Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kolej Vokasional Setapak Kod Sekolah: WHA0002

1. Nama Guru Nadia Azira binti Jasni

2. Judul Mudahkan Jangan Susahkan 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 1 Jun 2021 5. Masa: 2 Hari

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi islam yang memberi kesedaran kepada kita untuk kita
melihat sesuatu perkara itu mudah. Walaupun ada ketikanya, sesuatu perkara itu adalah pertama kali kita
lakukan, ataupun sesuatu perkara itu tidak suka kita lakukan, kita perlu melihatnya dari sudut positif dan
meraikan ia sebagai sebahagian daripada pengalaman baru yang berguna dalam hidup kita. Lantaran itu
segala perkara yang kita lalui akan lebih mudah dan dipermudahkan.
Dalam kehidupan kita, pastinya kita sering diuji dengan keadaan yang sukar dan susah. Mereka yang
melalui keadaan yang sukar dan susah ini dengan tabah sudah tentu nilai ketabahan tidak akan dipersia-
siakan oleh Allah SWT. Oleh itu, pada saat kita ditimpa musibah, tanamkanlah dalam hati bahawa Allah
sedang memilih kita untu diberi pahala yang berlipat kali ganda. Ringkasnya, kesusahan yang Allah berikan
kepada kita adalah bersesuaian dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. Pada satu ketika yang lain,
jika kita dilimpahi dengan kekayaan dan kesenangan, bolehkah kita mensyukuri nikmat yang diberikan oleh-
NYA? Maka, adalah lebih baiknya jika kita diuji dengan kesusahan supaya kita lebih muhasabah dan sentiasa
bersyukur.
Antara saranan buku ini untuk menghadapi musibah adalah dengan perbanyakkan beristighfar,
berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap musibah yang dihadapa dan seterusnya mengantungkan
sepenuh tawakal kepada Allah SWT. Selain itu, menerusi buku ini juga disertakan cerita-cerita motivasi,
potongan ayat al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan kepada kita dalam menghadapi ujian dalam
kehidupan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Memberi motivasi untuk melihat pekara yang sukar itu boleh di selesaikan
2. Melahirkan individu yang mempunyai sikap dan nilai yang positif

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan bersabar dalam menghadapi permasalahan pelajar


2. Mengubah sikap dan tabiat manusia iaitu guru mahupun pelajar untuk mengamalkan sikap yang positif

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Nadia Azira binti Jasni ) ( )

Anda mungkin juga menyukai