Anda di halaman 1dari 7

PENILAIAN KERJA

( EVALUATE WORK )

1. PENERANGAN

Bagi setiap organisasi setiap pengurusan,aktiviti dan projek yang hendak


dilaksanakan mestilah dikawal kos perbelanjaan,samada kos untuk
pengeluaran,kos guna tenaga kerja,kos pengangkutan dan kos bahan dan
berbagai-bagai kos lagi. Begitu juga setiap projek perlu dibuat penilaian. Ini bagi
mempastikan setiap projek dapat dinilai samada menguntungkan atau tidak.
Penilaian juga dapat mengenal samada projek mengikut standard yang
ditetapkan dan memuaskan kehendak pengguna dan tidak lari dari Akta
Keselamatan & Kesihatan.

2. BANDINGKAN KOS PERBELANJAAN MENGIKUT PERUNTUKKAN

Menyelia sesuatu kerja dan mengurus mesti berpandukan penilaian kos yang
diperuntukkan.Sekiranya kos perbelanjaan melebihi peruntukkan yang
ditetapkan maka ini merugikan organisasi.Oleh itu pastikan kos perbelanjaan
kerja betul-betul dikawal seperti yang ditetapkan.

3. BANDINGKAN TAHAP PENGGUNAAN TENAGA KERJA MENGIKUT


TAHAP KERJA

Disamping kos kawalan kewangan yang dikawal selia,penggunaan tenaga kerja


mestilah juga dinilai mengikut tahap maksima penggunaan dan jam kerja bagi
setiap pekerja. Penggunaan tenaga kerja yang berlebihan hanya merugikan
organisasi.

4. TENTUKAN MUTU KAWALAN KERJA MENGIKUT STANDARD

Setiap tugasan yang diberikan atau dipertanggungjawab,sebagai seorang


pekerja atau seorang pengurus mesti mengamalkan mutu kerja mengikut
standard yang ditetapkan dan memuaskan hati pengguna. Oleh itu setiap masa
kerja yang dilakukan perlu dinilai samada oleh pekerja itu sendiri sebelum
penilaian dilakukan oleh penyelia.
5. BANDINGKAN PROGRES KERJA MENGIKUT JADUAL

Satu bentuk analisa / penilaian dilakukan oleh seorang penyelia dan membuat
perbandingan diantara kerja yang dirancang dengan tempoh masa yang
sebenar. Sebagai contohnya jika satu projek mengikut perancangan kerja harus
siap dalam tempoh 14 hari,tetapi 10 hari kemudian kerja hanya disiapkan 50%
sahajaOleh itu seorang penyelia harus memikirkan cara mengatasi kenapa
kelewatan tersebut boleh berlaku. Cara mengatasi perlu segera dilakukan
samada tenaga kerja atau tambahan jam kerja perlu diberikan. Analisa yang
tepat dan tindakan yang segera (Contegency management) yang mempastikan
kerja disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam masa 14 hari.

6. BANDINGKAN TAHAP INVENTORY MENGIKUT SASARAN KERJA

Sesuatu projek yang dilaksanakan memerlukan satu bentuk penilaian peralatan /


bahan yang tertentu. Seorang penyelia mesti membuat penilaian dengan
membandingkan samada inventory yang ada mencukupi bagi sesuatu projek.
Dengan ini tidak berlaku semasa kerja sedang dijalankan,inventory yang ada
telah habis dan terpaksa menghubungi pembekal (supplier).Cara ini akan
melambatkan kerja mengikut sasaran yang ditetapkan

7. LAKUKAN PENGESAHAN KEPADA KERJA ( COMMISIONING )

Sebuah projek yang siap perlu dibuat penilaian keatas kerja yang dijalankan.
Mutu kerja mestilah mengikut standard. Tempoh kerja adalah mengikut
jadual,sekiranya lewat satu laporan harus dibuat agar kes ini tidak berlaku
lagi.Penilaian juga perlu dilihat dari sudut kos yang digunakan. Bahan-bahan
yang berlebihan perlu disimpan dibawah inventory.Tentukan guna tenaga kerja
memenuhi sasaran kerja dan kalau pemasangan contohnya unit Air
Conditioning,pengesahan perlu dilakukan dan mendapat pengesahan sempurna
dari pengguna dan perkhidmatan susulan perlu diadakan.

8. INTIPATI

Dalam pelajaran ini kita hanya memfokuskas secara ringkas mengenai plan
tindakan kerja yang merangkumi perancangan untuk melaksanakan
kerja,melakukan pengendalian kerja,pengawalan kos dan penilaian pada kerja.

Penilaian pada kerja melibatkan perlaksanaan dan kawalan pada perlaksanaan


kerja. Sekiranya sebuah organisasi mahu impak yang baik dalam perlaksanaan
dan peningkatan produktiviti,setiap kakitangan baik peringkat pengurus,penyelia
sehingga diperingkat tukang cuci sampah harus bekerjasama diantara satu sama
lain. Setiap konflik yang berlaku dalam perbincangan harus dilihat mengenai
peranan penting masing-masing demi kemajuan organisasi.

Peningkatan sebuah organisasi tidak ada jalan pintas untuk maju.Setiap penyelia
harus sedar mereka perlu menentukan cara terbaik mengendalikan organisasi
dengan bersungguh dan yakin tetapi mestilah berteraskan kemampuan
organisasi itu sendiri.
CONTOH

SATU ATURCARA KERJA UNTUK PANDUAN ANDA


MENILAI PRINSIP KERJA YANG SELAMAT DAN
TERATUR
ATURCARA KERJA MEMASANG SESALUR

___Hari____Bulan ____Tahun

ATURCARA KERJA

Nama Kontraktor : ---------------------------------------------------

Nama Kerja : Kerja Pemasangan Sesalur


Alatan / Mesin yang Elevator,Elec.Drill,High Speed Cutter,Extension Cord,
digunakan Staging,Ladder,Chain-Block
Safety Aids Safety Helmet,Safety Belt,Goggle,Cotton Mask
Lesen yang perlu ada Lesen Staging,Crane Operator,Cutting Machine,Duct /
Chemical Inspection

Bil Langkah-Langkah Kerja Penekanan Kerja


1 Perbincangan / Mesyuarat 1..Langkah-langkah keselamatan perlu
diutamakan dengan mendapat khidmat nasihat
Sebelum kerja dari jurutera keselamatan atau inspector
dilakukan,anda perlu keselamatan gas.
mengadakan satu sesi Lakukan pemeriksaan supaya setiap pekerja
perbincangan / mesyuarat tidak terdedah kepada kemalangan ditempat
supaya satu susunan kerja. (Safety Inspection)
kerja dengan lebih baik 2.Keselamatan pada alatan yang digunakan
dan selamat dapat perlu diambil kira sebelum alatan tersebut
diadakan digunakan. (Safety Equipment).
3. Penerangan dari penyelia kerja atau jurutera
kerja (Briefing work) yang bertanggungjawab
perlu diberi kepada pekerja;
“Pekerja perlu tahu objektif kerja yang akan
dilakukan oleh mereka”.
4. Penerangan dari penyelia kerja,mengenai
cara-cara kerja perlu dilaksanakan.(How to
work).
5. Pecahan kerja kepada kumpulan yang lebih
kecil dilakukan agar setiap kerja dapat
disiapkan mengikut task yang diberikan.
(Working division divided)
6. Kumpulan sokongan harus dibentuk (sub-
group) supaya sekiranya tenaga kerja tidak
mencukupi,kumpulan sokongan ini boleh
Bil Langkah-Langkah Kerja Penekanan Kerja
digunakan pada masa itu.(Contency
management)
7. Menentukan orang yang mempunyai
kelayakan sahaja dibenarkan mengguna dan
menjalankan mesin yang ada.
8. Pesanan kepada pekerja,elakkan dari
menyentuh sesuatu benda yang tidak pasti
puncanya.

2. Pengesahan sijil perlu 1. Lesen untuk memasang staging


diperolehi untuk kerja- sehingga ketinggian 5 meter tinggi.
kerja pemasangan. 2. Lesen menggunakan punca bekalan
elektrik sementara.
3. Lesen menjalankan / menggunakan
‘High Speed Cutter’
4. Lesen pengesahan bilik / bangunan yang
hendak dipasang sesalur (duct) berada
dalam keadaan selamat.
5. Sijil pengesahan kerja siap (Evaluation)

3. Menguji alatan untuk 1. Setiap mesin yang digunakan mestilah


mesin-mesin. mendapat kebenaran bagi mengesahkan
unit tersebut selamat.
2. Gunakan sambungan elektrik (extension
cord) selamat untuk digunakan..
3. Uji penebatan pada wayar elektrik.
4. Pastikan juga semua penyambungan
menpunyai penyambungan ke bumi.
5. Ujian alat mengangkut-Chain block.

4. Menggunakan bahan- 1. Bahan –bahan untuk sesalur mencukupi.


bahan yang betul untuk 2. Tentukan lokasi tempat yang hendak
kerja yang sesuai dipasang sesalur.
berpandukan rancangan 3. Pastikan bahan untuk menggantung
kerja. sesalur mecukupi.(supporting duct)
4. Pastikan screw untuk menggantung
* Peringatan-Penyediaan sesalur mencukupi.
bahan amat penting
supaya setiap kerja dapat
disiapkan mengikut jadual.
BAB 11

PENILAIAN KERJA
(EVALUATE WORK)

Anda mungkin juga menyukai