Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Mengingati waktu dan cara untuk mengambil ubat-ubatan boleh menjadi bebanan
bagi sesetengah individu. Ini terutama kepada mereka yang mengalami penyakit
kronik yang mungkin memerlukan pengambilan ubat secara rutin. Kepatuhan
pengambilan ubat-ubatan ditakrifkan sebagai pesakit yang mengikut arahan dan
nasihat yang diberikan oleh profesional kesihatan berkaitan pengambilan ubat-
ubatan. Ini bagi membolehkan keadaan atau penyakit yang dihidapi dirawat atau
diuruskan secara optimum.

Pengambilan ubat-ubatan secara teratur tidak lagi akan menjadi masalah


jika seseorang menjadikannya sebagai sebahagian daripada aktiviti harian.
Kebanyakan pesakit tidak memahami tujuan pengambilan ubat-ubatan.
Sesetengah pesakit juga tidak percaya bahawa ubat-ubatan yang diambil akan
membantu merawat penyakit yang dihidapi. Walau bagaimanapun, kepatuhan
terhadap pengambilan ubat-ubatan akan lebih baik apabila pesakit memahami
fungsi ubat-ubatan yang diambil.

Salah satu penyelesaian bagi keadaan ini adalah saya mencipta satu Projek
elektronik iaitu Automatic Medicine Reminder System yang menggabungkan litar
elektronik bersama IOT. Projek ini mempunyai fungsi sebagai reminder waktu
memakan ubat yang perlu diambil oleh pesakit. Bahagian litar elektronik mempunyai
paparan LCD, buzzer yang akan mengeluarkan bunyi dan sensor yang digunakan
untuk mengesan apabila kotak penutup sudah dibuka dan juga apabila ubat sudah
diambil. Reminder pada projek perlu ditetapkan oleh pengguna dengan menekan
butang pilihan pada projek ini.
Projek ini dapat membantu pesakit mengambil ubat mereka pada masa yang
tepat, ubat dan kuantiti yang hendak dimakan. Cara terbaik adalah dengan
membuat alat atau mesin yang dapat memberitahu dan mengingatkan pesakit atau
warga emas untuk mengambil ubat mereka tepat pada waktunya. Sebagai
tambahan, kami akan melakukan beberapa inovasi pada projek tersebut iaitu kami
perlu menambahkan bunyi penggera untuk memberi amaran kepada pesakit.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Automatic medicine reminder dibangunkan bagi memudahkan golongan pesakit


yang sering terlupa untuk mengambil ubat yang betul dan mengikut masa yang
telah ditetapkan. Automatic Medicine Reminder System akan memberi notifikasi
pegambilan ubat kepada pesakit melalui telefon pintar menerusi aplikasi Blynk.
Tambahan lagi, projek ini dilengkapi dengan penggera bunyi yang memberi
peringatan kepada pesakit seterusnya masa dan kuantiti pengambilan ubat akan
dipaparkan pada LCD screen.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Golongan pesakit mungkin terdiri daripada warga emas, individu yang bekerja
ataupun pelajar yang sibuk dengan rutin jadual harian mereka. Jika mereka
mengalami masalah kesihatan dan mempunyai penyakit yang kronik, maka adalah
menjadi kewajipan mereka untuk mengambil ubat-ubatan mengikut kuantiti yang
betul pada masa yang sesuai. Oleh yang demikian, kehidupan yang sibuk
menyebabkan mereka sering lupa untuk mengambil ubat pada waktu yang telah
ditetapkan. Keadaan ini akan memberi kesan yang memudaratkan mereka sendiri
seperti tahap kesihatan menurun, penyakit akan lambat sembuh ataupun lebih teruk
lagi iaitu kegagalan organ dalaman, tekanan darah yang tidak terkawal dan boleh
mengakibatkan kehilangan nyawa.
1.4 TUJUAN PROJEK

Pesakit memerlukan kemudahan bagi alat yang boleh membantu mengingatkan


mereka mengambil ubat dengan kuantiti dan masa yang tepat. Pengambilan ubat
yang tidak mengikut preskripsi yang ditetapkan akan menyebabkan pesakit lambat
sembuh daripada penyakit yang dialami mereka. Untuk itu, Automatic Medicine
Reminder System dibangunkan untuk membantu golongan ini mengambil ubat
dengan betul dengan memberi peringatan secara automatik melalui notifikasi ke
telefon pintar.

1.5 OBJEKTIF PROJEK

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Membangunkan projek Automatic Medicine Reminder System menggunakan


NODEMCU dan buzzer.
ii. Merekabentuk projek Automatic Medicine Reminder System yang
menggunakan aplikasi Blynk.
iii. Menguji lari projek Automatic Medicine Reminder System

1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Pada akhir projek ini, pengkaji mengharapkan penghasilan Automatic Medicine


Reminder System dapat membantu pesakit menjaga kesihatan mereka dengan
memastikan rutin pengambilan ubat lebih teratur mengikut kuantiti yang betul dan
masa yang sesuai.
1.7 SKOP PROJEK

Projek ini dibangunkan mengikut teknologi pada masa kini dan ditambah baik
daripada projek yang sedia ada. Selain itu, projek ini menggunakan aplikasi Blynk
yang memberi peringatan pada telefon pintar dengan memaparkan kuantiti ubat
yang perlu diambil. Akhir sekali, projek ini dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pesakit iaitu tidak lagi terlupa mengambil ubat yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai