Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0
4.0

MUKA SURAT

PENGENALAN
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ZABA
HURAIAN BUKU PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL II
KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0

PENGENALAN
1

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Ketinggian
martabat bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan
menjadi bahasa pengantar dalam pendidikan. Hal ini menunjukkan betapa hebat dan gagah
perkasanya bahasa ini. Sejarah perkembangan bahasa Melayu telah melalui jalan yang panjang
dan berliku.
Menurut Asmah Haji Omar (1993), bahasa Melayu telah digunakan secara meluas oleh
Kerajaan Melayu Melaka sebagai bahasa perantaraan yang utama oleh pedagang asing dan
rakyat tempatan sejak abad ke-15 lagi. Begitu juga dengan pemerintah Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan. Namun begitu, kedudukan dan
kegemilangan bahasa Melayu mulai pudar sejak kedatangan British yang bermula dengan
Perjanjian Pangkor (1874) kerana British telah menjajah dan menguasai ekonomi Tanah Melayu
sedikit demi sedikit serta penubuhan beberapa buah sekolah Inggeris telah menjadi penyumbang
kepada kemerosotan bahasa Melayu.
Menurut Abdullah Abdul Kadir (1970) pula, masalah kemerosotan bahasa Melayu telah
dibangkitkan sejak abad ke-19 lagi kerana pada waktu itu kemerosotan kedudukan bahasa
Melayu tidak dihiraukan lagi dalam kalangan orang Melayu sendiri. Pada awal abad ke-20,
masalah ini telah dibangkitkan semula oleh golongan reformis atau Kaum Muda dengan
terbitnya majalah Al-Imam (1906). Selain itu, golongan pendidik Melayu pada waktu itu juga
telah merancakkan usaha bagi mempertahankan bahasa Melayu.
Di samping itu, menurut Harun Aminurrashid (1957), guru-guru Melayu telah bergerak
aktif dalam menghidupkan bahasa Melayu dari terus lenyap ditinggal zaman, hilang bahasa
bermakna hilanglah bangsa serta menggunakan slogan bahasa menunjukkan bangsa dalam
perjuangan mereka. Antara perjuangan mereka adalah menyarankan agar diadakan
penyeragaman dalam sistem pendidikan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah. Sesungguhnya, perjuangan memajukan serta mengembalikan
kegemilangan bahasa Melayu bukanlah suatu perkara yang mudah.
Hal ini demikian, tokoh-tokoh dan para pejuang bahasa telah banyak memberi
sumbangan dalam memastikan agar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
sentiasa terpelihara yang perlu dimulakan sejak kanak-kanak iaitu sejak dari bangku sekolah lagi.
2

Antara tokoh intelektual yang ulung dalam bidang bahasa Melayu ini adalah Zaba yang ketika
hidupnya banyak menulis berkaitan dengan pelbagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu.
Namun begitu, perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas
mendorong kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu
memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang diperkukuhkan
oleh kesedaran serta keyakinan yang mendalam. Sebelum dihuraikan dengan lebih terperinci lagi
mengenai sumbangan perjuangan beliau, seharusnya kita mengetahui terlebih dahulu biodata dan
latar belakang beliau.
Pemilik nama Zaba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad
dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan
Darul Khusus. Bapanya Ahmad bin Ibrahim merupakan keturunan Bugis, manakalanya ibunya
Intan Awaluddin berasal dari suku Minangkabau.
Za'ba telah memilih kerja sebagai seorang pendidik setelah menamatkan pengajian
menenengahnya untuk mencapai cita-citanya meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Melayu.
Beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan Sekolah Inggeris Johor.
Kemudiannya beliau bertukar ke Perak dan mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Beliau mengajar di sana selama tujuh tahun, iaitu dari tahun 1916-1923. Oleh kerana
pemikirannya dianggap progresif oleh pihak berkuasa dan dibimbangi akan mempengaruhi
pelajar-pelajarnya, beliau ditugaskan sebagai pengarang dan penterjemah Melayu dari tahun
1923-1947. Tugas utamanya adalah menerbitkan buku teks dan buku bacaan umum di sekolah
Melayu. Pada tahun 1947, beliau telah dilantik sebagai pensyarah di School of Oriental and
African Studies (SOAS), London.
Beliau bersara secara rasminya pada tahun 1951 dan seterusnya berkhidmat sebagai
pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura selama
enam tahun (1953-1958). Za'ba mempunyai minat yang tinggi dalam bidang penulisan. Sejak
muda lagi Za'ba telah menulis pelbagai tulisan yang berkaitan dengan kelemahan pendidikan,
kemunduran dan kemiskinan orang Melayu. Selain itu beliau juga menulis tentang bahasa,
budaya, sastera, akhlak dan hal ehwal agama.
3

Antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu
Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam
penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu. Antara rencana beliau yang terkenal ialah Modern
Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya. Di samping buku bahasa
Melayu, beliau juga turut bergiat aktif menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa Melayu
untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu.
Tulisan-tulisannya tersiar dalam majalah dan akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris
seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pengasuh, The Malay Mail, The Straits Times,
Journal of the Malayan Branch of the Royal Society, Islamic Review, The Muslim dan lain-lain
lagi. Antara nama samaran yang digunakan ialah Za'ba, Z, Anak Melayu Jati dan Patriot; yang
bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya. Di samping itu, beliau turut
melahirkan rencana-rencana bagi pembangunan masyarakat Melayu terutamanya dalam Panduan
Guru, al-Ikhwan dan Majalah Guru selain beberapa buah karya untuk pedoman pelajar dan guru
terutamanya dalam hal karang-mengarang.
Menurut Adnan Hj. Nawang (1994), penulisan Za'ba boleh dinilai sebagai hasil daripada
pengalaman, analisis dan pengamatan beliau yang teliti dan mendalam terhadap bangsanya.
Beliau yang lahir dan dibesarkan di kampung, menerima pendidikan agama, Melayu dan Inggeris
serta kemudiannya bekerja di bandar amat memahami senario politik, ekonomi dan juga sosial
masyarakat Melayu. Hasil daripada kesedaran politik, Za'ba mengambil pendekatan anti-kolonial
dan berusaha memberi teguran kepada bangsanya. Teguran ini diberikan memandangkan nilai
dan sikap orang Melayu amat berbeza dengan orang bukan Melayu terutamanya dalam mengejar
kemajuan.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1976) telah menyatakan bahawa Za'ba juga dianggap
sebagai tokoh yang terkenal dalam pemikiran pembaharuan, islah atau reformasi Islam,
terutamanya menerusi pengaruh gurunya Sheikh Tahir Jalaluddin yang merupakan ulama Kaum
Muda yang terpengaruh dengan aliran dan pemikiran reformis yang terkenal seperti Sayid Jamal
al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Ridha. Gerakan aliran ini adalah
bertujuan untuk memperbaiki cara berfikir dalam kehidupan umat Islam.

Penulisan mengenai peribadi dan sejarah hidup Za'ba telah ditulis secara terperinci oleh
Abdullah Hussain dan Khalid Hussain (1974), Mohd Taib Osman, Hamdan Hassan (1978) dan
Adnan Hj. Nawang (1994). Manakala Ungku Abdul Aziz pula telah banyak membahaskan
pemikiran Za'ba dalam aspek ekonomi dan pendidikan masyarakat Melayu.
Jasa-jasa beliau sangat besar sehinggakan dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor
Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau
telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong.
Gelaran Pendeta dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan
Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.

2.0

Latar Belakang Pendidikan Zaba

Latar belakang pendidikan seseorang tokoh amat mempengaruhi kejayaan dan sumbangannya
dalam sesuatu bidang. Za'ba mendapat pendidikan agama dari ayahnya yang turut mengajar
anak-anak kampung membaca al-Quran. Pendidikan formalnya bermula pada usia 12 tahun dan
bersekolah di Sekolah Melayu, Kuala Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Walaupun mendapat tentangan daripada bapanya, namun Za'ba meneruskan pengajiannya
ke sekolah Inggeris, iaitu di St. Paul Institution, Seremban pada 10 Januari 1910. Pada akhir
1915, beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Kuala Lumpur dan mencatat sejarah
sebagai pelajar Melayu yang mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Peluang pendidikan yang diperolehinya telah membolehkan beliau menguasai tiga bahasa
iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Demi mencapai matlamat memajukan pendidikan anakanak Melayu, Za'ba telah memilih jawatan guru setelah menamatkan pengajian menenengahnya.
Beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan Sekolah Inggeris Johor.
Kemudiannya beliau bertukar ke Perak dan mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Zaba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikan dan
bahasa, tokoh agama dan politik. Zaba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam
pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan serta pencetus kesedaran politik
negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam perkembangan Pengajian dan
Persuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyai kesedaran
betapa pentingnya strategi penyelesaian masalah kepada perkembangan ekonomi, sosial dan
budaya bangsa.
Ketokohan Zaba terbukti apabila Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004)
mengemukakan pandangan seperti berikut Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada
Zaba. Pendeta Zaba ialah seorang tokoh pendidikan, bahasa, persuratan, sasterawan,
budayawan, dan nasionalis. Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa
Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari
Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai
sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah meniupkan semangat juang bangsa
3.0 Huraian Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal II

Sumbangan Zaba begitu besar nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial,
ekonomi, bahasa bagi bahasa Melayu serta Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Sumbangan
sebuah rumusan besar nahu Melayu iaitu buku Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid telah
membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu.
Sebelum terbitnya Pelita Bahasa Melayu dalam tiga penggal pada tahun 1940, 1946 dan
1949 (pada tahun 2000 diterbitkan semula dalam edisi ejaan baru oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka), Za`ba sebenarnya telah menghasilkan buku Ilmu Bahasa Melayu pada tahun 1926 dan
1927. Sejarah penerbitan karya Zaba yang agung itu bermula apabila Buku Pelita Bahasa
Melayu Penggal I yang terbit pada tahun 1940 telah mula ditulis pada tahun 1934 dan 11 bab
selesai pada tahun 1936. Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal II pula siap ditulis pada tahun 1942
tetapi ditangguhkan penerbitannya ke tahun 1946 sesudah dibaiki dan disemak.
Tiga tahun kemudian terbit pula Pelita Bahasa Melayu Penggal III. Ketiga-tiga buah buku
beliau inilah yang menjulang namanya sebagai pengasas bahasa Melayu baru. Maka memang
kena pada tempatnya beliau dianugerahi gelar Pendeta dalam Kongres Bahasa Melayu dan
Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Berdasarkan penelitian terhadap hasil karya Zaba,
beliau dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Zaba melihat
penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan.
Justeru, kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada
kemahiran mengarang. Fikiran Zaba tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna
beliau tidak menitikberatkan nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat
pembelajaran, iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua. Pada
peringkat bahasa pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa
tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman
dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita
Bahasa Melayu dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik
Melayu.
Menurut Zaba (1965) dalam bukunya berjudul Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan
Rumi Baharu, dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal
7

bahasa mereka. Pada peringkat belajar bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya jangan
terikut kaedah nahu bahasa sendiri. Sebenarnya, aspek tatabahasa yang dikemukakan oleh Zaba
dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3 jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan
menyeluruh sesuai dengan saranannya agar orang selepasnya menokok-tambah mana-mana yang
tidak lengkap.
Secara asasnya, analisis Zaba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen
utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut.
Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik,
analisis Zaba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu, istilahistilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa
seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional.

Zaba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang berbeza dengan
wacana lisan. Karya-karya Zaba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas pengetahuan
Bahasa Melayu dari pelbagai aspek. Berikut merupakan antara karangan-karangan Zaba yang
memfokuskan mengenai karangan bahasa Melayu iaitu buku Pelita Bahasa Melayu II (Rumi)
yang memberi latihan mengarang bagi darjah rendah. Seterusnya, buku Pelita Bahasa Melayu III
(Rumi) pula berbicara mengarang bagi darjah tinggi dan buku Ilmu Mengarang Melayu (Jawi)
mengenai cara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej.
Dari situ kita dapat melihat banyak dan amat besar perjuangan serta sumbangannya
kepada bangsa dan negara kita ini. Pendeta Zaba serta semua karyanya adalah sebenar-benarnya
warisan bangsa yang amat berharga khususnya di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang
harus dikenang oleh generasi masa kini dan juga yang akan datang. Dalam perspektif sejarah
penulisan tatabahasa Bahasa Melayu, Zaba adalah satu-satunya ahli bahasa tempatan yang
menghasilkan tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya sendiri. Jika dipertalikan dengan citacita Abdullah Abdul Kadir Munshi yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa Melayu
sejak akhir abad kesembilan belas tetapi tidak kesampaian, Zaba jugalah yang menyempurnakan
cita-cita tersebut.

Namun begitu, jika diteliti kepada kandungan ketiga-tiga penggal buku Pelita Bahasa
Melayu, Za`ba nampaknya tidak sepenuhnya menumpukan perbincangan pada kaedah bahasa
dan nahu Melayu, tetapi dibicarakan kaedah-kaedah mengarang sebagaimana di dalam bukunya
Ilmu Mengarang Melayu. Walau bagaimanapun, dengan buku Pelita Bahasa Melayu tiga penggal
ini Za`ba telah meletakkan asas yang kukuh berhubung dengan kaedah bahasa dan nahu Melayu.
Bidang ini kemudian diperluaskan lagi oleh pakar-pakar bahasa selanjutnya seperti oleh Profesor
Asmah Haji Omar, Profesor Nik Safiah Karim, Profesor Farid Mohd. Onn. Profesor Abdullah
Hasan, Dr. Awang Sariyan dan ramai lagi.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1976), buku Pelita Bahasa Melayu Penggal
II merupakan buku dengan ketebalan 202 muka surat yang tertumpu terhadap asas karangmengarang. Zaba memberi penekanan bahawa karangan terbentuk daripada sekumpulan ayat.
Bermula dengan asas subjek dan predikat, huraian dikembangkan kepada jenis dan ragam ayat,
tanda baca dan penggunaan rangkai kata (frasa) penerangan. Zaba memberikan petua
mengarang daripada karangan biasa hinggalah kepada genre tradisional, cereka dan surat
kiriman.
Bagi buku Pelita Bahasa Melayu Penggal II ini, fokus persoalan ialah mengarang, ayatayat tunggal, cara penyambungan ayat, memakai tanda-tanda dalam tulisan, cakap ajuk dan
cakap pindah, perenggan-perenggan ayat, perkataan-perkataan pembatas karangan dan latihan
mengarang termasuk menulis cerita pendek. Contoh cakap ajuk ialah memindah cakap orang
tanpa mengubahnya seperti berikut :
Katanya kepada saya, Bapa engkau itu terlalu garang.
Manakala cakap pindah ialah mengubah cakap disampaikan, contoh:
Katanya kepada saya bapa saya itu terlampau garang.
Di samping itu, kumpulan sasaran pembaca bagi buku ini adalah semestinya para
pendidik yang seharusnya boleh menjadikannya sebagai bahan rujukan utama untuk sesi
pengajaran yang berkaitan dengan karangan. Memandangkan buku tersebut juga memfokuskan
kepada karangan peringkat rendah iaitu untuk murid-murid sekolah rendah, maka pendedahan
awal mengenai ilmu dan kemahiran ini sangat penting agar murid-murid terbiasa untuk
menghasilkan karangan yang berkualiti.
9

Oleh yang demikian, peranan guru juga sangat diperlukan dengan memperbaiki lagi mutu
pengajaran mereka supaya objektif pembelajaran bukan sahaja tercapai, malahan murid-murid
dapat diterapkan dengan nilai pentingnya menghargai dan mendalami bahasa ibunda sendiri iaitu
bahasa Melayu. Guru-guru haruslah memupuk semangat cintakan bahasa Melayu serta mendidik
murid-murid agar memiliki jati diri serta berpegang teguh kepada slogan Bahasa Jiwa Bangsa.
Menurut Hashim Awang (1995), murid-murid terutamanya yang seawal usia 7 tahun iaitu
sekolah rendah, sememangnya merupakan tahap umur yang sesuai bagi memupuk semangat
perjuangan terhadap pentingnya mempelajari dan menguasai bidang bahasa Melayu. Jadikan
naskhah Zaba dan semangat beliau sebagai inspirasi untuk meneruskan legasi keilmuan beliau.
Jangan terlampau menyanjung tinggi tokoh sarjana Barat, sedangkan negara kita sendiri telah
memiliki tokoh ilmuan yang sangat ulung setanding dengan tokoh antarabangsa.
Sesungguhnya, Zaba berpendirian bahawa bahasa adalah alat mengeluarkan fikiran.
Perkaitan antara kedua-duanya adalah sangat erat, dalam erti kata bahasa yang digunakan itu
hendaklah dengan tepat menggambarkan fikiran. Zaba mengatur pedoman penggunaan bahasa,
khususnya dalam karang-mengarang dengan mengatakan bahawa :
Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau
membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul seperti maksud yang
di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada dapat oleh mereka tujuan yang
dikehendakkan itu.
(Bab Permulaan, Ceraian 4)

Walau bagaimanapun, Zaba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan
semangat dan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Buku tatabahasa Pelita Bahasa Melayu
Penggal 2 merupakan sebuah karya agung yang benar-benar menjadi pelita ke arah menerapkan
serta mencurahkan ilmu tatabahasa terhadap masyarakat. Pendekatan teori tradisional yang
digunakan oleh Zaba walaupun terdapat kekurangnnya, namun tetap merupakan sebuah karya
yang mantap.

10

Pemikiran Zaba sewaktu menghasilkan buku tatabahasa ini begitu cemerlang sehingga
karya ini tidak lapuk ditelan zaman. Perbincangan yang meluas meliputi pelbagai bidang
tatabahasa telah mencakupi pelbagai bidang sehingga ke hari ini yang telah melangkah ke dunia
yang lebih maju dan moden.

11

KESIMPULAN
Setelah membaca dan meneliti isi kandungan karya Pendeta Zaba, dapat disimpulkan bahawa
ketokohan Zaba sebagai bapa tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid.
Sumbangan besar Zaba dalam membina asas tatabahasa telah menjadi pegangan hingga kini
sepatutnya disebarluaskan dalam kalangan masyarakat. Petua karang-mengarang yang
disarankan juga tetap relevan sampai bila-bila.
Sekiranya hasil karya Zaba hendak digunakan dalam perbincangan profesional guru
bahasa Melayu dan aktiviti pembelajaran di bilik darjah, modul yang lebih mudah perlu
disediakan terlebih dahulu. Penggunaan carta, peta minda dan teknik permainan mungkin boleh
diikhtiarkan. Sebagai permulaan, guru-guru bahasa Melayu harus sanggup berbengkel dan
bersidang untuk menghasilkan modul pembelajaran bahasa ala Zaba yang mudah, memikat dan
menghadirkan keseronokan kepada murid, dan bukan sebaliknya.
Perbincangan mengenai pemikiran dan kesarjanaan Za`ba tidak mungkin terungkapkan
dalam mana-mana penulisan pun.. Kajian yang mendalam lagi analitis dan kritis diperlukan
untuk menghargai jasa dan sumbangan Za`ba dalam bidang bahasa dan persuratan. Janganlah
kita terlampau mengagumi tokoh sarjana Barat seperti Ferdinand de Saussure, Leonard
Bloomfield, Noam A. Chomsky, M. A. K. Halliday, dan yang lain-lain sehingga lupa akan
kehebatan Za`ba dalam meletakkan asas perkembangan ilmu bahasa atau linguistik di Malaysia.
Namun begitu, usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam mewujudkan
Kursi Za`ba dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu
merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara
tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal
universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu
baharu. Di samping itu, usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za`ba yang
bersifat muzium tokoh seakan-akan muzium Hemingway di England itu akan dapat
mengabadikan sumbangan Za`ba dalam meneruskan tradisi keilmuan di negara kita yang tercinta
ini.

(3000 patah perkataan)


12

RUJUKAN
Abdullah bin Abdul Kadir. (1970). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am-Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hussain dan Khalid Hussain. Pendita Za'ba Dalam Kenangan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Adnan Hj. Nawang. (1994). Za'ba Patriot dan Pendeta Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan
Penataran Ilmu.
Asmah Haji Omar. (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Asmah Haji Omar. (1976). "Za`ba dalam Linguistik : Satu Tinjauan mengenai Aspek-aspek
Bahasa yang Diutarakannya" dalam Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
(Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta Za`ba). Kuala Lumpur : Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Awang Sariyan. (1996). "Penyusunan Tatabahasa Melayu : Dari Pelita Bahasa Melayu ke
Tatabahasa Dewan dlm. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharudin Zainal et. al. (1981). Wajah (Biografi 100 Penulis). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu: Jilid 4, R-Z, (1999). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang (1995). "Retorika Melayu dari Tanggapan Za`ba". Kertas Kerja Kongres Bahasa
Melayu Sedunia (21-25 Ogos 1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1976). "Pendeta Zaba : Suatu Penghormatan" dalam
Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan (Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta
Zaba). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Zaba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Za 'ba. (1985). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Za 'ba. (1985). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

Anda mungkin juga menyukai