Anda di halaman 1dari 1
Inilah Kisahku Jati Dir, Patriotisme dan Kewarganegaraan MS Teks 100 Mendengar dan menyatakan makna perkata, lah serta rangkai kata dengan betul dan pelbagaisituas. Dengar rakaman audio untuk mengecam sebutan perkataan dan rangkai kata, Kemudian, berikan makna perkataan dan rangkai kata tersebut. nar }’Menganaliate Semangat patriotisme merujuk kepada perasaan cinta akan negara yang mendalam dalam diri seseorang, Akhir-akhir ini, semangat patriotisme semakin luntur dalam kalangan rakyat, Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir rakyat yang tidak mempedulikan sambutan Hari Kebangsaan Justeru, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotisme dalam sanubari anak- anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak mereka masih kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan Hari Kebangsaan negara, Selain itu, media massa melalui televisyen dan radio boleh menyiarkan rancangan atau program seperti rencana tentang pejuang- pejuang kemerdekaan negara untuk meningkatkan semangat patriotisme. Pihak sekolah memainkan tanggungjawab penting dalam menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan murid, Pihak sekolah boleh menganjurkan program bersifat patriotik seperti sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Kesimpulannya, semangat patriotisme sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya, Dengan itu, mereka pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Perkataan/ Rangkai kata Maksud 1 patriotisme 2 luntur 3 sanubari | 4 kesedaran | 5 rencana 6 menganjurkan |__ program Tahap Penguasaan: Tandatangan Guru; Tarikh: |

Anda mungkin juga menyukai