Anda di halaman 1dari 32

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 SOALAN 1
1.1 Pengenalan
1.2 Peranan Etika Dalam Bidang Sains Dan Perubatan
1.3 Peranan Etika Dalam Perniagaan Dan Perdagangan
1.4 Peranan Etika Dalam Perhubungan Individu Dan Masyarakat
1.5 Kesimpulan
RUJUKAN
2.0 SOALAN 2
2.1 Pengenalan
2.2 Berpegang Teguh Kepada Etika Agama Dan Kepercayaan
Masing-Masing Mewujudkan Masyarakat Yang Aman Damai
2.3 Kesimpulan
RUJUKAN
3.0 SOALAN 3
3.1 Pengenalan
3.2 Persamaan Etika Agama Buddhisme Dan Hinduisme
3.3 Perbezaan Etika Agama Buddhisme Dan Hinduisme
Serta Amalan Kehidupan Seharian
3.4 Kesimpulan
RUJUKAN
4.0

SOALAN 4
4.1 Pengenalan
4.2 Amalan Etika Berasaskan Agama Islam
4.3 Kesimpulan
RUJUKAN

1.0

SOALAN 1

Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia.
Jelaskan peranan etika dalam bidang sains dan perubatan, perniagaan dan perdagangan; dan
perhubungan antara individu dan masyarakat.
1.1

PENGENALAN

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Menurut Encyclopedia of Americana (1993), istilah etika diambil daripada bahasa
Inggeris ethics yang berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani iaitu ethos yang bererti
adat kebiasaan dan ethicos yang bererti moral. An English Arabic Lexicon, mencatatkan
definisi etika sebagai suatu disiplin ilmu yang berhubung dengan ilmu akhlak atau adab. Kamus
Dewan Bahasa & Pustaka (2005) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan
seseorang atau sesuatu kumpulan. Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai
himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesion.
Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan salah
dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk
manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal. Menurut
Hamzah Yacub (1985), etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk
dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal.
Berdasarkan pelbagai definisi yang telah dinyatakan di atas, etika pada asasnya
merupakan suatu cabang daripada ilmu falsafah yang membuat penyelidikan tentang moral dan
tingkah laku manusia dari segi tindakan baik dan buruk yang seharusnya diketahui dan
sepatutnya diamalkan dalam kehidupan sama ada dari sudut individu, masyarakat dan negara.

1.2

PERANAN ETIKA DALAM BIDANG SAINS DAN PERUBATAN

Sumbangan dalam bidang sains moden sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya
dalam memberi kemudahan dan kesempurnaan hidup kepada manusia. Namun begitu, tidak
boleh disangkal juga bahawa ia telah mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran yang
penuh tragis. Faktor utama yang mencetuskan fenomena itu ialah penyingkiran dan peminggiran
agama dan aspek-aspek etika dalam budaya sains moden.

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang luas meliputi manusia, alam
sekeliling dan masyarakat. Sebaliknya nilai dan etika pula merupakan suatu pengukuran terhadap
sesuatu dengan membuat perbandingan terhadap benda, pandangan manusia atau masyarakat.
Apabila sesuatu rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif diperkenalkan kepada orang
ramai, penilaian masyarakat mungkin akan terbahagi kepada dua persepsi berbeza. Mungkin ada
pihak menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu membahayakan manusia, namun dalam masa
yang sama ada pihak lain pula mempertahankan penggunaannya demi membantu perkembangan
sosioekonomi negara. Oleh itu, di sinilah timbulnya konflik mengenai nilai tentang sesuatu
penemuan atau teori sains.
Menurut Hamid Arshat (1999), apabila mengimbas kembali sejarah perubatan Islam,
salah seorang daripada pengamal perubatan Islam yang disegani, iaitu Ar- Razi (865-925 masihi)
adalah yang begitu komited dengan prinsip etika perubatan dan menentang pengamal perubatan
palsu yang menggunakan perubatan sebagai satu medium untuk mengaut keuntungan. Di
samping itu, ahli perubatan zaman silam juga telah memberi penekanan ke atas prinsip-prinsip
etika, latihan dan kaedah pembelajaran perubatan dengan meletakkan etika sebagai satu
kedudukan yang mulia bagi pembinaan adab dan akhlak.

Selain itu, menurut Mohd Yusman (1998), beliau mengatakan bahawa bioetika adalah
suatu ilmu sains bagi kelangsungan hidup (science of survival) yang mempunyai kepentingan
dalam mengatasi kepupusan persekitaran bumi disamping melindungi manusia. Bioetika adalah
gabungan bios (sains hayat) dan ethics (etika). Bioetika diklasifikasikan sebagai satu pengkajian
sistematik yang berasaskan dimensi etika termasuklah visi moral, keputusan, polisi dan panduan
yang mendasari sains hayat serta penjagaan kesihatan. Bioetika ini bertujuan untuk membantu
manusia berfikir secara rasional namun pada masa yang sama lebih berhati-hati dengan proses
biologi dan evolusi budaya yang wujud.
Oleh yang demikian, kerajaan dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan material
semata-mata tanpa mempertimbangkan keselamatan nyawa, harta benda masyarakat dan negara.
Unsur etika patut diletakkan di tempat yang tinggi seiring dengan inovasi sains dan teknologi.

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Hal ini demikian, pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan tercapai seandainya
penekanan hanya diberikan kepada satu aspek sahaja.
Secara keseluruhannya, kesedaran terhadap pentingnya penggunaan teknologi yang
selamat adalah berpunca daripada latar belakang pendidikan yang baik dan adanya ilmu
berkaitan agama dan sains teknologi. Oleh itu, perlunya kesinambungan antara sains, agama dan
etika yang menjadi garis panduan yang relevan di samping mematuhi undang-undang atau polisi
yang sedia ada. Sains tidak boleh dipisahkan daripada agama dan etika. Pemisahan tersebut akan
melahirkan suatu kepincangan yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia umumnya.

1.3

PERANAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN

Perniagaan dilihat sebagai faktor penentu dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah
bangsa dan negara. Usaha untuk membentuk blok ekonomi negara yang kukuh memerlukan
teknik yang betul serta strategik. Oleh yang demikian, etika dan amalan keusahawanan yang
berintegriti perlu diamalkan oleh semua ahli perniagaan bagi memastikan perniagaan yang
dijalankan bukan sahaja menjana ekonomi malahan dapat membantu sesama masyarakat.
4

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)

Hal ini demikian, menurut Mohd. Janib Johari (2001), perniagaan juga merupakan
sebahagian dari tuntutan umum supaya manusia saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam
kehidupan seharian mereka selain memenuhi keperluan hidup bermasyarakat. Terdapat beberapa
ciri-ciri perniagaan yang memenuhi kehendak etika yang betul, antaranya adalah perniagaan
yang mematuhi undang-undang perniagaan. Hal ini bermaksud peniaga memastikan keperluan
dan kehendak pengguna dipenuhi, dan bukan mengeksploitasi atau mengambil untung yang
berlebihan daripada pengguna.
Selain itu, perniagaan yang beretika adalah peniaga yang menyediakan barangan dan
perkhidmatan kepada pengguna secara bertanggungjawab dan jujur dengan mengambil kira
tanggungjawab terhadap barangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Perniagaan yang beretika juga terikat dengan keselamatan, efisyen, kos efektif dalam produksi,
penggunaan sumber secara optimum dan mengambil berat akan persekitaran.
Di samping itu, peniaga yang mementingkan etika juga adalah mereka yang mengambil
berat terhadap pekerja, pemegang amanah dan pihak lain yang turut terlibat dengan perniagaan
mereka. Perniagaan sebegini akan memastikan kejujuran dan ketelusan dalam urusan perniagaan
mereka untuk menyumbang kepada pembangunan yang mampan, adil dan juga mengutamakan
kepuasan dan keselesaan masyarakat.
Peranan etika dalam bidang perniagaan juga sentiasa menyediakan maklumat dan
perwakilan yang tepat dimaklumi dalam iklan penjualan barangan dan perkhidmatan. Hal ini
demikian bagi memastikan pengguna dimaklumi dan dididik secara betul dalam penggunaan
barangan dan perkhidmatan yang selamat digunakan secara optimum dan memuaskan.
Penghasilan barangan atau perkhidmatan perlu mengambil kira aspek kualiti, kuantiti, masa yang
tepat dan harga yang berpatutan sepertimana yang dipersetujui dengan pengguna. Bukan sahaja
mengambil kira kepentingan pemilik perniagaan malah juga kepentingan pekerja. Pastikan
keselamatan dan wujudkan suasana kerja dengan mengambil kira upah, faedah dan kemudahan
yang mencukupi.

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Selain kepentingan pekerja, kepentingan masyarakat juga perlu diambil kira. Sentiasa
memastikan kepentingan masyarakat secara umum diambil kira dalam semua keputusan
pengeluaran barangan dan perkhidmatan, terutama keperluan, aspirasi dan kebajikan komuniti.
Sebagai tambahan kepada kepentingan masyarakat, perniagaan juga perlu mengambil kira akibat
dan kesan perniagaan kepada persekitaran. Di samping itu, peniaga juga perlu mementingkan
aspek kesan negatif dan meminimumkan pencemaran yang tidak mengorbankan keselamatan
untuk meraih keuntungan dalam jangka masa yang singkat.
Kesimpulannya, peranan perniagaan yang beretika adalah untuk membantu perniagaan
mendapat sokongan daripada pengguna dan masyarakat. Sokongan pergerakan pengguna akan
membantu dalam meningkatkan jualan dan keuntungan. Oleh itu, ekonomi sesebuah negara
bukan sahaja dapat dijana, malahan kelangsungan hayat perniagaan dapat dijalankan dalam
tempoh masa yang panjang dan membantu memberi perkhidmatan yanng terbaik kepada
pengguna hasil daripada kepercayaan daripada masyarakat.

1.4

PERANAN ETIKA DALAM PERHUBUNGAN ANTARA INDIVIDU DAN


MASYARAKAT

Manusia merupakan makhluk sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain. Sejak
dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan merupakan dua amalan
yang biasa bagi seorang manusia yang normal. Semasa masih bayi lagi, seseorang memerlukan
pertolongan daripada orang sekeliling untuk menerus dan memenuhi kehendak-kehendak asas

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


seperti makan, minum dan seumpamanya. Manusia dan persekitaran adalah dua elemen yang
tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kesempurnaan dan kelangsungan kehidupan.
Oleh itu, perhubungan yang beretika antara individu dan masyarakat adalah fitrah semula
jadi yang ada dalam diri setiap manusia bagi mewujudkan suasana harmoni dalam sesebuah
negara. Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan supaya
manusia tidak terlalu bebas sehingga mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Menurut
Baumhart (1968), beliau mengatakan bahawa peraturan manusia tidak wujud sendiri, tetapi ialah
hasil yang terkumpul daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dan lama dalam
kehidupan manusia. Etika diwujudkan kerana manusia lebih cenderung dalam mematuhi
beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi
perhubungan dengan orang lain.
Selain daripada itu, etika atau peraturan manusia juga boleh menjimatkan masa kerana
menjadi rujukan bagi manusia semasa mereka membuat pemilihan ke atas sesuatu perbuatan
yang perlu dilakukan. Oleh itu, peranan etika juga adalah untuk memelihara kemuliaan manusia
dengan sifat-sifat yang terpuji. Seseorang insan perlu mempunyai keperibadian yang baik dan
dianggap sebagai seorang insan yang bermoral. Seseorang individu perlu didedahkan kepada
situasi alam persekitarannya dan diajar melalui pelbagai pendekatan seperti pendidikan agama,
pendidikan moral, atau asuhan ibu bapa, sebelum dia dapat beramal dengan akhlak yang mulia.
Di samping itu, etika dalam diri seseorang juga penting utk memperkukuhkan lagi
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian, jika nilai-nilai murni seperti sabar,
toleransi dan bekerjasama sentiasa diamalkan dalam kalangan masyarakat, maka suasana
persekitaran yang harmoni dapat dipelihara dan mewujudkan masyarakat yang berintegriti.
Menurut Abdul Rahman Abdul Aziz (2002), keharmonian sesebuah negara disumbangkan oleh
pengurusan yang baik dalam kompenan sosial, ekonomi dan politiknya. Oleh itu, bermula
dengan perhubungan sosial yang baik antara individu dapat menggalakkan perhubungan yang
positif dengan amalan saling bekerjasama dan bersatu padu sesama masyarakat.

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Kesimpulannya, kemelut gejala sosial yang sering melanda masyarakat kita pada hari ini
adalah berpunca daripada tingkah laku individu-individu yang tidak bermoral dan tidak beretika.
Semua pihak perlulah bekerjasama dalam menjadikan masyarakat Malaysia sebagai bangsa yang
beretika dan berintegriti bermula daripada pendidikan awal lagi sesuai dengan sarana kerajaan
ingin menjadikan Malaysia bukan sahaja maju dari segi pembangunan, malahan memiliki sikap
dan minda yang bertamadun.

1.5

KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah proses menuju negara maju seharusnya tidak meninggalkan persoalan etika
di belakang. Nilai-nilai etika ini perlulah dijunjung dan ditanam dalam diri setiap insan agar
kemajuan yang dicapai mempunyai makna dan berkualiti tinggi. Kita sepatutnya mencontohi
negara maju yang lain seperti Jepun, walaupun status negara maju telah lama dikecapi, tetapi
8

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


etika mereka berada pada tahap yang sangat tinggi dan terpuji. Sebenarnya, sistem nilai dan etika
yang mantap akan memastikan sesebuah masyarakat akan membangun dalam konteks yang
berpedoman, maka nilai tersebut yang bertindak sebagai faktor pendesak yang kuat kearah
kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.

RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Baumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston.

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Encyclopedia of Americana (1993). New York : Grolier Inco.
George Percy Badger. (1981). An English Arabic Lexicon. London : Pater Noster Square.
Hamid Arshat. (1999). Konsep Perubatan Islam: Falsafah dan Amalan- II. Di dalam Abu Bakar
Yang dan Abu Bakar Abd. Majeed. (penyunting). Konsep dan Operasi Perubatan Islam.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kuala Lumpur. m.s. 62.
Hamzah Yacub. (1985). Etika Islam. Bandung : Deponegoro.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor Baru : Penerbit UTM Press.
Mohd Nasir Omar. (1986). Falsafah Etika. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Yusman Awang. (1998). Cabaran Beberapa Isu Bioetika Terpilih di Malaysia. Tesis
Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. m.s. 1-35.
Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (1991). Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam
Negara.

2.0

SOALAN 2

Dalam sebuah masyarakat plural atau majmuk, sekiranya setiap insan yang berpegang teguh
kepada etika agama dan kepercayaan masing-masing, masyarakat akan menjadi aman dan damai.
Bincang secara kritis.

10

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


2.1

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama yang
didominasi oleh tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap rumpun bangsa ini
bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan yang berbeza dengan aman dan damai tanpa
persengketaan. Setiap masyarakat dan kelompok etnik manusia mempunyai budaya tersendiri
yang menjadi lambang identiti sesuatu bangsa.
Masyarakat majmuk dari segi etnik dan agama, sesungguhnya merupakan anugerah dan
kehendak Tuhan. Tuhan Yang Maha Kuasa telah menetapkan hukum-hukum-Nya, selain berupa
doktrin agama juga berupa ketentuan yang berlaku pada alam dan manusia yang lazim disebut
hukum alam (sunnatullah). Menurut Mohd Taib Osman (1983), agama ialah satu sistem
kepercayaan yang seragam atau amalan-amalan yang bersangkutan dengan sesuatu yang suci,
kepercayaan dan amalan yang bersatu kemudiannya membentuk suatu komuniti moral yang
tunggal. Antara elemen yang wujud dalam definisi ini termasuklah kepercayaan, amalan dan
entiti suci yang perlu dicapai oleh insan yang beragama.
Di samping itu, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula konsep
masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersamasama di suatu tempat
dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum atau
bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk yang membawa maksud
masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup bersama-sama dan
bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan serta
mempunyai budaya yang tersendiri.
2.2

BERPEGANG TEGUH KEPADA ETIKA AGAMA DAN KEPERCAYAAN


MASING-MASING MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG AMAN DAMAI

Penduduk Malaysia berbilang kaum, namun sikap berpegang teguh kepada agama dan
kepercayaan masing-masing serta semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting
untuk merealisasikan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap ini, akan lahirlah
11

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa
perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh'.
Prinsip pertama Rukun Negera iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan menjadi nadi
pembinaan jati diri masyakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan dan pedoman hidup
bermasyarakat oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Pada dasarnya,
prinsip ini mengungkapkan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan
kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang tidak
mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme).
Oleh yang demikian, kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat
berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang
teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan
yang harmoni dan sejahtera. Melalui ikatan keagamaan, manusia akan bertindak sebagai seorang
yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat juga
akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya.
Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan
agama seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Abdul Aziz Bari
(2002), perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia. Perkara ini
jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa:
Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Selain itu, kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang
menghormati agama yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun Islam
diletakkan sebagai agama rasmi tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana individu untuk
memeluk Islam. Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan seharusnya dapat
membentuk masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan amalan ibadat setiap agama.
Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan perbuatan yang luhur, yang
12

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


mencerminkan sikap dan suasana interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat
mengembangkan sikap adil terhadap sesama insan.
Di samping itu, prinsip universal yang harus dipegang oleh semua penganut agama di
negara ini ialah berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing secara beradab
agar dapat membina kerukunan hidup secara harmoni. Hal ini seharusnya dapat mengembangkan
lagi sikap hormat menghormati dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama walaupun
agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah hal yang menyangkut hubungan peribadi
manusia dengan Tuhan yang dipercayainya.
Justeru itu, kita seharusnya berasa bimbang terhadap trend penghinaan terhadap kesucian
agama contohnya seperti kes Alvin dan Vivian yang mempersendakan amalan puasa umat Islam.
Perbuatannya itu mendapat kecaman bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah masyarakat
bukan Islam juga. Ini mebuktikan bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini juga tidak
merestui sebarang sikap ekstrem yang cenderung menghina ibadat atau amalan agama orang lain.
Kita berasa khuatir dengan trend yang tidak sihat ini yang boleh mengeruhkan perhubungan
antara kaum dan agama di negara ini.
Secara

asasnya,

peranan

agama

dalam

masyarakat

ialah

membantu

dalam

menyembuhkan seseorang individu, apabila individu telah sembuh daripada penyakit-penyakit


sosial, maka keluarganya pula akan sembuh dan seterusnya masyarakat pula akan sembuh.
Kebanyakan penyakit gejala sosial hari ini boleh disembuhkan dengan mengikuti dan mematuhi
kod moral dalam dalam agama seperti Rukun Iman dalam Islam dan The Ten Commandments
dalam ajaran Kristian. Agama sebenarnya ialah makanan yang amat diperlukan oleh jiwa iaitu
lebih

penting

dan

lebih

besar

daripada

keperluan

fizikal

manusia.

Selain itu, fungsi agama juga memberikan rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok
manusia iaitu agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah
kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah
tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama. Agama juga memainkan fungsi kawalan
sosial yang amat penting kerana semua prinsip agama menyuruh kepada kebaikan dengan
13

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


menggariskan

etika

yang

wajib

dilakukan

oleh

penganutnya.

Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara berbilang kaum, agama dan
budaya tidak seperti kebanyakan negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam
mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat. Masyarakat yang
gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal mewujudkan keharmonian sehingga
menyebabkan konflik, yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Kestabilan dan
keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal berpegang teguh dan memelihara
nilai yang dibawa oleh agama.

2.3 KESIMPULAN
Kesimpulannya bahawa betapa pentingnya kedudukan agama dalam pembangunan moral dan
etika, kerana agama tidak hanya sekadar pembinaan kesusilaan semata-mata, tetapi juga sebagai
pengarahan dan pendorong umatnya untuk bergiat aktif bersama-sama dalam membangun
masyarakat, bangsa dan negara. Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan
musnah jika kita gagal memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama.
14

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Sesungguhnya semua agama mementingkan etika dalam ajaran mereka serta menganjurkan
kebaikan. Pekspektif agama adalah yang terbaik sebagai panduan untuk kita beretika dalam apa
jua keadaan. Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia yang menghayati dan berpegang
teguh kepada etika agama dan kepercayaan masing-masing, maka kehidupan seharian dapat
dijalani dengan tenang dan sentosa.

RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. (2002). Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.

15

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Asma Abdullah. (1966). Going Glocal : Cultural Dimensions in Malaysian Management. Kuala
Lumpur : Institut Pengurusan Malaysia.
Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman. (1983). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

3.0

SOALAN 3

Huraikan persamaan dan perbezaan etika berasaskan agama buddhisme dan hinduisme dan
bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan contoh-contoh yang relevan.
3.1

PENGENALAN

16

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat berbilang kaum meliputi Melayu, Cina dan
India. Keunikan masyarakat Malaysia ialah walaupun mereka berlatar belakangkan agama,
budaya dan corak hidup yang berlainan, namun mereka hidup dalam keadaan yang harmonis dan
aman berlandaskan kepada kebudayaan nasional.
Setiap agama yang wujud di atas muka bumi ini sama ada bersifat agama samawi (agama
yang datang berasaskan wahyu dari Tuhan) seperti Islam dan Kristian atau agama budaya (agama
yang lahir berasaskan pengalaman tokoh dan kehidupan) seperti Buddha dan Hindu semuanya
menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Nilai-nilai moral dan etika yang
membangunkan sesebuah bangsa adalah dituntut oleh semua agama.
Namun begitu, masyarakat kita pada hari ini sering didedahkan dengan konsep
sekularisme dalam sistem kepercayaan iaitu memisahkan antara kepercayaan dan kehidupan
keduniaan. Fenomena inilah yang menyebabkan persoalan peribadatan ditolak dalam urusan
kehidupan seharian yang membantutkan perkembangan nilai agama itu sendiri dalam pemikiran
manusia. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ajaran agama dianggap sebagai pemandu dalam
mengemudikan perjalanan kehidupan manusia keseluruhannya.
Sesungguhnya, sistem nilai agama yang diamalkan dapat mempengaruhi kemajuan dan
kesejahteraan sesebuah masyarakat. Menurut Abd. Aziz Deraman (1978), antara kepentingannya
adalah mempertingkatkan mutu hidup manusia, mengembangkan intelek manusia supaya ia
berfungsi dengan efektif, melindungi nyawa manusia dan membenarkan mereka terus hidup,
mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia, mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem
moral dalam masyarakat, mewujudkan dan memelihara rukun sosial (social order) dan
memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis.
3.2

PERSAMAAN ETIKA AGAMA BUDDHISME DAN HINDUISME

Agama Buddhisme dan Hinduisme merupakan kepercayaan yang popular dalam kalangan
masyarakat India dan Cina di Malaysia. Buddhisme adalah agama budaya yang diasaskan di
India oleh Siddharta Gautama Buddha, seorang yang kuat berusaha untuk mencapai ketinggian
moral dalam kehidupan dan mencari keharmonian hidup dengan usahanya sendiri. Falsafah
Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan yang
17

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna yang dipanggil 'Nirwana'. Seseorang
itu perlulah melepasi 'Empat Kebenaran Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap penderitaan
dalam kehidupan (circle of suffering).
Asas penciptaan agama Buddha menegaskan bahawa manusia yang leka dengan nikmat
dunia adalah manusia yang paling bodoh kerana tenggelam dengan nikmat dan urusan
pengkajian dunia. Crutcher (2000) melihat agama Buddha mempunyai sistem pengkajian alam
semesta dalam sudut pandangan yang berlainan iaitu mengambil pendekatan tidak perlu
mengkaji alam semesta. Justeru itu, matlamat agama Buddha lebih tertumpu kepada melakukan
reformasi kuasa yang menggerakkan alam semesta. Prinsip utama yang dipegang agama Buddha
tidak meletakkan Tuhan sebagai kuasa penggerak tetapi lebih kepada sebab dan akibat.
Di samping itu, asas penciptaan agama Hinduisme pula berpaksikan ketuhanan yang
bertindak sebagai Pencipta alam semesta. Terdapat tiga asas ketuhanan iaitu Tuhan Pencipta
(Brahma), Tuhan Penjaga (Vishnu) dan Tuhan Pemusnah (Shiva) yang diberi nama (Trimurti).
Menurut Durga (2004) Tuhan dijadikan oleh Tuhan yang lebih agung. Menjadi kekeliruan
masyarakat di luar agama Hindu bahawa agama Hindu mempercayai kepada kepelbagaian dalam
ketuhanannya (politeisme) sehingga menjangkau jumlahnya 3 juta Tuhan. Namun, secara
pemahaman sebenar yang dianuti oleh agama Hindu itu sendiri hanya ada satu kekuasaan yang
mutlak dan mereka menganggap dewa-dewa dan makhluk adalah berpunca daripada Brahman.
Menurut Brian (2008), doktrin atau sistem nilai etika mempunyai persamaan antara
agama-agama seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Sementara agama-agama lain seperti Hindu
dan Buddha wujud jurang perbezaan yang menjadi hak eksklusif agama-agama ini mengikut
sudut pandang dan kepercayaan mengenai konsep ketuhanan itu sendiri. Justeru, terdapatnya
asas kepercayaan utama sesebuah agama iaitu ketuhanan.
Hakikatnya, semua agama mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama
yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Persamaan etika dalam agama Hindu dan
Buddha adalah terdapatnya konsep kelahiran semula dan Karma, iaitu pembalasan yang

18

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia. Selain itu, ajaran Buddha dan Hindu meyakini
transformasi sifat yang dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self discovery).

3.3

PERBEZAAN ETIKA AGAMA BUDDHISME DAN HINDUISME SERTA


AMALAN KEHIDUPAN SEHARIAN

Secara umumnya asas penciptaan alam semesta yang dipercayai oleh agama Hindu berlandaskan
kepada konsep ketuhanan sehinggakan Tuhan menyerapi setiap unsur alam semesta dan alam
semesta adalah Tuhan (panteisme) dan kepercayaan kekuasaan kepada Tuhan yang lain
(henoteisme). Manakala agama Buddha meletakkan asas penciptaan kepada konsep sebab dan
19

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


akibat (patticasamupadda) sehingga menafikan kuasa ketuhanan dalam penciptaan alam semesta
(ateisme).
Agama Hinduisme tidak boleh dikatakan sebagai agama yang sama dengan agama
Buddhisme. Walaupun perbezaan ini hanya satu aspek iaitu asas penciptaan tetapi impak kepada
perbezaannya menjadikan agama Hindu sebuah agama ketuhanan yang berpegang kepada
fahaman henoteisme dan agama Buddha adalah agama ateis yang memegang nilai etika sebagai
asas kepada semua jawapan masalah dan teori agama. Walaupun ada persamaan seperti
penggunaan terma karma, samsara, pencerahan dan sebagainya, perlu diingatkan ia hanya sama
dari segi terma penggunaannya tetapi pelaksanaan dan peribadatan dalam agama-agama ini tidak
sama dan tertakluk kepada konsep asas penciptaan ini iaitu konsep ketuhanan.
Selain itu, dalam agama Hindu peranan Tuhan adalah utama kerana Dia adalah pencipta
dan semuanya adalah tertakluk kepada Tuhan. Manusia tidak langsung memainkan peranan
dalam penciptaan alam semesta. Berlainan dengan agama Buddha yang meletakkan manusia
memainkan peranan utama dalam penciptaan alam semesta kerana manusia sentiasa melakukan
kerosakan, mengalami penderitaan dan akhirnya menerbitkan samsara yang bermaksud agen
penciptaan dan tiada samsara, tiada penciptaan. Oleh itu, manusia sememangnya peranan utama
dalam proses penciptaan ini sesuai dengan imej dan kelas kedua-dua agama iaitu henoteisme dan
ateisme.
.
Di samping itu, terdapat perbezaan antara agama Hindu dan Buddha. Perbezaan pertama
yang dilihat paling ketara dalam asas penciptaan alam semesta adalah konsep ketuhanan. Agama
Hindu meletakkan Brahma adalah Tuhan Pencipta. Walaupun agama Hindu memiliki kefahaman
mengenai sebab dan akibat dan evolusi dalam proses penciptaan tetapi segala aturan dan
pentadbirannya tertakluk kepada kekuasaan serta kehendak Brahma. Pengelasan konsep
ketuhanan politeisme, monoteisme, panteisme ke dalam agama Hindu adalah biasa. Matthew
(2007) meletakkan kelas lain kepada agama Hindu iaitu henoteisme yang mana fahaman
kepercayaan kepada satu Tuhan tetapi mengakui kekuasaan Tuhan lain.

20

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Berbeza dengan etika agama Hindu, agama Buddha yang berlandaskan idea dan logik
serta mengangkat Tuhan Pencipta sebagai sebab dan akibat (patticasamupadda). Jika ditinjau
mengenai konsep ketuhanan agama Buddha, ia sememangnya tidak jelas dan tidak tetap serta
menafikan ketuhanan. Buddha menjelaskan kefahaman mengenai Tuhan yang dipercayai oleh
agama Hindu sebagai kecelaruan dan menganggap konsep ketuhanan hanya buah fikiran
manusia itu sendiri.
Selain iu, penganut ajaran Buddha menganggap kepercayaan kepada Tuhan adalah
kelemahan berfikir dan wajar ditolak. Jika semua fenomena disebabkan Tuhan, maka tidak
sepatutnya diarahkan kepada Tuhan kerana apakah perkara buruk yang berlaku di dunia ini
seperti bunuh diri dan mencuri juga datangnya tindakan buruk ini dari Tuhan? Justeru, ini yang
digelar sebagai salah faham mengenai tindakan Tuhan terhadap penciptaannya. Jika Tuhan
adalah penyebab segala yang berlaku di dunia ini, apakah peranan manusia berusaha? Setiap dari
kewujudan itu ada kerahmatan, kecelakaan, perbuatan baik dan buruk.
Di samping itu, perbezaan antara agama Buddhisme dan Hinduisme juga boleh dilihat
dari segi aspek kepercayaan iaitu dalam agama Hindu, Tuhan digambarkan dengan pelbagai
bentuk dan penjelmaan dewa selain mempercayai konsep reinkarnasi atau penjelmaan semula.
Walaupun agama Buddha terbentuk dalam kerangka agama Hindu, konsep ini hanya terdapat
dalam agama Hindu.
Berdasarkan kepada kepercayaan agama Buddha juga yang menafikan ketuhanan dalam
asas

penciptaan

alam

semesta

dan

menggantikannya

dengan

sebab

dan

akibat

(patticasmupadda), tidak keterlaluan meletakkan agama ini sebagai agama ateisme atau
kelompok agama yang menafikan ketuhanan atau entiti yang bersifat dengan sifat ketuhanan.
Agama Buddha juga tidak terlalu fokus membicarakan mengenai sesuatu realiti yang tidak boleh
dilihat (Tuhan), jiwa, kehidupan selepas mati atau asal-usul alam semesta. Menurut Story (1972),
agama Buddha meletakkan ketuhanan itu sendiri sebahagian dari konsep sebab dan akibat yang
tertakluk kepada karma dan samsara.

21

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Perbezaan kedua, agama Hindu mempercayai agen kepada penciptaan alam semesta
adalah Maya yang mempunyai kualiti Guna. Brahma hanya bertindak memikirkan dan
berkehendak penciptaan alam semesta dan Maya adalah agen penciptaan tersebut. Maya tidak
dianggap Tuhan tetapi memiliki zat dan sifat ketuhanan iaitu kekal dan abadi. Membezakannya
adalah Maya tiada kehidupan dan ia hanya sekadar tenaga. Justeru itu, jika diteliti, agama Hindu
tidak meletakkan campur tangan lain sama ada manusia, pokok, tanah atau lain-lain dalam
penciptaan alam semesta melainkan dengan kehendak Brahma dan Maya sahaja.
Namun begitu, berbeza bagi agama Buddha, agen kepada penciptaan adalah samsara
yang menyebabkan segala perilaku perbuatan, pemikiran dan perbualan berlaku secara negatif.
Hasilnya samsara memainkan peranan sebagai agen kepada penciptaan berlandaskan kepada
sebab dan akibat (patticasamupadda). Terdapat Dua Belas Rangkaian Sebab dan Akibat (twelve
link) untuk menjelaskan mengenai samsara sebagai agen, iaitu kebodohan (avijja), pembentukan
kerelaan (sankhara), kesedaran (vinnana), minda dan badan (namarupa), enam pancaindera
(salayatana), hubungan deria (phassa), perasaan (vedana), ketagihan (tanha), kehendak
(upadana), pembentukan (bhava), kelahiran (jati), usia tua dan mati (jaramarana)
Dua Belas Rangkaian sebab dan akibat ini adalah bentuk penderitaan (samsara) yang
sentiasa berlaku dalam kehidupan manusia dan entiti muka bumi yang mana menjadi agen
kepada nilai moral dan etika. Hal ini juga menunjukkan peranan manusia sepenuhnya sebagai
punca dan asas kepada penciptaan alam semesta. Selagi mana manusia melakukan dosa, etika
buruk dan kekejaman akan melahirkan samsara yang akan menjadi agen kepada sebab dan
akibat (patticasamupadda).
Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai
kehidupan bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna. Oleh yang demikian,
matlamat dalam kehidupan mereka ialah untuk mencapai satu tahap yang dipanggil Nirwana.
Bagi mencapai kepada Empat Kebenaran Mulia tersebut, seseorang penganut Buddha perlulah
melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai Jalan Mulia Lapan Lapis (The Noble Eightfold
Path). Ini adalah jalan yang terakhir merangkumi lapan perkara dalam usaha mengatasi segala
masalah kehidupan.
22

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)

Tiga kelompok moral yang diketengahkan iaitu akhlak (sila), perkembangan mental
(samaddi) dan kebijaksanaan (panna) adalah kelompok akhlak sosial yang baik dan dapat
diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan merupakan asas pemurnian budaya di Malaysia.
Bagi memastikan seseorang penganut Buddha itu boleh mencapai ke tahap dua perkara tersebut,
perkara asas yang perlu diberikan perhatian ialah asas moral atau Panca sila. Sila adalah nilai
moral yang baik yang lahir berdasarkan kepada sebab dan musabab dan kesannya sesuatu
perbuatan tersebut. Manakala panca bermaksud lima, yang membawa erti lima peraturan yang
utama sebagai asas kepada perbuatan seseorang yang perlu dihayati.
Panca sila adalah asas pendidikan moral yang dapat memupuk dan membina
keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Lima perkara yang dimaksudkan ialah
larangan membunuh, bersifat jujur, larangan berzina, larangan minum arak dan tidak
mengkhianati antara satu sama lain. Hasil falsafah yang dikemukakan dalam konteks moral dan
nilai dalm kehidupan adalah bersifat sejagat kecuali beberapa perkara yang menyentuh aspek
penyembahan keagamaan. Nilai dan budaya masyarakat Malaysia adalah dicorakkan oleh agama
dan budaya yang diamalkan. Perkara ini telah mempengaruhi sistem nilai dan etika sesebuah
masyarakat.

3.4

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap agama merupakan kumpulan kepercayaan dan keyakinan seseorang


terhadap alam dan kehidupannya. Kepercayaan seseorang akan menentukan hala tuju dan cara
hidupnya. Seseorang yang beragama dan mempercayai kewujudan Tuhan akan bertindak
menurut kepercayaannya. Hidupnya akan berpandukan peraturan yang ditetapkan oleh agama
dan pasti mempunyai pertimbangan halal dan haram serta meyakini alam pembalasan. Oleh itu,
kesannya ialah mereka hidup sebagai manusia berperaturan serta mempunyai pertimbangan dosa
dan pahala seterusnya bertindak dengan penuh hati-hati di dunia meskipun ketika bersendiri
kerana bimbang dimurkai oleh Tuhan. Mereka juga tidak menzalimi dan menindas manusia serta
23

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


tidak mengambil dan merampas hak manusia lain sewenang-wenangnya maka peranan agama
dalam membentuk etika manusia mampu memelihara kesejahteraan dan keamanan sejagat.

RUJUKAN
Abd. Aziz Deraman (1978). Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia.
Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala
Lumpur : Nurin Enterprise.
Brian, Pitts, J. (2008). Why the Big Bang Singularity Does Not Help the Kalam Cosmological
Argument for Theism. British Society for the Philosophy of Science. 59. 675-708.

24

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Crutcher, Richard R. (2000). Loka: The Buddhas Formulation of the Universe. Ancient
Tradition: Spirituality and Science in the Light of Vipassana Meditation. September 3-4.
Amerika Syarikat: Vipassana Meditation Center, Dhamma Dhara.
Durga Das Basu. (2004). The Essence of Hinduism 2nd Edition. Delhi: Asoke K. Ghosh.
Jack Parkinson et.al. (1991). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
James P. Ongkili (1985). Nation Building in Malaysia 1946-1974. Singapore : Oxford University
Press.
Matthews Warren. (2007). World Religions 6th Edition. United States of America: Wadsworth
Cencage Learning.
R. Robertson (1997). Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Story Francis. (1972). Gods and the Universe in Buddhist Perspective: Essays on Buddhist
Cosmology and Related Subjects. Sri Lanka: Buddhist Publication Society.
Wan Hashim Wan Teh (1983). Race Relation in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books Ltd.

4.0

SOALAN 4

Huraikan etika berasaskan agama Islam dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian.
Berikan contoh-contoh yang relevan.
4.1

PENGENALAN
Menurut Al-Ghazali (1985), agama Islam terdiri daripada tiga konsep utama iaitu Islam,

Iman dan Ihsan. Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar bahasa Arab, salama yang
25

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas daripada kekurangan zahir dan
batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah
s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Di samping itu, Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu
tiada rasa takut dan dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya
dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu. Ihsan pula
bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang
jahat serta mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat semata-mata kerana
Allah s.w.t.
Islam merupakan agama yang dominan di Malaysia yang mewarnai kehidupan
masyarakat Melayu selepas pertapakan agama Hindu di Tanah Melayu. Islam merupakan agama
sejagat (universal) dan kesejagatan ini adalah terkandung dalam intipati ajaran yang terkandung
dalam al-Quran yang seharusnya menjadi pedoman kepada keseluruhan manusia. Asas
kewujudan manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi, memimpin manusia dan alam
berasaskan kepada wahyu dan petunjuk al-Quran dan Sunnah. Sumber utama ini bukan sekadar
pengarahan untuk beribadah bahkan juga mempunyai petunjuk yang mutlak dalam kehidupan
manusia.

4.2

AMALAN ETIKA BERASASKAN AGAMA ISLAM

Umat Islam adalah umat yang berpegang kuat kepada agama sama ada dalam konteks
peribadatan dan kehidupan bermasyarakat. Secara asasnya, menurut S.Q Fatimi (1963), kerangka
Islam dijelaskan melalui hubungan yang wujud dalam tiga dimensi utama Islam iaitu akidah,
syariah dan akhlak. Akidah bermaksud asas-asas kepercayaan dan ibadah, pemikiran dan
tunggak kepada perjalanan hidup manusia di dunia dan akhirat manakala syariah pula bermaksud
peraturan dan hukum hakam kehidupan, pembeza antara kebenaran dan kebatilan seterusnya
akhlak pula membawa erti asas-asas moral dan tindakan dalam kelakuan manusia.
26

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)

Oleh yang demikian, dalam konteks ajaran Islam, perkataan yang paling hampir kepada
maksud etika ialah akhlak. Pengertian akhlak dianggap lebih kuat dan berkesan kerana
bertunjangkan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. berbanding dengan etika yang berasaskan
kepada teori-teori ciptaan manusia. Akhlak Islam berasaskan kepada ajaran al-Quran dan ajaran
Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak daripada perkataan bahasa Arab
yang mempunyai kaitan dengan dua istilah lain iaitu Khalik (Tuhan Pencipta) dan makhluk
(ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu khalaqa (mencipta). Akhlak mencakupi makna
moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut dipunyai oleh
seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Dalam erti kata
lain, segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk
mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan
pengiktirafan daripada manusia.
Justeru itu, konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan
sebagai Pencipta segala makhluk di muka bumi ini. Dalam Islam, huraian tentang akhlak berkait
rapat dengan hakikat diri manusia dan memainkan peranan penting dalam proses pembentukan
peribadi-peribadi Muslim yang beriman dan bagaimana mereka merealisasikan konsep hakikat
kemanusiaan dalam perhubungan sesama makhluk
Menurut Sayyid Abul Ala Maududi (1996), beliau menjelaskan bahawa kewujudan nilainilai agama yang dipegang dan dihayati oleh sesebuah masyarakat membuahkan hasil dalam
tindakan moral mereka. Beliau juga mengemukakan mengenai adanya etika dalam Islam yang
membezakannya dengan etika sekular. Hal ini demikian, etika Islam adalah berdasarkan
bimbingan dan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah.
Mengikut tafsiran Al-Ghazali (1985) pula, beliau mengatakan bahawa etika merujuk
kepada hasil idea pemikiran hukama iaitu penilaian sesuatu perbuatan berasaskan kepada teori
dan ilmu pengetahuan. Menurut beliau juga, perbuatan-perbuatan yang lahir secara spontan ini
27

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


sudah terbentuk dari kebiasaan dan latihan jiwa yang berterusan sehingga perbuatan-perbuatan
baik tersebut menjadi kebiasaan dan terikat kukuh dalam jiwa. Jika jiwa seseorang telah tertanam
dengan nilai-nilai yang baik, maka akan melahirkan perilaku yang baik, begitulah sebaliknya.
Amalan etika dalam ajaran agama Islam terkandung dalam lima elemen dalam Rukun
Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang. mengeluarkan zakat,
berpuasa dan mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syarak. Seseorang
Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun-rukun tersebut. Andai kata rukunrukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara yang sebaik-baiknya, sudah tentu
akan membawa kejayaan besar kepada diri individu, masyarakat dan negara.
Amalan etika Islam yang utama iaitu melafazkan syahadah (penyaksian tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah) merupakan penyataan atau ikrar misi dan
visi hidup seorang Muslim. Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati
dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran Rasul-Nya
Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada keseluruhan alam.
Lafaz kalimah syahadah ini juga merupakan syarat utama sesuatu ibadat itu diterima oleh Allah
s.w.t. serta membuktikannya dengan melaksanakan semua amalan ibadat yang diwajibkan
oleh Allah s.w.t.

Selain itu, amalan etika yang kedua adalah mendirikan solat fardhu lima waktu sehari

yang merupakan satu perintah yang diwajibkan setiap hari ke atas umat Islam yang akil dan
baligh. Solat juga merupakan hubungan secara langsung antara kita dengan Maha Pencipta. Kita
berkomunikasi dengan Allah s.w.t., dengan melahirkan apa yang dirasa dan difikirkan sama ada
rasa gembira atau sebaliknya. Antara hikmah solat ialah menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.,
menguatkan keimanan dan ketakwaan, mendidik diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t.,
memberi kecerdasan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan kualiti rohani serta
mendisiplinkan diri dengan menepati waktu.

28

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Di samping itu, amalan etika yang ketiga pula adalah mengeluarkan zakat. Zakat ialah
kata dasar dalam bahasa Arab daripada perkataan zaka yang membawa pengertian berkat,
tumbuh, suci, bersih dan baik atau dapat memberi maksud membersihkan atau mensucikan.
Menurut hukum Islam (istilah syarak) zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh
Allah s.w.t. untuk diserahkan kepada orang yang berhak. Antara kelebihan berzakat ialah
penggerak ekonomi bagi golongan yang tidak mampu supaya memainkan peranan dalam
ekonomi, menjauhkan sifat kedekut, mengeratkan tali persaudaraan antara golongan berada
dengan golongan miskin dan sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat pemberian Allah s.w.t.
Selain itu, amalan etika yang seterusnya adalah berpuasa pada bulan ramadan. Berpuasa
menurut bahasa ialah menahan diri daripada sesuatu dan menurut istilah bererti menahan diri
daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehingga
terbenam matahari. Puasa juga menuntut kita mencegah nafsu lahir dan batin daripada segala
yang dilarang serta mengawasi gerak-geri badan daripada melakukan suatu yang ditegah oleh
hukum. Puasa adalah manifestasi kepada sifat sabar dan tabah. Hikmah diperintahkan berpuasa
adalah mendidik manusia menjadi seorang yang lebih bertakwa serta memberikan kesegaran
mental dan fizikal.
Amalan etika dalam ajaran Islam yang kelima adalah mengerjakan haji di Mekah bagi
yang mampu. Ibadat haji hanya boleh dikerjakan di kota suci Mekah dan dilakukan dalam musim
haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah yang memerlukan perbelanjaan dan kesihatan badan yang
baik. Amalan ibadat ini mampu mendidik manusia untuk menjadi insan yang sabar dan
bertoleransi serta melahirkan kesyukuran terhadap nikmat kesihatan dan kesenangan yang telah
dikurniakan Tuhan.

29

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)

4.3

KESIMPULAN

Kesimpulannya, asas kesejagatan Islam telah menjadikan Islam mampu bertapak dan mewarnai
pemikiran masyarakat Melayu khusunya di Malaysia dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan
dalam kehidupan mereka sebagai asas yang kukuh. Apa yang jelas dan nyata, segala nilai yang
telah diperkenalkan oleh Islam adalah bersifat universal dan dapat diterima oleh semua peringkat
dan generasi manusia dan mampu beroperasi dalam konteks pelbagai bangsa dan agama yang
terdapat di Malaysia. Pengurusan Islam yang berlandaskan etika Islam menyediakan ruang
kepada manusia untuk melahirkan rasa tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah kepada Allah

30

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


s.w.t. Mereka melakukan aktiviti berasaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dengan menyedari
semua aktiviti tersebut akan dipertanggung jawabkan kepada mereka di akhirat kelak.

RUJUKAN
Al-Ghazali (1985). Al-Munqid Min Al-Dalal, (ed.)Abd Al-Halim Mahmud. Kaherah : Dar alMaarif.
M.A. Rauf (1964). A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia. Kuala Lumpur:
Oxford University Press
Mohd Nasir Omar (1986). Falsafah Etika. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

31

ETIKA PERBANDINGAN (MPU 3312)


Mohd Nasir Omar (1986). Falsafah Etika Pendekatan Islam dan Barat. Kuala Lumpur :
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Sayyid Abul Ala Maududi (1996). Ethical Viewpoint of Islam. Lahore : Islamic Publication.
S.Q Fatimi. (1963). Islam Comes to Malaysia. Singapore : Malaysian Sociological Research
Institute.

32

Anda mungkin juga menyukai