Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC TAPAH Kod Sekolah: YBC 1305

1. Nama Guru TING KIEW HUNG

2. Judul PANDUAN IKHTIAR HIDUP 3. Bidang: PEGETAHUAN


PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 2 HARI

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku Panduan Ikhtiar Hidup di tulis oleh Pendekar Rimba iaitu seorang pesara tentera dari
pasukan komando yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dengan pangkat paling kanan. Beliau
juga ialah jurulatih kepada beberapa kursus di dalam komando. Semestinya, apa yang ditulis
ialah berdasarkan pengalaman, telah diuji, telah dilalui dan itulah yang diajarnya kepada anggota
pasukan komando. Penulis menceritakan secara ringkas tentang perkara-perkara utama, teknik-
teknik asas dan paling mudah untuk dilaksanakan mengikut pengalaman agar memberi manfaat
kepada para pembaca yang gemar beriadah di dalam hutan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Objektif buku ini ialah memahami asas-asas penting ikhtiar hidup. Bagi mencapai objektif ini, buku
ini dibahagi kepada dua Bab. Bab pertama memperkenalkan ilmu ikhtiar hidup yang menyentuh
tiga bahagian kecil iaitu:

Bhg 1.1: Definisi dan Prinsip-prinsip Utama Ikhtiar Hidup,


Bhg 1.2: Jenis-jenis hutan, dan
Bhg 1.3: Fasa persiapan.

Dalam bab kedua, buku ini menjelaskan banyak perkara yang fokus kepada usaha masuk dan
keluar dari hutan dengan selamat. Bab kedua ini mempunyai tujuh bahagian seperti berikut:

Bhg 2.1: Pandu arah


Bhg 2.2: Peta dan kompas
Bhg 2.3: Kaedah pandu arah tanpa alat moden.
Bhg 2.4: Membuat Penandaan.
Bhg 2.5: Sesat di hutan.
Bhg 2.6: Tindakan bila sesat atau tersasar, dan
Bhg 2.7: Isyarat kecemasan SOS.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Bagi melahirkan murid yang cemerlang dan memahami asas-asas penting ikhtiar hidup, guru
perlu mengetahui persiapan dan persediaan sebelum masuk hutan yang berteraskan prinsip serta
peraturan utama di dalam Ikhtiar Hidup.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


............................................. ........................................................
TING KIEW HUNG VOON SIEW JOON
GURU AKADEMIK BIASA SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SJKC TAPAH SJKC TAPAH
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC TAPAH Kod Sekolah: YBC 1305

1. Nama Guru TING KIEW HUNG

2. Judul PETUA MENDIDIK ANAK 3. Bidang: MOTIVASI POSITIF


MENJADI INSAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 3 HARI

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Buku ini menyarankan dua pembahagian
besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. lanya bermula dengan latihan lahiriah
yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanianyang dinamakan "latih anak kemahiran
diri" dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan" latih anak kemahiran
bermasyarakat". Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di
samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya,
kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking,
dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui "latih anak kemahiran bermasyarakať" anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat
dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial &
sukarela,membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat
komitmen sosial yang baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya
haruslah cemerlang dahulu kerana " bagaimana acuan begitulah kuihnya".

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


............................................. ........................................................
TING KIEW HUNG VOON SIEW JOON
GURU AKADEMIK BIASA SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SJKC TAPAH SJKC TAPAH
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC TAPAH Kod Sekolah: YBC 1305

1. Nama Guru TING KIEW HUNG

2. Judul GURU SEBAGAI PENDORONG 3. Bidang: MOTIVASI POSITIF


DALAM DARJAH
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 3 HARI

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah
berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila
sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah
itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak
datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan
disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses
yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa
yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi
bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat
tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada
musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar
motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-
murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah
mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati,
dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya.
Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah
menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif
kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh
sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti
mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi
dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang
mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh
pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar
psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan
menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi.
Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan
supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas
mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih
berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak
menjadi manusia yang berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


2. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4. Melatih murid bersikap optimis.
5. Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan di dalam bilik
darjah.
4. Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid
dapat mengingat dengan mudah.
5. Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6. Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


............................................. ........................................................
TING KIEW HUNG VOON SIEW JOON
GURU AKADEMIK BIASA SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SJKC TAPAH SJKC TAPAH
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC TAPAH Kod Sekolah: YBC 1305

1. Nama Guru TING KIEW HUNG

2. Judul Mengusir Debar di Pentas: 3. Bidang: Bahasa


Teks Pengumuman, Juruacara
dan Perasmi Majlis
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 2 HARI

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis
Buku ini memberikan panduan dan tip berkaitan penulisan teks ucapan. pengumuman dan
Juruacara majis. Buku ini dibahagikan kepada enam bab iaitu Bab 1-Penggilan Hormat dan
Kata Sapaan, Bab 2-Pantun, Bab 3- Ikrar, Bab 4-Pengumuman atau Wara-wara, Bab 5-
Juruacara Majis dan Bab 6- Teks Ucapan Perasmi Majlis.
Selain panduan dan tip sebagai pengacara majlis, buku ini turut disertakan dengan contoh teks
majlis yang boleh dijadikan rujukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Melalui buku ini, pembaca dapat mempelajari tentang peranan seorang juruacara dan cara
penulisan teks juruacara yang betul terutama bahagian panggilan hormat dan kata sapaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


llmu pengacaraan ini dapat diaplikasikan sewaktu mengendalikan majlis rasmi di sekolah.
Sebagai juruacara, penggunaan panggilan hormat dan kata sapaan yang betul dapat
melambangkan kebijaksanaan dan kewibawaan seorang juruacara.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


............................................. ........................................................
TING KIEW HUNG VOON SIEW JOON
GURU AKADEMIK BIASA SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SJKC TAPAH SJKC TAPAH

Anda mungkin juga menyukai