Anda di halaman 1dari 5

KERTAS TUGASAN 2

ARAHAN
Sila jawab semua soalan.
BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN
Jawab semua soalan

1. Apakah faktor utama untuk menentukan saiz kabel dalam sesuatu


pepasangan?
A. Kesusutan voltan pada beban.
B. Jumlah arus pemintaan beban tersebut.
C. Jarak antara beban dengan punca bekalan.
D. Suhu keliling dimana kabel tersebut akan digunakan.
2. Pilih jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi pendawaian rumah kediaman.
I.

Pendawaian Permukaan.

II.

Pendawaian Pembuluh PVC.

III.

Pendawaian Pembuluh Logam.

IV.

Pendawaian Tersembunyi Pembuluh PVC.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV

D. II, III dan IV


3. Dari senarai di bawah yang manakah bukan peranti perlindungan lebihan
arus?
A. Fius
B. Suis Fius Utama
C. Pemutus Litar Kenit
D. Pemutus Litar Arus Baki

4. Apakah syarat penggunaan fius bagi melindungi beban di dalam litar kecil
akhir?
A. Kadaran fius yang digunakan mestilah lebih sebanyak 1.5 kaliganda arus
keperluan beban
B. Kadaran fius yang digunakan boleh melebihi kadaran kabel membawa arus
sebanyak 1.5 kali ganda
C. Kadaran fius yang digunakan mestilah sama dengan kadar keupayaan kabel
membawa arus
D. Kadaran fius yang digunakan mestilah tidak melebihi kadar keupayaan kabel
membawa arus.

5. Siapakah yang dibenarkan untuk membuat ujian pepasangan pendawaian satu


fasa yang telah siap?
A. Pihak Berkuasa Bekalan
B. Tuan punya Pepasangan
C. Pendawai satu fasa dengan Pengendosan pengujian
D. Pendawai dengan sekatan Satu Fasa atau Tiga Fasa dengan endosan pengujian

BAHAGIAN B : SOALAN PILIHAN BETUL / SALAH.

Soalan
1.

Nilai arus permintaan berpandukan kepada Jadual


Kelonggaran bagi Kepelbagaian bagi litar yang
membekalkan kuasa kepada sebuah jam elektrik adalah
2A.

2.

Kenaikan suhu pada kabel adalah kesan yang nyata


menunjukkan berlakunya kesusutan voltan dalam pengalir.

3.

Dalam litar selari arus yang mengalir melalui setiap punca


beban adalah sama nilai nya

4.

Jejari bengkokan 900 pembuluh logam adalah tidak kurang


dari 2 kali ganda garisan pusat pembuluh logam tersebut.

5.

Nilai arus kepekaan PLBK yang digunakan sebagai peranti


pelindung bahaya arus bocor kebumi litar pemanas air jenis
serta merta adalah 30 miliampiar

Betul

Salah

BAHAGIAN C: SOALAN ISI TEMPAT KOSONG

1. Nilai 1000 watt adalah nilai ________________ kuasa bagi satu litar kecil akhir
pencahayaan.
A. minima
B. berkesan
C. maksima
D. tak berubah
2. Mana-mana paip air yang disambung ke sistem bekalan air awam
________________ sebagai satu kaedah pembumian pepasangan.
A. boleh digunakan
B. amat baik digunakan
C. tidak baik digunakan

D. tidak boleh digunakan


3. Semua sambungan ___________________ mestilah disambungkan ke punca
kanan pada suis atau soket alir keluar.
A. pengalir neutral
B. pengalir bumian
C. pengalir hidup / fasa

D. pengalir bekalan utama

4. Pengalir adalah bahan sama ada logam, cecair atau gas yang
___________________ arus elektrik mengalir melaluinya.
A. mengubah
B. merintangi
C. menghalang
D. membenarkan

5. Jika saiz pengalir bekalan __________________ saiz pengalir bumi sistem


pendawaian ini mestilah tidak kurang daripada separuh saiz pengalir
bekalannya.
A.

lebih kecil dari 25 mm2

B. lebih besar dari 25 mm2


C.

lebih kecil dari 35 mm2

D. lebih besar dari 35 mm2

Anda mungkin juga menyukai