Anda di halaman 1dari 4

Ulasan Bab 6: Recognizing Visual Word.

Pengingatan perkataan mempunyai kaitan dengan penerokaan makna. Mengingat perkataan satu
proses kognitif yang melibatkan beberapa deria seperti mata, minda, telinga dan mulut serta
minda. Apabila kita membaca sesuatu info atau mendengar ayat yang disampaikan oleh
seseorang, maklumat tersebut perlu melalui satu urutan memproses maklumat yang agak
kompleks. Oleh sebab pengingatan perkataan ini amat penting kerana menghubungkan makna
yang ditanggapi oleh pendengar. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia memiliki gambaran
objek tentang sesuatu. Oleh itu, pengingatan perkataan mempunyai hubungan yang erat tentang
makna.
Menurut Trevor (2001) dalam Trevor (2001), terdapat enam kaedah yang membolehkan
seseorang menggunakan pengingatan perkataan, iaitu

pergerakan mata, penamaan objek,

keputusan leksikal, kategori masa dan pengenalpastian tachistoscopic.


a) Pergerakan mata amat penting semasa membaca kerana bertujuan untuk memahami
kandungan teks di samping menambah kosa kata. Terdapat beberapa teknik yang boleh
digunakan, antaranya termasuklah limbus tracking dan purkinje system.
b) Penamaan objek melibatkan masa ujaran untuk seseorang bertutur. Lazimnya reaksi masa
yang diperlukan ialah 500 ms untuk onset muncul pada tahap perkataan.
c) Keputusan leksikal pula memerlukan seseorang membuat keputusan sama ada susunan
ayat itu mengandungi perkataan atau tidak, sebagai contohnya, seseorang perlu
memberikan respon untuk perkataan nurse atau bukan perkataan murse untuk
mengkaji tempoh masa dan kadar kesalahannya.
d) Dalam kategori masa pula, seseorang dlihat untuk meletakkan perkataan pada tempat
yang sesuai dalam skrin dengan meneliti kadar masanya.
e) Melalui pengenalpastian tachistoscopic, seseorang diberikan sesuatu perkataan dan masa
yang singkat untuk persembahan.
Faktor-faktor yang menyebabkan kesukaran pengingatan perkataan
Data bahasa yang diterima lazimnya tidak semua ayat tersebut benar atau gramatis yang
menyebabkan usaha untuk memahami dan mentafsir data tersebut mengambil masa yang lama.
Gangguan identiti mengakibatkan seseorang menjadi sukar untuk mengingat sesuatu benda. Hal
ini dikatakan demikian kerana perkataan yang disimpan dalam minda berdasarkan kategori
tertentu misalnya perbezaan suku kata, bunyi pertama, kesamaan kategori sintaktik atau

kebalikan perkataan tersebut. Di samping itu, pengulangan tertentu membolehkan sesuatu


perkataan diingat secara mudah apabila perkataan itu muncul kembali kerana sering digunakan.
Seterusnya, pertindihan bentuk kata misalnya CONTRAST dengan CONTRACT yang berbeza
makna sebenarnya mempunyai bentuk kata yang berbeza daripada suku kata terakhir. Apabila
kekeliruan ini berlaku, secara tidak langsung seseorang akan menggunakan bentuk yang salah
dengan makna yang sebaliknya.
Faktor yang lain seperti kekerapan, dan perkataan yang popular menyebabkan kesukaran untuk
mengimbau perkataan tersebut. Perkataan yang tidak digunakan atau langsung tidak diketahui
oleh seseorang dalam sesuatu konteks misalnya year digunakan lebih kerap berbanding dengan
hermeneutic menyebabkan seseorang sukar untuk pengingatan perkataan. Faktor umur juga
mengakibatkan seseorang sukar mengingat, misalnya pemerolehan perkataan yang baik semasa
kanak-kanak, apabila meningkat tua, diancam dengan penyakit seperti nyanyuk dan parkinson
yang menjadikan penyimpanan perkataan sukar dicapai. Kesan kepanjangan sesuatu perkataan
sering mengakibatkan seseorang sukar mengingat. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan
yang pendek biasanya mudah untuk diingat. Ini disokong oleh Chumbley dan Balota (1984) yang
mengatakan bahawa kesan kepanjangan dalam leksikal apabila perkataan atau bukan perkataan
sepadan dengan panjang dan kesesuaian pengucap. Bahan semantik mengakibatkan seseorang
sukar mengingatkan perkataan, misalnya kita cepat mengujarkan doktor berbanding
jururawat apabila keputusan leksikal diperlukan segera. Faktor lain seperti kategori fonologi
seperti gejala lupa-lupa ingat dan kesilapan hujung lidah.
Selanjutnya, penulis mengulas Pemprosesan Kata Terbitan. Kata terbitan tersimpan dalam
leksikon melalui satu hipotesis yang dikenali Hipotesis Senarai Penuh. Hipotesis ini
diaplikasikan melalui penyenaraian kata akar, misalnya kiss dengan penambahan rumus
imbuhan, seperti ed, es atau ing. Hal ini menunjukkan bahawa perkataan yang tersimpan
sebagai morfem dalam kamus mental. Di samping itu terdapat beberapa hipotesis yang
ditekankan seperti Hipotesis Akar sahaja dan Hipotesis Separuh Senarai ketika menangani
permasalahan morfologi.

Sementara itu, penulis juga mengemukakan tiga prinsip Pengingatan Perkataan seperti yang
berikut:
a) Menarik dan pemprosesan autonomi
b) Leksikal diakses secara siri atau selari
c) dapat mengaktifkan daripada satu tahap pemprosesan kepada satu peringkat yang penuh
Antara model yang sesuai digunakan pula untuk menjelaskan proses mental berlaku:
1. Model Carian Siri Autonomi Forster
Model ini diperkenalkan oleh Forster (1976). Menurut model ini, kita mengenal pasti
perkataan dengan melakukan carian melalui kamus, iaitu mengikut abjad sehingga
menemukan entri tersebut. Perkataan yang ditemukan memberikan maksud, ejaan,
sebutan dan kelas kata. Model ini sebenarnya berasaskan pencarian idea melalui kamus.
Model ini kemudiannya diperbaik oleh Bradley (1978).
2. Model Logogen
Model Logogen diperkenalkan oleh Morton (1969) yang mengkonsepsikan bahawa
perkataan ada logogen tersendiri, iaitu menghitung jumlah fitur antara perkataan yang ada
dalam kamus. Model ini dikemaskinikan pada tahun 1979 oleh Morton dengan
mengaitkan dua logogen, iaitu visual dan auditori tetapi dianalisis melalui sistem kognitif
sebelum mendapat output fonologikal.
3. Model Pengaktifan Interaktif dan Persaingan (IAC)
Model ini diperkenalkan oleh McClelland dan Rumelhart (1981) yang berdasarkan
hubungan dalam tingkat masing-masing. Model ini mempunyai tiga tingkat, iaitu tingkat
input, output dan huruf.
4. Model Hybrid
Model Hibrid merupakan gabungan model selari (Model Logogen dan IAC) dengan
model Carian Siri. Pada tahun 1976, Becker telah membuat satu verifikasi model yang
berkait rapat dengan set sensori yangdigeneralisasikan oleh set semantik atau mengikut
konteks. Setiap set ini membandingkan dan menilai dengan analisis yang lengkap
berpandukan karektor perkataan. Model ini diteruskan oleh Paap, Newsome, McDonald,
dan Schvanevelt pada tahun 1982.

Sebagai kesimpulannya, pengingatan perkataan merupakan satu proses yang kompleks yang
melibatkan minda dengan deria serta persekitaran. Walau bagaimanapun, melalui beberapa
kaedah, penulis telah menunjukkan bahawa proses ini sangat unik. Dengan berdasarkan model

pengingatan ini, dapatlah diketahui kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam proses
mengingat perkataan. Di samping itu, penekanan diberi terhadap faktor-faktor yang
menyebabkan kesukaran pengingatan perkataan. Melalui bab 6 ini, analisis minda dengan bidang
semantik adalah penting untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan. Fenomena seperti ini
dapat dijelaskan melalui kaedah dan model pengingatan perkataan.

RUJUKAN
Trevor A. Harley (2001). The Psychology of Language From Data to Theory. East
Sussex: Psychology Press Ltd.

Anda mungkin juga menyukai