Anda di halaman 1dari 5

Februari 2021-MAJ

Catatan Sebahagian Perjalanan Mimpi yang Terakhir (PMYT) Pn Masitah Ab Jalar (MAJ)

Catatan perjalanan mimpi Pn MAJ (PMYT) ini ditulis bersumber kebanyakannya dari video ke 4 dan juga
tambahan info luar video dari Pn MAJ sendiri yang lebih mendalam terutamanya tentang peristiwa
peperangan besar dunia bertujuan untuk memudahkan kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan
jelas apa yang beliau telah sampaikan (catatan ini hanya sebahagian PMYT). Pn MAJ telah dianugerahkan
sebuah mimpi akhir zaman (dipaku mimpi) pada bulan November 2019 dan hanya berani bercerita
kepada umum baru-baru ini. PMYT Pn MAJ sebenarnya agak panjang dan boleh diikuti melalui video you
tube sebanyak 4 siri (mmp Jakarta) dan fb beliau (Masitah Ab Jalar) yang merangkumi perjalanan yang
bermula dengan peperangan besar di kebanyakan negara2 seperti Malaysia dan nusantara, Asia dan
beberapa negara dunia besar lain, gambaran kematian beliau dan perjalanan di alam akhirat (keadaan di
Padang Masyar, laluan di siratul mustaqim, neraka, syurga dan Arasy, perjumpaan dan melihat nabi dan
rasul termasuk Nabi Muhammad S.A.W ) dan gambaran-gambaran yang diperlihatkan untuk tanda-tanda
sebelum kiamat besar terjadi seperti gempa besar seluruh dunia, gambaran mengenai imam Mahdi dan
Nabi Isa A.S. , gambaran kejadian dukhon dan penenggelaman dunia terutama yang diperlihatkan untuk
tanah air Malaysia.

Nota Penting: Tiada paksaan untuk mempercayai catatan mimpi ini kerana catatan ini berdasarkan
perjalanan mimpi Pn MAJ dan diceritakan semula seperti yang digambarkan dalam mimpi beliau,
Wallahualam. Diharapkan tiada pertikaian dari pembaca (berlapang dada) kerana apa yang diceritakan
adalah berdasarkan dari PMYT dan bukan ditokok tambah sendiri oleh Pn MAJ melalui bacaan atau
kajian lain. Semoga catatan ini memberi manfaat kepada semua umat islam di Malaysia dan Nusantara
amnya dan juga di negara2 lain untuk tujuan peringatan dan persediaan akhir zaman (mental, fizikal
dan spiritual).

Berkaitan Peperangan Besar Dunia:

1. Permulaan serangan bom ke negeri Sabah dari sebuah pulau di kawasan perairan Sabah di mana
bom2 ini dilontarkan dari sebuah kem satu kumpulan berpakaian seragam berasal dari Filipina.
Dalam mimpi, Pn MAJ tidak nampak sebarang penempatan penduduk lain selain dari kem
perkumpulan tersebut. Tidak pasti apa tujuan serangan bom ke negeri Sabah tapi menurut Pn
MAJ, bukan disebabkan pergaduhan atau krisis dalaman negara Malaysia. Perkara ini agak
mengejutkan bagi negara-negara luar kerana Malaysia sebelumnya tidak ada sebab penting untuk
diserang secara tiba-tiba (Wallahualam).
2. Digambarkan selepas itu, serangan bom merebak pula ke Sarawak, Brunei, Labuan dan juga
Kalimantan.
3. Pada masa yang sama, terjadi situasi huru hara ‘pecah darah’ atau pertumpahan darah berlaku
di sekitar Indonesia terutamanya di bandar Jakarta sepertinya terjadi pergaduhan luar biasa.
Dalam mimpi Pn MAJ, beliau mengatakan pergaduhan yang terjadi di Indonesia turut menarik
campur tangan dari negara luar iaitu India. India mula menghentam Indonesia seperti Filipina
menghentam Sabah.
4. Negara Pakistan mula menghentam India apabila melihat India membuat serangan ke atas
Indonesia. Dan perkara ini turut menyebabkan negara China juga campur tangan dan terjadinya
peperangan sesama negara Pakistan dan China.
5. Rentetan dari peperangan antara China dan Pakistan yang semakin besar menarik campur tangan
Rusia dan negara2 lain.

1
Februari 2021-MAJ

6. Negara2 seperti Australia, Korea Selatan, Thailand, Jepun, Myanmar dan Vietnam juga turut
campur tangan untuk memberi nasihat kepada China dengan pergi menggunakan kapal
bersenjata tetapi negara China merasa tercabar dan angkuh dan bertindak balas dengan
menghentam negara2 tersebut sehingga akhirnya kapal2 negara2 tersebut berundur kerana tidak
kuat untuk melawan China. Negara2 tersebut mendapat impak yang besar akibat hentaman
serangan dari China, manakala negara Korea Utara yang tidak terlibat telah mengambil langkah
dengan melancarkan dan meledakkan bom nuklear ke negara China. Negara China bertindakbalas
dengan melancarkan serangan nuklear menghala ke Semenanjung Malaysia tetapi telah berjaya
di tembak jatuh oleh jet pejuang dari negara Pakistan dan meledak di negara Thailand dimana
telah menghancurkan bandar di bahagian tengah Thailand.
7. Seiring dengan serangan yang berlaku di nusantara terutama di Malaysia, serangan2 lain juga
turut berlaku di negara Islam Iran dan serangan tersebut didalangi oleh pihak zionis yahudi dan
sekutu mereka seperti Amerika Syarikat dan negara2 barat lain termasuk negara2 Arab teluk.
Serangan2 ini menyebabkan negara Turki campur tangan untuk membantu negara Iran. Negara2
Islam lain seperti Syria, Palestine, Yaman, Afghanistan dan Pakistan juga turut berganding bahu
membantu negara Iran. Dari arah pengkalan Afrika, negara Rusia turut membantu dibawah
pimpinan panglima Islam iaitu Presiden Chechya di mana mereka menghentam dan membuat
serangan ke negara2 Arab seperti Arab Saudi, negara sekutu Zionis dan Amerika Syarikat.
Hentaman dan serangan ini menyebabkan negara2 Arab Teluk dan Israel hancur. Digambarkan
juga negara Rusia dibahagikan kepada dua bahagian dimana satu bahagian melancarkan serangan
ke pihak zionis dan negara bersekutu mereka manakala sebahagian lagi bertugas menyerang ke
negara China. Peperangan2 yang berlaku merupakan sebuah peperangan yang besar dengan
kekuatan luar biasa.
8. Peperangan nuklear terus berlaku dan turut dilancarkan dari Iran ke negara Amerika Syarikat.
Kawasan yang terkena ledakan nuklear di Amerika Syarikat adalah kawasan yang berdekatan
negara Mexico. Jumlah nuklear yang dilancarkan tidak melebihi 10 biji , digambarkan ledakan
dalam 7 biji nuklear telah menyebabkan keadaan satu dunia menjadi sepi. Kesan-kesan seperti
keracunan akibat radiasi nuklear terjadi di mana2, kesakitan, tangisan, raungan di mana2 dan juga
kabus racun radiasi berada di mana2.
9. Setelah negara China berada dalam keadaan darurat selepas terkena ledakan nuklear, mereka
mula memberikan tekanan kepada negara Singapura.
10. Justeru itu, bermulalah serangan dari dasar laut Singapura untuk menyerang Semenanjung
Malaysia bermula di Johor. Dalam serangan ini seorang tokoh meninggal (Putera Mahkota Johor).
11. Serangan bom kemudiannya melarat ke merata2 tempat dan negeri di Semenanjung Malaysia.
Serangan bom terbesar di Malaysia menyebabkan terjadinya lubang dengan kedalaman sehingga
3 tingkat bangunan dan menenggelamkan bangunan yang diatasnya.
12. Menurut Pn MAJ beliau melihat huru hara yang dahsyat dan mayat bergelimpangan merata-rata
akibat serangan bom.
13. Digambarkan semasa keadaan dunia menjadi sepi selepas serangan2 bom tersebut, maka semasa
itulah misi nekad beberapa kumpulan dari Malaysia untuk keluar mencari Imam Mahdi. Keadaan
pertahanan negeri2 di Semenanjung Malaysia telah lumpuh dan kehabisan peluru2 untuk
menangkis serangan bom ke arah Semenanung Malaysia. Kumpulan2 ini bersama beberapa
panglima masing2 keluar dari Semenanjung dengan 3 jalan iaitu udara,laut dan darat. Satu
kumpulan melalui jalan laut iaitu melalui Selat Melaka, Selat Perak masuk ke Pasai (Acheh) dan

2
Februari 2021-MAJ

terus ke Pakistan; manakala kumpulan kedua, diketuai panglima no. 7 iaitu Sultan Muhamad
(Sultan Kelantan) bergerak keluar bersama kumpulan baginda tetapi tidak pasti laluan mana.
Kumpulan terakhir terdiri dari Pn MAJ sendiri bersama anak2 dan wanita lain diketuai oleh
panglima no. 6 (Dr. Zakir Naik) dan no. 8 (abang Pn MAJ sendiri) melalui jalan darat. Boleh rujuk
dengan lebih jelas nama2 seramai 8 orang panglima yang mengetuai keluarnya kumpulan dari
Semenanjung Malaysia dalam misi mencari Imam Mahdi dalam video siri pertama. Pn MAJ dan
kumpulannya memulakan perjalanan untuk keluar dari Malaysia menuju ke arah utara melalui
Thailand ke atas. Beliau melihat negara Thailand turut musnah akibat serangan bom nuklear.
Perjalanan lanjut beliau dan panglima2 terpilih ini boleh diikuti di video siri pertama. Gambaran
bila peperangan ini akan berlaku turut diceritakan dan secara dasarnya tidak lama lagi.
Penyebab peperangan besar dunia terjadi disebabkan oleh “Tipuan Emas”. Gambaran
jangkamasa peperangan besar ini akan mengambil masa selama lebih kurang 7 tahun. Mohon
teliti dan amati petunjuk yang sedang berlaku sekarang terutamanya di Laut China Selatan.

Berkaitan gempa bumi besar:

1. Menurut Pn MAJ, apabila tiba saat beliau akan meninggal di sebuah gunung berbatu yang tinggi
sambil menadah tangan berdoa untuk Allah permudah urusan umat nabi Muhammad, sesaat itu
air mata Pn MAJ bergenang dan jatuh ke tanah dan datanglah api serangan bom kearah beliau,
maka selepas itu terjadilah peristiwa di mana Allah goncangkan bumi ini, diangkat bumi ini dan
dihempas, menjadikan segala bangunan di dunia ini yang ketinggiannya melebihi tinggi pokok
kelapa yang pernah Pn MAJ panjat semasa kecilnya, runtuh semuanya. Maka terjadilah gempa
bumi besar dan azab sisa kesan perang nuklear seluruh dunia dan akan bermulalah kepimpinan
Imam Mahdi (proses pembaitan Imam Mahdi tidak digambarkan dalam mimpi). Sistem teknologi
moden turut musnah dan bermulalah sistem kehidupan dan peperangan seterusnya
menggunakan senjata secara manual.

Berkaitan Imam Mahdi:

1. Dalam perjalanan mimpi Pn MAJ, beliau tidak sempat bertemu Imam Mahdi kerana telah
meninggal akibat serangan bom semasa berada di pergunungan dalam keadaan berdoa kepada
Allah untuk keselamatan umat nabi Muhammad SAW. Namun beliau diperlihatkan bagaimana
sosok Imam Mahdi sedang berperang (semasa perjalanan di alam akhirat-di atas sirat). Sosok
imam Mahdi dengan ciri-ciri berikut: seorang lelaki yang mempunyai rambut paras bahu, dahi
tidak luas dan tidak sempit, tidak gemuk dan tidak kurus, ketinggian yang setara dengan
sahabat2nya, mempunyai ketinggian hidung yang sederhana , berkulit tidak hitam dan tidak putih,
berketurunan dari Hasan bin Saidina Ali, fasih berbahasa arab kampong , memahami quran,
berilmu dan telahpun berkeluarga.
2. Petunjuk kepada umat nabi Muhammad SAW yang masih tersisa selepas gempa bumi besar
untuk mencari Imam Mahdi: Kedudukan Imam Mahdi dan kumpulannya adalah pada arah
tangan kanan Pn MAJ (semasa berdoa), jaraknya lebih kurang 200 km jauhnya lurus ke hadapan
tangan kanannya. Gambaran kedudukan tempat meninggalnya Pn MAJ: gunung tertinggi di
kawasan tersebut, tiada pokok, hanya berbatu, keadaan sejuk dan tiada tempat berair
(digambarkan pakaian Pn MAJ pada waktu itu adalah pakaian tebal dgn selendang gebar). Tidak
tahu nama gunung itu dan tidak digambarkan negara mana, cuma negara yang berbukit- bukau
dan bergunung- ganang.

3
Februari 2021-MAJ

Berkaitan dukhon (asap tebal):

1. Peringatan semasa dukhon berlaku: Jangan berada di luar rumah kerana kulit akan mengelupas
(sangat panas) dan fikiran akan jadi bercelaru tak tentu arah, perlu pastikan anak isteri dan
keluarga berada dalam rumah dan berzikir sebanyak-banyaknya, jarak penglihatan akan terjejas
dimana mata tidak dapat melihat jari sendiri kerana terlalu gelapnya semasa dukhon itu
berlaku.Dengan asbab zikir-zikir dan selawat akan mengeluarkan cahaya dari badan untuk
mencari makanan dan minuman dan melakukan aktiviti lain.
2. Digambarkan dukhon akan terjadi selepas gempa bumi besar dan Imam Mahdi sudah hadir
(Wallahualam)

Berkaitan penenggelaman bumi:

1. Pn MAJ diperlihatkan (semasa perjalanan di akhirat), penenggelaman daratan di Malaysia berlaku


di mana beliau hanya nampak air yang jernih memenuhi daratan, gunung Kinabalu dan banjaran
Titiwangsa hanya kelihatan seperti pulau. Semua daratan lain yang lebih rendah dari gunung2
tersebut sudah ditenggelami air. Bila berlaku?, tiada jawapan tetapi Pn MAJ merasakan sesudah
hadirnya Imam Mahdi. Wallahualam.

Berkaitan Nabi Isa A.S:

1. Gambaran cepat yang ditunjukan kepada Pn MAJ adalah: Nabi Isa pergi ke Kaabah dengan
menelusuri sungai menggunakan perahu dan melalui runtuhan2 batu besar, memindahkan
runtuhan sehingga terbentuk lorong untuk sampai ke Kaabah. Kaabah dalam keadaan elok dan
masih utuh.

Ringkasan gambaran mimpi yang lain:

1. Selain itu Pn MAJ turut menceritakan gambaran di Padang Masyar dan kelompok2 yang ada
disana, keadaan laluan titian sirat, neraka, syurga dan ujian yang dilalui untuk menyentuh bahu
Nabi Muhammad SAW (tidak dicatat di sini kerana huraian lengkap perlu melihat keseluruhan
video). Berlakunya gempa besar seluruh dunia dengan kemusnahan bangunan2 tinggi dan
kebangkitan puak yakjuj makjuj yang dijangkiti virus buatan mereka sendiri yang mematikan turut
di ceritakan di video-videonya. Catatan ini hanya sebahagian dari penceritaan beliau dengan fokus
secara mendalam berkaitan peperangan besar nuklear yang tidak beliau perincikan dalam video
dan juga petunjuk untuk mencari imam Mahdi kelak.

4
Februari 2021-MAJ

RINGKASAN KRONOLOGI PERTISTIWA AKHIR ZAMAN MENURUT PMYT PN MAJ

Peperangan Dukhon-
Besar Dunia- Gempa Fasa
pengelupas
Bumi besar- Khilafah
Bom dan an kulit
keruntuhan, Dajjal Nabi Isa Islam selama
Nuklear, huru- yang Yakjuj
kelaparan keluar turun- 40 thn
hara, banyak dahsyat, Makjuj
dan bunuh sebelum
kematian, kebuluran,
huru hara * Dajjal
keluar tanda kiamat
kesakitan dll, dan besar
kesakitan,
Imam Mahdi pelbagai seterusnya
kehausan
keluar kesulitan

*Gambaran sosok Dajjal: Berambut keras kerinting hitam ke-orenan@jingga, kulit merah kelihatan
pecah2 kehitaman, perut buncit, kaki dan tangan kemetot, badan gempal dan pendek, jari2 tangan dan
kaki kelihatan montok2, pakaian berwarna oren@jingga.

PERINGATAN: JANGAN KELUAR BERJUMPA DAJJAL KERANA AKAN JADI KAFIR SELAMA-LAMANYA…

WALLAHUALAM SEMOGA BERMANFAAT,


PASTIKAN CATATAN INI TIDAK SAMPAI KEPADA MUSUH UMAT ISLAM

Sila ikuti 4 siri video PMYT Pn MAJ di pautan di bawah atau di FB beliau:

1. https://www.youtube.com/watch?v=f6PtD5095EM part 1
2. https://www.youtube.com/watch?v=JZsSHkgXgoE part 2
3. https://www.youtube.com/watch?v=U1xH2dl7clo part 3
4. https://www.youtube.com/watch?v=R5oQQBavd84 part 4
5. https://www.facebook.com/masitah.abjalar

Anda mungkin juga menyukai