Anda di halaman 1dari 57

TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017

KESAN DASAR EKONOMI BRITISH (MASYARAKAT BERBILANG KAUM)

SKOP KAJIAN

Ciri Masyarakat Berbilang Kaum

Faktor Kewujudan Masyarakat Berbilang Kaum

Kesan Kewujudan Masyarakat Berbilang Kaum

Usaha Memupuk Perpaduan Kaum

Nilai dan Iktibar

CIRI MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a) Nyatakan ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu semasa


penjajahan British

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Mengamalkan adat dan budaya yang berbeza.

Menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza.

Petempatan berbeza mengikut kaum.

Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum.

Perpaduan kaum tidak wujud.

Tiada interaksi yang meluas antara kaum.

Jurang ekonomi antara kaum begitu luas.

Menggunakan pendidikan vernakular masing-masing.


FAKTOR KEWUJUDAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a) Apakah faktor yang menyumbang kepada kewujudan masyarakat berbilang kaum di
negara ini ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini disebabkan oleh kemasukan imigran dari
China dan India.

Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat
imigran dari China dan India datang ke Tanah Melayu semasa zaman penjajah.

Dasar British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung keperluan
sumber tenaga manusia di Tanah Melayu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah
kedatangan imigran dari China dan India.
(b) Apakah faktor yang menarik minat imigran di atas datang ke Tanah Melayu
pada zaman penjajahan British.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Faktor yang menarik minat imigran di atas datang ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan
British ialah .....

Kepesatan pertanian komersil dan perlombongan.

Pada masa itu berlakunya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan. Pihak British membawa
masuk buruh dari India untuk bekerja di ladang getah. Buruh dari China dibawa masuk untuk
bekerja di lombong bijih timah.

Kesulitan hidup di negara asal.

Pihak British menggalakkan buruh Cina dan India datang ke Tanah Melayu. Mereka meninggalkan
negara masing-masing untuk mencari penghidupan baru.

Kemasukan imigran tidak ditentang orang Melayu

Wujudnya hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan negara India dan China. Buruh dari China
datangnya dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Buruh India
datangnya dari wilayah selatan India seperti Kerala, Tamil Nadu dan Pondicherry.

Kestabilan politik di Tanah Melayu.

Tanah Melayu mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi. Pemodal Eropah dan China
melabur modal dalam perusahaan getah dan bijih timah. Perkembangan tersebut membuka peluang
pekerjaan yang banyak.

KESAN KEWUJUDAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a) Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan wujudnya fenomena baru di
Tanah Melayu semasa zaman penjajahan.

Berikan penjelasan anda.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah MENYEBABKAN .....

Wujudnya petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum.

Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar, imigran dari India tinggal di kawasan estet manakala
imigran dari China tinggal di kawasan lombong dan di bandar.

Wujudnya jenis pekerjaan yang berbeza-beza mengikut kaum.


Orang Melayu bertani, buruh dari India bekerja sebagai penoreh getah, manakala buruh dari China
berniaga dan bekerja di lombong.

Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum secara meluas semasa zaman
penjajahan.

Perkara ini menyulitkan proses perpaduan kaum dalam usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu
selepas merdeka.
(b) Fenomena yang berlaku di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan ialah tidak ada
kesepaduan dan interaksi yang meluas dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Berikan ulasan anda.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Fenomena yang berlaku di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan ialah tidak ada kesepaduan
dan interaksi yang meluas dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Setiap kaum menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza. Contohnya, kaum Melayu
menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, kaum Cina bekerja di lombong atau menceburi perniagaan
manakala kaum India bekerja di ladang getah dan menjadi buruh kerja raya. Hal ini menyebabkan
mereka tinggal di kawasan petempatan yang berbeza. Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar,
orang Cina tinggal di bandar utama manakala orang India tinggal di pinggir bandar dan di kawasana
estet. Kegiataan ekonomi yang berbeza mengakibatkan kesan negatif kerana tidak berlaku interaksi
antara kaum. Hubungan mereka tidak begitu mesra.

USAHA MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a) Kerajaan negara kita bertungkus lumus berusaha menghapuskan perbezaan


kaum mengikut fungsi ekonomi serta membina kesepaduan kaum demi
mewujudkan perpaduan nasional. Terangkan usaha tersebut.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi, kerajaan telah


menjayakan dasar-dasar ekonomi kerajaan.

Kerajaan telah meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Hal ini menyebabkan jurang ekonomi antara kaum semakin berkurangan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. dan kerajaan menyusun semula masyarakat
agar pengenalan kaum tidak lagi berasaskan fungsi ekonomi.

Kerajaan membuat pembahagian peluang ekonomi secara adil mengikut kaum.

Untuk membina kesepaduan kaum, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara.

Penghayatan rakyat terhadap prinsip Rukun Negara dapat mewujudkan keharmonian


kaum.

Kerajaan mewajibkan penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa rasmi negara.

Semua kaum menggunakan bahasa kebangsaan untuk berinteraksi.


TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017

PERUSAHAAN GETAH

SKOP KAJIAN

Sejarah perusahaan getah

Sumbangan H.N. Ridley

Faktor perkembangan perusahaan getah

Usaha menyekat penglibatan orang Melayu

Nilai dan Iktibar

SEJARAH PERUSAHAAN GETAH

(a) Senaraikan tanaman komersil yang diusahakan di Tanah Melayu sebelum


pihak British memperkenalkan tanaman getah.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 247)

Ubi kayu

Tebu

Lada hitam

Gambir

Tembakau

Kopi

(b) Jelaskan sejarah perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 247 - 248)


Tanaman getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersil di Tanah Melayu pada awal
abad ke-20.

Pada awalnya, getah dijadikan tanaman hiasan di kediaman Residen Hugh Low di Kuala
Kangsar, Perak.

H.N. Ridley telah mengembangkan perusahaan getah apabila beliau menjadi Pengarah
Botanical Garden Singapura.

Beliau meyakinkan peladang agar menanam getah.

Beliau mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah percuma.

Beliau berjaya menemui teknik torehan secara ibidem (bentuk tulang ikan hering).

Perkembangan industri pembuatan telah meningkatkan permintaan terhadap getah.

Harga getah melambung dan menjadi perusahaan penting di Tanah Melayu.

Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilan mereka di Tanah Melayu dan melabur
modal dalam perusahaan getah.
SUMBANGAN H.N.RIDLEY

(a) Apakah peranan H.N.Ridley dalam mengembangkan perusahaan getah di


Tanah Melayu ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 248)

H.N. Ridley MEMAINKAN PERANAN .....

Meyakinkan para peladang supaya menanam getah.

Mengadakan pameran getah untuk menarik minat petani menanam getah.

Mengagihkan benih getah kepada peladang secara percuma.

Mencipta teknik torehan secara ibidem yang tidak merosakkan pokok getah.

FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH

(a) Terangkan faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada


awal abad ke-20.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 248 - 249)

Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu DISEBABKAN .....

Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah.

Getah mendapat permintaan yang tinggi kerana digunakan dalam pelbagai


industri terutamanya industri kereta.

Peranan H.N.Ridley.

H.N.Ridley mengadakan pameran untuk meyakinkan peladang menanam getah.

Beliau mengagihkan benih getah secara percuma.

Beliau berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan kering).

Perkembangan industri barangan pengguna.

Contohnya kasut, tayar basikal dan peralatan letrik.

Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi.

Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah.


Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu.

Syarikat ini membuka ladang getah di Tanah Melayu.

Contoh Harrisons and Crossfield, Boustead, Guthrie dan Sime Darby.

Sokongan pihak British kepada pemodal asing.

Pihak British mengenakan sewa tanah yang rendah.

Mereka juga mengenakan tarif yang rendah.

Syarikat perusahaan getah diberikan dividen yang tinggi

Syarikat itu juga diberi pengecualian cukai eksport 50 tahun.

Perkembangan dalam bidang infrastruktur.

Jalan kereta api dibina menghubungkan ladang dengan pelabuhan.

British membawa masuk buruh dari India.

Diambil bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.


(b) Apakah langkah yang dilakukan oleh pihak British menggalakkan pemodal
asing membuka ladang getah di Tanah Melayu ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 248 - 249)

H. N. Ridley telah berusaha meyakinkan peladang bahawa tanaman getah mempunyai


potensi yang baik dan menguntungkan.

H. N. Ridley telah mengadakan pameran getah dan mengagihkan benih getah secara
percuma.

H. N. Ridley telah memperkenalkan teknik torehan ibidem (tulang ikan hering) yang tidak
merosakkan pokok getah.

Pihak British telah mengenakan sewa tanah yang rendah kepada pelabur yang membuka
ladang getah.

Pihak British telah mengenakan tarif yang rendah kepada syarikat yang melabur dalam
perusahaan getah.

Pihak British telah memberi dividen yang tinggi kepada pelabur.

Pihak British telah memberi pengecualian cukai eksport.

Pihak British telah membina jalan kereta api menghubungkan ladang getah dengan
pelabuhan.

Pihak British telah membawa masuk buruh dari India untuk bekerja di ladang getah.

USAHA MENYEKAT PENGLIBATAN ORANG MELAYU

DALAM PERUSAHAAN GETAH

(a) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk menyekat penglibatan orang Melayu
dalam perusahaan getah.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 260 - 262)

Pihak British TELAH .....

Meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.

Akta ini melarang penanaman tanaman komersil (getah) dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu.

Meluluskan Enakmen Tanah Padi 1917.

Enakmen ini melarang penanaman getah di atas tanah padi.

Melaksanakan Rancangan Stevenson 1922.


Rancangan ini mengehadkan pengeluaran getah oleh pekebun kecil.

Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (RPGA) 1934.

Rancangan ini memberikan kuota pengeluaran yang rendah kepada pekebun kecil.

Menaikkan premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah.

Orang Melayu tidak mampu membayar premium untuk menukar syarat tanah padi menjadi tanah
getah.

Melarang pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.

Tidak menawarkan bantuan teknikal dan kewangan kepada pekebun kecil.


(b) Mengapakah pihak British berusaha menyekat penglibatan orang Melayu
dalam perusahaan getah ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 260 - 262)

Pihak British berusaha menyekat penglibatan orang Melayu dalam perusahaan getah KERANA .....

Hendak melindungi kepentingan pengusaha Eropah

Mahu kekalkan orang Melayu menanam padi.

Usaha orang Melayu menjadi ancaman kepada pengusaha ladang.

Hendak mengawal harga getah di pasaran antarabangsa.

Hendak mengelakkan orang Melayu terlibat dalam ekonomi antarabangsa.

NILAI DAN IKTIBAR

(a) Bagaimanakah perusahaan getah dapat memberikan sumbangan dalam membantu


meningkatkan kemajuan negara ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Perusahaan getah boleh menarik pelabur asing menanam modal di negara kita.

Perusahaan getah boleh meningkatkan perusahaan barangan pengguna.

Perusahaan getah menyumbangkan pendapatan negara melalui cukai eksport dan

tarif

Perusahaan getah menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Perusahaan getah meningkatkan kemajuan sistem perhubungan dan pengangkutan.

Eksport getah asli menyumbangkan pendapatan kepada negara.

Kayu getah dapat digunakan sebagai bahan mentah dalam industri perabot.

(b) Nilaikan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup
pekebun kecil getah di negara kita pada hari ini ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)


Untuk meningkatkan kualiti hidup pekebun kecil getah di negara kita pada hari ini,
KERAJAAN TELAH .....

Menyediakan bantuan tanam semula getah kepada pekebun kecil menyebabkan mereka
dapat menggantikan pokok getah yang sudah tidak produktif.

Menyediakan bantuan sara hidup agar dapat meringankan beban hidup pekebun kecil ketika
musim tidak dapat menoreh.

Menawarkan pinjaman modal untuk membantu pekebun kecil menggunakan teknologi


moden dalam bidang perusahaan getah.

Menjalankan penyelidikan melalui Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan RISDA
untuk meningkatkan kualiti susu getah supaya dapat membantu pekebun kecil meningkatkan hasil
getah.

Memberikan bantuan nasihat dan teknikal dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan
pekebun kecil dalam perusahaan getah.
(c) Wajarkah perusahaan getah dikekalkan sebagai sumber ekonomi negara ?

Berikan penjelasan anda.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Sangat wajar dikekalkan. Ini adalah kerana perusahaan getah dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk. Contohnya, ladang getah menyediakan pekerjaan sebagai penoreh
getah, buruh rencam, mandur dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dapat
dikurangkan. Dengan itu, taraf hidup masyarakat menjadi lebih baik.

Selain itu, perusahaan getah dapat membekalkan bahan mentah untuk perusahaan.
Contohnya, perusahaan membuat tayar, kasut getah, sarung tangan dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan perindustrian berasaskan getah semakin berkembang. Akhirnya, hasil perindustrian
dapat dieksport ke luar negara.

(d) Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha mengekalkan


kecemerlangan sebagai negara pengeluar getah asli terbesar di dunia.

Berikan komen anda.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha mengekalkan kecemerlangan sebagai


negara pengeluar getah asli terbesar di dunia. Ini adalah kerana tanah pertanian semakin
berkurangan. Contohnya, tanah pertanian telah digunakan untuk dijadikan tapak perumahan,
bangunan jabatan kerajaan, kemudahan asas dan lain-lain. Hal ini menyebabkan ladang-ladang
getah tidak dapat dibangunkan. Ladang getah yang sedia ada terpaksa dilupuskan untuk
pembangunan.

Selain itu, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha mengekalkan kecemerlangan
sebagai negara pengeluar getah asli terbesar di dunia. Perladangan getah menghadapi persaingan
daripada negara lain. Contohnya, negara Thailand, Indonesia dan Vietnam juga membuka ladang
getah secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan pengeluaran getah dunia berlebihan. Harga
getah di pasaran dunia menjadi tidak stabil.
NILAI DAN IKTIBAR

(a) Mengapakah perpaduan sangat penting dalam negara yang mempunyai kemajmukan
rakyat ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Perpaduan dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara kita. Contohnya, wujud saling
menghormati antara kaum, saling membantu dalam urusan ekonomi, berkongsi kuasa dalam
menjalankan pemerintahan negara dan sebagainya. Hal ini menyebabkan wujudnya interaksi yang
lebih mesra antara kaum. Kestabilan politik amat penting dalam sesebuah negara kerana negara
akan menjadi aman. Keamanan negara membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat. Negara
akan menjadi maju.

(b) Kemajmukan rakyat yang diuruskan dengan betul boleh membawa


kegemilangan kepada sesebuah negara.

Apakah komen anda ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Kemajmukan rakyat yang diuruskan dengan betul boleh membawa kegemilangan kepada
sesebuah negara. Ini adalah kerana perpaduan boleh mewujudkan kestabilan politik dalam negara.
Contohnya, wujud saling menghormati antara kaum, saling membantu dalam urusan ekonomi,
berkongsi kuasa dalam menjalankan pemerintahan negara dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
wujudnya interaksi yang lebih mesra antara kaum. Kestabilan politik amat penting dalam sesebuah
negara kerana negara akan menjadi aman. Keamanan negara membolehkan ekonomi berkembang
dengan pesat. Negara akan menjadi maju.
TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017

ZAMAN RENAISSANCE

SKOP KAJIAN

Maksud Renaissance

Faktor berlaku Renaissance

Kesan Renaissance

Nilai dan iktibar

MAKSUD RENAISSANCE

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Renaissance ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217)

Renaissance berasal daripada perkataan Itali renisciment

Renaissance bermaksud kelahiran semula.

Renaissance bermaksud menghargai semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.

Renaissance bermaksud mengembangkan semula kegemilangan ilmu dalam tamadun Yunani


dan Rom.

Renaissance bermaksud menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan


masalah.

(b) Berikan dua tokoh Renaissance.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217-218)

Francesco Petrarch
Niccolo Machiavelli

Galileo Galilei

Leonardo da Vinci

FAKTOR MENCETUSKAN RENAISSANCE

(a) Huraikan faktor berlakunya Renaissance.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217-218)

Renaissance berlaku di Eropah DISEBABKAN OLEH .....

Kemunculan tokoh aliran humanisme.

Contohnya Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.

Tokoh-tokoh tersebut menggalakkan manusia menggunakan akal untuk berfikir bagi menyelesaikan
masalah. Mereka juga membantu menyebarkan idea Renaissance.
Kemunculan bandar pelabuhan di Itali.

Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan
antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Bandar
tersebut juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar
mereka.

Kemunculan pedagang kaya.

Contohnya keluarga Medici di Florence. Golongan pedagang kaya ini menjadi patron (penaung atau
penaja) kepada pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Mereka menggunakan kekayaan mereka
untuk membantu cendekiawan melakukan penyelidikan dan mengindahkan bandar.

Peranan pihak Gereja.

Paus di Rom berhasrat menjadikan Rom cantik seperti bandar Florence. Mereka turut menjadi
penaung kepada seniman dan cendekiawan. Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk
mencantikkan gereja Rom.

Perubahan dalam konsep pendidikan.

Pendidikan Zaman Renaissance menggalak kemahiran dalam


semua aspek. Contohnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo selain dikenali sebagai
pelukis dan pengukir, mereka juga dikenali dalam bidang lain.

(b) Pada pandangan anda, mengapakah Renaissance tercetus di Itali ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217-218)

Ramai tokoh aliran humanisme muncul di Itali.

Contohnya Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.

Tokoh-tokoh tersebut menggalakkan manusia menggunakan akal untuk berfikir bagi menyelesaikan
masalah. Mereka membantu menyebarkan idea Renaissance.

Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.

Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan
antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Bandar
tersebut juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar
mereka.

Ramai pedagang kaya muncul di Itali.

Contohnya keluarga Medici di Florence. Golongan pedagang kaya ini menjadi patron (penaung atau
penaja) kepada pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.

Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membantu cendekiawan melakukan penyelidikan


dan mengindahkan bandar.
Peranan yang dimainkan oleh pihak Gereja Rom.

Paus di Rom berhasrat menjadikan Rom cantik seperti bandar Florence. Mereka turut menjadi
penaung kepada seniman dan cendekiawan. Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk
mencantikkan gereja Rom.
(c) Nyatakan peranan pedagang kaya dalam mencetuskan Renaissance di Eropah.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 218)

Pedagang kaya menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.

Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada kegiatan cendekiawan.

Pedagang berusaha menarik seniman dan cendekiawan ke bandar mereka.

(d) Nyatakan peranan Gereja Rom dalam mencetuskan Renaissance di Eropah.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 218)

Paus menjadi penaung seniman dan cendekiawan.

Penguasa Gereja mahu menandingi pencapaian bandar Florence.

Mereka berhasrat menjadikan Rom cantik dan menarik seperti bandar Florence.

Pihak Gereja menggalakkan seni lukis dan seni ukir.

Pihak Gereja mengupah pelukis dan pengukir mencantikkan gereja dan katedral.

(e) Mengapakah penguasa Gereja Rom tidak berminat untuk menaungi kegiatan ahli sains
dan matematik ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 218)

Penguasa Gereja Rom tidak berminat untuk menaungi kegiatan ahli sains dan matematik KERANA
.....

Ahli sains dan matematik sentiasa mencabar pemikiran ahli Gereja.

Berlaku perselisihan pendapat antara ahli sains dengan Gerja dalam menjelaskan fenomena
alam. Saintis mengatakan matahari adalah pusat alam. Gereja mengatakan bumi adalah pusat alam.

Selain itu, disebabkan perbezaan dalam menggunakan kaedah kajian. Saintis menggunakan
kaedah empirikal. Gereja menggunakan kaedah kaedah tradisional.

KESAN RENAISSANCE

(a) Terangkan kesan Renaissance terhadap masyarakat di Eropah.


(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 219-220)

Kesan Dalam Bidang Politik

Renaissance menyebabkan munculnya monarki baru di Eropah.

Contohnya di Portugal, Castile dan Oregon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.

Renaissance menyebabkan wujudnya kerajaan pusat.

Kekuasaan kerajaan pusat diperkukuhkan dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada
kerajaan pusat.

Renaissance menyebabkan kuasa kuasa raja bertambah kukuh.

Kuasa Gereja dan golongan bangsawan semakin berkurangan.


Kesan Dalam Bidang Ekonomi

Renaissance menyebabkan kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus.

Sistem perdagangan semakin berkembang.

Renaissance menyebabkan berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan.

Kegiatan ini seiring dengan kemajuan dalam matematik, geografi, kartografi (teknik melukis
peta) dan astronomi.

Kesan Dalam Bidang Sosial

Renaissance membangkitkan semangat inkuiri.

Cendekiawan lebih mengutamakan keobjektifan dan eksperimen.

Hal ini menyebabkan berkembangnya ilmu biologi, fizik, kimia dan perubatan.

Renaissance membawa perubahan dalam gaya hidup masyarakat.

Manusia mula menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.

Hal ini melahirkan budaya mempunyai keyakinan diri.

Renaissance melahirkan masyarakat yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah


dan metafizik .

Manusia menggunakan kebolehan dan ilmu untuk memajukan kehidupan.

Hal ini melahirkan sifat berani meneroka perkara baru.

(b) Bagaimanakah monarki baru di Eropah mengukuhkan kedudukannya ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 219)

Monarki baru di Eropah mengukuhkan kedudukannya DENGAN CARA .....

Mewujudkan kerajaan pusat yang kukuh.

Mewujudkan kesatuan bangsa di bawah satu kerajaan pusat.

Mengamalkan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.

Mengurangkan kuasa Gereja

Mengurangkan kuasa golongan bangsawan.


(c) Bagaimanakah semangat Renaissance berjaya meningkatkan perkembangan intelektual
masyarakat Eropah ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 219)

Semangat Renaissance membangkitkan semangat inkuiri. Semangat ini mengutamakan


pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .

Semangat Renaissance memberi keutamaan kepada keobjektifan dan eksperimen.

Semangat Renaissance meningkatkan perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan
perubatan.

Semangat Renaissance membangkitkan sifat individualisme yang mendorong manusia


menzahirkan emosi melalui muzik, lukisan dan ukiran.

Semangat Renaissance menggalakkan penggunaan ilmu untuk memajukan kehidupan.

Semangat Renaissance melahirkan sifat berani meneroka perkara baru.

(d) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh daripada


Zaman Renaissance untuk kemajuan negara dan bangsa Malaysia?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Sekiranya kita berani meneroka perkara baru, kita akan dapat memajukan pemikiran
masyarakat.

Sekiranya kita memanfaatkan ilmu pengetahuan, kita akan mencapai kejayaan dalam segala
bidang.

Sekiranya kita memiliki semangat inkuiri, kita akan sentiasa berfikir secara objektif dan
saintifik.

Sekira semua pihak bekerjasama, kita akan berjaya mewujudkan perpaduan dalam masyarakat.

(e) Bagaimanakah kita boleh menghindarkan negara kita daripada mengalami


Zaman Gelap seperti yang berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Kita hendaklah menguasai ilmu pengetahuan. Contohnya kita hendaklah menguasai berbagai-
bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu matematik, fizik. Astronomi, perubatan dan sebagainya.
Kita juga dituntut mengadunkan ilmu pengetahuan daripada tamadun lain dengan ilmu pengetahuan
dalam masyarakat kita. Hal ini pemikiran masyarakat kita semakin berkembang maju. Lahirnya
semangat inkuiri dalam kalangan ilmuan di Eropah pada masa itu. Sebagai kesimpulannya,
penguasaan ilmu sangat penting kepada negara kerana dengan penguasaan tersebut, kajian dan
penyelidikan dapat dilakukan dalam pelbagai bidang.

(f) Sejauhmanakah perkembangan yang berlaku pada Zaman


Renaissance mendatangkan manfaat kepada masyarakat Eropah pada zaman selepasnya ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Bandar pelabuhan di Itali telah muncul menjadi pusat perkembangan idea baru. Contohnya
bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan antarabangsa,
bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Bandar ini menjadi pusat
perkembangan aliran pemikiran humanisme. Hal ini menyebabkan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan berkembang. Selain itu, lahirnya golongan cendekiawan di bandar-bandar tersebut. Di
bandar ini juga munculnya pedagang-pedagang kaya seperti keluarga Medici yang menjadi penaung
(patron) kepada kegiatan seniman dan cendekiawan. Bandar-bandar tersebut juga berlumba-lumba
mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar mereka. Sebagai kesimpulannya,
bandar tersebut memainkan peranan penting kerana gabungan penglibatan pedagang, cendekiawan
dan ilmu pengetahuan telah membantu golongan cendekiawan menggunakan akal bagi
menyelesaikan permasalahan serta menyebarkan idea renaissance ke seluruh Eropah. Hal ini
melahirkan budaya mempunyai keyakinan diri dengan menzahirkan emosi mereka melalui muzik,
lukisan dan ukiran. Mereka berani meneroka perkara untuk memajukan kehidupan.
TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017

PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

SKOP KAJIAN

Penglibatan orang Melayu dalam perdagangan

Melaka sebagai pusat perdagangan

Mata wang negeri Melayu

Pelaksanaan sistem cukai

Nilai dan Iktibar

PENGLIBATAN ORANG MELAYU DALAM PERDAGANGAN

(a) Nyatakan perubahan dalam amalan ekonomi masyarakat Melayu selepas kedatangan
Islam di Tanah Melayu.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 209)

Masyarakat Melayu mula bergiat secara aktif dalam bidang perdagangan maritim.

Unsur riba dan penipuan dalam perniagaan telah dihapuskan.

Zakat dan sedekah diamalkan untuk mengatasi masalah ekonomi masyarakat.

Gotong-royong diamalkan untuk memudahkan kerja berkaitan ekonomi.

Cukai berasaskan hukum Islam dilaksanakan untuk menambahkan pendapatan kerajaan.

(b) Mengapakah orang Melayu melibatkan diri secara aktif dalam bidang
perdagangan selepas kedatangan Islam ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 209)


Orang Melayu terlibat dalam bidang perdagangan selepas kedatangan Islam KERANA .....

Perdagangan di Laut Hindi dan Laut China Selatan dikuasai pedagang Islam.

Ajaran Islam menjelaskan bahawa perniagaan adalah sumber rezeki yang besar.

Orang Melayu mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w.

Orang Melayu menggunakan perdagangan menjadi saluran untuk menyebarkan dakwan


Islamiah.

Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu.

Kemudahan perdagangan yang disediakan di Melaka menarik pedagang luar datang berdagang
di Melaka.

Bahasa Melayu telah menjadi lingua-franca di Asia Tenggara.

Orang Melayu mahir dalam ilmu pelayaran.


KEMUNCULAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

(a) Nyatakan faktor yang menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang
penting di Asia Tenggara.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 209)

Melaka muncul sebagai pusat perdagangan DISEBABKAN .....

Kedudukan pelabuhannya yang strategik.

Contohnya, pelabuhan Melaka terletak di Selat Melaka. Melaka juga terletak di tengah laluan
perdagangan antara China dengan India. Kedudukan tersebut menggalakkan kehadiran pedagang
asing di Melaka.

Pentadbiran yang licin dan teratur.

Contohnya, Laksamana menjaga urusan kelautan dan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan. Hal ini
menyebabkan perdagangan di Melaka berjalan lancar.

Undang-Undang Laut Melaka sebagai panduan dalam perdagangan.

Undang-undang tersebut menyediakan garis panduan dalam hal berkaitan dengan tugas nakhoda,
jurumudi dan seumpamanya.

Sistem timbang dan sukat yang seragam diperkenalkan.

Contohnya, sistem sukat dan timbang yang menggunakan tahil dan kati. Barangan yang ditimbang
dengan sistem ini termasuklah emas, perak, bahan wangian dan batu permata. Untuk menimbang
rempah ratus sistem timbangan yang digunakan ialah bahara, iaitu satu bahara bersamaan 205 kati.
Hal ini menyebabkan perdagangan dapat dijalankan dengan sistematik.

Penggunaan mata wang menggantikan sistem barter.

Kemudahan di pelabuhan.

Pelaksanaan sistem cukai yang seragam.

PENGENALAN MATA WANG

(a) Jelaskan mata wang tradisional negeri-negeri Melayu.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 210)

Wang timah Melaka.

Berbentuk bulat dan beratnya satu kati lapan tahil.


Tercatat nama sultan yang memerintah

Tercatat tarikh Islam

Wang timah Johor.

Dikenali sebagai wang katun.

Ada berbentuk bulat dan ada berbentuk segi enam.

Tidak mempunyai tarikh.

Tercatat nama pemerintah yang mengeluarkan wang.

Ditulis dengan tulisan jawi atau Arab.


Wang timah Kedah.

Berbentuk ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.

Boleh dipatahkan dan digunakan berasingan.

Wang emas Johor

Digelar kupang.

Bertarikh 1527

Tercatat nama raja Sultan Alaudin Riayat Syah.

Beratnya 10 grain / 0.65 gram

Tertera nama sultan yang mengeluarkan wang.

Di bahagian belakang tertulis gelaran Islam sultan Khalifatul Mukminin

Wang emas Kelantan

Dikenali sebagai kijang.

Terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut.

(b) Nyatakan ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri-negeri Melayu.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 210)

Tertulis nama sultan yang mengeluarkan mata wang.

Terdapat tarikh Islam pada mata wang itu.

Ditulis dengan tulisan jawi / Arab

Tertulis gelaran Islam Khalifatul Muslimin dan sebagainya

(h) Pada pandangan anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan nilai mata
wang negara kita ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)


Meningkatkan pengeluaran hasil negara.

Menstabilkan keadaan politik negara

Meningkatkan pelaburan asing ke dalam negara

Meningkatkan eksport barangan Malaysia ke luar negara.

(i) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi mata wang dalam sesebuah negara ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Untuk digunakan sebagai medium pertukaran dalam perdagangan.

Untuk melancarkan urusan perdagangan.

Untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Untuk menentukan nilai barangan.


PELAKSANAAN SISTEM CUKAI

(a) Bagaimanakah Cukai Tetap dan Cukai Diraja dilaksanakan di Melaka ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 211)

Cukai Tetap

Cukai Tetap dikenakan ke atas barangan yang diimport.

Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.

Barang dagangan yang dibawa oleh pedagang India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu
dikenakan cukai sebanyak 6%.

Barang dagangan yang dibawa oleh pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak
5%.

Cukai dibayar dahulu sebelum urusan perniagaan dilakukan.

Setelah cukai dibayar, barulah urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .

Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.

Cukai Diraja

Cukai Diraja dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.

Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai 3%.

Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai 6%.

(b) Apakah langkah yang diperkenalkan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka
untuk meningkatkan perkembangan ekonominya ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 211)

Untuk meningkatkan perkembangan ekonominya, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka TELAH


.....

Mengenakan cukai tetap (cukai import) terhadap barangan import.

Mengenakan cukai diraja ke atas orang asing yang menetap di Melaka.

Mengharamkan riba dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.


Menekankan agar golongan kaya mengeluarkan zakat.

Menubuhkan Baitulmal untuk uruskan kutipan zakat .

Menggunakan wang zakat untuk pembangunan dan bantuan kepada masyarakat.

(c) Nyatakan kepentingan sistem mata wang dan sistem cukai terhadap pembangunan
ekonomi negara.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Sistem mata wang dan sistem cukai DAPAT .....

Melicinkan urusan perdagangan

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

Meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan

Menambahkan pendapatan negara

Menambahkan kecekapan pentadbiran


(d) Apakah langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan perkembangan perdagangan
maritim di negara kita ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Untuk menggalakkan perkembangan perdagangan maritim di negara kita, KERAJAAN PERLU .....

Menubuhkan institusi maritim untuk melatih kemahiran rakyat Malaysia dalam bidang
pelayaran.

Meningkatkan fungsi pelabuhan di negara kita menjadi pelabuhan entreport untuk menarik
minat pedagang luar.

Melengkapkan kemudahan di pelabuhan agar memberi keselesaan kepada pedagang luar.

Melaksanakan sistem cukai yang seragam untuk memudahkan urusan perdagangan.

Menambahkan bilangan kapal dagang untuk membolehkan perdagangan dijalankan secara


skala besar.

(e) Bagaimanakah bidang perdagangan memberikan sumbangan dalam meningkatkan


kemajuan ekonomi negara kita ?

Perdagangan menggalakkan pelaburan asing di negara kita.

Contohnya, banyak pelabur asing melabur modal dalam bidang perindustrian, perladangan,
pendidikan dan lain-lain. Hal ini menyebabkan dana dari luar negara dibawa masuk ke negara kita.
Sebagai kesimpulannya, pelaburan asing memberikan keuntungan kepada negara kerana
pembangunan negara berkembang dengan pesat.

Perdagangan meningkatkan peluang pekerjaan.

Contohnya, disebabkan perdagangan terdapatnya berbagai-bagai pekerjaan yang berkaitan


dengannya seperti pekerja am, operator pengeluaran, kerani, akuntan dan lain-lain. Hal ini
menyebabkan kadar pengangguran dalam negara dapat dikurangkan. Rakyat tempatan pula dapat
meningkatkan pendapatan mereka. Oleh yang demikian bidang perdagangan memberikan manfaat
yang besar kepada masyarakat dan negara kerana ekonomi negara dapat berkembang maju.
Akhirnya taraf hidup rakyat negara kita dapat ditingkatkan.
TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017

PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

SKOP KAJIAN

Dakwah secara rahsia

Dakwah secara terbuka

Nilai dan Iktibar

DAKWAH SECARA RAHSIA

(a) Apakah maksud dakwah secara rahsia ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 108 109)

Dakwah secara rahsia IALAH .....

Penyebaran Islam yang dilakukan secara sulit / sembunyi-sembunyi sahaja.

Dakwah ini ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat.

Dakwah ini berjalan selama tiga tahun di Makkah.

(b) Senaraikan tokoh yang diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui dakwah
secara rahsia.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109)

Khadijah binti Khuwailid

Ali bin Abu Talib

Zaid bin Harithah

Abu Bakar As-Siddiq

Uthman bin Affan


Zubair bin Awwam

Arqam bin Abi Al-Arqam

(c) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia


pada peringkat awal penyebaran Islam ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109 110)

Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran
Islam KERANA .....

Agama Islam baru dikenali.

Bilangan penganut Islam masih lagi sedikit.

Hendak mengelakkan penentangan orang Quraisy.

Hendak menjaga asas Islam agar tidak dihancurkan oleh masyarakat Quraisy.

Kebanyakan penganut Islam adalah golongan bawahan.

Hendak mengelakkan penganut Islam diseksa.

DAKWAH SECARA TERBUKA

(a) Apakah maksud dakwah secara terbuka ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109)

Dakwah secara terbuka IALAH .....

Dakwah yang dilakukan secara terang-terangan.

Dakwah tersebut ditujukan kepada seluruh masyarakat Makkah.

Dakwah ini berjalan selama 10 tahun di Makkah.

(b) Nyatakan kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan
dakwah secara terbuka.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109)

Menyampaikan dakwah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib.


Baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat.

Hasil musyawarah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan majlis ceramah di rumah Ali
bin Abu Talib.

Baginda menerangkan tentang agama Islam.

Ada antara keluarga baginda yang menerima dan ada yang menolak seruan tersebut.

Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab.

Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai
di Makkah.

Baginda berceramah kepada orang ramai di Bukti Safa.

Majlis itu dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah.

Di dalam ceramah tersebut belaku perbahasan yang hebat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan
Abu Lahab.

Abu Lahab telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam menyebabkan dakwah baginda
terganggu.
REAKSI MASYARAKAT ARAB TERHADAP ISLAM

SKOP KAJIAN

Sebab penyebaran Islam tidak ditentang

Faktor Islam mudah diterima oleh orang ramai

Bentuk penentangan terhadap penyebaran Islam

Faktor penentangan terhadap penyebaran Islam

Nilai dan Iktibar

SEBAB PENYEBARAN ISLAM TIDAK DITENTANG

(a) Mengapakah penyebaran Islam pada mulanya tidak ditentang oleh orang Arab Quraisy ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 110)

Penyebaran Islam pada mulanya tidak ditentang oleh orang Arab Quraisy KERANA .....

Dakwah Islamiah yang dijalankan hanya melibatkan keluarga Nabi sahaja.

Orang Quraisy Makkah menganggap penyebaran Islam hanyalah masalah keluarga Abdul
Mutalib sahaja.

Orang Quraisy Makkah mengambil sikap tidak mahu mencampuri urusan keluarga Nabi
Muhammad s.a.w.

Orang Quraisy Makkah tidak menyedari kesan dakwah tersebut kerana penyebaran Islam
dilakukan secara rahsia.

Orang Quraisy Makkah menganggap seruan itu tidak mendapat sambutan.


FAKTOR ISLAM MUDAH DITERIMA

(a) Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


dalam menyebarkan Islam ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 110 111)

Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah.

Baginda tidak memaksa orang memeluk Islam.

Baginda memujuk orang memahami Islam berdasarkan logik akal.

Baginda mengajak mereka membandingkan akhlak jahiliah dengan akhlak Islam.

Baginda menerangkan dengan jelas tentang Islam dengan membaca ayat al-Quran.

Baginda menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh masyarakat.

Baginda menanam keimanan yang kuat kepada pengikut.


(b) Jelaskan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan Islam di Makkah.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 110 111)

Nabi Muhammad s.a.w. memilih dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran Islam
untuk mengelakkan penentangan orang Quraisy yang boleh menghancurkan asas Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan pendekatan yang bijaksana dalam menyampaikan


dakwah Islamiah. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi menggunakan kaedah
memujuk secara lemah lembut.

Nabi Muhammad s.a.w. gigih menanamkan keimanan kepada penganut Islam dengan
membandingkan akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan akhlak Islam serta membacakan ayat-ayat
al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat.

Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa bersabar walaupun baginda dicemuh dan diganggu semasa
beribadat.

Nabi Muhammad s.a.w. tetap berpegang kepada amanah menyampaikan ajaran Islam
walaupun baginda ditawarkan dengan kedudukan, wanita cantik dan harta supaya menghentikan
dakwah Islamiah.

BENTUK PENENTANGAN TERHADAP ISLAM

(a) Nyatakan bentuk penentangan orang Arab Quraisy untuk menghalang penyebaran Islam di
Makkah.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 111 112)

Orang Quraisy menyeksa penganut Islam dengan kejam.

Contohnya Bilal bin Rabah dijemur, diselar dengan besi panas dan ditindih dadanya dengan batu.

Keluarga Yasir dijemur di tengah padang pasir hingga Yasir dan isterinya syahid.

Amir bin Fuhairah diseksa oleh tuannya hingga menjadi gila.

Zunainah diseksa oleh Abu Lahab hingga buta.

Orang Quraisy menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. beribadat dengan meletakkan benda-benda yang
kotor di tengkuk baginda.

Orang Quraisy mencemuh ajaran Islam.


Mereka mengejek ajaran Islam melalui puisi

Orang Quraisy memujuk Nabi menghentikan dakwah Islamiah.

Mereka menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.

Orang Quraisy memulau Nabi dan keluarga baginda.

Orang Quraisy tidak dibenarkan melakukan urusan jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka tidak memberikan sebarang pertolongan kepada keluarga baginda.

Mereka tidak akan berkahwin dengan anggota keluarga baginda.


(b) Mengapakah pemulauan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy ke atas
Nabi Muhammad s.a.w. tidak berjaya ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 112)

Pemulauan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tidak berjaya
KERANA .....

Abu Talib sentiasa melindungi dan membantu Nabi Muhammad s.a.w.

Terdapat orang Quraisy tidak mematuhi pemulauan dengan memberi bantuan kepada orang
Islam.

Ada orang Islam yang berkemampuan telah memberikan bantuan kepada orang Islam yang
kurang berada.

Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan semua hartanya demi membantu


perjuangan Islam.

FAKTOR PENENTANGAN TERHADAP ISLAM

(a) Orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam sedangkan kewibawaan
Nabi Muhammad s.a.w. telah diakui.

Terangkan sebab-sebabnya.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 111 112)

Orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam sedangkan kewibawaan Nabi Muhammad
s.a.w. telah diakui.

Ajaran Islam ditentang KERANA .....

Perbezaan antara kepercayaan orang Arab Quraisy dengan Islam.

Amalan kepercayaan orang Quraisy berbeza dengan kepercayaan Islam. Islam mempercayai Allah
Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai animisme. Islam mengamalkan amalan
menyembah Allah manakala masyarakat Quraisy Makkah mengamalkan amalan menyembah
berhala.

Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.

Orang Quraisy Makkah membezakan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. Orang Arab
Quraisy Makkah menolak konsep persaudaraan Islam. Mereka masih kuat berpegang kepada konsep
assabiah.

Islam melarang amalan tidak bermoral.


Minum arak, berjudi dan berzina adalah amalan jahiliah yang dilarang oleh Islam.

Amalan tersebut sudah sebati dengan masyarakat Arab Quraisy.

Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.

Mereka menganggap jika mereka menerima Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w. Mereka bimbang penerimaan Islam akan menggugat kedudukan dan pengaruh
mereka di Makkah. Hal ini akan menjejaskan peluang orang tertentu untuk jadi pemimpin.

Penyebaran Islam menggugat ekonomi orang Arab Quraisy.

Penyebaran Islam menjejaskan perusahaan mengukir dan menjual patung berhala.

Ini adalah kerana Islam melarang penyembahan patung berhala.


TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017

KERAJAAN MARITIM

SKOP KAJIAN

Maksud dan Ciri Kerajaan Maritim

Jenis dan Fungsi Pelabuhan Maritim

Faktor Kemajuan Kerajaan Maritim

Hubungan Baik Dengan Kerajaan Agraria

Nilai dan Iktibar

MAKSUD DAN CIRI KERAJAAN MARITIM

(a) Nyatakan ciri Kerajaan Maritim

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78)

Terbentuk di pesisiran pantai / kepulauan

Berasaskan perdagangan dan aktiviti kelautan

Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut

Mempunyai pelabuhan

Masyarakat mahir dalam ilmu pelayaran

(b) Berikan dua buah kerajaan maritim yang terdapat di Asia Tenggara.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78)

Langkasuka

Kedah Tua

Chi-Tu

Srivijaya
FUNGSI PELABUHAN KERAJAAN MARITIM

(a) Nyatakan pelabuhan yang wujud dalam kerajaan maritim dan fungsi pelabuhan tersebut.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78 79)

Pelabuhan Pembekal

Pelabuhan ini mengumpulkan hasil tempatan.

Contohnya logam seperti emas dan bijih timah, hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar dan
kayu balak serta barang makanan seperti beras, daging, ubi, jagung dan sayur-sayuran.

Pelabuhan ini akan membekalkan barangan tersebut kepada pedagang tempatan.

Pelabuhan Kerajaan

Pelabuhan kerajaan masih berfungsi sebagai pelabuhan pembekal dan pusat berdagang.

Pelabuhan ini mengumpulkan hasil tempatan dan membekalkan hasil kepada pedagang tempatan.

Pelabuhan ini menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ.

Pelabuhan Entreport

Pelabuhan entreport mengumpul hasil daripada pelabuhan sekitar.

Hasil tempatan tersebut dibekalkan kepada pedagang antarabangsa.

Pelabuhan ini juga mengedarkan hasil luar kepada pedagang tempatan.

(b) Pelabuhan maritim di Asia Tenggara bermula daripada sebuah petempatan kecil yang
kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan entreport.

Jelaskan proses pembentukannya.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78 79)

Pada peringkat awalnya, masyarakat maritim membina petempatan di kawasan pesisiran


pantai dan kepulauan.

Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.

Petempatan ini kemudiannya berkembang menjadi perkampungan nelayan.

Hasil yang berlebihan diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut.


Ada antara petempatan tersebut yang berkembang menjadi tempat berdagang.

Petempatan itu berkembang menjadi pelabuhan pembekal.

Pelabuhan tersebut mendapat bekalan hasil tempatan seperti emas, bijih timah, hasil hutan dan
makanan.

Pelabuhan pembekal ini disinggahi oleh pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut.

Ada pelabuhan pembekal ini yang berkembang statusnya menjadi pelabuhan kerajaan
apabila wujud kerajaan di situ.

Contohnya Langkasuka, Kedah Tua, Champa dan Srivijaya.

Pelabuhan kerajaan masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.

Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan berhampiran.

Pelabuhan ini akhirnya menjadi kawasan perdagangan yang strategik.

Pelabuhan kerajaan tersebut berkembang menjadi pelabuhan entreport.

Hal ini adalah disebabkan kedudukannya di laluan perdagangan antara China dengan India.

Ia menjadi tarikan kepada pedagang dari Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan
Barat kerana terletak di Selat Melaka

Pelabuhan entreport menjalinkan hubungan dengan kerajaan besar seperti China dan India.
FAKTOR KEMAJUAN KERAJAAN MARITIM

(a) Jelaskan faktor yang membantu Srivijaya muncul menjadi kerajaan maritim
yang terulung di Asia Tenggara.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 80 81)

Srivijaya muncul menjadi kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara KERANA.....

Pelabuhan Srivijaya mempunyai kedudukan yang strategik.

Pelabuhannya terletak antara Selat Melaka dan Selat Sunda. Pelabuhan ini menjadi laluan
perdagangan antara China dan India. Hal ini menyebabkan pelabuhannya disinggahi pedagang dari
China dan India.

Pelabuhan Srivijaya memiliki pelabuhan yang baik.

Pelabuhan yang dalam. Terlindung daripada angin kuat.

Kerajaan Srivijaya memiliki bala tentera yang besar.

Dianggotai oleh pelbagai rakyat termasuklah orang laut. Tentera laut mengawal keselamatan
kerajaan dan perdagangan di Selat Melaka.

Pelabuhan Srivijaya memiliki bekalan barangan yang banyak.

Bekalan barang diperoleh daripada wilayah taklukan.

Masyarakat Srivijaya mempunyai kemahiran membina kapal.

Mereka mampu menghasilkan kapal besar.

Pelabuhan Srivijaya mempunyai hubungan dengan negara luar.

Srivijaya mengadakan hubungan perdagangan dengan Kedah Tua.

(b) Mengapakah Kedah Tua berkembang maju sebagai kerajaan maritim di pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-11 Masihi ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 82 83)

Kedah Tua berkembang maju sebagai kerajaan maritim di pantai barat Semenanjung Tanah
Melayu pada abad ke-11 Masihi KERANA.....

Kedudukan Kedah Tua amat strategik iaitu di laluan Selat Melaka.

Pelabuhan Kedah Tua terlindung daripada monsun Barat Daya dan Timur Laut.

Terdapat Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang keluar masuk ke pelabuhan.
Kedah Tua kaya dengan bekalan hasil hutan seperti damar, rotan dan sebagainya.

Kedah Tua juga kaya dengan sumber bumi seperti bijih timah.

Barang dagangan dari luar mudah diperoleh di pelabuhan Kedah Tua seperti kain kapas, sutera,
teh, tembikar dan manik.

Kedah Tua menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti Srivijaya, China
Timur Tengah dan India.

Pelabuhan Kedah Tua dikunjungi oleh pedagang luar.

Mereka mahir dalam ilmu pelayaran yang berpandukan bintang di langit.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca memberi kelebihan kepada masyarakat
Melayu Kedah Tua.
HUBUNGAN BAIK KERAJAAN MARITIM DENGAN KERAJAAN AGRARIA

(a) Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dengan kerajaan


agraria ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 83)

Kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dengan kerajaan agraria KERANA .....

Kerajaan maritim hendak mendapatkan beras.

Beras dijadikan sumber makanan dan bahan pertukaran dalam perdagangan.

Memerlukan bekalan makanan.

Mendapatkan bekalan hasil hutan.

Mendapatkan gajah.

Mendapatkan khidmat tukang mahir.

Menjual barang dagangan antarabangsa.

NILAI DAN IKTIBAR

(a) Mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan awal merupakan pedagang
yang terulung di Asia Tenggara ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 79)

Orang Melayu pada zaman kerajaan awal merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang
terulung di Asia Tenggara KERANA ..

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca dapat memudahkan pedagang Melayu untuk
berurusniaga.

Pelabuhan di Kepulauan Melayu terletak di tempat yang strategik menyebabkan banyak


pedagang asing singgah untuk berdagang.

Orang Melayu memiliki semangat ingin meneroka menyebabkan timbul keinginan untuk pergi
berdagang dengan masyarakat luar.

Orang Melayu memiliki kemahiran membina kapal menyebabkan mereka mempunyai


kemudahan pengangkutan untuk pergi berdagang.

Kepulauan Melayu mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak menyebabkan


pedagang luar datang untuk mendapatkan bekalan tersebut.
(b) Apakah cabaran yang menghalang orang Melayu pada hari ini
untuk kembali mengungguli bidang perdagangan maritim ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 79)

Cabaran yang menghalang orang Melayu pada hari ini untuk kembali mengungguli bidang
perdagangan maritim IALAH .....

Orang Melayu kekurangan dana untuk menjalankan perdagangan besar-besaran.

Kepuluan Melayu hari ini tidak banyak membekalkan barang dagangan menyebabkan
pedagang luar kurang berminat untuk datang berdagang di sini.

Orang Melayu tidak menguasai kemahiran perdagangan dan pelayaran menyebabkan mereka
tidak dapat berdagang ke tempat yang jauh.

(c) Apakah usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan


sesebuah kerajaan sebagai kuasa maritim yang hebat ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan sesebuah kerajaan sebagai kuasa maritim yang
hebat IALAH .....

Kerajaan patut meningkatkan kestabilan politik negara supaya keselamatan perairan maritim
negara terjamin.

Kerajaan perlu menjalinkan hubungan diplomatik agar dapat mengeratkan hubungan dengan
negara luar.

Kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang berkualiti agar pelabuhan dapat diuruskan
dengan lebih cekap.

Kerajaan patut mendirikan akademi maritim agar dapat melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan dalam bidang pelayaran.

Semua pihak perlu memupuk semangat berani meneroka lautan dalam kalangan masyarakat
agar generasi muda memiliki keyakinan diri yang tinggi.

Kerajaan patut menyediakan peruntukan kewangan yang cukup agar dapat membantu pihak
yang berminat dalam bidang maritim.
(d) Wajarkah kerajaan memberikan penekanan kepada perdagangan maritim sebagai
langkah untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara ?

Berikan hujah yang menyokong pendirian anda.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Langkah kerajaan memberikan penekanan kepada perdagangan maritim untuk meningkatkan


kemajuan ekonomi negara adalah tindakan yang wajar.

Ini adalah kerana perdagangan maritim dapat menggalakkan pelaburan asing ke negara
kita. Sebagai contohnya, kita dapat meningkatkan pelaburan dalam bidang perkilangan,
perladangan, perbankan dan sebagainya.Hal ini menyebabkan negara kita menjadi pusat
perdagangan antarabangsa. Ekonomi negara bertambah maju kerana hasil pengeluaran negara
semakin meningkat. Sebagai kesimpulannya, memberikan penekanan terhadap perdagangan
maritim adalah satu langkah positif kerana kita bukan sahaja dapat meningkatkan imej negara
setanding dengan kuasa maritim lain, malah kita dapat meningkatkan keyakinan negara luar
terhadap keupayaan negara kita. Dengan itu, pengaliran dana asing untuk melabur di negara kita
kian bertambah.
TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017

TAMADUN MESOPOTAMIA

SKOP KAJIAN

Pembentukan Tamadun Mesopotamia

Ciri Tamadun Mesopotamia

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Nilai dan Iktibar Daripada Tamadun Mesopotamia

PEMBENTUKAN TAMADUN MESOPOTAMIA

(a) Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesoptamia

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 11)

Pembentukan tamadun Mesopotamia bermula di Selatan iaitu di Sumeria. Orang Sumer


berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan kekal..

Mereka menjalankan aktiviti pertanian setelah menebus guna tanah dan membina sistem
pengairan. Aktiviti ini membawa kepada lebihan makanan. Lebihan makanan mampu menampung
jumlah penduduk yang ramai.

Perkampungan ini telah berkembang menjadi bandar. Bandar-bandar ini berkembang menjadi
negara kota.

(b) Jelaskan peranan sungai Tigris dan Euphrates terhadap pertumbuhan


tamadun Mesopotamia.

Sungai Tigris dan Euphrates menyediakan lembangan yang subur.

Contohnya mendapan lanar selepas musim banjir. Hal ini menyebabkan lembangan tersebut sesuai
untuk kegiatan pertanian.

Sungai Tigris dan Euphrates juga membekalkan sumber air.


Air sungai digunakan sebagai sumber pengairan untuk pertanian. Hal ini menyebabkan tanaman
tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang baik. Penduduk mendapat bekalan makanan
mencukupi. Air sungai juga digunakan untuk kegunaan harian. Hal ini menyebabkan penduduk dapat
menjalani kehidupan yang sejahtera.

Sungai Tigris dan Euphrates membekalkan sumber protein

Contohnya, ikan, udang, ketam dan sebagainya. Hal ini menyebabkan penduduk mendapat bekalan
makanan sampingan.

Sungai Tigris dan Euphrates menjadi laluan perhubungan dan pengangkutan

Penduduk berhubung dari satu tempat ke satu tempat melalui sungai. Hal ini menyebabkan hasil
dari kawasan pedalaman diangkut ke muara melalui sungai. Muara sungai juga dijadikan pelabuhan.
CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA

(a) Terangkan ciri-ciri tamadun Mesopotamia.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 11 - 14)

Salah satu ciri tamadun Mesopotamia mempunyai negara kota.

Negara kota terbahagi kepada dalam kota, tembok kota dan luar kota.

Di dalam kota terdapat istana, pusat pentadbiran, rumah ibadat, rumah kediaman, pasar, tempat
mandi awam dan jalan raya.

Tembok kota mempunyai pintu gerbang dan kubu pertahanan.

Di luar kota terdapat tanah pamah, sungai dan pelabuhan

Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi sosial yang tersusun.

Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada pemerintah dan rakyat.

Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan

Golongan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan hamba.

Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang.

Hamba terdiri daripada tawanan perang.

Tamadun Mesopotamia mempunyai sistem pemerintahan berbentuk teokrasi

Raja merupakan pemerintah negara kota. Dalam menjalankan pentadbiran, raja dibantu oleh
golongan bangsawan dan keluarga diraja.

Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan.

Raja adalah pemilik negara kota. Raja memiliki tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan.

Raja menjadi ketua agama / ketua pendeta yang berkuasa dalam hal-hal keagamaan. Raja berkuasa
melantik ahli keluarganya memegang jawatan di ziggurat. Raja menentukan pentadbiran ziggurat.

Raja menjadi ketua tentera.

Tamadun Mesopotamia mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan.

Ada ahli masyarakat menjadi petani. Petani membekalkan makanan kepada golongan atasan.

Ada ahli masyarakat menjadi pedagang. Perdagangan dijalankan dengan wilayah luar untuk
mendapatkan barangan logam, kayu-kayan, emas dan perak.

Ada yang menjadi artisan menghasilkan tekstil, tembikar dan alat keperluan harian.

Ada yang menjadi tukang rumah.

Ada yang berkhidmat sebagai tentera.


Tamadun Mesopotamia mempunyai sistem tulisan.

Tulisan Mesopotamia dikenali sebagai tulisan cuneiform.

Tulisan ini berbentuk pepaku yang ditulis pada tanah liat.

(b) Bagaimanakah ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 11 12)

Negara kota Mesopotamia terbahagi kepada dalam kota, tembok kota dan luar kota.

Di dalam kota terdapat istana, pusat pentadbiran, rumah ibadat, rumah kediaman, pasar dan
tempat mandi awam. Rumah ibadat menjadi pusat sesebuah negara kota.

Di dalam kota terdapat jalan raya yang lurus dan lebar.

Tembok kota mempunyai pintu gerbang dan kubu pertahanan. Tembok kota mempunyai pintu
gerbang. Pintu gerbang menjadi lambang kekayaan sesebuah negara kota.

Di luar kota terdapat tanah pamah, sungai dan pelabuhan. Tanah pamah menjadi
perkampungan golongan petani dan sebagai tempat menjalankan pertanian.

(c) Terangkan kedudukan raja dalam sistem teokrasi di Mesopotamia.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 12 - 13)

Raja merupakan pemerintah negara kota.

Raja menjadi ketua pentadbir. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja.

Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan.

Raja dianggap agung kerana menguasai wilayah yang luas. Contohnya, Raja Akkad dianggap Raja
Empat Penjuru Alam.

Raja adalah pemilik negara kota.

Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan

Raja berperanan sebagai ketua agama

Raja adalah ketua pendeta. Raja berkuasa dalam hal keagamaan. Raja melantik keluarganya
memegang jawatan di ziggurat.

Raja menjadi ketua tentera.


(d) Bagaimanakah keadaan susun lapis sosial masyarakat dalam Tamadun Mesopotamia
?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 12 - 13)

Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi sosial yang tersusun.

Susun lapis masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada dua lapisan iaitu golongan pemerintah
dan golongan rakyat.

Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan
bangsawan

Golongan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan hamba.

Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang.

Hamba terdiri daripada tawanan perang.

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

(a) Jelaskan sumbangan tamadun Mesopotamia terhadap peradaban manusia sejagat.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)

Tamadun Mesopotamia berjaya melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan mewujudkan sistem tulisan.

Tamadun Mesopotamia mengembangkan ilmu astronomi.

Tamadun Mesopotamia memajukan bidang perubatan.

Tamadun Mesopotamia mencipta roda.

Tamadun Mesopotamia mencipta kapal dan layar.

Tamadun Mesopotamia memperkenalkan cara membuat batu-bata

(b) Sebutkan ciri Kod Undang-Undang Hammurabi

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14)

Kod ini mengandungi 282 undang-undang. Undang-undang itu ditulis / dipahat pada tembok
dan tiang besar supaya dapat dibaca oleh rakyat.
Ianya memberi keadilan kepada semua rakyat. Setiap kesalahan dikenakan hukuman.
Hukuman dan denda dikenakan setimpal dengan kesalahan.

Hukuman dikenakan berbeza mengikut susun lapis.

(c) Pada pandangan anda, mengapakah Undang-Undang Hammurabi begitu penting


kepada masyarakat Mesopotamia ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)

Undang-undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia kerana ia menjadi


dasar perundangan Mesopotamia. Sebagai contohnya, setiap kesalahan dikenakan hukuman.
Hukuman dan denda dikenakan setimpal dengan kesalahan. Hal ini menyebabkan tingkah laku
masyarakat dapat dikawal dan permasalahan dalam kalangan masyarakat dapat dielakkan. Sebagai
kesimpulannya, Undang-undang Hammurabi bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan dalam
masyarakat malah dapat menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah.

(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan tulisan terhadap perkembangan


tamadun masyarakat Mesopotamia ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)

Tulisan digunakan untuk mencatat undang-undang. Sebagai contohnya, undang-undang dan


peraturan negara dipahat pada dinding dan tiang besar untuk menjadi tatapan rakyat. Hal ini
menyebabkan setiap rakyat mengetahui tentang kandungan peraturan dan undang-undang negara.
Sebagai kesimpulannya, sistem tulisan memainkan peranan yang penting dalam sistem perundangan
kerana ia akhirnya berjaya mengelakkan permasalahan yang mungkin berlaku dalam kalangan
masyarakat. Dengan itu, kestabilan dalam negara dapat diwujudkan.

(e) Nyatakan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia dalam bidang
perubatan.

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 15)

Masyarakat Mesopotamia mencapai kemajuan dalam bidang perubatan apabila mereka


berjaya mengkatalogkan 500 jenis ubat-ubatan dan herba

Mereka berjaya mengkatalogkan ramuan ubat-ubatan.

Mereka berjaya mengkatalogkan sampel penggunaan ubat-ubatan.

Mereka berjaya mencatatkan cara menggunakan ubat-ubatan.

Mereka berjaya mencatatkan panduan cara mengubati penyakit.


(f) Bagaimanakah penciptaan roda dalam tamadun Mesopotamia dapat
memudahkan urusan kehidupan masyarakat masa kini ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Roda digunakan untuk menghasilkan tayar kenderaan. Sebagai contohnya tayar digunakan
untuk meggerakkan kenderaan seperti kereta api, kereta kuda, basikal dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan darat menjadi lebih cekap. Sebagai
kesimpulannya, roda memberikan sumbangan besar kepada manusia pada masa kini kerana dengan
penghasilan kenderaan beroda, kemajuan ekonomi menjadi bertambah pesat.

Roda digunakan untuk menghasilkan tayar kenderaan. Sebagai contohnya tayar digunakan
untuk meggerakkan kenderaan seperti kereta api, kereta kuda, basikal dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan darat menjadi lebih cekap. Sebagai
kesimpulannya, roda memberikan sumbangan besar kepada manusia pada masa kini kerana dengan
penghasilan kenderaan beroda, kemajuan ekonomi menjadi bertambah pesat.

IKTIBAR DARIPADA TAMADUN MESOPOTAMIA

(a) Apakah sifat yang perlu dimiliki oleh masyarakat agar kemajuan dan ilmu
dalam tamadun Mesopotamia dapat dikembangkan di negara kita ?

(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 16)

Kita hendaklah gigih berusaha menguasai ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, masyarakat
kita sentiasa berlumba-lumba menguasai ilmu sains dan teknologi, ilmu perubatan, perundangan
dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi bangsa yang berpengetahuan tinggi.
Sebagai kesimpulannya, sifat cinta akan ilmu pengetahuan sangat memberikan manfaat kepada
negara dan bangsa kerana kita sentiasa kreatif dan inovatif dalam mencipta teknologi baharu.
Akhirnya, kita berusaha meningkatkan kajian dan penyelidikan yang akan membawa kemajuan
kepada negara. Kita juga tidak perlu terlalu bergantung kepada negara luar untuk memajukan
negara kita.

Anda mungkin juga menyukai