Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUBANG BESTARI Kod Sekolah: BBA 8268

1. Nama Guru Izaidah binti Ajis

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Tarikh Pembacaan 6 Jun 2023 5. Mukasurat : 244

6. Pengarang Abdullah Sani Yahaya

7. Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menangganinya. Masalah
disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi
berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental
dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang. Disiplin seharusnya bukan suatu sekatan,
tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa ke arah yang lebih
baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah dan sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran. Persekitaran tempat tinggal juga
banyak membentuk perilaku pelajar. Sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar serta
ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar juga turut menyumbang ke arah berlakunya
masalah disiplin pelajar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar
yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap
kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing
pelajar yang bermasalah ini. Walau apapun tindakan, ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu, adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai
yang baik.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................................ ........................................................
(IZAIDAH BINTI AJIS) ( )

Anda mungkin juga menyukai