Anda di halaman 1dari 15

PEPERIKSAAN AKHIR TEORI

KOD/ NAMA BIDANG C – 051 – 2 JURUTEKNIK ELEKTRIK

TAHAP / LEVEL TAHAP 2


NO KAD PENGENALAN
NAMA CALON/NAME

BATCH CALON

SESI PEPERIKSAAN VERIFIKASI ELEKTRIK TAHAP 2

TARIKH
PEPERIKSAAN

MASA PEPERIKSAAN

NAMA PPD

NAMA PP

PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR TEORI :

MASA YANG DI BENARKAN : 1 JAM 30 MINIT

Calon-calon mesti mematuhi perkara berikut :

1. Berada ditempat peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.


2. Pamerkan Kad Pengenalan untuk disemak oleh Ketua Pengawas peperiksaan.
3. Berpakaian kemas dan sesuai mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pusat
Bertauliah.
4. Baca arahan soalan dengan teliti. Rujuk kepada Ketua Pengawas / Pemeriksa /
PPL sekiranya terdapat kekeliruan.
5. Tidak dibenarkan berbincang atau berhubung dengan calon lain.
S0ALAN OBJEKTIF – Jawab semua soalan

1 Apakah yang dimaksudkan dengan pelan bentangan:-

A Lukisan mengambarkan kedudukan simbol peranti perlindungan yang piawai


pada pelan lantai.
B Lukisan yang menunjukan susunatur simbol piawai alat tambah dan
kelengkapan pada pelan lantai.
C Lukisan mengambarkan keseluruhan pendawaian pada pelan lantai.
D Lukisan yang menunjukan pembahagian beban pada pelan lantai.

2 Gambarajah skematik tiga fasa yang baik ialah:-

A Lukisan satu garisan yang menunjukan kadaran alat perlindungan, sais/jenis


kabel, keupayaan kabel, bilangan litar pada setiap fasa dan jenis pendawaian.
B Lukisan satu garisan yang menunjukan kadaran alat perlindungan, sais/jenis
kabel, bilangan litar pada setiap fasa dan jenis pendawaian.
C Lukisan satu garisan yang menunjukan sais/jenis kabel, bilangan litar pada
setiap fasa dan jenis pendawaian.
D Lukisan satu garisan yang menunjukan kadaran alat perlindungan, sais/jenis
kabel dan bilangan litar pada setiap fasa.

3. Berikut adalah jenis- jenis gambarajah yang digunakan dalam rekabentuk pendawaian
elektrik kecuali,

A. Gambarajah litar skema


B. Gambarajah pelan pendawaian
C. Gambarajah pelan pemasangan
D. Gambarajah blok

4 Perkara-perkara yang perlu dikenalpasti sebelum membuat gambarajah skematik ialah


seperti berikut, KECUALI:
A Kos pendawaian yang hendak digunakan
B Jenis pendawaian yang hendak digunakan
C Jumlah bilangan litar setiap fasa
D Jenis kabel yang hendak digunakan
5 Apakah tujuan seseorang pendawai elektrik mengetahui dan memahami ukuran
lukisan bentangan pelan susun atur elektrik ?

A Menjimatkan masa pendawai elektrik


B Menjadikan kerja-kerja pendawaian lebih betul dan tepat
C Memudahkan pendawaian elektrik untuk membuat kiraan peralatan yang
diperlukan
D Memudahkan seseorang pendawaian elektrik membuat anggaran
perbelanjaan yang sesuai.

6 Tujuan pembahagian litar supaya seimbang bagi setiap fasa dilakukan adalah ....

A Mengelakkan beban berkurang


B Memudahkan membahagikan beban
C Memudahkan pendawai membuat pendawaian
D Mengelakkan lebihan beban dan memudahkan pendawaian

7 Untuk memastikan lukisan elektrik mengikut kehendak dan peraturan elektrik,


seorang pendawai hendaklah ............................................

A Memeriksa lukisan tersebut


B Memastikan lukisan itu betul
C Mengetahui setiap perkataan dan lukisan telah dibuat dengan betul
D Memeriksa dan memastikan setiap perkataan dan lukisan telah dibuat
dengan betul

8 Berikut ialah kriteria yang perlu ada dalam gambarajah skematik papan agihan tiga
fasa KECUALI ..................................

A Kos pendawaian
B Ukuran saiz kabel
C Jumlah bilangan litar akhir
D Saiz alat kawalan pelindung

9. Tujuan utama gambarajah blok pada sesuatu pepasangan pendawaian ialah;

A. Membuat anggaran panjang kabel yang diperlukan


B. Menunjukkan gambarajah padat
C. Membuat pandu arah
D. Menunjukkan kekemasan
10. Mengapakah litar akhir diagihkan kepada beberapa litar?

A Untuk menjimatkan tenaga elektrik


B Mengurangkan beban yang hendak dipasang
C Hanya digunakan pada perumahan teres sahaja
D Mengelakkan kerosakan yang berlaku pada beban menganggu litar lain.

11. Ada dua tujuan pengiraan faktor kepelbagaian pada pepasangan pendawaian 1
fasa dan 3 fasa

A. Mengurangkan kadar saiz kabel dan kadar arus alatambah


B. Keselamatan dan perlindungan
C. Permintaan maksima
D. Tiada di atas

12. Berapakah jumlah maksima soket alir keluar 13 A yang dibenarkan dalam satu
litar jejari (radial circuit) untuk bilik yang luas lantainya kurang daripada 30 m
dan bukan bilik dapur dengan menggunakan kabel 2.5 mm2?

A. Satu.
B. Dua.
C. Tiga.
D. Empat.

13. Bagi suatu pepasangan atau kelengkapan permainan kanak-kanak (Kiddy Ride) di
taman-taman permainan, perlindungan terhadap arus bocor ke bumi hendaklah
menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak
melebihi _________.

A. 10 mA.
B. 10 Amp
C. 30 mA.
D. 30 Amp.

14. Pilih kenyataan yang betul bagi kabel:

i Lembar ialah pengalir yang berbilangan teras dan disalut oleh penebat.
ii Teras ialah sebilangan dawai yang akan dipintal menjadi satu tanpa disalut
oleh penebat.
iii Kadaran Arus ialah nilai arus yang maksima yang mampu dibawa tanpa
memanaskan kabel dan penebatnya.
iv Kadaran Voltan ialah kadaran ketahanan kabel itu dari segi penebatnya
apabila sesuatu voltan diberikan.
A i dan ii
B iii dan iv
C i, iii dan iv
D i, ii, iii dan iv

15. Berikan turutan fasa yang betul dalam pemasangan pendawaian elektrik 3 fasa,

i. Merah Kuning Biru


ii. Biru Merah Kuning
iii. Merah Biru Kuning
iv. Kuning Biru Merah

A. i, ii & iii
B. i, iii & iv
C. i, ii & iv
D. ii, iii & iv

16. Berapakah susutan voltan yang dibenarkan dalam system bekalan fasa tiga?

A. 6V
B. 10 V
C. 16 V
D. 18 V

17. Manakah di antara berikut adalah cara untuk memastikan sistem bekalan fasa tiga
sudahpun dimatikan punca .

A. Lihat voltmeter
B. Lihat ammeter
C. Lihat lampu penunjuk
D. Lihat kedudukan MCB

18. Mengikut peraturan elektrik, bengkokan lebih dari dua selekoh bersudut tepat (90)
adalah tidak dibenarkan pada pendawaian ………….. bertujuan bagi mudahkan
kerja-kerja penarikan kabel semasa mendawai.

A. katenari
B. konduit
C. Permukaan
D. salur bawah tanah
19. Apakah kelebihan sistem pendawaian tersembunyi (concealed)

A. mudah dilakukan.
B. Cantik dan kemas.
C. Bahan yang digunakan kurang.
D. Mudah selenggara

20. Sistem pendawaian tersembunyi adalah kombinasi pendawaian:

A. Permukaan.
B. Konduit.
C. Trunking.
D. Semua diatas

21. Dalam pemasangan G.I. konduit boleh lentur, pengalir. ……….. …tambahan
mestilah dibuat di dalam pemasangan tersebut:

A. pelindung litar
B. pengawal beban
C. pelindung karat
D. perlindung mekanikal

22. Terdapat 3 jenis sistem pendawaian sesalur yang biasa digunakan KECUALI:-

A. sistem bus bar sesalur atas.


B. sistem bus bar sesalur menegak
C. sistem sesalur penjuru dinding
D. sistem sesalur dalam tanah

23. Faktor ruang bagi sistem pendawaian sesalur ialah………%

A. 45%
B. 55%
C. 65%
D. 35%

24. Nyatakan ciri-ciri sistem pendawaian sesalur KECUALI

. A. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa


B. Bangunan besar dan bertingkat
C. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak
D. Memerlukan perlindungan mekanikal yang kurang
25. Mengikut peraturan IEE 521-14, salur yang dipasang di dalam konkrit hendaklah
mempunyai ketebalan jejaring konkrit lapisan lepa tidak kurang daripada ……….. di
setiap tempat.

A. 15 mm
B. 20 mm
C. 25 mm
D. 30 mm

26. Sistem pendawaian salur (ducting) lazimnya dipasang …………….

A. di tanam di dalam lantai konkrit


B. di permukaan dinding
C. di tanam di dalam tanah
D. di atas bumbung

27. Di bawah adalah tergolong dalam sistem pendawaian cable tray (dulang kabel)
KECUALI

A. Ladder cable tray


B. Wire Mersh cable tray
C. Underground cable
D. Channel cable tray

28. Apakah yang dimaksudkan dengan peperiksaan mata kasar

A. supaya mudah untuk menguji


B. memastikan pepasangan dipasang dengan sempurna
C. untuk mencari kerosakan.
D. Semua diatas

29. Mengapa ujian perlu dijalankan pada sesuatu pepasangan.

i. Mengesan kerosakan sebelum bekalan sebenar diberikan.


ii. Pepasangan akan merbahaya kerana mungkin berlaku kebocoran arus,litar
pintas atau pengguna akan mendapat renjatan elektrik.
iii. Menjamin keselamatan pepasangan.
iv. Untuk menjimatkan kos tenaga elektrik.

A. i dan ii
B. iii dan iv
C. i, ii dan iii
D. Semua diatas
30. Apakah alat pengujian yang digunakan untuk mengukur fasa (phase)?

A. Mega meter
B. Multi meter
C. Clip on meter
D. Sequence meter

31. Alat yang digunakan untuk menguji keterusan

A. Meggar Ohm.
B. Test pen.
C. Alat uji penebatan.
D. Multimeter.

32. Pengalir atau dawai yang disambungkan dari punca bumi pengguna ke beban dikenali
sebagai

A. Pengalir Bumi
B. Pengalir Ikatan
C. Pengalir Perlindungan
D. Pengalir Pembumian Utama.

33. Berapakah nilai rintangan penebatan pendawaian serta nilai rintangan elektrod bumi
yang dibenarkan.

A. lebih dari 1 Mega Ohm dan kurang 1 Ohm.


B. hendaklah lebih dari 1 Ohm dan Kurang 1 Mega Ohm.
C. hendaklah tidak lebih dari 1 Mega Ohm dan tidak lebih 1 Ohm.
D. hendaklah kurang dari 1 Mega Ohm dan kurang dari 1 Ohm.

34. Ujian keterusan bertujuan untuk mengetahui akan keselanjaran sesuatu pengalir. Jika
sesuatu keselenjaran pengalir tidak diperolehi, ini disebab oleh :

A. Rintangan pengalir terlalu tinggi.


B. Penebatnya tidak sempurna.
C. Pengalir tersebut putus
D. Pengalir terlalu panjang.
35. Bagaimanakah pemasangan yang mengikut peraturan I.E.E ?

A. Memastikan sambungan pengalir mesti ketat dan baik


B. Mengukur penebat kabel litar dan kelengakapan elektrik
C. Untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir- pengalir elektrik
D. Memastikan semua alat kawalan satu kutub mempunyai pengalir hidup.

36. “Miniature circuit breaker” (MCB) mempunyai kebaikan-kebaikan seperti berikut,


kecuali

A. Dalam keadaan tertentu Mcb boleh digunakan pada sistem pendawaian


dirumah kediaman bagi mengantikan fius
B. Sifat terpelantik beban berlebihan bagi Mcb boleh ditukar ganti mengikut
kesesuaian pengguna
C. Pentatahan keatas MCB telah dibuat oleh pihak pengilang kerosakan pada litar
dapat dikesan dengan mudah

37. Peranti arus baki tidak akan berfungsi sekiranya berlaku kebocoran arus ke bumi
apabila …………

A. Nilai galangan lingkaran bumi adalah terlalu tinggi.


B. Luas keratan rentas pengalir bumi tidak sama dengan luas keratan rentas
pengalir fasa
C. Voltan bekalan yang kurang setabil
D. Nilai arus kebocoran adalah terlalu tinggi

38. Dalam ujian pembumian berapakah jarak antara pancang tambahan yang dipasang
secara selari

A. 15 hingga 20 cm
B. 10 hingga 12 kaki
C. 15 hingga 25 meter
D. 10 hingga 15 kilometer

39. Tujuan pembumian dilakukan ke atas sesuatu pemasangan elektrik adalah bertujuan
sebagai...

A. Satu kaedah perlindungan keselamatan peralatan elektrik dan pengguna.


B. Satu kaedah perlindungan keselamatan dari beban lampu bagi peralatan
elektrik
C. Satu kaedah perlindungan keselamatan dari bahaya litar pintas bagi peralatan
elektrik.
D. Satu kaedah perlindungan keselamatan dari bahaya renjatan arus bocor bagi
peralatan elektrik dan pengguna.
40. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bacaan rintangan yg lebih baik?

A. Letakan garam pada elektrod bumi


B. Letakan air pada elektrod bumi
C. Tambah kabel pada elektrod bumi
D. Bersihkan cooper rod

41. Apakah cara yang boleh dilakukan bagi mengelakan berlakunya litar pintas dalam
sesuatu pendawaian?

A. Membuat ujian rintangan elektrod bumi.


B. Membuat ujian rintangan penebatan.
C. Membuat ujian penglihatan.
D. Membuat ujian keterusan.

42. Jika sesebuah motor bergegar dengan kuat bermakna…..

A. Shaft pada moto kehausan gris


B. Bebola pada shaft telah rosak
C. Carbon brush haus
D. Tamatan kebel pada terminal longgar

43. Apakah punca sesebuah motor elektrik rosak?

A. Voltan tidak seimbang


B. Tamatan pada terminal motor longgar
C. Motor beroperasi dengan beban lampau
D. Motor beroperasi sepanjang masa

44. Gegelung pada geganti ( Contactor ) di dapati telah putus apabila bacaan pada meter
penguji menunjukkan ………..

A. Infinity (∞ )
B. 10 Ohm
C. 5 Ohm
D. 0 Ohm
45. Jika motor A/C 3 fasa didapati tidak berfungsi apakah tindakan yang akan
dilakukan?

i. ketuk dengan kayu.


ii. Periksa kemasukan arus.
iii. Buka dan servis.
iv. Tukar minyak hitam.

A. i dan ii.
B. ii dan iii
C. ii, iii, dan iv
D. I, ii dan iii.

46. Berikut adalah ujian-ujian yang perlu dilakukan pada motor KECUALI:-

A. Ujian rintangan penebatan untuk kabel.


B. Ujian pembumian gegelung motor.
C. Ujian rintangan penebatan bagi gegelung motor.
D. Ujian rintangan bagi gegelung motor.

47. Semua langkah- langkah di bawah adalah betul sebelum menukar alas (bearing)
motor kecuali;

A. Gunakan peralatan penukul besi untuk mengeluarkan alas/bearing dari


acinya.
B. Tandakan bahagian- bahagian motor yang hendak dibuka samada bahagian
C. depan atau belakang.
D. Pastikan semua bekalan kuasa yang masuk ke motor dimatikan terlebih dahulu.

48. Mengapakah motor tiga fasa paling banyak digunakan di industri.

A. Murah
B. Binaan ringkas
C. Senang diselenggara
D. Fleksibel.

49. Apakah bahagian motor yang digunakan untuk menghasilkan medan magnet.

A. Stator
B. Rotor
C. Aci
D. Galas
50. Anda dikehendaki menyusun penyelesaian membaiki kerosakan motor apabila
aci pemutar berbunyi pada alas bebola motor mengikut urutan yang betul.

1. Uji kerosakan alas bebola dengan menggoyangkkan aci.


2. Tukar alas bebola jika aci pemutar tidak bengkok.
3. Periksa dan pastikan aci pemutar bengkok atau tidak.
4. Pusingkan aci motor dengan tangan untuk memastikan masaalah telah dapat
diselesaikan.

A. 1,2,3, & 4.
B. 1,3,2 & 4.
C. 2,1,3 & 4.

51. Apakah nama alat menguji gelungan (winding) motor ?

A. Alat Jangka Ohm


B. Alat Jangka Arus DC
C. Alat Jangka Voltan
D. Alat Jangka Clip On

52. Apabila litar pintas (SHORT CIRCUIT) antara L dan E didalam satu litar
kawalan motor, apakah yang seterusnya akan bertindak....

A. Motor berhenti.
B. Pemutus litar utama akan trip.
C. Geganti bumi akan trip.
D. Fius perlindungan akan putus.

53. Geganti Beban Lampau jenis haba (Thermal Overload Relay) akan trip jika
motor....

A. Litar pintas. (Short circuit)


B. Beban lampau (Overload)
C. Berkelajuan tinggi (Overspeed)
D. Sejuk

54. Namakan jenis penghidup motor yang sesuai untuk sebuah motor elektrik yang
berkadar 0.5 kuasa kuda?

A. Penghidup bintang-delta
B. Penghidup auto-transformer
C. Penghidup perintang utama
D. Penghidup talian terus.
55. Nyatakan faktor yang boleh menyebabkan motor elektrik terlalu panas semasa operasi

A. Ruang udara tidak sekata


B. Bebola(bearing) rosak atau longgar
C. Beban lampau
D. Rotor tidak seimbang

56. Bilakah kerja penyengaraan patut dijalankan?

A. Mengikut tempoh yang telah dicadangkan oleh pembekal


B. Apabila berlaku sesuatu kerosakan
C. Seminggu
D. 3 bulan

57. Mengapakah pengujian dan pemeriksaan dijalankan?

A. Tidak perlu sekiranya tiada peralatan rosak.


B. Melihat dengan mata kasar sesuatu perkara yang berkaitan.
C. Supaya pendawaian tidak perlu diperiksa semula pada masa akan datang.
D. Memastikan pemasangan dan peralatan yang digunakan memenuhi kehendak
peraturan peraturan IEE.

58. Jika bekalan yang dibekalkan 24V arus terus, berapakah susut voltan maksimum yang
dibenarkan oleh persatuan pembekal elektrik ?

A. 246 V
B. 250 V
C. 230 V
D. 415 V

59. Dimanakah pelindung arus lebih sepatutnya dipasang pada sesuatu pendawaian?

A. Pada litar akhir


B. Pada pemula bagi setiap lampu
C. Pada setiap soket alur keluar (litar gelang)
D. Pada permulaan pendawaian kerana ia dapat memutuskan litar bagi
keseluruhan pendawaian itu.
60. Setiap pemasangan elektrik hendaklah mengadakan kawalan perlindungan yang terdiri
dari

i. Pengasingan
ii. Perlindungan lebihan arus
iii. Perlindungan arus bocor kebumi
iv. Perlindungan susut voltan

A. i, ii & iii
B. ii, iii & iv
C. I, iii & iv
D. Semua diatas
JAWAPAN:

1 B 31 D
2 B 32 A
3 D 33 A
4 A 34 C
5 C 35 C
6 D 36 B
7 D 37 A
8 A 38 C
9 A 39 D
10 D 40 A
11 A 41 B
12 B 42 D
13 A 43 C
14 C 44 D
15 C 45 B
16 A 46 A
17 D 47 A
18 B 48 D
19 B 49 A
20 D 50 B
21 D 51 A
22 D 52 C
23 A 53 B
24 D 54 D
25 A 55 C
26 A 56 A
27 C 57 D
28 B 58 A
29 C 59 D
30 D 60 A

Anda mungkin juga menyukai