Anda di halaman 1dari 39

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

ETN 1023 : PEMASANGAN KELENGKAPAN PERALATAN


KOD DAN NAMA UJIAN
PROGRAM / PROGRAM’S
CODE & NAME EE-021-2:2012 : INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET
UP & HANDLING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT C02 INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP &
KOMPETENSI / HANDLING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET


UP & HANDLING REQUIREMENTS
NO. DAN PENYATAAN 2. PREPARE FOR INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT
AKTIVITI KERJA / WORK SET UP & HANDLING ACTIVITIES
ACTIVITIES NO. AND 3. SET UP INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT
STATEMENT 4. PERFORM RECORDING & TAGGING OF INSTRUMENT &
TEST EQUIPMENT
5. REPORT INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT SET UP
AND HANDLING ACTIVITIES
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID EE-021-2:2012-C02/P(1/5) Muka: 1 Drpd: 39
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

1.0 ALAT UKUR DAN ALAT UJI (INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT)

Pengenalan

Mengenalpasti alat uji dan alat ukur :


a) Alat ukur – Multimeter, Osiloskop, Tachometer, LCR Meter dll
b) Alat uji – Penjana Fungsi, Penjana Audio, Bekalan kuasa, Logic Probe dll

1.1 PERALATAN ALAT UKUR


1.1.1 Multimeter
Multimeter adalah suatu alat uji yang amat berguna untuk kerja-kerja
pemasangan, membaiki kerosakan dan menguji keterusan litar dalam bidang elektrik
dan juga elektronik. Di dalam multimeter terdapat gabungan antara Voltmeter,
Ammeter dan Ohmmeter yang berfungsi untuk menyukat voltan, arus dan rintangan
pada satu-satu litar elektronik.

Multimeter terdiri daripada :


i) Voltmeter (V) - Untuk menyukat voltan bekalan dalam satu litar.
ii) Ammeter (A) - Untuk mengukur arus yang mengalir.
iii) Ohmmeter (Ω) - Untuk menyukat kerintangan pada perintang

 Jenis-Jenis Multimeter
Terdapat dua jenis multimeter iaitu :
i) Multimeter Analog
ii) Multimeter Digital

Rajah 1 : Multimeter Analog dan Multimeter Digital


 Perbezaan Antara Multimeter Analog Dan Multimeter Digital
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Multimeter Analog Mutimeter Digital


Menggunakan Jarum Penunjuk Menggunakan paparan untuk
Bergerak dan Skala untuk membaca memaparkan nombor bacaan nilai
nilai bacaan yang disukat yang disukat
Hanya bahagian Ohmmeter sahaja
Semua bahagian menggunakan
yang menggunakan bateri dari dalam
bateri dari dalam multimeter
multimeter

 Kelebihan dan kekurangan Multimeter Analog Dan Multimeter Digital

Multimeter Analog Multimeter Digital


a) Harganya murah a) Senang untuk dapatkan
b) Senang dibaiki apabila bacaan dan hanya
rosak membaca nilai yang
c) Mudah didapati tertera pada skrin
Kelebihan
sahaja
b) Bacaan lebih tepat
a) Tidak perlu lakukan
zero ohm adjustment
a) Mudah rosak a) Harganya mahal
b) Susah untuk dapatkan b) Susah dibaiki apabila
bacaan dan memerlukan rosak
kemahiran membaca c) Susah didapati
skala
Kekurangan
c) Bacaan kurang tepat
d) Mesti lakukan zero ohm
adjustment sebelum
membuat ukuran
kerintangan
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

i. Multimeter Digital

i) Meter digital adalah meter elektronik, tidak terdapat gelung atau magnet.
ii) Reka bentuknya ringan, tahan gegaran dan mudah untuk digunakan.
iii) Meter ini memaparkan nombor pada skrin LCD
iv) Meter ini mempunyai julat voltan AC & DC, julat arus DC dan julat rintangan
().

 Penggunaan Multimeter Digital

i) Jika memasang probe pada kekutuban yang salah, tanda negatif akan
dipaparkan di skrin.
ii) Untuk melambatkan bateri lemah, padamkan (OFF) meter apabila tidak
digunakan.

 Bahagian Multimeter Digital

Bahagian Keterangan
Suis Pemilih
Boleh dipusing untuk memilih julat
Julat

Julat (range) Terdiri dari julat DCV, ACV, DCmA dan Ohm.

Terminal VmA disambungkan dengan probe merah dan


Terminal Probe
terminal COM dengan probe hitam

Skrin Paparan Memaparkan nilai ukuran yang diperolehi

OFF Untuk mematikan bekalan kuasa multimeter


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Rajah 2 : Bahagian Multimeter Digital

ii. Multimeter Analog

i) Multimeter analog menggunakan pergerakan jarum meter untuk menentukan


bacaan nilai.

ii) Ia mempunyai 4 jenis meter :-


a) Ohmmeter
b) DC Voltmeter (DCV)
c) AC Voltmeter (ACV)
d) DC Current meter (DCmA)

iii) Ohmmeter memerlukan bateri 3VDC dan 9VDC untuk berfungsi. Julat X1Ω
hingga X1KΩ menggunakan bateri 3VDC manakala julat X10KΩ menggunakan
bateri 9VDC.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Bahagian Multimeter Analog

Rajah 3 : Bahagian Multimeter Analog

Bahagian Keterangan

Skala Skala untuk bacaan Ohm (Ω), DCV, ACV.A yang diukur

Skru Pelaras Sifar


Melaraskan jarum penunjuk meter kepada sifar
Jarum Penunjuk

Pelaras Zero Ohm Melaraskan zero ohm setiap kali menukar julat pekali Ohm

Jarum yang bergerak untuk menunjukkan bacaan yang


Jarum Penunjuk
disukat

Suis Pemilih Julat Untuk memilih julat mengikut unit sukatan yang diukur

Julat (Range) Julat terdiri daripada DCV, ACV, DcmA dan Pekali Ohm.

Terminal +ve dan Terminal +ve disambungkan dengan probe merah dan
–ve terminal –ve dengan probe hitam
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Cara Membaca Skala Meter

Rajah 4 : Skala Multimeter Analog

Jadual 1 : Julat Bacaan Pada Meter

SKALA
UJIAN JULAT PENDARAB
(UNTUK DIBACA)
DC 0.1 V B = 10 X 0.01
0.5 V B = 50 X 0.01
2.5 V B = 250 X 0.01
DC VOLT 10 V B = 10 X1
50 V B = 50 X1
250 V B = 250 X1
1000 V B = 10 X 100
10 V C = 10 X1
50 V B = 50 X1
AC VOLT
250 V B = 250 X1
1000 V C = 10 X 100
50 μA B = 50 X1
2.5 mA B = 250 X 0.01
DC ARUS
25 mA B = 250 X 0.1
0.25 mA B = 250 X 0.001
×1 A X1
10 A X 10
RINTANGAN
1k A X 1000
10 k A X 10000
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Multimeter

i) Gunakan multimeter dengan berhati-hati.


ii) Ketika pengujian, letakkan probe multimeter pada kekutuban yang betul iaitu
probe merah pada +ve, probe hitam pada –ve.
iii) Pilih julat mutimeter dengan betul mengikut unit yang ingin disukat sama
ada arus, voltan atau rintangan.
iv) Pilih nilai julat yang sesuai mengikut nilai yang ingin disukat.
v) Jika keliru dalam pemilihan nilai julat, letakkan julat pada nilai yang paling
besar. Kemudian turunkan nilai julat sedikit demi sedikit sehingga jarum
penunjuk bergerak.
vi) Pegang probe multimeter pada bahagian yang berpenebat , bukan paa
pengalir.

Rajah 5 : Probe Multimeter

vii) Tanggalkan kedua-dua probe jika tidak digunakan.


viii) Untuk menguji bateri multimeter, pintaskan probe merah dan hitam. Jika
jarum menunjukkan ke angka 0Ω, ini menunjukkan bateri dalam keadaan
baik. Jika tidak mencapai ke angka 0Ω walaupun telah dilaraskan, ini
menunjukkan bateri lemah.
ix) Jangan menghempas multimeter.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Pengukuran Voltan Menggunakan Multimeter

i) Pengukuran voltan adalah untuk mengukur nilai voltan atau bezaupaya.


ii) Voltan yang boleh diukur adalah voltan AU dan voltan AT
iii) Unit voltan ialah Volt (V).

 Prosedur Mengukur Voltan

i) Jika mengukur voltan AT, julatnya ialah DCV, jika voltan AU julatnya ialah ACV.
ii) Pilih julat yang sesuai (lebih tinggi daripada voltan yang hendak disukat). Jika
nilai voltan yang hendak disukat tidak diketahui, gunakan julat yang paling
tinggi dahulu.
iii) Letakkan probe mengikut kekutuban yang betul.
iv) Sambungkan probe selari dengan beban yang hendak disukat voltannya.
v) Baca skala mengikut julat / range yang digunakan.

Rajah 6 : Kedudukan Probe Selari Dengan Beban

 Pengukuran Arus

i) Pengukuran arus adalah untuk mengukur kuantiti arus yang mengalir pada
suatu litar.
ii) Ia berkeupayaan menyukat arus dalam unit uA hingga Ampere.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

iii) Unit bagi arus ialah Ampere (A).


iv) Untuk mengukur arus, sambungakan probe sesiri dengan litar. Litar perlu
dibuka atau diputuskan.

Rajah 7 : Kedudukan Probe Selari Dengan Litar / Beban

Rajah 8 : Kedudukan Probe Selari Dengan Litar / Beban

 Pengukuran Rintangan

i) Pengukuran rintangan adalah untuk mengukur kerintangan pada sesuatu


perintang dan juga untuk menguji komponen elektronik sepert diod,
transistor dan sebagainya.
ii) Unitnya adalah Ohm (Ω).
iii) Untuk mengukur ohm, sambungkan probe selari dengan beban.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

iv) Sebelum mengukur ohm, pastikan bekalan kuasa telah dimatikan. Kemudian,
lakukan pelarasan ‘sifar’ setiap kali membuat pertukaran pekali.

Rajah 9 : Kedudukan Probe Selari Dengan Beban

1.1.2 Osiloskop (Oscilloscope)

Osiloskop digunakan untuk memaparkan bentuk gelombang, mengukur


frekuensi, tempoh, arus dan voltan. Osiloskop juga membantu mengesan kerosakan
alat-alat elektrik dan elektronik.

Rajah 10 : Osiloskop
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Bahagian Osiloskop

Rajah 11 : Bahagian Osiloskop


NO Bahagian Fungsi
1 Calibration Point Untuk menentukan nilai ukuran sentiasa tepat
Untuk mengawal kecerahan gelombang supaya tidak
2 Intensity
kabur
3 Focus Untuk mendapatkan garisan gelombang yang tajam
4 Trace Rotation Untuk melaraskan garisan mengufuk (horizontal)
5 Power Untuk ON/ OFF osiloskop
Untuk meninggikan atau merendahkan amplitud
6 Volt / Div (CH1)
gelombang pada CH1
7 CH1 (X) Input Untuk terminal input channel 1
Knob Calibration Untuk Volt/Div pada CH1/CH2 mesti dimaksimakan.
8
(CH1) Bila knob ini ditarik keluar, nilainya = x 5
Suis untuk pemilihan mode sambungan
 AC : AC Coupling
9 AC-GND-DC (CH1)
 GND : input terminal terputus sambungan
 DC : DC Coupling
Position Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke atas atau
10
ke bawah
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Suis untuk pilih mode operasi


 CH 1 - jika menggunakan input CH 1
 CH 2 - jika menggunakan input CH 2
11 Vert. Mode  DUAL - jika menggunakan kedua-dua input CH 1
dan CH 2
 ADD - jika hendak mencampurkan jumlah CH 1
dan CH 2
Suis untuk pemilihan mode sambungan
 AC : AC Coupling
12 AC-GND-DC (CH2)
 GND : input terminal terputus sambungan
 DC : DC Coupling
13 CH2 (Y) Input Untuk terminal input channel 2.
Knob calibration untuk Volt/Div pada CH1/CH2 mesti
Knob Calibration
14 dimaksimakan. Bila knob ini ditarik keluar,
(CH2)
nilainya = x 5.
Untuk meninggikan atau merendahkan amplitude
15 VOLT / DIV (CH 2)
gelombang pada CH2.
Suis untuk pilih input signal mana yang hendak
16 Source
digunakan.
17 Trigger Mode Suis untuk pilih mode trigger yang dikehendaki
18 Triggering Level Untuk menghentikan gelombang yang bergerak
19 TIME / DIV Untuk mengecil atau membesarkan jarak 1 kitar
20 SWP. VAR Knob calibration untuk Time/Div (maksimakan)
Position Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke kiri atau
21
kanan
22 Skrin Untuk memaparkan bentuk gelombang

 Prosedur Menggunakan Osiloskop

i) On kan osiloskop.
ii) Tunggu sehingga TRACE LINE terpapar.
iii) Pastikan switch VERT. MODE dan SOURCE dipilih mengikut channel yang
digunakan.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

iv) Pasang probe osiloskop pada terminal input CH1 atau CH2
v) Lakukan CALIBRATION.

Calibration perlu dilakukan untuk memastikan osiloskop dalam keadaan baik


dan boleh memaparkan gelombang dengan nilai VPP dan FREQUENCY
dengan tepat.

 Cara Melakukan Calibration Pada Osiloskop

i) Sambungkan probe osiloskop pada soket CHANNEL 1 atau CHANNEL 2. Set


suis probe pada X1.

Rajah 12 : Probe Osiloskop

ii) Sambungkan hujung probe pada CALIBRATION POINT.


iii) Pastikan suis MODE berada pada CHANNEL yang dipilih.
iv) Set suis AC-GND-DC pada AC.
v) Set semua tombol POSITION ( ↔ ↨ ), INTENSITY, FOCUS dan LEVEL pada
setengah pusingan.
vi) Set tombol VOLT/DIV pada 1V dan TIME/DIV pada 1ms.

Rajah 13 : Tombol Volt/Div Dan Time/Div


Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

vii) Maksimakan semua knob calibration untuk Volt/Div dan Sweep Time.
viii) Bentuk gelombang 4 segi akan tertera pada skrin.

Rajah 14 : Paparan Gelombang Di Skrin

ix) Buat pengiraan nilai VPP dan Frequency Calibration untuk memastikan
calibration telah dilakukan

 Cara Mengira Nilai Vpp Dan Frekuensi

i) Nilai Vpp (Voltan Puncak ke Puncak)

Contoh pengiraan :-
Katakan, Nilai Vpp Calibration = 2 Vpp

Vpp = Volt / Div x Amplitude


Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

= 1 V x 2 cm
= 2 Vpp

ii) Nilai TIME (Masa)

Contoh pengiraan :-

Time = Time/Div x Jarak 1 Kitar


= 1 ms x 1 cm
= 1 ms

iii) Nilai Frekuensi

Contoh pengiraan:-

F = 1
T
= 1
1 ms
= 1
1 x 10 –3
= 1000 Hz
= 1 K Hz.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Jenis Gelombang Dan Kedudukan Amplitud/Jarak 1 Kitar

1. Sinus (Sine Wave) 2. Segiempat (Square Wave)

3. Segitiga (Triangle) 4. Gerigi (Saw Tooth)

5. Denyut (Pulse Wave)


Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Cara Baca/Kira Nilai Vpp, Time Dan Frekuensi Gelombang.

Contoh :-

i) VOLTAN PUNCAK KE PUNCAK ( VPP ):-

Vpp = V / Div x Amplitude


= 100 mV x 4 cm
= 400 mV @ 0.4 V

ii) TIME :-

Time = T / Div x Jarak 1 kitar


= 500 µs x 4 cm
= 2000 µs @ 2 ms

iii) Frekuensi :-

Freq = 1
Time
= 1
2 ms
= 1
2 x 10 –3
= 500 Hz
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Penggunaan Satu/Dua Input Channel

i) Osiloskop boleh memaparkan gelombang melalui input Channel 1 / Channel


2/kedua-dua input Channel secara serentak.
ii) Cara baca/kira nilai Vpp, masa dan frekuensi jika menggunakan satu input
channel atau kedua-dua input channel adalah sama.
iii) Contoh pengiraan, jika julat yang digunakan pada CH1 = 0.1V dan julat yang
digunakan pada CH2 = 2V

Rajah 15 : Penggunaan Dua-kedua Channel

a) Channel 1

Vpp = V / Div x Amp


= 0.1 V x 2.2 cm
= 0.22 Vpp / 220 mVpp

b) Channel 2

Vpp = V / Div x Amp


= 2V x 4.2 cm
= 8.4 Vpp
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Cara Mengukur Voltan AT (DC)

i) Apabila mengukur voltan DC, tiada bentuk gelombang. Hanya garisan lurus
sahaja dipaparkan.
ii) Letakkan suis AC-GND-DC pada GND. Laraskan tombol position sehingga
garisan berada pada kedudukan A.

Rajah 16 : Garisan Lurus untuk Voltan DC

iii) Alihkan suis AC-GND-DC pada DC.


iv) Ketika mengukur voltan DC, sekiranya garisan bergerak dari A ke kedudukan
B, voltan tersebut adalah voltan DC positif dan sekiranya garisan bergerak ke
kedudukan C, voltan tersebut adalah voltan DC negatif.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

v) Jika julat pada Volt/Div adalah 2 V dan garisan bergerak ke kedudukan B ,


nilainya ialah :-
Voltan DC positif Voltan DC negatif

V = V/D x Amplitude V = V/D x Amplitude


= 2 V x 2.5 cm = 2 V x (- 2.5 cm)
= +5V = -5V

 Formula Pengiraan Gelombang

Voltan puncak , Vp adalah voltan maksimum gelombang


Voltan puncak ke puncak, Vp-p = 2Vp
Voltan punca min kuasa dua, Vpmkd = 0.707  Vp
Tempoh, T adalah 1 kitaran lengkap bagi gelombang
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Frekuensi, f = 1
T
Contoh 1 :
Rajah di sebelah menunjukkan gambarajah
gelombang AU, hitungkan :
a) Voltan puncak, VP
b) Voltan punca min kuasa dua, Vpmkd
c) Tempoh, T
d) Voltan puncak ke puncak, VP-P
Jawapan :

Contoh 2 :

Hitungkan :
a) Voltan puncak ke puncak , Vpp
b) Tempoh, T
c) Frekuensi, f
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Jawapan :

2.10 Pemasangan Osiloskop Ketika Mengukur Voltan DC

Rajah 17 : Pemasangan Osiloskop Ketika Mengukur Voltan DC

i) Letakkan probe –ve osiloskop pada terminal COM bekalan kuasa.


ii) Letakkan probe +ve osiloskop pada terminal +ve bekalan kuasa. Garisan lurus
dari kedudukan tengah akan ternaik ke atas mengikut nilai voltan yang
dilaraskan pada bekalan kuasa (seperti rajah 16)
iii) Jika hendak ukur voltan –ve, terbalikkan sambungan probe. Garisan lurus dari
kedudukan tengah akan terturun ke bawah mengikut nilai voltan yang
dilaraskan pada bekalan kuasa.
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

1.1.3 Tachometer

Tachometer ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan


sesuatu benda kerja seperti motor elektrik, enjin dan tayar kenderaan. Terdapat 2
jenis tachometer iaitu :

i) Tachometer analog
ii) Tachometer digital

 Cara Penggunaan Tachometer

Terdapat 2 cara untuk menggunakan tachometer iaitu :


i) Melalui sentuhan
ii) Melalui sensor

a) Melalui sentuhan b) melalui sensor

Rajah 18 : Jenis Tachometer

 Penggunaan Tachometer Melalui Sentuhan

i) Jalankan motor
ii) Sentuhkan tachometer pada bahagian shaft yang berputar
iii) Pastikan penyentuh tachometer berputar sama dengan shaft motor
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

iv) Dapatkan bacaan selepas 10 - 20 saat dalam unit yang dikehendaki


v) Tekan ‘hold’ pada panel bagi mendapatkan bacaan yang tepat
 Penggunaan Tachometer Melalui Sensor

i) Tandakan bahagian shaft yang berputar dengan reflective tape


ii) Jalankan motor
iii) Halakan sensor pada reflective tape yang berputar
iv) Dapatkan bacaan selepas 10 - 20 saat dalam unit yang dikehendaki
v) Tekan ‘hold’ pada panel bagi mendapatkan bacaan yang tepat

1.1.4 LCR Meter

LCR meter digunakan untuk mengukur nilai induktor (L), kapasitor (C) dan rintangan
(R)

Rajah 19 : LCR Meter

Meter LCR mengambil namanya dari fakta bahawa induktans, kapasitans dan
rintangan dilambangkan oleh huruf L, C, dan R masing-masing. Pelbagai meter
disediakan. Versi mudah meter LCR memberikan induksi impedans hanya
menukarkan nilai kepada induktans atau kapasitansnya. Reka bentuk yang lebih
canggih dapat mengukur induktans atau kapasitans sebenar dan juga rintangan siri
bersamaan kapasitor dan faktor Q komponen induktif.
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Penggunaan LCR Meter Untuk Mengukur Induktor

Tekan tombol POWER


Tekan tombol L/C/R sehingga layar menunjukan huruf L.
Hubungkan kaki-kaki inductor pada probe LCR meter.
Tekan tombol 1KHz/120Hz.
Hasil pengukuran akan dipaparkan di layar
Lepaskan probe dari kaki inductor.

 Penggunaan LCR Meter Untuk Mengukur Kapasitor

i) Pilih julat LCR meter pada bahagian C dan pilih nilai farad yang menghampiri
dengan nilai kapasitor yang diukur.
ii) Sekiranya nilai kapasitor tidak diketahui, pilih nilai farad yang paling tinggi.
iii) Sambungkan probe –ve pada negatif kapasitor dan probe +ve pada positif
kapasitor.
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

iv) Ataupun masukkan kaki kapasitor pada terminal kapasitor mengikut kekutuban
yang betul.
v) Nilai bacaan akan terpapar pada skrin LCR meter.
vi) Jika bacaan menunjukkan nilai yang sangat kecil, turunkan nilai julat sehingga
mendapat bacaan yang dikehendaki.

 Penggunaan LCR Meter Untuk Mengukur Perintang

Tekan tombol POWER


Tekan tombol L/C/R sehingga layar menunjukkan huruf R.
Hubungkan kaki-kaki resistor pada probe LCR meter.
Tekan tombol 1KHz/120Hz.
Hasil pengukuran akan dipaparkan di layar
Lepaskan probe dari kaki-kaki komponen resistor

1.2 PERALATAN ALAT UJI

1.2.1 Penjana Fungsi (Function Generator)

Rajah 20 : Penjana Isyarat


Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Penjana fungsi adalah untuk menghasilkan isyarat sinus, segiempat, gerigi, segitiga
dan denyut.
i) Penjana fungsi boleh menambah voltan +ve atau –ve kepada output penjana
fungsi.

Rajah 21 : Gelombang Keluaran Penjana Fungsi

ii) Penjana fungsi berkemampuan menjanakan isyarat sehingga 1Mhz.


iii) Penjana fungsi mempunyai TTL output dimana isyarat segiempat Vpp nya tetap
tetapi frekuensi boleh diubah.

 Bahagian Penjana Fungsi


Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Rajah 22 : Bahagian Penjana Fungsi

No Bahagian Fungsi

1 Power Switch Untuk menghidupkan penjana fungsi

Power On Indicator LED digunakan sebagai petunjuk penjana isyarat


2
(Petunjuk Power On) telah hidup.
Range Switch
3 Untuk memilih julat frekuensi.
(Suis Julat)
Digunakan untuk mendapatkan bentuk
Function Switch (Suis
4 gelombang sama ada bentuk gelombang
Fungsi)
segiempat, segitiga atau sinus sahaja.
Multiplier Digunakan untuk melaraskan frekuensi tanpa
5
(Tombol Pekali Frekuensi) mengubah suis julat.
a) Digunakan untuk mendapatkan bentuk
gelombang gerigi, denyut atau sinus condong
Duty Control
6 dengan cara melaraskan time symmetry.
(Tombol Duti Kawalan)
b) Jika memerlukan gelombang sinus, tombol
mesti diletak pada posisi “CAL”.

 Prosedur Penyambungan Osiloskop Ke Penjana Fungsi

i) Pasang probe osiloskop dan lakukan calibration pada osiloskop tersebut


ii) Pasang probe penjana fungsi pada terminal output 50Ω dan lakukan calibration
pada penjana fungsi tersebut
iii) Sambungkan probe +ve osiloskop pada probe +ve penjana fungsi dan probe
-ve osiloskop pada probe -ve penjana fungsi.
iv) Lakukan proses penjanaan isyarat.
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Rajah 23 : Sambungan Penjana Fungsi Dan Osiloskop


Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

 Pemasangan Osiloskop Dan Penjana Fungsi Ke Litar Hidup

Rajah 24 : Pemasangan Osiloskop Dan Penjana Fungsi Ke Litar Hidup

i) Bekalan kuasa digunakan untuk memberikan bekalan voltan DC kepada litar.


a) Laraskan bekalan kuasa mengikut nilai voltan yang diperlukan oleh litar.
b) Pasangkan terminal +ve bekalan kuasa ke terminal VCC litar dan terminal
–ve bekalan kuasa ke GND litar.

ii) Penjana fungsi digunakan untuk menjana isyarat yang dikehendaki


a) Janakan penjana fungsi dengan nilai Vpp dan frekuensi yang dikehendaki.
b) Pasangkan probe merah pada terminal input litar dan probe hitam pada
terminal GND litar.

iii) Osiloskop digunakan untuk memaparkan gelombang keluaran daripada litar.


a) Lakukan calibration pada osiloskop
b) Sambungkan probe +ve osiloskop ke terminal output litar dan probe –ve ke
GND litar.
Muka Surat / Page : 32
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

1.2.2 Penjana Audio

Penjana audio digunakan untuk menguatkan isyarat audio dari peranti masukan
audio. Penjana isyarat audio disuntik di antara peranti masukan dan penguat
frekuensi audio. Ia menghadkan nisbah hingar isyarat. Penjana Audio boleh
menghasilkan bentuk gelombang sinus, segitiga dan persegi.

 Bahagian Penjana Audio

3
2

4
1

Rajah 25 : Bahagian Penjana Audio

No Bahagian Fungsi

1 Power Switch Untuk menghidupkan penjana audio

Range Switch
2 Untuk memilih julat frekuensi.
(Suis Julat)
Multiplier Untuk melaraskan frekuensi tanpa mengubah
3
(Tombol Pekali Frekuensi) suis julat.
4 Function Switch (Suis Untuk menurunkan level isyarat pada output
Muka Surat / Page : 33
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Fungsi)

 Penggunaan Penjana Audio

i) Pastikan suis bekalan pada alatan dalam keadaan "OFF“


ii) Pilih nilai isyarat yang dikehendaki
iii) Laraskan tombol ‘pekali frekuensi’ untuk mendapatkan nilai frekuensi yang
dikehendaki
iv) Laraskan suis ‘attenuator’ pada 0 dB
v) Laraskan tombol ‘fine’ pada kedudukan tengah
vi) Sambungkan punca keluaran (output) kepada litar yang diuji
vii) Hidupkan suis penjana audio
viii) Uji litar atau alatan sehingga selesai

1.2.3 Logic Probe

Logic probe digunakan untuk menguji paras logik pada litar digital (High, Low atau
Pulse) yang dikeluarkan oleh rangkaian digital. Logic probe mempunyai 2 lampu iaitu
merah (High – 1) dan hijau (LOW – 0). Apabila lampu merah (high – 1) hidup, titik
pengujian itu mempunyai voltan. Jika lampu merah dan hijau (high dan low) hidup,
LED pulse akan hidup. Ini menunjukkan titik pengujian tersebut terdapat denyutan.

Rajah 26 : Logic Probe

 Cara Penggunaan Logic Probe


Muka Surat / Page : 34
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

i) Klip merah disambungkan kepada positif bekalan kuasa dan klip hitam
disambungkan kepada bumi.
ii) Jarum logic probe diletakkan pada titik pengujian
iii) Lampu high/low/pulse akan bernyala
1.2.4 Alat Uji Kabel (Cable Tester)

Penguji kabel adalah peranti yang digunakan untuk menguji kekuatan dan
kesambungan jenis kabel tertentu atau perhimpunan berwayar lain. Terdapat
beberapa jenis penguji kabel yang berbeza, masing-masing dapat menguji jenis
kabel atau dawai tertentu (ada yang boleh menguji jenis kabel atau wayar yang
berlainan). Penguji kabel boleh menguji sama ada kabel atau wayar dipasang
dengan betul, disambung dengan betul, dan kekuatan komunikasi antara sumber
dan destinasi.

LAN tester adalah sebuah alat yang berfungsi untuk memastikan kabel UTP
(Unshielded Twisted Pair) atau kabel LAN . Sebelum memeriksa kabel UTP harus
sudah terpasang RJ-45 atau RJ-11. LAN tester ini dinilai penting sebelum
pemasangan kabel LAN dilakukan atau pemasangan ke setiap komputer atau
perangkat lainnya pada suatu jaringan atau LAN, apalagi pemasangannya dengan
sekala besar misalnya di pejabat, apartment, pusat membeli belah (Mall) dan
lainnya. LAN tester akan memberikan keyakinan bahwa kabel UTP tidak bermasalah
dan siap untuk dilakukan pemasangan.
Muka Surat / Page : 35
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

Pada LAN tester dibagi menjadi 2 kotak bagian iaitu induk tester (besar) dan  anak
tester (kecil). Tester induk dan tester anak terdapat led indikator yang berfungsi
memeriksa kebenaran pada kabel yang sedang kita cek.

 Cara Menggunakan LAN tester

a. Masukan connector salah satu ujung kabel UTP pada Port Tx induk tester (yg
besar).
b. Masukan connector ujung kabel UTP lain pada port Rx anak tester (yg kecil).
c. LAN tester dengan mengalihkan suis ke posisi auto.

Setelah kedua ujung kabel UTP dihubungkan pada LAN Tester, jika diperoleh data
sebagai berikut :

 Led 1 : menyala
 Led 2 : menyala
 Led 3 : menyala
 Led 4 : menyala
 Led 5 : menyala
 Led 6 : menyala
 Led 7 : menyala
 Led 8 : menyala ,
Muka Surat / Page : 36
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

bermaksud  lampu led (nombor 1 sampai 8) yang ada pada LAN tester (induk tester
dan anak tester) menyala semua maka boleh dikatakan kabel UTP tersebut tidak
bermasalah dan siap dipasang. Kalau ada salah satu yang tidak menyala bererti
kemungkinan pada pin nombor tersebut ada masalah, maka harus dilakukan
pemeriksaan fizikal kabel UTP dan connector, samada pemasangannya betul atau
tidak.
Alatan:

Langkah 1: 
Sambungkan kedua-dua hujung kabel LAN yang telah siap dan hendak diuji pada
network cable tester.

Langkah 2:
Pasangkan network cable tester. Tester akan menghantar signal dari satu hujung ke
hujung yang lain.

Anda akan dapat melihat lampu LED pada network cable tester akan menyala
serentak pada nombor yang sama atau mengikut urutan kabel yang telah anda buat
(Straight Through atau Crossover – rujuk gambar di bawah).
Muka Surat / Page : 37
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

    
Muka Surat / Page : 38
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

SOALAN :

1. Nyatakan jenis-jenis Multimeter?

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

2. Nyatakan unit-unit bagi kuantiti dibawah :

i). Voltan : ___________________


ii). Arus : ___________________
iii). Rintangan : ___________________

3. Berikan fungsi TIGA tombol yang terdapat pada osiloskop.

a. Level :
__________________________________________________

b. Position :__________________________________________________

c. Intensity :________________________________________________

4. Apakah kegunaan Penjana Fungsi?

______________________________________________________________

______________________________________________________________
Muka Surat / Page : 39
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(1/6)
Drpd / of : 39

RUJUKAN

1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com

2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.

3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit


theory, Sixth Edition. Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai