Anda di halaman 1dari 46

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA

FOLIO INDIIDU

PENYELESAI
AN DALAM
RUMAHTAN
GGA
AGAMA
NAMA NURUL ATIKAH BINTI J EFFENDY
KELAS SVM 2 RUMINAN

1 1 1111111
(A06/3001)

-ISI KANDUNGAN-

BIL PERKARA M/S


1. PENGHARGAAN 1
2. PENDAHULUAN 2
3. TALAK 3-9
4. RUJUK 10-13
5. IDDAH 14-19
6. NUSYUZ 20-23
7. FASAKH 24-27
8. KHULUK 28-30
9. PENUTUP 31
10. SUMBER RUJUKAN 32
11. LAMPIRAN 33-34
1 1 1111111
-PENGHARGAAN-
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan
limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa
penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya
pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada
rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap
setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

1 1 1111111
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan
kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini.

Terima kasih.

-PENDAHULUAN-
   Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah
menyusun secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan
dengan nikah, cerai dan rujuk sebagai satu panduan hukum
yang wajib dipatuhi oleh umat Islam.Bagi isu yang
melibatkan perceraian, terdapat beberapa aspek yang perlu
diberi perhatian seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan
anak dan pembahagian harta sepencarian.  Selain daripada
itu, satu lagi perkara penting bagi seorang isteri yang
diceraikan ialah tempoh `iddah yang wajib ditempuh oleh
mereka. 
Dalam perkara ini, `iddah turut tidak terkecuali bagi
seorang wanita yang kematian suami dan Islam menetapkan
bahawa mereka wajib menempuh tempoh `iddah tertentu dan
berkabung atas kematian tersebut. 

1 1 1111111
Dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita
Islam yang berada dalam tempoh `iddah sering berhadapan
dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan
terperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas
hukum dan adab bagi seorang wanita ber`iddah atau
berkabung.  Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya,
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, ia
turut memberi impak dan cabaran terhadap cara dan gaya
hidup masyarakat. Dibimbangi, sekiranya tidak dibimbing
dan dipandu dengan sebaiknya, masyarakat Islam khususnya
dalam kalangan wanita tidak dapat memahami dan
menghayati konsep `iddah dan berkabung yang sebenar
seperti yang dituntut oleh Islam, bahkan menganggapnya
sebagai perkara remeh dan menyusahkan.

1 1 1111111
-
TALA
K-
1 1 1111111
-ERTI-

Talak menurut bahasa bermaksud


melepaskan ikatan dan menurut syarak
pula, talak membawa maksud
melepaskan ikatan perkahwinan dengan
lafaz talak dan seumpamanya. Talak
merupakan suatu jalan penyelesaian yang

1 1 1111111
terakhir sekiranya suami dan isteri tidak
dapat hidup bersama dan mencari kata
sepakat untuk mecari kebahagian
berumahtangga. Talak merupakan
perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi
dibenarkan.

-HUKUM-
WAJIB
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat
didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri
gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian
rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak
adalah lebih baik

1 1 1111111
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka
berdosalah suami
HARAM
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan
menghalang isterinya daripada menuntut harta
pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali
gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali
sehingga cukup tiga kali atau lebih

SUNAT
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

MAKRUH
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang
baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan
agama

1 1 1111111
HARUS
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya
belum datang haid atau telah putus haidnya

-RUKUN-
PERKARA SYARAT
Suami Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri

1 1 1111111
ISTERI Akad nikah sah
Belum diceraikan
dengan talak tiga oleh
suaminya
LAFAZ Ucapan yang jelas
menyatakan
penceraiannya
Dengan sengaja dan
bukan paksaaan
Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang
seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau
“Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan
sebagainya.

Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti
“Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak
dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan
sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat
suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak
tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.

-HIKMAH-
1 1 1111111
1) MEMBERIKAN PELUANG UNTUK
MEMULAKAN HIDUP BARU
2) SEBAGAI PENGAJARAN UNTUK
MEMPERBAIKI DIRI
3) MENGURANGKAN TEKANAN PERASAAN
4) MENYEDARKAN TENTANG KEPENTINGAN
MENGHAYATI ISLAM

-JENIS DAN
BILANGAN TALAK-
ADA 5
TALAK
RAJ’I
TALAK
BAIN
TALAK
SUNNI
TALAK
BID’I
TALAK
TAKLIK
1 1 1111111
Talak raj’i
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada
isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya
ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah
tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk
melainkan kdengan akad nikah baru.
Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak
yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh
dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk
setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami
barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami
barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.
Talak sunni
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih
suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh
suci
Talak bid’i
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika
dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.

1 1 1111111
Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya
bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila
syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka
terjadilah penceraian atau talak.

1 1 1111111
-
RUJU
K-
1 1 1111111
-ERTI-
Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai
kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa
maksud suami kembali semula kepada isterinya yang
diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam
masa idah) dengan lafaz rujuk.

-HUKUM-
WAJIB
Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum
menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya
yang lain
HARAM

1 1 1111111
Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk
menyakiti atau memudaratkan isterinya itu
MAKRUH
Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
HARUS
Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan
Bersama

-RUKUN-
PERKARA SYARAT
SUAMI Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
ISTERI Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj’i
Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara
khuluk
Masih dalam idah
LAFAZ Ucapan yang jelas
menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan

1 1 1111111
dengan khiar atau
pilihan
Disegerakan tanpa
dikaitkan dengan taklik
atau bersyarat
Dengan sengaja dan
bukan paksaan

Lafaz sarih
Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh :
“Saya rujuk awak kembali” atau “Saya kembali
semula awak sebagai isteri saya.”
Lafaz kinayah
Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan
awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak
semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami
untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka
jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka
tidak sahlah rujuknya.

1 1 1111111
-HIKMAH-
1)SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA
2)MEMBERI PELUANG UNTUK
MENYAMBUNG SEMULA HUBUNGAN
3) DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN
ATAU KESILAPAN
4)MEMBERI KETENTERAMAN JIWA
5)MENYATUKAN SEMULA KELUARGA

1 1 1111111
-
IDDA
H-
1 1 1111111
-ERTI-
Suatu tempoh masa yang dilalui oleh
seseorang perempuan selepas perceraian atau kemati
an suami di mana dia tidak boleh menikah semula.
Tujuannya untuk memastikan
kekosongan rahimnya dari mengandung dan
tempohnya bergantung kepada berapa kali dia
mengalami haid.

-JENIS DAN
TEMPOH-
Ia terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Iddah Raj’ie iaitu iddah yang membolehkan bekas

1 1 1111111
suami merujuk semula isterinya. Ia hanya
untuk talak satu dan talak dua sahaja.
b) Iddah Bain iaitu iddah yang tidak membolehkan
bekas suami merujuk semula isterinya melainkan
dengan akad nikah yang baru. Ia merangkumi :

1) Talak Tiga
2) Lian
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila’
6) Isteri yang belum disetubuhi
Iddah Perempuan Yang Diceraikan
Iddah bercerai masa hidup
1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali
suci haid
2) Perempuan yang belum datang haid @ belum
cukup umur @ telah putus haid, iddahnya 3 bulan
3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga
melahirkan anak

Iddah bagi perempuan kematian suami


1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4
bulan 10 hari

1 1 1111111
2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga
melahirkan anak

-SEBAB
PERBEZAAN-
 Bagi perempuan bercerai hidup 
> Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil
hubungan dengan bekas suami 
>Cukup untuk menumpukan perhatian kepada
penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang
sedang hamil 
Bagi perempuan bercerai mati 
>Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan 
Bagi perempuan yang belum disetubuhi 
>Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih
suami 

-HIKMAH-
>Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas
suaminya untuk mengelak daripada berlaku

1 1 1111111
percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan
dengan lelaki lain 
>Memberi peluang kepada suami isteri untuk
berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya 
>Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan
perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan
masyarakat 
>Memberi penghormatan kepada suami yang
meninggal dunia dan menjaga perasaan keluarganya
terutama isterinya 

-HAK DAN STATUS ISTERI


SEMASA IDDAH-
Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua 
- Masih dibawah tanggungjawab suami 
- Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya
( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll ) 
- Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya 
Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain 
- Isteri tidak boleh dirujuk 
- Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal

1 1 1111111
- Tidak mendapat hak perwarisan harta 
Bagi isteri yang kematian suami 
- Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh
idahnya 

Hak selepas idah 


-Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas
suami 
-Bebas menetukan kahidupan sendiri 
-Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin
semula 
-Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin
memperisterikannya 

-PERKARA YANG
DILARANG SEMASA IDDAH-
Dipinang 
> Bagi perceraian hidup 
- Diharamkan sama ada pemingan secara terang /
sindiran 
> Bagi perceraian mati 

1 1 1111111
- Diharamkan sama ada pemingan secara terang,
tetapi harus secara sindiran 

Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami 


> Bagi perceraian hidup 
- Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali
untuk keperluan syarak 

> Bagi perceraian mati 


- Diharamkan keluar rumah kecuali untuk keperluan
syarak 

Menghias diri 
> Bagi perceraian hidup 
- Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika
dalam idah bain disunatkan tidak berhias 
> Bagi perceraian mati 
- Diharamkan berhias 

Berkahwin 
> Bagi perceraian hidup 
- Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami 

1 1 1111111
> Bagi perceraian mati 
- Diharamkan berkahwin 

1 1 1111111
-
NUSY
UZ-
1 1 1111111
-ERTI-
Suatu tindakan isteri yang dapat dimaksudkan
sebagai ingkar atau menentang
kehendak suami dengan tiada alasan syarak yang
dapat diterima mengikut hukum syarak.

-HUKUM-
HARAM DISISI SYARAK

-KESAN-
1 1 1111111
Kesan nusyuz terbahagi kepada empat, iaitu : kesan
terhadap isteri yang nusyuz, suami, keluarga dan
masyarakat.

Kesan kepada isteri yang nusyuz


>Hilang hak nafkah daripada suaminya. Sekiranya
isteri tersebut bermadu, dia akan kehilangan giliran
bermalam bersama suaminya. 
>Tidak cium bau syurga di akhirat kelak.

Kesan terhadap suami


>Merasa tidak dihormati dalam rumah tangga
>Merasa tercabar dan hilang pertimbangan 
>Akan bertindak kasar dan menggunakan kekerasan
terhadap isterinya untuk melepaskan kemarahannya.

Kesan terhadap keluarga


>Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu
bapa
>Jiwa dan minda anak-anak tertekan dengan tindak-
tanduk ibu bapa mereka

1 1 1111111
Kesan terhadap masyarakat
>Hubungan akrab antara keluarga suami dan
keluarga isteri akan terjejas

-CARA MENDIDIK
ISTERI NUSYUZ-
>Nasihat yang baik
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami
apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz
(derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat
yang baik kepada si isteri. Nasihat terbaik adalah
dengan mengembalikan si isteri kepada Allah.
Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah
menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang
paling penting dari semua itu adalah, telah
dikenakan dosa oleh Allah SWT.
>Asingkan tempat tidur
Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang
pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina)
apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan
daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi

1 1 1111111
tidur di sebelahnya. Mereka akan terfikir bahawa
mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi.
>Memukulnya dengan pukulan mendidik
Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang
tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab
itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri
isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam
pertamanya tadi, maka perlu ajaran ketiga iaitu
beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan
lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa
beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah
mulakan step menangani nusyuz, maknanya nafkah
(zahir batin) pun turut akan ter’stop’ sama.

1 1 1111111
-
FASA
KH-
1 1 1111111
-ERTI-
Nusyuz ialah suatu tindakan isteri yang dapat
dimaksudkan sebagai ingkar atau menentang
kehendak suami dengan tiada alasan syarak yang
dapat diterima mengikut hukum syarak.

-HUKUM-
HARUS BILA ADA SEBAB

1 1 1111111
-KESAN FASAKH-
- Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh idah
- Isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa dalam
tempoh idah 
- Rumah tangga akan runtuh dan anak-anak
kehilangan kasih sayang
- Kebajikan terabai

-SEBAB-SEBAB
MENGHARUSKAN
FASAKH-
(a)   suami tidak memberi nafkah, menyediakan
tempat tinggal, atau tidak membayar mas kahwin
isterinya.
  (b)   tidak diketahui kedudukan suami, sama ada
masih hidup atau mati selama bertahun-tahun
lamanya.

1 1 1111111
  (c)   salah seorang daripada suami atau isteri
menjadi cacat sebagaimana yang dibenarkan oleh
hukum syarak.
  (d)   murtad salah seorang daripada suami atau
isteri atau kedua-duanya.
  (e)   masuk Islam salah seorang daripada suami
atau isteri dan tidak diikuti oleb seorang lagi
dalam masa idah.
  (f) berlakunya persetubuhan syubhat disebabkan
salah sangka.
  (g) suami zalim, iaitu selalu menganiaya isteri
seperti memukul, mengugut, atau tidak melayan
isteri dengan baik dan adil.
 (h) tidak bernafsu sebagai seorang lelaki
 (i) kecacatan syarie pada suami dan isteri  
  (j) Suami mempunyai penyakit yg merbahaya spt
AIDS, SARS, JE, Siplis dsb.

-KESAN FASAKH-
1 1 1111111
- Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh idah
- Isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa dalam
tempoh idah 
- Rumah tangga akan runtuh dan anak-anak
kehilangan kasih sayang
- Kebajikan terabai

-HIKMAH-
1. Mengelakkan isteri dianiayai dan disiksa oleh
suami.
2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya.
Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.
3. Memberi peluang isteri berpisah drp suaminya
dan memulakan hidup baru.

1 1 1111111
1 1 1111111
-
KHUL
UK-
1 1 1111111
-ERTI-
Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus
talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau
khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya
daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak
berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri
hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang
dipersetujui bersama dengan suaminya, maka
suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan
jumlah atau harta yang ditentukan

-HUKUM-
1 1 1111111
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah
ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-
apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu
jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan
mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut
bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka
tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang
yang jadi tebus oleh perempuan.”

-LAFAZ-
Ia biasanya dilakukan di depan hakim mahkamah
syariah. Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya
menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,”
dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.”
Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya
menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah
talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah.
Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah
baru sahaja.[1]

1 1 1111111
-HIKMAH-
1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.  
2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana
mereka mempunyai hak untuk bertindak mengikut
peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'.
3. Memberi keinsafan kepada suami supaya
menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap
isteri demi kebaikan masa depan.

-PENUTUP-
 Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan
dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam
tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga
terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana
perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti
terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang
disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu
dijangkau oleh akal manusia.  Begitu juga dengan
pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke
atas kaum wanita.  Justeru, sebagai hamba-Nya yang

1 1 1111111
beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat
terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau
menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-
kesah.  Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu
merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan
hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung. 
          Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya,
peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak
kurang pentingnya.  Mereka perlu sentiasa dididik dan
diberi kesedaran supaya  dapat menghayati dan
menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan
berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani
tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting
kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini,
perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari
seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan
unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita
yang sedang ber`iddah dan berkabung.

-SUMBER RUJUKAN-
https://www.facebook.com/notes/keluarga-giant-
bubbles/masalah-rumah-tangga-dan-
penyelesaiannya-talak-iddah-
rujuk/126540480699771/
1 1 1111111
https://ms.wikipedia.org/wiki/Iddah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Isla
m#Hukum_talak

http://notapispm.blogspot.my/2010/05/nota-ibadah-
tingkatan-5.html

http://tayibah.com/eIslam/fasakh.php

-LAMPIRAN-

1 1 1111111
1 1 1111111
1 1 1111111

Anda mungkin juga menyukai