Anda di halaman 1dari 21

Bab 8: Kesejagatan Etika di Asia

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

 Menjelaskan unsur-unsur yang bersifat universal dalam etika keagamaan


Asia;
 Mengenal pasti unsur-unsur yang sejagat dalam etika di Asia;
 Mengenal pasti persamaan yang wujud dalam etika dan falsafah;
 Menjelaskan bagaimana etika berfalsafah diamalkan kehidupan seharian
budaya Asia; dan
 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara etika di Asia dan etika
Barat.

8.1 Pengenalan

Dalam tujuh bab yang lepas, anda telah mempelajari etika yang berasal daripada berbagai
agama di Asia, misalnya etika agama Islam, etika agama Hindu, etika Confucianisme dan
sebagainya. Dapatkah anda mengenal pasti bahawa kesemua agama sebenarnya merupakan
falsafah hidup yang membincangkan cara untuk mencapai kebahagiaan melalui perlakuan dan
kehidupan kita?

Tingkah laku kita dibentuk oleh berbagai faktor dan ini mungkin disebabkan oleh pengaruh-
pengaruh berbeza dalam agama kita. Contohnya, walaupun konsep anti-kezaliman (“ahimsa”)
wujud dalam agama Hindu dan juga agama Buddha, kedua-dua agama ini menafsirkannya
dengan berbeza.

Walaupun agama-agama ini berbeza, kesemuanya menekankan aspek-aspek berikut:


 Etika dari segi diri dan keluarga;
 Etika dalam konteks sosial dan interpersonal;
 Etika dari segi perniagaan, kepenggunaan dan perdagangan;
 Etika dalam konteks perubatan, sains dan kesihatan; dan
 Etika dari segi alam sekitar.

Dalam bab ini, anda akan mempelajari mengenai bagaimana agama-agama ini mempengaruhi
kesejagatan prinsip-prinsip etika di Asia.
8.2 Etika dari Sudut Pandangan Agama dan Falsafah

Anda telah mempelajari mengenai etika serta ajaran beretika yang dipertengahkan oleh
agama-agama utama di Asia. Ciri-ciri penting bagi setiap agama yang telah anda pelajari
ditunjukkan dalam Rajah 8.1.

Agama Islam Agama Hindu Agama Shinto

 Percaya kepada  Kelahiran semula dan  Laluan ke arah


Tuhan yang Satu karma ketuhanan
 Kitab suci: Al-Quran  Bhagavad-Gita,  Tiada kitab suci,
Upanishad dan Brahma pengasas, atau kod
Sutra digunakan etika
sebagai panduan hidup

Confucianisme Agama Kristian Agama Buddha

 Koleksi ajaran dan  Percaya kepada  Koleksi ajaran dan


pemerhatian mengenai Tuhan yang Satu pemerhatian Gautama
cara untuk hidup dan  Kitab suci: Kitab Injil Buddha yang mem-
mentadbir. bincangkan cara untuk
mencapai Nirvana dan
melepaskan diri daripada
perkitaran kehidupan,
kematian dan kelahiran
semula

Rajah 8.1: Ciri-ciri penting dalam agama-agama terbesar di Asia

Rajah 8.1 menunjukkan bahawa:


 Sesetengah agama juga dikenali sebagai falsafah beragama.
 Pengasas sesetengah agama tidak bermatlamat untuk menjadikan falsafah mereka
sebuah agama.
 Sesetengah agama tidak memiliki kitab suci sepertimana yang dimiliki oleh agama
Islam dan Kristian tetapi sebaliknya memiliki koleksi ajaran dan falsafah yang
dikumpul oleh pengikutnya.
 Sesetengah agama (misalnya Confucianisme) terkenal dengan falsafah
pentadbirannya.
 Ajaran setiap agama membincangkan kehidupan manusia.
 Setiap agama merupakan panduan hidup dan berfungsi sebagai panduan etika.
 Setiap agama ini masih wujud pada era moden yang penuh dengan sains dan teknologi
ini.

Anda juga telah mempelajari mengenai etika dari sudut perspektif agama dan falsafah.
Kebanyakan agama merupakan falsafah yang berfungsi sebagai panduan hidup.

Sesetengah bidang falsafah enggan menggunakan agama sebagai asas etika dan sebaliknya
menyatakan bahawa manusia patut menggunakan logik dan pemikiran rasional ketika
membuat keputusan beretika.

Manusia sentiasa mencari falsafah yang dapat membimbing hidup mereka. Konsep ini
merujuk kepada falsafah (sama ada berasaskan agama atau tidak) yang mengandungi ciri-ciri
etika supaya kita dapat memastikan bahawa kita melakukan perkara yang betul pada masa
yang betul pada konteks yang betul.

Cuba imbas kembali ciri-ciri setiap daripada agama berikut.

Agama Agama Confucianisme Shinto Agama Agama


Islam Hindu Kristian Buddha

Apakah falsafah-falsafah yang wujud dalam kesemua agama-agama ini?

8.3 Adakah Terdapat Set Etika Asia yang Sejagat?

Anda telah mempelajari mengenai agama-agama utama di Asia dan anda kini tahu bahawa
setiap daripada agama ini mempunyai pertimbangan etika yang lebih kurang serupa. Oleh hal
yang demikian, adakah anda berpendapat bahawa terdapat set etika Asia yang berunsur
sejagat? Berdasarkan apa yang telah anda pelajari, adakah terdapat etika yang wujud hanya di
kalangan masyarakat Asia?

Individu yang pernah hidup di Asia dan juga kawasan lain mungkin pernah menyedari
bahawa sesetengah etika wujud hanya di Asia. Etika sebegini telah sebati dengan budaya dan
norma masyarakat Asia. Di benua ini, berbagai komuniti yang terdiri daripada berbagai kaum
hidup bersama. Misalnya, di Malaysia, berbagai perayaan keagamaan diraikan. Etika
masyarakat berbagai kaum ini bukan sahaja dihormati oleh penganutnya, tetapi juga
masyarakat lain. Ini tidak menjadi kebiasaan di tempat lain dan kebanyakan pelawat,
terutamanya pelawat Barat, kagum dengan aspek kehidupan masyarakat Asia ini.
Rajah 8.2 menunjukkan agama-agama yang diamalkan di benua Asia dan seluruh dunia.

Rajah 8.2: Peta agama-agama sedunia

Pada bahagian seterusnya, anda akan mempelajari mengenai etika perniagaan di Asia Timur
dan Asia Tenggara serta pendekatan syarikat Asia kepada mengaplikasikan amalan
perniagaan.

Sekiranya terdapat pelajar daripada negara asing dalam kelas anda,


tanyakannya mengenai pendapatnya tentang adat masyarakat Asia dan
tanyakannya juga sekiranya terdapat persamaan antara adatnya dan adat
masyarakat Asia. Sekiranya tiada pelajar daripada negara asing dalam kelas
anda, layari laman-laman web berikut untuk mempelajari mengenai adat
resam serta agama dan falsafah budaya lain:

http://www.everyculture.com
http://www.1000ventures.com/business_guide/crosscuttings/cultures_world.
html

Apakah perbezaan dan persamaan yang dapat anda lihat antara adat
masyarakat Asia dan masyarakat Eropah dan masyarakat Asia dan masyarakat
Amerika? Adakah adat masyarakat Asia secara umumya agak serupa antara
satu sama lain dan agak berbeza daripada adat lain? Sekiranya ini benar,
adakah konsep etika Asia yang sejagat mungkin wujud? Bincangkan bersama
rakan sekelas anda.
8.4 Etika Asia dari Segi Perniagaan dan Perdagangan

Masyarakat Asia telah mengamalkan budaya dan nilai tradisi dalam urusan perniagaan buat
berkurun lamanya. Namun demikian, konsep etika perniagaan Barat sebagai bidang kajian
formal semakin popular di Asia.

Minat terhadap etika perniagaan Barat, terutamanya dari segi amalan dan kursus perniagaan,
telah meningkat buat abad yang lalu. Mengikut Amber Kelleher (bekas Pengurus Program
Berinstitusi bagi Institut Etika Perniagaan Antarabangsa), peningkatan dalam minat terhadap
etika perniagaan Barat adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
 Krisis ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997 membawa kepada pembaharuan
dari segi perundangan syarikat, terutamanya dari aspek langkah-langkah dalam
membasmi gejala rasuah;
 Kebergantungan terhadap pelaburan langsung asing telah menyebabkan syarikat
tempatan meningkatkan ketelusan serta meningkatkan mutu sistem pentadbiran
korporat;
 Kebanyakan kerajaan di Asia telah menggubal pembaharuan undang-undang
perakaunan bagi mengelak daripada berlakunya skandal korporat sepertimana yang
berlaku di dunia Barat, seperti dapat dilihat dalam Rajah 8.3:

Rajah 8.3: Skandal korporat

Berikut merupakan beberapa pendapat mengenai etika perniagaan Asia:

Rajah 8.4: Beberapa pendapat mengenai etika perniagaan di Asia


Etika Perniagaan dan Sistem Perundangan
Profesor Sun Junheng, pengarang Contemporary Business Ethics (Etika Perniagaan
Semasa):
“Sistem perundangan di Asia sering ketinggalan
berbanding dengan mekanisme pasaran tetapi
saya berpendapat ia akan terus berkembang
maju.”

Etika Perniagaan di Tempat Kerja


Kim Ji-Hyun, seorang wartawan di akhbar Korea Herald, berpendapat bahawa:
“Kebanyakan pekerja dan juga Ketua Pegawai
Eksekutif akan berasa kurang selesa apabila
mendengar perkataan ‘etika’ digunakan di
tempat kerja. Dengan itu, usaha sesetengah
syarikat yang mengambil insentif untuk
menggariskan peraturan sebagai panduan
untuk pekerja mereka dalam menjalankan
tugas masing-masing secara beretika
merupakan suatu langkah yang besar.”

Penekanan Etika Perniagaan


Menurut Profesor Iwao Taka dari Universiti Reitaku di Jepun:
“Isu-isu yang dihadapi oleh Jepun
termasuk amalan perniagaan yang bersifat
kurang jujur seperti melabelkan produk
dengan salah atau melanggar hak harta
intelek .”

Curtis Andrews dari Farmaseutikal Pfizer di Korea pula berpendapat demikian:


“Dasar pemberian dan penerimaan hadiah
serta melayan tetamu merupakan antara
topik yang dibincangkan dalamprogram
kursus etika di Asia.”

Kim Ji-Hyun dari Korea pula melaporkan bahawa:


“Kursus yang menekankan gejala rasuah dan
penyelewengan merupakan salah satu
daripada cabaran terbesar yang dihadapi oleh
syarikat-syarikat Korea.”

Memandangkan bahawa etika perniagaan merupakan sesuatu konsep yang masih baru bagi
kebanyakan pekerja di Asia, kebanyakan syarikat mungkin akan menghadapi beberapa
rintangan dalam merancang dan mempraktik program-program kursus yang berkenaan. Rajah
8.5 menyatakan cabaran-cabaran ini. Menurut Kim Ji-Hyun, ”Syarikat-syarikat sedia maklum
bahawa mereka perlu memberi kursus kepada pekerja-pekerja mereka dengan kaedah yang
lebih berkesan”.

Percanggahan Kepentingan  Merupakan fenomena yang biasa di dunia Barat; jarang


dibincangkan di Asia kerana perbezaan budaya
 Contohnya: kepentingan ”guanxi” (perhubungan)
ditekankan dan sering digunakan di Asia bagi
menggalakkan urus niaga yang baik
Mementingkan Senioriti  Pengalaman dan senioriti lebih dipentingkan di Asia
berbanding dengan dunia Barat
 Para pengurus kanan yang memberi kursus etika dapat
memberi sokongan yang jelas kepada usaha-usaha ke
arah amalan yang beretika
Mekanisme Maklum Balas  Kebanyakan syarikat di Asia tidak mengamalkan
mekanisme memberi maklum balas kerana ia mungkin
menjatuhkan air muka fasilitator
 Melainkan fasilitator menggalakkan perbincangan yang
jujur dan terbuka (yang jarang dilakukan kerana
kebanyakan budaya Asia menekankan sikap
menghormati pihak atasan), isu-isu penyelewengan
mungkin tidak akan dilaporkan.
Abstrak vs. Konkrit  Budaya di Asia lebih cenderung menggunakan konsep
perniagaan yang abstrak untuk menjelaskan suatu
perkara manakala budaya Barat lebih cenderung
menggunakan contoh yang lebih konkrit
 Contohnya: dalam memberi hadiah, budaya Asia lebih
mementingkan keharmonian antara pemberi dan
penerima manakala di Amerika Syarikat, nilai hadiah
tersebut serta nilai di mana hadiah tersebut tidak dapat
diterima lebih diutamakan.
Kajian Kes dan Perbincangan  Lebih cenderung dijalankan dalam program kursus
Senario Barat dan jarang dijalankan di Asia. Ini mungkin
berlaku kerana sistem pendidikan Asia yang tidak
menekankan penyelesaian masalah secara kreatif serta
contoh-contoh yang bersifat abstrak.
Kesan Pasca-Kursus  Sesetengah pekerja di Asia masih tidak pasti tentang
peranan mereka atau perbezaan yang sepatutnya wujud
dalam perlakuan mereka selepas menjalani kursus ini.
 Mereka mungkin menentang sebarang usaha ke arah
mengubah amalan perniagaan yang sedia ada.
Berikut merupakan beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan kursus etika di
Asia.

Rajah 8.6: Cadangan untuk meningkatkan keberkesanan kursus etika di Asia

Adakah ini Cara-Cara Memahami Akibat suatu Tindakan


keputusan yang  Michel Campeanu daripada Allianz First Life
terbaik...? di Seoul menyarankan supaya para pekerja
“memahami, menghayati, membandingkan
dan seterusnya memilih.” Kebanyakan
pekerja di Asia mungkin tidak biasa dengan
pendekatan ini.
 Apabila pekerja sudah dilatih untuk
mempertimbangkan akibat tindakan
mereka, mereka akan dapat membuat
keputusan dengan lebih baik.
Menyepadukan Konsep Tradisi dan Unsur-Unsur Kebudayaan
 Unsur-unsur kebudayaan tidak patut diabaikan. Misalnya, syarikat-syarikat patut
merangkumi konsep falsafah tradisional (agama Buddha, Confucianisme dan
sebagainya) ke dalam bahan kursus.
 Sehubungan dengan itu, syarikat-syarikat patut memperakui peranan yang
dimainkan oleh perhubungan peribadi (“guanxi”) atau perasaan hormat (“mianxi”)
dengan membantu para pekerja memahami cara-cara untuk menguruskan
perhubungan perniagaan dengan sesuai.

Selain itu, meningkatkan kebertanggungjawapan di kalangan setiap pengurus kanan di setiap


organisasi juga merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi dalam kursus etika
perniagaan. Keupayaan setiap pengurus kanan untuk membuat keputusan yang baik mungkin
akan dijejaskan oleh faktor luaran seperti pengaruh politik atau kepentingan peribadi.

Kim Ji-Hyun berpendapat bahawa amalan yang berasaskan rasuah di kalangan golongan yang
berkuasa akan berleluasa sehingga perhubungan antara kepentingan perniagaan dan politik
dimansuhkan. Peningkatan keprihatinan umum mengenai kebertanggungjawapan korporat di
seluruh dunia akan membawa kepada lebih banyak pembaharuan dari segi pentadbiran
korporat.

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia telah mengkaji
penghalaan etika bagi Lembaga Pengarah beberapa syarikat. Mereka mendapati bahawa:

 Sebahagian besar daripada Lembaga Pengarah masih mengamalkan ”guanxi”.


 Syarikat-syarikat yang memiliki Lembaga Pengarah yang beragama Muslim lebih
cenderung mengamalkan kebertanggungjawapan sosial korporat (CSR) dan
penzahiran CSR yang lebih tinggi.
 Agama mungkin memainkan peranan yang penting dalam penghalaan etika suatu
syarikat.

Apakah maksud ”guanxi”? Adakah anda memahami maksudnya dalam konteks


perniagaan?

Pada pendapat anda, apakah cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh suatu
syarikat dalam usahanya ke arah menjadi organisasi yang lebih beretika?
Adakah rintangan ini berbeza daripada masalah yang mungkin dihadapi oleh
seorang individu? Bincangkan bersama rakan sekelas anda.

8.5 Etika Asia dari segi Hak Asasi Manusia

Komuniti sedunia sering membincang dan mendebat isu hak manusia di Asia, terutamanya
dari segi isu yang berkontroversi seperti sati atau membunuh demi menjaga maruah, seperti
yang ditunjukkan oleh Rajah 8.7.

Sati Pembunuhan Maruah

Seorang janda akan dibakar Sesetengah komuniti yang


bersama dengan suaminya berpuak mengamalkan
yang telah meninggal. pembunuhan maruah di mana
seseorang akan dibunuh untuk
menjaga maruah keluarga.

Rajah 8.7: Beberapa isu berkontroversi di Asia yang berkenaan dengan hak asasi manusia

Tanggapan dunia Barat tentang hak asasi manusia mungkin berbeza daripada tanggapan dunia
Timur mengenai perkara yang sama. Dunia Barat mengutamakan sikap yang individualistik
manakala dunia Timur lebih menekankan kepentingan orang ramai. Oleh sebab ini, hubungan
kekeluargaan, persahabatan dan rangkaian kenalan lebih diutamakan berbanding dengan
kepentingan individu.

Jadual 8.1 menjelaskan hak asasi manusia dari sudut pandangan Confucianisme dan sudut
pandangan Barat.

Perspektif Confucianisme Perspektif Barat


 Seorang individu yang mengamalkan  Individu Barat dilahirkan dengan hak-hak
ajaran Confucianisme dilahirkan dengan tertentu.
kewajipan  Seorang individu dari budaya Barat
 Dia juga mematuhi amalan tertentu dilindungi oleh haknya
 Dengan mencapai ren (penyatuan dengan  Dalam komuniti Barat, terdapat perbezaan
syurga), Confucianisme menganggap yang ketara antara manusia dan alam
bahawa keharmonian yang wujud antara sekitar. Manusia menggunakan pemikiran
dunia manusia dan alam sekitar rasional untuk menganalisa alam sekitar.
merupakan sebahagian daripada sistem
yang lebih besar.

Pada tahun 1993, Parlimen Agama Sedunia telah bersidang di Chicago dan ekoran daripada
ini ”Pengisytiharan ke arah Etika Sedunia” telah dihasikan. Berikut merupakan perkara-
perkara yang termaktub dalam pengisytiharan ini:
 Pengisytiharan ini menyarankan prinsip-prinsip moral asas tertentu dan semua agama
di dunia digalakkan supaya mematuhi prinsip-prinsip ini.
 Membincangkan etika dunia semasa.
 Menekankan kefahaman terutamanya berkenaan dengan penakrifan kesusilaan
manusia dan maruah manusia.

Anda boleh membaca pengisytiharan ini di laman web berikut:


http://www.weltethos.org/pdf_decl/Decl_english.pdf

Nyatakan pendapat anda mengenai pengisytiharan ini serta maksudnya yang


sebenar sebelum ke bahagian seterusnya.

Sekarang anda telah memahami Etika Sedunia. Apakah pendapat anda


mengenainya?

Anda sudahpun mempelajari mengenai hak asasi manusia dari sudut Confucianisme dan
dunia Barat. Sekarang, anda akan mempelajari bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan
seharian.

Menurut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,


 20% daripada golongan terkaya di dunia menggunakan hampir 90% daripada
kesemua produk dan perkhidmatan yang ada.
 20% daripada golongan termiskin di dunia menggunakan kurang daripada 2%.

Jadi apa gunanya konsep kebebasan bagi golongan miskin? Renungkan perkara-perkara
berikut dan fikirkan akibatnya sekiranya kita mengamalkan konsep masyarakat yang
berteraskan kepentingan individu seperti yang disarankan oleh falsafah Barat.
 Berkemungkinan besar bahawa komuniti tersebut akan lebih mementingkan diri atau
sekurang-kurangnya bersifat pasif berhubungan dengan kepentingan orang lain.
 Tiada seorang pun yang bertanggungjawab untuk menentukan bahawa kepentingan
orang lain dijaga atau dipertahankan.
 Seseorang itu menganggap bahawa masalah pengagihan sumber dan kekayaan tidak
penting. Rajah 8.8 menunjukkan pengagihan kekayaan dan sumber semasa.
PENGAGIHAN KEKAYAAN SEDUNIA

Kekayaan per
capita
2000 ($)

Rajah 8.8: Pengagihan kekayaaan sedunia

 Masyarakat mungkin akan lebih mementingkan diri kerana setiap individu hanya
sanggup bekerja untuk mempertahankan kepentingan masing-masing sahaja.
 Manusia akan menganggap diri mereka sebagai penerima manfaat sahaja dan tidak
dapat menganggap diri mereka serta orang lain sebagai sebahagian daripada komuniti
yang lebih besar.

Falsafah Confucianisme memberi sudut pandangan yang lebih baik mengenai peranan
manusia.
Menurut ajaran Confucianisme, seorang individu tidak memiliki kebebasan yang sepenuhnya
kerana setiap satu daripada kita bertanggungjawab sebagai seorang bapa, suami, anak, rakyat,
isteri, sahabat dan sebagainya.
Kewajipan dan tanggungjawab seseorang perlu dipenuhi oleh individu melalui pengamalan dan
pematuhan kepada norma-norma yang bersesesuaian dengan kesopanan, iaitu konsep li.
Setiap individu dalam hidup kita memainkan peranan penting dalam membentuk diri kita.
Dengan memenuhi tanggungjawab sosial, seseorang itu akan dapat mencapai maruah yang tinggi,
kebahagiaan serta memahami erti hidup.
 Konsep keadilan adalah berdasarkan kefahaman setiap individu bahawa kehidupan
kita bergantung kepada kebajikan orang lain.
 Kita tidak sepatutnya hanya berfikir mengenai apa yang kita sepatutnya miliki tetapi
turut memikirkan mengenai tanggungjawab kita kepada orang lain. Kewujudan hak
sejagat bermaksud bahawa kewajipan sejagat juga seharusnya wujud.

Apakah perbezaan antara konsep hak asasi manusia sebagaimana ia difahami


oleh dunia Barat dan dunia Timur (contohnya falsafah Confucianisme)?
8.6 Etika Asia dalam konteks Diri dan Keluarga

Hampir 60% daripada populasi dunia tinggal di Asia dan jumlah ini meningkat setiap tahun
dengan status China dan India sebagai dua negara yang mempunyai populasi terbesar di
dunia. Rajah 8.9 menunjukkan taburan populasi sedunia.

Walaupun amalan dan adat mungkin berbeza antara negara Asia, pengaruh globalisasi
bermaksud bahawa amalan dan adat baru sentiasa dicipta di kebanyakan negara di Asia. Cara
pemikiran dan amalan baru ini agak serupa walaupun diamalkan di negara-negara berbeza.

Rajah 8.9: Taburan Kepadatan Populasi Sedunia

Aktiviti seterusnya akan membincangkan isu-isu yang berkenaan dengan tradisi kekeluargaan
dan kaedah untuk menangani gelombang modernisasi dan globalisasi. Sesetengah daripada
isu ini hanya wujud di beberapa negara manakala isu lain pula wujud di semua negara Asia.

Saluran televisyen BBC telah menyiarkan rancangan mengenai generasi berlainan di


beberapa negara di Asia. Rancangan ini telah membincangkan usaha mereka untuk
mempertahankan tradisi keluarga mereka sambil menghadapi arus modernisasi dan
globalisasi.

Laman web berikut mengandungi beberapa video mengenai kajian kes yang dilakukan
ke atas beberapa keluarga di Singapura, Vietnam, Jepun, Korea serta negara-negara
lain di Asia:
http://www.bbc.co.uk/worldservice/programmes/archive/030818_asianfamily.shtml

Apakah pendapat anda mengenai masalah-masalah yang dibincangkan? Adakah anda


turut menghadapinya? Bagaimanakah anda menanganinya? Bincangkan bersama rakan
sekelas anda dan bandingkan pendapat dan pengalaman anda.
Sebuah keluarga Asia yang asas mempunyai ciri-ciri yang sama berbanding dengan keluarga
lain di seluruh dunia. Amalan patriarki masih popular di kalangan kebanyakan keluarga di
Asia. Sebahagian besar daripada keluarga di Asia mempercayai bahawa lelaki merupakan
ketua suatu keluarga.

Pengaruh Barat, tekanan ekonomi dan kehidupan yang kian berubah mempengaruhi adat
resam tradisional di kebanyakan negara Asia. Namun demikian, institusi yang selalunya
paling terjejas adalah institusi kekeluargaan. Berikut merupakan antara cabaran yang
dihadapi:
 Sebahagian besar daripada wanita di Singapura telah berlengah-lengah dalam
berkahwin sehinggakan populasi kecil negara ini (4.3 juta orang) mungkin akan
berkurangan lagi.
 Ajaran Confucianisme telah digunakan bagi menyokong dan mewajar ketaksamaan
yang wujud antara golongan wanita dan lelaki di Vietnam, terutamanya di kawasan
pedalaman.
 Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh sesetengah negara Asia seperti Vietnam
dan China juga telah memberi tekanan kepada kehidupan berkeluarga kerana mereka
terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih lumayan.

(a) Apakah pendapat anda mengenai etika dan perhubungan kekeluargaan


dalam masyarakat Malaysia? Adakah ianya sedang berubah?
(b) Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan yang mungkin
dihadapi dalam mematuhi adat resam keluarga?

8.7 Etika Asia dalam konteks Perhubungan Interpersonal

Kita seharusnya mengambil kira latar belakang etika suatu agama ketika membincangkannya
dan bukan sahaja agama yang berkenaan. Katakan anda sedang berbincang mengenai etika
agama Buddha Zen; anda perlu meneliti kesemua aspek yang mungkin, seperti yang
ditunjukkan oleh Rajah 8.10.

Rajah 8.10: Sudut Pandangan Etika Agama Buddha Zen

Sebagai evolusi baru


Sebagai etika agama Sebagai pergerakan dalam persekitaran
Buddha Asia Timur budaya Amerika Utara
atau Eropah Barat
Pada bahagian ini, etika Asia akan dibincangkan dari aspek perhubungan interpersonal
sepertimana yang diajar oleh agama Buddha. Agama Buddha di India dan agama Buddha di
Asia Timur, seorang individu atau komuniti tertakluk kepada peraturan yang agak berbeza.
Rajah 8.11 menjelaskan perbezaan ini dengan lebih lanjut.

Agama Buddha di India Agama Buddha Asia Timur


Individu Komuniti Kombinasi Individu dan
 Bermatlamat untuk  Terdapat peraturan Komuniti
mengubah perlakuan yang perlakuan sosial yang  Agama Buddha yang
dikenali sebagai ”sila”. Ini mengawal sangha. diamalkan di Asia Timur
melibatkan ajaran yang  Vinaya, iaitu peraturan menggabungkan unsur-
bukan berunsurkan komuniti yang berunsur unsur ”sila” dan ”vinaya”
peraturan atau hukum perundangan, mengawal supaya menjadi suatu
moral mengenai perkara selia perlakuan sami dan konsep baru iaitu
yang baik dan buruk. biarawati dan dalam ”kairitsu”.
 Ajaran ini lebih sesetengah kes, orang  Ia mencadangkan bahawa
berunsurkan azam awam. wujud perhubungan tersirat
(misalnya azam tahun  Merangkumi peraturan dan antara azam yang
baru) yang seseorang akan juga perkara-perkara yang berdisiplin dan perlakuan
mengenakan kepada diizinkan dan diharamkan. komuniti yang bersesuaian.
dirinya sendiri demi  Contohnya: seseorang itu  Merupakan sebuah sistem
memperbaikkan diri. dilarang daripada makan falsafah moral.
Contohnya, sekiranya selepas waktu tengah hari
seseorang itu sering dan memakai hiasan emas.
mabuk dan seterusnya  Sesetengah daripada
berkelakuan ganas, dia peraturan ini berasaskan
mungkin akan berazam nilai moral (misalnya,
supaya tidak meminum larangan terhadap kegiatan
arak lagi demi menjadi mencuri) tetapi ini tidak
orang yang lebih baik. bermaksud yang ia
merupakan sebuah sistem
falsafah moral.

Rajah 8.11: Peraturan Agama Buddha di India dan Agama Buddha di Asia Timur

(a) Sekiranya seorang individu tidak mendisiplinkan dirinya, apakah akibatnya


kepada komuniti secara umum?
(b) Cari contoh-contoh dalam suratkhabar atau berita harian yang
membuktikan masalah dalam (a).
8.8 Etika Asia dalam konteks Sains, Teknologi dan Perubatan

Sebahagian besar daripada masyarakat sedunia mempercayai bahawa sains dan isu-isu
keagamaan tidak boleh dicampuraduk.

Berbagai usaha telah dijalankan bagi mengaitkan kebenaran yang diwahyukan (misalnya
kitab Injil dan kitab al-Quran) mengenai ciptaan dunia, sains di sebalik penciptaan manusia
dan sebagainya. Maurice Bucaille, seorang doktor berbangsa Perancis, telah mengarang buku
yang bernama ”Kitab Injil, Al-Quran dan Sains” (Bahasa Perancis: La Bible, le Coran et la
Science). Dalam buku yang penuh dengan kontroversi ini, beliau telah berhujah bahawa
perhubungan antara Islam dan sains adalah seolah-olah perhubungan di antara adik-beradik
kembar.

Layari laman-laman web berikut untuk mempelajari mengenai buku Maurice


Bucaille dengan lebih lanjut:
 http://en.wikipedia.org/wiki/Maurice_Bucaille
 http://www.youtube.com/watch?v+XaSfE1DW2-w

Kesemua agama di dunia menyarankan supaya penganutnya mencari ilmu dan ini juga
termasuk ilmu dalam bidang sains dan perubatan.

Misalnya, agama Islam sentiasa menggalakkan penganutnya, baik lelaki atau wanita, untuk
mencari ilmu tidak kira di mana ianya berada. Dikatakan bahawa umat Islam digalakkan
untuk mencari ilmu biarpun sehingga negeri Cina.

Kebanyakan daripada perintis dalam bidang astronomi, perubatan dan kejuruteraan terdiri
daripada umat Islam. Penemuan penting saintis Islam termasuklah mencipta peralatan untuk
mengukur masa, mencipta ubat serta menemui kepentingan kebersihan hospital.

Anda mungkin telah memerhatikan bahawa teknologi tidak begitu dibincangkan dalam
agama-agama yang telah anda pelajari. Ini mungkin kerana teknologi tidak begitu
dipentingkan ketika agama-agama ini diasaskan. Namun demikian, teknologi kini merupakan
antara cabaran yang terbesar yang dihadapi oleh etika dan agama masa kini. Cabaran-cabaran
ini disenaraikan dalam Rajah 8.12.
Komunikasi tanpa sempadan dan maklumat melalui internet

 Ini merupakan antara cabaran utama yang dihadapi oleh ibu


bapa kerana anak-anak mereka kini dapat memperoleh
berbagai jenis maklumat melalui internet
 Membolehkan perbincangan yang mendalam mengenai etika
dan agama tetapi kurang tapisan dari segi apa yang dibaca dan
kurang kepastian sama ada ianya faktual atau tidak
 Membuka berbagai saluran kefahaman dan perspektif baru
yang agak bermanfaat sekiranya dikendalikan dengan cara dan
niat yang betul. Teknologi yang ditawarkan oleh internet dapat
menghubungkan perbezaan serantau dan global dengan cara
yang positif dan bermakna.
 Agama dan etika memainkan peranan yang penting dalam
mengawal selia masyarakat, terutamanya pada zaman
teknologi maklumat ini. Keadaan ini mungkin menyebabkan
sesetengah orang menjauhkan diri daripada kepercayaan
tradisional manakala sesetengah orang lagi akan berpegang
teguh kepada kepercayaan etika dan keagamaan mereka.

Kemudahan seperti peralatan, mesin dan sebagainya

 Walaupun ia memudahkan dan mempercepatkan


sesetengah aspek kehidupan, ia juga bersifat tidak
bersifat peribadi.
 Menggalakkan sikap yang materialistik dan
mementingkan harta benda. Generasi masa kini lebih
mementingkan gaya hidup yang tertentu.
 Sebahagian besar daripada adat dan budaya yang
berasaskan nilai-nilai keagamaan hanya diamalkan
semasa upacara-upacara tertentu, seperti perkahwinan
dan kelahiran. Secara umumnya, adat-adat ini
diabaikan pada waktu lain.

Rajah 8.12: Cabaran yang dihadapi oleh etika keagamaan pada zaman teknologi maklumat
Selain daripada cabaran daripada aspek teknologi, etika keagamaan turut menghadapi
rintangan dari segi sains perubatan, sepertimana yang ditunjukkan oleh Rajah 8.13.

EUTHANASIA
 Kebanyakan agama di Asia menekankan bahaya nyawa
amat bernilai walaupun ia mungkin dicabar oleh
sesetengah pihak yang berpendapat bahawa seseorang
itu berhak untuk membuat pilihan.
 Ramai yang berpendapat bahawa mereka tidak mahu
bergantung kepada mesin sokongan hidup sekiranya
mereka koma tanpa peluang untuk pulih semula.
 Perkembangan sains dan perubatan bermaksud bahawa
ubat penawar atau mukjizat mungkin akan berlaku. Oleh
sebab ini, walaupun individu tersebut mungkin meminta
supaya dia diberi euthanasia dalam keadaan tertentu,
keluarganya mungkin berhadapan dengan keputusan
yang sukar.

PENGGUGURAN ANAK
 Nyawa amat berharga walaupun ia hanya di peringkat
fetus.
 Namun demikian, sesetengah agama membenarkan
pengguguran sekiranya fetus tersebut mengalami
kecacatan atau sekiranya kebarangkalian untuk ianya
hidup adalah sangat tipis.
 Menggugurkan anak kerana si ibu masih kanak-kanak
atau remaja merupakan isu yang penuh dengan
kontroversi dalam kebanyakan agama.

Walau bagaimanapun, semua tindakan yang diambil oleh seseorang itu sepatutnya merupakan
tindakan yang paling beretika, tidak kira cabaran yang mungkin dihadapi. Nilai-nilai etika
semua agama menyarankan suapaya semua keputusan yang diambil oleh seseorang itu
sentiasa berasaskan nilai-nilai perikemanusiaan dan belas kasihan.

(a) Dapatkah teknologi menyumbang kepada kefahaman etika kita secara


positif? Bagaimana?
(b) Fikirkan beberapa contoh di mana etika keagamaan diamalkan dari segi isu
perubatan. Adakah prinsip-prinsip etika ini memudahkan kita membuat
keputusan yang berhubungan dengan isu ini?
Imbas kembali dan bincangkan bagaimana teknologi telah mempengaruhi
kehidupan dan nilai-nilai anda. Adakah ia telah memberi impak yang besar dan
mengubah pandangan anda mengenai apa yang baik dan apa yang buruk?
Contohnya, apakah pendapat anda mengenai teknologi yang membenarkan
anda memantau aktiviti internet anak anda. Bincangkan bersama rakan anda.

8.8 Etika Asia dari segi Alam Sekitar

Mencius, iaitu penganut Confucianisme yang paling terkenal selain daripada Confucius
sendiri, telah berkata:

Jika dijaga dengan baik, semua makhluk akan maju.


Jika dibiarkan sahaja, semua makhluk akan merana.

Amalan yang membahayakan dan merosakkan alam sekitar telah dijalankan oleh manusia
buat berkurun lamanya. Oleh sebab ini, pendidikan yang beretika diperlukan untuk menjaga
alam sekitar.

Menurut Mencius, sesiapa pun dapat mencapai kesedaran mengenai perkara yang baik dan
semulajadi. Sekiranya kita memahami perhubungan kita dengan alam sekitar, kita akan dapat
menghormati umat manusia serta kesemua makhluk yang hidup lain.

Mengikut ajaran purba Buddha:


 Bumi ini merupakan makhluk yang sangat peka (Bodhisattva) yang menganugerahkan
kita dengan tempat tinggal, tempat untuk membesar dan membantu kita dalam
perjalanan ke arah kesedaran.
 Bumi ini adalah ibu kita. Ia melahirkan kita, memupuk kita dan kita akan kembali
kepadanya kelak.
 Kita sepatutnya memberikan bumi kasih sayang dan penghormatan sepertimana yang
diberikan kepada ibu kita sendiri.
 Oleh sebab bumi merupakan ibu kepada semua makhluk, maka semua makhluk
adalah adik beradik kita.

Menurut Buddha, faktor-faktor berikut menyebabkan kesedaran kita dicemar:


 Sikap mementingkan diri
 Nafsu
 Sikap tamak haloba
 Kemarahan
Oleh sebab itu, kita dengan tidak sengajanya akan mempengaruhi dunia di sekeliling kita dengan
cara yang luar biasa dan ini pula menyebabkan gangguan dalam corak alam sekitar. Gangguan ini
menyebabkan pencemaran dan masalah alam sekitar yang lain.
Faktor lain yang menyebabkan pencemaran minda adalah tanggungjawab dan sebab. Seperti yang
dikatakan oleh Yesus Kristus, “Hasilnya akan seperti yang disemai.” Kenyataan ini menjelaskan
corak di sebalik sebab dan akibat atau “karma” (sepertimana ia dikenali dalam budaya agama
Buddha).
Buddha menekankan bahawa tingkah laku fizikal dan verbal kita merupakan hasil daripada niat
kita. Sekiranya kita berniat baik, tingkah laku kita akan baik juga. Sebaliknya, sekiranya kita
penuh dengan motivasi tetapi minda kita dipenuhi dengan niat yang buruk seperti ketamakan,
kebencian, keganasan dan sebagainya, maka pertuturan kita akan mencerminkan apa yang kita
fikirkan.
Sehubungan dengan itu, anda akan dapati bahawa manusia cenderung melihat dunia ini dan
mahkluk yang tinggal dalamnya melalui kaca mata yang telah dicemar iaitu minda kita sendiri.
Minda yang telah diganggu dan dicemar akan menyebabkan tingkah laku yang terganggu dan
tercemar dan ini pula akan mencemarkan dan menghapuskan bumi ini yang merupakan ibu
kepada kita semua.
Sekiranya kita tidak dapat menilai perhubungan antara tindakan kita dan akibatnya, maka kita
tidak akan dapat bertanggung jawab ke atas akibat tindakan kita. Misalnya, pernah kita terfikir
mengenai pokok-pokok atau dioxin atau bahan kimia lain yang digunakan dalam pembuatan
kertas yang kemudiannya dibuang begitu saja ke dalam sungai-sungai kita?

Apabila anda membeli Big Mac di McDonald’s, pernahkah anda fikirkan


mengenai lembu yang menjadi burger tersebut, rumput yang dimakan oleh
lembu tersebut dan sebagainya?

Kebanyakan daripada kanak-kanak sekarang tidak menyedari bahawa burger


yang dimakan mereka dan susu yang diminum mereka sebenarnya berasal
daripada lembu. Kanak-kanak hanya akan mengetahui dan memahami sesuatu
sekiranya mereka melihat dan mengalaminya sendiri. Oleh sebab ini,
sesetengah kanak-kanak mempercayai bahawa burger dan susu berasal
daripada McDonald’s atau pasar raya.

Jelaskan senario di atas kepada anak-anak atau anak saudara anda. Adakah
mereka memahami sebab dan akibat yang berlaku dalam senario di atas?
Tanpa memahami sebab dan akibatnya, adakah anda berpendapat bahawa
perkembangan nilai-nilai etika kanak-kanak akan terjejas?

Berikut merupakan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam menangani masalah alam
sekitar serantau dan global.
Niat dan pemikiran Sebab dan Akibat Perhubungan
sendiri
Kita seharusnya Kita harus peka terhadap
Kita harus peka terhadap menyedari akibat daripada perhubungan yang wujud
minda dan niat kita tindakan kita dalam
kehidupan seharian. antara semua makhluk di
sendiri. dunia ini.
Kita seharusnya berusaha
Perlakuan yang ganas untuk mendidik diri kita,
anak-anak kita serta Kita perlu menghormati
hanya akan menghasilkan komuniti kita mengenai bumi ini serta semua
keganasan. kesan tindakan kita ke ciptaan lain kerana kita
atas alam sekitar. Kita juga
perlu bertanggung jawab semua adalah ibarat adik-
ke atas tindakan kita. beradik.

Rajah 8.14: Menangani isu-isu alam sekitar

Sekiranya kita dapat mengamalkan pendekatan yang ditunjukkan dalam Rajah 8.15 melalui
tindakan sendiri dan mendidik anak-anak kita, kita akan dapat menangani pencemaran dan
kerosakan alam. Selain daripada menyelamat alam sekitar, tindakan-tindakan ini akan
membantu kita dalam menyatupadu komuniti kita dan dengan itu kita akan mendapat
kehidupan yang lebih memuaskan dan bermakna.

(a) Apakah faktor sebenar yang menyumbang kepada keruntuhan etika yang
berkaitan dengan alam sekitar?

(b) Renungi cadangan yang diberikan. Pada pendapat anda, apakah etika
keagamaan yang lebih kurang sama dengan cadangan yang diberikan?

Ringkasan

1. Kesimpulannya, ramai antara kita sedang mencari falsafah yang dapat dijadikan
panduan hidup. Falsafah ini mungkin berasaskan etika yang berunsur keagamaan atau
tidak dan tujuannya adalah untuk memastikan bahawa kita melakukan perkara yang
betul pada masa yang betul.

2. Mengembangkan dan mengamalkan etika perniagaan sebagai bidang yang formal


merupakan konsep yang masih baru kepada kebanyakan organisasi di Asia.
Kebanyakan daripada syarikat-syarikat di Asia mengasaskan program kursus etika
mereka berasaskan pengalaman atau ajaran Barat tetapi initiatif kursus etika masa kini
menggabungkan pendekatan Barat dan Timur.
3. Dalam etika Asia, hak asasi manusia merupakan tanggungjawab bersama: sekiranya
wujud hak sejagat, maka tanggungjawab sejagat juga perlu wujud. Dalam erti kata
lain, kita patut berfikir mengenai tanggungjawab kita kepada orang lain dan bukan
sahaja tanggungjawab orang lain kepada kita.

4. Dalam perhubungan interpersonal, etika Asia menghubungkan etika yang berteraskan


disiplin kendiri dengan perlakuan bersama (komuniti) yang bersesuaian.

5. Etika kekeluargaan Asia menghadapi berbagai rintangan dalam era globalisasi ini
tetapi generasi muda masih mengamalkan sikap menghormati ibu bapa sebagai tanda
menghormati budaya Asia sambil memenuhi jangkaan global.

6. Kemajuan teknologi dan perubatan telah membawa kepada isu-isu etika yang
mungkin tidak wujud pada zaman pra-teknologi.

7. Pengamalan etika alam sekitar yang berteraskan nilai-nilai Asia akan


memperteguhkan prinsip-prinsip keagamaan asasi dan kita akan belajar untuk lebih
bertanggungjawab ke atas tindakan kita sambil meningkatkan kepekaan terhadap
akibat daripada tindakan kita.

Anda mungkin juga menyukai