Anda di halaman 1dari 17

Bab 4: Etika Confucianisme

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

 Menakrifkan konsep etika dari aspek kepercayaan Confucianisme;


 Membandingkan etika falsafah ini dengan falsafah lain;
 Memahami perspektif etika Confucianisme dalam kehidupan seharian kita;
dan
 Membezakan antara perkara yang beretika dan perkara yang tidak
beretika.

4.1 Pengenalan

Kepercayaan Confucianisme bukanlah sejenis agama. Ia merupakan sistem kepercayaan dan


falsafah budaya Cina kuno yang diperkembangkan daripada ajaran awal ahli seorang ahli
falsafah Cina yang bernama Confucius atau K’ung Fu Tzu. Confucianisme mengutamakan
moraliti dan perbuatan yang baik dan berbudi.

Dianggarkan bahawa terdapat lebih kurang 6 juta penganut Confucianisme di dunia. Lebih
kurang 26,000 daripadanya berada di Amerika Utara dan hampir semua daripada selebihnya
berada di China dan sekitar Asia.

Rajah 4.1: Confucius atau K’ung Fu Tzu

Di Asia, kepercayaan Confucianisme sering dikaitkan dengan kesinambungan yang wujud di


antara kepercayaan Tao dan alam semulajadi serta konsep agama Buddha mengenai dunia
akhirat.
Confucianisme berpengaruh besar di China, Korea, Japan dan juga negara-negara di Asia
Tenggara serta diaspora Asia Timur yang telah berhijrah ke negara lain. Dunia Barat juga
dapat menghayati kepercayaan ini melalui pendedahannya ke budaya Timur dan juga
sasteranya.

Rajah 4.2 menunjukkan empat simbol yang dikaitkan dengan kepercayaan Confucianisme.

Rajah 4.2: Simbol-simbol yang dikaitkan dengan Confucianisme

4.2 Latar Belakang Confucianisme

Pengasas Confucianisme bernama Kung dan kemudian dikenali sebagai K’ung Fu-Tzu (Kung
bermaksud “master”). Kung telah hidup pada zaman dinasti Chou, iaitu suatu era yang
dikenali dengan aktiviti hedonistik dan kejatuhan moral. Besar kemungkinan persekitarannya
ini telah menyumbang kepada minatnya terhadap penstrukturan sosial. Pendidikan beliau
merangkumi pelbagai bidang, termasuk sastera, sejarah Cina, muzik, memburu, memanah dan
memancing. Namun begitu, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap isu-isu
kemasyarakatan dan sosial semenjak umur yang muda lagi, terutamanya persoalan ini: apakah
yang menjadikan sesuatu kerajaan itu kerajaan yang baik?

Beliau telah mengembara ke negeri-negeri China bersama murid-muridnya dan memberi


nasihat kepada pemerintah negeri-negeri ini. Murid-muridnya amat taat dan setia kepadanya.
Beliau telah menghabiskan akhir hayatnya di Lu, di mana beliau menumpukan masanya
sepenuhnya ke arena pendidikan dan pengajaran. Kebanyakan daripada tulisannya
membincangkan isu moraliti dan etika peribadi serta penggunaan kuasa politik yang betul
bagi golongan pemerintah.

Confucius amat prihatin terhadap keadaan sosial manusia. Kepercayaan ini mempunyai kitab
sucinya sendiri walaupun ianya bukan diwahyukan daripada Tuhan Ia juga tidak
mengamalkan monastisisme atau pertapaan (sama seperti agama Buddha) dan tiada ajaran
mengenai dunia akhirat.

Kepercayaan ini telah meminjam daripada agama lain seperti Shinto dan ia juga mirip kepada
Taoisme.
Terdapat enam jenis Confucianisme, seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3 di bawah.

Confucianisme Confucianisme Confucianisme Confucianisme Confucianisme Confucianisme


Han Neo Neo Moden Korea Jepun Singapura
-terkenal pada -mempercayai -Confucian- -merupakan -diperkenal- -disebarkan
zaman dinasti bahawa setiap isme moden Confucianisme kan di Jepun dari China
Han ciptaan -pengaruh ala Korea yang pada zaman dengan
-menganjurkan mempunyai Li falsafah Barat berasal Tokugawa oleh penghijrahan
bahawa sistem (iaitu cara jelas kelihatan daripada China sebab etnik Cina ke
tadbir urus setiap ciptaan -membantu kekuatan Singapura
yang baik wujud dan cara membentuk prinsipnya -diamalkan
bergantung ia sepatutnya sistem moral, mengenai secara
kepada wujud) dan Qi cara hidup, sistem tadbir umumnya oleh
persetujuan (perbezaan cara melayan urus dan etnik Cina di
umum dan antara setiap orang tua dan pendidikan Singapura
bukan ciptaan) muda dan juga
paksaan. menjadi asas
Setiap pegawai kepada sistem
kerajaan perundangan
diwajibkan -diamalkan di
mempelajari- Korea Selatan
nya.
-hilang semasa
kejatuhan
dinasti Han

4.3 Ajaran Confucius

Secara umumnya, Confucianisme adalah antara agama terpenting di dunia dan sejarahya
berkait rapat dengan budaya Cina dan cara hidup mereka. Namun demikian, Confucianisme
harus dilihat sebagai agama yang berbeza dari yang lain kerana ia tidak berapa mempunyai
ciri-ciri keagamaan.
Untuk memahami falsafah asas Confucianisme dengan lebih mendalam, kita perlu melihat 6
prinsip asasnya seperti ditunjukkan oleh Rajah 4.4 di bawah.
Rajah 4.4: Enam prinsip utama Confucianisme

Ajaran Confucius mengenai etika membincangkan nilai-nilai berikut:

Li (ajaran Hsiao (atau Yi Xin Jen (atau Ren) Chung


Confucius yang Xiao) Keadilan. Jujur dan Ihsan dan Kesetiaan
mempunyai Perasaan amanah. berperikeman kepada negara
pengikut sayang di usiaan dan
teramai) kalangan terhadap sebagainya.
merujuk keluarga orang lain
kepada termasuklah (nilai
kehidupan kita sayang- Confucianisme
sepertimana ia menyayangi yang
sepatutnya antara ibu teragung).
berlaku. bapa dan anak
dan
Menekankan sebaliknya,
ibadah, antara adik-
kesopanan beradik dan
serta budi lain-lain.
bahasa supaya
semua orang
dilayan
dengan
upacara dan
ibadah yang
sepatutnya.

Confucianisme tidak mengandungi ciri-ciri agama lain seperti Islam dan Kristian. Namun
demikian, semenjak era dinasti Han (206 SM) terdapat empat peringkat hidup yang telah
diiktiraf dan diperakui oleh tradisi Confucianisme seperti yang ditunjuk dalam Rajah 4.5.
Kelahiran Mencapai kematangan
T’ai-shen (roh fetus) Peringkat ini akan
melindungi wanita yang membawa ke kematangan
sedang hamil dan tidak yang diraikan oleh majlis
menyukai sesiapa yang makan bersama di mana
mengacau atau menyakiti remaja yang bakal dewasa
bakal ibu. ini diberi masakan ayam.

Kematian Perkahwinan
Orang yang berkabung akan
memberitahu jirannya Terdiri daripada 6 peringkat:
dengan berteriak dan -Peminangan
dengan ini perkabungan -Pertunangan
akan bermula. Mayat akan -Mas kahwin
disemadikan bersama-sama -Perarakan
dengan barangan penting -Perkahwinan dan
dan apa-apa yang mungkin penyambutan tetamu
diperlukan di dunia akhirat -Hari seterusnya

Kelahiran: Keluarga si ibu akan membekalkan apa-apa yang diperlukan pada bulan pertama,
keempat dan kedua belas selepas kelahirannya. Ibu tersebut akan diberi pemakanan yang khas
dan dibenarkan berehat buat sebulan selepas melahirkan anak.

Mencapai kematangan: Tradisi ini kini jarang disambut selain di kalangan keluarga yang
amat tradisional.

Perkahwinan: Perkahwinan diadakan dalam enam peringkat:

Peminangan: Pada tahap ini, pasangan tersebut akan saling menukarkan lapan perkara,
termasuk tahun, bulan, hari dan masa kelahiran mereka. Jika perkara yang kurang baik
berlaku di kalangan keluarga bakal pengantin pada tiga hari berikutnya, maka
dipercayai bahawa pengantin perempuan telah menolak pinangannya.

Pertunangan: Setelah hari perkahwinan dipilih, pengantin perempuan akan


mengumumkan perkahwinannya dan memberi tetamunya hadiah biskut yang
berbentuk seperti bulan.

Mas Kahwin: Mas kahwin akan dibawa ke rumah pengantin lelaki dalam perarakan
yang dijalankan dengan suasana yang serius sekali. Mas kahwin akan kemudiannya
dihantar oleh ibu bapa pengantin lelaki untuk diberi kepada pengantin perempuan.
Hadiah yang sama nilainya dengan mas kahwin akan turut diberi kepada pengantin
perempuan.

Perkahwinan dan menyambut tetamu: Pasangan tersebut akan membacakan perjanjian,


meminum ucap selamat dan kemudiannya menghadirkan diri di majlis makan malam
yang diadakan sempena perkahwinan mereka.

Hari seterusnya: Pengantin perempuan akan menghidangkan sarapan pagi ke ibu bapa
dan pengantin lelaki akan menghidangkan sarapan pagi ke ibu bapa pengantin
perempuan.

Kematian:
 Saudara-mara orang yang meninggal dunia akan berteriak supaya jiran akan
mengetahui mengenai kematian tersebut
 Keluarganya akan mula berkabung dan akan memakai pakaian yang diperbuat oleh
kain yang kasar
 Mayat akan dimandikan dan diletakkan di dalam keranda
 Pengkabung akan membaw kemenyan dan menyumbangkan duit untuk menampung
kos pengebumian
 Makanan dan objek yang penting yang dipunyai oleh orang yang meninggal akan
diletakkan di dalam keranda
 Seorang sami Buddha atau Tao ataupun paderi Kristian akan mengendalikan upacara
pengebumian
 Rakan-rakan serta saudara-mara orang yang meninggal akan mengiringi keranda
sehingga ke tapak pengebumian sambil membawa ranting willow yang
melambangkan roh orang yang meninggal dunia itu
 Arwah akan dibawa ke altar keluarga
 Upacara doa akan diadakan pada hari ketujuh, kesembilan dan hari ke-49 selepas
pengebumian dan juga pada ulang tahun pemergiannya yang pertama dan ketiga.

Walaupun agama Confucianisme tidak berasaskan wahyu dari Tuhan. ia masih mengandungi
teks-teks berunsur klasik yang masih menjadi bahan rujukan pada hari ini.

a. Si Shu atau Empat Buku


1. Lun Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung Fu-
Tzu)
2. Chung Yung atau Doktrin Min
3. Ta Hsueh atau Pembelajaran yang Unggul
4. Tulisan Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang
telah mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati
pemerintah kerajaan

b. Wu Jing atau Lima Klasik


1. Shu Ching atau Klasik Sejarah: Koleksi tulisan dan ucapan oleh pemerintah Cina
dahulu
2. Shih Ching atau Klasik Syair Pujian: Koleksi 300 sajak dan lagu
3. I Ching atau Klasik Perubahan: memberikan gambaran sistem ketuhanan yang
mengandungi 64 hexagram. Hexagram merupakan lambang yang terdiri daripada
garisan yang berpecah-pecah dan berterusan. Hexagram ini dikatakan dapat digunakan
untuk menilik masa depan.
4. Ch’un Ch’iu atau Hikayat Musim Bunga dan Musim Luruh: Sejarah negeri Lu dari
tahun 722 sehingga 484 SM.
5. Li Ching atau Klasik Ibadah: Koleksi 3 buku mengenai Li, iaitu ibadah kesopanan.

a) Adakah Confucianisme sejenis falsafah beretika atau sejenis agama?


Bincangkan daripada kedua-dua sudut pandangan.
b) Namakan lima nilai asas Confucianisme.
c) Namakan lima teks utama Confucianisme.

Ketahui lebih lanjut mengenai Confucius dan Confucianisme dengan melayari


laman-laman web berikut:
http://www.comparative-religion.com/confucianism/
http://plato.stanford.edu/entries/confucius
http://www2.kenyon.edu./depts/religion/fac/adler/writings/aar-
still%20hazy.pdf
Sesetengah ilmuwan berpendapat bahawa Confucianisme bukanlah sejenis
agama. Apakah pendapat anda? Mengapa? Bincangkan bersama rakan-rakan
anda.

4.4 Etika Confucianisme berkenaan dengan Diri dan Keluarga

Dengan mengikut prinsip Li, struktur sosial dapat berfungsi dengan ideal dan lima
perhubungan asas ini akan dapat berkembang dengan baik. Lima perhubungan asas ini
ditunjukkan dalam Rajah 4.6.
Rajah 4.6: Lima perhubungan asas
Golongan Pemerintah
dan Diperintah
Pemerintah
sepatutnya bersifat
baik supaya pihak yang
diperintah akan taat
dan setia kepadanya
dengan rela dan ikhlas
Bapa dan Anak
Lelaki Suami dan Isteri
Bapa seharusnya Suami haruslah
berperibadi baik berperangai baik
dan penuh dengan dan isteri haruslah
belas kasihan Lima mendengar kata
supaya anaknya Perhubungan suami
akan taat setia Asas
Konfucianisme

Abang dan Adik Golongan Tua dan


Lelaki Muda
Si abang perlu Golongan tua harus
bersikap sopan prihatin dan
manakala si adik golongan muda harus
pula perlu menghormati
merendah diri golongan tua

Unit kekeluargaan dan jaringan perhubungan sesama manusia menjadi asas kepada
kebanyakan ajaran Confucius, terutamanya berkenaan dengan stabiliti masyarakat dan sosial.
Mengikutnya, kita hanya akan dapat mengatasi keangkuhan dan sikap mementingkan diri-
sendiri sekiranya kita masih terlibat dengan unit kekeluargaan. Kita seharusnya lebih
mementingkan keluarga kita daripada diri kita sendiri, iaitu ibu bapa dan adik beradik kita.
Keluarga merupakan asas kepada sistem sokongan yang penting dan bermanfaat. Seorang
penganut agama Kristian harus sentiasa mengembangkan peranannya sebagai seorang ibu,
bapa, anak atau adik-beradik. Ini merupakan satu-satu caranya untuk kita mendapat hidup
yang bermakna.

Namun demikian, Tu Wein-Ming, Profesor Sejarah dan Falsafah Cina dan Pengajian
Confucius, menasihati supaya kita berwaspada kerana sepenting-pentingnya keluarga,
perhubungan kekeluargaan juga mungkin akan bersifat nepotisme.

Penganut Konfucian tidak patut mengambil bahagian di dalam mana-mana aktiviti yang
bersifat nepotisme. Ini kerana apabila kita berbuat demikian, kita hanya akan mempunyai
perhubungan yang bermakna dengan keluarga kita sendiri, tanpa mengendahkan peranan kita
dalam masyarakat secara umumnya.

Ajaran Confucianisme turut menjangkaui perhubungan kita dengan keluarga kita kerana ia
juga mementingkan peranan kita dalam komuniti kita secara umumnya. Konsep ini merujuk
kepada pemupukan diri kita sebagai pusat perhubungan yang seterusnya melambangkan
perkembangan berterusan, komitmen yang penuh serta pendekatan yang holistik.

Dalam erti kata lain, ia merupakan proses pendidikan bagi pemupukan sifat yang berfikiran
terbuka yang juga dapat dapat berhubung secara bermakna dengan jaringan perhubungan
manusia yang sentiasa berkembang. Confucianisme juga mementingkan ibadah dalam
masyarakat. Ibadah merupakan sistem berkomunikasi non-verbal dan verbal yang saling
difahami dan dikongsi. Profesor Tu turut berpendapat bahawa Confucianisme mengutamakan
protokol dan majlis kerana ia merupakan sistem di mana kita berinteraksi sebagai manusia
sesama sendiri dengan cara yang tersusun dan saling menghormati. Profesor Tu berpendapat
bahawa ini ibu bapa patut mendidik anak mereka dengan cara ini dan bahawa ini merupakan
cara terbaik untuk mengajar mereka nilai yang baik.
Interaksi sosial mengikut Confucianisme dibincangkan dalam Rajah 4.7.
Rajah 4.7: Interaksi sosial mengikut Confucius

Individu
Interaksi melalui
protokol dan majlis
Perkembangan
berterusan, komitmen
yang penuh dan
pendekatan yang
menyeluruh

Keluarga
sistem sokongan
utama tetapi
bukanlah sehingga
berlakunya
nepotisme

Jiran dan Rakan


Sekerja
Jaringan
berkembang
sehingga sampai
orang terdekat

Masyarakat
Umum
Jaringan
interaksi
sosial yang
lebih luas

Confucius telah membincangkan negara kebajikannya (welfare state) yang ideal di dalam Li
Chi (Buku Upacara):
a) “Apabila jalan yang Agung diikuti, semangat awam dan bersama akan mengatasi
segalanya. Hanya mereka yang berbakat, berprinsip dan kebolehan akan dipilih. Kata-
kata mereka bersifat ikhlas dan mereka memupuk semangat keharmonian.”
b) “Dengan itu, masyarakat tidaklah menyayangi ibu bapa mereka sahaja atau hanya
anak-anak mereka sendiri. Peruntukan yang berkesan telah disediakan untuk golongan
berumur sehingga kematian mereka serta peluang pekerjaan untuk mereka yang
berupaya serta kemudahan untuk membolehkan golongan muda membesar.”
c) “Mereka memperlihatkan kasih sayang dan belas kasihan kepada janda dan duda,
anak yatim dan yatim piatu, golongan yang tiada cahaya mata dan golongan yang
kehilangan upaya kerana penyakit supaya kepentigan mereka semua dijaga. Kaum
lelaki memiliki pekerjaan dan kaum wanita memiliki rumah.”
d) “(Mereka mengumpul) barangan (yang berharga) kerana tidak gemar melihatnya
dibuang ke tanah begitu sahaja tetapi tidak mahu menyimpannya untuk kegunaan
sendiri.”
e) “(Mereka bertungkus-lumus) dengan sekuat mungkin kerana tidak gemar untuk tidak
mengerahkan diri tetapi tidak berbuat demikian (hanya) untuk kepentingan diri
sahaja.”
f) “Dengan ini, muslihat (yang bersifat mementingkan diri) telah dikekang dan tidak
dapat berkembang. Pencuri, perompak dan pengkhianat yang menderhaka tidak
menunjukkan diri mereka dan dengan itu, pintu pagar luaran kekal terbuka dan tidak
ditutup. Inilah (tempoh) yang dinamakan Penyatuan Agung.”

a) Sepenting manakah unit kekeluargaan dalam Confucianisme?


b) Mengapakan institut kekeluargaan begitu penting sekali?
c) Apakah kepentingan ibadah dalam Confucianisme?

4.5 Etika Confucianisme dalam Konteks Sosial dan Intrapersonal

Bagi Profesor Tu, Confucianisme sebenarnya menjelaskan cara untuk hidup sebagai seorang
manusia. Untuk menjadi seorang manusia sepenuhnya,kita harus memenuhi kriteria tertentu
seperti pendidikan menyeluruh termasuklah puisi, muzik dan kesenian.

Pendidikan harus menjangkaui batasan konsep yang praktikal dan perlu turut mengutamakan
gambaran budaya yang lebih luas dengan memberi penekanan khas kepada puisi sebagai
luahan kesenian mengenai kemanusiaan.

Di dalam buku Pelajaran yang Unggul, Confucius telah memberi tujuh peringkat ke arah
transformasi sosial supaya masyarakat yang ideal akan tercapai seperti yang ditunjukkan oleh
Rajah 4.8.
Rajah 4.8: Tujuh langkah strategi umum ke arah transformasi sosial

Di dalam buku Pelajaran yang Unggul, Confucius menetapkan strategi umum yang terdiri
daripada tujuh langkah ke arah transformasi sosial untuk mencapai masyarakat yang ideal.

1. Penyiasatan Perkara (pembolehubah)

Untuk mengetahui kewujudan benda dan


perhubungan antara mereka

2. Kelengkapan Ilmu
Untuk mengetahui mengapa benda wujud dan mengapa
pembolehubah bersandar berkaitan dengan pembolehubah
lain. Ini akan memberikan realiti keseluruhan, iaitu kebenaran
atau “Tao”. Tao memperkasakan seseorang untuk
mentransformasi dirinya.

3. Keikhlasan Pemikiran
Seseorang patut ikhlas dalam memahukan pembaharuan atau
dalam menetapkan matlamat yang akan menjadi bukti mengenai
komitmennya kepada kecemerlangan dan kebenaran, iaitu “Tao”.
Ini adalah sumber motivasi kendiri, aktualisasi kendiri dan turut
merupakan asas kepada perhubungan I-Thou dan I-Thing yang
sepatutnya. Keupayaan untuk mengetahui sesuatu sebelum ianya
berlaku merupakan keikhlasan yang paling lengkap.

4. Memperbaiki hati

Niat di sebalik semangat pembaharuan ini seharusnya baik, iaitu baik bagi
individu tersebut dan bagi masyarakat secara umumnya. Ia merupakan
suatu cara untuk menyemai nilai murni dan peribadi yang bermoral dengan
mengintegrasi “Jen”, “Yi”, “Li” dan ilmu secara intuitif. Seseorang itu hanya
akan dapat membebaskan diri daripada kejahatan dan memupuk
keberanian serta keupayaan untuk melakukan jasa baik dengan cara ini.

5. Memupuk Peribadi Kendiri


Kunci kepada membantu diri sendiri dan juga orang lain adalah melalui
integrasi sepanjang hayat antara “diri berilmu” dan “diri bermoral” melalui
disiplin kendiri (pendidikan) and memperbaiki diri.

6. Mengawal Selia Diri


Seseorang itu harus sentiasa berusaha untuk memahami kelemahan orang yang
disayangi dan menghargai kekuatan orang kurang disukai supaya dapat mengelak
daripada berlakunya prejudis dan ketidakharmonian di dalam keluarga. Seseorang
itu harus berkelakuan secara berdisiplin di dalam keluarganya dengan
menghormati dan menyayangi ibu bapanya, adik beradiknya dan anaknya.

7. Tadbir Urus Kerajaan


Kerajaan mesti menyediakan sistem pendidikan awam bagi rakyatnya, menentukan dasar bagi
menjaga dan memelihara orang yang lemah, mewujudkan dan melancarkan dasar yang
berdasarkan kehendak awam, melantik orang berwibawa dan beretika sebagai pegawai awam
dan menggunapakai prinsip pengurusan yang berdasarkan min dan Jalan Emas. Sistem tadbir
urus sebegini akan membawa kepada kerajaan dan negara yang harmoni.
Kepercayaan Confucianisme melihat manusia sebagai sebahagian daripada alam semesta
yang penting. Amalan tujuh langkah ini akan memupuk budaya disiplin kendiri yang sentiasa
mencari kebenaran (Tao) sebagai penganut Confucianisme yang berupaya melakukan
pembaharuan individu dan sosial ke arah dunia yang lebih baik dan harmoni.

Kepuasan dan kejayaan duniawi hanya akan datang dengan menerima hakikat bahawa kita
sebagai manusia perlu menyesuaikan diri kepada duni semulajadi ini.

Etika Confucianisme telah menjadi kuasa yang penting dalam menggiatkan proses
transformasi sosial dan pembaharuan ekonomi di sekitar Asia Timur, termasuk China, Hong
Kong, Jepun, Singapura dan Taiwan.

a) Huraikan tujuh langkah yang termaktub di dalam Pembelajaran yang


Unggul.
b) Terangkan bagaimana tujuh langkah ini akan membantu dalam proses
pembaharuan sosial di Asia?

4.6 Etika Confucianisme berkaitan dengan Perniagaan,


Penggunaan dan Perdagangan

Confucius berkata:

“Manusia yang unggul memahami keadilan; manusia yang inferior


memahami keuntungan” (4:16).

“Setiap daripada kita menginginkan kekayaan dan penghormatan.


Tetapi sekiranya kekayaan dan penghormatan ini diperoleh dengan
melanggar prinsip moral, ia tidak seharusnya disimpan. Setiap
daripada kita tidak mengingini kemiskinan dan darjat yang rendah.
Tetapi sekiranya ia hanya boleh dijauhi dengan melanggar prinsip
moral, ia mesti dijauhi. Sekirannya seorang yang unggul
menyimpang daripada kemanusiaan, dia tidak berhak dipanggil
manusia. Seorang yang unggul tidak akan mengabaikan
kemanusiaan walaupun semasa sesuatu waktu makan. Semasa
keadaan yang tergesa-gesa, dia akan berkelakuan dengan
sepatutnya. Semasa situasi yang kucar-kacir, dia akan berkelakuan
dengan sepatutnya” (4:5).
Confucius dan Mencius (Mencius merupakan nama Latin Meng Tzu) menentang perniagaan
jika ia HANYA mendatangkan keuntungan. Namun demikian. kegiatan perniagaan patut
digalakkan sekiranya ia dapat memperbaiki masyarakatnya dan tidak memudaratkannya
dengan mengaut keuntungan.

Di China, pengajian etika yang berkaitan dengan perniagaan merupakan perkara yang baru.
China telah menbuka pintunya ke pelaburan asing dan aktiviti perniagaan swasta semenjak
pembaharuan ekonomi 1978. Pembaharuan ekonomi serta tekanan daripada komuniti
perniagaan China bermaksud bahawa kefahaman dan penilaian yang baru mengenai
perhubungan antara perniagaan dan etika.

Di dalam artikel jurnalnya mengenai etika perniagaan daripada perspektif Confucius,


Jonathan Chan (Pensyarah daripada Jabatan Falsafah dan Agama di University Baptist)
kurang menggalakkan konsep keuntungan sebagai satu-satunya sebab kita patut berniaga.
Namun demikian, dia juga berpendapat bahawa peluang pekerjaan dapat dijana melalui
perniagaan dan dengan itu, keperluan masyarakat dapat dipenuhi dalam membantu
masyarakat dan memupuk kesejahteraan sosial.

Mengikut Chan, prinsip jen (iaitu sikap berperikemanusiaan terhadap orang lain) tidak boleh
dilanggar dalam perniagaan. Penganut agama Confucius perlu mengikuti prinsip
konsumerisme dan berkelakuan dengan baik dan adil terhadap pelanggan mereka.

Xin, iaitu sebuah lagi prinsip etika perniagaan Confucianisme, bermaksud kejujuran dan
kepercayaan dan juga perlu dipraktikkan dalam perniagaan. Xin menekankan konsep bahawa
setiap perniagaan mesti bersifat telus dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

a) Adakah Confucianisme menyokong semua etika perniagaan? Jelaskan


mengapa.
b) Selain daripada jen dan xin, apakah prinsip Confucianisme lain yang
boleh dipraktikkan di dalam arena perniagaan?

4.7 Etika Confucianisme berkaitan dengan Perubatan, Sains dan


Kesihatan

Confucius berkata:

“Cendekiawan yang nekad dan berperikemanusiaan tidak akan


mengorbankan kemanusiaan. Dia lebih rela mengorbankan nyawa
sendiri diri supaya dapat merealisasikan kemanusiaan” (15:8).
Amalan etika perubatan di dalam budaya Cina lama sejarahnya. Wujud rekod-rekod etika
perubatan kuno yang bertarikh dari sebelum kepercayaan Confucianisme diasaskan lagi.

Mengikut kepercayaan Confucianisme, semua pegawai perubatan harus taat kepada 6 prinsip
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.9.

Sentiasa Menghormati
Nyawa harus berusaha untuk Bertindak dengan Mengakui
Rawati kesopanan, pencapaian orang
dihormati, yang memperbaiki lagi bahawa semua
penderitaan kesantunan dan lain dan taat
sudah tenat perlu kemahiran pesakit adalah
pesakit dan ketertiban kepada etika
diselamatkan dan perubatan dan sama sahaja,
amalkan akademik
yang sakit perlu berwaspada Doktor patut tiada yang lebih
perubatan
diubati supaya dapat bertanya tinggi atau lebih
dengan kejujuran
mengelak mengenai adat rendah darjatnya Doktor tidak
Ubat adalah Doktor perlu
untuk kegunaan daripada atau norma dari Pesakit yang bolegh bersikap
hidup dengan berlakunya segi perubatan
insan yang hidup datang untuk angkuh dan
sederhana dan kecuaian apabila bertemu
dan untuk rawatan patut memfitnah orang
merawat semua dengan budaya
melegakan diberi layanan lain tetapi
pesakit, termasuk asing, iaitu
kesakitan yang sama tanpa sebaliknya perlu
mereka yang Seseorang doktor mengenai perkara mengambil kira bersikap rendah
tidak mampu tidak patut yang dibenarkan
membayar jika mereka tua diri, menghormati
melarikan diri dan dilarang atau muda, dan bertolak
daripada masalah miskin atau kaya ansur
dan kesusahan

Rajah 4.9: Enam Prinsip Confucianisme dalam perubatan

a) Apakah sumbangan kepercayaan Confucianisme kepada etika


perubatan?
b) Bandingkan etika perubatan kuno dengan etika perubatan moden. Anda
boleh melayari laman web berikut untuk membaca mengenainya dengan
lebih lanjut: http://ccbs.ntu.edu.tw/fulltext/jr-mdl/guo.htm Adakah
terdapat perbezaan atau persamaan antara etika perubatan dulu dan
sekarang?

4.7 Etika Confucianisme berkaitan dengan Alam Sekitar

Confucius berkata:

“Orang berilmu suka akan air; orang yang berkemanusiaan suka akan
gunung-ganang. Orang yang berilmu bersifat cergas; orang yang
berkemanusiaan bersikap tenang. Orang yang berilmu akan hidup
dengan bahagia; orang yang berkemanusiaan akan panjang umurnya”
(6:21)
I Ching (易經) atau Buku Perubahan, merupakan antara teks klasik bahasa Cina yang tertua
di dunia dan membincangkan isu-isu ekologi dari segi alam sekitar dan kerohanian.

Sudut pandangan Confucius melihat manusia sebagai sebahagian yang penting di dalam alam
semesta yang didominasi oleh alam sekitar. Triad (Perhubungan tiga hala) antara syurga,
dunia dan manusia merupakan asas kepada semua makhluk lain. Manusia dapat
mempengaruhi alam sekitar dan semua makhluk yang hidup di dalamnya.

Kehidupan dan budaya manusia mempunyai perhubungan yang bersifat simbiotik dengan
alam sekitar, seperti yang dapat dilihat dalam petikan tersebut yang ditulis oleh seorang
penganut Confucianisme Han bernama Tung Ch’ung-shu (179-104 SM):

Confucius berkata:

“Syurga, dunia dan manusia merupakan asas kepada semua


makhluk. Syurga melahirkan mereka, dunia menyuburkan
mereka dan manusia melengkapkan mereka. Ketika lahir, syurga
membekalkan mereka dengan perasaan menyayangi satu sama
lain, dunia membekalkan mereka dengan pakaian dan makanan
dan manusia melengkapkan mereka dengan amalan dan muzik.
Ketiga-tiga faktor ini bekerja sama seperti kaki dan tangan yang
melengkapkan badan dan tiada satu pun daripadanya yang
boleh diketepikan.”

Tradisi Confucianisme menekankan usaha bersama supaya masalah individu diluhurkan ke


arah kepentingan umum. Ini bermaksud bahawa terdapat penekanan terhadap etika berhutang
budi kepada generasi lalu dan perasaan kewajipan terhadap generasi akan datang yang
mewujudkan rangka perancangan jangka masa panjang. Pengajaran dari masa lampau
dipraktikkan untuk masa akan datang.

Rajah 4.10 menunjukkan perhubungan alam semesta triad antara syurga, dunia dan manusia
Rajah 4.10: Perhubungan Triad Syurga, Dunia dan Manusia
Syurga

Syurga melahirkan semua makhluk


dan membekalkan mereka dengan
perasaan sayang-menyayangi

Ketiga-tiga faktor ini bekerja


sama seperti kaki dan tangan
yang melengkapkan badan
Manusia dan tiada satu pun Dunia
daripadanya yang boleh
diketepikan

Manusia menyatukan semua makhluk


dan melengkapkan mereka dengan Dunia membekalkan pakaian dan
amalan, tindakan dan muzik. makanan kepada semua makhluk

Kita sudah tiba ke akhir bab ini. Sila rujuk kembali ke senario-senario di
permulaan bab. Pada pendapat anda, apakah pendapat anda mengenai
pandangan dunia kepercayaan Confucianisme? Adakah ia sama dengan
pandangan dunia anda sendiri atau berbeza? Bandingkan dengan rakan-
rakan anda.

a) Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, terdapat beberapa ciri-ciri


kepercayaan Confucianisme yang menggalakkan etika alam sekitar. Pilih
satu daripada lima etika yang diberikan dan jelaskan bagaimana ia boleh
digunapakai.
b) Lakukan kaji selidik yang ringkas mengenai bagaimana Confucianisme
dapat mempengaruhi pemeliharaan alam sekitar selain daripada China.
Ringkasan

1. Kepercayaan Confucianisme diasaskan oleh K’ung Fu Tzu (Confucius dalam bahasa


Inggeris), seorang sarjana di China kuno yang amat berminat dengan kajian moraliti dan etika
individu dan pelaksaan kuasa pentadbiran oleh pemerintah.

2. Antara ajaran etika Confucius termasuklah nilai-nilai seperti


a) Li, iaitu amalan, ibadah, kesopanan, etika, upacara, ihsan dan sebagainya
b)Hsiao, iaitu perasaan sayang-menyayangi dalam keluarga, termasuk perasaan
sayang ibu bapa terhadap anak, anak terhadap ibu bapa, sesama adik beradik dan
sebagainya.
c) Yi, iaitu keadilan
d) Xin, iaitu kejujuran dan amanah
e) Jen, iaitu murah hati, berperikemanusiaan (nilai Confucianisme yang tertinggi)
f) Chung, ketaatan kepada negara dan sebagainya

3. Si Shu atau Empat Buku, iaitu


a) Lun Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung Fu-
Tzu)
b)Chung Yung atau Doktrin Min
c) Ta Hsueh atau Pembelajaran yang Unggul
d) Tulisan Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang
telah mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati
pemerintah kerajaan

4. Terdapat empat jenis perhubungan yang asas:


a) Antara bapa dan anak
b) Antara abang dan adik lelaki
c) Antara suami dan isteri
d) Antara golongan tua dan golongan muda
e) Antara pemerintah dan diperintah

5. Confucius menyarankan tujung langkah di dalam strategi transformasi sosial ke arah


mencapai masyarakat yang ideal:

a) Penyiasatan benda-benda (pembolehubah)


b) Melengkapkan ilmu
c) Keikhlasan pemikiran
d) Memperbaiki hati
e) Pemupukan diri
f) Mengawal selia keluarga
g) Mentadbir urus negara

Anda mungkin juga menyukai