Anda di halaman 1dari 4

Buktikan secara konkrit cara anda menganalisis perkembangan kognitif murid berdasarkan tahap

enaktif, ikonik dan simbolik. Fokuskan kepada salah satu topik pengajaran Bahasa Melayu yang
menjadi pilihan anda. Pembuktian mesti dibantu dengan rajah yang ringkas, tetapi sistematik dan
saintifik.
Salah satu teori kognitif yang terkenal ialah teori kognitif Bruner. Jerome S. Bruner merupakan
ahli psikologi kognitif yang menekankan perkembangan berfikir dalam pembelajaran bahasa.
Bruner (1915) beranggapan bahawa manusia sebagai pemikir, pemproses dan pencipta
maklumat. Bruner telah memperkenalkan pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian.
Dalam hal ini, seseorang murid akan belajar untuk menemukan struktur konsep-konsep yang
dipelajari lalu dibimbing secara induktif untuk memahami sesuatu konsep tersebut.
Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah dalam tiga
turutan, yakni enaktif, ikonik dan simbolik. Peringkat pelajaran yang dikemukakan oleh Bruner
dapat diaplikasikan melalui pengajaran bacaan dan lisan untuk peringkat rendah. Sebagai
contohnya, pada peringkat enaktif, guru memperkenalkan huruf vokal dan huruf konsonan
kepada murid tahun 1 melalui beberapa cara manipulatif, yakni adanya sentuhan, pendengaran,
deria mata dan lisan seperti penggunaan kad imbasan, kad suku kata, aktiviti melagukan ABC,
sentuhan bahan maujud seperti huruf maujud atau huruf sebenar, gambar objek berwarna-warni
berserta contoh. Hal ini dikatakan demikian kerana peringkat ini kanak-kanak belajar konsep
ABC dengan menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Dalam peringkat ini
juga, murid memperoleh pengetahuan atau pengalaman baharu untuk membentuk sesuatu
konsep.

Seterusnya, pada peringkat ikonik, murid akan didedahkan kepada objek melalui gambar atau
visual verbal untuk memahami dan membatangkan suku kata untuk membentuk persepsi dan
membina gambaran mental. Hal ini berlaku demikian kerana murid sudah berupaya untuk
menyimpan imej dalam minda mereka. Sebagai contohnya, guru meminta murid melukis gambar
atau mewarnakan gambar huruf. Di samping itu, guru meluaskan aktiviti, misalnya dengan
gambar rajah, lukisan, lakaran dan ringkasan supaya murid boleh melukis sendiri huruf atau
objek yang dikehendaki untuk tujuan perumpamaan dan perbandingan yang bertujuan untuk

membantu murid melihat pertalian. Apabila peringkat ini dikuasai oleh murid sepenuhnya,
penguasaan dalam bentuk bahasa memudahkan peringkat simbolik.
Pada peringkat simbolik, murid diasah kemahiran bahasa seperti aktiviti bercerita, berpantun,
membaca cerita, boneka bersuara dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana peringkat
ini, kanak-kanak memindahkan pengalaman yang diperoleh dalam bentuk bahasa. Murid akan
berfikir secara abstrak dan membuat taakulan logik. Oleh sebab itu, dalam peringkat
pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dijadikan pemangkin untuk
mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan pengalaman tersebut. Antara aktiviti yang
bercerita yang menggunakan permainan bahasa seperti Menikam Angka. Murid disediakan kad
manila, pelontar anak panah dan sampul surat. Murid akan menikam angka seperti rajah di
bawah :
8

2
3

6
5

Apabila murid melontar anak panah, misalnya mendapat nombor 5, murid akan mendapat
sampul surat berisi kad arahan, seperti :
Andaikan anda bertemu seorang guru anda di pusat bandar,
lakonkan cara anda menyapa cikgu dengan kelakuan yang sopan.
Permainan bahasa ini memberikan pendedahan kepada murid untuk bertutur dengan baiknya
berdasarkan pengalaman yang dihadapinya. Di samping itu, aktiviti ini membuktikan bahawa
peringkat simbolik, murid telah terdedah dengan cara sapaan dan kelakuan sopan dalam keluarga
atau di mana-mana. Dalam hal ini, secara tidak langsung, murid menunjukkan kelakuan yang
sopan.

Rajah di bawah membuktikan bahawa peringkat perkembangan kognitif Bruner membantu


dalam pengajaran bahasa :
Penggunaan deria

Enaktif

Penggunaan bahan
bantu mengajar

Ikonik

Pelibatan murid

Motivasi Belajar

Simbolik

Pengalaman Pelbagai

Penguasaan
maklumat spesifik

Rajah 1:Aplikasi Peringkat Perkembangan Kognitif Bruner dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.
Daripada aplikasi peringkat perkembangan kognitif Bruner yang dikemukakan di atas,
jelas terbukti secara konkrit bahawa murid memperoleh manfaat daripada teori ini yang
menggunakan pendekatan yang pelbagai. Tegasnya, peringkat pembelajaran Bruner merangkumi
tahap informasi, transformasi dan penilaian yang melibatkan proses mental dan asimilasi konsep
serta prinsip untuk memperoleh tiga keperluan pembelajaran, iaitu motivasi belajar, pengalaman
yang perlbagai dan penguasaan maklumat yang spesifik.

RUJUKAN

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Juriah Long et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur;
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1992). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Selangor;
Sarjana (M) Sdn. Bhd.
Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008).
Tatahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (1997). Aktiviti Lisan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Zulkifley Hamid (2006). Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai