Anda di halaman 1dari 28

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012
PROGRAM’S CODE & SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C05 SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
COMPETENCY UNIT NO. MAINTENANCE
AND TITLE
1. IDENTIFY ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE
REQUIREMENT SPECIFICATIONS AND MANUALS.
NO. DAN PERNYATAAN 2. PREPARE SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
AKTIVITI KERJA / WORK
MAINTENANCE TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS.
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 3. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES INSPECTION.
4. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C05/P(1/4)
Drp / of : 28

TAJUK / TITLE :
MENGENALPASTI SPESIFIKASI DAN MANUAL PENYELENGGARAAN PERALATAN
ELEKTRIK

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan
cara penyelenggraan peralatan elektrik satu fasa.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

PENERANGAN :

Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa

Definasi Penyelenggaraan

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga,


mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan
(services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa,
mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.

1.0 JENIS PERALATAN ELEKTRIK DI RUMAH

i) Microwave

ii) Ketuhar

iii) Unit pemanas air ( water heater )

iv) Seterika elektrik

v) Lampu

vi) Peti Sejuk

vii) Kipas elektrik

viii) Penghawa dingin satu fasa

Tujuan Penyelenggaraan

i. Selamat dan boleh digunakan. (dari segi ketahanan dan kesihatan)


ii. Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory
requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta
447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenagadan sebagainya)
iii. Mencapai tahap bolehguna yang diterima.
iv. Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond
economic repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.
v. Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan
kelengkapan dan servis.
vi. Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Jenis Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan


yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan
pemeriksaan berkala

Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance)

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan


atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau selepas berlaku
kerosakan.

Kategori Kerosakan

Cemas (Emergency)

Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau


terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan
perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah,
bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak

Segera (Urgent)

Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh
menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya
kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan tersumbat).

Biasa (Normal)

Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan


ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

Operasi Penyelenggaraan

i. Servis (servicing)
ii. Pembersihan / Pencucian Bangunan (routine cleaning)
iii. Pembaikan (rectification, repair)
iv. Penggantian (replacement)
v. Penyambungan (extension)
vi. Pengubahsuaian (renovation)
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

vii. Naiktaraf (upgrading)

1.2 JENIS KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRIK

Setiap pemasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan. Diantaranya ialah


pemasangan yang sudah lama, kesalahan pemasangan, angkara makhluk perosak
seperti gigitan tikus dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya.

Kerosakan yang sering berlaku pada pendawaian elektrik boleh dibahagikan kepada
berikut :

i. Litar pintas
ii. Litar bocor kebumi
iii. Litar buka
iv. Kerosakan alat-alat pelindung arus lebihan

a)Litar Pintas

Litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral.

Rajah 1: Litar pintas

Kerosakan litar pintas dapat dikenalpasti melalui MCB atau fius yang sering terpelantik
atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku
pada papan suis utama ( PSU ), maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan
apabila di ‘ON’ kan.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Di antara punca-punca berlakunya litar pintas adalah:

a. Penebat kabel terkoyak.


b. Penebat kabel cair.
c. Benda asing seperti cicak,tikus,air dan kepingan logam yang menyentuh
pengalir
elektrik.

d. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor
elektrik yang pecah pemisahnya,soket yang pecah menyebabkan persentuhan

antara pengalir elektrik dan sebagainya.

Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya


renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
b. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
c. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana
bekalan sedang digunakan,penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang
rosak sahaja.
d. Gunakan alat uji Rintangan Penebat (Insulation Resistance Tester) untuk
mengesan kerosakan litar pintas ini.
e. Asingkan beban seperti lampu dan perkakas elektrik dari litar sebelum diuji
(sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’ OFF’
kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian
dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik.
f. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya (fasa
dengan fasa dan neutral).
g. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm,maka
litar tersebut telah berlaku litar pintas (lihat jadual 71A Peraturan IEE Edisi-16).
h. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
i. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang lebih dari satu litar yang rosak
sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Jadual 1: Nilai minima rintangan penebat

Rintangan
Voltan
Penebat
Voltan Litar Terendah - Volt AT -
Minima -
Volt
MegaOhm

Litar bervoltan lebih rendah apabila


litar dibekalkan dari suatu transformer
penebat keselamatan ( Peraturan 250 0.25
411-02-04 item (I) dan juga
memenuhi kehendak Peraturan

411-02-04 )

Hingga ke dan termasuk 500V 0.5


dengan pengecualian kes-kes di atas 500

Melepasi 500 V hingga 1000 V 1000 1.0

Antara litar SELV dan litar LV yang

berkaitan dengan tambahan tahan

ujian di mana dikehendaki 500 5.0

Contoh : U 240V r.m.s. A.T. untuk


60s

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perlu dibaiki
atau ditukar baru mengikut kesesuaian. Kerosakan seperti kabel terkoyak, benda
asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh
dibaiki tanpa menukar baru pemasangan pendawaian itu. Kabel yang terkoyak boleh
diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC,andainya
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

bahagian yang koyak itu sedikit sudah memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing
seperti tikus,cicak,air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh
diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran
atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh
diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

b) Litar Bocor Ke Bumi

Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada
pemasangan pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah fasa-
fasa atau neutral) ke bumi.Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat
elektrik yang membawa arus elektrik kepada bahagian logam berbumi atau kabel
bumi sendiri.

Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila PBLK sering terpelantik
terputus apabila di ‘ON’kan.

Diantara punca-punca berlakukan litar bocor kebumi adalah:-

a. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam
berbumi.
b. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel
bumi atau bahagian logam berbumi.
c. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh
antara pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.
d. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor,lampu,soket alur keluar
yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.
e. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi
atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.

Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti
berikut :

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch) untuk menggelakkan
sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
b. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

c. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan
elektrik sedang digunakan,penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak
sahaja.
d. Gunakan alat penguji rintangan penebat (Insulation Resistance Tester) untuk
mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.
e. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, motor elektrik dan alat-alat
elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban
tersebut suisnya perlu di’OFF’kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada
salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakan alat-alat elektrik
disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
f. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya
dengan bumi (fasa –fasa, neutral dan bumi)
g. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka
litar tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (lihat Jadual 71A Peraturan IEE-
Edisi 16)
h. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak
i. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari
satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perlu dibaiki atau
ditukar baru mengikut kesesuaian. Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit),benda
asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh
dibaiki tanpa menukar baru tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya
bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing
seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh
diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran atau
arus lampau tinggi melaluinya) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi
dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

c) Litar Buka

Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai
kepada beban. Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak
dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik. Kerosakan jenis ini dapat
dikenalpasti apabila peralatan elektrik tidak dapat beroperasi walaupun telah
di’ON’kan semua suis untuk alat tersebut beroperasi.

Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-

a. Kabel putus.
b. Sambungan pada terminal tertanggal.
c. Litar pada motor elektrik atau mesin elektrik terputus.
d. Kerosakan seperti suis,soket alir keluar,suis utama,PBLK,MCB,fius pengasing
dan penghidup motor elektrik.

Kaedah Mengesan Kerosakan

Ujian untuk kerosakan jenis ini lebih mudah dilakukan dalam litar hidup tetapi sekiranya
sangat merbahaya jika dilakukan dalam litar hidup,maka boleh juga dilakukan dalam
litar mati.

a. Kesan kerosakan dalam litar mati :


i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.
ii. Matikan bekalan elektrik untuk seluruh pepasangan itu (‘OFF’kan suis
utama,PBLK dan semua MCB ) atau untuk litar yang hendak dikesan
sahaja.
iii. Gunakan ‘multitester’ dengan bidang ohm untuk membuat ujian ini.
iv. Pintaskan pada hujung litar kecil akhir umpama S.A.K. dan pengasing
pada bahagian pengalirnya (fasa-fasa dan neutral sahaja ) pada litar
yang hendak diuji.’ON’kan semua suis yang memgawal litar yang hendak
diuji itu.
v. Uji setiap fasa dan neutralnya pada papan suis utama,sekiranya
multitester menunjukkan bacaan 0 ohm,maka litar tersebut tidak buka
dan sebaliknya jika tidak menunjukkan bacaan 0 ohm.
vi. Teruskan mengesan kerosakan sehingga dapat mengenalpasti punca
kerosakan.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

b. Kesan kerosakan dalam litar hidup :


i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.
ii. ‘ON’kan semua suis untuk litar yang rosak tersebut sehingga sepatutnya
ia mendapat bekalan sama ada satu fasa atau tiga fasa.
iii. Gunakan multimeter dengan bidang voltan(1000V untuk tiga fasa dan
240V untuk satu fasa).
iv. Uji voltan yang sampai pada setiap penghujung litar kecil akhir ( antara
fasa 415V dan fasa dan neutral 240V ) untuk satu fasa seperti
pengasing, penghidup motor elektrik dan soket alirkeluar sama ada
voltan yang sampai mengikut kadaran yang sepatutnya. Sekiranya tiada
kerosakan litar buka voltan akan sampai mengikut kadaran yang
sepatutnya.
v. Sekiranya tiada litar buka sehingga ke hujung litar kecil akhir ujian
peralatan seperti cerek elektrik ,motor elektrik dan mesin elektrik
hendaklah dibuat.
vi. Jika didapati alat elektrik seperti cerek elektrik,motor elektrik dan mesin
elektrik tersebut yang rosak,maka perlulah dimatikan bekalan kepadanya
dan dibaiki alat itu.
Penyelesaian

Setelah dikenalpasti punca kerosakannya maka baikinya jika boleh atau tukar baru
pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

Kerosakan litar buka pada suis lampu, suis soket alirkeluar, pengasing dan penghidup
motor elektrik boleh diatasi dengan membaiki sesentuhnya atau diganti dengan yang
baru. Litar buka yang disebabkan oleh tertanggal sambungan pada terminal
suis,terminal motor elektrik boleh diatasi dengan menyambungkan kembali kabel yang
tertanggal.

Manakala kabel elektrik yang membawa bekalan elektrik kepada beban yang terputus
sebelum sampai ke beban disebabkan oleh terpotong,terhimpit dan sebagainya
hendaklah dibuat pendawaian semula. Kerosakan beban-beban elektrik seperti lampu
yang terputus filamennya dan pemanas air yang juga terputus elemennya hendaklah
dibaiki atau diganti dengan yang baru.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

JADUAL 1

PEMERIKSAAN DAN PENYENGGARAAN

Perkara Pemeriksaan Harian Bulanan Tahunan

& Penyelenggaraan

BUTIRAN 1. Voltan O

2. Arus dan komponen O

3. Suhu bilik/sekeliling O

4. Suhu lilitan stator O

5. Getaran O

6. Suhu ala O

7. Bunyi luarbiasa O

8. Kerosakan lain-lain O

9. Masukkan gris jika O

perlu

10.Rintangan O
penebatan

11.Penjajaran penjodoh
O
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Kerosakan Alat Perlindungan

Kerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis utama,


PBLK, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku arus bocor ke
bumi dan arus lebih dalam litar.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pengguna seperti suis
utama tidak boleh di’OFF’kan, PBLK tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke
bumi dan MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga
merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB tersebut.

Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-

i. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.


ii. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.
iii. PBLK yang hilang kepekaan.
iv. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

Kaedah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya iaitu

a) Sesentuh suis utama melekat

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


ii. Gunakan multimeter bidang voltan.
iii. Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis
utama masih memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan 240V
untuk satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah rosak.
Sekiranya ini berlaku sepatutnya suis utama itu ditukarkan dengan yang baru kerana
mungkin sesentuhnya telah cair dan melekat.

b) MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


ii. Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus.
iii. Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan operasikan
bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang melalui MCB itu
lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak terpelantik,maka itu
menunjukkan ianya telah rosak.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Sekiranya ini berlaku MCB itu perlu ditukar dengan yang baru kerana kepekaannya
telah hilang atau bahagian sesentuhnya telah melekat kerana telah lama digunakan.

c) PBLK hilang kepekaan

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


ii. Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji.
iii. Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu menunjukkan
ianya telah hilang kepekaan.
PBLK tersebut perlu digantikan dengan yang baru kerana ianya telah rosak dan boleh
menyebabkan pengguna terkena renjatan elektrik.

d) Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya


i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
ii. Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau
penukaran fius yang tidak mengikut kadaran yang betul.

Kaedah mengesannya ialah dengan menanggalkan fius tersebut dari tempatnya,


melihat kadaran fius pada badannya ( fius HRC ) dan menyukat saiz dawai fius ( fius
dawai semula ) untuk menentukan sama ada kadarannya adalah betul. Sekiranya
kadaran fius lebih besar daripada sepatutnya ianya perlu ditukarkan dengan yang betul
kadarannya kerana kadaran yang tidak betul boleh merosakkan beban yang
ditanggungnya disamping merbahayakan pengguna .
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

BORANG 1 LAPORAN PENGUJIAN

Nama : ………………………………………….

No. K.P : ………………………………………….

Tarikh : ………………………………………….

PERKARA KEPUTUSAN

1.Laporan Secara Pemerhatian

2.Laporan Kaedah Litar


Pendawaian

3.Laporan Pengujian:

i. Ujian Keterusan

ii. Ujian Kefungsian

iii. Ujian Kekutuban

iv. Ujian Penebatan

4.Langkah-Langkah
Keselamatan
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

JADUAL 2

KEPUTUSAN UJIAN PEPASANGAN

PENDAWAIAN DOMESTIK

Nama : ………………………………… Sukatan Suis Utama:


………………Amp

No. K.P : ……………………………………….. Kadaran Fius:


………………………Amp

Sukatan PLBK : …………………….Amp

UJIAN-UJIAN MENURUT PERATURAN PIHAK


BERKUASA BEKALAN 7(2)

BIL. BIL. (1) (2) (3)


BUTIR-BUTIR/ MAT SOKE BIL.
RINTANG RINTANG KEKUTUP (4)
BILANGAN A T ALIR KUA
AN AN AN SUIS
LITAR/RADAS LAMP KELU SA KESELANJA
PENEBAT PENEBAT DAN
U AR RAN BUMI
ANTARA ANTARA SOKET
DIPERIKSA
PENGALIR PENGALI ALIR
DAN BUMI R KELUAR
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

KESELURUHA
N
PEPASANGAN

Jenis Kendalian PLBK : …………………

Keupayaan arus terus sebanyak 500V telah digunakan untuk menentukan rintangan penebatan
yang dicatitkan di atas

……………………………………………. ………………………………………..

Tandatangan Penguji Tandatangan Penyelia

Tarikh : ………………………………….. Tarikh………………………………


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

1.3 JENIS RAJAH SKEMATIK

Gambar rajah skema ialah lukisan litar elektrik dalam bentuk symbol piawai komponen.Lukisan
ini menunjukkan aliran kendalian sesuatu litar.Simbol piawai komponen disambungkan antara
satu dengan lain secara lurus bagi membentuk sambungan litar lengkap.Gambar rajah skema unit
kawalan utama pengguna ditunjukkan dalam rajah 4.

Rajah 4

Pelan Bentangan
Pelan bentangan ialah lukisan yang menunjukkan susun atur symbol piawai alat tambah dan
kelengkapan pada pelan lantai bangunan.Kedudukan sebenar alat tambah dan alat kelengkapan
ditapak bina adalah berpandukan kepada kedudukan simbolpada pelan bentangan.Pelan
bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri. a. Pelan
Bentangan Domestik Pelan bentangan domestic menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan
alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman.Susus atur symbol
piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya tenaga.Lagenda(symbol) disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi
menunjukkan symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.Rajah 5 menunjukkan contoh
pelan domestic berserta lagenda.
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

1.4 AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK

Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta

Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung


segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan
elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,
pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan
perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan
cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

i. Akta Suruhanjaya Tenaga 2001

1.0 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya


Tenaga yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan
tenaga di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga,
dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

1.1 Suruhanjaya Tenaga Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga


2001 sebagai pengawal baharu untuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia
dan Sabah. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa industry
tenaga dimajukan dengan cara cekap agar Malaysia bersedia untuk
menghadapi cabaran baharu globalisasi dan perlonggaran, dengan kerapnya
dalam industry bekalan tenaga.

ii. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Kawalan Kompeten)

2.0 Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai
oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau
dibawah kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-
apa perakuan sebagaimana ditetapkan.

2.1 Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan
dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit
dan, jika pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu
ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu
diteruskan selepas sabitan.

iii. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (AKTA 447) Mengenai Senggaraan

3.0 Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan.

3.1 Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam

keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada
setiap masa untuk mencegah bahaya.

3.2 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
3.3 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

3.4 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
3.5 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan
orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada
sesuatu pepasangan.

iv. MS 1936: 2006 / IEC 60364

4.0 Peraturan MS IEC 60364 dan Peraturan IEE adalah merupakan sebuat peraturan yang
diguna pakai untuk menentukan keseragaman dan mutu sesebuah pemasangan bagi
pendawaian elektrik. Perbezaan yang ketara ialah MS IEC 60364 di guna pakai
diperingkat Antarabangsa manakala Peraturan IEEE hanya diguna pakai di Negara
bekas Jajahan British.

4.1 Definisi:-

 The IEE 16th Edition is a familiar standard with Malaysian Engineers.


 IEE 16th Edition is known as BS 7671 “Wiring Installation for Buildings”.
 IEC 60364 “Electrical Installation of Buildings” was adopted as a Malaysian Standard
(MS) in 1996.

v. MS 1979: 2007 (Code of Practice - COP) Pemasangan Elektrik Pada Bangunan

5.0 Malaysian Standard telah pun dibangunkan berdasarkan kepada bahan sumber yang
terkandung di dalam panduan MS IEC 60364 tentang pemasangan elektrik pada
bangunan.

5.1 Dalam menyatakan keperluan keselamatan kepada pengguna, standard ini


menyebutkan dengan jelas amalan berkaitan dengan pemasangan elektrik pada
bangunan untuk rumah kediaman dan tempat tinggal. Tambahan pula, standard ini juga
membincangkan contoh tertentu bila dan di mana bentuk lain bagi pemasangan elektrik
voltan rendah (LV) memberi kesan terhadap keselamatan pengguna tanpa makluman;
selagi bekalan elektrik awam LV adalah daripada system TT dan pemasangan tidak
bercanggah dengan yang diperintahkan oleh jurutera elektrik rekabentuk professional.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

5.2 Sembilan pulu satu kod amalan bentuk standard ini dengan setiap amalan mempunyai
nombor rujukan tersendiri. Urutan kemunculan dalam senarai amalan secara umunya
mengikut aliran empat belas isu seperti yang dibincangkan dalam panduan MS IEC
60364 berkenaan pemasangan elektrik pada bangunan.

5.3 Setiap daripada kod amalan adalah penyataan ringkas berhubung keperluan berkaitan
seperti yang ditetapkan oleh pertimbangan keselamatan elektrik untuk perlindungan
pengguna; seperti mana norma industry Malaysia dan bagi setiap peraturan.

vi. Based on latest instruction by regulatory body

1.0 Peraturan-Peraturan ini menetapkan syarat asas perkhidmatan, iaitu tugas dan
kewajipan serta hak asasi kakitangan setiap organisasi sebagaimana yang diluluskan
oleh Majlis mengikut Perkara 11.1 Konvensyen mengenai Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan.

1.1 Peraturan boleh didefinisikan sebagai gabungan organisasi, peraturan, dan sekatan
yang mengakibatkan tingkah laku selaras dengan kebolehpasaran, akauntabiliti,
ketelusan dan kestabilan.

1.2 Dalam konteks ini, Peraturan-Peraturan yang baik sepatutnya dapat dilihat sebagai daya
penggerak untuk perkhidmatan kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai.

1.5 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 514 (OSHA) 1994

Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi dan melindungi semua orang yang
bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan
sector swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdangan dan angkatan tentera.

Tujuan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994:-

 Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang


bekerja.
 Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang
sedang bekerja).
 Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi
dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

 Untuk mengadakan suatu system perundangan yang berasas kepada peraturan-


peraturan dan tata amalan industry disamping peruntungan Akta.

1.6 KEPERLUAN KEBENARAN UNTUK MENGAKSES TAPAK

i. Kad Hijau (Green Card)

Tujuan Pendaftaran Personel Binaan di CIDB adalah untuk memberi kesedaran dalam
aspek keselamatan dan kesihatan untuk semua Personel Binaan di tapak bini di
samping mewujudkan budaya keperihatinan kebajikan personel binaan melalui Skim
Perlindungan Insuran Berkelompok.

Pendaftaran Personel Binaan adalah berdasarkan Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen
33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) yang mewajibkan semua Personel
Binaan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan dan berumur 16 tahun
dan ke atas berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan
CIDB.Mandatori bagi setiap Personel Binaan yang bekerja dalam bidang pembinaan
seperti termaktub di bawah seksyen 33:

Seseorang Tidak boleh terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau
diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan
memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di
bawah Akta ini.

Seksyen 33 (1). (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994


(Akta 520)
Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2000
Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2001

Denda RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja
di tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad Hijau yang sah.
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Rajah 3: Contoh Kad Hijau (Green Card)

ii. Pasport Keselamatan (Safety Pasport)

Passport Keselamatan digunakan untuk bekerja di premis-premis pembinaan di bawah


kawal selia Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Kursus ini telah diiktiraf
oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Passport ini
mempunyai insurans hayat (tertakluk pada kelulusan CIDB).

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 telah menggariskan


tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap pekerja
termasuk para kontraktor dengan memberikan maklumat dan latihan kepada mereka.
Setiap kontraktor dan individu yang berurusan dengan organisasi diwajibkan mengikuti
kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mendapatkan kad passport.

Objektif bagi program latihan Passport Keselamatan:

 Menerangkan semua perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(KKP).
 Menerangkan punca utama yang menyebabkan kemalangan atau penyakit
pekerjaan.
 Menjelaskan bahawa semua kemalangan dan penyakit boleh dicegah.
 Menyatakan definisi, punca dan kategori hazard di tapak projek.
 Menerangkan kaedah kawalan risiko di tapak projek.
 Kaedah pembelajaran terbaru secara interaktif, maya dan kendiri.
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Rajah 4: Contoh Passport Keselamatan TNB

1.7 STANDARD INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (SIRIM)

SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia)

Pada tahun 1966, selari dengan usaha mempercepatkan pembangunan industri Malaysia,
Menteri Perdagangan dan Industri telah menubuhkan Lembaga Standard Malaysia (SIM). Pada
tahun 1974, SIM digabungkan dengan National Institute for Scientific and Industrial Research
(NISIR) untuk membentuk Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM).
Kesan daripada keputusan ini SIRIM ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar oleh SIRIM (Incorporation) Act, 1975 yang
berkuat kuasa mulai 15 September 1975. Dengan penggabungan ini, SIRIM dilengkapi lebih
baik untuk memperluaskan skop operasinya selaras dengan kemajuan sector perindustrian yang
pesat di Malaysia.

Selari dengan persekitaran yang sentiasa berubah – ubah pindaan dibuat terhadap SIRIM
(Incorporation) Act yang berkuatkuasa mulai 24 Julai 1993. Pindaan ini membolehkan SIRIM
untuk melakukan operasi komersial melalui pembentukan usahasama atau anak syarikat yang
dimiliki sepenuhnya. SIRIM yang sebelumnya dianggotai oleh 24 ahli Dewan kini digantikan
dengan 13 ahli yang mana enam daripadanya adalah daripada sektor awam dan tujuh daripada
sektor swasta. Struktur lembaga pengarah SIRIM yang baru membolehkan akauntabiliti dan
keefisyenan yang lebih baik disamping memperkukuhkan lagi hubungan SIRIM dengan sektor
perindustrian. Pada 1 September 1996, SIRIM diperbadankan dan kemudiannya dikenali sebagai
SIRIM Berhad. SIRIM Berhad ditubuhkan selaras dengan peruntukan dalam Akta Syarikat 1965
dan diamanahkan dengan semua hak dan kewajipan SIRIM.
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

SIRIM Berhad adalah sebuah badan milikan kerajaan di bawah kawalan Kementerian
Kewangan. Dengan pengalaman dan kemahiran yang lebih daripada empat puluh tahun sebagai
pusat pembangunan dan penyelidikan teknologi, SIRIM merupakan badan jaguh kualiti di negara
kita. Objektif utama SIRIM adalah untuk mencari dan mengembangkan teknologi baru bagi
membantu perniagaan - perniagaan di Malaysia untuk bersaing dengan sengit melalui kualiti dan
inovasi.

SIRIM diiktiraf sebagai organisasi global yang melakukan penyelidikan dan


pembangunan standard di seluruh dunia. SIRIM bukan sahaja merupakan salah satu daripada
sembilan ahli pengasas Global Research Alliance (GRA) tetapi juga pernah bekerjasama dengan
organisasi – organisasi teknologi terkemuka daripada sembilan negara di empat benua yang
berlainan. SIRIM komited untuk mengembangkan rangkaian pengetahuan global untuk industri
dan sektor industri untuk meningkatkan daya saing mereka. Selain itu, SIRIM juga merupakan
sekretariat World Association of Industrial and Technological Organisations (WAITRO), iaitu
sebuah persatuan bebas yang terdiri daripada organisasi penyelidikan industri yang ditubuhkan di
bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan keahlian seramai 160 ahli di 80
negara.

Sebagai badan pembangunan standard negara, SIRIM memainkan peranan yang aktif
dalam pembangunan standard antarabangsa. Fungsi SIRIM adalah untuk menyelaraskan
penyertaan negara kita dalam aktiviti penetapan standard antarabangsa. Sehingga kini, Malaysia
merupakan ahli di dalam lebih dari lapan puluh Jawatankuasa Teknikal ISO. SIRIM juga
bertindak sebagai agen pemeriksaan di negara Malaysia untuk lebih daripada 20 lembaga
pensijilan asing yang berkaitan dengan penilaian kesesuaian untuk barang – barang eksport
Malaysia.

DSM (Department of Standard Malaysia)


Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

Pada 28 Ogos 1996, Department of Standard Malaysia atau DSM ditubuhkan iaitu
sebuah badan standard dan akreditasi negara yang ditubuhkan kesan daripada pemerbadanan
SIRIM bagi memainkan peranan sebagai badan yang mengawal standard dan akreditasi negara.
Objektif DSM adalah untuk mempromosi standard negara, mengurus akreditasi negara mengikut
amalan antarabangsa, mengekalkan kredibiliti, integriti dan kecekapan sistem standard dan
akreditasi negara serta menjaga kepentingan Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa
dalam bidang standard dan akreditasi.

Jabatan Standard Malaysia bertanggungjawab untuk memproses kesemua aplikasi untuk


tujuan akreditasi dan menyerahkannya kepada Ketua Pengarah untuk diluluskan dan
mengeluarkan sijil – sijil akreditasi. Ketua Pengarah DSM melapor terus kepada Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi melalui Setiausaha Agung Kementerian. Ketua Pengarah DSM dibantu
oleh Pengarah Akreditasi dalam pengurusan aktiviti akreditasi seharian.

DSM lazimnya adalah terbuka kepada masyarakat umum dan mana – mana pemohon
tidak kira sama ada badan tempatan atau syarikat asing boleh membuat permohonan di DSM
dengan syarat mereka memenuhi syarat-syarat akreditasi yang telah ditetapkan dan diterbitkan
oleh DSM. Perkhidmatan akreditasi DSM adalah adil dan tidak diskriminasi terhadap mana –
mana pihak. Syarat - syarat, dasar dan prosedur akreditasi yang terlibat adalah sama dan seragam
untuk semua badan pemohon tidak kira jenis badan bersekutu atau jenis pemilikan seperti
organisasi swasta atau organisasi milik kerajaan.

Umumnya, DSM akan melakukan ujian terperinci terhadap prosedur pemohon yang
didokumenkan untuk memastikan bahawa ia memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang
diterbitkan. DSM juga akan mendapatkan juru penilai kualiti yang bertauliah untuk melakukan
penilaian di tempat pemohon. Keputusan pemberian akreditasi adalah berdasarkan kepada
laporan penilaian yang dinilai oleh suatu Panel Penilaian atau dikenali sebagai Review
Evaluation Panel. Keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah adalah bersandarkan kepada
keputusan akreditasi yang dibuat oleh Panel Penilaian. Kebebasan sistem akreditasi DSM adalah
terjamin di setiap peringkat, iaitu, peringkat strategik dan polisi, peringkat keputusan dan akhir
sekali peringkat penilaian.
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

1.4 PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI SENGGARAAN

• Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan

• Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan
berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk
mencegah bahaya

• 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,


pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan

• 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah


diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun

• 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun

• 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan orang
kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu
pepasangan

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (KAWALAN KOMPETEN)

 Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai
oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah
kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa
perakuan sebagaimana ditetapkan

 Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit dan, jika
pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-
tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas
sabitan.
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/4)
Drp / of : 28

SOALAN:

1. Nyatakan empat kerosakan yang sering berlaku di dalam pemasangan domestik


satu fasa.

2. Nyatakan maksud ‘litar pintas’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta
penyelesaiannya.

3. Nyatakan maksud ‘litar bocor ke bumi ’ dan terang sebab kerosakan,kaedah


mengesan serta penyelesaiannya.

4. Nyatakan maksud ‘litar buka’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta
penyelesaiannya.

5. Nyatakan maksud ‘kerosakan alat perlindungan’ dan terang sebab


kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

RUJUKAN:

1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,


Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK


DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS
BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

3. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI


BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU
SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4

Anda mungkin juga menyukai