Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kolej Vokasional Setapak Kod Sekolah: WHA0002

1. Nama Guru Nadia Azira binti Jasni

2. Judul Mengurus Displin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Tarikh Pembentangan 22 April 2022 5. Masa: 10.00 pagi – 12.00 t/hari

6. Tempat Pembentangan Kolej Vokasional Setapak


7. Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk
Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar.
Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi
berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu
negara ini ke era yang lebih gemilang.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-
kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara
pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin
dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya
dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang
baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat
tahanan dan  kongkongan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap
negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar,
sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar
berkenaan. Terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah,
pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan
membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya
rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan
karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta
bijaksana.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Nadia Azira binti Jasni ) ( )

Anda mungkin juga menyukai