Anda di halaman 1dari 2

Buat Insan Bergelar Gadis..

Sumbangan annisak pada Khamis, 22 Mei 2003 @ 12:09:57


Assalammualaikumwbt..Marilah sama-sama kita hayati sajak ini sesuai untuk diri
kita yang bergelar gadis..Hayatilah jika benar-benar kita hayati in-syaallah sajak ini
kita boleh menjatuhkan air mata dan dapat dijadikan peringatan buat kita..(dipetik
dari majalah an-nasihah kmpp 2002)

Gadisku,Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam


yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang
kumbang untuk mendekatimu.Namun...tidak semua bunga senang didekati sang
kumbang lantaran duri yang memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah
terhidu keharumannya.Penahan warnanya yang terselah indah mengundang
kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah kubu
dirimu dengan perasaan MALU yang BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN
TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.INGATlAH CIRI-
CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI
TIDAK MELIHAT KEPADANYA.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah,umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan
suatau permata yang diletakkan dalam bekas tertutup.Sudah pasti keinginan naluri
lebih kuat untuk meliaht sesuatau yang tersembunyi,melebihi sesuatu yang
terdedah.WANITA SOLEHAHyg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari
liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.Namun
segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana
bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu.Lebih-lebih lagi
dengan title gadis yg engkau miliki,sudah pasti darah mudamu mencabar rasa
keimanan yang ada.Namun ingatlah gadisku...sesiapa yang inginkan kebaikan,maka
Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu.Yang penting gadisku
engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN
MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yang
dapat membetengimu.Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar,yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita."Oleh itu
gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-
Sunah.jangan biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan
tertentu.Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum
Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang
bakal menggocang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi
setiap insan,namun ramai antara kaummu yang tewas kerana CINTA....bercinta
tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA
MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH
TERGADAI.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya
kerana cinta.Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA
MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu mampu membutakan mata dan
hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan baril,jika engkau meletakkan
cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAHSWT.Sebelum
engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yang unik
itu dengan mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yang tidak berharga,lalu mengalami proses pembetukan yang sempurna
hasil rencana ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan
dan kehebatan terhadap ALLAH dan dengan itu,akan timbul CINTA DAN KASIHMU
TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA
yang HAKIKI DAN ABADI..Seindah hiasan adalah Wanita Solehah..

YaAllah,sinarilah diriku dengan "nursolehatulnisak".Amin..

Anda mungkin juga menyukai