Anda di halaman 1dari 11

Definisi pendidikan dapat kita telusuri dari kata pembentuknya.

Pendidikanadalah kata didik yang mendapat imbuhan pe dan an. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, didik memiliki arti memelihara dan memberi latihan mengenai akhlak dan kecerdasan. Sedangkan definisi pendidikan sendiri adalah proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan. Jadi dalam hal ini definisipendidikan adalah proses atau perbuatan mendidik. Definisi Pendidikan Menurut Para Ahli Definisi pendidikan juga dapat kita lihat pada berbagai literatur dan gagasan yang disampaikan oleh banyak ahli. Misalnya Ki Hajar Dewantara (1889 1959) mempunyai pendapat mengenaidefinisi pendidikan. Menurut Bapak Pendidikan Nasional Indonesia ini pendidikan adalah Pendidikan umumnya berarti daya upaya untuk memajukan budi pekerti ( karakter, kekuatan bathin), pikiran (intellect) dan jasmani anak-anak selaras dengan alam dan masyarakatnya. Definisi pendidikan menurut para ahli yang lainnya adalah suatu proses pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara sengaja dan dilembagakan untuk untuk menghasilkan kesinambungan social. Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup. definisipendidikan tersebut dikemukakan oleh John Dewey.

Salah seorang tokoh bangsa Arab yang hidup tahun 106 H- 143 H yang bernama Ibnu Muqaffa, mengatakan bahwa : Pendidikan itu ialah yang kita butuhkan untuk mendapatkan sesuatu yang akan menguatkan semua indera kita seperti makanan dan minuman, dengan yang lebih kita butuhkan untuk mencapai peradaban yang tinggi yang merupakan santaan akal dan rohani. Ibnu Muqaffa yang menyampaikan definisi pendidikan tersebut adalah pengarang Kitab Kalilah dan Daminah.

Istilah Pendidikan berkenaan dengan fungsi yang luas dari pemeliharaan dan perbaikan kehidupan suatu masyarakat terutama membawa warga masyarakat yang baru (generasi baru) bagi penuaian kewajiban dan tanggung jawabnya di dalam masyarakat. Gagasan ini dikemukakan oleh Prof. Richey dalam bukunya Planning for teaching, an Introduction to Education.

Filosof Yunani yang hidup dari tahun 429 SM-346 M menjelaskan bahwa Pendidikan itu ialah membantu perkembangan masing-masing dari jasmani dan akal dengan sesuatu yang memungkinkan tercapainya kesemurnaan. Filosof ini kita kenal dengan nama Plato.

Pendidikan itu meliputi segala sesuatu yang dikerjakan oleh seseorang untuk dirinya atau yang dikerjakan oleh orang lain untuk dia, dengan tujuan mendekatkan dia kepada tingkat kesempurnaan. Hal ini dijabarkan oleh filosof inggris, John Stuart Mill (1806-1873 M).

Definisi pendidikan adalah proses yang terus menerus (abadi) dari penyesuaian yang lebih tinggi bagi makhluk manusia yang telah berkembang secara fisik dan mental, yang bebas dan sadar kepada tuhan, seperti termanifestasi dalam alam sekitar intelektual, emosional dan kemanusiaan dari manusia. Hal tersebut disampaikan oleh H. Horne.

Hal senada mengenai definisi pendidikan juga dikemukakan oleh Edgar Dalle. Menurutnya,pendidikan adalah usaha sadar yang dilakukan oleh keluarga, masyarakat, dan pemerintah melalui kegiatan bimbingan, pengajaran, dan latihan, yang berlangsung di sekolah dan di luar sekolah sepanjang hayat untuk mempersiapkan peserta didik agar dapat mempermainkan peranan dalam berbagai lingkungan hidup secara tetap untuk masa yang akan datang.

Sedangkan Thompson mengungkapkan bahwa definisi pendidikan adalah pengaruh lingkungan terhadap individu untuk menghasilkan perubahan-perubahan yang tetap dalam kebiasaan perilaku, pikiran dan sifatnya.

Definisi pendidikan merupakan usaha , pengaruh, perlindungan dan bantuan yang diberikan kepada anak agar tertuju kepada kedewasaannya, atau lebih tepatnya membantu anak agar cukup cakap melaksanakan tugas hidupnya sendiri. definisi pendidikan tersebut ditegaskan oleh M.J. Longeveled.

Dari berbagai definisi pendidikan diatas dapat disimpulkan bahwa pendidikan adalah bimbingan atau pertolongan yang diberikan oleh orang dewasa kepada perkembangan anak untuk mencapai kedewasaannya dengan tujuan agar anak cukup cakap melaksanakan tugas hidupnya sendiri tidak dengan bantuan orang lain. Semoga informasi mengenai definisi pendidikan diatas dapat berguna bagi kita semua

Definisi Pendidikan

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia. Tidak kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia disalahgunakan. Penulisan saya ini hanya ingin memfokuskan perihal pendidikan, tidak kurang lebih hanya untuk berkongsi pendapat, pandangan sekalipun memberikan cadangan. Semuanya bergantung kepada ketelusan hati saya untuk menghebahkannya disini. Secara amnya, pendidikan hakikatnya telah bermula semenjak sebelum kita dilahirkan lagi. Pernahkah anda melihat atau anda sendiri melakukan; menyapu atau menggosok perut ibu yang sedang mengandung, pada waktu yang sama menyanyikan lagu-lagu yang baik mahupun berzikir bagi yang beragama Islam, serta ada juga yang bercakap-cakap memberikan nasihat dengan harapan bayi yang didalam kandungan mendengarnya lalu apabila lahirnya mereka itu nanti, akan mereka menjadilah manusia yang baik, berguna dan berjaya. Maka inilah salah satu bentuk pendidikan terawal dalam hidup seseorang. Selain daripada itu, di Malaysia khususnya, sektor pendidikan terdapat beberapa tahap atau peringkat, yang ianya adalah wajib untuk diikuti dan dialami oleh semua rakyat Malaysia. Dan di setiap peringkat pendidikan yang wujud di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pendidikan yang berbeza. Namun, kita masih belum mampu untuk mewujudkan pendidikan percuma untuk semua atas banyak faktor yang tidak mahu dibincangkan di sini. Apa yang pasti, saya sebagai pelajar amat merasakan betapa kita sekarang tidak menghargai pendidikan. Saya menggunakan kita di sini kerana ingin berkata secara am. Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu. Kerana itulah, orang Jawa suka makan pedas, ada yang tidak. Kerana telah menjadi kebiasaan mereka untuk begitu sejak kecil lagi. Ini hanya satu contoh kecil yang boleh saya katakan disini. Banyak lagi definisi pendidikan yang boleh dibincangkan lagi namun buat masa sekarang, hadamkan yang ini terlebih dahulu. InsyaAllah sekiranya ada masa dapat kita sambung lagi perbinacangan ini di lain masa.

Penyata Razak (1956)


1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). 2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan 4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak
POSTED BY GURU KAMPU NG AT 6:41 PM 1 COMMENTS

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan


Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama. 2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang. 3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja). 4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi. 5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sekolah Vernakular 1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. 2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. 3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu: i. Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam b. dan mata pelajaran vokasional

Petang

. Bahasa Arab a. dan al-Qur'an

Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan MPPM di Melaka pada tahun 1935.

Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China. Contoh sekolah vernalular Cina ialah SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah. Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British 1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum. b. Kurikuium sekolah berbeza. c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah. d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin.

2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. 3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. 4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya, i. ii. King Edward VII, Taiping di Perak dan Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.

A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa dari sesi petang untuk pembelajaran agama. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolahsekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan. Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum. Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan. Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

i.

Laporan Barnes (1950) a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu. c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

i. ii. iii.

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

iv.

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah: i. ii. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. 1. Laporan Fenn-Wu (1951)

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). 2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. 3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). 4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah: a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan. b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952) a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan. Rumusan Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masingmasing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.
POSTED BY GURU KAMPU NG AT 6:41 PM 6 COMMENTS

Laporan Rahman Talib (1960)


POSTED BY GURU KAMPU NG AT 6:40 PM 0 COMMENTS

Laporan Kabinet (1979)


POSTED BY GURU KAMPU NG AT 6:39 PM 1 COMMENTS

Akta Pendidikan 1996


POSTED BY GURU KAMPU NG AT 6:38 PM 0 COMMENTS

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


POSTED BY GURU KAMPUNG AT 6:37 PM 0 COMMENTS

Anda mungkin juga menyukai