Anda di halaman 1dari 15

NOTA TAMBAHAN: PENJANA FUNGSI & OSILOSKOP ETN2013

TAJUK 1 : PENJANA FUNGSI

PENGENALAN

BENTUK GELOMBANG KEGUNAAN/APLIKASI BAHAGIAN/ FREKUENSI


PERINGKAT

Menguji litar logik Litar logik

Menguji bahagian audio . Audio I -3 KHz

Menguji bahagian pesongan


Pesongan 50Hz/5625 Hz
penerima TV.

Jadual 1 Bentuk gelombang dan kegunaan penjana isyarat/frekuensi :

Penjana fungsi/penjana isyarat berupaya menghasilkan gelombang isyarat dari


punca keluarannya. Gelombang isyarat yang dihasilkan dalam bentuk sinus, gerigi dan segi
empat seperti Jadual 1. Keluarannya boleh dikesan menggunakan osiloskop, penguat, diod
pancar cahaya (LED), pembesar suara dan pembilang frekuensi. Kegunaannya untuk
menguji bahagian audio, litar logik dan pesongan penerima TV.

Rajah 1 memaparkan gambaran dua buah penjana fungsi dari dua jenama yang berbeza.

Rajah 1. Penjana Fungsi


BAHAGIAN KAWALAN PENJANA FUNGSI

Rajah 2. Panel hadapan Penjana Fungsi

FUNGSI KAWALAN
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.

1. PWR – (Power)
 Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
 Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.

2. ON
 Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima bekalan elektrik
atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila bekalan elektrik diputuskan atau
butang 1 dilepaskan.

3. RANGE Hz
 Butang pilihan julat frekuensi 1Hz hingga 1MHz. Satu butang pilihan sahaja perlu
ditekan untuk memilih julat frekuensi yang diperlukan

4. FUNCTION
 Butang untuk memilih rupa bentuk gelombang yang dikehendaki. Pilih satu sahaja
bentuk gelombang pada label dan tekan butang yang berkaitan.
 Penjana fungsi akan menghasilkan keluaran rupa bentuk gelombang sebagaimana
yang dipilih. ( Isyarat keluaran boleh didapati dari punca 8 )

5. SKALA PENDARAB
 Tombol perlu dilaras mengikut arah putaran jam atau sebaliknya untuk memilih nilai
pendarab.
 Penunjuk menentukan nilai pendarab yang dipilih.
6. DUTY
 Jika butang ditekan bentuk gelombang keluaran akan berubah fasa sebanyak
360° dari keadaan asal.

7. ATT
 Jika butang ditekan amplitud gelombang keluaran akan berkurang -20dB
dari amplitud gelombang asal.

8. OUTPUT
 Soket punca gelombang keluaran penjana fungsi.
 50Ω bermaksud punca keluaran hanya sesuai menggunakan kabel penyambung
bergalangan 50Ω (kabel RG58).

9. AMPL
 Tombol pelaras nilai amplitud gelombang keluaran penjana fungsi.
 Amplitud gelombang keluaran bergantung pada jarak putaran tombol.

MENGENDALI PENJANA FUNGSI

1. Pastikan kesemua butang kawalan dilepaskan dan tombol kawalan dilaras pada aras
minima.
2. Sambungkan punca bekalan elektrik 240VAU pada penjana fungsi.
3. Tekan butang 1 PWR dan pastikan lampu penunjuk 2 menyala.
4. Pilih julat frekuensi yang dikehendaki dan tekan butang yang berkaitan.
Sebagai contoh :-
 Frekuensi yang dikehendaki dari punca keluaran penjana fungsi (function
generator ialah 15 KHz).
 Butang julat 10K perlu ditekan seperti Rajah 3.

Butang julat 10 KHz ditekan

Rajah 3 Julat frekuensi


5. Laraskan tombol pendarab seperti pada kedudukan 1.5 seperti rajah 4.

Penunjuk bacaan 1.5

Rajah4. Tombol pendarab

 Darabkan 1.5 (pendarab) dengan 10K (julat frekuensi) yang akan menghasilkan nilai
frekuensi yang dikehendaki iaitu15KHz.

 Frekuensi diperlukan = Pendarab X Julat frekuensi


= 1.5 X 10K
= 15KHz.

6. Pilih satu bentuk gelombang yang dikehendaki dan tekan butang FUNCTION seperti
Rajah 5.

Butang gelombang sinus ditekan

Rajah 5. Butang pemilihan bentuk gelombang

7. Sambungkan soket keluaran (OUTPUT-8) dengan menggunakan penyambung BNC


dengan kabel RG58-50Ω. Hubungkan sambungan keluaran penjana audio ke punca
masukan osiloskop. Setkan osiloskop pada mode yang betul.

8. Laraskan tombol AMPL (9), laras pelaras amplitud ke arah putaran jam dan lihat
paparan bentuk gelombang yang terdapat pada skrin osiloskop, seperti Rajah 6.
Penyambungan keluaran penjana fungsi ke osiloskop
menggunakan penyambung BNC kabel RG58-50Ω

Rajah 6. Penyambungan penjana fungsi dan bentuk gelombang sinus


TAJUK 2 : OSILOSKOP

PENGENALAN

Osiloskop adalah sebuah alat pengukur yang mampu memaparkan bentuk


gelombang pada dua paksi. Paksi tegak dan ufuk. Paparan ini menunjukkan pengukuran
voltan dan frekuensi. Rajah 1 adalah gambar sebuah osiloskop.

Rajah 1 Osiloskop dua saluran.

KEGUNAAN

Kegunaan asas osiloskop adalah untuk mengukur voltan dan frekuensi, walau
bagaimanapun ia juga boleh digunakan untuk melakukan pengujian lain. Antara kegunaan
osiloskop adalah seperti berikut:-
 Mengesan dan memaparkan bentuk gelombang.
 Mengukur frekuensi.
 Mengukur voltan arus terus (DC).
 Mengukur voltan puncak ke puncak
 Mengukur beza fasa
BAHAGIAN KAWALAN OSILOSKOP

Surihan bentuk gelombang 12 34 5 6 7


sinus

8 9 10 11 12 13 14 15 16 1718 19 20

Rajah 2. Panel hadapan osiloskop dua saluran.

 Terdapat beberapa kategori osiloskop antaranya satu saluran dan dua


saluran.
 Osiloskop satu saluran terdapat satu punca masukan isyarat dan
menghasilkan satu bentuk gelombang sahaja dan tidak mampu mengukur
frekuensi yang terlalu tinggi.
 Osiloskop dua saluran mempunyai dua masukan dan dua paparan bentuk
gelombang dalam satu masa seperti dalam rajah 2.

FUNGSI KAWALAN
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.:-

1. POWER
 Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
 Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.

2. INTENS
 INTENSITY bermaksud keamatan.
 Mengawal kecerahan surihan
3. LAMPU INDIKATOR
 Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima
bekalan elektrik atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila
bekalan elektrik diputuskan atau butang 1 dilepaskan.

4. TR (Trace Rotation)
 Pelaras surihan pada kedudukan mengufuk. Untuk menentukan
surihan pada posisi tepat mengufuk dan menghasilkan bacaan yang
tepat.
 Jika pelaras TR diputar mengikut arah pusingan jam hasil surihan
seperti rajah 3.

Rajah 3

Rajah 4

 Pelaras TR diputar mengikut arah lawan jam hasil surihan seperti rajah
4.

Rajah 5

 Pelaras TR dilaras pada kedudukan tengah akan menghasilkan


surihan tepat mengufuk seperti rajah 5.
5. X-POS. (X-Position)
 Tombol pelaras ufuk.
 Melaras kedudukan surihan kekiri atau ke kanan. Rujuk rajah 5, 7 dan
8.
 Rajah 8 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.

Rajah 6. Kedudukan surihan berada di sebelah kanan

Rajah 7. Kedudukan surihan berada di sebelah kiri

Rajah 8. Kedudukan surihan berada di tengah

6. TIME/DIV (time per division)


 Suis pilihan masa per bahagian.
 Untuk menentukan tempoh masa yang diambil bagi satu kitar
gelombang.
 Untuk menentukan jumlah bilangan kitar gelombang yang dipapar
pada skrin.
 Rajah 9, menunjukkan suis dilaras pada julat 100ms. Ini bermaksud
setiap bahagian atau petak mengufuk bernilai 100ms.
Rajah 9. Suis pilihan TIME/DIV dilaras pada bacaan 100milisaat.
7. Tombol kawalan penentukur ufuk.
 Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk
menghasilkan bacaan frekuensi yang tepat dan ia disetkan pada
penentukuran frekuensi.

8. X-MAG – X10
 Jika butang ditekan bacaan masa gelombang pada skrin mestilah
didarab 10.
 Kegunaannya untuk membaca frekuensi gelombang yang tinggi.

9. CAL 0.2V 2V (Calibrate)


 Penentukur – Untuk mengenalpasti osiloskop akan menghasilkan
bacaan voltan yang tepat apabila digunakan.
 Punca masukan osiloskop disambungkan pada punca 2V, skrin akan
memaparkan gelombang segi empat beninai 2volt p-p.

10. Y-POS. I
 Tombol pelaras paksi tegak saluran 1.
 Melaras kedudukan surihan saluran 1 ke atas atau ke bawah seperti
rajah 10 dan 11.
 Rajah 12 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.

Rajah 10. Kedudukan surihan berada di atas


Rajah 11. Kedudukan surihan berada di bawah

Rajah 12. Kedudukan surihan berada di tengah

11. GD. CH.l (GD=Ground)

 Suis penentu aras rujukan.


 Apabila keadaan butang seperti rajah 12(a) satu surihan mengufuk
(garisan lurus) terhasil pada skrin osiloskop. Garisan tersebut merujuk
pada kedudukan asal bentuk gelombang seperti Rajah 13 (a).

Posisi butang GD Posisi butang GD


(a) (b)
b)
Rajah 13. Perbezaan posisi butang GD dan kesan pada bentuk gelombang.
12. VOLTS/DIV (Volts per division)

 Suis pilihan julat VOLTS/DIV (voltan per bahagian).


 Untuk menentukan nilai voltan satu bahagian atau petak menegak.
 Rajah 14 menunjukkan suis dilaras pada julat 5V. Ini bermaksud setiap
bahagian atau petak menegak bernilai 5volt.

Rajah 14. Suis pilihan VOLT/DIV dilaras pada bacaan 5V.

13. Tombol kawalan penentukur tegak.


 Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk
menghasilkan bacaan voltan yang tepat dan ia disetkan pada
penentukuran voltan.

14, 15 dan 16 VERT. MODE (Vertical mode)

 Mode tegak – Memilih saluran paparan samada paparan saluran 1


sahaja, dua saluran atau saluran 2 sahaja.
 Mana-mana saluran yang dipapar di skrin adalah dalam mode tegak.
Kedua-dua saluran boleh memaparkan bentuk gelombang secara
serentak, tetapi gelombang hanya boleh diubah pada posisi tegak
secara berasingan. Manakala pelarasan gelombang pada posisi ufuk
ia akan berubah serentak.
 Jika butang CH l/ll ditekan skrin akan memaparkan bentuk gelombang
dari masukan saluran 2 sahaja.
 Jika butang CH l/ll dilepaskan skrin akan memaparkan bentuk
gelombang dari masukan saluran 1 sahaja.
 Jika butang DUAL ditekan skrin akan memaparkan dua bentuk
gelombang yang berasingan dari masukan saluran 1 dan 2.
 Jika butang ADD ditekan skrin akan memaparkan gabungan dua
bentuk gelombang dari masukan saluran 1 dan 2.

17, 18, 19 dan 20


 Adalah tombol kawalan untuk saluran 2 dan berfungsi sama seperti
kawalan pada saluran 1.
MEMBACA GELOMBANG PADA SKRIN OSILOSKOP

Rajah 15 menunjukkan cara membaca dan mengira nilai Vpp (voltan puncak ke puncak) dari
bentuk gelombang yang di paparkan pada skrin osiloskop.

Menentukan bacaan voltan.

Formula :-
Bacaan voltan = Jumlah bahagian tegak X VOLTS/DIV

= X

= 4 bahagian X .5V

= 2 Vp-p

= 2 Volt puncak ke puncak

Rajah 15. Contoh pengiraan Vpp (voltan puncak ke puncak)


Menentukan bacaan frekuensi.

 Tentukan nilai julat TIME/DIV.=100mA


 Tentukan 1 kitar gelombang.
 Tentukan jumlah bahagian (petak) mengufuk =7bahagian
 Kirakan masa untuk 1 kitar.

Gelombang sinus 1 kitar=7 bahagian

Julat masa =100ms

Rajah 14. Menentukan julat masa dan jumlah bahagian pada satu kitar gelombang
Kaedah mengira tempoh (t).

Formula:

Tempoh (t) = time/div X Jumlah bahagian

= X

= 100ms X 7 bahagian

= 700ms

Mengira frekuensi :

Formula:-
Frekuensi = 1
t

1
=
700ms

1
=
-3
700 X 10

= 1 x 10 3
700

= 1 x 1000
700

= 1000
700

= 1.43Hz

Anda mungkin juga menyukai