Anda di halaman 1dari 95

Build your own FREE website at Tripod.

com Share: Facebook | Twitter | Digg | reddit

Gerakan Kesedaran

Aspek Kajian:

1.     Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran

a.     Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:

I. peranan golongan agama

ii. peranan  perkembangan bahasa dan kesusasteraan

iii.peranan para wartawan dan akhbar

iv.peranan sistem pendidikan

v.peranan golongan intelektual

vi.peristiwa dan pengaruh luar

Peranan golongan agama:


Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.

Tujuan reformasi:

         perjuangan Pan Islamisasi

         perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

         mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.

         Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.

         Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang Melayu.

Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama

        Sumbangannya:

 Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan ekonomi dan
sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.
 Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu bagi menyaingi
golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak mengatasi
golongan tua.

Perkembangan bahasa dan kesusasteraan


      Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.

      Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan
tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam
negara sendiri.

      Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan  MPSI.

      Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.

      Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan hilangnya
kewibawaan dan pertuanan Melayu.

      Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.


      Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.
      Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa
undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil
Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.

        Sumbangannya:

 1.        Menyedarkan orang Melayu  akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.
 2.        Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.
 3.        Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.
 4.        Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
 5.        Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM –
berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan.
 6.        Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan pengembang
bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.
 7.        Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu
– tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.
  

Peranan kewartawanan dan akhbar


Perkembangan:

      Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh: Jawi 
Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi
Peranakan - 1876, Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan Warta
Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman Pengetahuan.

      Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-
Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.

      Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi kerana ia
diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian – pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff ,
1975 ).

      Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.

      Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan
taburannya seperti yang berikut:

Singapura                          :               7 buah

Pulau Pinag       :               5 buah

Perak                  :               4 buah

      Tujuan:

         Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.

         Al-Imam sebagai  pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan, pengingat dan
menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada
penindasan.

      Akhbar beperanan sebagai:

         Penyebar maklumat

o        Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong
memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada bahasa
Melayu yang sedang menempuh perubahan.      

o        Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.

         Propaganda/Alat kebangkitan

o        Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan
pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.

         Saluran komunikasi


         
        Sumbangannya:

 Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan Union.
 Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu dan Islam. -
Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.

         Menjadi gelanggang kepada sasterawan.

 Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.


 Faktor penentu bagi  kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan Sekolah
Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi  penuntut sekolah
mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-orang  Melayu.

Peranan Sistem Pendidikan


            Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang  agama, sosio politik, dan
politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti:
Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang
Melayu.
            Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka
pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.
            Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang
Melayu terhadap layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual


        Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan
UMNO bagi menentang Malayan Union.
        Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung
bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu
terutama dalam bidang pendidikan.
        Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939,
tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio
ekonomi serta politik Melayu.
        Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan
mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
        Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.
        Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan
melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.
  

Peranan pengaruh luar


            Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam perang
dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.

        Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi
kemerdekaan India pada 1947.
        Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa
Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.
        Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan
dan penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur
Tengah bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan
negara daripada penjajahan.
        Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran
negara-negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut
kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.
        Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. -
Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu
Amerika Syarikat dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Perkembangan gerakan kesedaran

Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut:

1.        Peringkat keagamaan 1906 - 1926

2.        Peringkat sosioekonomi 1927 – 1937

3.        Peringkat politik 1937 -1957

Peringkat keagamaan 1906 - 1926


Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang mendapat pendidikan di
Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang berikut:

Konsep perjuangan:

Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan Islam serta
meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.

Matlamat perjuangan:

1.        Memberi  kesedaran  pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.

2.        Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.

Tujuan reformasi:
2.1        perjuangan Pan Islamisasi

2.1.1            Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan diletakkan dalam persaudaraan Islam
sedunia.

2.1.2            Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara  dan menggagalkan pemerintahan
berasaskan sekular yang dibawa oleh Inggeris.

2.2        perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

2.2.1        Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al Quran dan Sunnah dalam
semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.

2.2.2            Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan lekangnya mereka daripada
ajaran Islam yang sebenar.

2.2.3            Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang oleh golongan tua. Hal ini
menyebabkan berlakunya penerusan kepercayaan yang bertentangan dan berlebihan dalam
Islam. ( Lihat penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan tradisi masih diamalkan
walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema Satu)

2.3        Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.

2.3.1        Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan wanita untuk mendapatkan
pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak dbenarkan untuk mendapatkan pendidikan
disebabkan berpegang kepada amalan tradisi dan adat.

2.3.2        Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak memundurkan pemikiran
orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan sosio-ekonomi. Antaranya dalam sistem
kerah dan serah. Pemilikan dan penghambaan sebagai tanda taat dan setia kepada raja.
Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini menghalang rakyat biasa dalam memperbaharui
diri ke arah pemodenan.

2.4        Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.

2.4.1        Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam pentingkan ilmu,
melarang perbuatan menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam berdasarkan tamadunnya
menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada penerokaan ilmu. Sedangkan
golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke arah cara hidup Islam yang syumul.
Golongan ulama tua lebih menjurus kepada golongan pembesar/pemerintah. Tidak
mencetuskan minda dan gagal dalam pelaksanaan kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini
banyak bersebabkan sekular penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua.
Perjuangan kaum muda adalah untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup seperti
perjuangan Nabi Muhamad saw.

Cara penyebaran:

1.        Menerusi majalah dan akhbar seperti:

1.1     Al-Imam
1.2     Al-Ikhwan

1.3     Seruan Azhar

1.4     Pilihan Timur

1.5     Semangat Islam

1.6     Sekolah-sekolah pondok.

Tokoh-tokoh pejuang:

1.     Sheikh Tahir Jalaluddin

2.     Syed Sheikh Al Hadi

3.     Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:

 Gerakan Sheikh Mohd Abduh


 Syed Jamaluddin Al-Afgani
 Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.

Ciri-ciri perjuangan:

1.     Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.

2.        Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan bangsawan.

3.        Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

        Kejayaan/Rintangan

1.          Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok dan mengamalkan bidaah.

2.          Inggeris  bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama daripada  meluaskan pengaruhnya.

2.1           Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada kebenaran.

2.2           Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Islam.

2.3           Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .

2.4           Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan Islam.

 
3.          Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang berfahaman sederhana dalam pentadbiran
Inggeris serta kemunculan nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk mendapatkan kebebasan daripada
Inggeris.

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937


Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur tradisi memperlihatkan
perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan yang  berteraskan
sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat Melayu telah mendorong
pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh golongan keagamaan.

1.        Konsep perjuangan:

 Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.

2.        Matlamat perjuangan:

 Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan masyarakat lain.
 Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan secara menyeluruh sama ada dalam
bentuk sukatannya dan peluang-peluang kepada semua golongan. Membolehkan masyarakat Melayu menerima
pendidikan tinggi.
 Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih mereka mentadbir negri.

 Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :

         Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat
pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-Hadi
membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.

         Menggalakan  orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan pendidikan
orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.

         Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan penggunaan
bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham penggunaan bahasa
Inggeris.

         Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa
Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI  ditubuhkan bagi merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-buku
dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya DBP pada 1956.

         Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan mewujudkan
Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh
perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.

         Bagi menghalang orang Melayu  menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya menggagalkan MU
yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara  minoriti. Ini penting bagi surviaval bangsa
Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan menguasai
kuasa politik.
  

3.        Tokoh-tokoh

 Berlatarkan pendidikan Inggeris:

          Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos Abdullah, Ishak Hj. Muhamad

 Berlatarkan pendidikan Melayu:

          Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan Hj. Manan.

4.        Pertubuhan

 Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah


 Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil
 Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan
 Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia. Wujudkan:
 Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa Mahmud, Yaacob
Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Indonesia Raya.
 Paspam – Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan perpadauan melayu melalui bahasa.
Perjuangan menegak bahasa Melayu supaya tidak terpinggir dalam negara sendiri. Hal perjuangan bahasa ini bukan
sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh Raja Chulan – yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris
di dalam MMN dan MMP. Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Merugikan melayu
kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-undang yang akan diluluskan.

Peringkat Politik 1937-1948

Konsep Perjuangan:            Politik

Matlamat perjuangan:          Kemerdekaan


Tokoh-tokoh pejuang:

Ibrahin Yaakub                            }membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan dalam

Onan Haji Siraj                            }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak

Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.

Mukhtaruddin Ishak  }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang

Burhanuddin Al-Helmi               }Malayan Union.


Ishak Hj Muhammad  }

Onn Jaafar                                    } membentuk UMNO.

Pertubuhan terlibat:

KMM            Kesatuan Melayu Muda

PETA            Tentera Pembela Tanah Air

MPAJA        Malayan Peoples Anti Japanese Army

PKMM         Parti Kebangsaan Melayu Malaya

API                Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM

AWAS          Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM

PUTERA      Pusat Tenaga Rakyat

UMNO          Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Strategi perjuangan:

1.       Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

         Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris. Menuntut kemerdekaan sejak
1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus kemerdekaan bersama Indonesia dalam Indonesia Raya.

         Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan kepimpinan KMM
dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun membebaskan tahan
politik. Mula era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan masih menjadi matlamat, lebih-
lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang dijajah Imperialis barat.

         Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi Jepun sebagai alat untuk
memasukkan propaganda Jepun. Bagi  Ibrahin Yaakub sebagai persediaan orang-orang Melayu
mendapat latihan ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi Jepun. Pasukan
ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti MPAJA, Force 136 dan Pasukan
Wataniah.

         Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu dalam PETA, tetapi dalam
pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan separa tentera dan
polis. Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan latihan keteteraan secara
professional.

         PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan rancangan untuk kemerdekaan
bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12 OGOS 1945 antara
Ibrahim Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila Sukarno mengistiharkan
kemerdekaan Indonesia  secara mengejut dan Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Indonesia.

         Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM. PKMM bekerjasama dengan
AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat, tetapi tidak diterima
Inggeris.

         Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun bersama-sama dengan Force 136 dan
Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak Inggeris, tetapi
tidak diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan berlaku darurat pada 1948.

2.        Bekerjasama dengan Inggeris

         Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible  daripada KMM. Boleh dibawa berunding. Antara
perundingan yang dijalankan ialah perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam Perlembagaan
1948. Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

3.       Penentangan bersenjata

         Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948 menentang Inggeris secara
gerila dalam zaman darurat 1948-1960.

4.       Demontrasi aman

         Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan Union serta disokong oleh
Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada wakil Inggeris ( Harold MacMicheal ) dalam peras ugut
nya meminta tanda tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu bergabung  dalam UMNO yang
dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan masyarakat dan taraf keududukan orang-
orang Melayu. Berjaya menggagal Malayan Union dan tertubuh pula politik yang berteraskan pelbagai
kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan semasa pilahanraya perbandaran Kuala Lumpur , 1952

5.       Pemboikotan
 

         Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor General Malayan Union
serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu seperti Sir Frank
Swettenham.

6.        Kerjasama parti-parti politik

         Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-parti UMNO, MCA,
dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama PETA, MPAJA, Force 136 dan Wataniah untuk
menentang penjajahan sama ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM dengan PNI ( Partai Nasionalis
Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk mewujudkan negara bangsa Melayu.

SUMBANGAN JEPUN

Sumbangan Jepun dan Nasionalisme Tanah Melayu

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat Tanah
Melayu. Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam
bidang politik, ekonomi, sosial dan agama. Dalam hal ini aspek nasionalisme masih menjadi satu
pertikaian kepada sejarawan sama ada pendudukan Jepun ini mencetuskan semangat
nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang mendorongnya. Dalam hal ini kita akan mengkaji
akan peristiwa yang berlaku semasa pendudukan dan kesannya serta kegiatan pentadbiran British
setelah menduduki semula Tanah Melayu.

                Umum mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang kepada anak-anak
tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan. Pasukan tersebut terdiri daripada
pasukan tentera, separa tentera, polis atau polis rahsia. Dalam hal ini institusi ketenteraan yang memberikan peluang
kepada anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA dan Kempetai. Melalui institusi ini anak-
anak Melayu ini dapat menggunakan senjata. Di samping itu ia juga mendedahkan mereka meningkatkan semangat
kesetiaan kepada negara dan pemerintah. Umum juga mengetahui antara aspek semangat yang didedahkan ialah
semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir. Semangat seshin ini merupakan aspek
terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati kemenangan. Hal ini juga dinikmati oleh pemuda-pemuda
Melayu terutama sekali mereka yang berjuang dalam PETA. Melalui PETA kita dapat meningkatkan kesedaran
dalam mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun
mengundurkan diri.
 

                Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu
menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang
sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman
pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek
akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke
Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek
Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.

                Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang pendedahan
cara-cara pentadbiran kepada orang-orang Melayu. Ramailah anak-anak Melayu menjawat jawatan penting yang
sebelum ini diisi oleh pegawai Inggeris. Dalam hal ini, ia bukan setakat melatih, tetapi mendedahkan mereka kepada
keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri. Kekecewaan dan kepincangan Jepun akhirnya
memberikan mereka kesedaran untuk sama-sama berjuang dalam gerakan anti bawah tanah. Inilah yang mendorong
mereka untuk membantu membebaskan diri daripada belenggu Jepun dan Inggeris. Mereka yang berpeluang untuk
menjawat jawatan penting dalam pentadbiran adalah seperti Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato Onn Jaafar,
dan Ghazali Shafie.

                Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam
kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun
mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya
menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin
organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten
Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun.
Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya
memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar dapar
mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam daging
kepada pentadbiran tentera Jepun.

                Walaupun peristiwa-peristiwa ini berlaku semasa zaman pendudukan, tetapi satu hal
yang menarik ialah peristiwa selepas Jepun menyerah kalah. Dalam masa 2 minggu, Tanah
Melayu tidak mempunyai pentadbiran yang sah. Untuk itu MPAJA telah memainkan peranan
penting dengan menjadi pemerintah. Oleh yang demikian ramailah orang-orang Melayu yang
menjadi mangsa kekejaman mereka. Hal ini akhirnya mendorong kebencian orang-orang Melayu
terhadap MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Maka wujudlah ketegangan kaum antara
Melayu-Cina. Mengapakah hal ini terjadi? Inilah akibat-akibat daripada pendudukan Jepun yang
memberi kelebihan kepada orang Melayu dan menindas orang Cina. Akibat ini akhirnya
mendorong MPAJA membalas dendam akan perbuatan orang Melayu, terutama sekali anggota
PETA. Peristiwa ini juga menjadi wadah kepada perjuangan kesedaran nasionalisme Melayu.
Apakah mereka hendak ditadbir oleh penjajah Cina pula? Hal ini menjadi satu titik pertemuan
yang mengumpulkan pemikir Melayu dan akhirnya menentang konsep Malayan Union yang
memberi kelebihan kepada orang Cina.

                Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu yang didasarkan kepada peristiwa-
peristiwa semasa pendudukan Jepun dan beberapa bulan sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British, kita juga
harus memikirkan adakah ia merupakan titik mutlak yang membangkitkan nasionalisme Melayu. Dalam perkara ini,
kita perlu fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya dalam memberikan sumbangan
ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.
                Adakah nasionalisme Melayu memang telah tersedia wujud walaupun sebelum pendudukan Jepun di
Tanah Melayu ? Mungkin  kenyataan ini dapat diperbincangkan apabila kita melihat dan dibuktikan wujud oleh
sarjana akan permulaan titik-titik permulaan kesedaran nasionalis pada awal abad ke-20 dengan wujudnya kesedaran
golongan agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan bangsawan Melayu, serta kebangkitan kesedaran
politik apabila wujudnya pertubuhan-pertubuhan seperti KMM dan juga PKMM. Daripada kebangkitan golongan ini
kita dapati bahawa kesedaran politik dan kebangkitan nasionalis sebenarnya sudah tumbuh dengan suburnya
walaupun Jepun belum lagi menjajahi Tanah Melayu.

                Dalam kita menilai keadaan ini, kita dapati bahawa tindak-tanduk British sebenarnya telah mencetuskan
satu kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bagi mencapai kemerdekaan seperti yang dilaungkan oleh KMM
dan PKMM. Laungan untuk merdeka bukan hanya berlaku setelah tertubuhnya UMNO tetapi telah dilaungkan oleh
Ahmad Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai kepimpinan Melayu telah terpenjara dan ada yang
melarikan diri ke Indonesia. Kita juga perlu menilai cita-cita dan tujuan Ibrahim Yaakob dan PKMM untuk
bergabung dengan Indonesia dalam menjamin ketuanan Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia, dan aspek ini
jugalah yang hendak digagalkan oleh Inggeris. Peristiwa-peristiwa ini semuanya berlaku sebelum kedatangan dan
penjajahan Jepun. Para sarjana juga sedia maklum iaitu gagasan untuk menubuhkan Malayan Union pada tahun
1946 juga adalah hasil daripada keinginan Sir Cecil Clementi Smith untuk membalas dendam terhdap orang Melayu
yang tidak menyokong British dalam perang dunia ke-2. Adakah perkara-perkara yang berlaku ini tidak
menimbulkan satu kesedaran nasionalisme?

                Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas peperangan dunia ke-2. Perubahan-
perubahan besar dari aspek tonggak kuasa besar dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS dan USSR,
perubahan dalam PBB, kebangkitan komunis dan permusuhan AS-USSR dalam perang dingin juga merupakan satu
aspek di mana semakin melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.

PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM

HUBUNGAN JEPUN - ASIA TENGGARA

Hubungan Jepun - Asia Tenggara 1945-1952

1.             Tidak ada hubungan. Sebab:

                i.              Keadaan kucar kacir dalam politik Jepun. AS menguasai pentadbiran dengan diperintah oleh
Jeneral MacArthur.

                ii.       AT sendiri tidak mahu membuat hubungan dengan Jepun kerana angkara Jepun dalam perang.
Rosakkan nilai masyarakat dengan pelakuan kejam dari aspek sosial dan ekonomi.

2.             Perbincangan mengadakan hubungan diadakan pada akhir 1951 dan selepas termetrinya perjanjian San
Francisco.
                Dalam konteks negara Indonesia perundingan pembayaran pampasan diadakan sekitar tahun 1952 dan
berakhir akhir 1957. Berakhir dengan termtrinya hubungan diplomatik dan perdagangan.

Tumpuan Utama Dasar AS

1.             Menyekat pengaruh komunis daripada menular ke negara AT.

                Penjalaran Perang Dingin antara blok Barat dan Timur dengan pengaruh komunis yang diakibatkan
daripada dasar-dasar imperialisme dan kapitalisme yang merugikan golongan proleteriat dan kebencian
kepada kuasa penjajah.

2.             Tumpuan kepada pembangunan AT. Sebab:

i.        Wujudnya teori Domino yang diasaskan oleh komunis antara bangsa untuk kuasai setiap buah negara
AT dan Caucasia.

ii.       AT mempunyai sumber bahan mentah yang boleh menjadi asas kepada pembangunan semula
ekonomi Jepun.

iii.      AT merupakan tempat pelambakkan barang-barang keluaran Jepun dan pasaran utama barangan
tersebut.

iv.      AT ialah kawasan yang giat dengan perjuangan kemerdekaan dan perlukan pembangunan supaya
tidak terpengaruh dengan ideologi komunis.

v.       AS cuba cari pengaruh untuk menjadi sebuah kuasa pelindung di AT. Berjaya dengan adanya
pangkalan tentera di Thailand, Fillipina - Pangkalan Udara Clarke dan Pangkalan Laut di Teluk Subic,
Vietnam Selatan di Teluk Cam Ranch.

Pemikiran AS Cara Jepun Boleh Diselamatkan

1.             Memberikan bantuan kewangan kepada Jepun untuk pertingkatkan syarikat dan perdagangan Jepun. Cara
ini Jepun boleh menyelesaikan bayaran pampasan yang dituntut. Bayaran pampasan yang perlu dibayar
oleh Jepun kepada negara yang menuntutnya ialah sebanyak US1,152 juta.

2.             Mengguna Jepun dengan menjual barangan Jepun yang murah ke AT yang menjadi pasaran utama dan
mendapatkan bahan mentah untuk industri Jepun.

3.             Pulihkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Jepun dengan AT. Kesannya dalam konteks negara
Indonesia lebihan dagangan Jepun secara purata meningkat sebanyak 89% jika dibandingkan dengan
bayaran pampasan sebanyak 11% dari tahun 1958 hingga 1970.
 

Birokrasi Di AS Yang Menentukan Dasar Terhadap Asia

1.             Jabatan Pertahanan ( Pentagon )

                a.       Memberi bantuan senjata kepada negara AT seperti kepada Fillipina, Thailand, Vietnam, Laos dan
Kemboja terutama semasa perang Indo Cina.

                b.      Mengadakan perjanjian pertahanan.

                c.       Memberi bantuan ekonomi.

2.             Jabatan Negara ( State Department )

                a.       Bantuan tingkatkan ekonomi dan perdagangan AT.

                b.      Bantuan memperkembangkan semangat nasionalisme berteraskan demokrasi dan kapitalisme.

                c.       Bersifat sederhana.

Dalam perlumbaan menentukan dasar Jabatan Pertahanan lebih berjaya daripada Jabatan Negara.

Peristiwa selepas 1950an.

1.             Perang Indo Cina.

2.             Perjanjian San Francisco 1951. Antara kandungan perjanjian:

                a.       Bayaran pampasan kepada negara yang diduduki Jepun.

                b.      Jepun tidak boleh menubuh angkatan tentera untuk tujuan peperangan tetapi hanya dibenarkan
penubuhan tentera pertahanan negara sahaja.

3.             Kembalinya pemerintahan negara kepada Jepun pada tahun 1952 dan pengunduran MacArthur.

Pampasan dan negara AT

1.             Negara AT terpaksa menerima. Sebab:


                a.       Ekonomi negara yang mundur. Indonesia berhutang dengan Belanda > US1 billion, daripada Jepun
US170 juta.

b.       Kebanyakan negara menuju kemerdekaan dan memerlukan wang untuk membangunkan negara.
Indonesia dalam rancangan 8 tahun memerlukan US 1 billion ( 1961-1968 ).

      Hubungan Diplomatik dan Penerimaan Pampasan

                                                                Diplomatik             Pampasan              Jumlah

Indonesia                               14 April 58             20 Jan.58                US 400 juta

Burma                                                                     1954                        US 200 juta

Fillipina                                                  1956                        US 550 juta

Faedah Daripada Pampasan Kepada Negara Penerima

Terlalu sedikit faedahnya. Sebab: ( Dilihat dalam konteks negara Indonesia.)

1.             Projek ilham Sukarno membawa sedikit faedah kepada negara. Antara projeknya ialah:

                a.       4 buah Hotel Besar ( Hanya Hotel Indonesia yang bawa pulangan yang baik. Lagi tiga hotel
pulangannya hanya 20-30% sahaja.)

                b.      Sarinah Departmental Store.

                c.       Wisma Nusantara 29 tingkat. Kos pembinaan US5.8 juta. Hanya sebagai gajah putih. Tidak
membawa faedah kepada rakyat.

2.             Dalam masa 12 tahun hanya 26 projek besar telah dirancangkan dengan peruntukan sebanyak US 77.63
juta. Sebahagian besar daripadanya tidak siap. Jumlah projek melalui wang pampasan ialah 36 buah. Yang
siap 25 sahaja. 7 daripadanya tidak berjalan dengan betul dan cekap. 9 projek lagi dalam keadaan sederhana
dan hanya 9 sahaja yang membawa pulangan yang berfaedah kepada rakyat. Antaranya:

                a.       Jambatan Sungai Musi - siap pada tahun 1965 dengan kos US 11.782 juta. Kesannya masa
perjalanan dipendekkan daripada 1 jam kepada 10 minit sahaja.
                b.      Projek terowong kawalan air Neyama. Bertujuan mengawal air daripada membanjiri kawasan
pertanian dan kawasan rendah Sungai Berantas. Projek dicadangkan pada zaman Belanda tetapi
disiapkan pada zaman pendudukan Jepun. Walaupun begitu terowongnya tersumbat dan pembinaan
semula dijalankan melalui wang pampasan. Kosnya 1.972 juta US siap pada tahun 1961. Kesannya,
3000 hektar tanah pertanian selamat daripada banjir dengan membawa pulangan 2 juta US.

                c.       Projek 3K - Sungai Karankates, Sungai Konto dan Sungai Kanan. Pembinaan loji elektrik hidro,
bekalan air, pengairan dan kawalan hakisan. Siap pada tahun 1970. dan 1972.

                2.1     Projek-projek yang gagal .

                                a.             Kilang kain. Sebanyak 17 buah dibina. 8 dengan bantuan Jepun dan 4 daripada dibina
melalui wang pampasan. 4 buah kilang ini hanya memproses 17% spindles sahaja.

                                b.             Kilang kertas. Daripada 7 buah dibina 4 dengan biayai wang pampasan. Dijangka
memproses 80 tan kertas sehari tetapi menurunkan pengeluaran kepada 3 tan sahaja pada
tahun 1969. Kilang di Kalimatan tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan kerugian
sebanyak US 1,919,000.

3.             Program latihan dan biasiswa tidak mengikut rancangan asal.

                Dalam rancangan, 500 pelajar akan dihantar ke Jepun dalam masa 5 tahun dan 1,750 belia untuk latihan
vokesynal dan teknikal di pelbagai jabatan kerajaan serta syarikat swasta.

                Yang menjadi kenyataan hanya 378 pelajar dan 474 belia yang dihantar.

                Sebabnya:

                a.       Kewangan program ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti perbelanjaan kedutaan Indonesia di
Jepun.

                b.      Pemilihan peserta lebih condong kepada fahaman politik dan persaudaraan.

                c.       Rancangan ini berjaya dari sudut politik tetapi gagal dari sudut ilmu pendidikan.

Sebab Kegagalan Projek

1.             Ketidak cekapan kerajaan dan kelemahan dalam pengendalian projek-projek yang siap serta
penyelenggaraan yang buruk untuk kelengkapan pengangkutan. 

2.             Masalah politik dalaman Indonesia. Rampasan kuasa 1965 dan pertelagahan antara Masjumi dan PNI.

3.             Penggunaan wang pampasan untuk bayar kembali hutang luar negara pada 1965-1970 sebanyak US81.7
juta, dengan interest US 94.76 juta. Banyak mengganggu projek yang dicadangkan.

4.             Pelan-pelan rancangan untuk pembangunan menerusi biayai wang pampasan tidak lengkap, lambat dan
tidak tepat waktu siapnya. Cth: Pelan rancangan 1958 hanya dapat disiapkan pada 8 Mac 1959.
 

Faedah Yang Didapati Oleh Jepun

1.             Pemulihan hubungan dengan AT.

2.             Peningkatan ekonomi Jepun dan perkembangan perdagangan Jepun.

                a.       Dapat menyimpan simpanan wang asing yang banyak. Pada 1960 sebanyak US 1,824 juta. Yang
dibayar sebagai pampasan hanya US 7.5 juta atau 0.4% daripada simpanan wang asing.

                b.      Pembayaran pampasan merangsang pembangunan industri dalam negeri Jepun kerana mereka tidak
terhalang untuk mengekspot barangan ke negara AT berdasarkan perjanjian yang ditanda tangani.

                          Contoh: Perdagangan Jepun Indonesia.

                          Purata bayaran pampasan selama 12 tahun: US 18.56 juta @ 11%.

                          Ekspot Jepun ke Indonesia: US 146.48 juta @ 89%

                          Ekspot barangan berat: US 81.01 juta.

                          Simpanan wang asing Jepun 1960 US 1,824 juta.

                          Purata simpanan wang asing Indonesia 12 tahun: US 41.85 juta.( 1958-1970 )

                          Purata Impot Indonesia: US 642 juta.

PENDUDUKAN JEPUN DAN EKONOMI TANAH MELAYU

Ruang lingkup perbincangan:

1.        Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

2.        Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

3.        Polisi-polisi  ekonomi Jepun di Tanah Melayu

4.        Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu


 

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

1.      Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan  menjadi pusat simpanan senjata.

2.      Menyediakan sumber bekalan tentera.

3.      Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

1.      Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus dengan
membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama beras.

2.      Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya untuk membaiki semula keranan kekurangan
alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.

3.      Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana dihalang oleh tentera berikat.

         Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh pergerakan bawah tanah seperti
MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan makanan Jepun.

4.      Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal.

         Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya  empat buah lombong bijh timah beroperasi
di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit dan arang batu,
tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti
perlombongan.

         Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada 4 buah pada 1946.

5.      Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu dengan menjalankan
tanaman di halaman rumah.

         Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.

6.      Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan
bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.

7.      Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.
8.      Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan semua
batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:

a.       Nilai wang terlalu  rendah

b.      Peningkatan kadar inflasi

c.       Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.

9.      Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi dengan hukuman yang berat.

10.    Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Lihat Jadual:

TAHUN 1939 1941 1946


BILANGAN 4206 1765 429

Polisi-polisi  ekonomi Jepun di Tanah Melayu

1.      Dasar pembangunan Ekonomi:

         Matlamat utama :           a.           Memastikan bekalan  makanan mencukupi.

                                                  b.          Mengurangkan kadar inflasi.

                                                  c.           Merendahkan harga barangan

         Langkah-langkah yang diambil:

1.1     Dasar Kewangan

a.      mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.

b.      meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu
Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan
Mersing $200.00 sahaja.

c.      Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan daripada District
Tresurer for Payment.

d.      Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.


e.      Melantik Southern Region Developement Bank  bagi mengawal pengeluaran wang.

1.2     Dasar Pertanian

a.      Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk menggerakkan aktiviti pertanian.

b.      Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.

c.      Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta sati kati gula
pasir.

d.      Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.

e.      Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan pertanian secara komersial
seperti yang berikut:

I.       $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober 1943.

ii.      $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.

iii.     $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.

iv.     Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober 1943
akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang menanam
dengan padi huma akan diberi sebanyak $10.00.

1.3     Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

a.      Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.

b.      Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service Consumer’s Association bagi
membantu kakitangan kerajaan memperoleh sumber makanan.

c.      Pengawalan penyelewengan edara  makanan. Diwujudkan jawatan Pengawal Makanan bagi
menentukan pengedar menjualkan makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-
Jepun.

d.      Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman bunuh selain mengharamkan
aktiviti orang tengah.

1.4     Kesan kemelesetan ekonomi  dari sudut sosial.

 
a.      Berlaku kebuluran dan masalah sosial.

b.      Peningkatan penyakit dan kematian.

c.      Kekurangan ubatan dan zat makanan.

d.      Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-masing.

e.      Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.

Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu
perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan  tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun.
Dari sudut dasar yang diambil sememangnya Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan ekonomi, tetapi dari
sudut kajayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan sumbangan cemerlangannya. Hal
ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan Jepun pada Disember
1941.

               

                Dengan  kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang. Hal ini kerana dari
sudut matlamat sahaja Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh dikatakan Dasar
Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam
mementingkan bekalan makanan mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai
pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah
Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang dilombong di Johor sebagai
perbandingan ) Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan ladang-ladang
getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi. Sebenarnya dasar yang diambil ini
tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan
Melayu telah diserahkan kepada orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi
kerana sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat  Tanah Melayu masih lagi menghadapi kekurangan makanan,
terutama masyarakat bandar.

                Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak menghargai wang. Nilai wang telah jatuh
begitu teruk. Perkara yang penting ialah bagaimana mereka dapat mengisikan perut dengan makanan. Lagipun
mereka tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai
nombor siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan
wang, dan nilai wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera Jepun
akan mencetak wang tanpa kawalan.

                Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

 
1.       Banyaknya peluang pekerjaan.

          Semasa zaman pendudukan Jepun keadaan ini disebaliknya. ( Rujuk jadual taburan pekerjaan ).

2.       Kemakmuran bekalan

a.      bahan makanan

b.      kemudahan asas

c.      pakaian dan bahan keperluan harian

d.      taraf kesihatan

e.      kadar kematian dan hidup

Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu

3.       Tiadanya atau kurangnya aktiviti kecurian, penyorokan, dan penipuan oleh pengedar.

4.        Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan dibuktikan dengan adanya kad-kad catuan
makanan bagi setiap ahli keluarga.

5.        Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam zaman Jepun wang tidak bernilai kerana
tidak terdapat bahan yang boleh dibeli.

6.        Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada ekonomi sara diri, kerana Jepun lebih
menggalakkan petani menanam tanaman makanan . Mereka yang berbuat demikian diberi imbuhan dan bantuan.
Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk memberi laluan tanaman makanan.

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Tanah Melayu  dan ini
merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi.

MALAYAN UNION

Ruang lingkup Kajian

1.      Isi perlembagaan

2.      Sebab digagaskan Malayan Union


3.      Reaksi dan Sambutan

4.      Proses pembentukan Malayan Union

5.      Kesan terhadap orang Melayu

6.      Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

1.      Isi Perlembagaan

1.1     Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu, negeri-negeri Selat , termasuk dalam kesatuan
kecuali Singapura.

1.2     Kewarganegaraan dalam Malayan Union diberikan kepada syarat berikut:

a)      Setiap imigran yang menetap di Tanah Melayu antara 10 daripada 15 tahun

b)      Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas gagasan Malayan Union layak menjadi warganegara.

c)      Selepas gagasan mereka yang masuk ke Tanah Melayu boleh menjadi warganegara setelah tinggal
selama 5 tahun.

1.3     Pemusatan kuasa kepada tangan kerajaan pusat. Kerajaan negeri dan sultan tidak mempunyai sebarang
kuasa.

1.4     Penubuhan Majlis Penasihat Melayu dengan dipengerusikan oleh Sultan bagi membincangkan hal agama
dan adat istiadat Melayu sahaja. 

2.      Sebab/Motif gagasan MU

2.1     Untuk menghukum bangsa Melayu yang tidak membantu Inggeris menentang Jepun dan membalas jasa
bangsa Cina yang banyak membantu Inggeris.

2.2     Pegawai British bimbang dengan cadangan beberapa pemimpin Melayu yang hendak bergabung dengan
Indonesia. Kesannya akan terbentuk negara yang berteraskan Melayu.

2.3     MU beri kecekapan dalam pentadbiran dengan menggabungkan semua negeri Melayu menjadi satu entiti
politik. Hasilnya kecekapan dalam pentadbiran dan meningkatkan kemajuan ekonomi serta pertahanan
serta kesamaan dalam kewarganegaraan bagi persediaan untuk bekerajaan sendiri ( Hall, 1987 )

2.4     Membolehkan British mengawal dan menjaga kepentingan ekonominya di Tanah Melayu. Tanah Melayu
kaya dengan sumber bahan mentah untuk membangunkan British selepas hancur dalam perang dunia
kedua.
 

3.      Reaksi dan Sambutan

3.1     Timbul kekhuatiran dan kesangsian terhadap kejujuran Inggeris.

3.1.1     Sebab timbul kekhuatiran.

a.   Pelaksanaan MU menghilankan hak istimewa orang Melayu terutama dalam hal kuasa Raja
dan perkhidmatan pentabiran awam Tanah Melayu

Hak- hak istimewa Melayu yang mungkin hilang

I.    Hak dalam pentadbiran

a.   Keistimewaan dalam perkhidmatan awam ( Malayan Civil Service )

b.   Bantuan pendidikan Melayu - MCKK dan MPSI

c.   Perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh gabenor belum tentu memberikan keadilan
kepada bangsa Melayu.

ii.   Hak dalam ekonomi

a.   Khuatir mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu

b.   Hilang keistimewaan untuk memperoleh tanah-tanah kerajaan

c.   Menjadikan orang Melayu kelas kedua.

b.   Khuatir akan kesan-kesan negatif daripada pelaksanaan MU seperti kerakyatan yang
menjadikan orang Melayu golongan minoriti. ( Lihat lain-lain kesan dalam perkara 5 )

c.   Tidak bersetuju dengan motif penubuhan MU yang menyatakan orang Melayu tidak membantu
Inggeris menentang Jepun. Ini memberi pelung kepada kaum Cina untuk mengambil alih
peranan pembesar Melayu.

3.2     Membantah dan melancarkan demontrasi aman

3.3     Memboikot perlantikan gabenor MU

4.      Proses pembentukan Malayan Union

4.1     Sir Harold Mac Michael ditugaskan untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan Melayu dengan
paksaan. Jika enggan diturunkan takhta dan dituduh bersubahat dengan Jepun

4.2     Sultan tidak diberi peluang untuk berunding dengan penasihat serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
4.3     Sultan tidak dibenarkan melihat kertas putih mengenai gagasan MU kerana British telah mengambil
pengajaran daripada peristiwa sentralisasi iaitu tedapat bantahan daripada pembear-pembesar Melayu
mengenai kuasa dan kekuasaan Raja dan orang Melayu.

5.      Kesan terhadap orang Melayu

5.1     Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang Melayu dan mereka menjadi bangsa
majoriti.

5.2     Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan menghilangkan hak istimewa Melayu
serta menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan kemajuan antara Melayu dan bukan Melayu. ( Lihat
dalam kehilangan hak Melayu dalam ekonomi dan politik ).

5.3     Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu
diambil alih oleh Gabenor Malaya Union. Sebagai contohnya perkara tentang zakat fitrah dibincangkan
bersama dan mesti mendapat kelulusan daripada gabenor.

5.4     Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.

5.5     Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.

5.6     Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan boleh menjejaskan kepentingan
orang Melayu Singapura.

5.7     Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa dalam menentukan arah perjalanan
pentadbiran negeri-negeri Melayu.

5.8     Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam UMNO serta gandingan tangan antara UMNO dan
Raja-raja Melayu.

5.9     Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja supaya bertindak mengikut kemahuan orang-
orang Melayu. Ini menunjukkan kematangan dan kesedaran yang tinggi dalam membangkitakan rasa
nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.

6.      Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

6.1     Menghantar memorandum kepada pejabat kolonial oleh Sultan Perak dan mengadu sikap Sir Mac
Michael.

6.2     Sultan Kedah menghantar telegram ke London membantah cara baginda dikehendaki menandatangani
perjanjian MU

6.3     Membawa kes ke mahkamah dengan melantik peguan John Foster.

6.4     Membuat petition kepada Raja England.

6.5     Membekalkan maklumat kepada bekas pegawai dalam MCS untuk berkempen di London. Antaranya
oleh Sir Frank Swetteham.
6.6     Adakan kempen di akhbar-akhbar di London terutama dalam London Times.

6.7     Sultan tidak mengakui tanda tangan yang diturunkan dan menarik balik persetujuan.

6.8     Pemboikotan pelantikan gebenor MU - Edward Gent dan Malcolm MacDonal sebagai Gabenor General
oleh pembesar-pembesar, sultan dan rakyat Tanah Melayu.

6.9     Penganjuran demontrasi aman, berkabung,  dan penyatuan Melayu dalam UMNO.

6.10   Menggagaskan terma baru MU dan fungsinya seperti perlembagaan 1948.

6.11   Menghantar pemimpin Melayu ke London untuk menjelaskan penentangan dan rasa tidak puas hati
terhadap cara Mac Michael.

6.12   Persatuan Melayu Johor tidak mengakui Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kerana telah melanggar
Fasal 15 Undang-undang Tubuh Negeri Johor - iaitu Raja tidak boleh membuat sebarang perjanjian tanpa
mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Jika tidak perlakuan itu pecah amanah dan boleh
dihukum.

6.12   Sultan Selangor membantu Kesatuan Melayu Selangor dari segi kewangan dan moral.

7.      Sebab kegagalan MU

7.1     Tidak ada sokongan daripada orang-orang Melayu

7.2     Konsep yang tidak menguntungkan Melayu

7.3     Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin: Komunis - Kapitalis dan bantahan Russia
terhadap penubuhan MU- memperlihatkan wujudnya unsur regim lama sebelum perang dunia ke-2. Ini
melanggar piagam PBB yang hendak memberikan kemerdekaan kepada negara-negara yang
berkemampuan berbuat demikian.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Ruang lingkup kajian

1.      Isi perlembagaan

2.      Kesan , keistimewaan, dan pembandingan dengan Malayan Union.

 
Perbincangan

1.      Isi perlembagaan

1.1     Raja dikembalikan hak kedaulatan negeri dan berkuasa memerintah dengan syarat mesti mengikut
nasihat Inggeris seperti sebelum MU.

1.2     Singapura masih kekal berasingan dan dijadikan crown colony.

1.3     Konsep kesatuan digantikan dengan persekutuan dengan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi,
Majlis Undangan dan Majlis Kerja. Majlis Kerja terdiri daripada beberapa orang pegawai rasmi dan
selebihnya diplih daripada pelbagai peringkat bangsa yang menjadi ahli tidak rasmi. Majlis undangan
terdiri daripada 15 orang pegawai rasmi dan 61 orang tidak rasmi yang dipecahkan kepda kuantiti berikut;

a )     Melayu      31 orang

b)      Eropah, Cina, India ,dan Nasrani           30 orang.

1.4     Syarat kewarganegaraan bertambah  ketat dengan syarat berikut:

a)      Syarat tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima belas tahun semasa tempoh dua puluh
lima tahun sebelumnya.

b)      Mengakui mengenai penempatan kekal dan berkebolehan berbahasa Melayu atau Inggeris.

2.      Kesan dan keistimewaan

Persekutuan Tanah Melayu 1948 banyak  mencorakkan keistimewaan kepada orang-orang Melayu. Aspek-aspek
keistimewaan ini dapat dilihat daripada aspek-aspek yang berikut:

2.1     Menentukan orang-orang Melayu  masih menjadi warganegara yang majoriti dan ini memperlihatkan
orang-orang Melayu masih menguasai politik negara. Keadaan ini berbeza dengan kedudukan orang
Melayu dalam perlembagaan Malayan Union, jika MU diteruskan oleh British.

2.2     Penguasaan politik ini dapat dilihat melalui penguasaan kuasa dalam Majlis Kerja dan Majlis Undangan.
Jika dibandingkan dengan MU, orang-orang Melayu tidak menguasai kuasa perundangan sebaliknya ia
tertumpu kepada orang-orang bukan Melayu dan British. ( Lihat perkara 1.3 sebagai hujah tambahan ).

2.3     Kedaulatan raja-raja Melayu terjamin dan ini memastikan kedudukan adat istiadat Melayu dan urusan
agama Islam masih ditadbirkan oleh orang-orang Melayu. Aspek ini walaupun ditekankan dalam MU,
tetapi pelaksanaannya raja-raja Melayu tidak berkuasa. Ini menyebabkan urusan pentadbiran agama
dijalankan oleh Gabenor Malayan Union. Secara khususnya maruah dan kesucian agama tidak tercemar
dengan penguasaan raja dalam aspek ini.

2.4     Kuasa raja bukan setakat terbatas dalam pentadbiran  agama, tetapi dalam menentukan kuat kuasa
undang-undang  yang digubal oleh Majlis Kerja. Tanda tangan dan pandangan serta persetujuan raja
penting bagi mengesahkan penggubalan undang-undang. Jika tidak, undang-undang yang digubalkan
tidak boleh dikuatkuasakan. Keadaan ini tidak berlaku  dalam perlembagaan MU, di mana kuasa
menentukan kuat kuasa undang-undang terletak pada Majlis Kerja dan gabenor sahaja.

2.5     Perlembagaan ini menjadi asas kepada perubahan-perubahan dan perkembangan perlembagaan seperti
pelaksanaan Sistem Ahli, pilihanraya bandaran 1955, dan kewujudan perlembagaan  PTM yang merdeka.
Aspek-aspek ini memberi peluang kepada orang-orang Melayu mendapatkan latihan pentadbiran bagi
bekerajaan sendiri dan akhirnya mencapai kemerdekaan.

2.6     Perlembagaan 1948 juga mengakui kedaulatan Bahasa Melayu yang akhirnya menjadi bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan walaupun perkara ini menjadi bahan tolak ansur dengan kepimpinan bukan melayu
dalam parti Perikatan. Hal ini dapat diperhatikan dalam pemberian taraf kewarganegaraan yang
menghendaki orang-orang bukan Melayu boleh bertutur dalam bahasa Melayu sebelum mereka diiktiraf
menjadi warganegara Tanah Melayu. Yang penting dalam hal ini ialah penerimaan Inggeris untuk
mengiktiraf bahawa semua warga Tanah Melayu mesti boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika dilihat
dari aspek bahasa perkara ini tidak menjadi asas penting kepada penerimaan seseorang individu untuk
menjadi warganegara Tanah Melayu.

2.7     Jika dilihat dari sudut syarat-syarat kewarganegaraan PTM 1948 lebih menjaga kepentingan Melayu dan
menjadikan orang Melayu kaum majoriti. Hal ini kerana bagi orang bukan Melayu yang ingin menjadi
warganegara dikehendaki melalui syarat yang ketat tidak seperti yang ada dalam Malayan Union.

DARURAT 1948 – 1960 dan PERKEMBANGAN PKM

Ruang lingkup kajian

1.        Sebab berlaku darurat dan pemberontakan senjata oleh PKM.

2.        Langkah dan tindakan mengatasi.

3.        Kesan kepada masyarakat.

4.        Kegagalan perjuangan PKM dalam darurat.

1.        Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

1.1                 Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British terhadap PKM

 
1.1.1            Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM mempengaruhi
kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke dalam MU serta
penolakan British terhadap gagasan MDU dalam gabungan AMCJA-
PUTERA untuk menggantikan perlembagaan MU dengan perlembagaan
Rakyat.

1.1.2            Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan organisasi politik yang
membentuk PMCJA dan kemudian bergabung dengan PUTERA digunakan oleh PKM
untuk menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan masyarakat  serta
penggunaan kesatuan buruh seperti GLU kemudian diluaskan ke seluruh Tanah Melayu
dengan nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi mewujudkan kekacauan dan
melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Tindakan ini
menyebabkan British meminda undang-undang Buruh dengan mensyaratkan setiap
pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang kesatuan tersebut.

Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-undang seperti
Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui , berucap dan
mengorganisasikan pekerja-pekerja.

Begitu juga semua keatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan
mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan Persatuan
1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi Ordinan
Persatuan dengan melarang  kesatuan sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada
peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

 Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

a)       Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja buruh.

b)       Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh bukan
lagi dibawah telunjuk PKM.

c)       Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM


kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat perjuangan
komunis.

d)       PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang berlainan
iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini melemahkan juga
kekuatan PMFTU.

e)       Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi Barisan


Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan  pengaruh dan matlamat PKM ialah
penentangan bersenjata.
 

1.1.3            Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota MPAJA meletakan senjata dan
seterusnya tidak mengikiraf perjuangan MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah Melayu.

1.1.4            Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana komunis cuba


mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan pengaruh dan
menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat dilihat apabila British meminta
MPAJA meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang menyembunyikan
kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu organisasi yang dicurigai British.

1.2                Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas perang dunia kedua.

1.2.1            Berikutan daripada Perseidangan  Pemuda Calcutta dan persidangan parti Komunis
India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus kepada idea pemberontakan . Ini berikutan
daripada pertemuan antara Chin Peng dengan wakil PKC yang menggalakkan PKM
melakukan pemberontakan. Lagipun  persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang pro
komunis iaitu WFDY – World Federation of Democratic Youth dan IUS – International
Union of Student.

1.2.2            Berlakunya perubahan  perkembangan politik antarabangsa yang menyaksikan


pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis ataupun perseteruan antara AS dan
Russia. Hal ini dapat dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat
pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan Asia Tenggara
dengan banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara ini, terutama
negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi mereka. Hal ini dapat dlihat
daripada rancangan Truman Doctrine dan  Marshall Plan. Bagi Komunis pemulihan
ekonomi ini boleh menghalang dan menghancurkan cita-cita mereka bagi
mengkomuniskan dunia. Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat
kesungguhan British memulihkan keadaan yang teruk semasa pendudukan Jepun. Bagi
menyelesaikan masalah, PKM dikatakan  mendapat arahan daripada Moscow bagi
melancarkan penentangan bersenjata.

1.2.3           Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti Komunis Australia yang
singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat Jawtankuasa Pusat PKM yang
mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM dan  pandangan Zhadanov yang menyatakan
dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan komunis. Berikutan
daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan bahawa bagi mencapai
kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang Revolusi Rakyat dan PKm adalah
pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada  serah diri kepada perjuangan
yang lebih militan, dan disiplin dalam PKM perlu diperketatkan lagi.
 

1.2.4           Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi Komunis antarabangsa
mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah bagi
menghalalkan perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini apabila
British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan PKM dalam keadaan terdesak.
Ia akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara perjuangan ke arah penentangan
bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat bagi penerimaan konsep
demokrasi dan kapitalis.

2.        Langkah-langkah mengatasi.

Tindakan yang diambil oleh British seperti:

2.1        Rancangan Brigg

2.1.1            Memindahkan dan menempatkan semula penduduk setinggan dan pinggir hutan ke kampung-
kampung baru yang mempunyai kawalan keselamatan yang lebih terjamin. Hal ini bertujuan
komunis daripada mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk ini seperti bantuan makanan,
maklumat, senjata, dan anggota baru.

2.1.2            Gerakan ini juga memutuskan perhubungan antara barisan depada dan institusi Min Yuen yang
menjadi pembekal maklumat dan saraan kepada barisan depan komunis.

2.2        Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )

2.1.1        Bagi menyekat  pemberontakan komunis kerajaan British telah merekrut seramai 25 ribu polis
biasa dan 24 ribu polis khas. Kejayaan terpenting ialah wujud pasukan polis cawangan khas
yang menjalankan operasi mereka melalui gerakan  internal-subversion, internal revolution,
dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan seorang  agen komunis
yang bernama Lee Meng, merupakan seorang orang penting Chin Peng dalam menerima dan
mengutuskan utusan daripada unit rahsia komunis.

2.3        Teknik Perang Urat Saraf

2.3.1            Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer dikenali dengan Operasi  Perang Urat Saraf dengan
tujuan mempengaruhi hati dan pemikiran masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada. Dasar
ini merupakan satu dasar Mao yang  tidak dipatuhi oleh PKM. Ini diambil peluang oleh Templer
bagi melancarkannya terhadap PKM.

2.3.2            Antara tindakan yang diambil ialah dengan meancarkan voice aircraft iaitu rakaman suara
bekas-bekas komunis yang telah menyerah diri serta menggugurkan risalah supaya gerila
komunis menyerah diri. Selain itu tindakan beliau mengistiharkan Safe Conduct Passes, iaitu
satu cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan kesihatan yang baik kepada mereka
yang meyerah,  dan  Reward Pardon , iaitu satu langkah memberikan hadiah kepada penduduk
yang membantu kerajaan untuk menangkap Komunis atau berjaya memujuk komunis untuk
menyerah diri.
2.3.3            Melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk supaya menyokong kerajaan , jika
tidak , meraka akan dikenakan  collective punishment iaitu dengan menutup kedai-kedai  dan
menambahkan masa perintah berkurung.

2.3.4            Templer juga mewujudkan kawasan hitam dan putih bagi menggalakkan masyarakat
membantu kerajaan dan mendapat kehormonian hidup dan bebas daripada perintah berkurung.

2.3.5            Selain itu Templer juga mempekenalkan kada pengenalan, menambahkan peratusan orang cina
untuk mendapatkan kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special
Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi menentang PKM,
membentuk  Good Citizen Committee-  menjalankan perang saraf dan perarakan anti komunis,
dan Templer juga menjalankan kegiatan lawatan ke hospital, mendidirkan dewan orang ramai,
dan mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat.

2.4        Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

2.4.1            Penyerahan pertama semasa diadakan runding Baling pada tahun 1955 Tunku Abd Rahman
menawarkan pengampunan kepada ahli PKM. Tawaran tersebut dibebaskan dan diampunkan
daripada tuduhan membunuh dan mereka yang masih berpegang  pada fahaman komunis akan
dihantar ke Cina.

2.4.2            Tawaran kedua di tawarkan pada tahun 1957 semasa negara mendapat kemerdekaan dan
dijanlankan selama 8 bulan dengan kaedah tawaran yang sama.

2.5        Menambahkann kekuatan angkatan bersenjata dan polis.

2.5.1        Penubuhan Home Guard dan pembekalan senjata-senjata terkini telah banyak membantu
kerajaan British menentang komunis dengan mengawal kampung-kampung. Pasukan askar
melayu diperbesar daripada 4 batalion kepada 6 batalion. Pasukan tentera udara ditambah
dengan satu skuadran penggempur. Pasukan tentera laut pula menyerang kedudukan komunis di
pinggir-pinggir sungai. Pasukan tentera ini juga mendapat bantuan daripada pasukan polis
Palestin dan  Force 136.

2.6        Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

2.6.1            Setiap kesatuan buruh dikehendaki mendaftarkan pertubuhan mereka kepada pendaftar
pertubuhan.

2.6.2            Kepimpinan kesatuan hendaklah mereka yang bekerja dalam bidang kesatuan yang diwakili.

2.6.3            Kepimpinan yang telah didakwa dan didapati bersalah tidak dibenarkan memimpin kesatuan
sekerja.

3.        Kesan terhadap masyarakat

3.1           Mewujudkan satu perikatan parti-parti politik yang memperjuangkan kepentingan bersama – Parti
Perikatan, gabungan UMNO, MCA, dan MIC.
3.2           Menampakkan pertelagahan kaum antara Melayu – Cina. Semasa darurat ramai orang-orang Melayu
telah dibunuh oleh PKM sebagai membalas dendam terhadap mereka kerana menyokong Jepun. Hal ini
terutamanya dihadapi oleh bekas anggota PETA dan PUTERA.

3.3           Kesengsaraan ekonomi dan pembunuhan terhadap masyarakat dan individu-individu tertentu seperti
pembunuhan Sir Henry Gurney, dan pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah. Hal ini menjejaskan
masyarakat untuk mencari sara hidup yang begitu banyak bergantung kepada hasil pertanian seperti
getah.

3.4           Perpindahan masyarakat ke kampung-kampung baru seperti dalam Rancangan Brigg.

3.5           Kewujudan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Walau bagaimanapun Brunei telah menarik diri daripada gagasan ini.

3.6           Wujudnya kawasan-kawasan hitam yang menjejaskan keharmonian masyarakat dan terbatasnya
kegiatan-kegiatan ekonomi.

4.        Sebab Kegagalan PKM/Darurat.

4.1   Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:

                           a.        Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku perpecahan dalam parti.

i.            Selepas perang sebahagian ahli MPAJA – PKM menyerah diri dan berbalik kepada
pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan jumlah ahli dan kekuatan PKM . Ramai antara
ahli yang masih setia ialah orang Cina. Wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli Melayu
yang merasakan mereka dipinggirkan.

                             b.        Strategi yang tidak bersesuaian dengan kehendak masyarakat.

i.            Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang menganggotai pasukan
keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera, dan PETA dipandang masyarakat sebagai
golongan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka terdiri  daripada orang
Melayu.

ii.          Keadaan ini akhirnya memperlihatkan PKM menjadi organisasi yang didominasikan oleh
orang-orang Cina. Hal ini menjadi keraguan kepada perjuangan orang Melayu untuk
menyokong PKM.

iii.         Mereka gagal dalam mempertahankan kawasan yang telah dikuasai sehingga menyebabkan
mereka tidak empunyai satu pangkalan yang kukuh bagi menggerakkan jentera propaganda
sama ada dari segi politik, ekonomi, atau sosial. Dengan kata lain strategi untuk
mencantumkan kesemua kawasan yang dikuasai oleh askar-askar yang menyerang ladang-
ladang, Min Yuen dan askar-askar mahir yang menyerang kedudukan British gagal
disatukan.

 
                          c.         Masalah kewangan  dan Kelemahan kepimpinan tertinggi PKM

i.        Lai Teck  Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang tabungan   PKM .Usaha ini
mengurangkan kemampuan PKM untuk bergerak dengan lebih berkesan.

ii.      Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh pemerintah supaya kesatuan
buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat dalam pekerjaan tersebut.

iii.      Orang bawahan melihat bahawa kepimpinan PKM boros serta telah menyalahgunakan
kewangan serta bertindak biadap terhadap ahli sendiri sama ada dengan cara merampas isteri ahli
serta tidak menghormati seperti yang dibentangkan dalam  ghost letter. Keborosan dan korup
kepimpinan PKM dapat dijelaskan oleh Pye (1957) seperti dinyatakan oleh ahli yang tertangkap:

“ Apakah yang telah terjadi dengan wang yang telah kita kumpulkan. Saya lihat mereka ialah
manusia korup. Mereka menjadi kaya dan membeli ladang-ladang getah untuk diri mereka.
Kepimpinan atasan semakin boncit dan semua hak organisasi telah menjadi hak mereka.”

                             d.        Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam menyebarkan propaganda.

                              e.        Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan masyarakat.

                                             i.      Kepimpinan


PKM adalah terdiri daripada golongan bourjois bandar. Sedangkan masyarakat
yang dikehendaki sebagai penyokong ialah golongan petani desa yang menjalankan pertanian
sara diri. Teknik PKM yang memusnahkan sumber ekonomi mereka dengancara menakutkan
mereka, membunuh dan memusnahkan sumber tersebut menjadikan masyarakat membenci dan
tidak menyokong PKM.

                                            ii.      Keadaan


ini sebenarnya melemahkan organisasi kerana PKM akhirnya tidak dapat
merekrutkan kader-kader komunis dan terbatasnya pergerakan gerakan Min Yuen dalam
mencari pengaruh di kalangan masyarakat.

                               f.        Perjuangan


yang tidak jelas. Objektifnya tidak dikongsi bersama dengan orang-orang Melayu.
Alimin salah seorang pegawai tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak dapat mempengaruhi
orang Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini menyebabkan PKM gagal mempengaruhi
orang Melayu untuk berjuang dalam PKM.

4.2           Tindakan yang diambil oleh British seperti:

a.        Rancangan Brigg

b.       Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )


c.        Home Guard

d.       Teknik Perang Saraf

e.        Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

f.         Menambahkann kekuatan angkatan bersenhata dan polis.

g.       Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

4.3       Kejayaan dalam memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Ruang lingkup Kajian:

1.          Sebab pembentukan

2.          Proses pembentukan

3.          Kesan pembentukan

Sebab pembentukan

1.      Menghalang perkembangan Komunis

a.       wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang memperlihatkan kegiatan subversif dan komunis
begitu kuat.

b.      kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu

c.       Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri semakin menguasai  politik Singapura.
d.      Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan pengawalan keselamatan kepada Singapura
sehingga 1958 dan apabila Singapura diberi peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan ini berterusan
sehingga 1963, tamat tempoh masa bekeraajaan sendiri.

e.       Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila ia menuntut kemerdekaan dari
Inggeris pada 1963.

2.      Memperteguh keselamatan

a.       Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah serantau berdasarkan aspek berikut:

I.       Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.

ii.      Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.

iii.     Tanah Melayu  melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas dalam darurat 1948-1960.

iv      Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura merupakan wilayah yang
mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.

b.      Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak ,dan Brunei akan
dapat memperteguhkan keselamatan dan pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-negeri
tersebut, terutama Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini berasaskan keupayaan
dan pengalaman Tanah Melayu mengekang pengaruh komunis pada 1960.            

3.      Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura ,dan Brunei seterusnya ke arah
kemerdekaan dalam Malaysia.

a.       Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini untuk mencapai kemerdekaan.

b.      Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan Malaysia adalah diandaikan bahawa
Singapura mungkin menghadapi kesukaran menuntut kemerdekaan yang dijangkakan pada 1963 daripada
Inggeris jika dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam persetujuannya membentuk gagasan
Malaysia:

“ ... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya dapat


mempercepatkan kemajuan dan perkembangan politik ke arah
kemerdekaan sepenuhnya untuk kita.”  ( Mokhtar A.Kadir , 1991 )
 

c.       Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan Yew dengan Kuala Lumpur dalam
mencari pengaruh di kalangan pengundi Cina serta menafikan dominan MCA.

4.      Kedudukan ekonomi yang stabil


a        Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga dalam Persekutuan 1896, negari kaya
membantu negeri miskin. Dalam Malaysia hasil bumi yang tidak seimbang membolehkan negeri kaya
seperti Brunei, dan Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang masih mundur.

b.      Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan  dengan negara luar berjalan lancar.

c.       Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara beterusan.

d.      Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-negeri ini mendapat kebebsan
penjajahan dan Tanah Melayu diberi peluang menguatkan ekonominya dengan bantuan negeri-negeri
kaya. Ini dibuktikan lagi dengan kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan daripada Inggeris sehingga
1987.

5.      Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai Malaysia dengan konsep Malaysia Malaysia
yang menjuruskan kepada pertentangan Melayu - bukan Melayu.

a.       Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang besar. Dengan kemasukkan
Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew cuba untuk menengelamkan peranan MCA yang
lebih bersifat sederhana dan perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.

b.      Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37 daripada 51 kerusi. Akhirnya ia
menuntut untuk membentuk kerajaan campuran walaupun dalam konsesi dan persetujuan antara Lee dan
Tunku Singapura hanya boleh diwakili oleh 15  ahli parlimen ke Kuala Lumpur.

c.       Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi PAP Lee Kuan Yew telah
menubuhkan  Malaysia Solidarity Convention  iaitu perikatan parti-parti pembangkang yang majoritinya
keturunan Cina. Selain daripada itu Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian Malaysia untuk
mencabar UMNO dan perikatannya.

d.      Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan PAP bagi mendapatkan lebih banyak
pengaruh dan kuasa serta melemahkan perikatan UMNO. MCA, dan MIC.        

Proses Pembentukan Malaysia

Proses yang dijalankan

1.      Secara rundingan dan permuafakatan  serta pemberian konsesi kepada Singapura, Sabah , dan Sarawak.

2.      Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri terlibat, dan Inggeris

3.      Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu, Inggeris, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis
Undangan Sarawak dan Borneo Utara.
4.      Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan Akta Malaysia di London dan Rang
Undang-undang Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong di Kuala Lumpur.

5.      Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan pungutan suara rakyat melalui Suruhanjaya
Cobbold. Di Singapura diadakan  referendum dan pendapat umum - 71.7 % bersetuju.

Latar belakang dan kronologi  pembentukan Malaysia

27.05.1961 Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.


03.06.1961 Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan Yew
27.07.1961 Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan Komanwel dan bersetuju
membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan oleh
Donal Stephen.
16.10.1961 Tunku membentangkan konsep Malaysia di Parlimen.
20.11.1961 Rundingan di London bagi mendapat persetujuan Britain mengenai
penggabungan Singapura dan Tanah Melayu dan dibentuk pada 31 Ogos 1963.

Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.

Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga menyokong penubuhan Malaysia di


PBB.
Awal Tahun SCC menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
1962
Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.
23.10.1962 Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman mengenai penubuhan Malaysia.
Jun 1962 Laporan pungutan suara diumumkan.
Febuari Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan wujud dasar konfrantasi.
1963
Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada British. Kerajaan British
menolak tuntutan tersebut.
16.08.1963 U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi menjalankan pungutan suara di
Sabah dan Sarawak. Dianggotai juga oleh wakil Indonesia dan Fillipina.
13.09.1963 Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan  dan mengesahkan kedua-dua rakyat
Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Malaysia.
16.09.1963 Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.

Tujuan SCC

1.      Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai mengenai rancangan penubuhan Malaysia.

2.      Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.

3.      Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan tentang negara baru melalui percantuman.
4.      Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan mempercepatkan penubuhannya.

5.      Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.

Kesan Pembentukan Malaysia

1.      Konfrantasi Malaysia-Indonesia

a.       Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia

b.      Terlerai ikatan persaudaraan Melayu

c.       Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di Pontian, Segamat, Kesang, Muar, dan
Sarawak

2.      Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan Sarawak daripada penjajahan Inggeris dan
pergeseran politik Kuala Lumpur  - Sabah, Sarawak, dan Singapura..

a.       Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan Perikatan Sarawak.

b.      Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Datu Mustapa Harun.

c.       Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.

3.      Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.

a.       Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina 1964 di Singapura.

b.      Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.

c.       PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.

4.      Bantahan daripada Fillipina-Indonesia

a.       Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di peringkat antarabangsa.

b.      Gabungan dalam ASA berkubur.

c.       Gabungan Maphilindo tertangguh.

 
5.      Hubungan diplomatik terputus.

a.       Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.

b.      Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia, tetapi diiktiraf  sebagai kedutaan Tanah
Melayu.

6.      Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara yang terpenting..

a.       Sabah dan Sarawak

I.       Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga mengenai warganegara Malaysia
dari negeri-negeri lain.

ii.      Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan tetapi bahasa Inggeris akan terus
digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehingga Dewan
Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.

iii.     Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh dikembangkan.

iv.     Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak istomewa sama seperti
hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah Melayu.

v.      Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan untuk pembangunan negeri.

vi.     Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan ditubuhkan supaya pegawai-
pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga ada sebilangan pegawai tempatan yang cukup terlatih
untuk menggantikan pegawai dagang itu.

b.      Singapura

I.       Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.

ii.      Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.

iii.     Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam kedua-dua bidang tersebut.

iv.     Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan Rakyat  Persekutuan akan dihadkan
seramai 15 orang sahaja.

Rujukan:

 
Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia, MacMillan Publishers, Kuala Lumpur,
Bab 7.

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa,  Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.

 
Kemerdekaan Tanah Melayu

Ruang lingkup kajian:

1.      Proses kemerdekaan

2.      Cara dan tindakan

 
Wednesday, April 28, 2010
GERAKAN ANTI PERSEKUTUAN 1948 (jms416)

PENDAHULUAN

Gerakan anti Persekutuan 1948 didokongi oleh golongan nasionalis yang berhaluan kiri. Faktor utama
ianya ditentang ialah golongan ini tidak inginkan kesinambungan dasar pecah dan perintah berlandaskan
fahaman perkauman terus menerus dilaksanakan di negara ini. Setelah Malayan Union ditentang oleh
orang-orang Melayu hasil daripada kempen besar-besaran UMNO, British dilihat mengambil jalan
selamat dengan menukarkannya kepada perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam menjaga kepentingannya di Tanah Melayu, British tidak boleh mengetepikan masyarakat Melayu.
Dalam konteks ini, UMNO diibaratkan sebagai golongan pro British perlu dimenangkan agar dapat
menewaskan pesaingnya PKMM yang disifatkan sebagai puak radikal dan pelampau yang cenderung
untuk bergabung dengan Indonesia. British tidak sanggup pentadbiran atau kuasa politik negara ini jatuh
ke tangan pihak-pihak yang tidak berpihaknya, kerana British ingin terus-menerus menguasai negara ini
walaupun setelah diisytiharkan kemerdekaannya.
Selain daripada PKMM, terdapat gabungan parti-parti radikal bukan Melayu yang bergabung menentang
Persekutuan Tanah Melayu. Gabungan yang dikenali sebagai All-Malayan Council of Joint Action atau
AMCJA. Parti teras kepada gabungan ini ialah Malayan Democratic Union yang mana pemimpinnya Tan
Cheng Lock, telah mengetuai gabungan tersebut, manakala John Eber sebagai setiausaha.
Dalam konteks penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan
Malayan Union, golongan bukan Melayu digambarkan lebih lantang walaupun pada hakikatnya ramai
golongan radikal Melayu yang turut sama menentang Persekutuan Tanah Melayu. Ini merupakan suatu
strategi untuk mengurangkan sokongan rakyat yang berketurunan Melayu. Golongan bukan Melayu
digambarkan sebagai bimbang kedudukan mereka di Tanah Melayu, manakala masyarakat Melayu pula
diingatkan masih ketinggalan dalam pelbagai bidang dan perlu dilindungi.
Rentetan daripada propaganda yang dijalankan, gerakan anti-Persekutuan dilihat gagal menarik
sokongan majority masyarakat Melayu, memandangkan taraf pendidikan masyarakat Melayu yang
masih rendah ditambahkan pula dengan faktor sosio-politik tradisi di sesetengah tempat terutamanya
pedalaman, menyebabkan perang saraf yang dijalankan oleh UMNO dan penjajah British berjaya
mempengaruhi pemikiran orang Melayu. Realitinya, pemahaman yang diterapkan kepada orang Melayu
oleh UMNO dan British telah menjadi punca utama kemunduran masyarakat Melayu sehiongga ke hari
ini, ekoran perasaan rendah diri atau inferiority complex yang dipupuk dalam mentaliti orang Melayu
bahawa Melayu mundur, miskin dan lemah dalam semua segi dan perlukan dasar yang melindungi
kepentingan mereka dan ini terdapat dalam perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan hak
istimewa Melayu, walaupun sebagai suatu penghinaan kepada orang Melayu secara halus sebenarnya
dan dijadikan senjata bagi segelintir elit UMNO untuk mengaut keuntungan ekonomi dan politik.

LATAR BELAKANG PENJAJAHAN

Tanah Melayu mula dijajah oleh kuasa Eropah sejak 1511 berikutan kejatuhan Kesultanan Melayu
Melaka di tangan Portugis. Namun, penguasaan Portugis hanyalah di Melaka sahaja. Setelah 130 tahun
menguasai Melaka, Portugis diusir oleh suatu lagi kuasa Eropah iaitu Belanda yang dibantu oleh tentera
kesultanan Johor yang merupakan waris kesultanan Melaka pada 1641. Penjajahan Belanda di Tanah
Melayu walaupun melangkaui sempadan Melaka dengan menguasai wilayah-wilayah seperti Perak,
namun tidaklah hingga keseluruhan semenanjung Tanah Melayu.
Belanda lebih berminat untuk mengukuhkan kuasanya di kepulauan Nusantara yang akhirnya
terbentuknya Indonesia. Apabila meletusnya Perang Nepoleon di Eropah, Belanda telah ditakluk oleh
Peranchis menyebabkan Raja Belanda, William The Orange melarikan diri ke London dan
menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai penyerahan surat-surat kew. Ini membawa
kepada penyerahan wilayah jajahan takluk Belanda di timur kepada British buat sementara sehingga
tamat perang. Berikutan dengan penyerahan surat-surat kew bererti British menduduki wilayah jajahan
Belanda di timur seperti Melaka, Ambon, Betawi dan lain-lain lagi.
Namun begitu, British sebelum itu telah pun bertapak di Pulau Pinang pada 1786 apabila Francis Light
memperolehinya daripada Sultan Kedah. Pulau Pinang menjadi koloni Inggeris pertama di Tanah Melayu
dan menjadi lokasi persinggahan kapal-kapal dagang British. Pada 1819 pula, Stanford Raffles berjaya
menduduki Singapura apabila berjaya menyelesaikan pertikaian tentang perebutan takhta Johor.
Setelah tamat Perang Nepoleon,
Belanda kembali menuntut wilayah jajahannya di timur daripada British. Persaingan antara British dan
Belanda di alam Melayu telah membawa kepada suatu perjanjian yang dikenali sebagai Persetiaan
Inggeris – Belanda pada tahun 1824 yang membawa kepada penguasaan mutlak British ke atas Melaka.
Di samping itu, persetiaan Inggeris-Belanda 1824 ini telah membentuk geo-politik yang kekal sehingga
ke hari ini, iaitu menggariskan sempadan antara wilayah pengaruh British dan pengaruh Belanda yang
akhirnya melahirkan dua negara dari satu rumpun bangsa yang sama yakni Malaysia daripada pengaruh
British dan Indonesia daripada pengaruh Belanda.
Setelah menguasai Pulau Pinang, Singapura dan Melaka, British mewujudkan sistem pentadbiran yang
dikenali sebagai straits settlement atau Negeri-negeri Selat. Pengaruh British terhad hanya ke atas
Negeri-negeri Selat selama beberapa lama dan tidak berminat untuk campur tangan menguasai negeri-
negeri Melayu yang diperintah secara tradisional.
Namun, atas faktor-faktor tertentu, pada tahun 1873, British telah mengubah dasarnya kepada dasar
campur tangan di Tanah Melayu. Ini berikutan kejayaan Parti Konservatif di bawah pimpinan Benjamin
Disraeli menguasai parlimen Britain setelah menewaskan Parti Buruh dalam piulihanraya. Menurut
Profesor Khoo Khay Khim, faktor ekonomi merupakan sebab utama campur tangan Brish di Tanah
Melayu. Ini berikutan harga bijih timah yang naik melonjak berikutan dengan Revolusi Perindustrian di
Eropah. Permintaan bijih timah amat tinggi di Eropah berikutan berkembang pesatnya industri mengetin
makanan di Eropah. Di samping itu, British juga memerlukan pasaran untuk memasarkan barangan
mereka. Oleh yang demikian, campur tangan British dianggap wajar oleh mereka untuk menstabilkan
keadaan politik setempat yang kucar-kacir akibat daripada krisis perebutan takhta dan pergaduhan
antara kongsi gelap Cina seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.
Sejak tahun 1874, British telah menguasai Perak, diikuti Selangor, Sungai Ujong(kemudiannya menjadi
Negeri Sembilan) dan Pahang. Keempat-empat negeri ini digabungkan di bawah suatu entity
pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Setiap negeri akan dilantik seorang
Residen British yang bertindak sebagai penasihat kepada sultan yang menjadikan Residen berkuasa
dalam semua hal pentadbiran kecuali hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja. Residen-
residen ini pula akan berada di bawah seorang Residen Jeneral yang berkuasa di peringkat pusat.
Pada tahun 1909, Perjanjian Bangkok telah ditanda tangani antara British dan Siam yang membawa
kepada penyerahan negeri-negeri Melayu yang sebelum itu di bawah naungan Siam kepada British dan
setiap negeri telah dilantik seorang penasihat British dalam hal-ehwal pentadbiran. Negeri-negeri
tersebut ialah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Ianya tiada kuasa pusat seperti Residen Jeneral di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Apabila
hampir seluruh Tanah Melayu berada di bawah penguasaan British, akhirnya Johor turut sama bersetuju
menerima penasihat British pada 1915.
Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, terdapat tiga jenis pentadbiran di Tanah Melayu yang turut
dikenali sebagai Malaya. British menguasai keseluruhan Tanah Melayu tanpa melibatkan kos
ketenteraan yang besar atau peperangan yang sengit sebagaimana Portugis menyerang Melaka dulu.
British cuma menguasai sultan dan golongan bangsawan dan hanya mengawal kestabilan untuk
kepentingan pelaburnya. Gerakan nasionalisme yang wujud tidak lah sampai menggugat penguasaan
British. Gerakan Islah oleh reformis agama lebih menekankan kesedaran orang Melayu terhadap
kemunduran dan amal ibadat, manakala golongan nasionalisme Melayu seperti Kesatuan Melayu Muda
pimpinan Ibrahim Ya’acob walaupun agak radikal, tetapi tidak sampai membawa ancaman serius kepada
British.
Setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua, Jepun menyerang Tanah Melayu secara mengejut. Pada
Disember 1941, tentera Jepun mula mendarat di Tanah Melayu. Pada awal 1942, Jepun menguasai
keseluruhan Tanah Melayu dan menjalankan pentadbiran tentera di Tanah Melayu. Penduduk Malaya
mula tersentak dengan bentuk pentadbiran yang agak keras yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Suasana peperangan memburukkan lagi keadaan dengan bekalan makanan yang terhad. Hubungan
kaum yang telah sedia renggang akibat dasar pecah dan perintah British menjadi lebih buruk berikutan
layanan buruk tentera Jepun terhadap masyarakat Cina di Malaya. Ini membawa kepada penentangan
gerila oleh sayap komunis yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).
Apabila Jepun menyerah kalah secara mengejut, tentera(MPAJA) komunis yang dikenali sebagai Tentera
Bintang Tiga mengambil tempat kosong pemerintah selama dua minggu sementara menanti kehadiran
British. Pemerintahan Tentera Bintang Tiga lebih kepada aktiviti membalas dendam, apabila mereka
menangkap orang-orang Melayu yang berkhidmat dengan Jepun sama ada polis mau pun pegawai-
pegawai awam.
British yang datang semula ke Malaya telah mengawal keadaan dan menjalankan pemerintahan tentera
yang dikenali sebagai BMA buat sementara waktu bagi menstabilkan keadaan.

GERAKAN NASIONALISME
Walaupun catatan sejarah menyatakan telah wujud penentangan terhadap penguasaan British sejak
abad ke 19, seperti peristiwa pembunuhan JWW Birch di Perak, penentangan Dol Said di Naning,
pemberontakan Dato’ Bahaman dan Tok Gajah di Pahang, namun ianya tidak boleh dikatakan sebagai
gerakan nasionalisme kerana bersifat tidak menyeluruh dan lebih kepada konflik peribadi ekoran rasa
tidak puas hati segelintir pembesar Melayu yang terancam mata pencarian akibat tidak boleh lagi
mengutip cukai sesuka hati. British telah memperkenalkan sistem kutipan cukai yang baru dan
menafikan hak pembesar-pembesar Melayu memungut cukai seperti sebelum kedatangan mereka.
Dalam konteks kesedaran nasinalisme di Tanah Melayu dalam abad ke 20, kesedaran politiknya
mengikut pola perkauman. Gerakan nasinalisme masyarakat Melayu boleh dikategorikan kepada tiga
kumpulan, iaitu kumpulan berpendidikan agama yang terpengaruh dengan gerakan Islah, kumpulan
cendikiawan berpendidikan Melayu dan kumpulan birokrat berpendidikan Inggeris terutama daripada
golongan elit tradisional.
Pada awal abad ke 20, muncul sekumpulan kecil ulama yang terpengaruh dengan gerakan Islah di timur
tengah. Tokh-tokoh seperti Sheikh Mohd. Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd
Taha mendapat pendidikan agama yang luas di Tanah Melayu dan Timur Tengah. Mereka menyebarkan
ideologi mereka menerusi media cetak sepert al-Imam, Idaran Zaman, al-Ikhwan dan Saudara. Di
samping itu juga, institusi pendidikan ditubuhkan sepert Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang.
Gerakan nasionalisme yang didokongi oleh kumpulan yang berpendidikan Melayu bersifat agak radikal.
Rata-ratanya terdiri daripada golongan guru dan wartawan lebih cenderung kepada penyatuan dengan
Indonesia bagi melahirkan sebuah negara merdeka yang besar melalui gagasan Melayu Raya. Kelahiran
tokoh-tokoh radikal Melayu kebanyakannya dari Maktab Perguruan Sultan Idris. Penubuhan Kesatuan
Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaacob pada 1938 telah menyemarakkan lagi gerakan yang
mana hubungan dengan nasionalis-nasionalis terjalin. Golongan ini bersikap anti British dan ramai
pemimpinnya yang ditangkap sebelum dibebaskan oleh Jepun yang menduduki Tanah Melayu semasa
Perang Dunia Kedua. KMM bersifat pro-Jepun disebabkan terpengaruh dengan slogan Jepun iaitu Asia
Raya dan Asia Untuk Orang Asia. Apatah lagi Jepun yang telah berjanji akan memberi kemerdekaan dan
membebaskan daripada penjajahan barat.
Kemunculan nasionalis yang berpendidikan barat yang terdiri daripada golongan elit tradisional hanya
dirasai selepas tamat Perang Dunia Kedua. Golongan ini dibuai dengan kedudukan, kemewahan dan
diperkenalkan dengan gaya hidup barat, maka tidak hairanlah sekiranya kumpulan ini hanya muncul
tatkala resolusi PBB selepas perang yang meminta penjajah memberi kemerdekaan kepada jajahan
masing-masing. Kemunculan mereka diperlukan sebagai proksi British bagi meneruskan sistem ekonomi
kapitalis agar kepentingan pelaburan British dilindungi. Dalam maksud yang lain, mereka dijadikan
boneka British untuk terus menguasai negarta ini yang dilimpahi dengan hasil bumi.
Kesedaran politik masyarakat Cina sebelum perang lebih berkiblat kepada perkembangan politik di
negara China. Ini disebabkan dasar pecah dan perintah British yang mengasingkan mereka daripada
penduduk setempat. Semasa pengaruh Kuomintang tersebar di tanah besar China, maka pengaruhnya
turut meliputi orang-orang China di seberang laut termasuk di Malaya dan apabila pengaruh Komunisme
mula tersebar maka ianya turut mempengaruhi masyarakat Cina di Tanah Mel;ayu.Kesimpulannya,
terdapat anak-anak Cina yang lahir di Malaya tetapi tidak mengenalinya dan lebih mengenali negara
China.
Walaubagaimanapun, setelah melalui zaman pendudukan Jepun, maka kesedaran terhadap kepentingan
politik setempat mula berkembang di kalangan orang-orang Cina. Apatah lagi golongan Baba dan
Nyonya yang dikenali sebagai Cina Peranakan yang telah merasakan mereka adalah sebahagian daripada
penduduk atau rakyat Tanah Melayu telah menggerakkan pertubuhan yang bersifat politik bagi
melindungi kepentingan mereka di Malaya. Antara tokoh Cina Peranakan yang terkenal ialah TanCheng
Lock.
Perkembangan politik masyarakat India juga seperti orang Cina kerana lebih berkiblat kepada negara
aszal mereka iaitu India. Kedatangan mereka kebanyakan tertumpu di estet-estet getah menyebabkan
mereka terpisah daripada arus politik setempat. Walaupun terdapat juga orang-orang India
berpendidikan Inggeris yang berkhidmat sebagai doktor, pegawai kerajaan, jurutera, polis atau tentera
British dan ada juga golongan peniaga India daripada suku Chettiar yang tinggal di bandar-bandar,
namun jumlah tidaklah seramai yang tinggal di estet-estet. Perkembangan politik masyarakat India di
Malaya banyak dipengaruhi oleh perkembangan Parti Kongress di India, sehinggakan penubuhan parti
khusus untuk orang India di Malaya menggunakan nama KONGRESS iaitu Malayan Indian Congress(MIC).
PERANG DUNIA KEDUA DAN PENDUDUKAN JEPUN
Perang Dunia Kedua yang tercetus pada 1939 adalah perang antara dua pihak, di suatu dikenali sebagai
Tentera Berikat (Alliance Troop) yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, Russia dan
beberapa negara Eropah, manakala di suatu pihak lagi dikenali sebagai Pakatan Galaksi yang dianggotai
oleh Jerman, Italy dan Jepun. Peperangan di Eropah lebih tertumpu kepada pertempuran antara tentera
Jerman dan Italy menetang pihak Berikat termasuk Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat, manakala di
kawasan Pasifik melibatkan pertempuran antara Jepun dan Amerika Syarikat. Di samping itu juga, Jepun
menggempur wilayah jajahan barat di Asia Tenggara. Sebelum menguasai seluruh Asia Tenggara kecuali
Siam(Thailand) dengan mengusir penjajah keluar, Jepun juga terlibat peperangan dengan China.
Kerajaan Jepun membuat keputusan untuk berperang pada malam 7-8 Disember 1941 dengan
melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour, Hong Kong dan Tanah Melayu. Strategi Jepun
untuk menawan Tanah Melayu terkandung dalam dasar untuk menawan Asia Tenggara keseluruhannya.
Dasar ini dikenali sebagai Gerakan ke Selatan atau Nanshin. Bagi mempengaruhi rakyat Asia, Jepun
memulakan perang propaganda dengan fahaman Pan Asia, Asia Timur Raya dan Daerah Kemakmuran
Asia Timur Raya. Slogan Asia Milik Orang Asia telah mendapat sokongan puak nasinalis radikal di Tanah
Melayu seperti KMM. Jepun juga menyusun gerakan pengintipan sejak 1936 lagi dengan menggunakan
khidmat pegawai perisikan khas di samping menggunakan rakyatnya yang bermastautin di Asia Tenggara
termasuklah golongan ahli perniagaan sama ada yang besar atau kecil, tukang gambar, tukang gunting
rambut, guru, doktor, pelombong dan sebagainya.
Jepun juga membuat pakatan dengan kerajaan Siam(Thailand) yang membolehkannya melancarkan
serangan dari utara. Pada tengah malam 7 Disenber, 1941, Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam masa 70 hari, Jepun telah menawan seluruh Tanah Melayu dan Singapura tanpa tentangan sengit
daripada pihak British. Dalam menghadapi serangan Jepun, British bersikap defensif dan lebih banyak
berundur. Realitinya British tidak mampu menyediakan pasukan pertahanan yang mantap di Tanah
Melayu memandangkan keperluan lebih mendesak di Eropah, malah kota London sendiri menghadapi
serangan Jerman.
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah mengakibat kesan mendalam dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial. KMM yang sebelum ini bekerjasama dengan Jepun terpaksa n hampir tamat, Jepun mula
menggalakkan nasinalisme tempatan. Walaubagaimanapun kekuatan Jepun telah juga menjadi inspirasi
bagi sesetengah rakyat untuk keluar daripada metos kuasa barat tidak dapat dikalahkan. Sikap orang
Melayu turut berubah dalam aspek kepentingan berpolitik untuk survival bangsa dan tidak boleh lagi
bergantung kepada kuasa luar dalam mempertahankan negara.
Jepun cuba untuk mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu, namun menghadapi sekatan ekonomi dari
pihak barat. Monopoli Jepun dalam setiap bidang ekonomi turut memberi kesan kepada rakyat yang
menghadapi kesukaran mendapat bekalan makanan. Inflasi melonjak tinggi ekoran daripada Jepun tidak
mengawal cetakan wang kertas. Harga-harga barang makanan melonjak naik. Jepun juga menggunakan
buruh-buruh paksa untuk keperluan ekonomi termasuk dalam pembinaan landasan kereta api maut di
Burma. Buruh-buruh paksa ini tidak dibayar gaji dan mereka yang ingkar, akan diseksa oleh polis tentera
(kempetai)
Dalam hubungan dengan rakyat, Jepun memberi layanan buruk terhadap masyarakat Cina berbanding
dengan penduduk keturunan Melayu dan India. Ini disebabkan sentiment anti-Jepun di kalangan
masyarakat Cina ekoran daripada konflik China – Jepun yang tercetus sebelum ini. Ramai orang-orang
Cina yang dibunuh dan dipaksa membayar bayaran ganti rugi kepada Jepun. Akibatnya, hubungan
antara kaum yang sememangnya sedia renggang menjadi bertambah buruk.
Fahaman komunis yang sudah sedia bertapak di Tanah Melayu bertambah pengaruhnya. Justeru itu
sayap tentera komunis yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan
bagi melancarkan perang gerila terhadap Jepun. MPAJA turut mendapat bantuan British, termasuk
bantuan senjata dan bekalan makanan yang digugrkan di lokasi tertentu.
Hubungan dengan masyarakat Melayu adalah baik, dan ramai orang-orang Melayu yang berkhidmat
sebagai pegawai kerajaan termasuk polis. Situasi begini telah mencetus dendam kesumat sebahagian
masyarakat Cina yang ditindas terhadap orang Melayu. Hubungan dengan kaum India juga baik dan
Jepun menyokong gerakan nasinalisme India yang bersikap anti British yang berpangkalan di Singapura.
Setelah pengeboman Nagasaki dan Hirishima pada bulan Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dalam
Perang Dunia Kedua. Jepun secara rasminya berundur dari Malaya pada 12 September 1945 berikutan
perjanjian penyerahan antara Jeneral Itagaki dan Lord Mountbatten. Perjanjian ini ditandatangani di
Bangunan Perbandaran Singapura. Pengunduran mengejut Jepun tidak selaras dengan kesediaan
nasionalis berhaluan kiri untuk merdeka bersama-sama dengan Indonesia.
Kekosongan yang ditinggalkan Jepun telah diisi oleh sayap tentera komunis yang keluar dari hutan dan
menguasai pentadbiran Malaya. Golongan yang dikenali sebagai Tentera Bintang Tiga ini telah bertindak
menangkap bekas-bekas pegawai Jepun yang rata-ratanya terdiri daripada orang-orang Melayu. Situasi
ini telah mengakibat pergaduhan kaum antara Melayu dan Cina. Ini adalah antara kesan yang
ditinggalkan oleh Jepun ke atas hubungan sosial masyarakat di Tanah Melayu. Kehadiran British dua
minggu kemudian telah berjaya mengawal keadaan apabila British menjalankan pentadbiran tentera
(BMA) buat sementara waktu.
Ada ahli sejarah berpendapat bahawa pendudukan Jepun telah mengubah sikap politik oran-orang
Melayu. Mereka tidak lagi tunduk membabi buta kepada dasar B ritish dan ini terbukti dengan
penentangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British selepas kembali semula ke Malaya.

MALAYAN UNION
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, British kembali ke Malaya pada September 1945 sebagai
menyambung kembali pemerintahannya yang terputus ekoran penjajahan Jepun. Seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini British terpaksa menstabilkan suasana gawat di Malaya ketika itu dengan
menjalankan pentabiran tentera British (British Military Administration). British berhajat membentuk
sebuah kerajaan dalam bentuk baru di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union yang telah
ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 1946.
Sebelum Perang Dunia Kedua, Malaya secara asasnya berkonsepkan politik geografi. Dengan keluasan
yang sama saiznya dengan England dan jumlah penduduk kurang daripada penduduk kota London,
bukan saja terdapat sembilan pemerintah monarki negeri-negeri dan satu bentuk pentadbiran British di
negeri-negeri selat tetapi juga mempunyai sepuluh kuasa perundangan, tujuh badan kehakiman, tujuh
perkhidmatan awam yang mana kesemuanya dipantau oleh pegawai utama residen British di Singapura
yang menjadi pentadbiran tanah jajahan. British telah beberapa kali cuba menggabungkan kesemua
sistem politik yang berasingan ini di bawah penyatuan satu sistem politik tetapi gagal. Sejak tahun 1930-
an lagi, British merancang untuk menyatukan semua negeri-negeri di Malaya di bawah satu entity politik
yang dikenali sebagai Liga Malaya atau kesatuan.
Semasa perang iaitu pada 1943, British telah menubuhkan Unit Perancangan Malaya (MPU) yang
diletakkan di bawah Jabatan Timur Jauh Pejabat Tanah Jajahan yang diketuai oleh Edward Gent. Pada
bulan Mei 1944, kabinet perang British bersetuju mengubah sistem pentadbiran Tanah Melayu sebelum
perang sebagai langkah ke arah pemerintahan sendiri.
Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada Julai 1945 oleh kerajaan pimpinan Parti
Buruh.Menurut perlembagaan Malayan Union, semua negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
akan disatukan di bawah satu pentadbiran. Sebelum ini tiap-tiap negeri menjalankan pentadbiran
sendiri dan sukar untuk menyeragamkannya.
Ketua kerajaan kesatuan ialah Gabenor dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan perundangan.Negeri-
negeri pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan. Tanah Melayu mungkin akan diberi
kemerdekaan dan Malayan Union merupakan langkah pertama ke arah itu. Pemberian kerakyatan
dilonggarkan dan semua rakyat mendapat hak yang sama dan tiada keistimewaan kepada orang Melayu.
Orang yang ditugaskan mendapat tanda tangan persetujuan sultan-sultan ialah Harold Mac Michael, dan
beliau telah menggunakan cara ugutan bagi mendapat persetujuan sultan dengan mengancam dakwaan
bekerjasama dengan Jepun. Harold Mac Michael akhirnya berjaya mendapat persetujuan para sultaang
merupakan namun berdepan dengan penentangan orang Melayu. Akhbar-akhbar Melayu berterusan
mengkritik kertas putih Malayan Union. Pertubuhan-pertubuhan Melayu menghantar petisyen-petisyen
banrtahan ke Pejabat Tanah Jajahan.
Pada awalnya pertubuhan Melayu tidak bersatu dalam penentangan terhadap Malayan Union, namun
saranan demi saranan yang dilontarkan oleh para pemimpin Melayu, akhirnya nama Dato’ Onn yang
merupakan pengasas Pergerakan Melayu Semenanjung Johor telah menjadi pilihan sebagai pemimpin
bagi menyatukan pertubuhan-oertubuhan Melayu. Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu atau UMNO ditubuhkan.

PAKATAN PUTERA-AMCJA

Tentangan yang lantang daripada UMNO yang ketika itu mewakili majoriti masyarakat Melayu telah
mengejutkan pentadbiran British. Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja berlegar
menerusi UMNO semata-mata, malah turut sama meliputi golongan aktivis radikal Melayu dan
sebahagian masyarakat Cina Negeri-negeri Selat yang telah menganggap Tanah Melayu sebagai tanah
air mereka.
British yang tersentak dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat telah merapati UMNO yang telah
dikuasai oleh golongan aristocrat Melayu yang pro-British. Ini memandangkan kepada puak radikal yang
telah mengumpulkan kekuatan politik melalui gabungan-gabungan yang boleh menggugat British.British
juga mula bimbang dengan bahang fahaman komunisme yang mula menyusup masuk ke dalam
kesatuan-kesatuan buruh.
Pada pertengahan bulan November 1946, jawatankuasa kerja telah menyiapkan draf perjanjian baru
dan diterima oleh kerajaan British. Malayan Union yang telah diisytiharkan beberapa bulan sebelum itu
akan digantikan dengan perlembagaan baru yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini
telah menimbulkan reaksi dari beberapa parti bukan Melasyu seperti Malayan Democratic Union (MDU),
Malayan Indian Congress (MIC), Malayan New Democratic Youth League, Malayan Peoples Anti-
Japanese Ex-Service Comrades Association dan Pan Malayan Federation of Trade Union.Golongan ini
telah membentuk perikatan yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu atau
Pan-Malayan Council ofd Joint Action. Di samping itu juga, kumpulan politik berhaluan kiri Melayu juga
turut sama menentang cadangan Persekutuan. Gabungan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah menubuhkan suatu perikatan
yang dikenali sebagai PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat).
Bagi mengukuhkan perjuangan mereka, golongan berhaluan kiri ini yang terdiri daripada golongan
bukan Melayu (PMCJA) dan radikal Melayu telah menubuhkan satu pakatan antara meraka yang dikenali
sebagai AMCJA-PUTERA. Pakatan ini telah merangka suatu perlembagaan baru yang dikenali sebagai
Perlembagaan Rakyat. Antara isi kandungnya ialah; a) Tanah Melayu dan Singapura bersatu
b) Berkerajaan sendiri dengan Majlis Undangan dipilih sepenuhnya
c) Persamaan hak mendapat kerakyatan dan berpolitik bagi mereka yang menganggap Tanah Melayu
sebagai tanah air mereka.
d)Raja-raja Melayu akan menjadi pemerintah berdaulat mengikut lunas perlembagaan
e) Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu adalah di bawah kuasa orang Melayu.
f) Kemajuan orang Melayu diberi perhatian utama.
g) Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
h) Semua warganegara adalah bangsa Melayu
i) Negara dikenali sebagai Melayu.
British bagaimanapun telah menolak cadangan Perlembagaan Rakyat yang telah dikemulkan oleh
AMCJA-PUTERA atas alasan tidak praktikal dan sukar untuk dilaksanakan. Namun, sikap British
sememangnya dingin terhadap perikatan ini, dan sentiasa curiga dengan anasir-anasir komunis yang
telah menyerap masuk ke dalam parti-parti yang bergabung dalam pakatan ini. Sehubungan dengan
penolakan British terhadap Perelembagaan Rakyat, suatu mogok umum yang dikenali sebagai hartal
telah dirancang.
HARTAL

Ketegasan pihak British menerima perlembagaan Persekutuan, bukan sahaja menimbulkan


ketidakpuasan hati AMCJA-PUTERA, tetapi juga Dewan Perniagaan Cina yang sememangnya tidak
bersetuju dengan bentuk Persekutuan. Tan Cheng Lock sebagai pemimpin AMCJA telah melancarkan
hartal di Melaka pada 9 September 1947 sebagai protes. Dewan Perniagaan Cina telah mengambil
keputusan untuk bekerjasama dengan AMCJA-PUTERA.
seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947. Hartal merupakan suatu bantahan yang bercorak ekonomi
dengan semua premis perniagaan menutup atau menghentikan operasi perniagaan mereka sebagai
suatu kaedah protes atau boikot. Hartal yang dilancarkan itu boleh dikatakan berjaya, namun telah
mendapat tentangan hebat British dan golongan pro UMNO.
Hartal kedua telah dilancarkan sekali lagi pada akhir 1947, namun kali ini kurang berjaya berbanding
dengan yang dilancarkan sebelum ini. Justeru itu, Tan Cheng Lock mencadangkan supaya satu lagi hartal
dilancarkan namun ditolak oleh masyarakat Cina.
Tanpa menghiraukan apa jua bentuk tentangan atau bantahan, British telah mengisytiharkan secarsa
rasmi Persekutuan pada 1 Februari 1948.
DARURAT DAN KOMUNISME

Selain daripada pakatan berhaluan kiri AMCJA-PUTERA, yang menentang Perskutuan, golongan yang
berfahaman komunisme juga turut sama menentang Persekutuan. Golongan komunisme ini telah
menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM). Fahaman komunisme telah sedia wujud sejak daripada
zaman sebelum perang lagi, namun tidak dapat dipastikan tarikh tepat penubuhannya. Semasa
pendudukan Jepun, sayap tentera PKM yang dikenali sebagai MPAJA telah melancarkan perang gerila
terhadap Jepun.
MPAJA juga telah menguasai Tanah Melaytu selama dua minggu antara masa Jepun berundur hingga
kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Pada 12 September, 1945, Pentadbiran Tentera British
(BMA) ditibuhkan. BMA telah mengambil langkah memulihkan keamanan dengan meminta PKM
membubarkan tenteranya dan menyerahkan senjata, namun tidak semua senjata yang diserahkan.
Seterusnya PKM telash menyusup masuk ke dalam parti-parti berhaluan kiri dan kesatuan buruh.
Kegagalan AMCJA-PUTERA dalam perjuangan menuntut perlembagaannya agak mengecewakan PKM, di
samping tekanan berterusan pihak British yang sentiasa berusaha memastikan kesinambungan sistem
ekonomi kapitalis terus diamalkan bagi kepentingan pelaburannya. Persidangan Commintern di Culcutta,
India telah memberi semangat baru kepada mereka untuk melancarkan perjuangan bersenjata untuk
mengusir penjajah. Ini ditambah lagi dengan pengalamannya semasa pendudukan Jepun yang sudah
terbiasa dengan kehidupan bermilitan.
Antara 1945-1947, dilaporkan 191 penculikan dan pembunuhan telah dilakukan oleh komunis. Pada
enam bulan pertama 1948, terdapat 107 penculikan dan pembunuhan dilakukan oleh PKM. Pengusaha-
pengusaha lading dan lombong mengkritik kegagalan pemerintah menangani dan membendung
keganasan dengan berkesan. Pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Inggeris dibunuh di Sujngai Siput,
Perak yang dipercayai didalangi oleh PKM. Sejajar dengan itu, Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward
Gent telah mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor bermula 18 Jun 1948, manakala keesokan
harinya seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat.
Strategi yang digunakan oleh PKM ialah dengan menyerang kawasan sumber ekonomi Tanah Melayu
iaitu kawasan lading dan lombong. Ini adalah sebagai usaha melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu bagi
melenahkan kerajaan. Selain itu, balai polis, pondok polis dan kawasan kampong trerpencil merupakan
sasaran PKM. Di samping itu, PKM juga menyerang kawasan strtegik termasuk pekan-pekan dan turut
memusnahkan perhubungan dan pengangkutan seperti kereta api sebagai sebotaj ke atas kepentingan
ekonomi British. PKM juga terus merekrut ahli-ahli baru termasuk secara paksa, terutama terhadap
masyarakat Cina iyang hidup di kawasan terpencil, di samping memperolehi makanan secara rela dan
secara paksa.
Kerajaan British telah menambahkan kekuatan tentera. Pasukan Polis Hutan dan Home Guard (pengawal
kampong) ditubuhkan bagi menambahkan kekuatan tentera. Bantuan tentera juga diperolehi dari Fiji,
Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand. Pasukan polis dimantapkan dengan penubuhan Cawangan
Khas Polis yang mana berperanan penting dalam perisikan.Perang Urat Saraf dilancarkan pada April
1950 bagi menimbulkan kesedaran rakyat terhadap bahaya komunis. Satu pembunuhan politik PKM
yang penting ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 ketika beliau
dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
Lt. Jeneral Harold Briggs sebagai Pengarah Gerakan merancang satu gerakan melumpuhkan
pemberontakan PKM.Pada 1 Jun 1952, beliau melancarkan Rancangan Briggs. Matlamat utama
rancangan ini untuk menyekat bekalan jatuh ke tangan komunis, agar mereka kelaparan, kekurangan
senjata dan ubat. Langkah diambil bagi menempatkan setinggan-setinggan terpencil ke kawasan
penempatan semula yang dikenali sebagai Kampung Baru, yang akan dikawal oleh pasukan keselamatan
dan dipagar. Rancangan ini berjaya mewujudkan 550 kampung baru dengan jumlah penduduk setengah
juta orang. Rancangan Briggs ini berjaya menghindarkan masyarakat Cina miskin yang hidup di kawasan
terpencil menjadi mangsa komunis yang meminta bekalan serta memaksa mereka menjadi ahli.
British yang menyedari akan sokongan kaum Cina terhadap komunis sama ada rela atau terpaksa mahu
mewujudkan sebuah parti Cina pro-British yang membawa kepada penubuhan Malayan Chinese
Association (MCA) dengan Tan Cheng Lock dilantik menjadi presiden.MCA akhirnya membentuk Parti
Perikatan dengan UMNO dan MIC dan mencapai kejayaan besar dalam pilihanraya 1955.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


Penentangan terhadap Malayan Union telah menghasilkan suatu perlembagaan baru dibentuk yang
dikenali sebagai perlembagaan Persekutuan. Walaupun mendapat tentangan daripada puak radikal,
British tetap dengan hasrat menubuhkannya pada 1948. Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani
oleh sultan-sultan dengan British pada 21 January 1948 dan diisytiharkan dengan rasmi pada 1 Februari
1948. Ciri-ciri penting persutuan ialah:
a) Persekutuan mengandungi sembilan buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura terus
menjadi koloni British.
b) Seorang Pesuruhjaya Tinggi British dilantik untuk mengetuai kerajaan dan menjadi pengerusi kepada
Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja.
c) Majlis Undangan Persekutuan dianggotai oleh tiga orang ahli ex officio, sembilan orang Menteri Besar
dan dua orang wakil Majlis Tempatan (P.Pinang dan Melaka), sebelas orang ahli rasmi, lima puluh orang
ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
d) Sebuah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk.
e) Majlis Negeri ditubuhkan di setiap negeri bagi undang-undang negeri.
f) Hak istimewa orang Melayu dipelihara di samping ke
h)Hal-ehwal luar dan pertahanan masih menjadi tanggung jawab British.
pentingan kaum-kaum lain.g) Prinsip kerakyatan jus soli semasa zaman Malayan Union telah digugurkan
dan diganti dengan kerakyatan mengikut undang-undang

Posted by joeamir70 at 6:50 AM

Labels: dihasilkan oleh joeamir70(nabjm8409)


0 comments:

Post a Comment
Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

visitors

Followers

Blog Archive
 ▼  2010 (23)
o ►  December (2)
 NIKMAT SEBAGAI MUSLIM
 Fortunately, To Be Born As A Muslim
o ►  October (1)
 Dijemput Menjadi Tetamu Allah di Makkah
o ►  September (1)
 REALLY WORRY!!!!
o ►  August (1)
 Berita Gembira Dan Yang Tak Berapa Gembira
o ►  July (1)
 Civic Minded Problem
o ►  May (6)
 Masjid Oh Masjid!
 Chosen To Be A Teacher
 Bola Sepak Malaysia
 Separuh Islam?
 Kesesakan Yang Merimaskan
 The Dark Side Of My Life (2)
o ▼  April (11)
 Silat
 Ketidakseimbangan
 GERAKAN ANTI PERSEKUTUAN 1948 (jms416)
 ASSIGNMENT OF JMS415E QUESTION: ...
 The Dark Side Of My Life
 Could We Achieve Vision 2020?
 joeamir70.blogspot.com - Google Search
 Clear The Muds, Please!
 As I see......
 Zaman Kegemilangan Malaysia
 Civilizations

As I See

joeamir70

I'm a simple guy with poor track records and had gone various kinds of experiences.

View my complete profile

My Blog List

Ailyl Rozanna

Bertungkus lumus membungkus ia secantik dan secute yang boleh! Untuk mereka .. - Gambar
inii baru lepas snap. Cepat cepat I upload dalam lappy sebab arghhh pukul 6 dah. Kejap lagi nak
balik rumah. MASAK. Goshhhh saya ada beli udang ...
2 hours ago

MISS MIRROR ~ mirror mirror on the wall.... mari MENGGEDIX sebentar!

BERTEMU UNTUK BERPISAH ~ Takziah - Tadi Comei tertanya-tanya ke mana menghilangnya I.....
Sebenarnya pagi tadi perumahan I ni blackout.. Ada hikmah di sebalik semuanya tu.....
bermangkuk-ma...

3 hours ago

... SuperHero Mama ...

** MaNGSa KoPiKeT (copycat) ??!! ** - gmbr kredit to mr google Sape mangsa copycat itu?
Mama? Bukan..... Don't worry Tapi Mama terkena jugak la tempias nya Sebabnya berkaitan dgn
Contest yg Ma...

5 hours ago

Che Det

MiG and SUKHOI - 1. Flight International reports that India may upgrade the Sukhoi-30MKI. 2.
The MiG-21 would be retired but the MiG-29 would be upgraded. 3. Malaysia has bee...

5 hours ago

Smile... Smile... Smile...

Pendaftaran BlogLarian 2 - Hmmm.... patutlah Mia perasan rata-rata ada buat entri tentang
BlogLarian ni... Mia tak faham sangat sehinggalah Mia di tagged oleh Tuan Penasihat dalam e...

8 hours ago

http://w w w .miey

Mieya's Bubbletalk

Al-kisah papan tanda - Papan tanda ni selalu bagi peringatan pada kita kan? Tak kira lah papan
tanda keselamatan, papan tanda jalan raya, papan tanda peringatan dan macam² lagi l...

19 hours ago

BOSS

Ujian Allah - Tadi aku baru lawat Kak Aalia, pengunjung dari UK yang setia menyumbangkan
trafik kepada blog aku, terbaca pasal entri ringkas pasal Mas Afzal. Pelajar per...

21 hours ago

Hitam itu bukan Putih


Gaya-gaya gadis bila bergayut telefon - Bosan rupanya duduk rumah sorang-sorang ni, masak
sorang, makan sorang, tidoq sorang, layan movie tip top pon sorang-sorang. Orang kata kalau
lama-lama mac...

1 day ago

Anwar Ibrahim

BN’s Polls Preamble Not ‘Real Change’ - From Malaysiakini PKR de facto leader Anwar Ibrahim
said that the slew of “good news” coming from BN recently were merely an attempt to win
votes ahead of ...

1 day ago

KITA ADA MISI

Dah Dapat Golden Loewy, Blog Dilupakan - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Apa khabar
kawan-kawan? Sihat meh? Sorry laa semua, lama tak update and blogwalking. Internet kat
rumah neh haa bua...

1 day ago

Tentang Hidup

Si Kacak Telah Selamat. Menuju Alam Kedewasaan Kini - Adik lelaki yang kacak telah pun
selamat berkhatan. Bukan main lagi dia kat rumah ye. Macam Raja. Terbaring je dengan kain
pelikat. Eh tapi pagi tadi hari ...

2 days ago

~{INFOAktiF}
bertudung - ‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna
‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripa...

3 days ago

http://senoritalynn

A Walk To Remember

Thank You Allah - ِ ‫ اَ ْل َح ْم ُدهّلِل‬I sgt bersyukur dgn segala pemberian yg diberi oleh-Nya. Pemberian yg
cukup terindah sekali bila *I disahkan mengandung*. Untuk semua wan...

3 days ago

http://exparaadox

Evaa's Story-lah!

HAHA - hodohnya layout baru. sangat sangat hodoh sapa tau skin yg lawo lawo bg lah link die
please asalkan skin tu boleh comment and ada older post tuh please please

3 days ago

jalan pilihanku...

MAK, CUTI LAGI... - Mak, dulu kita cuti je, mesti macam malas nak balik kampung, sebab takut
mak ngan kakak-kakak tanya tentang pelajaran kita bukan budak pandai yang mak kenal ...

5 days ago

http://annscape.b


@- - aNn ScaPe - - ; - -@

Happy Days - emmm... Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Lama dah tak tulis blog...
Emmm sian dia... Welll nak share sedikit dengan pembaca semua.. Happy hari ...

6 days ago

HADIFHADIFAH

Kek Butter - *A*s salam. Biasanya kalau hari2 kerja, x dapat la ku nak buat menda2 nie, kecuali
hari cuti, sabtu ahad je. Tapi isnin lepas, dpt la aku membuatnya coz ab...

1 week ago

http://farenova.co

farenova

Stretch Mark - Haaa tu dia stretch mark yang digeruni kalau dah bersalin kelak
wuwuwuuwuwu..takut-takut pun usaha tak seberapa pun. Sekarang ni memanglah tak nampak
kan s...

2 weeks ago

http://littlebunnyin

City Bunny go on cracked


SELAMAT HARI LAHIR LITTLEBUNNY WRITER - * "whenever a believer is stricken with *
*discomfort, hardship, illness, grief or mental worry, * *Allah shall expiate some of his sins" -
Muslim* Bismill...

2 weeks ago

http://paklongsifu

bicara kehidupan

nak sambung berblog.... - salam sejahtera kepada semua pengunjung blog hamba... nampaknya
masalah kat blog dah ok. hamba yg begitu sayangkan blog ni...ingin hamba menyambung bicara
d...

3 weeks ago

http://lincahkerian

PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH CAWANGAN DAERAH KERIAN

nostalgia latihan 2008 -

2 months ago

http://farisha09.b

IQRA'

jodoh dan takdir -

7 months ago

 
Rujukan
1. Abu Bakar Nordin et. al., Aspirasi Kebitaraan, Ibu Kandung Suluh Budiman, Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm.115. Lihat juga gelaran Iskandar
Kamel dikenali umum di Indonesia di dalam buku Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaacob
Pahlawan Nusantara, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Sdn Bhd, 1985, hlm.86.
2. Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka,
2002, hlm. 41.
3. Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, Melaka : Institut Kajian Sejarah &
Patriotisme Malaysia, 2003, hlm. 317.
4. Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya, 1998, hlm. 98.
5. Ramlah Adam, Dato’Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka, hlm.68.
6. Zakiah Hanum, 'Tercabarnya Maruah Bangsa', Petaling Jaya: Lajmeidakh Sdn. Bhd,
1987, hlm. 1.
7. Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaacob Pahlawan Nusantara, hlm.187.
8. William R. Roff, Nasionalisme Melayu, Terj. Ahmad Boestaman, Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm.244.
9. Mohd Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Tumpuan di Negeri
Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 7
10. Zulhilmi Ramli & Dalai Abdul Ghani, Kenegaraan Malaysia Isu-isu Dalam Pembinaan
Bangsa, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributoins, 2003, hlm. 121
11. Abdul Karim Abdullah & Ghazali Basri, Latar Belakang & Sejarah Malaysia Moden,
Petaling Jaya: Penerbitan Abadi Sdn. Bhd, 2003, hlm. 225.
12. Abdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950 :
Pengaruh Agama & Tarikat, Kuala Lumpur : Penerbit Kintan Sdn. Bhd, 1994, hlm. 125
13. Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya Resistance & Social Conflict During And
After The Japanese Occupation, 1941-1946, Singapore: Singapore University Press,
1983, hlm. 11.

1. ↑ Ibrahim Yaakob dan sejarah serumpun


2. ↑ Kenali Tokoh Mujaddid UPSI: Ibrahim Hj Yaakob
3. ↑ Kenali Tokoh Perjuangan MPSI: Ibrahim Hj Yaakob (sambungan)
4. ↑ The Malayan Archipelago, Peninsular and Island Southeast Asia. 2001. The
Encyclopedia of World History
5. ↑ The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle for
Indonesia Raya. Cheah Boon Kheng, Jil. 28, Okt. 1979, ms. 84-120
6. ↑ Di sebalik Memoir Mustapha Hussein

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakob"


Kategori: Ahli politik Malaysia
Welcome Guest [Log In] [Register]
Search Members Calendar FAQ Gerbang Petua Forum Dragonizer


 Dragonizer
 →
 Bicara Akademik
 →
 Sejarah dan Geografi
 →
 CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA

BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
PENGUMUMAN SEMENTARA: Perhatian kepada pemegang lesen P sahaja. Sila rebut
peluang memandu Ferrari secara percuma. Pandu dan menang RM1,000. Ini adalah
promosi kereta Ferrari di Malaysia. Peluang terhad selagi pengumuman sementara ini
masih tersiar. Apabila pendaftaran sudah penuh maka iklan ini akan dipadamkan.
Maklumat lanjut:CLICK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM ----- Radio Online: Radio ERA FM | Radio
Hot FM | Radio IKIM FM

Anda sedang mencari kerja? Full-time? Part-time? Freelance? Daftar sekarang! You are
looking for job? Register now!CLICK HERE!
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
Topic Started: Mon Apr 17, 2006 2:44 pm (14,478 Views)
Dragonizer Mon Apr 17, 2006 2:44 pm Post #1
[size=6]CONTOH FOLIO ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN DI
TANAH MELAYU[/size]
Sumbangan carian: Zarith (Ibu Angkat Forum Dragonizer)
Administrator/Anggota
Suntingan: Dragonizer
SPTians
PENGENALAN
Posts:
Perang Dunia Kedua telah bermula di Benua Eropah pada 3 September
2,786
1939, apabila negara Jerman di bawah kepimpinan Hitler telah
Group:
melancarkan serangan ke atas Poland. Sebelum itu pada 1936, Jerman
Admin
(di bawah kepimpinan Hitler), Itali (Mussolini) dan Jepun (General
Member
Tojo) telah membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi.
#1
Dalam pakatan tersebut Itali dan Jerman akan menguasai Eropah dan
Joined:
Afrika, manakala Jepun akan menakluki benua Asia.
October 6, 2004

GERAKAN TENTERA JEPUN

Sewaktu negara Eropah sedang bergelut dalam kancah peperangan,


Jepun telah mengambil kesempatan tersebut dengan membuat
perjanjian persahabatan dengan Kerajaan Siam. Perjanjian persahabatan
yang telah ditandatangani pada Jun 1940 membolehkan Jepun
meneruskan kemaraannya ke Asia Tenggara dan ini akan membolehkan
Tanah Melayu di tawan dengan lebih mudah. Menyedari bahawa
kemaraan tentera Jepun akan mengancam kedudukan tentera Berikat
(yang terdiri daripada pakatan British, Perancis dan Amerika Syarikat),
Amerika Syarikat telah mengadakan rundingan dengan Utusan Khas
Jepun di Washington.

Walau bagaimana pun pada 7 Disember 1941 kapal terbang Jepun yang
dianggotai oleh pengebom Kamikaze telah berlepas dari kapal pembawa
kapal terbang di Pasifik, tanpa amaran telah menyerang dan mengebom
Pearl Harbour, pangkalan tentera laut Amerika di Lautan Pasifik dan
telah berjaya memusnahkan armada laut Amerika. Serentak dengan
peristiwa tersebut, pada 8 Disember 1941 (7 Disember di Pearl Harbour
kerana tempat tersebut terletak di Timur Garisan Tarikh Antarabangsa)
jam 12.35 tengah malam tentera Jepun telah mendarat di Kota Bharu,
Singgora dan Patani. Tentera Jepun telah meneruskan kemaraan mereka
dan telah menawan Jitra dan mara ke Pulau Pinang dan menjelang 31
Januari 1942, mereka telah tiba di Johor Bharu. Pada 31 Januari 1942
seluruh Semenanjung telah jatuh ke tangan tentera Jepun kecuali
Singapura dan akhirnya pada 15 Februari 1942 Leftenan Jeneral
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
Percival telah menyerah diri tanpa syarat kepada Jeneral Tomoyuki
Yamashita. Dengan penyerahan diri tersebut, Singapura turut jatuh ke
tangan tentera Jepun.

KEJAYAAN TENTERA JEPUN


2. Persediaan yang rapi

Sebelum Jepun melancarkan perang ke atas Tanah Melayu,


mereka telah membuat persediaan khususnya mengumpul
maklumat penting berhubung dengan kekuatan pertahanan
British, angkatan dan kelengkapan peperangan. Menyedari
bahawa kubu pertahanan British di Singapura agak sukar untuk
dimusnahkan, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari
arah belakang, iaitu melalui Kelantan yang tidak
mempunyaipertahanan yang lengkap. Ini membolehkan
pergerakan tentera menjadi lebih mudah dan dalam jangka masa
yang singkat Tanah Melayu telah berjaya dikuasai.

3. Penguasaan tempat yang strategik

Jepun juga bertindak dengan menawan padang kapal terbang


yang terletak di Kota Bharu, Alor Setar dan Taiping. Penawanan
tempat strategik ini menyukarkan dan melemahkan pertahanan
udara British. Serangan Jepun ke atas Melayu juga dilancarkan
dengan pantas dan tersusun. Jepun telah menggerakkan pasukan
tentera udara, laut dan daratnya dari pangkalan mereka di
Indochina dan Siam.

4. Lumpuhnya armada laut British

Di samping menghancurkan pertahanan udara tentera British,


Jepun juga telah berjaya menenggelamkan dua buah kapal
perang Inggeris, iaitu Repulse dan Princeof Wales pada 10
Disember 1941 yang sedang belayar di Laut China Selatan
berhampiran Kuantan bagi menghalang konvoi Jepun yang
sedang menuju ke arah Selatan. Dengan tenggelamnya dua buah
kapal perang ini, Tanah Melayu terdedah kepada serangan laut
oleh tentera Jepun.

5. Keberanian tentera Jepun


CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
Pasukan tentera ke-25 yang diketuai oleh Leftenan Jeneral
Yamashita telah datang dengan semangat hidup atau mati bagi
tujuan suci mereka. Semua tentera telah diarah menyediakan
wasiat mereka. Di samping itu, tentera Jepun juga telah
mempunyai pengalaman berperang selama bertahun-tahun di
Manchuria dan telah mendapat latihan perang untuk berperang
di kawasan Tropika.

6. Pakatan dengan kerajaan Siam

Pendaratan Jepun di Singgora merupakan sebahagian daripada


rancangan untuk memujuk atau memaksa negeri Thai supaya
bekerjasama dengan Jepun. Ini telah menyebabkan suatu
Persetiaan Perikatan telah ditandatangani pada 11 Disember
1941. Ini seterusnya telah membolehkan pergerakan tentera
Jepun untuk memasuki Tanah Melayu menjadi semakin mudah.

7. Semangat tentera Berikat

Pasukan tentera Berikatyang mempertahankan Tanah Melayu


terdiridaripada lapan briged askar India, dua briged askar
Australia dan dua briged sukarelawan Melayu. Pasukan tentera
Berikat ini, khususnya lapan briged tentera India tidak
mempunyai pengalaman berperang. Bagi memastikan tentera
India yang mempertahankan Tanah Melayu hilang semangat
untuk berperang, tentera Jepun telah menyebarkan dakyah
bahawa Jepun mempunyai hasrat untuk membebaskan Asia
termasuk India daripada cengkaman jajahan kuasa
Barat,termasuk India. Ini telah menyebabkan tentera India yang
berperang telah berpaling tadah dan memudahkan kemaraan
tentera Jepun.

PENTADBIRAN TENTERA JEPUN

Dalam tempoh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, iaitu selama 3


tahun 8 bulan telah meninggalkan kesan yang penting terhadap
pentadbiran Tanah Melayu.
2. Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran
Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkan menerusi
ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak
berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai
‘kempetei’ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.

3. Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk


membicarakan kes politik.

4. Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja


Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung
dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana
sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat
sepenuhnya.

5. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan


keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan
hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat
kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi
mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai
pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi
tidak mendapat sokongan.

6. Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar


khususnya maklumat dari siaran radio pihak Berikat, Kerajaan
Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk
mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang
pendek. Pada September 1943, filem-filem kepunyaan musuh
Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada
Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada
dimainkan atau disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan
juga telah diharamkan.

7. Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah


menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganukepada Kerajaan Siam.

8. Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi


sokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah
membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa
pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan
pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh
Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah
mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula
menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.

9. Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera


Pusat (CentralisedMilitary Administration) yang diketuai oleh
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada
Pemerintah Tertinggi Tentera (Commander in Chief) bagi
angkatan tentera kawasan ketujuh di Singapura. Pentadbiran
awam berjalan dengan penyeliaan tentera. Tanah Melayu telah
dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan
diketuai oleh seorang Gabenor.

PENENTANGAN TERHADAP TENTERA JEPUN

Dakyah Jepun untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu


dengan mewujudkan pemerintahan sendiri telah mendorong penduduk
Tanah Melayu khususnya orang Melayu untuk memberi sokongan
kepada kemaraan tentera Jepun. Sebaliknya apa yang berlaku ialah
Tanah Melayu menjadi sebahagian daripada negeri jajahan Jepun. Di
samping itu, penindasan tentera Jepun ke atas rakyat biasa telah
menimbulkan kebencian terutamanya orang China. Beberapa hari
selepas Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, pihak Jepun telah
melakukan pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang China.

Perasaan benci tentera Jepun ke atas orang China ini berakar umbi
akibat peperangan China-Jepun di China yang telah bermula sebelum
Jepun menyerang Tanah Melayu lagi. Pemerintahan Jepun juga
menghadapi tentangan daripada pegawai dan tentera Britishyang
terpaksa berundur selepas mereka dikalahkan oleh Jepun. Bagi
meneruskan penentangan terhadap tentera Jepun beberapa buah
pertubuhan bawah tanah telah ditubuhkan. Mereka terdiri daripada
pegawai tentera British yang diarahkan untuk meneruskan perjuangan
menentang tentera Jepun, orang China terutamanya anggota
Kuomintang dan komunis dan juga orang Melayu yang enggan tunduk
kepada pemerintahan Jepun.

Mereka telah bergabung untuk menubuhkan suatu organisasi tentera


dikenali sebagai MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Bagi
membantu perjuangan MPAJA, pihak Berikat telah memberi bantuan
dengan membekalkan senjata dan peluru yang digugurkan dari kapal
terbang. Pada 1943, sekumpulan pegawai yang dikenali sebagai
Angkatan 136 dari India telah dihantar untuk menyelaraskan tugas
kumpulan penentang itu. Gerakan penentangan terhadap Jepun tidak
dilakukan secara terbuka. Serangan dilakukan secara serang hendap dan
gerakan dimulakan dari dalam hutan.
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
JEPUN MENYERAH KALAH

Detik kejatuhan Pakatan Paksi yang dianggotai oleh Jerman, Jepun dan
Itali mula diperlihatkan selepas kekalahan Jerman pada 1944.
Kemenangan ke atas Jerman telah menyemarakkan usaha tentera
Berikat untuk meneruskan gerakan bagi menghancurkan kekuatan
tentera Jepun di Asia. Pihak Berikat terutamanya British yang diketuai
oleh Lord Louis Mountbatten sedang membuat persediaan besar di
pangkalan perang mereka di India dan Ceylon untuk menyerang tentera
Jepun di Tanah Melayu. Di samping itu, gerakan serangan juga
dimulakan dengan pengeboman oleh Amerika Syarikat dengan
menggunakan pesawat B 29 yang sentiasa menggugurkan bom di kubu
pertahanan Jepun. Serangan secara berterusan ini telah menyebabkan
kedudukan Jepun di Tanah Melayu semakin terancam.

Sewaktu tentera Berikat sedang menyusun gerakan bagi mendarat dan


memerangi tentera Jepun di Tanah Melayu, dunia dikejutkan dengan
peristiwa pengguguran Bom Atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 oleh
pesawat tentera Amerika yang telah mengorbankan berpuluh-puluh ribu
nyawa manusia.Tiga harike mudiannya, iaitu pada 9 Ogos 1945, sekali
lagi kapal terbang Amerika telah menggugurkan Bom Atom di bandar
Nagasaki. Disebabkan kemusnahan dan ancaman berterusan daripada
tentera Berikat, akhirnya pada 14 Ogos 1945, Maharaja Jepun telah
menyerah kalah kepada tentera Berikat dan pengakuan menyerah kalah
itu telah diisytiharkan ke seluruh dunia pada 15 Ogos 1945.

Seterusnya pada 2 September 1945 kerajaan Jepun telah


menandatangani surat perjanjian menyerah kalah tanpa bersyarat
kepada General Mac Arthur bagi pihak Berikat. Peristiwa ini
kemudiannya diikuti dengan peristiwa yang berlaku pada 12 September
1945, apabila pemerintah tentera Jepun, iaitu General Itogaki bagi pihak
Jepun telah menandatangani perjanjian menyerah kalah tanpa bersyarat
kepada Lord Louis Mountbatten, pemerintah tertinggi Angkatan Tentera
British bagi pihak tentera Berikat di bangunan Municipal di Singapura.
Dengan perjanjian tersebut, Tanah Melayu telah diserahkan kembali
dengan rasminya kepada British.

KEADAAN DI TANAH MELAYU SELEPAS


PENGISYTIHARAN MENYERAH KALAH OLEH TENTERA
JEPUN

Sewaktu Jepun membuat pengisytiharan menyerah kalah pada 15 Ogos


1945, tentera bersekutu sebenarnya masih mengatur perancangan untuk
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
menyusup masuk ke Tanah Melayu dan membuat serangan balas ke atas
tentera Jepun. Sementara menunggu kedatangan tentera British untuk
mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu, askar MPAJA, juga
disebut oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga, telah keluar dari
tempat persembunyian mereka di hutan dan telah mengisytiharkan diri
mereka sebagai pemerintah Tanah Melayu. Ini merupakan kesempatan
terbaik bagi tentera Bintang Tiga, yang kebanyakan anggotanya ialah
ahli Parti Komunis Malaya untuk membalas dendam dengan membunuh
dan menyeksa orang yang dikatakan bersubahat dengan tentera Jepun.

Oleh sebab perbuatan kejam dan zalim tentera Bintang Tiga dan juga
kerana hasutan mereka terhadap orang Cina, maka beberapa rusuhan
dan pergaduhan kaum tercetus yang membabitkan orang Cina dan
Melayu. Selepas hampir 2 minggu keganasan dan suasana huru-hara
berlanjutan di Tanah Melayu, pada pertengahan September 1945,
barulah pihak Britishtibadi Tanah Melayu dan menubuhkan
pemerintahan sementara yang dikenali sebagai British Military
Administration yang sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan di
Tanah Melayu.

MPAJA ke mudianya dibubarkan dan pihak British kemudiannya


memberi ganjaran kepada mereka yang berjasa menentang Jepun.
Namun apa yang pasti tentera Bintang Tiga yang didalangi oleh Parti
Komunis Malaya sedang mengumpul kekuatan bagi mengambil alih
Tanah Melayu.

KESAN PENDUDUKAN TENTERA JEPUN DI TANAH


MELAYU
2. Politik

Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan


yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang dipimpin oleh Ibrahim
Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan
Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937
pergerakan ini menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali
sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa pertubuhan
ini akan mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin
pertubuhan ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun
memerintah Tanah Melayu, kerajaan Jepun telah membebaskan
pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan badan
yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA).
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh
PETA tidak sehaluan dengan pemerintah Jepun, badan ini
kemudiannya diharamkan. Namun begitu aktiviti PETA masih
terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan
Dr. Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan
Indonesia yang dikenali sebagai KRIS( Kesatuan Indonesia
Semenanjung).Tetapi rancangan ini tidak sempat dilaksanakan
kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun
mengalahkan Inggerisserta pengalaman orang Melayu
memerintah Tanah Melayu yang diberikan oleh Jepun bagi
mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir
Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik
khususnya di kalangan orang Melayu. Disebabkan kesedaran
politik inilah rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan
Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat
tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga
menyebabkan rancangan Malayan Union tidak dapat
dilaksanakan.

3. Ekonomi

Sewaktu pemerintah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu


pelbagaiinfrastruktur asas telah dimusnahkan bagi memastikan
penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan
dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha
memulihkan ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah
memperkenalkan mata wang barudi Tanah Melayu. Walau
bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak
terkawal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu,
perdagangan import-eksport Tanah Melayu dengan dunia luar
juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan bijih timah telah
terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin
ketara selain beberapa keperluan asas dan barang makanan
semakin sukar diperoleh.

4. Sosial

Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera


Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
di sekolah. Pendudukan Jepun juga telah mengamalkan sikap
anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada orang
Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera
MPAJA. Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan polis. Ini
menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera
Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang
Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung
telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan
orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk khususnya selepas
Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh
orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas
dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai
tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas
hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di
samping itu, pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah
menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah
Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah
merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat
ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah
menjejaskan mutu dan tarafkesihatan penduduk di Tanah
Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah
dikerah untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di
antara Burma dengan Thailand, yang juga dikenali sebagai
landasan keretapi maut.

RINGKASAN
2. Tentera Jepun telah mara ke Tanah Melayu bermula pada 8
Disember 1941.
3. Kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu dalam masa
yang singkat berpunca daripada persediaan peperangan yang
rapi, penguasaan tempat yang strategik, keberanian tentera
Jepun dan semangat tentera Berikat yang semakin pudar.
4. Tentera Jepun telah memperkenalkan beberapa perubahan dalam
pentadbiran Tanah Melayu.
5. Penentangan terhadap pendudukan Jepun dipelopori oleh
MPAJA.
6. Jepun telah menyerah kalah selepas Bom Atom digugurkan di
bandar Hiroshima dan Nagasaki.
7. Pemerintahan tentera (British Military Army) telah diwujudkan
selepas Jepun menyerah kalah.
8. Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai implikasi
khususnya dengan menbangkitkan kesedaran politik penduduk
Tanah Melayu untuk menentang penjajahan.
9. Pendudukan Jepun juga telah menimbulkan ketegangan kaum
khususnya antara orang
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
Melayu dengan Cina.

RUJUKAN
2. Ibrahim Mahmmod 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu.
Pustaka Antara.
3. Lotfi Ismail 1975. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan
Publications & Distributors.
4. Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar
Pembangunan 1982. INTAN.
5. Zainal Abidin b.Abd W ahid 1971. Sejarah Malaysia Sepintas
Lalu.

NOTA BUAT PARA PELAJAR: Isi kandungan di dalam topik ini


masih boleh diperbaiki dan ditambah untuk melengkapkan lagi
kejelasan objektif tugasan atau kerja kursus yang perlu disiapkan. Para
pelajar dinasihatkan tidak meniru bulat-bulat contoh yang disediakan di
dalam forum ini.
http://dukeamienerev.blogspot.com

 
nady Fri Jun 2, 2006 12:57 am Post #2
huhu!
bgus sgt laa...
Unregistered tp naper pendudukan jepun je??
tajuk lain pun tunjuk laa contoh gak!

tengkiu2..

 
Dragonizer Thu Jun 8, 2006 4:10 pm Post #3
nady
Jun 1 2006, 11:57 PM
huhu!
Administrator/Anggota
bgus sgt laa...
SPTians
tp naper pendudukan jepun je??
tajuk lain pun tunjuk laa contoh gak!
Posts:
2,786
tengkiu2..
Group:
Admin
Contoh ni untuk menunjukkan cara penulisan yang baik. Untuk tajuk-
CONTOH FOLIO SEJARAH PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA; Contoh isi kandungan
yang baik
Member tajuk yang lain pun sama juga. :lol:
#1
Joined:
October 6, 2004 http://dukeamienerev.blogspot.com

 
« Previous Topic · Sejarah dan Geografi · Next Topic »

14 Sejarah dan Geografi


Go
Theme: Zeta Track Topic · E-mail
9:07 PM Dec 8
Original Topic
JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
............................................................................................................................................................
....

............................................................................................................................................................
....
Hosted for free by ZetaBoards

BAB 1  Pemerintahan Jepun di Negara Kita

1.1 Kedatangan Jepun

1. Kebangkitan Meiji  (1868) telah membawa pemodenan negara Jepun terutama dan segi  ekonomi.

2. Tujuan Jepun menawan Asia Tenggara ialah:

(a) Mengatasi masalah kekurangan kawasan pertanian untuk menampung keperluan  penduduk yang semakin
bertambah.

(b) Mendapatkan bekalan bahan mentah untuk perkembangan perusahaan.

(c) Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun.

3. Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”.

4. Antara tindakan agresif yang dilancarkan Jepun ialah:


(a) 1931 — Jepun menawan Manchuria.

(b) 1937 — Jepun menyerang China.

(C) 1940 — Jepun menyerang Indochina.

5. Pada 7 Disember 1941, tentera Jepun telah menyebom Pearl Harbour.

1.2 Cara dan Strategi Serangan Jepun

1. Tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui laut, udara, dan
    darat.

2. British yang berpangkalan di Singapura tidak bersedia untuk menghadapi sebarang


    serangan dan luar.

3. Serangan dilancarkan melalui arah pantal timur dan pantai barat tetah melemahkan  
    pertahanan British.

4. Jepun berjaya menenggelamkan dua buab kapal perang British iaitu Repulse dan Prince of Wales.

5. Serangan ke atas Sabah dan Sarawak dilancarkan melalui pangkalan tenteranya di Cam Ranh, Vietnam.

1.3 DasarPemerintahan Jepun

1. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu adalah bercorak ketenteraan.

2. Kuasa tertinggi ialah Jeneral yang berpusat di Singapura.

3. Jepun telah menyatukan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu unit pentadbiran  yang dikenali sebagai
Borneo Utara.

4. Dasar penjepunan dilaksanakan untuk menghapuskan pengaruh Barat di Asia.

5. Jepun turut memparkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk menggantikan sistem     ekonomi usahaniaga bebas.

1.4 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Pemerintahan Jepun

1. Rakyat di Tanah Melayu mengalami penderitaan kerana dasar penjajahan British dan Jepun.

2. Zaman pendudukan Jepun menyebabkan imej kuasa Barat mula merosot.

3. Jepun telah mengawal pergerakan rakyat dengan mengadakan kawalan terhadap media  massa.

4. Jepun turut membubarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).  Pemimpinnya iaitu Ibrahim Haji Yaacob hanya
dibenarkan bergerak di dalam Pertubuhan Giyu Gan atau Pembela  Tanah Air (PETA).
5. Ibrahim Haji Yaacob telah menu buhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung
(KRIS) untuk membina perpaduan dan menunjukkan rasa kecewa terhadap
pemerintahan Jepun.

1.5 Kesan Pemerintahan Jepun

1. Pendudukan Jepun telah menyedarkan penduduk tempatan bahawa kuasa penjajah


tidak akan memajukan Tanah Melayu.

2. Keadaan ini telah menyemarak kan lagi semangat kebangsaan dan keyakinan diri untuk mentadbir negara.

3. Ahli KMM telah berpura-pura baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun.

4. Namun di sebaliknya KMM mengadakan hubungan dengan gerakan anti-Jepun dan


menubuhkan gerakan bawah tanah.

5. Pendudukan Jepun di negara kita dan negara jiran telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan untuk
menuntut kemerdekaan.

BAB 2 Malayan Union dan Persekutuan  Tanah Melayu

2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun

1. Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945.

2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari sebelum British kembali keTanah Melayu.

3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British untuk mengembalikan
keamanan di Tanah Melayu.

4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan British.

2.2 Gagasan Malayan Union 1946

1. Antara tujuan pembentukan Malayan Union ialah:

(a) Melindungi kepentingan British di Tanah Melayu.

(b) Membentuk pentadbiran yang cekap.

(c) Menyeragamkan pentadbir an di semua negeri.

(d) Mengukuhkan pertahanan British.

(e) Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

2. Antara sebab penentangan Malayan Union ialah:


(a) Kedudukan dan hakistimewa orang Melayu akan terjejas.

(b) Sultan akan kehilangan kuasa.

(c) Syarat kewarganegaraan yang longgar.

(d) Cara MacMichael yang mengugut sultan untuk mendapatkan tandatangan.

(e) Orang Melayu bimbang kaum lain akan melebihi mereka.

2.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union

1. Pelaksanaan dasar Malayan Union diterima oleh orang bukan Melayu kerana mereka mendapat taraf
kewarganegaraan dan hak yang sama.

2. Orang Melayu pula membuat tentangan terhadap Malayan Union kerana:

(a) Tidak suka dengan tindakan Sir Harold MacMichael mengugut Sultan-sultan Melayu.

(b) Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk mendapat nasihat daripada Majlis Mesyuarat Negeri.

(c) Kuasa sultan akan beralih kepada Gabenor.

(d) Syarat kewarganegaraan yang Ionggar membolehkan bangsa lain mendapat hak politik yang sama seperti orang
Melayu.

(e) Orang Melayu bimbang bilangan kaum lain akan melebihi mereka.

(f) Sultan akan hilang kepen tingan politik kerana hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu sahaja.

3. Penubuhan Malayan Union juga turut mendapat bantahan daripada pegawai British yang pernah berkhidmat di
Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, George Maxwell, Richard Winstedt, dan Cecil Clementi Smith.

4. Antara akhbar-akhbar Melayu yang menentang Malayan Union ialah Utusan Melayu, Majlis, dan Warta Negara.

2.4 Penubuhan UMNO 1946

1. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mel 1946, berikutan Kongres Melayu Se-Malaya yang diadakan.

2. Matlamat utama UMNO ialah menggagalkan rancangan Malayan Union.

3. Presiden UMNO yang pertama ialah Data’ Onn bin Jaatar.

4. Untuk menentang Malayan Union, UMNO menggunakan semboyan “Hidup Melayu”.

5. Perpaduan kaum Melayu dalam UMNO telah membawa kejayaan.


6. Setelah Malayan Union dibubarkan, UMNO bertukar menjadi sebuah pertubuhan politik pada tahun 1948.

7. UMNO juga menjadi tulang belakang kepada pergerakan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957.

2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

1. Pada 25 Julal 1946, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi
menggantikan Malayan Union.

2. Antara perkara penting yang diberi tumpuan adalah berkaitan dengan soal pentadbiran dan soal kewarganegaraan.

3. Antara ciri-ciri Persekutuan ialah:

(a) Terdiri daripada Negeri Negeri Melayu, Melaka, dan Puiau Pinang.

(b) Singapura kekal sebagal tanah jajahan British.

(c) Pemerintah tertinggi kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British.

(d) Menubuhkan sebuah Dewan Undangan Persekutuan yang mengandungi 75 anggota.

(e) Kuasa Sultan-sultan Melayu dikekalkan.

(f) Syarat kewarganegaraan diperketatkan.

(g) Kewarganegaraan secara automatik diberikan kepada mereka yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu atau
telah bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada Februari 1948.

5. Perlembagaan ini telah diterima oleh Raja-raja Melayu dan UMNO.

BAB 3 ANCAMAN PENGGANAS KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT 1948

3.1 Kegiatan Awal Komunis

1. Ideologi komunisme adalah berasaskan kepada ajaran Karl Marx.

2. Fahaman ini menyusup masuk ke negara kita melalui Parti Nasionalis Cina (Parti Kuomintang / KMT).

3. Di negara kita, fahaman komunis tersebar melalui sekolah-sekolah Cina, kesatuan buruh Gina, dan penerbitan
majalah Cina.
4. Fahaman ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Melayu kerana fahamannya bertentangan dengan ajaran
Islam.

3.2 Parti Komunis Malaya (PKM)

1. Parti komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930.

2. Tujuan penubuhan PKM ialah:

(a) Menggulingkan kerajaan British.

(b) Menubuhkan Republik Komunis Malaya.

3. Semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia, ramai pekerja yang terpengaruh dengan PKM.

4. PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.

5. PKM telah membentuk Barisan Bersatu untuk bekerjasama dengan pertubuhan yang berhaluan kin seperti
AMCJA-PUTERA.

6. PKM menubuhkan Malayan Races Liberation Army (MRLA) untuk melakukan keganasan.

7. Kerajaan British mengisytiharkan darurat setelah tiga orang pengurus ladang British dibunuh di Sungai Siput.

8. Pada bulan Julai 1948, PKM telah diharamkan.

3.3 Langkah Kerajaan Membanteras Ancaman Pengganas Komunis

Pengisytiharan Darurat

1.  Undang-undang darurat memberikan kuasa kepada British menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan
komunis.

2. PKM pula menubuhkan Mim Yuen yang berperanansebagai pemberi maklumat dan membekalkan makanan serta
ubat ubatan kepada komunis.

3. Kegiatan Min Yuen sukardikawal kerana hanya bergerak pada waktu malam sahaja.

4. Undang-undang darurat gagal kerana komunis tidak bertempur secara berdepan.

Rancangan Briggs

1. Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada pertengahan tahun 1950.

2. Tujuannya ialah untuk melumpuhkan keglatan Min Yuen.

3. Antara program yang dijalankan ialah mewujudkan Kampung Baru dan melancarkan Gerakan Kelaparan.

4. Semangat komunis lemah kerana terpaksa berpindah randah dan ramai anggota komunis yang terkorban.

 
Perang Saraf

1. Kerajaan sedar bahawa halangan utama untuk menentang komunis ialah masalah perkauman.

2. Antara usaha yang dilakukan oleh Sir Henry Gurney untuk mengatasi masalah tersebut ialah:

(a) Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”.

(b) Menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.

3. Pesuruhjaya Tinggi yang baru iaitu Sir Gerald Templer telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran
Rakyat”.

4. Kerajaan turut meminda syarat syarat kewarganegaraan dan menyeragamkan semua jenis sekolah untuk
mengeratkan hubungan antara kaum.

3.4 Rundingan Baling

1. Rundingan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 antara wakil kerajaan dan komunis.

2. Rundingan ini gagal kerana kerajaan enggan mengiktiraf PKM sebagai parti yang sah.

3. PKM pula menolak syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajáan.

3.5 Kesan Zaman Daru rat

1. Undang-undang darurat yang dilaksanakan telah menggugat kehidupan rakyat di Tanah Melayu.

2. Mereka hidup dalam ketakutan dan penderitaan.

3. Perkembangan ekonomi dan sosial turut terjejas kerana banyak wang diperuntukkan untuk membanteras komunis.

4. Hubungan dan perpaduan antara penduduk sukar dipupuk.

5. Pergerakan komunis semakin lemah kerana ramai ahlinya yang menyerah diri dan terkorban.

6. Darurat telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum

1. Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses mencapai kemerdekaan.

2. Antara masalah untuk mewujud kan perpaduan ialah:

(a) Masalah kerakyatan


(b) Masalah bahasa

(c) Masalah agama

(d) Masalah pendidikan

(e) Masalah sosial

Pendidikan ke Arah Perpaduan

1. Jawatankuasa Penasihat Pusat

(a) Ditubuhkan pada tahun 1948.

(b) Bertujuan untuk mengkaji pengenalan sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu.

2. Jawatankuasa Barnes

(a) Ditubuhkan pada tahun 1950.

(b) Bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Tanah Melayu.

3. Jawatankuasa Fenn-Wu

(a) Dibentuk untuk mengkaji penglibatan sekolah-sekolah Cina dalam sistem sekolah kebangsaan.

4. Ordlnan Pelajaran 1952

(a) Digubal berdasarkan Laporan Barnes 1951.

(b) Kaum Cina dan India mengecam perlaksanaan ordinan ini.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

1. Ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mewujudkan perpaduan.

2. Dianggotai o!eh pemimpin daripada pelbagai kaum seperti:

(a) Dato’ Onn bin Jaafar

(b) Tan Cheng Lock

(c) E.E.C. Thuraisingham

3. Jawatankuasa ini membuat beberapa cadangan:

(a) Orang Melayu diberi kemudahan menceburi bidang perniagaan dan perdagangan.
(b) Orang bukan Melayu diberi hak politik.

4. Jawatankuasa juga mendesak kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan dalam perlembagaan dan
mengadakan pilihan raya.

5. Orang Melayu tidak bersetuju dengan cadangan melonggarkan syarat kerakyatan untuk kaum bukan Melayu.

4.2 Penubuhan dan Perkembangan Parti-parti Politik

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

1. Ditubuhkan pada 11 Mel 1946.

2. Presidennya yang pertama ialah Dato’Onn bin Jaafar.

3. Tujuan penubuhannya:

(a) Menentang gagasan Mala yan Union.

(b) Memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

(c) Mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)

1. Ditubuhkan pada bulan Februari 1949.

2. Pengasasnya Kolonel Lee Hau Shik dan Leong Yew Koh.

3. Presidennya yang pertama ialah Tan Cheng Lock.

4. Tujuan penubuhannya:

(a) Menyatukan orang Cina.

(b) Melindungi hak dan kepen tingan orang Cina.

(c) Membantu British menentang PKM.

Kongres India Malaya (MIC)

1. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1945 oleh John Thivy.

2. Tujuan penubuhannya ialah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.

 
Parti Malaya Merdeka (IMP)

1. Ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar pada bulan Ogos 1951.

2. Tujuan penubuhannya:

(a) Menyatukan semua kaum di Tanah Melayu.

(b) Mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

3. IMP dibubarkan dan Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954.

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

1. Ditubuhkan pada 24 November 1951.

2. Presidennya yang pertama ialah Ahmad Fuad bin Hassan.

3. Tujuan penubuhannya:

(a) Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

(b) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.

4.3 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

Pengenalan Sistem AhIi

1. Diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney pada bulan April 1951.

2. Sebagai satu langkah mewujudkan perpaduan.

3. Beberapa orang ahil tidak rasmi dilantik sebagai menteri seperti;

(a) Dato’ Onn bin Jaafar

(b) Datuk Mahmud bin Mat

(c) Tengku Yaácob

(d) Dr. Lee Tiang Keng

(e) E.E.C. Thuraisingham

4. Sistem ini adalah seperti Sistem Jemaah Menterl sekarang.


 

Undang-undang Baru Kerakyatan

1. Pada tahun 1950, hanya sebilangan kecil orang Cina menjadi warganegara Tanah Melayu.

2. Pada tahun 1952, pindaan undang-undang Persekutuan Tanah Melayu membolehkan lebib ramai kaum bukan
Melayu menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan Parti Perlkatan

I. Pakatan UMNO-MCA ditubuhkan pada tahun 1952 untuk menghadapi pillhan raya Majils Bandaran Kuala
Lumpur 1952.

2. Perikatan UMNO-MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

3. Pada tahun 1955, MIC menyertai Parti Perikatan.

4. Dal m pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

BAB 5 DETIK-DETIK PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957

Nota Ekspres

5.1 Rombongan Merdeka 1956

1. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu berlepas ke London untuk
membuat rundingan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

2. Rundingan kemerdekaan yang berlangsung selama tiga minggu mencapai kejayaan apabila Perjanjian London
dimeterai pada 8 Februari 1956.

3. Antara syarat-syarat Perjanjian London ialah:

(a) Tanah Melayu diberi kemer dekaan pada 31 Ogos 1957.

(b) Parti Perikatan tidak boleh mengambil alih perniagaan British di Tanah Melayu.

(c) British bebas menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.

(d) Tanah Melayu mengamal kan sistem ekonomi bebas.

(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu dikekalkan.


 

5.2 Rundingan Antara Kaum dan Pen yediaan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957

1. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan Jun 1956 untuk merangka perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah
Melayu.

2. Anggota Suruhanjaya Reid terdin daripada:

(a) Lord Reid (b) Sir Ivor Jennings (c) Sir William Mckell (d) B. Malik  (e) Abdul Hamid

3. Laporan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957 untuk perbincangan umum.

4. Antara cadangan-cadangan yang terdapat dalam Suruhan jaya Reid ialah:

(a) Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh seorang raja.

(b) Raja-raja Melayu kekal sebagai ketua negeri.

(c) Sistem kerajaan negeri dan kerajaan pusat dikekalkan.

(d) Sistem kerajaan demokrasi berparlimen diamalkan.

(e) Pilihan raya diadakan pada setiap lima tahun.

(f) Ahli Parlimen dipilih melalui pilihan raya.

(g) Parlimen PersekutuanTanah Melayu mempunyai Dewan Nega ra.

(h) Hak keistimewaan orang Melayu dijamin oleh perlembagaan.

5.Parti Perikatan telah mengkaji cadangan tersebut dan membuat beberapa pindaan.

6.Antara beberapa cadangan Suruhanjaya Reid yang dipinda ialah:

(a) Agama Islam diakui sebagai agama rasmi dan kaum lain bebas menganuti agama

masing-masing.

(b) Bahasa Cina dan Tamil boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah.

(c) Hak keistimewaan orang Melayu dipertimbangkan semula dan semasa ke

semasa atas arahan Yang di Pertuan Agong.

7.Pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid diterima oleh semua pihak.

8.Keadaan mi membuktikan wujud nya sikap tolak ansur di kalangan penduduk yang
berbilang kaum.

5.3 Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957

1. Tepat pukul 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, seorangpemuda UMNO telah menurunkan bendera penjajah
British di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

2. Bendera tersebut digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

3. Pada keesokan harinya, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan Hari Kemerdekaan Tanah Meiayu di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

BAB 6 Perubahan Pentadbiran ke Arah  Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah

Nota Ekspres

1. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak dan tahun 1841 hingga 1946.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke mengambil keputusan urituk menyerahkan Sarawak kepada
British.

3. Antara faktor-faktor yang menyebabkan Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British
ialah:

(a Desakan daripada pihak British.

(b) Beliau sudah tua dan uzur serta tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya.

(c) Anthony Brooke tidak layak untuk menggantikannya.

(d) Kekurangan sumber kewangan untuk memulihkan keadaan ekonomi dan sosial Sarawak.

(e) Beliau berpendapat bahawa masa depan Sarawak lebih cerah di bawah British.

4. Penyerahan Sarawak kepada British mendapat tentangan daripada penduduk tempatan kerana:

(a) Penyerahan tersebut ber tentangan dengan Perlem bagaan 1941 yang men janjikan pemerintahan sendiri kepada
Sarawak.

(b) Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua bumiputera terlebih dahulu.

(c) Melengahkan kemerdekaan Sarawak.

5. Namun, British tetap mengisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946.

6.2 Gerakan Antipenyerahan

1. Antara persatuan dan pertubuhan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British ialah:
(a) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

(b) Persatuan Dayak Sarawak (PDS)

(c) Barisan Pemuda Sarawak (BPS)

(d) Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) Sibu

2. Gerakan penentangan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

3. Tunjuk perasaan diadakan pada 1 Julai setiap tahun sempena ulang tahun penyerahan Sarawak kepada British.

4. British mengeluarkan Surat Pekeliling No. 9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan agar tidak terlibat
dalam pergerakan antipenyerahan.

5. Akibatnya 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan.

6. Rukun Tiga Belas ditubuhkan untuk menghapuskan golongan yang menyokong penyerahan secara kekerasan.

7. Akhirnya, gerakan antipenyerahan dapat dihapuskan oleh British.

6.3 Longkah-Iangkah ke Arah Berkerajczan Sendiri di Sarawak

1. Perlembagaan 1941 menjadi asas kepada British untuk mentadbir Sarawak.

2. Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi ditubuhkan.

3. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa daerah.

4. MajlisTempatan ditubuhkan pada tahun 1947.

5. Pada tahun 1956, pilihan raya Majlis Daerah yang pertama diadakan di Kuching.

6. Hampir semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya menjelang penghujung tahun 1959.

7. Sarawak mengalami perkembangan politik yang pesat selepas Perang Dunia Kedua tamat.

8. Antara parti-parti politik yang ditubuhkan di Sarawak ialah:

(a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP)

(b) Parti Negara Sarawak (PANAS)

(c) Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)

(d) Sarawak National Party (SNAP)

(e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

(f) Parti Perikatan Sarawak


(g) Parti Persatuan Cina Sara wak (PCS)

6.4 Sabah Diserahkan kepada Kerajaan British

1. Sejak tahun 1881, Sabah telah dikuasai oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

2. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak syarikat mengambil keputusan untuk menyerahkan Sabah kepada
British kerana Sabah mengalami kerosakan yang teruk.

3. Faktor-faktor British menjajah Sabah:

(a) Mencari jajahan takluk baru untuk menggantikan jajahannya yang dibebaskan.

(b) Desakan daripada peda gang dan pelabur British.

(c) British ingin melindungi kepentingan Singapura sebagai pusat perdagangan dan pertahanan di Timur.

(d) Mengukuhkan kedudukan dan keselamatan British di Asia Tenggara.

(e) Sabah menjadi pembekal bahan mentah dan tempat untuk memasarkan barangan Britain.

4. Selepas Jepun menyerah kalah, Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Pentadbiran Tentera Australia.

5. Pada 10 Jun 1945, Pentadbiran Tentera British diwujudkan untuk memulihkan keamanan.

6. Sabah dlserahkan kepada kerajaan British pada 15 Julai 1946.

7. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk Sabah kerana:

(a) Mereka tidak berpengalaman dalam pentadbiran.

(b) Mereka tidak mendapat pendidikan.

(c) Mereka tidak memahami tujuan penyerahan.

8. Namun, pada peringkat awal penjajahan, terdapat kegiatan politik di Sabah.

9. Mereka menubuhkan:

(a) Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

(b) Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton (PKMJ)

(c) Barisan Pemuda (BARIP) Labuan

(d) Barisan Pemuda (BARIP) Jessefton

10. Untuk melemahkan pergerakan pertubuhan tersebut, pihak British telah menaikkan pangkat bagi mereka yang
terlibat atau menukarkan pemimpinnya.

6.5 Langkah-langkah ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah


1. Corak pentadbiran di Sabah tidak banyak berubah apabila kerajaan British mengambil alih kuasa daripada
Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

2. Pada bulan Oktober 1950, British telah memperuntukkan penubuhan Majils Undangan dan Majlis Eksekutif.

3. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada kaum bumi putera mendapat asas latihan menjadi pemimpin.

4. Pada tahun 1952, Majlis Tempatan diperkenaikan.

5. Pada akhir tahun 1962, pilihan raya diadakan secara tidak langsung dalam Majlis Undangan.

6. Antara parti-parti politik yang muncul di Sabah ialah:

(a) Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)

(b) Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)

(C) Pasok Momogun

(d) Persatuan Cina Sabah (PCS)

(e) Parti Perikatan Sabah

BAB  7 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

7.1 Idea Pembentukan Malaysia

1. Idea penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu
pentadbiran telah disuarakan oleh British sejak tahun 1887 lagi.

2. Namun, cadangan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

3. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan beliau untuk menggabungkan Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei.

4. Sekiranya bergabung dalam Persekutuan Malaysia, negeri-negeri yang masih menjadi tanah jajahan British seperti
Sabah, Sarawak, Singapura dan negeri naungan British iaitu Brunei akan mendapat kemerdekaan.

7.2 Matlamat Pembentukan

Malaysia

1. Pembentukan gagasan Malaysia adalah bertujuan untuk menyekat ancaman komunis di Asia Tenggara.

2. Penggabungan negeri-negeri itu akan memesatkan lagi perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.

3. Tunku Abdul Rahman menggalakkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk
mengimbangi komposisi kaum.

4. Beliau bimbang kemasukan Singapura sahaja akan menyebabkan bilangan kaum bukan bumiputera akan melebihi
kaum bumiputera.
5. Penggabungan dalam Persekutuan Malaysia merupakan satu penyelesaian untuk menamatkan pemerintahan
British di Singapura, Sabah, dan Sarawak.

7.3 Reaksi terhadap Pembentukan Persekutuan Malaysia

Reaksi Negeri-negeri yang  terlibat dalam cadangan Persekutuan Malaysia

1. Di Tanah Melayu secara keseluruhannya rakyat menyokong pembentukan gagasan Malaysia.

2. Parti PETIR di Singapura juga menyambut baik gagasan tersebut demi kepentingan keselamatan.

3. Terdapat juga pihak yang menentang iaitu Parti Barisan Sosialis dan Parti Buruh.

4. Pada peringkat awal, penduduk Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia kerana bimbang akan dikuasai
oleh pemimpin Tanah Melayu.

5. Antara pertubuhan yang menentang gagasan Malaysia ialah:

(a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP)

(b) Parti Rakyat Brunei

(c) United National Kadazan Organization (UNKO)

(d) Sarawak National Party (SNAP)

(e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

6. Namun setelah diberi penerangan, ramai penduduk telah menyokong gagasan Malaysia.

7. Sultan Brunei pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia.

8. Namun setelah berlakunya pemberontakan oleh A.M. Azahari, baginda mengambil keputusan untuk tidak
menyertai Persekutuan Malaysia.

Reaksi dan Negara-negara Jiran

1. Indonesia telah menentang Persekutuan Malaysia yang dianggap sebagai negara neokolonialis untuk
mengukuhkan kedudukan Britain di Asia Ten ggara.

2. Indonesia turut melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia.

3. Filipina juga menentang penubuhan gagasan Malaysia.

4. Penentangan diketuai oleh Presiden Macapagal yang mendakwa Kesultanan Sulu adalah sebahagian daripada
Filipina.

Reaksi Negara Barat

1. Amerika Syarikat dan Britain menyokong pembentukan gagasan Malaysia untuk menyelamatkan Asia Tenggara
daripada ancaman komunis dan memelihara kepentingan ekonomi masing-masing di rantau ini.
2. British pula menyokong kemasukan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana kedua-dua wilayah tersebut
tidak mendatangkan keuntungan kepada penjajah British.

BAB 8 Perjanjian dan Perisytiharan Malaysia

8.1 Langkah ke Arah Pembentukan Malaysia

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)

1. Mesyuarat ini diadakan antara pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dengan Singapura.

2. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang penubuhan Malaysia.

3. Dalam persidangan itu, Jawatan kuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

1. Dipengerusikan oleh Donald Stephens.

2. Tujuannya ialah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan
mereka berkaitan dengan gagasan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold

1. Ditubuhkan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia.

2. Hasil daripada tinjauan tersebut didapati lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan
Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

1. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji peruntukan perlembagaan berkaitan dengan kemasukan Sabah dan
Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.

2. Pemimpin Parti Perikatan Sabah mengemukakan 20 Perkara Sabah untuk dipertimbangkan oleh JAK.

8.2 Cabaran dari Negara Indonesia dan Filipina

1. Indonesia dan Filipina menen tang penubuhan gagasan Malaysia.

2. Antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah penentangan ialah:

(a) Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan Subandrio.

(b) Membentuk pakatan serantau iaitu MAPHILINDO.

3. Indonesia dan Filipina akan menyokong Malaysia jika penduduk di Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung
dalam Persekutuan Malaysia.
4. Oleh itu, Suruhanjaya PBB di bentuk untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia.

Konfrontasi Indonesia

1. Indonesia melancarkan konfrontasi kerana terpengaruh dengan Parti Komunis Indonesia.

2. Selepas penubuhan Malaysia, konfrontasi diperhebatkan.

3. Antara Iangkah yang diambil untuk menghadapi konfrontasi ialah:

(a) Menghantar bantahan rasmi ke PBB.

(b) Askar Wataniah diwujudkan untuk membantu pasukan keselamatan.

(c) Menghantar perwakilan ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk menangkis propaganda Indonesia yang
memburukkan Persekutuan Malaysia.

4. Konfrontasi terhadap Malaysia berkurangan selepas gerakan GESTAPO di Indonesia.

8.3 Perisytiharan Malaysia

1. Laporan PBB tidak dapat dikeluarkan pada tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia kerana terdapat kerumitan
semasa menjalankan tinjauan. Tarikh penubuhan Malaysia yang ditetapkan pada 31 Ogos 1963 ditunda sehingga
Laporan PBB dapat disiapkan pada 14 Sep tember 1963.

3. Laporan PBB membuktikan lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

4. Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.

5. Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

6. Laporan tentang 20 Perkara Sabah turut menjadi asas Perjanjian Malaysia.

7. Menurut Perjanjian Malaysia, terdapat peruntukan bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti:

(a) Dibenarkan menguasai hal ehwal dalam negeri masing-masing.

(b) Kaum bumiputera mendapat hak keistimewaan yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu.

(c) Bahasa Inggeris boleh digunakan sebagai bahasa rasmi.

8.4 Perpisahan Singapura

1. Semasa pilihan raya Parlimen 1964, Parti PETIR telah bertanding untuk menentang Parti Perikatan.

2. Pemimpin PETIR telah mem bangkitkan sentimen perkauman semasa kempen pilihan raya. 

3. Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia bagi
mengelakkan berlakunya  rusuhan kaum.
4. Singapura dipisahkan secara rasmi dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

           

'); self.document.writeln(''); a=1;}} else if (document.body.clientWidth>=620


&& document.body.clientHeight>= 370){ self.document.writeln('
This Page is an antiquarian - possibly outdated - usergenerated website brought to you by an archive . It was
mirrored from Geocities in the end of october 2009. For any questions about this page try to contact the respective author. For any questions concerning the archive
visit our main page: OoCities.org. To report any mal content send URL to oocities[at]gmail[dot]com

'); if (document.referrer.indexOf("wikipedia") == -1) { self.document.writeln('


'); self.document.writeln('
'); b=1;}} -->
This Page is an antiquarian - possibly outdated - usergenerated website brought to you by an archive . It was mirrored
from Geocities in the end of october 2009. For any questions about this page contact the respective author. For any questions concerning the archive visit our main
page:OoCities.org. To report any mal content send URL to oocities[at]gmail[dot]com

Anda mungkin juga menyukai