Anda di halaman 1dari 4

CATATAN PEMERHATIAN DAN REFLEKSI

PEMERHATIAN INKUIRI KENDIRI REFLEKSI


Saya telah membuat pemerhatian ke atas Mengapa murid kurang Berdasarkan pemerhatian semasa proses
tingkah laku murid semasa proses minat? PdP, saya dapati murid kurang berminat
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan apa yang diajar. Saya membuat
Apakah latar belakang
dijalankan. Murid kurang memberikan refleksi kendiri mengapa perkara ini berlaku.
murid ini?
perhatian terhadap pembelajaran saya, Murid kurang berminat kerana mereka tidak
pergerakan mereka semasa proses PdP Mengapa saya tidak tahu cara atau kaedah membuat lakaran
agak lambat dan “body language” berjaya menarik minat sedangkan saya mengajar mereka seolah-
menunjukkan keadaan murid yang tidak murid? olah mereka telah mahir membuat lakaran.
berminat. Semasa saya memberikan Tajuk lakaran ini telah pun diajar semasa
penerangan dan tunjuk cara membuat Apa yang telah saya murid di tingkatan satu. Saya beranggapan
buat dalam kelas?
lakaran 3D serta meminta murid- murid bahawa apabila mereka naik ke tingkatan
membuat lakaran, hanya 4 orang sahaja Apa yang saya perlu dua, mereka telah mempunyai kemahiran
murid yang betul-betul memberikan buat supaya murid ini untuk menghasilkan lakaran dengan baik.
perhatian. Murid-murid lain saya dapati lebih minat? Saya juga merefleksi semula apa yang telah
ada yang bercakap yang tiada kaitan saya buat semasa dalam kelas. Saya tidak
dengan tugasan yang diberi, ada yang memberikan penerangan langkah demi
berjalan-jalan, ada yang cuba mengganggu langkah yang sepatutnya. Ini menyebabkan
murid-murid yang lain. Daripada murid bosan dan kurang berminat dengan
pemerhatian juga, di dapati murid tidak PdP saya.
mempunyai keyakinan dan teragak-agak Saya perlu lakukan sesuatu bagi
untuk membuat lakaran 3D dan asyik menambahbaik amalan PdP saya. Saya akan
bertanyakan guru cara membuat lakaran. menghasilkan bahan bantu mengajar untuk
memudahkan murid menghasilkan lakaran
yang baik.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat ketika Mengapa murid tidak Saya juga membuat tinjauan ketika sesi
sesi pembelajaran dengan permasalahan tahu melakar? pembelajaran dijalankan. Murid menyatakan
tersebut, guru mendapati ramai murid yang bahawa mereka tidak tahu melakar. Timbul
tidak dapat memahami kaedah melakar Apa yang menyebabkan
persoalan dalam diri saya, mengapa murid
yang telah ditunjukkan oleh guru. Murid murid tidak dapat
tidak tahu melakar sedangkan tajuk ini telah
mula hilang fokus kerana terdapat langkah melakar dengan baik?
yang tidak difahami oleh murid. diajar semasa mereka di tingkatan satu.
Bagaimana saya boleh Adakah mereka tidak menjalani proses PdP
tingkatkan kaedah bagi tajuk ini? Adakah kaedah yang
pengajaran saya supaya digunakan oleh guru tidak dapat memberi
mereka lebih faham? kefahaman kepada mereka?

Apa kaedah yang boleh


saya gunakan? Semasa ditingkatan dua seharusnya mereka
telah mempunyai kemahiran asas untuk
melakar. Ternyata anggapan saya tidak tepat
kerana murid-murid masih tidak dapat
melakar dengan baik. Saya memikirkan
terdapat beberapa kemungkinan yang
menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satu
daripadanya adalah kaedah pembelajaran
yang digunakan oleh guru. Guru mengajar
tanpa menggunakan bahan bantu mengajar.
Ini menyukarkan murid-murid untuk
menghasilkan lakaran dengan baik. Saya
yakin dengan menggunakan bahan bantu
mengajar, saya boleh meningkatkan
kefahaman murid dalam menghasilkan
lakaran yang baik. Melalui penggunaan bahan
bantu mengajar, saya dapat
mempertingkatkan kaedah pengajaran saya
Saya bercadang untuk memperkenalkan EZY
Sketch kepada murid-murid bagi
membolehkan murid-murid menghasilkan
lakaran dengan baik.
TAJUK KAJIAN TINDAKAN: PENGAJARAN KONSEP ASAS LAKARAN 3 DIMENSI
MENGGUNAKAN EZY SKETCH

PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dijalankan. Murid kurang memberikan perhatian terhadap pembelajaran saya,
pergerakan mereka semasa proses PdP agak lambat dan “body language” menunjukkan keadaan
murid yang tidak berminat. Semasa saya memberikan penerangan dan tunjuk cara membuat
lakaran 3D serta meminta murid- murid membuat lakaran, hanya 4 orang sahaja murid yang betul-
betul memberikan perhatian. Murid-murid lain saya dapati ada yang bercakap yang tiada kaitan
dengan tugasan yang diberi, ada yang berjalan-jalan, ada yang cuba mengganggu murid-murid
yang lain. Daripada pemerhatian juga, di dapati murid tidak mempunyai keyakinan dan teragak-
agak untuk membuat lakaran 3D dan asyik bertanyakan guru cara membuat lakaran.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat ketika sesi pembelajaran dengan permasalahan tersebut, guru
mendapati ramai murid yang tidak dapat memahami kaedah melakar yang telah ditunjukkan oleh
guru. Murid mula hilang fokus kerana terdapat langkah yang tidak difahami oleh murid.

REFLEKSI

Berdasarkan pemerhatian semasa proses PdP, saya dapati murid kurang berminat dengan apa
yang diajar. Saya membuat refleksi kendiri mengapa perkara ini berlaku. Murid kurang berminat
kerana mereka tidak tahu cara atau kaedah membuat lakaran sedangkan saya mengajar mereka
seolah-olah mereka telah mahir membuat lakaran. Tajuk lakaran ini telah pun diajar semasa murid
di tingkatan satu. Saya beranggapan bahawa apabila mereka naik ke tingkatan dua, mereka telah
mempunyai kemahiran untuk menghasilkan lakaran dengan baik. Saya juga merefleksi semula
apa yang telah saya buat semasa dalam kelas. Saya tidak memberikan penerangan langkah demi
langkah yang sepatutnya. Ini menyebabkan murid bosan dan kurang berminat dengan PdP saya.
Saya perlu lakukan sesuatu bagi menambahbaik amalan PdP saya. Saya akan menghasilkan
bahan bantu mengajar untuk memudahkan murid menghasilkan lakaran yang baik.
Saya juga membuat tinjauan ketika sesi pembelajaran dijalankan. Murid menyatakan bahawa
mereka tidak tahu melakar. Timbul persoalan dalam diri saya, mengapa murid tidak tahu melakar
sedangkan tajuk ini telah diajar semasa mereka di tingkatan satu. Adakah mereka tidak menjalani
proses PdP bagi tajuk ini? Adakah kaedah yang digunakan oleh guru tidak dapat memberi
kefahaman kepada mereka? Semasa ditingkatan dua seharusnya mereka telah mempunyai
kemahiran asas untuk melakar. Ternyata anggapan saya tidak tepat kerana murid-murid masih
tidak dapat melakar dengan baik. Saya memikirkan terdapat beberapa kemungkinan yang
menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satu daripadanya adalah kaedah pembelajaran yang
digunakan oleh guru. Guru mengajar tanpa menggunakan bahan bantu mengajar. Ini
menyukarkan murid-murid untuk menghasilkan lakaran dengan baik. Saya yakin dengan
menggunakan bahan bantu mengajar, saya boleh meningkatkan kefahaman murid dalam
menghasilkan lakaran yang baik. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar, saya dapat
mempertingkatkan kaedah pengajaran saya Saya bercadang untuk memperkenalkan EZY Sketch
kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid menghasilkan lakaran dengan baik.

Disediakan oleh: Nama guru

Sekolah

Kategori: Individu/Kumpulan

(Jika berkumpulan tidak melebihi 3 orang)

Anda mungkin juga menyukai