Anda di halaman 1dari 37

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

(BBV 30103)

FPTV, UTHM
BAB 9

Penyenggaraan Dan
Pembaikan
Penyenggaraan

Definisi :
Penyenggaraan adalah aktiviti yang
dilaksanakan supaya mesin/ peralatan
sentiasa berupaya melaksanakan kerja.
Jenis-jenis Penyenggaraan

Penyenggaraan Baikpulih /Pembetulan


(Corrective Maintenance)
Penyenggaraan Pencegahan (Preventive
Maintenance)
Penyenggaraan Baikpulih

Penyenggaraan yang menjadi amalan lazim.


Ia dilaksanakan setelah berlaku kerosakan
di mana komponen sudah gagal berfungsi.
Pengurusan secara tindakbalas.
Kelebihan Penyenggaraan
Baikpulih

1. Penggunaan peralatan sehingga hayat


maksima.
2. Tempat kerosakan mudah dikesan.
3. Sesuai untuk mesin/peralatan murah.
4. Tidak perlu mengeluarkan wang sehingga
berlaku kerosakan.
Keburukan Penyenggaraan
Baikpulih

1. Berlaku tanpa amaran dan menimbulkan


banyak masalah.
2. Kos alat ganti dan upah tinggi.
3. Membuang banyak masa.
4. Berlaku kerosakan yang lebih besar dari
sepatutnya.
5. Perancangan tergendala.
Penyenggaraan Pencegahan

Dilakukan secara rutin.


Melibatkan aktiviti yang mudah sehingga
yang kompleks.
Komponen penting dan semsitif.
Komponen yang sentiasa bergerak.
Mempunyai beberapa kaedah/jenis.
Kelebihan Penyenggaraan
Pencegahan

1. Mengurangkan kerosakan.
2. Mengurangkan kos menunggu.
3. Jangka hayat mesin/peralatan yang lebih
lama.
4. Dapat merangka jadual kerja dengan lebih
berkesan.
Keburukan Penyenggaraan
Pencegahan

1. Kos penyenggaraan yang tinggi.


2. Komponen ditukar sebelum jangka hayat
tamat.
3. Penggantian komponen oleh fitter (tukang)
kadangkala menyebabkan kerosakan.
4. Masih berlaku kerosakan yang tidak
dijangka.
Jenis-jenis Penyenggaraan
Pencegahan
a) Penyenggaraan Berkala / Berjadual (periodic /
schedule maintenance)
b) Penyenggaraan Ramalan / Jangkaan
c) Penyenggaraan secara Peluang / Kesempatan
d) Penyenggaraan Semasa (current maintenance)
Penyenggaraan jenis ini melibatkan
penyelenggaraan yang dilakukan secara
berkala dan berjadual seperti ditetapkan.
Ia lebih mengutamakan pemeriksaan,
pengawalan kerosakan, dan kecacatan
sepanjang tempoh penggunaan mesin
a)tersebut.
Penyenggaraan Berkala / Berjadual
(periodic
Mudah maintenance)
dilaksanakan.
Sambungan..

Cara senggaraan :
- Melakukan perkara-perkara yang mudah
seperti mencuci (cleaning), pelinciran
(lubrication)
- Melakukan pemeriksaan (inspection),
membetulkan kerosakan (repair damage),
mutu pengendalian (Qualiti Control).
Kebaikan Penyenggaran Berkala

1. Mengurangkan kadar kerosakan yang tidak


dijangka.
2. Memanjangkan hayat mesin/peralatan.
3. Mengurangkan kos baikpulih.
4. Penggunaan tenaga kerja yang lebih efektif
dengan pelaksanaan yang lebih terancang.
5. Perancangan latihan dapat disediakan
terlebih dahulu.
Keburukan Penyenggaraan
Berkala

1. Penukaran komponen dibuat sebelum


tamat jangka hayat penggunaan.
2. Jurugegas boleh menyebabkan kerosakan.
3. Kos yang tinggi.
4. Masih berlaku kerosakan yang tidak
dijangka.
b) Penyenggaraan Ramalan

Penyenggaraan berdasarkan penganalisaan


sejarah masa lalu mesin/peralatan yang
digunakan.
Berasaskan keadaan mesin/peralatan.
Mengawasi parameter mesinperalatan bagi
menentukan bila penyenggaraan dilaksanakan.
Dapat membuat jangkaan awal kerosakan yang
mungkin berlaku.
Kebaikan Penyenggaraan Ramalan

1. Meningkatkan tahap keselamatan.


2. Dapat membuat persediaan alat ganti sebelum
kerosakan berlaku.
3. Meningkatkan keselamatan dan jangka hayat mesin.
4. Meningkatkan tahap penggunaan mesin.
5. Meningkatkan kualiti bahan yang dihasilkan.
6. Dapat merancang masa yang sesuai untuk
menghentikan operasi mesin.
7. Mengurangkan kos operasi.
Keburukan Penyenggaraan
Ramalan

1. Penggantian komponen sebelum tempoh


hayat.
2. Kos yang tinggi.
3. Memerlukan alat pengesan.
4. Kerosakan boleh berlaku sebelum tempoh
yang dijangka (silap jangkaan).
c) Penyenggaran Peluang

Dilakukansemasa mesin tidak beroperasi


- musim cuti, tempoh mesin tidak diguna
pakai, ketiadaan tenaga kerja/pengajar dan
ketiadaan bahan kerja.
Memerlukan sistem komunikasi yang
tersusun dan berkesan.
Kebaikan Penyenggaran Peluang

1. Tidak mengganggu latihan.


2. Dapat membuat persediaan alat ganti.
3. Dapat merancang penggunaan tenaga kerja
baikpulih.
Keburukan Penyenggaran Peluang

1. Kerosakan boleh berlaku lebih awal.


2. Koordinasi dan komunikasi yang lemah
tidak dapat melicinkan kerja-kerja
penyenggaraan.
d) Penyenggaraan semasa
(current maintenance)
Penyenggaraan jenis ini dijalankan dari
semasa ke semasa.
Ia
amat penting untuk memastikan keadaan
mesin/peralatan adalah baik dan tiada
masalah dari segi penggunaannya.
Pengujian Litar
dan Komponen
Pengujian Litar

Sebelum menjalankan pengujian litar, pastikan litar tidak bersambung


kepada punca bekalan kuasa.
Selepas itu, laraskan multimeter pada julat ohm. Letakkan probe multimeter
pada punca L dan punca N.
1. Jika jarum menunjukkan bacaan 0 , ini bermakna terdapat
litar pintas pada litar tersebut.
2. Jika jarum menunjukkan bacaan 2 - 5 , ini bermakna
litar tersebut dalam keadaan baik.
Sambungan.

Seterusnya ialah menguji grounding litar. Laraskan


multimeter pada julat yang paling tinggi. Letakkan probe
multimeter pada punca L punca bumi.
1. Jika jarum menunjukkan bacaan infinity,,
bermakna litar tersebut berada dalam keadaan
baik. Kemudian, letakkan satu probe multimeter
pada punca N dan satu lagi pada punca bumi.
2. Jika jarum menunjukkan bacaan infinity,, ini
bermakna litar berada dalam keadaan baik.
Pengujian Komponen

Selain dari menguji litar untuk memastikan


tidak berlaku litar pintas, pelajar juga perlu
menguji setiap komponen yang digunakan di
dalam sesuatu litar. Bagi menguji komponen
- komponen, alat yang perlu digunakan
adalah alat yang sama untuk menguji litar
iaitu multimeter.
1. Pemutus Litar Kenit (Miniature
Circuit Breaker, MCB)

Bagi menguji pemutus litar kenit, MCB ini, laraskan


multimeter pada julat ohm. Letakkan satu probe pada punca
kemasukan MCB dan satu lagi pada punca keluaran MCB.
1. Jika jarum tidak bergerak dan menunjukkan
kadar infinity, , ini bermaksud MCB tersebut
telah rosak.
2. Jika jarum pada multimeter bergerak dan
menunjukkan bacaan 0 bermaksud MCB itu berada
dalam keadaan baik.
2. Geganti Beban Lampau
(Overload Relay)
Laraskan multimeter pada julat ohm.
Pada keadaan asal, apabila probe multimeter
diletakkan pada punca 7 dan 8 geganti beban
lampau, jarum multimeter akan bergerak dan
menunjukkan bacaan 0, manakala punca 8 dan 9
pula, jarum multimeter tidak bergerak dan sekaligus
menunjukkan bacaan infinity, .
Sambungan

Kemudian, apabila suis geganti beban lampau dalam keadaan


bertenaga, probe multimeter diletakkan pada punca 8 dan 7,
jarum tidak bergerak dan menunjukkan bacaan infinity, ,
manakala pada punca 8 dan 9, jarum akan menunjukkan
bacaan 0.
Apabila ini terjadi bermaksud, komponen geganti beban
lampau berada dalam keadaan baik. Jika keputusan yang
diperolehi adalah sebaliknya, ini bermakna geganti beban
lampau rsebut kemungkinan rosak dan tidak boleh digunakan.
Rajah di bawah menunjukkan keadaan geganti beban lampau
pada keadaan asal dan bertenaga.
Binaan Geganti Beban Lampau Pada
Keadaan Asal dan Selepas Diberi
Tenaga

Geganti beban lampau pada Geganti beban lampau selepas


diberi tenaga
keadaan asal
3. Sesentuh (Contactor)

Di dalam sesebuah sesentuh itu, terdapat dua


bahagian utama iaitu gegelung (coil) dan penyentuh itu
sendiri.
1. Bagi menguji gegelung (coil) dengan menggunakan
multimeter, laraskan multimeter pada julat ohm. Jika
jarum bergerak dan menunjukkan bacaan 2 hingga
5,sesentuh berada dalam keadaan baik. Manakala
jika jarum tidak bergerak dan menunjukkan bacaan
infinity, , bermaksud sesentuh tersebut telah rosak.
2. Bagi bahagian sesentuh
-Sesentuh berada dalam sedia buka, apabila sesendal ditekan
ke dalam, jarum multimeter akan bergerak dan menunjukkan
bacaan 0 ohm. Jika bacaan adalah infinity,, bermaksud
sesentuh itu telah rosak.

Binaan Sesentuh
4. Sesentuh Tambahan (Auxiliary
Contactor)

Fungsi dan cara untuk menguji sesentuh tambahan adalah


lebih kurang sama dengan sesentuh dan pemasa.
Perbezaan antara sesentuh tambahan dengan sesentuh dan
pemasa adalah ianya tidak menggunakan gegelun (coil).
Kebiasaanya sesentuh tanbahan ini dipasang bersama dengan
sesentuh. Sesentuh tambahan ini dilekatkan pada sesendal
sesentuh.
Apabila gegelung (coil) sesentuh bertenaga, sesendal
sesentuh akan tertarik ke dalam dan pada masa yang sama,
sesendal sesentuh tambahan juga akan tertarik ke dalam.
Sambungan Binaan Sesentuh Tambahan

Bagi menguji sesentuh tambahan, laraskan multimeter pada julat


ohm. Biasanya, sesentuh tambahan mempunyai dua penyentuh
untuk sedia buka dan dua penyentuh lagi untuk sedia tutup
seperti di Rajah.
Apabila sesendal sesentuh tambahan ditarik ke dalam,
penyentuh sedia buka akan menjadi sedia tutup.
Manakala bagi penyentuh sedia tutup pula, apabila sesendal
sesentuh tambahan ditarik ke dalam, ia akan menjadi sedia buka.
Bagi memastikan sesentuh tambahan berfungsi dengan baik,
pastikan klip yang berada pada bahagian tepi serta sesendalnya
tidak patah. Jika ianya patah, ianya tidak boleh digunakan lagi.
5. Pemasa
(Timer Delay Relay, TDR)

Cara untuk menguji komponen pemasa, TDR ini adalah lebih


kurang sama dengan cara untuk menguji sesentuh. Gegelung
(coil) pemasa boleh diuji dengan meletakkan probe multimeter
pada pin 2 dan pin 7. Jika jarum multimeter tidak menunjukkan
bacaan iaitu infiniti,, bermaksud gegelung (coil) tersebut
putus dan komponen tersebut adalah rosak. Bagi sesentuhnya
pula, pin 8 dan pin 6 iaitu dalam keadaan sedia buka tidak
akan menunjukkan bacaan ataupun infiniti,.
Manakala pin 8 dan pin 5 dalam keadaan sedia tutup, jarum
akan menunjukkan bacaan 0 ohm seperti di Rajah.
6. Suis Punat Tekan

Suis punat tekan terbahagi kepada dua jenis iaitu suis


punat tekan mula dan suis punat tekan henti.
1. Bagi punat tekan mula, apabila probe multimeter
diletakkan pada kaki punat tekan , jarum tidak akan
menunjukkan sebarang bacaan dan apabila suis
ditekan, jarum akan menunjukkan bacaan 0 ohm.
2. Bagi punat tekan henti pula, apabila suisnya ditekan
maka jarum akan menunjukkan bacaan infiniti. Bila
suisnya dilepaskan, jarum akan menunjukkan bacaan 0
ohm.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai