Anda di halaman 1dari 37

KERTAS PENERANGAN

( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM


/ EE-320-3:2012 THREE PHASE ELECTRICAL
INSTALLATION AND MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 (THREE)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
F432-005-3:2019-C04 Three Phase Motor and Motor Control
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. Prepare three phase motor and motor control


NO. DAN PE NYATAAN installation requirements.
AKTIVITI KERJA / WORK 2. Carry out three phase motor installation and
ACTIVITIES NO. AND termination.
STATEMENT 3. Carry out three phase motor control installation
4. Test three phase motor and motor control
functionalities.

ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 1


COMPETENCY UNIT ID F432-005-3:2019-C04P1/5 Drpd/of : 36

TAJUK : PENGENALAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

TUJUAN :
Kertas penerangan ini menerangkan tentang pengenalan motor tiga fasa A.U dan komponen-
komponen kawalan motor.

PANEL PENILAIAN PUSAT BERTAULIAH (PPPB)

……………………………. ………………………….. ………………………….

T. TANGAN PP T. TANGAN PPD T. TANGAN PPB

Nama : Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

PENERANGAN :
Motor aruhan 3 fasa adalah motor yang paling banyak digunakan pada masa kini. Ini adalah
kerana ia mempunyai kecekapan yang baik,faktor kuasa yang tinggi , ciri permulaan yang baik ,
harga yang murah dan lasak serta binaan yang ringkas.

1. Motor aruhan terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

i. Synchoronous motor / motor segerak

ii. Asynchronous motor.


 Squirrel cage motor / motor sangkar tupai.
 Slip ring motor / motor rintangan rotor.

1.1. MOTOR SEGERAK

Rajah 1 : gambarajah motor segerak

 Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia dijalankan


sebagai sebuah motor.
 Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang dimiliki motor ini
iaitu Ns = Nr.
 Oleh itu motor ini tidak mempunyai gelinciran.
 Kelajuan motor ini berubah mengikut frekuensi dan bilangan kutub atau
diringkaskan dalam formula berikut:
 Motor ini mempunyai kelajuan yang malardan ia tidak boleh bergerak dengan
sendiri kerana ia memerlukan penggerak sama ada daripada luar atau dalam
motor.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Prinsip kendalian asas motor segerak

 Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada pemegun motor,medan magnet berputar
akan terhasil pada pemegun tersebut dengan kelajuan Ns putaran per-minit.

 Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi menghasilkan arus aruhan di pemutar
kerana pemutar akan digerakkan oleh satu penggerak daripada luar yang berputar
mengikut arah putaran medan magnet.

 Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah sama dengan kelajuan medan magnet /
kelajuan segerak (Ns).

 Setelah kelajuan pemutar dan segerak hampir sama,bekalan a.t akan diberikan ke
pemutar melalui gelang gelincir.

 Fluks magnet yang terhasil di pemutar akan bertindakbalas dengan medan magnet
berputar.

 Seterusnya akan berputar selaju putaran segerak ( kelajuan medan magnet berputar )
iaitu Ns = Nr.
 Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, motor masih berputar kerana ini
disebabkan oleh tindakan saling kunci di antara medan magnet berputar dengan medan
magnet di pemutar.

 Daya yang menguncikan pemutar dengan pemegun diistilahkan sebagai daya kilas tarik
ke dalam ( perapat )

 Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai batang pengalir sangkar tupai dan motor
segerak ini dijalankan mengikut kendalian motor aruhan sangkar tupai sebelum bekalan
a.t dibekalkan pada pemutar apabila pemutar hampir menyamai kelajuan segerak.

 Tetapi cara ini terbatas pada motor yang berukuran sederhana sahaja.

1.2. ASYNCHRONOUS MOTOR

1.2.1 MOTOR ARUHAN 3 FASA SANGKAR TUPAI


 Motor ini mempunyai pemegun / stator yang berbelit iaitu satu belitan
mewakili satu fasa.
 Pemegun stator ini berfungsi sebagai;
i. Tempat meletak belitan stator
ii. Berfungsi sebagai teras besi pada motor.
iii. .Berlamina serta berlapis-lapis bagi mengurangkan arus pusar atau
eddy current.
iv. Arus pusar yang tinggi akan menyebabkan stator/pemegun menjadi
panas dan menyebabkan belitannya terbakar.
v. Sebagai teras sambungan bekalan daripada luar sama ada
sambungan bintang atau delta.
vi. Sebagai tempat untuk menghasilkan medan magnet berputar sebelum
bertindakbalas dengan rotor.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

prinsip kendalian motor aruhan sangkar tupai

 Seperti mana kita tahu belitan medan/belitan pemegun pada motor aruhan 3
fasa terdiri daripada 3 belitan bagi setiap fasa yang mana terpisah sebanyak
120°.
 Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan pada belitan pemegun,medan magnet akan
terbentuk pada setiap belitan dan membentuk satu medan magnet yang
sentiasa berputar pada pemegun.
 Penghasilan medan magnet ini adalah disebabkan turun naiknya arus di
pemegun mengikut gelombang frekuensi bekalan.
 Medan magnet berputar yang terhasil di pemegun akan mengaruhkan pengalir
rotor/pemutar secara aruhan saling sepertimana yang berlaku pada
pengubah/transformer.
 Ia akan menyebabkan pengalir rotor teraruh dan membentuk medan magnetnya sendiri

 Medan magnet di pemegun akan memotong urat daya magnet di rotor dan hasilnya
voltan akan wujud di rotor.

 Oleh kerana medan magnet di pemegun mengembang dan menguncup,ia seolah –olah
memotong pengalir di rotor dan menghasilkan d.g.e balikan di rotor. Prinsip penghasilan
ini menyebabkan voltan/d.g.e tersebut sebagai d.g.e pengubah.

 Dengan litar lengkap pengalir di pemutar( litar pintas ),arus akan mengalir
melaluinya.Arus yang mengalir di rotor adalah kuat kerana litar selari ( berlitar pintas )
boleh menghasilkan medan magnet yang kuat .

 Kutub magnet pemutar ini akan ditarik oleh kutub magnet berputar di pemegun dan
seterusnya pemutar akan berputar dan mengikut arah putaran medan magnet berputar.

1.2.2. MOTOR ARUHAN 3 FASA ROTOR BERBELIT

 Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang gelincir atau Slip ring motor dan
wound Rotor Induction Motor.
 Binaannya adalah sama dengan motor aruhan 3 fasa jenis sangkar tupai cuma
bahagian rotornya/pemutar disambungkan kepada 3 perintang luar menerusi
gelang gelincir.
 Daraipada gelang gelincir/slip ring ini ia akan disambungkan ke litar luar dengan
menggunakan 3 berus karbon sebagai perantaraan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

prinsip kendalian motor aruhan 3 fasa rotor berbelit.

 Sepertimana yang berlaku pada motor aruhan 3 fasa sangkar tupai,apabila


pemegun/stator mendapat bekalan 3 fasa ia akan menghasilkan medan magnet
berputar di pemegun dengan kelajuan Ns.
 Dengan berlakunya proses aruhan saling diantara stator dan rotor, maka arus
teraruh akan teraruh di rotor berbelit dan menyebabkan rotor mula berputar
dengan kelajuan Nr.
 Sekiranya pada masa itu,perintang yang disambungkan pada rotor pada tahap
maksima ,maka kadar putaran rotor adalah pada tahap paling minima tetapi kilas
motor adalah tinggi.

2 SPESIFIKASI TEKNIKAL MOTOR

Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting bagi
setiap individu mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat atau digunakan
dalam kerja tersebut. Pada sebarang alatan elektrik pun, terdapat spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan motor elektrik.

Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang
mengandungi data ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat dengan
kerja-keja pemasangan motor elektrik. Spesifikasi data elektrik tersebut amat penting dalam
kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz konduit, wire dan jenis perlindungan yang
sesuai untuk diaplikasikan.

Rajah 2 : Motor Elektrik


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

2.1 Plat Nama Motor

i. Model Number :
Nombor ini adalah pengenalan tambahan pembuat, kebiasanya digunakan untuk
tempahan.
ii. Frame / Fr
Saiz rangka menerangkan ukuran motor.
iii. Servis Factor / Sf
Servis faktor 1.0 bermaksud motor tersebut tidak boleh digunakan melebihi kuasa yang
tercatat. Jika motor tersebut dikendalikan lebih daripada kuasa yang tercatat, ini akan
menyebabkan penebatan motor tersebut cepat rosak.
Servis faktor yang biasa digunakan ialah 1.0 hingga 1.5.
iv. Amperes
Bemaksud arus yang mengalir dari talian apabila motor berkendali pada voltan dan
frekuensi yang tercatat pada beban penuh.
v. Volts
Adalah nilai yang diukur pada punca motor dan hendaklah sama nilainya pada motor
tersebut.
ix. Class Insulations
Kelas penebat adalah merujuk kepada bahan penebatan yang digunakan di dalam lilitan
stator motor. Terdapat banyak jenis kelas penebat dan ianya adalah seperti berikut:

a) Kelas Y (suhu maxima ialah sampai 90 degree C)


b) Kelas A (Suhu maxima ialah 105 degree C)
c) Kelas E (Suhu maxima ialah 120 degree C)
d) Kelas B (Suhu maxima ialah 130 degree C)
e) Kelas F (suhu maxima ialah 155 degree C)
f) Kelas H (Suhu maxima ialah 180 degree C)
g) Kelas C (Suhu maxima ialah lebih daripada 180 degree C)

Secara amnya motor tidak patut dikendalikan lebih daripada suhu maxima. Jika kita
kendalikan motor lebih daripada suhu maxima ia akan menyebabkan jangka hayat
motor tersebut berkurangan.

x. Hertz / Hz
Adalah frekuensi sistem kuasa untuk motor tersebut. Jika sebuah motor tidak
dikendalikan pada ferkuensi dan voltan yang tercatat ia akan menyebabkan daya kilas
dan kelajuan motor tersebut berubah.
xi. Duty Cycle / Time Rating
Adalah jangkasam keupayaan kendalian motor itu berkendali dengan selamat. Biasanya
terdapat dua jenis “duty” iaitu:
a) “continuous” bermakna bahawa motor tersebut boleh dikendalikan, tanpa berhenti atau
tidak ada had masa untuk memberhentikan motor tersebut.
b) “Short-time” bermakna bahawa motor tersebut ada had rating masa untuk dikendalikan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

xii. Phase / Ph
Menentukan fasa yang patut digunakan untuk mengendalikan motor.
xiii. KVA
Adalah kod dimana menunjukkan pada arus permulaan. Ini adalah digunakan untuk
memilih alat-alatan penghidup dan perlindungan motor berkenaan.
xiv. Efficiency
Keupayaan motor tersebut di dalam peratusan. Nilai ini terdapat pada motor piawai
(Standard)
xv. Noise / DBA
Setengah motor direka untuk bunyi bising yang rendah. Tahap bunyi yang terdapat
pada plat tanda diukur dalam unit “dBA”
xvi. Manufacture Notes
i. Senarai sifat-sifat motor seperti “Perlindungan haba” (thermal protected), alas tertutup
(sealed bearing) dan lain-.lain lagi.
ii. Kod Pembuat

a) Jenis Penutup / Motor Enclosure


Mengikut piawaian British jenis penutup bagi alat-alat elektrik bergantung kepada
jenis perlindungan yang diberi kepada seorang daripada sentuhan kepada dawai
hidup.

Secara asasnya terdapat dua jenis penutup:


 Penutup pengalihudara (ventilated enclosures)
 Tutup sepenuhnya (totally enclosed)

b) Jenis-jenis penutup pengalihudara:


 Protected
 Screen protected (SP)
 Drip-proof (DP)
 Hose-proof
 Weather-proof
c) Jenis-jenis tutup sepenuhnya:
 Plain totally enclosed motor (TE)
 Totally enclosed fan motor (TEFC)
 Totally enclosed flame proof (FLP)

2.2 Komponen-Komponen Motor


Pada asasnya, semua motor a.u. terdiri dari bahagian komponen-komponen berikut:-

i) Badan (Frame)

a) Motor jenis ini biasanya diperbuat dari keluli tuangan (cast steel) yang berbentuk
selinder.
b) Motor jenis sederhana dan besar diperbuatkan dalam bentuk kotak.
c) Bahagian dalam badan menempatkan teras stator dan lilitan stator.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

d) Teras stator terdiri dari lapisan-lapisan keluli yang bermutu tinggi. Lapisan-lapisan
ini bertebat diantaranya dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan arus
pusar.
e) Tudung-tudung motor yang berjaring berfungsi untuk menyekat kemasukan
bendasing ke dalam motor dan direka untuk mendapatkan ketegaran yang
maksima.
ii) Stator

a) Mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga.


b) Lilitan-lilitan stator yang telah siap kemudiannya direndam ke dalam varnis sintetik
dan dipanaskan untuk membentuk lilitan yang kemas dan tidak telap habuk serta
kelembapan.
iii) Peti Punca

a) Terdiri diri bongkah punca bertebat yang ditempatkan dalam peti logam.
b) Ianya ditapakkan ke atas gasket, untuk menghalang penyerapan habuk dan
kelembapan.
c) Bagi motor-motor besar, penyambung didudukkan di atas barbar penebat dan
dijarakkan diantaranya bagi memudahkan penempatan kabel-kabel besar.
d) Hablur silica-gel ditempatkan di dalam peti punca motor-motor voltan tinggi. Hablur
ini menyerap lembapan yang terdapat dalam peti punca.
e) Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu.
iv) Rotor

a) Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mengandungi pengalir tembaga atau
aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
b) Biasanya alur-alur teras rotor berbentuk pencungan bagi mengurangkan bunyi
bising dan pusuan-pusuan magnetik.
c) Rotor-rotor besar mempunyai pengalir-pengalir tembaga atau loyang melalui alur-
alur di dalam lapisannya, dengan hujungnya dipateri kegelang hujung.
d) Ia juga membawa kipas yang dipasang berasingan, dan alur-alur ganti-udaraan
diadakan di dalam teras rotor.
e) Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk mempastikan celahan
udara antara rotor dan stator adalah tepat.
f) Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk mempastikan celahan
udara antara rotor dan stator adalah tepat.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

v) Aci (Shaft)

a) Diperbuat dari keluli ketahanan tinggi dan mempunyai kekunci untuk menempatkan
rotor dan kipas.
b) Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawa.
vi) Alas (Bearing)

a) Terdiri dari alas bebola (ball bearing) dan alas rola (sleeve bearing) di dalam motor-
motor kecil dan menggunakan geris sebangai pelincir.
b) Tangkup alas dibuat dari besi tuangan memegang dan melindungi alas di dalam
kandungan alas dari habuk.
c) Palam pelepas gris ditempatkan di bawah tangkup bearing untuk membenarkan
bekalan gris yang cukup.
d) Alas jernal lazimnya terdapat pada motor-motor jenis besar.
vii) Gear

a) Tujuan untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendaki dengan
tidak berubahnya daya kilas bagi motor tersebut.
b) Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah 2 atau lebih gear diperlukan.

Rajah 3 : Komponen Asas Motor


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Rajah 4 : Bahagian-Bahagian Motor

3JENIS LITAR KAWALAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA


Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) sesuatu motor hendaklah
dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup dan
memberhentikannya.
Per.17(3) - Suis tersebut hendaklah di tempatkan mengikut cara yang betul supaya ia
mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.
3.1 Tujuan Penghidup Digunakan
a. Mengurangkan dan menghadkan arus mula (starting current) kepada satu nilai
yang kecil dan selamat.
b. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan
bekalan atau susutan voltan.
c. Pengendalian motor dapat dilakukan dengan selamat walaupun secara kawalan
jauh.
d. Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan dengan adanya alat-
alat perlindungan dan alat kawalan dalam sistem penghidup motor.

3.2 faktor pemilihan penghidup


a. Jenis motor
b. Kerja yang dijalankan oleh motor
c. Punca bekalan motor
d. Kadar kuasa motor.

Setiap penghidup boleh diadakan kawalan ke depan dan ke belakang bergantung kepada
kegunaan motor
Bagi motor 3 fasa penukaran arah boleh dibuat dengan menukar sambungan gelung
permulaan (starting coil)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

3.3 Jenis-jenis Penghidup

3.3.1 DIRECT ON LINE ( DOL)

1. Ia juga disebut sebagai Penghidup Terus ke Talian atau Direct On Line Starter ( D.O.L
starter)
2. Penghidup ini kebiasaannya disambungkan pada motor yang kecil iaitu keupayaan
0.373kw hingga 3.73kW.( ½ h.p hingga 3 h.p )
3. Susunan komponen pada litar kawalan ada umum dan boleh diubah kemana-mana
kedudukan dengan syarat semua komponen tersebut dalam keadaan siri di antara satu
sama lain.

PRINSIP KENDALIAN

- Apabila punat tekan hidup ditekan,arus akan mengalir masuk litar kawalan penghidup
talian terus. Arus ini akan mengalir melalui gegelung seterusnya gegelung ini akan
menghasilkan medan magnet/bertenaga. Medan magnet ini akan menarik semua
sesentuh tambahannya c1 dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.( off-on ).
- Apabila sesentuh tambahan ini menjadi tertutup ia akan membenarkan arus dalam
talian fasa melaluinya terus ke motor seterusnya ke talian neutral dan motor terus
berputar.
- Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor masih lagi berputar kerana gegelung
masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang selari
dengan punat tekan hidup

3.3.2 STAR- DELTA STARTER

1. Terdapat empat jenis asas Penghidup Bintang Delta yang dapat diadakan bersama-
sama dengan alat bantu tambahan iaitu :
i. Penghidup bintang delta tanpa perintang.
ii. Penghidup bintang delta tanpa perintang. ( kendalian mara dan songsang )
iii. Penghidup bintang delta berperintang.
iv. Penghidup bintang delta berperintang. ( kendalian mara dan songsang )

2. Alat bantu tambahana adalah seperti suis penghad,suis aras/terapung, suis tekanan,
geganti- geganti dan sebagainya.
3. Kaedah menghidup motor secar bintang-delta bermula dengan bintang dan kemudian
bertukar ke delta semasa kendalian.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

3.3.3 PENGHIDUP ALATUBAH-AUTO (Auto Transfomer)

1. Ia juga dikenali sebagai Auto-transformer starter.


2. Penghidup pengubah-auto adalah penghidup yang popular digunakan bagi
menghadkan voltan bagi sesebuah motor semasa dimulakan.
3. Voltan yang tersambung di gegelung stator boleh dihadkan sehingga beberapa peratus
apabila ia disambung dalam sambungan bintang.
4. Semasa permulaan alatubah auto yang mempunyai had yang rendah adalah pada lilitan
utama yang disambungkan pada bekalan dan lilitan bahagian sekunder disambung
pada gelung stator.
5. Dengan ini ia dapat mengurangkan supaya semasa mula dihidupkan , arus mengalir
kepada motor adalah pada tatah 70% alatubah-auto

3.3.4 PENGHIDUP MOTOR SECARA STATOR BERPERINTANG


1. Bagi motor tiga fasa berkeupayaan hingga 10 k.k. juga motor jenis sangakr
tupai boleh digunakan.
2. Peintang disambungkan bersiri dengan gelung stator. Susutan voltan pada
perintang-perintang menyebabkan voltan di stator menjadi rendah dengan itu motor
akan berpusing dengan perlahan-lahan.
3. Beberapa ketika kemudian, perintang dipintaskan supaya voltan maksima diperolehi
di stator.
4. Dengan itu motor berpusing dalam keadaan biasa.
5. Mengikut Peraturan Keadah Elektrik 1994, motor yang berkeupayaan lebih 10 k.k.
perlu menggunakan penghidup berperintang.

3.3.5 soft stater


1. Digunakkan untuk motor elektrik AC (bagi sementara) untuk mengurangkan
beban dan kilas dalam motor semasa pemulaan.

2. Mengurangkan bebanan mekanikal pada motor dan shaft dan juga bebanan
elektrodinamik pada kabel kuasa dan rangkaian pengagihan elektrik,
memanjang sistem tersebut.

3. Mengandingi peranti mekanikal atau elektronik atau gabungan kedua-


duanya.
i) Mekanikal : mengandungi cluth, coupling
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

ii) Elektronik : mengawal sistem yang mengurangkan kilas secara


sementara dengan mengurangkan arus dan voltan masukkan atau
peranti yang bertindak menyusun sementara perjalanan motor yang
disambungkan kepada litar elektrik.

3.3.6 kawalan cepatan


dikelaskan kepada :
i) Kawalan cepatan manual
- Bagi motor sangkar tupai boleh disesuaikan bergantung kepada keperluan
beban dan kelajuan
- Bagi motor lilitan-rotor, pengawalan gelendong (controller – drum ) dapat
dilakukan dengan berkesan seperti yang diperlukan untuk memberi kelajuan
yang sesuai.

ii) Kawalan cepatan automatik


- Salah satu kawalan cepatan automatik ialah kawalan masa-tepat.
- Satu geganti lewat masa (delay relay, time) akan digunakkan untuk setiap
kelajuan
- Ia dilakukan mengikut kelajuan dan cepatan yang diperlukan.
- Kelemahan : tidak memberi kesan kepada keadaan mesin, beban atau arus
motor.
- Kerana kawalan hanya pada masa.

iii) Kawalan cepatan arus-had


- Digunakan untuk mempercepat pergerakkan motor.
- Sesuai bagi peralatan yang tidak mampu bertahan daripada daya kilas penuh
sehingga beban telah sampai ke satu kelajuan yang diberi, contoh tali sawat
atau gear dengan berat sifat tekun yang tinggi.
- Setiap kelajuan akan dibawa oleh satu geganti arus yang tidak akan menutup
litar untuk kelajuannya sehingga arus menurun ke satu nilai selamat.

iv) Kawalan cepatan frekuensi – gelincir


- Sistem ini sesuai digunakkan pada motor jenis :
i) motor lilitan – rotor
ii) motor segerak
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

- Oleh sebab frekuensi bagi motor lilitan-rotor berkadaran kepada kelajuan,


maka geganti frekuensi sensitif boleh digunakan untuk memberikan tenaga
kepada setiap kelajuan.
- Kelemahan : kawalan ini mesti dihidupkan pada permulaan laju tahap paling
rendah.

3.3.7 Kawalan kelajuan


I. Kawalan laju angkatap
- Kenabanyakkan mesin memerlukan hanya suatu pengurangan laju untuk
hidupan dan untuk suatu kelajuan angkatap semasa kendalian
- Kawalan laju jenis ini boleh dicapai dengan menggunakkan penghidup voltan-
kurang samada keatas motor sangkar tupai, lilitan rotor ataupun motor
segerak.
-
II. Kawalan laju yang berubah-ubah
- Kelajuan yang berubah-ubah menjadi suatu keperluan memandangkan
sesebuah motor mesti dikendalikan oleh beberapa kelajuan yang berbeza
mengikut kehendak pengendali
- Kawalan jenis ini boleh dicapai melalui penggunaan motor lilitan-rotor dengan
satu pengawalan pendua atau motor A.U jenis komutator
- Kawalan jenis ini memerlukan pertukaran kelajuan semasa beban rendah

III. Kawalan pelbagai kelajuan


- Kawalan jenis ini hanya dibezakkan sedikit daripada kawalan laju yang
berubah-ubah iaitu dengan tidak mermelukan perubahan kelajuan semasa
beban rendah
- Motor sangkar tupai pelbagai kelajuan adalah sesuai untuk perkhidmatan
jenis ini.

IV. Kawalan laju tentu-dulu


- Dengan adanya kawalan jenis ini, sesebuah mesin dapat dipercepatkan
melalui beberapa jejak kelajuan kepada satu kendalian laju yang sudah
ditentukan
- Kedua-dua motor sangkar tupai dan lilitan rotor adalah sesuai untuk
perkhidmatan ini.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

4. PENGIRAAN BERKAITAN MOTOR

4.1 Kecekapan ( Efficiency )

Kuasa Keluaran ( Po )
% Kecekapan = ------------------------------- x 100
Kuasa Masukkan ( Pi )

Po
% Kecekapan = -------------------- x 100
Pi

 Po = Pi – Losses

4.2 Kehilangan ( Losses )


Kehilangan dalam persamaan di atas mewakili jumlah kehilangan di dalam
Motor. Ianya dibahagikan pada dua kategori iaitu :
a. Kehilangan Tetap
Hasil daripada kehilangan pada stator dan rotor ( due to eddy current and
hysterisis ) dan friction and windage lose yang disebabkan oleh putaran
rotor.
b. Kehilangan Boleh Ubah
Kehilangan tembaga ( I 2R ) pada stator dan rotor yang mana ia
bergantung kepada beban.

i) Kehilangan Teras Rotor ( Rotor Core Lose )


Dalam keadaan biasa ( motor berpusing ), frekuensi rotor adalah terlalu rendah. Oleh
itu, Hysterisis and eddy current losses akan menjadi terlalu lemah, maka kehilangan
teras rotor boleh diabaikan.

ii) Kehilangan Teras Stator ( Stator Core Lose )


Ia disebabkan oleh main and leakage flux. Apabila beban berubah maka
Kehilangan flux juga akan berubah. Walaubagaimanapun boleh dianggapkan
kehilangan ini adalah sama, samada semasa keadaan beban penuh ataupun tanpa
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

beban.

iii) Friction And Winding Losses


Kehilangan ini disebabkan oleh putaran mekanikal rotor. Oleh kerana Kelajuan tidak
berubah secara ketara dari keadaan tanpa beban kepada beban penuh, maka kita
anggapkan bahawa kehilangan mekanikal adalah tetap.

iv) Stator Copper Losses


Ini adalah kehilangan I2 R dalam lilitan stator. Ini disebabkan oleh beban Dan boleh
dikira dari arus dan rintangan yang boleh diukur.

v) Rotor Copper Losses


Oleh kerana ada arus mengalir dalam pengalir rotor maka kehilangan I2R
dalam rotor akan wujud. Disebakan arus rotor dan rintangan rotor tidak dapat diukur
secara terus dalam motor sangkar tupai, bolehlah ditentukan nilai ini secara tidak
terus iaitu dengan mengukur slip dengan tepat ketika beban penuh.

4.3 Pengaliran Kuasa ( Power Flow )

i) Pengaliran Kuasa (Power Flow)

Rajah 16 : Pengaliran Kuasa stator dan rotor

Apabila lilitan stator ditenagakan ( energized ), kuasa elektrik akan mengalir di dalam motor.
Oleh kerana ianya kuasa 3 fasa maka dinyatakan seperti berikut dalam unit watt atau
kilowatt.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

P = √ 3 VLIL Cosθ

Kuasa Masukan tidak boleh dikira dengan nilai ukuran arus dan voltan kerana adanya
pengaruh faktor kuasa ( Cosθ ). Teknik mendapatkan nilai Kuasa Masukan ( Pi ) adalah
dengan kaedah dua wattmeter iaitu Pi = W1 + W2. Dalam stator terdapat dua kehilangan
iaitu kehilangan teras ( PC ) yang bergantung kepada bekalan voltan yang dibekalkan dan
kehilangan copper ( PCUS ) yang bergantung pada arus talian ( arus talian bergantung pada
beban ). Jika kedua-dua kehilangan ini ditolak daripada Kuasa Masukan ( Pi ), yang tinggal
hanyalah kuasa yang dipindahkan melalui ruang udara ( air gap ) ke dalam rotor ( PR ).
PR = Pi – PC - PCUS
Dalam rotor terdapat kehilangan teras dan kehilangan tembaga yang bergantung kepada
slip dan ini boleh diabaikan. Jika slip, dapat diukur dengan tepat maka kehilangan tembaga
rotor ( PCUR ) adalah seperti berikut :
PCUR = S x PR
Selepas kehilangan tembaga rotor ditolak dari kuasa masukan rotor ( P R ) yang tertinggal
hanyalah kuasa mekanikal yang dihasilkan ( PDEV ) oleh motor.
PDEV = PR - PCUR
Akhirnya Kuasa Keluaran, Po dapat ditentukan dengan menolak Kehilangan Mekanikal
( friction dan winding loss ) dan kuasa yang dihasilkan ialah PDEV.
Po = PDEV - PM

Maximum Mechanical Power boleh diberikan dan juga kelajuannya ketika mengeluarkan
kuasa maksima atau kuasa beban penuh serta arus talian yang diambil oleh motor apabila
mengeluarkan kuasa beban penuh dan faktor kuasa beban penuh.

5. JENIS LITAR KAWALAN MOTOR

i. Litar kawalan
Untuk mengawal dan membuat sesuatu litar kawalan mengikut kesesuaian motor
ii. Litar utama
Untuk keselamatan bagi memastikan motor elektrik tidak hidup dengan sendrinya

iii. Programmable logic controller


PLC di definasikan sebagai satu sistem elektronik/ apparatus operasi digital yang
digunakan di dalam persekitaran industri, yang mana menggunakan ingatan yang boleh
diatur cara untuk menyimpan arahan-arahan yang digunakan untuk melakkukan
sesuatu fungsi seperti logik, jujukan, pemasa, pengiraan, dan arithmetik untuk
mengawal sesuatu proses atau mesin berdasarkan input dan output yang disambung
kepada modul sama ada digital atau analog.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Dalam erti kata lainnya ia merupakan satu komputer digital yang direka khusus untuk
kawalan untuk mengawal sesebuah alat atau mesin atau proses dan banyak digunakan
didalam industri.

Mengikut peraturan IEE (Per. 552-01-01,02,03), sesebuah motor yang melebihi 5 hp


atau 0.37 KW mestilah mengadakan kawalan keselamatan bagi:

a. Menghidup dan memberhenti motor


b. Beban lampau (Overload relay)
c. Mengelak motor dihidupkan semula dengan tidak sengaja (No.volt coil)

Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) sesuatu motor hendaklah


dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup dan
memberhentikannya.

Per.17(3) - Suis tersebut hendaklah di tempatkan mengikut cara yang betul supaya ia
mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.

Tujuan litar kawalan Digunakan

a. Mengurangkan dan menghadkan arus mula (starting current) kepada satu


nilai yang kecil dan selamat.
b. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan
bekalan atau susutan voltan.
c. Pengendalian motor dapat dilakukan dengan selamat walaupun secara
kawalan jauh.
d. Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan dengan adanya
alat-alat perlindungan dan alat kawalan dalam sistem penghidup motor.

6. KOMPONEN KAWALAN PENGHIDUP MOTOR

Terdapat pelbagai jenis penghidup motor yang digunakan dalam kawalan motor.
Penghidup talian terus ádalah salah satu jenis penghidup yang sering digunakan dalam
kawalan motor satu fasa dan tiga fasa. Di dalam litar penghidup talian terus terdapat
pelbagai jenis komponen dengan berbagai fungsí dan kendalian. Setiap komponen ini
mestilah dikenalpasti fungsi dan kegunaannya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Lampu Penunjuk

Pemutus litar / MCB

Penyentuh
/ Contactor

Tapak timer
Geganti Beban Lampau / / Base timer
Over Load
Punat Tekan
ON & OFF

Punca penyambungan ke motor

Rajah 1: Menunjukkan kompenan yang terdapat pada penghidup motor


6.1 Penyentuh Magnet (contactor).
Penyentuh ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet. Elektromagnet
mempunyai gelung dimana litarnya dilengkapkan dengan satu punat tekan, suis had apung
atau mana-mana alat kawalan yang lain. Ia adalah suis electromagnet yang berfungsi
menyambungkan atau memutuskan pengaliran arus elektrik dalam litar.
Arus akan mengalir ke dalam gelung dan menghasilkan urat daya magnet yang mana akan
menarik angkir supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada tertutup. Sesentuh-sesentuh
suis dihubungkan secara mekanikal ke angkir supaya apabila angkir bergerak kepada keadaan
tertutup, ia juga akan menutup sesentuh tersebut.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyentuh tidak dapat bekerja dengan sempurna
dan mengeluarkan bunyi bising ketika penyentuh sedang beroperasi. Antara sebab-sebab itu
ialah:-

i. Voltage kendalian terlalu rendah.


ii. Gelung yang salah pemasangannya.
iii. Susunan antara angkir dan pasangan magnet tidak lurus.
iv. Kotor, karat dan lain-lain di atas permukaan magnet. Ini menyebabkan angkir tidak
dapat menutup sepenuhnya.
v. Bahagian-bahagian yang bergerak menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian,
oleh itu pergerakan bagi angkir sepenuhnya terhalang.
vi. Pemasangan penyentuh tidak betul.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 20
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Sesentuh / Contacts

Teras Besi
Rajah Sesentuh / Contector Gegelong / Coil
Pelapik getah

Rajah 4 : Keratan rentas sesentuh

Rajah 5 : Bahagian Dalam Sesentuh / Contector

6.2 Perlindung Beban Lampau.

Untuk menghalang sesebuah motor elektrik daripada terbakar dan tahan lama, maka
satu pelindung beban Iampau perlu ada di dalam litar kawalan. Sesebuah motor elektrik
jika dikendalikan melebihi daripada kadar keupayaannya akan terjadi beban lampau
disebabkan oleh pemutaran mesin, voltan talian yang rendah atau talian yang terbuka
dalam sistem berbagai fasa yang mana akan menghasilkan kendalian-kendalian sefasa.
Semasa beban lampau berlaku pada sesebuah motor, ia akan mengambil arus yang
berlebihan dimana akan menyebabkannya terlalu panas. Oleh kerana kepanasan yang
terik akan menyebabkan kerosakan penebat lilitan motor tersebut yang dengan
sendirinya merosakan motor itu.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 21
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Untuk melindungi sesebuah motor daripada kepanasan maka satu geganti beban
lampau dipasang di penghidup agar dapat memutuskan litar motor apabila lebihan arus
berlaku. Geganti beban lampau bagi satu penghidup bekerja untuk melindungi sesuatu
motor daripada mengeluarkan arus yang berlebihan. Geganti beban lampau Jenis
'thermo' - peka atau elemen magnet disambungkan sama ada terus ke talian motor atau
secara tidak langsung melalul alatubah. Geganti beban lampau bekerja untuk
menghentikan tenaga elektrik terhadap penghidup atau menghentikan sesebuah motor
itu apabila arus yang berlebihan melaluinya.
Geganti beban lampau direka bentuk untuk dua tujuan iaitu:-
a) Untuk digunakan secara automatik iaitu berfungsi apabila dipasang di tempat yang
sukar ditanggalkan dan dikendalikan secara manual.

b) Geganti beban lampau boleh dilaraskan dengan mudah untuk memutuskan litar
antara 85% - 115% kadar pemutus bagi unit panas. Gerakan pemutus bagi litar
kawalan memerlukan perbezaan pengembangan dua logam yang mempunyai
perbezaan pengembangan semasa panas. Arus yang berlebihan akan menjadikan
logam mengembang dan menolak bar dan seterusnya menolak angker. Dengan itu
sesentuh lazim tutup (normally close) akan terbuka dan motor akan berhenti
beroperasi

N/O

Bekalan dari MCB

N/O
N/C
Kabel
penyambungan

N/C
Ke Lampu Ke punat tekan henti
Trip

Rajah 9 : Menunjukkan Over Load yang terdiri dari empat terminal

Bekalan dari MCB

Ke Lampu Trip Ke punat tekan henti

Rajah 10 : Menunjukkan Over Load yang terdiri dari empat terminal


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 22
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

6.3 Punat Tekan (Push Button).


6.3.1 Punat tekan hidup (push button start )
Kebiasaanya berwarna hijau dan mempunyai 2 terminal untuk tamatan kabel litar
kawalan. Keadaannya mestilah boleh ditekan dan dilepaskan. Ia berfungsi untuk
menyambungkan pengaliran arus elektrik dalam litar.
Apabila punat ditekan, sesentuh akan tertutup dan menyambungkan pengaliran arus.
Sebaliknya apabila punat dilepaskan sesentuh akan terbuka dan pengaliran arus
terputus.
6.3.2 Punat tekan mati (push button stop)
Kebiasaanya berwarna merah dan mempunyai 2 terminal untuk tamatan kabel litar
kawalan. Keadaanya mesti boleh ditekan dan dilepaskan. Ia memutuskan pengaliran
arus elektrik dalam litar.
Apabila ditekan, sesentuh akan terbuka dan memutuskan pengaliran arus. Sebaliknya,
apabila dilepaskan sesentuh akan tertutup dan menyambungkan pengaliran arus.

Punat tekan

Skru pengunci
pada panel bord
PB-1 ( STOP )

PB-2 ( START )

Punca penyambungan
punat tekan

Rajah punat tekah jenis STOP /


OFF

Rajah 2 : Simbol punat tekan henti dan hidup

Rajah 3: Punat tekan henti dan hidup

6.4 Suis Pemasa ( Timer )


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 23
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar secara automatk dan bergantung kepada
masa yang ditetapkan seperti saat, minit, jam, mingguan atau bulanan. Alat ini akan beroperasi
dengan bekalan Arus Terus dan Arus Ulang Alik. Lazimnya suis ini digunakan untuk litar
kawalan.
Apabila bekalan dibekalkan pada gelung pemasa ia akan mula mengira masa yang ditetap.
Setelah ia mengira masa semua sesentuh tambahannya akan berkendalian iaitu daripada
keadaan sentiasa terbuka kepada keadaan sentiasa tertutup (NO – NC) manakala keadaan
sentiasa tertutup kepada keadaan sentiasa terbuka (NC – NO). Apabila bekalan diputuskan ia
akan berhenti beroperasi dan sesentuh tambahannya akan menjadi seperti sediakala

Rajah 12 : Sambungan kepada pemasa


Untuk menghidupkan voltan yang lebih besar kita boleh membuat kawalannya dengan
membuat pendawaian yang diselarikan pemasangan bekalannya kepada gegelung penyentuh
(coil contactor).

BEKALAN MASUK

N/C

Timer 240 V
COMMEN

Contektor
N/O
Timer

NEUTRAL

Rajah 13 : penyambungan timer yang disirikan pendawaiannya kepada penyentuh


(Contector)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 24
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Rajah 14 : Simbol pemasa dan sesentuh

Rajah 15 : Bentuk-bentuk timer yang ada dipasaran

6.5 Lampu Pandu ( Pilot lamp )


Alat ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan
tentang operasi litar kawalan. Sebagai contoh :

Warna Maksud kod warna


Merah Stop, Trip, Fasa merah.
Kuning Fasa kuning, Pemanas ( Hilter )
Biru Fasa biru.
Hijau On, Run

Jadual 2 : Warna dan maksud lampu penunjuk


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 25
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Rajah 17 : Lampu pandu (Pilot lamp )

6.6 Pelindung Tanpa Volt.


Pelindung tanpa volt atau pelindung voltan rendah juga disebut sebagai alat kawalan tiga
dawai. Ini bermakna bahawa penghidup akan terhenti apabila sesuatu kegagalan voltan
berlaku tetapi tidak akan hidup kembali secara automatik apabila voltan kembali semula.

Punca bekalan masuk

Punat tekan ON dan Off

Bekalan keluar ke motor Pelaras kepekaan alat


perlindungan

Rajah 11: Rajah alat perlindungan tanpa voltan

7. PEMILIHAN JENIS DAN SAIZ KABEL

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan  sewaktu  membuat pemilihan sesuatu jenis kabel
yang hendak digunakan ialah seperti yang berikut : 

a)   Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap: maknanya
saiz kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa
memanaskan kabel. Di samping itu susut voltannya tidak melebihi 4% voltan
bekalan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 26
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

b)   Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat kabel
yang akan dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu hendak
dipasang. Setiap penebat mempunyai suhu  maksimun  yang ia mampu bertahan,
misalnya kabel p.v.k sesuai untuk suhu 0º C hingga 65º C. Suhu yang lebih atau
kurang daripada julat ini  akan menyebabkan kabel p.v.k rosak. Jadi keselamatan
kabel yang dilindunginya akan tergugat dan seterusnya akan mendatangkan bahaya
kepada pengguna kabel tersebut.

c)    Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah hendaklah berharga murah.


Kadangkala beberapa jenis kabel mempunyai keupayaan, kecekapan dan ciri-ciri
keselamatan  yang hampir sama tetapi harganya berbeza-beza. Untuk menjimatkan
belanja eloklah ddiberi keutamaan kepada kabel yang harganya lebih murah.

Kabel 1.5 mm PVC ( PVK )   

Kabel ini digunakan dalam membuat pendawaian bagi litar kawalan penghidup talian terus
kerana litar ini tidak menggunakan arus yang tinggi dalam kendaliannya. Gambarajah di bawah
menunjukkan litar kawalan pnghidup talian terus

Kabel 2.5 mm PVC ( PVK ) 

Kabel ini digunakan dalam membuat pendawaian bagi litar utama penghidup talian terus satu
fasa tetapi bergantung kepada kuasa motor yang akan digunakan dimana saiz 2.5 mm ini
adalah saiz yang paling minima bagi litar utama kawalan motor. Gambarajah di bawah
menunjukkan litar utama penghidup talian terus satu fasa.

8. LUKISAN SKEMATIK MOTOR


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 27
F432-005-3:2019-C04P1/5 Muka / Page
ID UNIT KOMPETENSI
COMPETENCY UNIT ID/ F432-005-3:2019-C04P1/5 Drpd/of : : 27
36
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

PEMULA TALIAN TERUS ( DOL STATER )


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 28
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

PEMULA TALIAN TERUS DAN SONG SANG(FWD REV STARTER)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 29
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

PEMULA TALIAN TERUS STAR DELTA AUTO TIMER


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 30
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36
Muka / Page : 31
ID UNIT KOMPETENSI / F432-005-2:2019-C04 P1/4
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 35

9. JENIS PENGGUNAAN MOTOR ELEKTRIK BAGI KAWASAN :

 kawasan terdedah ( outdoor )


Bagi kawasan terdedah, pemilihan motor haruslah tahan dari segi ketahanan bahagian
mekanikal. Kebiasaan motor ini adalah seperti motor pam air, motor pagar elektrik

 kawasan tertutup ( indor )


bagi pengunaan motor kawasan tertutup, pemilihan motor bergantung pada factor
kegunaan dan kelajuan sesuatu motor

 pemanas
kegunaan motor jenis pemanas biasanya terdapat pada mesin pengering rambut dan
mesin pengering pakaian

 penyejuk
bagi motor penyejuk, kebiasaanya terdapat pada unit penghawa dingin, freezer, dan
juga peti sejuk

10. ALAT DAN PERALATAN PEMASANGAN KAWALAN MOTOR

10.1 Peralatan tangan

 pemotong kabel
terdapat pelbagai jenis pemotong kabel dipasaran, berikut adalah contoh pemotong kabel
yang biasa digunakan dalam kerja-kerja pendawaian, ia digunakan untuk memotong kabel
dan juga menangalkan pembalut pvc pada sesebuah kabel.

 player gabungan
playar gabungan kabel biasa digunakan dalam kerja-kerja pendawaian, ia digunakan bagi
memegang, mengcengkam,memotong, membengkok dan membentuk kabel.

 pemutar skru
pemutar skru digunakkan untuk memasang dan menangalkan skru. Penggunaan pemutar
skru yang betul sama ada kepala Philip atau plat bergantung kepada bentuk kepala skru.

 pena ujian
untuk mengesan kebocoran aus elektrik atau kabel hidup. Selain itu, ia juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru kecil, pena ujian selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50 – 500v.
10.2 Alatan kuasa

 mcb
MCB berfungsi sebagai alat yang dapat menghubungkan (ON) dan memutuskan (OFF) arus
elektrik. Ketika terjadinya Kelebihan Beban (Overload) ataupun litar pintas (Short Circuit), MCB
akan memutuskan bekalan secara automatik 

 suis utama
berfungsi sebagai pengasingan dan pensuisan litar dan perlindungan lebihan arus dan
beroperasi seperti suis utama iaitu bekalan masuk akan melalui suis dan seterusnya ke fius

 thermal overload
Untuk menghalang sesebuah motor elektrik daripada terbakar dan tahan lama, maka satu
pelindung beban Iampau perlu ada di dalam litar kawalan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 32
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

10.3 Alat pengujian

 Jangka Turutan Fasa (Phase Sequence meter)


Jangka Turutan fasa digunakan untuk menentukan turutan fasa sesuatu bekalan
elektrik

Rajah 2 : jangka turutan fasa


 Multimeter
Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya, daya gerak-elektrik.
rintangan dan keterusan litar elektrik.

Rajah 2 : Jangka Pelbagai

 Clamp meter.
Jangka ‘clip-on’ digunakan untuk mengukur nilai arus sesuatu talian elektrik.

Rajah 3 : Jangka Clip-on

 Insulation resistance tester.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 33
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

Penguji Penebatan Megger digunakan untuk menentukan nilai penebataN sesuatu


pengalir elektrik.

Rajah 4 : Jangka Penebatan Megger

 Tachometer.
Jangka Ligat digunakanuntuk mengukur nilai kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.

Rajah 5 : Jangka Ligat


11. PENGUJIAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

11.1 Alat-alat Pengujian

a. Jangka turutan fasa (phase sequence meter)


Tujuan ujian ini ialah untuk mengetahui urutan bekalan fasa itu adalah seperti yang
telah ditetapkan (M,K,B = merah,kuning,biru).
Kaedah penggunaan.
- Sambungkan ketiga-tiga klip buaya ( alligator clip ) yang mempunyai kod warna ke
terminal punca kuasa tiga fasa di mana putaran cakera (disc) hendaklah mengikut arah
putaran jam.
- Tekan suis punat tekan untuk beberapa ketika.
- Pada masa yang sama tentukan ketiga-tiga lampu peninjuk tersebut menyala.
- Selepas suis punat tekan dilepaskan , ketiga-tiga lampu penunjuk tersebut akan padam.
- Jika terdapat salah satu atau lebih penunjuk yang tidak menyala semasa suis punat
tekan ditekan,ini bermakna terdapat fasa yang terbuka.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 34
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

- Jika lampu penunjuk R tidak menyala – litar terbuka pada fasa dimana klip buaya
merah  disambungkan.
- Jika lampu penunjuk S tidak menyala – litar terbuka pada fasa dimana klip buaya
putih  disambungkan.
- Jika lampu penunjuk T tidak menyla –  litar terbuka pada fasa di mana klip buaya
biru  disambungkan.
- Jika putaran cakera (disc) mengikut lawan jam , alihkan/tukarkan dua daripada tiga klip
buaya tersebut.
- Jika putaran cakera (disc) berputar mengikut putaran jam,maka R,S dan T adalah
dalam turutan punca terminal kuasa yang dikehendaki.

b. Multimeter
 Multimeter digunakan sebagai alat ukur dan alat uji. Ia digunakan untuk menyukat
sesuatu kuantiti seperti arus, voltan dan rintangan pada satu-satu litar elektrik dan
elektronik.
 Kuantiti-kuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan
seperti meter volt, meter ampere dan meter ohm.
Fungsi Pengukuran

 Terdapat 3 fungsi utama :


i. Menyukat kerintangan pada perintang - Ohm Meter (Ω )
ii. Menyukat kuantiti voltan bekalan menyukat bezaupaya pada sesuatu litar -Volt
Meter (V)
iii. Menyukat kuantiti arus yang mengalir pada sesuatu litar - Ampere Meter /
Ammeter (A)
c. Clamp Tester(Amprobe)
Amprobe ialah alat yang direka khas untuk mengukur arus, voltan dan rintangan.
Keistimewaan alat ini ialah ia boleh mengukur arus secara terus tanpa perlu disambung
secara siri di dalam litar. Voltan dan rintangan diukur dengan menggunakan’probe wire’
yang disediakan di mana kaedahnya adalah sama dengan menggunakan multimeter.

Alat ini mempunyai Tong (pengapit) yang boleh digerakkan untuk mengapit pengalir.
Apabila pengalir yang membawa arus letrik dikapit, medan magnet yang mengelilingi
pengalir akan mengaruh kedalam pengapit yang mempunyai besi lembut. Arus aruhan
ini akan menggerakkan jarum penunjuk untuk memberikan bacaan arus eletrik. Konsep
yang bekerja yang digunakan digunakan oleh clamp on meter adalah sama dengan
pengubah arus.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 35
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

d. Meter Megger.
Meter megger ialah alat untuk menguji rintangan penebatan. Meter megger adalah dari
rekabentuk ohm meter. Jika litar terbuka, tiada arus mengalir. Jarum penunjuk akan
menunjukan pada skala infiniti (). Jika litar mempunyai rintangan yang sangat rendah,
jarum penunjuk akan menunjuk ke arah sifar. Sekiranya rintangan tersangat rendah,
kemalangan elektrik seperti kebocoran elektrik, renjatan elektrik, kebakaran elektrik
boleh berlaku. Rintangan penebatan yang tinggi adalah lebih baik dan selamat
digunakan. Unit dalam rintangan penebatan ialah Mega Ohm (M).

Jenis Jenis Pengujian

Terdapat dua kaedah pengujian dilakukan untuk litar kawalan:

i. Pengujian ke atas litar mati


ii. Pengujian ke atas litar hidup

Jenis jenis pengujian untuk litar mati :

i Ujian keterusan pengalir

ii Ujian rintangan penebatan

e. Tachometer.

Tachometer adalah merupakaan sebuah alat atau instrumen yang dapat mengukur
kecepatan putaran dari piringan atau poros engkol, Contohnya seperti yang ada pada
sebuah motor atau mesin yang lainnya.

Alat tachometer ini biasanya menampilkan revolutions per menit (RPM) dalam sebuah
pengukur skala analog, tetapi yang terbaru versi tampilan digital juga sudah tersedia.
Dalam aplikasi atau penerapan kendaraan bermotor, pemasangan tachometer dengan
tujuan agar pengendara bisa memakai mesin secara efsien
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 36
F432-005-3:2019-C04P1/5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 36

SOALAN
1. Nyatakan 7 bahagian utama motor elektrik a.u
a) ..................................................................
b) ..................................................................
c) ...................................................................
d) ...................................................................
e) ...................................................................
f) ...................................................................

2. Berikan tiga jenis alat pengujian motor.


i. ........................................................................
ii ..........................................................................
iii. .........................................................................

3. Senaraikan 3 jenis aksesori kawalan motor


i. .........................................................................
ii. ........................................................................
iii. .......................................................................

4. Nyatakan penghidup kawalan motor 3 fasa


............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

RUJUKAN:

Abd Samad Hanif 1994 , Akta Bekalan Elektrik 1990 Dan Peraturan-peraturan IEC.Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Abdul Samad Bin Hanif 1988, Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik. Dewan Bahasa Dan
Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur .

Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of


Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia

Anda mungkin juga menyukai