Anda di halaman 1dari 30

Cikgu Rosle Yasin BAB DUA :

 
SMK Sentul Utama
KEBANGKITAN NASIONALISME
Kuala Lumpur
2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
 
Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat dikesan sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka dan berkembang semasa menghadapi
ancaman Siam dan British.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

1. Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka setelah


ditewaskan oleh Portugis, berusaha untuk mendapatkan
kembali Melaka
2. Melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun
serangan tersebut kegagalan.
1. Perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah
merupakan perjuangan terawal menentang British di
Perjuangan Kedah.
Sultan Kedah 2. Baginda berusaha untuk mendapatkan kembali Pulau
Pinang yang merupakan sebahagian daripada wilayah
Kedah daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Perjuangan Tokoh-Tokoh
Lain
1. Penghulu Dol Said, Dato' Maharaja Lela, Pandak Lam, Dato' Bahaman, Rentap,
Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong bersungguh-sungguh
menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
2. Perjuangan mereka bersifat setempat, namun selari dengan erti nasionalisme,
iaitu perjuangan membebaskan negara daripada ancaman luar dan mendaulatkan
wilayah masing-masing.
3. Reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah telah memaksa nasionalis
kita bergerak secara sederhana.
1. Di bawah gerakanPerjuangan
Islah sejak awal
Tokoh abad ke-20.
Agama
2. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir
Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-
Hadi.
11. Kesedaran nasionalisme diperjuangkan oleh tokoh
agama sejak awal abad ke-20 dibawa oleh gerakan
Islah. Antara tokoh tersebut ialah
 ms I. Abdul Rahim Kajai
 33 II. Zainal Abidin Ahmad
  III. Haji Abbas Mohd Taha
  IV. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
  A I dan II
  B I dan IV
  C II dan III
  D III dan IV
 
2.6 Faktor Kemunculan
Gerakan Nasionalisme
Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Menyemarakkan
Peranan Agama Nasionalisme Sistem Pendidikan
Menentang Penjajah.

Penulisan Kreatif Media Cetak

Kemunculan Golongan Pengaruh Luar Serta


Intelektual Serantau

1. Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan perjuangan


gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh
Muhammad Abduh dan Rashid Rida.
2. Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
dengan berpandukan al-Quran dan Hadis serta menentang imperialisme Barat
di negara Islam.
Pengaruh Luar Serta Serantau

1. Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah menyedarkan umat Islam


untuk bersatu menentang ancaman luar.
1. Pengaruh Gerakan Islah di Mesir menggesa umat Islam melakukan
pembaharuan yang progresif.
1. Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia yang berjaya menewaskan Rusia
membuka mata penduduk tempatan untuk memperjuangkan nasib mereka.
1. Gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen berjaya menewaskan
kerajaan Manchuria dan menubuhkan sebuah negara Republik menimbulkan
kesedaran nasionalisme kepada rakyat negara kita untuk menentang penjajah.  
1. Perjuangan Mahatma Gandhi di India yang menentang British tanpa kekerasan
menjadi inspirasi kepada golongan nasionalis.
1. Perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di Indonesia menyemarakkan
usaha menentang penjajah di negara kita. 
Kemunculan Golongan Intelektual

1. Perkembangan sistem pendidikan, melahirkan golongan intelektual


lepasan Timur Tengah seperti Syed Sheikh al-Hadi. Beliau
menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat.
2. Intelektual berpendidikan Inggeris dan Melayu seperti Abdul Kadir
Adabi, Dato' Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad
Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said (Abu Bakar al-Baqir) dan
Ibrahim Haji Yaakob, menggunakan akhbar serta menubuhkan
persatuan bersifat sosioekonomi dan politik untuk menyedarkan rakyat
tentang nasionalisme.
Penulisan Kreatif

1. Novel, cerpen dan puisi digunakan sebagai wadah untuk


mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta
penderitaan rakyat.
2. Memberi kesan kepada rakyat untuk menaikkan semangat
mereka bagi memahami realiti hidup masyarakat yang
dijajah seperti novel Melor Kuala Lumpur (Harun
Aminurrashid) dan cerpen Cerita Awang Putat (Abdul Rahim
Kajai).
3. Karya Pak Sako turut menyindir penjajah dan mengingatkan
anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan.
Karya berikut adalah hasil kesusasteraan yang
mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta
penderitaan rakyat.

Novel Melor Kuala Lumpur

  Karya tersebut dihasilkan oleh


 ms A Abdul Rahim Kajai
 34 B Harun Aminurrashid
  C Ishak Haji Muhammad
  D Muhammad Rakawi Yusof
Media Cetak

1. Akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar


berita. Antara akhbar awal ialah Jawi Peranakan (menegur campur tangan
British dalam soal agama Islam di Singapura dan isu Bahasa Melayu).
2. Akhbar Sekola Melayu digunakan sebagai bahan pembacaan di sekolah
Melayu.
3. Al-lmam, Neracha dan Pengasuh memuatkan idea pembaharuan.
4. Akhbar Fajar Sarawak yang diterajui oleh angkatan intelektual Melayu
diterbitkan sebagai wadah bagi mengkritik dasar pemerintahan Brooke
yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak.
Sistem Pendidikan

1. Raffles Institution di Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau


Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan
Idris atau Sultan Idris Training College (SITC) melahirkan golongan
yang memimpin rakyat menuntut hak untuk mendapatkan pendidikan.
2. Melalui sistem pendidikan pelajar didedahkan dengan idea tokoh
falsafah Islam dan Barat yang memperlihatkan kelemahan bangsa
yang dijajah serta mendesak British melakukan pembaharuan.
Contohnya, SITC menjadi medan ilmu untuk berbincang dan
menghasilkan karya nasionalisme bagi menyedarkan masyarakat.
2.7 Perkembangan Nasionalisme

Perjuangan Golongan Intelektual

Intelektual Berpendidikan Intelektual Berpendidikan


Agama Inggeris

Intelektual Berpendidikan
Melayu
Intelektual Berpendidikan
Agama

Peranan tokoh (Kaum Muda)

1. Menyalurkan idea melalui gerakan Islah dan menjadikan agama


Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat.
2. Tokohnya Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-
Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha. Kesedaran mereka ini didorong
oleh kecenderungan terhadap gerakan Islah semasa menuntut
di TimurTengah.
Penubuhan madrasah
1. Kesedaran pentingnya pendidikan menyebabkan lebih banyak madrasah ditubuhkan yang
membawa kesan positif kepada masyarakat (Madarasah menyebarkan fahaman Islah)
2. Madrasah yang ditubuhkan seperti Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Johor, Madrasah al-
Khairiah al-Islamiyah di Pokok Sena, Kedah dan Maahad al-Ehya Assharif, Gunung
Semanggol, Perak.
3. Pelajarnya membawa kemajuan dan pemodenan dari aspek sikap serta pentafsiran
terhadap Islam.
4. Wanita juga diberikan peluang belajar di madrasah.
5. Pembentukan intelektual baharu Islam telah mendorong mereka berusaha menyatukan
rumpun Melayu dan memajukan Islam melalui pentafsiran baharu seperti yang dibawa oleh
reformis Mesir.
6. Idea mereka disalurkan melalui akhbar dan majalah (Al-Imam, Al-lkhwan, Neracha dan
Tunas Melayu) yang membangkitkan kesedaran nasionalisme.
Idea Kaum Muda disalurkan melalui akhbar dan majalah yang
membangkitkan kesedaran nasionalisme. Antara akhbar dan
majalah tersebut ialah
 ms I. Tunas Melayu
 36 II. Neracha
  III. Guru
  IV. Purnama
  A I dan II
  B I dan IV
  C II dan III
  D III dan IV
Intelektual Berpendidikan Inggeris

1. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK 1905) melahirkan intelektual


berpendidikan Inggeris dan berperanan dalam perkembangan nasionalisme.
2. Tujuan awal MCKK ditubuhkan adalah untuk melatih anak bangsawan bagi
diserapkan dalam pentadbiran kerajaan British. Lepasan maktab ini
menggunakan kedudukan mereka untuk menyuarakan hak mendapat
pendidikan bagi orang Melayu.
3. Lepasan maktab ini (Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad
Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad) bertugas sebagai pegawai
kerajaan menuntut British memperbaik taraf hidup orang Melayu, di samping
membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu dalam
jabatan kerajaan.
4. Mereka menyalurkan idea dan tuntutan dengan cara berbaik-baik dengan
British serta menggunakan akhbar (Warta Malaya, Lembaga Malaya dan
Utusan Melayu).
SOALAN BUKU TEKS M/S 48
BAB DUA :
KEBANGKITAN NASIONALISME
6. Intelektual berpendidikan Inggeris dan Melayu lepasan MCKK dan SITC turut terlibat
dalam perkembangan 2.5nasionalisme
KesedarandiNasionalisme
negara kita padadi
awal abad ke-20.
Negara Kita
 

(i) Namakan nasionalis lepasan MCKK dan SITC yang berjaya mencetuskan nasionalisme.
Nasionalis lepasan MCKK seperti Raja Chulan Raja Abdullah, Mohammad Eunos
Abdullah, Mahmud Mat dan Raja Uda Raja Muhammad.
Lepasan SITC seperti Abdul Hadi Abdul Manan, Harun Aminurrashid dan Buyong Adil.
ii. Bagaimanakah golongan intelektual ini membangkitkan nasionalisme ketika
itu?

Golongan intelektual membangkitkan semangat nasionalisme


ketika itu :
1. melalui penulisan karya kreatif yang bertemakan semangat
perjuangan, menulis dan menerbitkan akhbar dan majalah
2. Menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi dan politik
3. Menyalurkan idea mereka dengan cara berbaik-baik dengan
British.
iii. Bagaimanakah golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu bagi
memartabatkan negara kini?

Golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu untuk


memartabatkan negara kini dengan cara

1. Menghasilkan pelbagai rekaan inovasi yang kreatif, menulis


dalam pelbagai lapangan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa
2. Mengendalikan wacana intelektual
3. Menghasilkan karya kreatif yang sesuai dengan pelbagai
peringkat umur.
1. Pergerakan nasionalisme di negara kita dipelopori oleh
golongan intelektual yang berpendidikan agama, Inggeris
dan Melayu
  a. Jelaskan tentang perjuangan golongan intelektual
berpendidikan Inggeris di negara kita.
4 markah
 
1.a  
F1 Menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi
orang Melayu
F2 Menuntut British memperbaik taraf hidup orang
Melayu
F3 Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan
F4 Menyalurkan idea dan tuntutan dengan cara
  berbaik-baik dengan British
F5 Menggunakan akhbar seperti warta Malaya,
Lembaga Malaya dan utusan Melayu
Maktab Perguruan Sultan ldris (SITC 1922) berjaya melahirkan
Intelektual
semangat kesedaran bangsa melalui beberapa usaha seperti
Berpendidikan Melayu yang berikut:
1. Peranan guru (O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun
Aminurrashid) berjaya meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajar sehingga lahir ramai
tokoh penulis dan nasionalis.
2. Kewujudan Pejabat Karang Mengarang (Ketua Penterjemahnya Za'ba), berjaya
menghasilkan buku berkualiti, di samping menjadi pemangkin mengasah bakat pelajar
dalam usaha membangkitkan semangat kebangsaan. Tokoh nasionalis yang muncul
daripada kepesatan karya pejabat ini ialah Buyong Adil dan Abdul Hadi Hassan.
3. Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia menjadikan SITC sebuah
taman ilmu yang mendedahkan pembaharuan dari negara luar.
4. Kurikulum SITC menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan pendedahan keagungan
empayar Melayu di Alam Melayu membangkitkan kesedaran kepada penuntutnya. Mata
pelajaran Anyaman dan Kesihatan serta Sukan dianggap penting dalam kurikulum di SITC.
5. Pada tahun 1929, lahirlah Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung
Borneo yang akhirnya melahirkan persatuan radikal, iaitu Kesatuan Melayu Muda.
b. Bagaimanakah golongan intelektual
berpendidikan Melayu membangkitkan semangat
nasionalisme pada ketika itu?
6 markah
 
1.b  
F1 Membangkitkan semangat nasionalisme ketika itu melalui penulisan
  karya kreatif
H1a Bertemakan semangat perjuangan
F2 Menulis dan menerbitkan akhbar dan majalah
F3 Meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajar
F4 Melahir ramai tokoh penulis dan nasionalis
F5 Menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi dan politik
F6 Menyalurkan idea mereka dengan cara berbaik-baik dengan British.
H6a Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang Ketua Penterjemahnya Za'ba
F7 Berjaya menghasilkan buku berkualiti
H7a Menjadi pemangkin mengasah bakat pelajar dalam usaha
  membangkitkan semangat kebangsaan.
C7a Contoh tokoh nasionalis tersebut Buyong Adil dan Abdul Hadi
Hassan
c.i Pada pendapat anda, bagaimanakah
golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu
bagi memartabatkan negara kita pada masa
kini?
4 markah
 
1.ci  
F1 Menghasilkan pelbagai rekaan inovasi yang kreatif
H1a Menulis dalam pelbagai lapangan di peringkat
  kebangsaan dan antarabangsa
F2 Mengendalikan wacana intelektual
F3 Menghasilkan karya kreatif yang sesuai dengan
  pelbagai peringkat umur
F4 Berkongsi ilmu dengan generasi muda
F5 Menyumbang idea kepada pihak tertentu
F6 Memberi khidmat nasihat dalam bidang yang
dikuasai
Mana-mana jawapan yang munasabah
c.ii Pada pandangan anda, mengapakah
pendidikan memainkan peranan penting
dalam meningkatkan tamadun manusia.
6 markah
1c.ii  
F1 Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
F2 Melahirkan tenaga pekerja yang mahir
F3 Melahirkan masyarakat yang patuh kepada ajaran
agama
F4 Memudahkan masyarakat menerima maklumat
F5 Membasmi buta huruf dalam masyarakat
F6 Memudahkan hubungan dengan negara luar
F7 Membolehkan teknologi digunakan dengan lancar
F8 Menggalakkan usaha R & D
F9 Melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif
  Mana-mana jawapan yang munasabah

Anda mungkin juga menyukai