Anda di halaman 1dari 8

PUNCA BERLAKUNYA ZINA

Kalau nak diceritakan apa punca berlakunya zina ni rasanya berjilid-jilid kitab
panjangnya pun belum tentu dapat menyedarkan saudara-saudara kita di luar sana.
Kenapa? kerana mereka hanya sekadar mengambil tahu sahaja tentang perkara ini
namun tidak berusaha pun untuk menjauhinya. Namun sebagai sesama manusia, tugas
kita untuk saling tegur-menegur perlu diteruskan.

Terdapat banyak sebab mengapa saudara-saudara kita sering terjebak dengan zina.
Secara ringkas, antaranya:
1) Kurang penekanan dan pemahaman tentang hukum-hakam agama. Mereka
mengambil lewa sahaja tentang larangan agama. Mungkin mereka terlupa bahawa bila-
bila masa sahaja nyawa akan terpisah dari tubuh. Katanya "rileksla, lama lagi aku mati..
nanti dah tua aku taubatlah.."
2) Kurangnya pemantauan daripada keluarga. Anak-anak bebas bergaul dengan
sesiapa sahaja tanpa mengira batasan yang sepatutnya. Institusi keluarga yang lemah
membuatkan ahli-ahlinya masing-masing membawa diri..kononnya "aku aku, kau kau".
3) Gaya hidup yang gemar meniru cara kehidupan orang barat atau kehidupan orang
yang melakukan zina yang lain. Mungkin mereka berfikir bila zaman dah semakin
moden ni kehidupan juga kena lebih advance. Jangan kolot ikut cara lama je. Kena
update konon. Trademark nye "barulah ada style beb!".
4) Masyarakat sekeliling tidak mengamalkan sikap saling tegur-menegur. Mungkin ada
yang menegur tapi tidak dengan cara yang berhikmah atau tegas. Sejujurnya, terdapat
ramai saudara-saudara kita yang terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak sihat yang
akhirnya membawa kepada berlakunya zina. Ada juga mak cik-mak cik yang baik hati
nak tegur tapi tak sampai hati konon. Jadi dorang borak jelah sesama mereka kat tepi
pagar..."kau tau Jah..anak peah tu tiap2 malam pegi kelab. mak nye tak tau pun...".
5) Penyalahgunaan teknologi terkini. Kepantasan media massa bercetak atau tak
bercetak menyebarkan pelbagai majalah dan laman web yang tidak sepatutnya,
lambakan filem-filem berbentuk seksual, handphone yang boleh merakam pelbagai aksi
di mana sahaja dan banyak lagi sememangnya sangat sukar dibendung. Cuma
terpulang kepada kita sendiri berfikir mana baik dan buruk setiap tindakan yang kita
ambil. Sebab tu manusia secara istimewanya telah dikurniakan akal fikiran.

Itu jelah yang dapat saya kongsikan mengenai punca berlakunya zina. Kalau nak tau
lebih lanjut, sila lah rujuk mana-mana web atau blog..;-)
HUKUM BERZINA
Cerita pasal hukum ni saya tak beranilah nak typing macam buat karangan kan...jadi
saya copy and paste la maklumatnya
daripada http://www.abuanasmadani.com/?p=793. Kalau maklumat saya tak lengkap
sangat terus je baca kat link ni. Manala tau ada yang saya terlupa copy and terlupa
paste. Jadi menurutnya:

1) Zina Adalah Satu Dosa Besar:


Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang
ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah SWT:

{
}

Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah
(perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang). [Al-Israa: 32]

Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang
berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat
digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan
kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.

2) Dicabut Iman darinya:


((







))

Maksudnya: Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di
atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu
kepadanya [HR: Abu Daud: No. 4690, melalui Abu Hurairah Sahih]

Berkata Ibnu Abbas ra: Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina. [Riwayat
Bukhari di awal kitab Hudud, Fathul Bari 12:58-59]

Sabda Nabi SAW.


(( : :
))
.

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, dia berkata: Telah bersabda Nabi SAW, Tidak akan berzina
seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan meminum
arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan mencuri ketika dia
mencuri padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan merampas barang yang manusia (orang
ramai) melihat kepadanya dengan mata mereka ketika dia merampas barang tersebut pada ketika
dia seorang mukmin. [HR: Al-Bukhari no. 2475 dan Muslim]

Maksud dari hadis yang mulia ini ialah:


Pertama: Bahawa sifat seorang mukmin tidak berzina dan seterusnya.
Kedua: Apabila seorang mukmin itu berzina dan seterusnya maka hilanglah
kesempurnaan iman dari dirinya. [Lihat syarah hadis ini di Fathul Bari no. 6772 Syarah
Muslim Juz.2 m/s: 41-45, Imam An-Nawawi]

Di antara sifat Ibaadur Rahman [Tafsir Ibnu Katsir surat Al-Furqan ayat 68] ialah:
Tidak berzina. Maka apabila seorang itu melakukan zina, nescaya hilanglah sifat-sifat
mulia dari dirinya bersama hilangnya kesempurnaan iman dan nur keimannya.

3) Jenayah zina orang tua / sudah berkahwin:


Kalau zina itu dilakukan oleh orang yang sudah tua, maka dosanya akan lebih besar
lagi berdasarkan sabda Nabi yang mulia SAW.

: .
(( :
:
: ))
.

Maksudnya: Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada
hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka
seksa yang sangat pedih, iaitu; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan
orang miskin yang sombong [HR: Muslim]
Demikian juga apabila dilakukan oleh orang yang telah bernikah atau pernah
merasakan nikah yang sah, baik sekarang ini sebagai suami atau isteri atau duda atau
janda, sama saja, dosanya sangat besar dan hukumannya sangat berat yang setimpal
dengan perbuatan mereka, iaitu dirotan sebanyak seratus kali kemudian direjam
sampai mati atau cukup direjam saja.

Adapun bagi lelaki yang masih bujang atau dan anak gadis hukumnya dirotan seratus
kali kemudian diasingkan (dibuang daerah) selama satu tahun.

Peringkat Dosa Besar Zina;


Dengan melihat kepada perbezaan hukuman dunia maka para ulama memutuskan
berbeza juga besarnya dosa zina itu dari dosa besar kepada yang lebih besar dan
sebesar-besar dosa besar. Mereka melihat siapa yang melakukannya dan kepada
siapa dilakukannya.

4) Zina dengan saudara / jiran:

: . : : :
:))

(( :


:. )) (( :
.

Kemudian, kalau kita melihat kepada siapa dilakukannya, maka apabila seorang itu
berzina dengan isteri jirannya, masuklah dia ke dalam sebesar-besar dosa besar. Lebih
membinasakan lagi apabila zina itu dilakukan kepada mahramnya seperti kepada ibu
kandung, ibu tiri, anak, saudara kandung, anak sendiri, anak saudara, ibu saudara dan
lain-lain yang ada hubungan mahram, maka hukumannya adalah bunuh. [Lihat: Tafsir
Ibnu Katsir surah An-Nisaa ayat 22]

Wallhuallam...

KESAN ZINA
Pertama sekali sudah tentulah kesannya kepada diri si pelakunya kan.
1) Pelaku zina
Pastinya si pelakunya tidak akan tenang selamanya selepas melakukan zina. Itu kesan
kepada rohaninya. Perasaan bersalah dan berdosa pasti akan mendampinginya
sepanjang hayat. Hanya taubat ubatnya. Kesannya kepada jasmaninya ialah pelaku
berisiko mendapat pelbagai penyakit yang merbahaya seperti:
1. HIV/Aids: Ia adalah satu penyakit yang melemahkan daya ketahanan (antibodi) tubuh
badan dalam melawan jangkitan kuman serta menyebabkan penyakit kronik yang
membawa maut kepada penghidapnya. Ianya berpindah melalui penzinaan, dari lelaki
kepada perempuan dan sebaliknya. Sehingga ke hari ini ubat untuk penyakit ini masih
dalam kajian.

2. Sifilis: Ia adalah sejenis bakteria yang menjangkiti anggota kelamin dan anggota-
anggota lain bagi kaum lelaki dan wanita. Ia akan merebak menjadi penyakit kulit pada
seluruh badan. Ia juga boleh menyerang anggota saraf dan saluran darah ke otak .

3. Gonorrhoea: Penyakit ini akan menyebabkan anggota kelamin mengeluarkan cecair


bernanah akibat jangkitan kuman terhadap anggota kelamin lelaki dan juga wanita. Jika
berpanjangan ia akan menumbuhkan bisul (ulcers tumours) dan pengeluaran nanah
yang boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki dan wanita.Beberapa penyakit lain
yang masyhur akibat hubungan seks dan menular melaluinya: Herpes Genital, jangkitan
seumur hidup yang menyebabkan melecet-luka pada alat kelamin yang biasanya hilang
dan muncul semula. Kutil di kelamin (Genital wart), Hepatitis B, Kanser prostat, Kanser
Serviks (leher rahim) dan sebagainya.

Sangat penting mengetahui bahawa hubungan seksual bukan hanya sekadar hubungan
intim. Hubungi seksual seperti ciuman, oral seks, melalui dubur dan penggunaan alat
bantu seks seperti vibrator juga berisiko menyebarkan virus. Disebabkan pelbagai
implikasi buruk, berbagai-bagai penyakit dan juga bencana-bencana ini, maka Allah swt
telah mengharamkan amalan ini sebagai suatu rahmat dan hidayah petunjuk kepada
manusia untuk melalui jalan-jalan kebaikan, sumber kejayaan dan keselamatan
terhadap agama, masyarakat, diri dan tubuh
badan.(http://www.abuanasmadani.com/?p=793)

2) Bayi (Sekiranya ada)


Bersyukur ke hadrat Illahi sekiranya bayi yang dikandungkan itu dijaga dengan baik
sama seperti bayi-bayi yang lain. Namun, bagaimana pula nasib bayi yang tidak
berdosa itu yang tidak diterima oleh ibunya? dibuang? dibunuh?

3) Keluarga, Masyarakat, Agama, Negara


Keluarga terpaksa menanggung malu akibat daripada perbuatan pelaku.
Masyarakat setempat mungkin ada yang tak kisah tapi mungkin ada yang mencemuh.
Agama turut mendapat tempias.
Negara pun tanggung malu jika jumlah wanita hamil tanpa nikah dan jumlah bayi tanpa
ayah semakin meningkat saban tahun.

CARA MENGATASI GEJALA ZINA


Selain kita wajib menjauhi aspek-aspek negatif yang disebutkan, kita perlu kembali
kepada cara asas yang ditunjukkan oleh Nabi SAW, iaitu:

i. Menundukkan pandangan, baik lelaki mahupun perempuan. Dalam erti kata khusus,
menjaga pandangan mata daripada bercampur dengan unsur-unsur seksual. Daripada
Jarir bin Abdillah al-Bajali ra, berkata:


((:

)) .
:

Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan
secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.
Dalam riwayat lain beliau bersabda: Tundukkan pandanganmu. [HR Abu Daud:
Sahih].


))

(( : :

Sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abi Talib RA: Wahai Ali, janganlah engkau ikuti satu
pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang
pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya. [HR Ahmad].
ii. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu
perlu bersandar kepada batasan-batasan Syara. Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah
SAW bersabda:

.

(( ))

Maksudnya: Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita,


kecuali yang ketiganya adalah syaitan. [HR al-Tirmizi Sahih]

iii. Menekankan tanggungjawab kaum lelaki dalam membimbing kaum wanita agar
mengikuti kehendak Syara, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan,
dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya. Daripada Usamah bin Zaid
RA, Rasulullah SAW bersabda:

(())
.

Maksudnya: Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia sepeninggalanku


yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita. [HR al-Bukhari dan Muslim).

iv. Banyak berdoa kepada Allah SWT.

:
: ((


)) .

Semoga kita dan zuriat kita dipelihara dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada
perbuatan keji dan maksiat ini. Janganlah sekali-sekali mendekati zina walaupun unsur-
unsurnya yang kecil sekalipun, dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat.

v. Berkahwin.
Firman Allah SWT:


( 32 :).

Maksudnya: {Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu, dan
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan
hamba-hamba sahayamu yang perempuan.} [An-Nur: 32]
Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: Perkahwinan adalah sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal dengan


sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. Berkahwinlah! Kerana melalui kamu
bilangan umatku mengatasi bilangan umat yang lain. Sesiapa yang mampu hendaklah
dia berkahwin, sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa, kerana puasa
dapat mengawal hawa nafsunya. [HR: Ibnu Majah No. 1846, Sahih Al-Jami No. 6807
Sahih].
(http://www.abuanasmadani.com/?p=793)

SARANAN SAYA
Kepada saudara sekalian diluar sana, berhentilah daripada melakukan zina. Ianya
HARAM. Halalkanlh ia dengan nikah. Pilihlah calon yang terbaik buat diri kalian. Binalah
keluarga yang aman dan bahagia. Sekira kalian memiliki anak tanpa ayah, peliharalah
ia sebaiknya. Dia tak bersalah. Jangan dibuang. Jika tak mampu untuk berbuat
demikian, berilah ia kepada mana-mana pasangan yang boleh memberinya kasih
sayang dan kehidupan yang selayaknya. Namanya ingin membuang anak tersebut
jangan sesekali. Berilah ia peluang untuk hidup melihat bumi ciptaan Allah ini.. :-)..
Kepada kalian yang pernah tersilap, teruskan hidup dengan gaya hidup baru yang
mengikut syariat-Nya.. Kepada kaum adam, mainkanlah peranan kalian terhadap
wanita iaitu menjadi pelindung, bukannya jadi perosak...

Anda mungkin juga menyukai