ini adalah penting dan semua pihak hendaklah saling
bekerjasama agar jenayah seperti ini dapat dibendung agar terus tidak
berlaku. Ini kertana hubungan antara guru dan anak murid sepatutnya suci
dan bertanggungjawab.
Selain itu, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru
tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan
menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai
tubuhnya. Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif
terhadap profesion perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu
yang melanggar etika profesion perguruan di mana isu ini merupakan satu
jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah
yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang
dilakukan oleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang
serius. Semua golongan termasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian
pelajaran serta pihak berkuasa juga bertanggungjawab dalam membendung
dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di masa akan datang
dan dikalangan guru-guru di Malaysia. Faktor yang menjadi penyumbang
kepada perlakuan guru tersebut antaranya ialah :

1. Pengaruh media massa.
Dengan kemajuan teknologi pada masa kini dapat memberi banyak kesan
negetif kepada masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media
elektronik lebih banyak dari pengaruh media massa. Kerana pengaruh media
elektronik boleh didapati tanpa sekatan.

2. Masalah keluarga atau masalah peribadi.
Kerjaya guru cuma berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik
manusia agar berjaya dalam hidup mereka. Dunia guru telah membataskan
pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas dan para pelajar
sahaja. Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad.
13

Segala keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk
mengenali dan memahami peranan guru. Lebih ketara lagi apabila guru-guru
tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap urusan hidup
masyarakat moden seperti sekarang.

3. Kurang memahami etika keguruan.
Selain itu, faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan begitu ialah
kurang memahami etika keguruan. Oleh itu, bagi menjaga imej profesion,
setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika
tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.Guru merupakan tenaga ikhtisas
di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik
murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional
serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu
dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, Gangguan seksual atau merogol merupakan perkara yang
mampu mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada :

1. Merosakkan nama baik profesion perguruan
Ini kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi role model.
Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi,
impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan
sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological
Association pada tahun 1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan
berat selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi
iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka
mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit
neurosis termasuk fobia.
Bahkan isu ini akan mendatangkan kesan jangka masa pendek
terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan dipandang
14

rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai
profesion yang penting. Profesion ini juga tidak akan dianggap mulia kerana
masyarakat menganggap profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka
lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat. Kesan
jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi muda tidak
lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk
menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan
menurun di kaca mata masyarakat.
2. Kesan terhadap murid-murid
Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup
mereka kepada pendiam dan jarang bergau. Selain impak yang diberikan
kepada psikologi dan emosi ganggaun seksual juga memberi impak kepada
kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa gangguan seksual juga sering kali
mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom
seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami
mangsa kerana terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri
mereka dan jika berterusan ia akan menjadi lebih parah sehingga mengalami
sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.

3. Kesan terhadap hubungan di antara murid dan guru.
Hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan
menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini
murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu
hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak
akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami
masalah jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya.
Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan isu
seperti ini lebih berleluasa berlaku di kalangan guru. Maka dengan perlu ada
langka-langkah yang perlu di ambil untuk memastikan masalah ini dibendung.
Antara langkah-langkah yang boleh di ambil ialah :
15

a. Mengwujudkan kemudahan khidmat kaunseling untuk guru-guru
bermasalah.
Pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan
kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang
mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat
bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu
gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar
dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk
membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling
jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone
(1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing
individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan
kemahiran tertentu.

b. Memperkuatkan undang-undang
Dengan memperkuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang
boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan
undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di kalangan murid ini
perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan
segera.Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku
negatif di kalangan murid mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan
segera.

ISU KETIGA : GURU MENJALANKAN KERJA SAMBILAN
Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada masa
kini. Ada antara mereka yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi
penceramah dalam sebarang khusus atau seminar, berniaga di pasar-pasar
16

malam, MLM, memandu teksi malah ada antara mereka yang mungkin turut
terlibat dengan pekerjaan jenayah yang menyalahi undang-undang negara.
2

Jesteru, fenomena guru menjalankan kerja sambilan telah mendapat
perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi
mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai
dan kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat tersebut,
Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat
pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah
diterima dan dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik
mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun
tenaga pengajar sambilan sama ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak
telah didapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang
disandang malahan ada yang mengambil kesempatan menjadikan institusi
pendidikan sebagai platform atau medan perniagaan dalam mempromosi
khidmat tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi.
Berdasarkan daripada isu tersebut guru yang bekerja sambilan ini
bukanlah satu trend atau khusus yang baru mucul di sesebuah tempat
malahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud kakitangan yang
melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat lebih
dominan dalam kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos &
Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), menurut pndapat Robinson &
Wadsworth (2007) beliau menyatakan ia bukan disebabkan masalah
kewangan atau menerima gaji yang rendah daripada pekerjaan utama
semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai faktor lain yang turut
menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan untuk melakukan
pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor kerjaya
(Betts 2002).

2
Syed Ismail Syed Mustapa. Ahmad Subki Miskon. 2013. Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional. m/s 116.
17

Selain tiu, menurut Betts (2002), dalam laporannya beliau menyatakan
salah satu faktor daripada pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana
faktor peribadi. Pandangan ini juga turut diselari dengan para pengkaji yang
lain di mana kerjaya sampingan yang dilakukan itu tidak berkaitan dengan
faktor kewangan dan tidak dipengaruhi oleh unsur lain selain atas kehendak
diri sendiri semata-mata. Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga
didapati sangat menyukai untuk melakukannya tanpa terikat dengan faktor
kewangan (Hipple, 2010).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang
menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu
untuk memenuhi minat serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas
mereka. Bahkan wujud dalam kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan
mereka dalam bekerjaya di mana ia tidak diperolehi daripada pekerjaan
utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos et. al. 2011) dengan melakukan
sesuatu pekerjaan lain yang diminati.
Perbuatan ini mampu memburukkan nama baik profesion perguruan
yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan akan dikenakan
tindakan tatatertib mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana
Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana
guru tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan jenayah dalam
penyalahgunaan dadah secara kerja sambilan.
Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan guru melanggar
etika profesion perguruan iaitu bekerja sambilan telah dilaporkan menerusi
Berita Harian Online: 4 Januari 2010 Guru abai tanggungjawab calar imej
profesion perguruan. Menurut sumber, beberapa persatuan guru mengakui
wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan kerja luar berbanding tugas
hakiki mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan yang lumayan. Dalam
laporan tersebut, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih
rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama nila setitik rosak susu
sebelanga. Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan negatif terhadap
18

bidang profesion perguruan dimana tindakan guru berkenaan boleh
mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah komited
menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing.
Guru yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak
dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya
dimiliki oleh seorang pendidik. Selain menggelapkan masa depannya sendiri,
tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan
pelajarnya ke arah melahirkan generasi yang sepatutnya di jaga dan
dilindungi olehnya sekaligus memburukkan nama atau mencemarkan nama
profesion perguruan. Malah keadaan ini bukan sahaja mencemarkan imej
perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat
setempat terhadap peranan guru sebagai pendidik.
Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang sangat mulia
dan dipandang tinggi oleh semua golongan lapisan masyarakat. Dengan
kesalahan-kesalahan segelintir guru yang melanggar etika perguruan
sesungguhnya telah mencemarkan kemuliaan profesion itu. Kegagalan
sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara individu, namun mungkinkah
ianya adalah kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada kesalahan dan
pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri. Jika kesalahan yang dilakukannya
adalah disebabkan faktor kewangan yang mendesak guru tersebut
melakukan kerja sambilan dengan mengedar dadah untuk mendapatkan
pendapatan yang lumayan, perkara ini hendaklah dipandang serius oleh
pihak-pihak tertentu supaya dapat memantau dan mengambil tindakan tegas
terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar untuk kepentingan diri
sendiri.
Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan dapat
mengawal kemahuan peribadi yang menginginkan kehidupan mewah dan
bergaya tanpa memikirkan keperluan utama atau dengan tujuan memenuhi
kepuasan mereka dalam bekerjaya. Jesteru itu, sebagai seorang guru yang
berprofesional harus bijak dalam menguruskan bidang kerjaya dan peribadi
dari segi kewangan serta kecenderungan minat kerana kebijaksanaan dalam
pengurusan ini akan memberi kesan kepada kejayaan pengajaran guru di
19

dalam kelas. Maka, guru perlu mengenalpasti dan merancang setiap
keperluan dan kemahuan dalam kehidupan mereka bagi menjamin kejayaan
dan kualiti hidup sebagai pendidik.
Bahkan ada kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka
sebaagai sambilan dan mereka mengutamakan kegiatan mencari pendapatan
tambahan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumah mereka. Sehingga
mereka ini lebih menitikberatkan kelas tuisyen berbanding dengan
tanggungjawab mereka di sekolah.
3

Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah semestinya
akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langsung terhadap diri
guru itu sendiri, pelajar, sekolah, masyarakat dan juga negara. Pembangunan
sahsiah seseorang guru sebenarnya terbentuk sejak kecil lagi bahkan sejak di
dalam kandungan ibunya dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar.
Peranan keluarga sangat penting sebagai memainkan peranan utama
manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan
peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang. Pembangunan guru juga
bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti baka dan persekitaran.
Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan
dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang
mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan
sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang
membimbangkan memandangkan guru merupakan golongan yang menjadi
harapan untuk membangunkan bangsa dan negara.
Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan
terhadap kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan dilihat
kurang memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka
iaitu sekolah. Keadaan ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain
yang berhubungkait dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke
atasnya. Selain itu, kurangnya komitmen terhadap kerjayanya telah

3
Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Wong Kiet Wah. 2010. Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. M/s 43.
20

menyebabkaan prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan
semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang
menjalankan pekerjaan sampingan memperuntukkan masa selepas waktu
bekerja utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka
sendiri.
Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan
mereka yang bekerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga
dan kurang daya keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk
menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya menjalankan kegiatan
tersebut pada waktu malam dan memerlukan tenaga untuk menjalankan
pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan menyebabkan tahap poduktiviti
berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada pihak sekolah.
Sebagai cadangan langkah-langkah yang boleh diambil. Berdasarkan
kepada huraian yang dijelaskan berkenaan isu guru melakukan kegiatan kerja
sambilan, saya mencadangkan bahawa setiap guru perlu mempunyai sahsiah
yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Pembentukan
sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah
hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu menguruskan kehidupan serta
kewangan dengan lebih berkesan. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang diikutinya semasa menjalani
kursus di institusi perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap
sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran yang berkesan.
Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru juga
perlu sedar akan peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya,
guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor,
pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya menjadi
contoh sahsiah yang terpuji kepada masyarakat. Sebagai seorang guru perlu
membimbing generasi muda kini tentang keburukan penyalahgunaan dadah
dan bukannya dia sendiri yang bertindak mengherat pelajarnya ke kancah
dadah yang menjadi musuh pembunuh utama negara.
21

Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursus-
kursus dan seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah mengenai etika profesion perguruan. Sebagai contoh, guru boleh
mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan ini penting bagi
seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam
profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era
globalisasi kini. Oleh kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah
untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan
dharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasakan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan
nama negara setanding dengan negara maju yang lain.
Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan program
kepada bakal pendidik semasa menjalani kursus latihan di institusi perguruan
lagi. Contohnya, mengadakan bengkel, ceremah, seminar, pertandingan,
aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam program ini guru-guru pelatih akan
didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan kod etika dan akauntabiliti
keguruan. Penyediaan program dan aktiviti seperti ini akan melahirkan
pendidik negara bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya menunjukkan
penampilan diri sebagai pendidik dengan mempunyai pelbagai ilmu
tradisional dan moden. Guru juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap
dasar dan aspirasi pendidikan negara dengan jelas dan mantap. Guru yang
bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan
mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial
merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok
mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan sehariannya. Guru
haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam
masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi.
22

Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat
perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering
diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan
bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh
akhlak yang baik bagi memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana
guru ibarat idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan
diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri
dalam sebarang keadaan yang dihadapinya.


RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap individu telah
dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai,
pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang
timbul melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru
secara keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara
individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang
dilakukan akan meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak
yang lain. Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan
menyebabkannya gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul
lantaran wujud gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya
daripada membuat keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana
kekurangan nilai dan moral serta akibat beberapa keperluan asasnya tidak
dapat dipenuhi dengan baik.





23

REFLEKSI
Selama tempoh menyiapkan tugasan Asas kepimpinan dan perkembangan
profesional guru untuk semester ini lebih banyak membantu saya untuk lebih
teratur dan berdisiplin untuk menjalani pelbagai jenis langkah-langkah untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan dapat menjawab segala
persoalan dalam tugasan tersebut. Serta ianya mampu membuka mata saya
bahawa pelbagai salah laku yang mampu melanggar etika perguruan yang
sering berlaku pada masa kini bahkan ia isu ini semakin menjadi-jadi
dilakukan segelintir guru yang hanya seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Guru tersebut tidak memikirkan kesan negetif yang akan timbul
daripada perbuatan mereka dan hanya mementingkan kepetingan masing-
masing.
Selain itu, melalui tugasan ini memberi banyak input kepada saya
bagainama untuk menjalankan satu kolaborasi yang baik di antara rakan-
rakan ini kerana tugasan ini merupakan satu tugasan berkumpluan maka
melalui kolaborasi yang terbaik dan berkesan mampu membantu saya
menyiapkan tugasan ini. Bahkan melalui tugasan ini saya berasa sangat
bersyukur kerana dapat diberi peluang untuk meneroka isu ini dan
membincangkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan merancang
langkah-langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah ini lebih
berlarutan dan mampu mencemarkan nama baik bidang perguruan.
Tugasan ini juga menggalakkan saya untuk medalami tentang isu-isu
keguruan yang wujud di arena pendidikan tanah air. Tingkah laku yang pada
sesetangah pihak dianggap biasa namun jika dari aspek kod etika keguruan
guru tidak seharusnya melakukan perkara sebegitu. Berdasarkan tugasan ini
juga saya mendapat banyak maklumat selain menjaga tingkah laku sebagai
seorang guru. Guru juga harus mementingkan keadaan murid dahulu.
Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Pendedahan-pendedahan
salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan
tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan
tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod
24

etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar,
ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya
mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap murid tetapi
sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru
juga haruslah mempunyai inisiatif untuk mendalami kod etika keguruan.



















25

RUJUKAN

Ahmad Jasmin, Muhammad Bazlan Mustafa 2011. Pembangunan Sahsiah :
Unit 5- Pendekatan Kognitif Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Perak :
Universiti Perguruan Sultan Idirs.

Behavior modification:Principal and procedures.(4 ed).Pasific
GroveCA:Brooks & Cole Publishing.

Mok Soon Sang 2007. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Guru (P.T.K)
Pengajaran dan Pembangunan (P&P). Selangor: Multimedia-Es
Resources Sdn Bhd.

Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan. (1993). Guru Dan Perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan,Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
2001, Pembangunan Sahsiah KKD2063.Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Robiah Sidin. 2002. Konsep guru profesional. Dalam Prosiding seminar
kebangsaaN profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa. Ahmad Subki Miskon. 2013. Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional
26






ISU-ISU ETIKA GURU.
1. Apakah pandangan anda tentang isu-isu etika guru yang berlaku pada
masa kini.
Pada pandangan saya, isu-isu seperti ini harus diambil berat oleh
semua pihak dan tidak terkecuali juga dikalangan masyarakat. Semua
pihak haruslah sentiasa bekerjasama dalam memastikan isu-isu etika
ini tidak akan menjadi kudis terhadap pendidikan di negara kita. Ini
kerana jika kita lihat di dada-dada akhbar pelbagai isu-isu etika guru
yang sering berlaku pada masa kini. Ini agak membimbangkan kita ini
kerana guru merupakan satu profesion yang sangat mulia.

Bahkan masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru
dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab
yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga
pembinaan sahsiah anak didik. Guru adalah selaku agen perubahan
perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa
meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Ibu bapa, guru-
guru dan masyarakat amat bergantung harap sepenuhnya kepada
guru supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna. Kepercayaan teguh yang diberikan oleh
masyarakat kepada guru-guru haruslah dijadikan sebagai pembakar
semangat supaya guru-guru dapat menjalankan tugas dengan lebih
cekap dan efisyen.


27

2. Apakah faktor faktor yang menyebabkan berlakunya isu-isu seperti
ini.
Sikap guru itu.
Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru
setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani
rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan
dengan perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru
yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta
mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah
ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa
mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar
etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat
keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang
untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru
hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada
sekolah.

Bebanan kerja
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan
salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng.
Tekanan kerja yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak
bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid
untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut
menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir.
Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja
yang melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi
tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar
terganggu.

Kurang Memahami Etika Perguruan
28

Selain itu, punca berlakunya kes penderaan yang melibatkan guru ini
adalah disebabkan guru tersebut kurang memahami etika keguruan
yang telah digariskan. Guru yang memahami etika keguruan tidak akan
tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak
muridnya sendiri. Hal ini berbeza pula dengan kes yang telah berlaku
kepada guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang
telah digariskan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan
gambaran bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami
kandungan yang telah termaktub di dalam kod etika guru.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan
Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika
perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam
melaksanakan tugasan harian sebagai guru. Berdasarkan kod etika
perguruan yang telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu
guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara
yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang guru. Tetapi, apa yang
berlaku di dalam kes ini adalah sebaliknya.

3. Sebutkan kesan-kesan yang akan timbul disebabkan isu-isu tersebut.
Kita sering mendengar kini isu-isu dan masalah keguruan yang hangat
diperkatakan kini. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kesan
buruk terhadap profesion keguruan. Kes-kes seperti guru menampar
murid, murid didera guru sehingga mati, guru mengambil rasuah,
sikap guru yang kurang ajar, sering dibincangkan melalui media
massa. Oleh itu, guru sebagai insan terlatih perlulah bijak perlulah bijak
dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi mereka sewaktu di
sekolah supaya kes-kes seperti tadi tidak akan berulang lagi dan
menjatuhka nama profesion keguruan.
29

Isu-isu etika ini akan memberi Implikasi dari pelbagai sudut
antaranya ialah :

Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru secara
keseluruhannya
Sahsiah ini merupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru.
Apabila isu ini berlaku, keperibadian seorang guru itu boleh
disangkalkan. Sikap serta tingkah laku guru haruslah sentiasa positif
dan menjurus kepada pembangunan dan kejayaan modal insan murid-
murid bukannya kepada satu sikap yang negatif. Isu tersebut akan
memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain dimana
keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru
dipersekolahan akan terus dianggap negatif oleh semua lapisan
masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah guru tidak
akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana
anggapan negatif dan pandangan serong masyarakat serta orang
awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang dilakukan. Apabila
steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat,
perfesion perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di
masa akan datang. Ini akan menjejaskan kejayaan dan pembangunan
dalam bidang pendidikan di negara kita.

Merosakkan nama baik profesion perguruan
Ini kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi role
model. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak
kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada
hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya.
Menurut American Psychological Association pada tahun 1999
melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas
menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi iaitu
rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka
mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami
penyakit neurosis termasuk fobia.
30



4. Apahkah langkah yang perlu ambil oleh pihak berkuasa supaya
mengatasi isu-isu etika guru.

Memperkuatkan undang-undang
Dengan memperkuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah
yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif.
Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan
seksual di kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah
sepri ini dapat diatasi dengan segera.Dengan adanya penguatkuasaan
undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan murid mungkin
dapat diatasi dan dibanteras dengan segera.

c. Mengwujudkan kemudahan khidmat kaunseling untuk guru-guru
bermasalah.
Pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan
kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang
mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan
khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi
menangani isu-isu etika guru di sekolah di mana khidmat ini
dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat
bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru
mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka
terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone
(1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan
membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai
kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

5. Apakah peranan guru dalam memastikan isu-isu ini terus berlaku.
Perlu memahami dan mendalami etika perguruan
31

Ini kerana Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak
untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri.
Hal ini berbeza pula dengan kes yang telah berlaku kepada guru
tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan
ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran bahawa guru
tersebut tidak mengerti dan memahami kandungan yang telah
termaktub di dalam kod etika guru.
Dalam bidang keguruan, guru perlu mematuhi kod etika sebagi
penjawat awam apabila ingin menjalankan sesuatu perkerjaan di luar
bidang. Guru harus lebih bertanggungjawab dan mempunyai
akuantabiliti terhadap tugasanya demi menjada dan memartabatkan
profesion perguruan . mereka perlu menguruskan masa dengan baik
supaya dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti organisasi.













32

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

PENGENALAN 1

ISU PERTAMA : PONTENG ATAU TIDAK MASUK KELAS 3

ISU KEDUA : GANGUAN SEKSUAL ATAU ROGOL 10

ISU KETIGA : GURU MENJALANKAN KERJA SAMBILAN 15

RUMUSAN 22

REFLEKSI 23

RUJUKAN 25

Anda mungkin juga menyukai