Anda di halaman 1dari 37

PANDUAN AMALAN 5S

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

Amalan 5S PANDUAN
Pemangkin Kecemerlangan
AMALAN 5S
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
PULAU PINANG, MALAYSIA

Amalan 5S Pemangkin Kecemerlangan


Edisi Pertama 2012
PERKARA MUKA SURAT
Perutusan Pengarah i
Polisi ii
Visi & Misi 5S KVBP Iii, iv
Objektif 5S v
Motto vi
Slogan & Logo 5S Vii, x

Carta Organisasi 5S
Carta Organisasi Jawatankuasa Induk 5S
Carta Organisasi Jawatankuasa Promosi 5S
Carta Organisasi Jawatankuasa Latihan 5S
Carta Organisasi Jawatankuasa Audit 5S
Carta Organisasi Zon 5S

Pengenalan Amalan Persekitaran Yang Berkualiti 5S

Aplikasi dan Teknik 5S

Penyeragaman Tempat Kerja dan Persekitaran


POLISI 5S

KAMI KOMITED UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM


5S BAGI MEWUJUDKAN SUASANA KERJA YANG
KONDUSIF DEMI MENCAPAI KECEMERLANGAN
YANG MEMENUHI KEPUASAN PELANGGAN
OBJEKTIF 5S

P Meningkatkan tahap operasi dan aktiviti.

Menghasilkan perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti cekap


Q
dan berkesan.

C Mengawal kos pengoperasian dan perbelanjan supaya dilaksanakan secara


lebih berhemah.

D Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dalam tempoh yang ditetapkan


mengikut piagam pelanggan.

S Memastikan keselamatan kakitangan dan pelawat terjamin semasa berada di


dalam kawasan permis.

M Mencapai kecemerlangan organisasi melalui kerjasama dan disiplin seluruh


warga organisasi.
VISI 5S

PENINGKATAN KUALITI KERJA YANG OPTIMUM


DENGAN AMALAN 5S
MISI 5S

1. Mencapai pengiktirafan dengan


agensi berkaitan.

2. Menjadi organisai yang


berketrampilan dan berwibawa.

3. Menjadi institusi contoh dalam


Kementerian Pelajaran.

4. Memastikan amalan
5S dilaksanakan berterusn.
“AMALAN 5S PEMANGKIN KECEMERLANGAN”
MAKSUD LOGO

BENTUK BUJUR DISEKELILING


Program meyeluruh kerajaan bagi semua jabatan.

BENTUK TIGA ORANG


Semua yang terlibat dalam KVBP iaitu tenaga pengajar, semua
pelajar dan kakitangan sokongan.

5S DALAM BULATAN
Kesepaduansemua untuk menjayakan 5S.

LIMA CABANG BINTANG


5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

KVBP
Kolej Vokasional Balik Pulau
CARTA ORGANISASI
Pengenalan Amalan Persekitaran Berkualiti
1. PENGENALAN

1.1 Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun


pada awal tahun 1980an. Ia merupakan kaedah atau alat pengurusan yang boleh
mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan
selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian
serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

1.2 Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun


1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat
multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam termasuklah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang sedang dalam proses
transformasi juga telah mengamalkan Amalan 5S malah lebih daripada 40 buah
SMT dan SMV yang telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

2. MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S

2.1 Amalan 5S

2.1.1 Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang


dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah
tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang
bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri,
Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang
diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih,
Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

2.1.2 Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan


budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai „Kaizen‟
dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan
secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang
berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan
dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota
dalam organisasi

2.1.3 Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan
kerana:
(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan
produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja
untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk
menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej
organisasi.

2.1.4 Maksud Amalan 5S bagi mewujudkan persekitaran berkualiti dalam


sesebuah organisasi adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Maksud Amalan 5S

Bahasa Bahasa Bahasa Maksud Contoh


Jepun Inggeris Melayu

Seiri Sort Sisih Menyisih barang-barang Membuang


yang tidak perlu: sampah
Mengasingkan dan
melupuskan barang- barang
yang tidak diperlukan di
tempat kerja secara
sistematik.
Seiton Set in Order Susun Kekemasan: Menyusun Mencapai
barang-barang yang dokumen dalam
diperlukan secara kemas tempoh 30
dan sistematik supaya saat.
mudah diambil dan
dikembalikan di tempat asal
selepas digunakan.
Seiso Shine Sapu Pembersihan: Membersihkan Tanggungjawab
dan memeriksa tempat kerja harian untuk
secara terperinci supaya pembersihan
tiada debu atau kotoran di ruang dan
atas lantai, peralatan dan peralatan kerja
persekitaran tempat kerja. individu.

Seiketsu Standardise Seragam Keseragaman: Mewujudkan Tempat


piawaian amalan terbaik di penyimpanan
tempat kerja dan memastikan peralatan dan
piawaian tersebut dipatuhi di dokumen yang
samping memastikan tempat jelas.
kerja itu bersih dan teratur
sepanjang masa.

Shitsuke Sustain Sentiasa Disiplin: Melatih pekerja Lakukan


Amal untuk mengamal sistem Amalan 5S
Amalan 5S secara secara harian.
berterusan supaya
menjadi tabiat dan budaya
kerja organisasi.

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


2.2 Prinsip Amalan 5S

2.2.1 Sisih (Seiri): Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak
perlu di tempat kerja

Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan
tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses
pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan
pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat
penyimpanan yang ditetapkan.Barangan yang tidak diperlukan akan
dilupuskan.

Kesan Nyata Pelaksanaan Sisih


Kuantitatif Kualitatif
Penjimatan ruang Tempat kerja lebih
Kawalan stok dan selamat
produk yang cekap Suasana kerja lebih
Masa pencarian yang selesa
pantas Mudah mengesan tempat/
alat/bahan rosak lebih awal

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


NOTA : TAG KUNING DAN TAG MERAH HENDAKLAH
DIGUNAKAN

TAG KUNING

TAG MERAH

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


TAG BARANGAN UNTUK DISISIH

BAHAN TIDAK DIPERLUKAN BAHAN YANG ADA NILAI


DAN MUDAH DIBUANG UNTUK DIJUAL

BIRU HIJAU

MENUNGGU BAHAN TIADA NILAI TAPI KOS


PELUPUSAN PELUPUSAN TINGGI

KUNING MERAH

| Buang Dengan Segera

Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, staf KVBP boleh membuang barangan
tersebut dengan SEGERA. Terutamanya untuk barang yang tidak perlu menunggu sebarang
kelulusan atau pengesahan dari JK Pelupusan KVBP atau Kerajaan untuk pelupusan. Ini
juga termasuk barangan milik individu (di tempat kerja). Item seperti ini termasuk kertas,
rekod yang tidak diperlukan, produk yang tidak menepati piawaian dan sebagainya. Semua
kertas pejabat yang bercetak atau bertulis tangan/taip hendaklah dirincih terlebih dahulu
sebelum dibuang atau dijual.

SISIH

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
2.2.2 Susun (Seiton): Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan
disimpan semula ditempatnya

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu
diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama.
Tujuan utama menyusun ialah :
menjimatkan penggunaan ruang;
penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur; dan memudahkan
proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan
datang.

Kesan Nyata Pelaksanaan Susun


Kuantitatif Kualitatif
Kawalan stok dan Suasana kerja lebih
produk yang cekap selesa
Masa pencarian yang Mendidik pekerja
pantas disiplin positif
Proses kerja lebih Menjana idea kreatif di
pantas kalangan pekerja
Mengelak kesilapan Moral tinggi pekerja
dan kesalahan Selamat di tempat kerja
Kadar kehilangan
Mengamalkan FIFO (First
peralatan rendah
In First Out)

| Apakah Ujian 30 saat?

1. Ujian ini akan dibuat berdasarkan sistem sedia ada yang digunapakai oleh KVBP dan bukannya
sistem orang lain mahupun di bahagian lain. Sebagai contoh, kebiasaannya untuk mengambil fail,
staf KVBP akan menggunakan Senarai Utama (Master List) yang sedia ada dan akan merujuk
kepada rekod dan fail yang akan diambil. Ujian akan dibuat untuk melihat masa yang
diperuntukkan untuk mengambil sesuatu fail atau rekod yang diperlukan. Ianya perlu
diperolehi dalam masa 30 saat sahaja.

2. Terdapat tiga (3) panduan yang boleh diterangkan untuk menjalankan aktiviti SUSUN:

i. Penyusunan meliputi barangan yang digunakan selalu atau harian;


ii. Penyusunan meliputi barangan yang digunakan mingguan; dan
iii. Penyusunan meliputi barangan yang digunakan bulanan

3. Staf KVBP perlu melihat kekerapan penggunaan barangan tersebut dalam urusan kerja
hariannya. Kemungkinan kekerapan barangan tersebut digunakan seminggu sekali atau
sebulan sekali. Ini memungkinkan KVBP menyediakan Mini Stor bagi penyimpanan barang
supaya dapat menjimatkan masa. Sesetengah barangan yang masih mempunyai tarikh luput
atau tarikh matang perlu disimpan bagi tempoh tertentu. Oleh itu, perlu diwujudkan
pengenalan yang jelas bagi barangan jika mahu disimpan di stor.

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


LABEL UNTUK FAIL/BAHAN/ALATAN

PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA

1. ITEM KEGUNAAN HARIAN


PUTIH
(1 JAM – 1 MINGGU)

2. ITEM KEGUNAAN KUNING


(1 MINGGU – 6 BULAN)

3. ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN HIJAU


( 6 BULAN KE ATAS )

2.2.3 Sapu (Seiso): Mencuci atau membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada
habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja

Persekitaran yang bersih diperlukan oleh semua peringkat pekerja untuk


merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan
kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat
kerja dan peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan
habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau
barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak
hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa
yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi
keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa
dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan.

Kesan Nyata Pelaksanaan Sapu


Kuantitatif Kualitatif
Kos kerosakan peralatan Suasana kerja lebih selesa
rendah dan ceria
Kualiti produk bertambah Pekerja terus menjana idea
Masa membersih lebih kreatif
pantas Moral pekerja tinggi
Selamat di tempat kerja

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


BIL TEMPAT/KAWASAN PERALATAN
1 MEJA DAN KERUSI TEMPAT • KAIN BURUK
DUDUK • BERUS

• KAIN BURUK
2 KAWASAN KERJA SENDIRI • PENYAPU
• PENYODOK SAMPAH
• BAKUL SAMPAH

• KAIN BURUK
3 PEJABAT • PENYAPU
• PENYODOK SAMPAH
• BAKUL SAMPAH

2.2.4 Seragam (Seiketsu): Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti


di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah
disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada
tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga
aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh
setiap pekerja akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di
tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin
kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard
Operation Procedure (SOP), Work Instruction (WI), Guidebook, Carta Alir
(Process Flow),
gambar atau contoh fizikal dan Sistem Visual yang jelas.

Kesan Nyata Pelaksanaan Seragam


Kuantitatif Kualitatif
Kos selenggara rendah Mendidik pekerja disiplin
Kos overhead rendah positif
Pekerja terus menjana
Kecekapan proses
idea kreatif
meningkat
Kemahiran pekerja
Kuantiti pengeluaran
meningkat
meningkat
Pekerja setia kepada
Rungutan pelanggan
organisasi
rendah
Imej organisasi
Produktiviti pekerja
meningkat
meningkat

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


CONTOH VISUAL SERAGAM

ADAKAN SOP ADAKAN SENARAI


PAMERKAN TARIKH LUPUT BORANG
LABELKAN NOMBOR
SETIAP BORANG
ADAKAN TANDA MINIMA

BUATKAN PARKIRAN ALAT BUATKAN PARKIRAN


TULIS SETIAP ALAT
LABELKAN TEMPAT BAGI LABELKAN TEMPAT BAGI
SETIAP ALAT TULIS SETIAP ALATAN
LABELKAN LACI ‘ALAT LABELKAN LACI ATAU RAK
TULIS’ ALATAN

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


NOTIS MAKLUMAN
ROSAK
KEPADA SEMUA PENGGUNA YANG DIHORMATI,
MESIN PHOTOSTAT/KOMPUTER/ PRINTER INI
MENGALAMI KEROSAKAN.
PIHAK PENTADBIRAN SEDANG DALAM USAHA
MEMBAIKI KEROSAKAN
TERSEBUT.
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
TERIMA KASIH

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


CONTOH SOP

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


2.2.5 Sentiasa Amalkan (Shitsuke): Melatih pekerja berdisiplin untuk
mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan
budaya kerja berkualiti dalam organisasi

Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan


piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha
dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja.
Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi
tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala.

Kesan Pelaksanaan Sentiasa Amal


Kuantitatif Kualitatif
Kos pengeluaran rendah Pekerja lebih kreatif dan
Produktiviti pekerja inovatif
meningkat Kemahiran pekerja
Kualiti produk/ meningkat
perkhidmatan meningkat Pekerja setia kepada
Memperolehi Sijil 5S organisasi
Budaya kerja berpasukan
Kemalangan sifar di
yang tinggi
tempat kerja

| KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh didapati dari langkah 5S ini adalah satu cara
berkesan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti di
KVBP. Melalui Seiri (Sisih) staf KVBP akan dapat menyisihkan barang yang
tidak perlu; Seiton (Susun) membolehkan penyusunan barang dan rekod
KVBP dibuat dengan lebih kemas; dan Seiso (Sapu) akan menghasilkan
tempat kerja yang bersih dan selamat. Kemudian Seiketsu (Seragam)
menggariskan satu panduan untuk digunakan oleh semua orang dan
Shitsuke (Selalu amal) akan membantu mendisiplinkan diri dan seterusnya
menjadikan satu amalan yang cemerlang.

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


2.3 Faedah Melaksanakan Amalan 5S

2.3.1 Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi;
2.3.2 Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat
2.3.3 Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk
mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif;
2.3.4 Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam
melaksanakan kerja;
2.3.5 Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing);
2.3.6 Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses
pengeluaran/pemberian perkhidmatan;
2.3.7 Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas;
2.3.8 Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan
persekitaran yang berkualiti;
2.3.9 Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan;
2.3.10 Pengurusan kos yang lebih berkesan;
2.3.11 Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian
perkhidmatan
2.3.12 Memudahkan urusan penyelenggaraan;
2.3.13 Meningkatkan semangat kerja berpasukan; dan
2.3.14 Meningkatkan imej korporat organisasi.

2.4 Hasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S

2.4.1 Penjimatan Kos:


(a) Penjimatan penggunaan inventori;
(b) Menghalang kerosakan ke atas inventori;
(c) Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan
(d) Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu
urusan kerja.

2.4.2 Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:


(a) Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;
(b) Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan
mentah/proses; dan
(c) Mempermudahkan kawalan dan penyelenggaraan.

2.4.3 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:


(a) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin,
peralatan dan kemudahan-kemudahan yang digunapakai;
(b) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan
dan kemudahan-kemudahan; dan
(c) Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan
dan kemudahan-kemudahan.

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


2.4.4 Jaminan kualiti:
(a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan; (b)
(b) Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih
pantas dan selamat; dan
(c) Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.

2.4.5 Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja:


(a) Menghapuskan keadaan yang merbahaya;
(b) Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;
(c) Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan
kecederaan dan kemalangan;
(d) Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan
(e) Pematuhan kepada peraturan-peraturan.

2.4.6 Meningkatkan motivasi pekerja:


(a) Perhubungan yang baik antara anggota;
(b) Membentuk disiplin yang tinggi; dan
(c) Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


PENYERAGAMAN TEMPAT KERJA
DAN PERSEKITARAN DI
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

GARIS PANDUAN AM SUSUN ATUR RUANG KERJA INDIVIDU / PEJABAT


GARIS PANDUAN AM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S (BENGKEL)
GARIS PANDUAN AM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S (KELAS)

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


STANDARD KAWALAN
(INDIVIDU / PEJABAT)

Alat tulis tidak kelihatan berselerak di atas meja atau di


dalam rak simpanan
Kalender meja, tray surat
Meja bercermin: bawah cermin cuma ada 2 gambar
sahaja
Bawah meja cuma ada sepasang selipar dan sepasang
MEJA INDIVIDU kasut sahaja
Dalam laci ada ruang tertentu (parkir)
Tiada barang peribadi kecuali satu ruang bersaiz A4
untuk hiasan/kotak tisu/gambar dan sebagainya
Tiada sebarang buku atau kotak diletakkan di bawah
meja
Maklumat : Nama/Gambar P.I.C(Person In Charge)
dipamerkan

Berkeadaan baik dan boleh digunakan


Tidak berhabuk, bersih dan kemas
Mempunyai tanda/label bagi dokumen yang tersimpan
Ada petunjuk diluar laci
Kandungan indeks sesuai dengan indeks kawalan
Mempunyai kawalan penggunaan bahan dan dokumen
yang sistematik
Dokumen aktif diletakkan di tempat sesuai
Setiap tingkat dipasang label
RAK FAIL/KABINET FAIL/ Mempunyai pengenalan kumpulan fail-fail disimpan
RAK BUKU amat jelas
Tiada fail lupus atau tidak pasti masih berada dalam
simpanan
Terdapat bilangan pada tiap poket fail
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


Dilabelkan / Dinomborkan
Ada kod warna mengikut fungsi
KOTAK KUNCI Ada mekanisma kawalan
Maklumat : Gambar / nama P.I.C dipamerkan

Jadual bertugas guru


Jadual waktu kelas
Tarikh kemaskini maklumat
PAPAN INFO
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


STANDARD KAWALAN
(BENGKEL)

Carta organisasi 5S disediakan dan dipamerkan


Papan Info/ Kenyataan
Bilik Persediaan Guru
Ada pelan tindakan perlaksanaan 5S
Ada polisi 5S: Objektif, Jadual tugas dan
tanggungjawab dipamerkan
SUDUT 5S Ada poster 5S dipamerkan
Ada jadual aktiviti 5S dan senarai semak dipamerkan
Ada tarikh kemaskini maklumat, dinyatakan dan
dipamerkan
Maklumat : Gambar / nama P.I.C dipamerkan (Person
In Charge)

Ada Pelan Lantai bengkel dipamerkan


Ada senarai nama guru dipamerkan
Ada No. Telefon kecemasan dipamerkan
Ada Peraturan Bengkel dipamerkan
Ada Kod Warna Simbol Keselamatan dipamerkan
PAPAN INFO/ Ada Tarikh Maklumat dikemas kini – maklumat
KENYATAAN dipamerkan
Ada Pelan Laluan Kecemasan ( Fire Drill) dipamerkan
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

Ada garisan keselamatan


Ada garisan mesin
Ada garisan ruang kerja
Ada garisan ruang laluan
LANTAI Ada pelan sistem zon dipamerkan
Tiada retak atau lubang di atas lantai
Lantai bersih, tiada minyak, sampah / kotoran
Tiada barang yang tidak diperlukan
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In
Charge) dipamerkan

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


Keadaan tersusun, kemas dan teratur mengikut
kawasan yang telah ditetapkan
Terdapat sistem kawalan kebersihan lantai
Terdapat tanda label bagi tiap-tiap bahan tersebut
Mempunyai system susunan yang teratur dan mudah
untuk diambil bila diperlukan
Tidak terdapat sampah/sisa bahan yang tidak
digunakan di dalam stor
Terdapat papan notis untuk sesuatu catatan
STOR BAHAN Ada Peraturan Am Stor
Ada nombor, label dan tanda mengikut aras
Bahan tidak bercampur dengan yang rosak
Tentukan tahap maksimum dan minimum jumlah
barang mengikut keperluan
Stok kad disediakan mengikut rak dan aras
Sediakan indeks induk di tepi rak
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

Berada ditempat yang disediakan


Berkeadaan baik dan selamat untuk digunakan
Sediakan rumah dan logic
Saiz kecil di bahagian atas
PERALATAN Alat dilabelkan / nombor
Ada indeks induk
Ada rekod peminjaman
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


Mempunyai tanda pengenalan (nombor) pada tiap-tiap
mesin
Sistem tag ( Merah, Hijau dan Kuning : ada maklumat
ditulis pada tag)
Terdapat peraturan penggunaan mesin : SOP
dipamerkan
Ada rekod penyenggaraan / kad servis mesin / Buku
MESIN Log
Tiada barang yang tidak berkenaan diletak di bawah /
di atas mesin
Ada garisan kerja
Ada tanda berhati-hati (AWAS) diletakkan ditempat
yang bahaya
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

Meja dilabelkan
Meja bersih dan tersusun
Tiada bahan / peralatan yang tidak diperlukan di bawah
MEJA KERJA meja kerja
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

Pelan laluan kecemasan


Simbol Amaran Keselamatan
Lampu berfungsi dengan baik
Alat Pemadam Api (APA)
Pelan Lokasi APA : Tarikh luput APA
Digantung pada ketinggian yang sesuai
KESELAMATAN Garisan Kawasan Keselamatan
Tiada halangan
Kaedah penggunaan APA dipamerkan
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


Suis dilabelkan
Suis tidak pecah
Lampu berfungsi dengan baik
ELEKTRIK Kipas berfungsi dengan baik
Tiada habuk pada kipas / lampu
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

Bersih, tidak berhabuk


Cermin tidak pecah
CERMIN TINGKAP Tingkap boleh berfungsi
Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)
dipamerkan

Bersih
LONGKANG Berfungsi
Ada dilabel

Tiada air bertakung


Bersih dari kotoran
Tidak berbau
SUDUT Maklumat : Gambar / nama pelajar bertanggungjawab
( HOLDING AREA ) dipamerkan

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


STANDARD KAWALAN
(KELAS)

Maklumat : Gambar / nama P.I.C (Person In Charge)


dipamerkan
Carta organisasi dipamerkan
Senarai KEW PA 7 dipamerkan
Jadual bertugas disediakan
RUANG KELAS
Jadual pemantauan dipamerkan dan dikemaskini
Lantai bersih
Tidak bersawang
Bakul sampah disediakan

Dilabelkan “HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA”


Dilabelkan No. Siri Pendaftaran
MEJA DAN KERUSI Bersih
GURU Tersusun kemas
Tiada contengan

Dilabelkan “HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA”


Dilabelkan No. Siri Pendaftaran
MEJA DAN KERUSI Bersih
PELAJAR Tersusun kemas
Tiada contengan

Dilabelkan “HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA”


PAPAN PUTIH / PAPAN Dilabelkan No. Siri Pendaftaran
KAPUR Bersih

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


RUJUKAN

1. Buku Panduan 5S Kementerian Pengajian Tinggi


2. Buku Panduan 5S Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
3. Garis panduan Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Negeri Pahang
4. Buku Manual Standard 5S Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


CATATAN

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
TEL : 04 – 8666229
FAX : 04 - 8666372

MANUAL STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

Anda mungkin juga menyukai