Anda di halaman 1dari 15

BAB 8

PSIKOLINGUISTIK

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:


Menerangkan
1. konsep pertuturan bahasa;
2.
Membanding beza maksud kecekapan, perlakuan dan pemerolehan bahasa
Membincangkan kefahaman bahasa.
3.

Bab 1: Pengenalan

RINGKASAN BAB Bab 2: Morfologi

Pengenalan Bab 3: Fonetik


8.1 Konsep-konsep penting
8.2 Pertuturan bahasa Bab 4: Sintaksis
8.3 Kecekapan , perlakuan dan
Pemerolehan bahasa Bab 5: Semantik
8.4 Kefahaman bahasa
8.5 Penutup Bab 6: Variasi Bahasa

Rumusan Bab 7: Pragmatik

Latihan Bab 8: Psikolinguistik

Rujukan Bab 9: Otak Manusia dan Bahasa

Bab 10: Sosiolinguistik


PENGENALAN

elibatkan ilmu psikologi, sanis kognitif dan linguistik. Kajian ini melibatkan pengecaman kata, pemahaman, pemerolehan ba

Psikolinguistik merupakan sebahagian daripada bidang linguistik yang menyelidik fenomena


linguistik, iaitu cara manusia menggunakan kecekapan linguistik serta pengetahuan bahasa
mereka untuk menghasilkan dan memahami bahasa. Sebahagian lagi bidang psikolinguistik
itu berkaitan dengan operasi mental dan otak yang berhubung dengan bahasa. Otak manusia
mampu memperoleh dan menyimpan data linguistik.

Manusia dikatakan mempunyai tatabahasa minda yang membolehkannya menggunakan


bahasa dengan betul. Apabila kita bertutur, kita akan mengakses ‘tatabahasa minda’ kita
untuk memilih dan menentukan penggunaan perkataan yang betul, tepat dan bersesuaian
dengan konteks perbualan. Demikian juga apabila kita mendengar dan memahami pertuturan
orang lain, kita juga akan mengakses tatabahasa minda untuk membolehkan kita memproses
ujaran itu, iaitu menyesuaikan makna dengan bunyi yang kita dengar itu untuk membina
pemahaman.

Tatabahasa minda berkaitan dengan bunyi dan makna serta unit dan peraturan bahasa. Oleh
itu, psikolinguistik juga dipanggil psikologi bahasa. Ia merujuk kepada bidang yang
menghubungkaitkan kajian psikologi dan kajian bahasa dengan memberi tumpuan kepada
proses-proses psikologi terhadap cara manusia memperoleh, menghasil, dan memahami
bahasa (Raatner et al, 1998:3; Jay, 2003:12).

2
8.1 KONSEP-KONSEP PENTING

Konsep-konsep penting yang diterangkan termasuklah linguistik, psikologi, psikolinguistik,


teori bahasa, pemerolehan bahasa, bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa asing.

8.1.1 LINGUISTIK

Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Terdapat pelbagai istilah yang berhubung kait
dengan linguistik seperti linguistik am, linguistik deskriptif, linguistik bandingan, linguistik
sejarawi dan linguistik asal-usul. Mengetahui bahasa bermakna mengenal pasti bunyi bahasa
yang terdapat dalam bahasa sendiri dan bunyi mana yang merupakan bunyi bahasa yang lain.
Linguistik mengkaji bentuk asas dan pola ayat yang diujarkan. Ia terbahagi kepada fonetik,
fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

8.1.2 PSIKOLOGI

Psikologi merupakan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Psikologi
berguna dalam bidang linguistik kerana berkaitan dengan otak manusia yang beroperasi pada
aras yang simbolik. Pelbagai subbidang yang berkaitan dengan psikologi. Antaranya
termasuklah psikologi biologikal, psikologi kognitif, psikologi kaunseling, psikologi klinikal
dan psikologi pendidikan.

8.1.3 PSIKOLINGUISTIK

Psikolinguistik juga dikenali sebagai psikologi bahasa, iaitu gabungan usaha ahli linguistik
dan psikologi. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi dan kanak-kanak
memperoleh dan mempelajari bahasa. Pembedahan otak pernah dilakukan oleh ahli
psikolinguistik dan psikologi bagi menyelidiki cara bahasa bertindak di dalam otak.

8.1.4 TEORI BAHASA

Teori bahasa ialah teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri dan fakta
tentang struktur bahasa sejagat.

8.1.5 PEMEROLEHAN BAHASA

Pemerolehan bahasa merupakan proses yang membolehkan manusia menguasai dan membina
bahasa. Kanak-kanak lebih mudah memperoleh bahasa pertama jika dibandingkan dengan
orang dewasa yang mempelajari bahasa kedua.

8.1.6 BAHASA PERTAMA

Bahasa pertama merujuk kepada bahasa ibunda, iaitu bahasa yang mula-mula diperoleh sejak
kanak-kanak dilahirkan. Bahasa pertama individu kerap digunakan sebagai asas
identiti
sosiolinguistik. Bahasa pertama dapat didefinisikan berdasarkan aspek: punca asal bahasa,
identifikasi dalaman dan luaran penutur natif, kecekapan dan fungsi bahasa tersebut.

8.1.7 BAHASA KEDUA

Bahasa kedua digunakan untuk merujuk kepada bahasa-bahasa lain selepas pemerolehan
bahasa pertama. Pada umur 6 atau 8 tahun dikatakan masa yang penting untuk pembelajar
bahasa kedua menghampiri natif atau menyamai penutur natif.

8.1.8 BAHASA ASING

Bahasa asing merupakan bahasa yang digunakan di sesuatu kawasan dan tidak digunakan
secara umum.

8.2 PERTUTURAN BAHASA

Pendengar, setelah mendengar satu penyataan yang dikatakan oleh penutur, sekarang mesti
mendapat balik makna. Kerana seorang penutur yang fasih sesuatu bahasa ini mungkin
kelihatan sebagai tugas yang remeh. Bagi memahami ayat bahasa asli kita. Satu masalah yang
serius dengan pandangan ini ialah dalam pertuturan sebenar, ayat adalah, secara fizikal, satu
aliran bunyi yang berterusan, yang tidak dipecah-pecahkan menjadi unit perasingan yang
disebut kata.

Keupayaan pertuturan ialah penunjuk sebanyak mana maklumat yang dapat diperoleh tentang
bunyi bahasa ujaran tersebut, berdasarkan semata-mata pada gelombong bunyi. Dalam
kebanyakan hal maklumat berkenaan aspek-aspek intonasi dan sempadan kata atau frasa.
Tugas keupayaan analisis sintaksis untuk mengenal pasti kata-kata yang berkaitan dan
menghubungkannya mengikut sintaksis. Tugas keupayaan interpretasi semantik untuk
menghasilkan satu perlambangan makna ayat. Proses dari kata kepada ayat dan dari ayat
kepada makna sebaik mungkin, perlu diketahui.

Jika kita hendak memahami apa yang ingin dinyatakan oleh penutur, kita mesti memahami
ayat yang dilafazkannya, dan untuk melakukan ini kita mesti mengenali kata yang
membentuk ayat- ayat tersebut. Leksikon mental nampaknya sedikit sebanyak diatur oleh
bunyi – seperti juga kebanyakan kamus biasa disusun mengikut abjad (Fay dan Cutler 1977).
Kedua, capaian leksikal juga nampaknya peka terhadap beberapa kerap seseorang telah
mendengar kata itu (Forster dan Chambers 1973), atau beberapa lamakah seseorang itu
mendengar kata (Scarborough, Cortese, dan Scarborough 1977). Jika kata yang sering atau
kata baru boleh dicapai dengan lebih mudah, maka kemungkinannya ia lebih bagi sesuatu
kata itu untuk wujud dalam pengalaman seseorang, dan adalah lebih mudah kata itu dicapai.
Ini adalah kesan kekerapan (kekinian).

Ketiga, pelbagai jenis konteks sebelumnya boleh mempengaruhi dengan baik kelajuan dan
ketepatan capaian leksikal (petunjuk). Kata-kata yang diulang memberikan petunjuk kepada
kata itu sendiri, doktor memberikan petunjuk kepada jururawat, banjo memberikan petunjuk
kepada harp, dan rasuah juga memberikan petunjuk kepada kaum (petunjuk ortografi)
(Meyar dan Schvaneveldt 1971).

Keempat pula, ianya merupakan satu kesan sampingan capaian leksikal melibatkan
kesan
keunggulan kata: huruf dikenali lebih cepat dan secara tepat dalam konteks kata-kata daripada
kata-

4
kata itu berdiri sendiri atau dalam konteks bukan kata (Reicher 1969). Ini menunjukkan
bahawa capaian leksikal dibayangkan dalam pengenalan huruf setiap huruf yang membentuk
kata dan ini membolehkan kata itu dikenali. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Sekali, kata-
kata yang mungkin tetapi bukan kata sebenar ditolak dengan lebih perlahan daripada bukan
kata yang jelas yang ditolak dalam masa yang lebih cepat.

8.3 KECEKAPAN, PERLAKUAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

8.3.1 KECEKAPAN BAHASA

Seorang penutur membawa ke dalam situasi komunikasi pelbagai jenis kepercayaan yang
umum tentang dunia, tentang masa lampau, masa kini, dan aliran masa depan perbualan, dan
tentang kepercayaan pendengar tentang hal-hal ini. Turut mengiringi kepercayaan ini ialah
keinginan, harapan, niat penutur dan sebagainya. Semasa perbualan kebanyakan
kepercayaaan, keinginan, dan niat ini bukan sahaja melibatkan apa yang dikatakan (lih.
Gazdar 1981) tetapi juga bertukar sebagai akibat tentang apa yang dikatakan.

Latar belakang kognitif

Penutur mempunyai pelbagai kepercayaan dan keinginan berkenaan dengan faktor seperti
jenis dan arah perbualan, konteks sosial dan fizikal penyataan itu, penutur percaya pada
amnya, kepercayaan yang bersangkut-paut terutamanya dengan kata yang akan disebut, dan
apa kepercayaan mengikut konteks yang dikongsi oleh pendengar dengan penutur.

Niat pragmatik

Berdasarkan latar belakang kognitif, penutur mula membentuk niat pragmatik untuk merujuk
sesuatu (niat rujukan), melaksanakan beberapa tindakan komunikasi (niat komunikasi),
melaksanakan tindakan ini secara harfiah, tak harfiah, langsung atau tak langsung,
mempunyai pelbagai kesan terhadap pendengar (niat perlokusionari).

Penghasilan pertuturan tidak satu cara yang baik untuk mengawal imput kerana imput ialah
fikiran orang yang diuji. Ahli psikologi tidak mengetahui cara yang berkesan atau cara yang
boleh mengikut etika mengawal fikiran untuk tujuan uji kaji, oleh itu penyelidik penghasilan
pertuturan mesti bergantung pada fenomena yang berbeza, seperti analisis penangguhan,
kesalahan pertuturan (secara spontan dan yang dirangsang), dan gangguan bahasa.
MODEL KECEKAPAN
Bunyi Makna linguistik
(Tatabahasa)

Rajah 8.3.1: Model kecekapan

8.3.2 PERLAKUAN BAHASA

Model Mesej mencadangkan satu kemungkinan iaitu pernyataan adalah pada dasarnya
pengekodan kata demi kata mesej itu dari mula hingga akhir. Terdapat bukti yang agak
banyak yang menentang gambaran perancangan pertuturan ini, sesetengah datangnya
daripada kajian kesalahan pertuturan. Kesilapan pertuturan telah menjadi perkara yang
menimbulkan minat bersahaja dan saintifik sejak berkurun-kurun, sebahagiannya kerana
ketidak kerapannya yang relatif, dan juga kerana kompleksnya sesuatu tugasan itu (lihat
perbincangan tentang artikulasi). Telah dianggarkan terdapat satu kesilapan dalam setiap
1000 kata yang diucapkan (Bock dan Loebell 1988).

Dengan melihat secara bersahaja kesilapan ini, seseorang boleh memutuskan bahawa ia
adalah tidak sistematik, iaitu kesilapan-kesilapan ini ialah fenomena yang hampir-hampir
rawak. Tetapi pelajar subjek ini bersetuju bahawa hanya kesilapan tertentu sahaja yang
menonjol;sebenarnya, jenis kesalahan yang menonjol adalah yang melibatkan konstituen
linguistik dalam beberapa hal.

MODEL PERLAKUAN
Niat Komunikasi Bunyi

Rajah 8.3.2: Model Pencapaian

8.3.3 PEMEROLEHAN BAHASA

Kesilapan pertuturan merupakan bahan bukti untuk proses perancangan pertuturan. Pertama,
kesilapan selalunya melibatkan pengubahan beberapa unit linguistik. Jarang sekali data
kesilapan pertuturan adalah rawak sepenuhnya, dan ini menunjukkan bahawa proses
perancangan pertuturan menggunakan unit linguistik dalam operasi perancangannya.

6
Kedua, kesilapan ini memperlihatkan bahawa sistem perancangan itu mesti melihat ke
hadapan. Sistem yang tidak melihat ke hadapan tidak boleh membuat kesilapan, ciri
penyuaran nampaknya telah bergerak ke belakang.

Kata itu masih kekal di tempat asalnya, menunjukkan bahawa mesti ada satu tahap
perkembangan bagi tekanan yang abstrak dan terasing daripada kat-kata itu sendiri. Ciri
sintaksis adalah menarik.

Penafian dan kata lampau menekankan hal bahawa pemprosesan itu bekerja mengikut tahap
dan dapat menjangka, menggunakan maklumat tentang apa yang akan datang tiga atau empat
kata ke hadapan.

MODEL MODEL
Pengalaman bahasa
PEMEROLEHAN PERLAKUAN

Rajah 8.3.3: Model pemerolehan

8.4 KEFAHAMAN BAHASA

Kajian proses kefahaman bahasa daripada isyarat hingga ke kefahaman bahasa, tidak
mengalami masalah mengenal pasti dan memanupulasi input. Jika adapun, memahami output
merupakan masalahnya dalam kes ini. Seluruh proses pemahaman disimpulkan dalam rajah
8.4 di bawah.

Isyarat

KEUPAYAAN MENGENALI PERTUTURAN

CAPAIAN LEKSIKAL DAN KEUPAYAAN PENGHURAIAN SINTAKSIS

KEUPAYAAN INTERPRETASI SEMANTIK


KEUPAYAAN INTERPRETASI PRAGMATIK

Pengenalan Niat Komunikasi

Rajah 8.4: Analisis fungsian kefahaman


bahasa

Pada umumnya, diandaikan bahawa keupayaan pengenalan pertuturan mengenal pasti


sebanyak mungkin bunyi pertuturan yang boleh daripada gelombang bunyi. Keupayaan
penghuraian sintaksis mengenal pasti kata melalui bunyinya dan menganalisis struktur ayat,
dan keupayaan interaksi semantik meletakkan makna kata selaras dengan perkaitan sintaksis
ini. Keupayaan interpretasi pragmatik memilih tindakan pertuturan tertentu atau niat
komunikasi sebagai yang paling kena. Jika pendengar betul, komunikasi telah berjaya; jika
tidak, terdapat gangguan komunikasi.

Tidak seharusnya dibuat andaian bahawa keupayaan yang berbeza ini dijalankan sama ada
oleh ‘daerah otak’ yang berlainan atau semestinya satu lepas satu. Kebanyakan proses ini
boleh bertindan melalui masa dan dalam kegiatan otak. Persoalan pencapaian neurologi
keupayaan linguistik ini ialah cabang ilmu neurolinguistik.

8.5 PENUTUP

Beberapa bahagian penting hasil kerja masa kini berkenaan psikolinguistik, ialah aliran
maklumat daripada fikiran hingga ke bunyi, daripada bunyi ke kata, frasa, dan ayat, dan
daripada ayat ke niat komunikasi penutur. Hasil perbincangan, diperoleh gagasan yang
berbeza tentang jawapan yang betul bagi soalan yang penting serta mendapati jurang yang
luas tentang pemahamannya.
Psikolinguistik mempunyai segala tanda bahawa ia adalah bahagian penyelidikan saintifik
yang penting dan aktif.
8
RUMUSAN

Bab ini membekalkan pengetahuan umum tentang bidang psikolinguistik. Ia melibatkan teori
cara bahasa beroperasi dalam minda manusia, cara kita menghubungkan makna dengan bunyi
bahasa dan cara kita menggunakan sintaksis. Otak manusia mampu memperoleh dan
menyimpan data linguistik. Manusia dikatakan mempunyai tatabahasa minda yang
membolehkannya menggunakan bahasa dengan betul. Tatabahasa minda berkaitan dengan
bunyi dan makna serta unit dan peraturan bahasa. Pertuturan bahasa dan cara memahami ayat
bahasa tersebut diterangkan dengan jelas.

Cara menganalisis bahasa dari aspek kecekapan, perlakuan dan pemerolehan bahasa
dinyatakan secara umum. Selain bahasa digunakan dalam fikiran dan komunikasi ; ia
menemukan cara pengetahuan tentang bahasa dilambangkan dalam otak tersebut.
Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi dan kanak-kanak memperoleh dan
mempelajari bahasa.

Tajuk tentang pemerolehan bahasa menerangkan proses yang membolehkan manusia


menguasai dan membina bahasa. Ia menghuraikan pemerolehan bahasa pertama dan
pemerolehan bahasa kedua. Kanak-kanak dapat memperoleh bahasa ibunda mereka dalam
beberapa tahun sahaja tanpa melalui pembelajaran formal. Bahasa kedua digunakan untuk
merujuk kepada bahasa- bahasa lain selepas pemerolehan bahasa pertama.

Analisis kefahaman bahasa menerangkan keupayaan bunyi pertuturan menghuraikan sintaksis


atau struktur ayat, keupayaan interpretasi semantik dan keupayaan interpretasi pragmatik.
Jika pendengar betul, komunikasi telah berjaya; jika tidak, terdapat gangguan komunikasi.
Maklumat semantik dapat digunakan dalam analisis pragmatik bagi menjelaskan makna.
Makna penutur dengan makna pendengar menurut analisis pragmatik tidak semestinyaa
mempunyai persamaan. Dari segi pragmatik, apabila penutur berkata sesuatu, dia sebenarnya
merujuk kepada benda, orang, konsep atau membuat momen.
LATIHAN

1. Berikan konsep bagi disiplin berikut:


- Psikologi
- Linguistik
- Psikolinguistik

2. Dari segi pemerolehan bahasa, persoalan yang ditanyakan ialah:


- Bagaimanakah bayi dan kanak-kanak menguasai bahasa?
- Bagaimanakah dengan kanak-kanak yang tidak mampu mempelajari bahasa
dengan betul?
-Bolehkah penyelidikan dalam bidang psikolinguistik menghasilkan terapi tentang
pembelajaran dan pengusaan bahasa?
-Benarkah pendapat yang mengatakan semakin banyak bahasa yang diketahui oleh seseorang
itu, semakin mudah orang itu dapat mempelajari bahasa yang baharu?

3. Bincangkan jawapan kepada persoalan tersebut dengan mengemukakan bukti yang jelas
dan contoh bagi menyokong pendapat anda.

4. Pendapat umum mengatakan orang dewasa lebih sukar mempelajari bahasa kedua
berbanding dengan kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama mereka. Demikian juga
kanak-kanak dwibahasa berupaya untuk mempelajari kedua-dua bahasa itu dengan mudah
berbanding dengan orang dewasa.

Berdasarkan pernyataan di atas, hujahkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan


bahasa pertama oleh kanaak-kanak dengan pemerolehan bahasa kedua oleh orang dewasa.

10
RUJUKAN

Bock,K., dan H.Loebell 1988. Framing sentences. Ms.,Michigan State University.

Chomsky, N. 1972 Language and Mind. Enlarged edition. New York: Harcourt Brce
Jovanovich.

Fay, D. , dan A. Cutler 1977. Malapropisms and the strycture of the mental lexicon.
Linguistic Inquiry 8, 505- 520.

Forster,K., dan S.Chambers .1973. lexical accessssss and naming time. Journal of Verbal
Learning
and Verbal Behavior. 12, 627- 635.

Foss, D.J. & D.T. 1978. Psycholinguistics: An Introduction to the psychology of language .
Englewood Cliff,
NJ: Prentice Haall.

Garrett,M. 1975. The analysis of sentence production. Dlm. G.Bower, ed., The
psychology of learning and motivation. New York: Acaademic Press.

Garrett, M. 1980.Levels of processing in sentence production. Dlm.

Butterworth. Garrett,M. 1990. Sentence processing. Dlm. Osherson dan

Lasnik.

Gary Libben, 2000. “Chapter 12 Psycholinguistics: The study of language processing”,

dalam O’Grady dan Archibald (ed), 2000: 447- 472.

Gazdar,G. 1981.Speech act ssignment. Dlm. A.Joshi et al.,ed., Elements of


discourse understanding . Cambridge: Cambridge University Press.

Jean Berko Gleson & Nan Bernstein Ratner (ed). 1998. Psycholinguistics (2nd edition).

Harcourt Brace.

Levelt, W. 1989. Speaking From intention to articulation. Cambridge, Mass.: MIT Press.

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pertumbuhaan dan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Jurnal

Dewan Bahasa, 34: 692- 703.

Mansoer Pateda. 1990. Aspek-aspek psikolinguistik. Yokjakarta : Penerbit Nusa Indah.

Meyer,D., dan R. Schvaaneveldt. 1971. Facilitation in recognizing pairs of words:

Evidence of dependence between retrieval operations. Journal of Experimental

Psychology 90, 227-234.


Nan Bernstein Ratner, Jean Berko Gleason, & Bhuvana Narsimhan. 1998. “Chapter 1, An

Introduction to Psycholinguistics: What Do Language Users Know”. Dalam Gleason

&
Ratner(ed), 1998, 1- 49.

Pisoni, D., dan P. Luce. 1987. Acoustic-phonetic representationnnn in

word recognition. Dlm. Frauenfelder dan Tyler.

Reicher,G. 1969. Perceptual recognition as a function of the meaningfulness of

the stimulus material. Journal of Experimental Psychology 81, 275-280.

12

Anda mungkin juga menyukai