Anda di halaman 1dari 19

TAJUK : Sistem Pendawaian Konduit G.

TUJUAN :
Helaian penerangan ini akan menerangkan definasi sistem pendawaian konduit G.I
dan juga melalui helaian penerangan ini peserta akan mengenalpasti saiz-saiz
konduit G.I yang digunakan,aksesori konduit G.I yang diguna pakai serta peraturan-
peraturan IEE yang berkaitan dengan konduit G.I.

PENERANGAN :

A. DEFINISI PENDAWAIAN KONDUIT G.I

Sistem pendawaian konduit G.I adalah satu sistem pendawaian yang


digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanikal atau
kimia,misalnya di –kilang-kilang perusahaan,makmal,bengkel dan sebagainya.

Sistem ini boleh dipasang di permukaan atau tersembunyi.Beberapa


keistimewaan
pendawaian sistem ini iaitu konduit G.I itu sendiri boleh dijadikan pengalir
pelindung litar,mudah diubah suai bentuk pendawaiannya ataupun untuk
dibuat tambahan,tahan lama,dapat mengelakkan kebakaran dan kabel di
dalamnya tidak mudah rosak.

Sistem ini juga mempunyai keburukkan yang tersendiri iaitu melibatkan perbelanjaan
yang mahal serta mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.Bentuknya
tidak kemas dan memerlukan pekerja mahir di samping memerlukan alat-alat dan
alat tambah khas.Dinding bangunan boleh rosak jika pemasangan pembuluh
tersembunyi dibuat sesudah bangunan itu siap.

Terdapat berbagai jenis logam yang dapat dijadikan konduit antaranya


termasuklah keluli tolok ringan(Kelas ‘A’),keluli tolok berat (kelas ‘B’)keluli boleh
lentur,aluminium dan kuprum.

a. Konduit logam/Keluli ( G.I ) – Galvanise Insulated

Konduit logam terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

a. Pembuluh keluli tolok ringan atau kelas “A” (Light Gauge)


• Pembuluh ini nipis sahaja,mudah kemik dan tidak dapat memberikan
perlindungan mekanik jika menerima tekanan beban yang terlalu berat.
• Light Gauge konduit diperbuat daripada strip keluli yang dibentuk kepada
tiub dan digunakan untuk pepasangan kecil-kecilan iaitu di bawah 250 v.
• Binaannya ringan dan senang dibentuk dan dibengkok.Ianya
disambungkan sesamanya atau disambung ke suatu alat dengan cara
cantuman rapet,dikimpal,dipetri atau memejal terus.
• Kaedah pemasangan konduit ini menggunakan LUG GRIP atau PIN GRIP.
• Untuk memasang Lug Grip,terlebih dahulu hujung konduit dibersihkan dari
cat atau kotoran.ini adalah untuk menentukan keselenjaraan atau
keterusan sambungan yang lebih baik dari segi elektrik.
• Ianya kemudian disambung pada fitting dan diskrukan pada skru tembaga
yang telah disediakan.
• Pin Grip pula sebagai pengikat kepada konduit,dengan menggunakan
harden steel skru apabila dibuat penyambungan atau fitting kepada
konduit.
• Saiz piawaian garis pusat pembuluh kelas “A” ialah 16 mm(1/2 inci) , 20
mm (3/4 inci), serta 25 mm ( 1 inci) dan panjang secara rawak 4 – 80 meter.

Kelebihan sistem ini ialah :

i. Merupakan pemasangan pembuluh logam yang paling murah.


ii. Mudah dan cepat dipasang.

Kelemahan sistem ini ialah :-

i. Tidak sesuai dipasang di tempat berair atau lembap kerana air dan
lembapan mudah bertindak balas dengan konduit.
ii. Perlindungan mekanik yang diberikannya kurang memuaskan.
iii. Tidak sesuai digunakan dalam kawasan yang terdedah kepada bahaya
kebakaran dan bahan kimia.
iv. Pengalir pelindung litar yang diberikan tidak begitu terjamin kerana logam
itu tidak dapat menahan cengkaman yang kuat dan sarungnya disapu
dengan lapisan enemel,oleh itu ia perlu dibersihkan dahulu untuk
mendapatkan keterusan yang baik.
v. Contoh tempat sistem ini digunakan ialah di rumah kediaman,kedai dan
sebagainya.
vi. Pembuluh tolok ringan cantuman rapat tidak dapat dibengkokkan tetapi
jenis sambungan secara pateri atau kimpal dapat dibengkokkan sedikit
demi sedikit.

Pembuluh-pembuluh ini dipotong dengan gergaji mata halus.Reja-reja di


dalamnya hendaklah dibersihkan agar tidak mencalarkan kabel semasa
kabel tersebut ditarik ke dalam pembuluh nanti.
b. Pembuluh keluli tolok berat atau kelas “ B “ ( konduit “Heavy Gauge” )
Konduit” heavy gauge” terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. “Heavy Gauge Welded conduit” - Konduit ini diperbuat dari bahan heavy gauge
sheet steel dan dipatri pada bingkainya.

ii. “Heavy Gauge Solid Drawn Conduit” – Konduit ini diperbuat daripada keluli
yang dipanaskan dan dimasukkan ke dalam Vice yang berbentuk
tiub.Konduit jenis ini lebih mahal harganya dan kebiasaan pemasangannya
di tempat yang tahan api contohnya di kilang-kilang,bengkel,garaj dan lain-
lain tempat untuk memberi perlindungan kepada kabel dalam
pepasangan/pendawaian

Bingkai dipatrikan

HEAVY GAUGE WELDED CONDUIT

HEAVY GAUGE CONDUIT SOLID DRAWN


• Konduit keluli biasanya disadur dengan saduran cat (cat enamel)yang berwarna
kelabu atau hitam.
• Selain dari itu saduran juga dicat dengan GALVANISED ZINC COATED untuk tempat-
tempat yang basah atau lembab.
• Saiz piawaian bagi konduit ini ialah 16 mm ( ½ inci ) , 20 mm ( ¾ inci ) serta 25
mm(1 inci) dan 32 mm garis pusat luar dan panjang secara rawak 4 – 80 meter.

Kelemahan pembuluh / konduit ini ialah :


1. Sukar untuk memperolehi keterusan bumi yang berkesan sekiranya sambungan itu di
buat secara skru bebenang.
2. Hanya dapat dibengkokkan dengan alat khas ( Konduit bender ).
3. Bilangan pelana penyokong dan pekerja perlu ditambah kerana pembuluh ini berat.
4. Harganya lebih mahal.
5. Tempoh menyiapnya lebih lama.
6. Tidak cantik jika dipasang pada permukaan.

Kelebihan pembuluh / konduit ini ialah :


1. Pembuluh ini tahan lasak walau dalam keadaan apa sekalipun.
2. Perlindungan mekanik yang amat baik.
3. Alat-alat pelengkapnya tahan lasak.
4. Dapat digunakan di tempat yang berair atau mudah terbakar.
5. Dapat ditanam terus ke dalam tanah.
c. Konduit keluli mudah lentur.
Konduit ini dibentuk daripada ( keluli galvanic bertolok ringan)“pressed steel
spiral”.Konduit ini sangat berguna untuk sambungan bagi penghujung-beban-beban
yang bergerak seperti mesin-mesin elektrik atau di tempat-tempat yang bebannya
selalu diubah suai atau untuk pemasangan konduit yang sukar dilakukan atau dibuat
dengan konduit biasa.Jika penggunaan konduit jenis ini di dalam pepasangan,ia
berkehendakkan dibuat ikatan keselenjaraan bumi berasingan.Ini adalah disebabkan
keterusannya tidak baik dari segi elektrikal jika dibanding dengan konduit
keluli.Pendawaian secara konduit boleh lentur untuk pemasangan yang panjang (
jauh) iaitu lebih dari 1 meter adalah tidak dibenarkan.

konduit keluli mudah lentur


Rupa bentuk konduit ini bergelung pilin dan berkait punca antaranya.Ada juga
konduit ini yang kalis air.Konduit mudah lentur yang bersarungkan dengan pvk masih
dianggap sebagai konduit logam boleh lentur.
Sambungan konduit ini dengan konduit biasa dibuat melalui penyesuai ( “Adaptor “)
Beberapa kebaikkan pemasangan sistem ini ialah :

• Tidak perlu mengadakan pengalir pelindung litar bagi konduit mudah lentur yang
bersarungkan pvk.
• Pemasangannya cepat,tidak perlu dibuat bengkokan dan bebenang.
• Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki tanpa alat khas.
A. MENGENALPASTI SAIZ-SAIZ KONDUIT G.I
Kabel yang digunakan untuk pemasangan secara konduit adalah dari jenis kabel
bertebat satu lapis ( single pvc ) sahaja,kerana kabel telahpun dilindungi oleh
konduit.Bilangan kabel yang hendak dipasang dalam konduit perlu dipastikan
kapasitinya atau bilangan maksimum kabel itu adalah untuk mengelakkan daripada
kabel lampau panas di dalam konduit.Pengiraan boleh dilakukan melalui faktor
ruang kabel yang diperkenalkan oleh peraturan I.E.E.

Ruang yang ditempatkan untuk kabel


Faktor Ruang =
Keluasan ruang di dalam konduit

Faktor ruang merupakan satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratan
rentas kabel dengan luas keratan rentas dalam konduit atau sesalur yang tidak
lebih daripada 40 %.
Kabel pvc di dalam konduit dengan penghalaan lurus yang panjang tidak
melebihi 3 meter hendaklah merujuk kepada jadual 12 A dan 12 B.

• Tentukan faktor kabel dengan merujuk jadual 12 A.


• Campurkan faktor untuk semua kabel (mengikut bilangannya) dan
bandingkan dengan faktor konduit merujuk kepada jadual 12 B.
• Jika jumlah faktor kabel melebihi sedikit atau sama dengan faktor konduit
bolehlah ditetukan saiz nominal konduit dengan merujuk jadual 12 B.

Faktor kabel penghalaan lurus pendek

Jadual 12 A

Luas keratan rentas


Jenis Pengalir Pengalir mm² Faktor
1 22
Pejal 1.5 27
2.5 39
2.5 31
Berlembar 4 58
5 88
10 146

Jadual 12 B

Garispusat konduit mm Faktor


16 290
20 460
25 800
32 1400

Kabel pvc di dalam konduit penghalaan lurus yang panjang melebihi 3 meter
atau penghalaan melalui sesiku L atau selisih ( 0ffset ).
- Tentukan faktor kabel dengan merujuk jadual 12 C
- Campurkan faktor kabel mengikut bilangannya kemudian bandingkan
dengan faktor konduit merujuk kepada jadual 12 D.Rujukan
berpandukan kepada panjang penghalaan,jumlah sesiku/selekoh dan
Tee serta bengkokkan selisih ( offset ).
Jadual 12 D
Faktor kabel penghalaan lurus panjang atau Penghalaan yang terdapat bengkokan

Garispusat Konduit mm
Panjang

3. Keselamatan diri,penggunaan alat dengan betul dan kebersihan


Pemasangan
16 20 25 32 16 20 25 32 16 20 25 32 16 20 25 32 16 20 25 32
m
Faktor

105
16
22
30
43
58

Lurus Satu bengkokan Dua bengkokan Tiga bengkokan Empat bengkokan


1 188 303 543 947 177 286 514 900 158 256 463 818 130 213 288 692

2. Pastikan alat dan bahan disediakan sebelum kerja dilakukan.


1. Pastikan kuantiti bahan mengikut senarai yang ditetapkan.
3. Membengkok konduit “Double Offset” mengikut prosedur
1.5 82 294 528 923 167 270 487 857 143 233 422 750 111 182 333 600
Perlu
Rujuk daripada
2 Jadual 12 A 177 286 514 900 158 256 463 818 130 213 388 692 97 159 292 529
Dan
Luas keratan rentas Pengalir

2.5 Jadual 12 B 171 278 500 878 150 244 442 783 120 196 358 643 86 141 260 474

2. Membengkok konduit 135º mengikut prosedur


1. Membengkok konduit 90º mengikut prosedur
Selepas aktiviti ini peserta-peserta mesti boleh :
3 167 270 487 857 143 233 422 750 111 182 333 600
Jadual 12 C

mm²

3.5 179 290 521 911 162 263 475 837 136 222 404 720 103 169 311 563
1.5
2.5

10

kawasan kerja amat dititik beratkan.


1

4
6

4 177 286 514 900 158 256 463 818 130 213 388 692 97 159 292 529

TAJUK : Membengkok Konduit G.I

PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN :
4. Elakkan pembaziran bahan.
4.5 174 282 507 889 154 250 452 800 125 204 373 667 91 149 275 500
5 171 278 500 878 150 244 442 783 120 196 358 643 86 141 260 474
6 167 270 487 857 143 233 422 750 111 182 333 600
7 162 263 475 837 136 222 404 720 103 169 311 563
Jenis pengalir

ARAHAN AM :
8 158 256 463 818 130 213 388 692 97 159 292 529

Pejal

OBJEKTIF :
9 154 250 452 800 125 204 373 667 91 149 275 500
Faktor Konduit pada pemasangan
10 150 244 442 783 120 196 358 643 86 141 260 474 Bengkok
Contoh 1 : Satu konduit lurus 3 meter panjang akan digunakan untuk menyalurkan 9 x 2.5
mm² kabel pvc 7 lembar.Tentukan saiz nominal konduit yang sesuai digunakan.
- Dengan merujuk jadual 12A,faktor kabel untuk 2.5 mm² adalah 31.
- Jika 9 kabel pada konduit maka faktornya adalah 9 x 31 = 279.
- Merujuk kepada jadual 12B faktor kabel (279) yang hampir kepada konduit
adalah 290.
- Saiz nominal konduit yang sesuai adalah 16 mm.

Contoh 2 : Satu pemasangan konduit berukuran 8 meter panjang dan terdapat 1 selekoh
90º dan satu selisih ( offset ) menyalurkan untuk 8 x 1.5 mm² dan 3 x 2.5 mm² kabel
pvc.Pastikan saiz nominal konduit yang sesuai untuk digunakan dalam pemasangan ini.
- Merujuk jadual 12A,faktor kabel untuk 1.5 mm² adalah 22.
- Faktor kabel 2.5 mm² adalah 30.
- Keseluruhan faktor kabel adalah 8 x 22 = 176
3 x 30 = 90
176 + 90 = 266
- Merujuk kepada jadual 12D,faktor kabel ( 266 ) adalah hampir kepada faktor
konduit 292.
- Saiz nominal konduit yang sesuai adalah 25 mm.

B. MENGENALPASTI AKSESORI KONDUIT G.I

Seperti yang telah kita ketahui sebatang konduit boleh didapati dalam
ukuran 4 meter panjang dan dikedua-dua hujungnya tersedia dengan
bebenang skrew.Segala penyambungan konduit menggunakan
pengganding atau aksesori seperti sambungan selekoh,Tee,kotak
sambungan terus,kotak sambungan hala,kotak tamatan dan pelana
sebagai pengikat untuk sokongan.Rajah 15.03 & 15.04 menunjukkan aksesori
untuk pemasangan konduit G.I.
Rajah 15.03 Sebahagian daripada aksesori untuk pendawaian Konduit kelas ‘A’

Rajah 15.04 Aksesori untuk pendawaian Konduit kelas ‘B’

NAMA AKSESORI & GAMBAR KEGUNAAN

Mempunyai bebenang di sebelah dalam


dan disediakan mengikut saiz-saiz ukuran
conduit.Coupler digunakan untuk
menyambung antara dua conduit pada
Coupler (Pengganding) larian.

Digunakan pada pemasangan conduit


yang ada penukaran hala bersudut
tepat,selalunya dipasang pada
bengkokan biasa. Mempunyai
Long Bend(Inspection bend) bebenang di sebelah dalam.

Digunakan untuk bengkokan akhir yang


memerlukan sudut dekat. Mempunyai
bebenang di sebelah dalam.
Inspection Elbow

Digunakan pada persimpangan larian


konduit,penutupnya boleh dibuka untuk
kemudahan memasang kabel.
Mempunyai bebenang di sebelah
Inspection Tee dalam.
Digunakan pada persimpangan larian
konduit.Mempunyai penutup iaitu
“Junction Box Lid”. Mempunyai
bebenang di sebelah dalam.
3 way Tee Box

Untuk menutup penggunaan setiap


box.
Junction Box Lid

NAMA AKSESORI & GAMBAR KEGUNAAN

Digunakan pada persilangan empat


hala larian konduit.Mempunyai penutup
iaitu “Junction Box Lid”. Mempunyai
bebenang di sebelah dalam.
Intersection 4 way box

Digunakan untuk bengkokan akhir yang


memerlukan sudut dekat. Mempunyai
penutup iaitu “Junction Box Lid”.
Mempunyai bebenang di sebelah
2 way angle Box dalam.

Digunakan untuk menyambung antara


dua konduit pada larian. Mempunyai
bebenang di sebelah dalam.
2 way Through Box

Digunakan untuk tamatan larian konduit


ke terminal lampu/kipas dll. Mempunyai
bebenang di sebelah dalam.
1 way terminal Box

Digunakan untuk penyokong konduit


Bar saddle

Biasanya dibuat daripada tembaga,ia


digunakan pada tamatan di kotak suis
atau soket alir keluar & untuk
penyambungan antara konduit dan
trunking.Bush terbahagi kepada dua jenis:
a. Male bush
b. Female bush
Bush sesendal

C. PERATURAN-PERATURAN IEE MENGENAI KONDUIT G.I (PEMBULUH)

521-9 Pembuluh dan pemasangan pembuluh harus mematuhi piawaian BS


yang sesuai seperti yang berikut :
(i) Pembuluh dan pemasangan keluli (BS 31)
(ii) Pembuluh keluli boleh lentur
(iii) Pembuluh dan pemasangan keluli dengan benang metric (BS 4568)
(iv) Pembuluh dan pemasangan bukan logam

521-10 Dalam sistem pembuluh,pembuluh bagi setiap laluan pembuluh


hendaklah selesai dipasangkan keseluruhannya sebelum kabel dibawa
masuk ke dalam pembuluh kecuali sistem pembuluh yang telah siap tetapi
belum didawaikan di tempat asalnya.

529-2 Semua pembuluh atau salur atau sesalur hendaklah disokong dengan
sempurna.

524-4 Pembuluh elektrik perlu dibezakan dengan talian paip perkhidmatan


yang lain misalnya dengan mengecat pembuluh itu dengan warna jingga.

526-2 Pemasangan pembuluh yang mempunyai kotak-kotak pemeriksaan


haruslah dibuat agar boleh dibuka/diperiksa untuk tujuan menanggalkan atau
menambah kabel.

543-19 Semua sambungan dalam pembuluh hendaklah dilakukan secara


sambungan mekanikal sama ada diskru atau dikepit.

523-25 Sistem pembuluh boleh dipasang di luar rumah pada dinding-dinding


atau permukaan lain sebagai perisai daripada kerosakan mekanikal.
529-3 Jejari setiap pembuluh hendaklah bersesuaian dengan selekoh
bengkokan kabel mengikut peraturan 529-3 dan sebagainya.Tambahan jejari
dalam selekoh bengkokan pembuluh itu tidaj kurang daripada 2.5 x garis pusat
luar pembuluh itu.

529-4 Penggunaan sesiku pejal atau tee hanya sesuai digunakan pada :

1. Penghujung pembuluh iaitu belakang kotak keluaran yang boleh diperiksa


atau penghujung alat tambah seperti lampu.
2. Satu sesiku pejal boleh digunakan pada jarak yang tidak melebihi 500 mm
antara kotak keluaran dan pada jarak yang tidak melebihi 10 m antara dua
titik keluaran,dan kesemua selekoh bengkokan yang lain dalam pembuluh
itu hendaklah tidak melebihi satu sudut tepat.

527-10 Semua hujung pembuluh yang telah dipotong hendaklah dibersihkan


dengan pelulas dan apabila pemasangan pembuluh itu berakhir di kotak atau
peralatan yang tidak bermuncung masuk,sesendal hendaklah dipasang bagi
mengelakkan kabel daripada terlelas.

527-11 Kotak yang sesuai ketahanan dan luasnya hendaklah diletakan pada
setiap simpang sambungan kabel dalam pemasangan pembuluh.Kotak ini
mungkin dibuat daripada logam atau daripada bahan-bahan yang tidak
menyerap air dan tidak terbakar.Hujung-hujung pembuluh yang tidak
digunakan hendaklah ditutup dan semua penutup yang boleh ditanggalkan
hendaklah diskru dengan rapat.

523-14 Sistem pemasangan pembuluh yang tidak berkehendakkan ketahanan


gas hendaklah mempunyai peredaran udara sendiri dan lubang pengaliran air
hendaklah di buat pada tempat air wap mungkin berkumpul.
BIL ITEM Bil/Unit

1. “Conduit Bender” 1
2. Pita pengukur 1
3. Pembaris panjang 1
4. Sesiku L 1
5. Hack saw 1
6. Conduit Cutter 1
7. G.I Conduit ¾ inci ( 20 mm) 1
8. ‘Scriber”/ pencil tukang 1
9. Kikir rata 1
10. Kikir bulat 1
11. “Conduit Bender” 1
12. Pita pengukur 1
13.

ARAHAN KERJA :

Anda dikehendaki untuk membuat bengkokkan konduit 90º, Membengkok


konduit 135º dan membengkok konduit “Double Offset” mengikut
prosedur.Pastikan setiap ukuran mengikut sukatan yang diberikan ( rujuk
gambarajah ).Anda dikehendaki untuk menyiapkan bengkokan 3 batang
konduit setiap satu bengkokan.Masa untuk menyiapkan projek ini adalah 12 jam
25 minit.Kekemasan adalah dititik beratkan.

GAMBARAJAH/PELAN/CETAKAN BIRU (BLUEPRINT):

1. Membengkok konduit 90º mengikut prosedur.


1.1 Berpandukan gambarajah di atas,potongkan konduit G.I mengikut ukuran yang
diberikan.
1.2 Gunakan pengapit konduit untuk mengapit konduit semasa memotong.
1.3 Kikir hujung konduit supaya tidak tajam selepas pemotongan.Gunakan kikir bulat atau
“Reamer” untuk mengikir bahagian dalam konduit.
1.4 Sebelum proses pembengkokan dibuat pastikan penandaan telah dibuat pada
konduit untuk jarak pembengkokan yang betul dan tepat.
• Undang-undang yang mesti dipatuhi apabila membengkok konduit ialah panjang
jejari(radius) bengkok mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali ganda garis
pusat(diameter) konduit yang digunakan.

Ragum

Former(Pembentuk)

Roller
1.1 Kedudukan membuat bengkokan adalah 90º.
1.2 Gunakan sesiku L untuk menentukan bengkokan 90º yang tepat.
1.3 Letakkan batang konduit sama lurus mengikut “former” seperti gambarajah di bawah.

1.4 Tekankan batang konduit bersama “Handle” konduit bender ke bawah dengan
anggaran.
1.5 Angkat ”Handle” semula dan pastikan ”former” tidak berganjak semasa membuat
bengkokan.

2. Membengkok konduit 135º mengikut prosedur.

Gambarajah Bengkokan 90º Konduit G.I yang telah siap.

460 mm

230 mm
66 sm

2.1 Berpandukan gambarajah di atas,potongkan konduit G.I mengikut ukuran yang


diberikan.
2.2 Gunakan pengapit konduit untuk mengapit konduit semasa memotong.
2.3 Kikir hujung konduit supaya tidak tajam selepas pemotongan.Gunakan kikir bulat
atau “Reamer” untuk mengikir bahagian dalam konduit.
2.4 Sebelum proses pembengkokan dibuat pastikan penandaan telah dibuat pada
konduit untuk jarak pembengkokan yang betul dan tepat.Seperti penandaan untuk
bengkokan 90º.
2.5 Tandakan pada “former” untuk bengkokan 135º menggunakan jangka sudut.

135º

Former

2.6 Untuk membuat 2 bengkokan,pastikan satu bengkokan dibuat dahulu,kemudian


baharulah diikuti dengan bengkokan yang kedua.

Bengkokan pertama

Penandaan untuk
bengkokan ke dua

Bengkokan kedua
2.7 Kedudukan membuat bengkokan adalah 90º.
2.8 Letakkan batang konduit sama lurus mengikut “former” seperti gambarajah di
bawah.

2.9 Tekankan batang konduit bersama “Handle” konduit bender ke bawah dengan
anggaran.
2.10 Angkat ”Handle” semula dan pastikan ”former” tidak berganjak semasa membuat
bengkokan.
2.11 Ulangi perkara di atas untuk bengkokan yang kedua.

Gambarajah hasil kerja telah siap


3.1 Berpandukan gambarajah di atas,potongkan konduit G.I mengikut ukuran yang
diberikan.
3.2 Butiran kerja sama seperti membuat bengkokan 135º,bezanya adalah bengkokan ini
“Double Offset” iaitu 4 kali bengkokan.

Gambarajah hasil kerja yang sudah siap


TAJUK : Cara-Cara Memasang Konduit G.I

TUJUAN :

Helaian penerangan ini akan memberi penerangan yang jelas kepada


peserta cara-cara yang betul untuk memasang konduit G.I dalam sistem
pendawaian konduit G.I.

PENERANGAN :

Cara-cara memasang Konduit G.I

Perkara yang paling penting dalam kerja-kerja konduit ialah kaedah atau cara
memasangnya.Pemasangan konduit dalam konkrit tidak menjadi masalah kerana
konduit ditimbusi dengan plaster,tetapi bagi pemasangan pada permukaan
hendaklah kemas dan cantik dipandang.Ada terdapat berbagai-bagai jenis klip
yang digunakan untuk melekatkan konduit dan kegunaannya tertakluk pada
keadaan pemasangan.Contohnya untuk melekatkan konduit pada batu
bata,penahan jenis krampet (crampet) adalah yang paling sesuai akan tetapi
sebaliknya bagi dinding yang rata,saddle(pelana) atau kelip adalah lebih sesuai.

Pada keseluruhannya,jenis-jenis klip yang digunakan untuk kerja-kerja pendawaian


dalam konduit ialah bertujuan:

i) Untuk menyokong dan memegang konduit terus ke dinding atau struktur-


struktur lain,terdapat berbagai jenis untuk menyesuaikan keadaan-keadaan
tempat pemasangan.

Contoh:

a) Klip
b) Crampet
c) Saddle and black plate
d) Multiple saddle

Clip(Klip)

Multiple Saddle Saddle and Back Plate


(Pelana Berbilang) (Pelana dan Plet Tapak)
Spacing Saddle
(Pelana Penjarak) Conduit Run Along Girder
(Konduit Lalu Sepanjang Gelegar)

Conduit Run Across Girde


(Konduit Lalu Merentasi Gelegar)

ii. Jarak-jarak antara saddle-saddle(pelana) untuk pemasangan yang diperakui


ialah
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual jarak penyokong kabel

Jarak maksima di antara penyokong(pelana)


Saiz nominal konduit Logam keras Penebat keras Lembut
Mendatar Menegak Mendatar Menegak Mendatar Menegak
1 2 3 4 5 6 7
mm m m m m m m

Tidak melebihi 16 0.75 1.0 0.75 1.0 0.3 0.5


Lebih 16 dan tidak lebih 25 1.75 2.0 1.5 1.75 0.4 0.6
Lebih 25 dan tidak lebih 40 2.0 2.25 1.75 2.0 0.6 0.8
Melebihi 40 2.25 2.5 2.0 2.0 0.8 1.0

Anda mungkin juga menyukai