Anda di halaman 1dari 8

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU Kod Sekolah: XEA3104

1. Nama Guru HAYATI BINTI LATIP


Isu Pengajaran-Pembelajaran Geografi 3. Bidang: Pengetahuan
Dan Amalan Refleksi Kendiri Dalam Profesional
Kalangan Guru Pelatih Institut Fokus : Ilmu
2. Judul & Bil Muka Surat
Pendidikan Guru Malaysia Pengetahuan
Pendidikan &
M/Surat: 14 Mata Pelajaran
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Isu pengajaran dan pembelajaran geografi di sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan
salah satu isu utama dalam bidang pendidikan geografi sejak dahulu hingga kini. Namun
semenjak dijadikan mata pelajaran elektif sepenuhnya pada tahun 1993, geografi semakin
terpinggir dan telah membawa kesan ke peringkat institusi pengajian tinggi. Pelbagai langkah
telah dan sedang diambil oleh pengamal bidang pendidikan geografi melalui kaedah pengajaran
dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya melalui kaedah refleksi kendiri untuk
mengukur tahap keberkesanan dan mengatasi isu pengajaran dan pembelajaran geografi.
Kaedah ini antaranya dijadikan penyelidikan untuk mengkaji perhubungan antara penggunaan
borang matriks SWOT dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 270
guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Zon Utara terlibat dalam kajian ini semasa praktikum.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru hendaklah menekankan kepentingan sejarah dalam membentuk semangat


nasionalis dan cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar.
- Guru perlu memperhalusi strategi atau kaedah dalam pengajaran sejarah agar para
pelajar terdedah kepada konsep sejarah yang lebih luas serta tidak dibatasi dengan
penggunaan buku teks sahaja.
- Mendedahkan para pelajar dengan kajian luar supaya pelajar menyedari bahawa sejarah
adalah salah satu disiplin ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAYATI BINTI LATIP ) ( PN. SITI NORZIAH BINTI HARUN )
Pen. Kanan Pentadbiran
SMK Sepagaya, Lahad Datu.

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU Kod Sekolah: XEA3104

1. Nama Guru HAYATI BINTI LATIP

Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-


3. Bidang: Kemahiran Profesional
guru Sejarah Menerapkan
2. Judul & Bil Muka Surat Kemahiran Pemikiran Sejarah
Fokus : Kajian & Penyelidikan
kepada Para Pelajar.
Akademik.
M/Surat: 18
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Artikel ini melaporkan satu kajian tentang tahap kesediaan guru-guru Sejarah dalam menerapkan
kemahiran pemikiran sejarah kepada para pelajar. Aspek-aspek kesediaan yang dikaji
termasuklah aspek pengetahuan prosedural, pedagogi, pengetahuan penggunaan alat bantu
mengajar, pengurusan aktiviti pembelajaran dan sikap guru terhadap penerapan kemahiran
pemikiran sejarah kepada para pelajar. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik
kepada 114 orang guru di daerah Dungun. Keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa tahap
kesediaan guru Sejarah bagi kelima-lima aspek tahap kesediaan pengetahuan yang dikaji
menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara guru yang berpengkhususan sejarah dan
bukan sejarah serta yang telah mengikuti kursus dan belum mengikuti kursus. Seterusnya wujud
juga perbezaan yang signifikan dalam aspek pengetahuan menggunakan alat bantu mengajar
dalam kalangan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran telah mempengaruhi tahap
penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah seharusnya tidak bersifat tetutup atau
tradisional.
- Kaedah pengajaran dan pendekatan yang bekesan mempengaruhi tahap pemahaman
pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru seharusnya meransang pemikiran pelajar dan proses itu hendaklah dilakukan
secara kritis dan analitis.
- Guru juga boleh membantu dan melatih pelajar untuk mengaitkan sesuatu peristiwa
dengan peristiwa yang lain, membuat interpretasi, mencari bukti, membuat pertimbangan
dan imaginasi.
- Menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan pelbagai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAYATI BINTI LATIP ) ( PN. SITI NORZIAH BINTI HARUN )
Pen. Kanan Pentadbiran
SMK Sepagaya, Lahad Datu.

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU Kod Sekolah: XEA3104

1. Nama Guru HAYATI BINTI LATIP

3. Bidang: Kemahiran Teknikal


Ciri Iklim Sekolah Berkesan:
Implikasinya Terhadap Motivasi
2. Judul & Bil Muka Surat Fokus : Kebolehan
Pembelajaran
Meningkatkan kualiti
kerja
M/Surat: 17
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan ciri iklim sekolah yang berkesan terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Data yang dianalisis menunjukkan ciri sekolah agama menengah
berkesan adalah: (1) pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan
pekerjaan, (2) pengamalan sifat muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa memerhati setiap
tindakan yang dilakukan, (3) pengetua mengamalkan komunikasi terbuka dalam pergaulan
dengan guru dan pelajar, (4) komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi, (5) guru-guru
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah, (6) kawasan sekolah bersih, cantik, selamat dan
cukup tempat ruang belajar, dan (7) sikap pelajar yang positif. Secara keseluruhan, artikel ini
mendapati implikasi ciri-ciri tersebut sememangnya mampu mempengaruhi motivasi pelajar serta
keberkesanannya sewaktu sesi pembelajaran di sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Peranan seluruh warga sekolah untuk mengamalkan budaya hidup Islam sebagai ciri
terpenting dalam melaksanakan amanah dengan penuh disiplin.
- Ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam mencorak suasana
kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi tersebut.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru dan kakitangan sokongan mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan
kejayaan organisasi.
- Iklim sekolah menengah perlu disepadukan antara iklim yang bersifat disiplin dalaman
(nilai kerohanian) dan iklim bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan
cantik serta hubungan komunikasi yang baik. Dengan kesepaduan iklim-iklim ini, pihak
sekolah bukan sahaja mampu mewujudkan suasana motivasi pembelajaran tinggi, tetapi
juga berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAYATI BINTI LATIP ) ( PN. SITI NORZIAH BINTI HARUN )
Pen. Kanan Pentadbiran
SMK Sepagaya, Lahad Datu.
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU Kod Sekolah: XEA3104

1. Nama Guru HAYATI BINTI LATIP


Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap
3. Bidang: Kemahiran Bahasa
Pengajaran dan Pembelajaran Murid
2. Judul & Bil Muka Surat
Fokus : Komunikasi
M/Surat: 19
Berkesan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:


6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Unsur jenaka atau kecindan adalah merupakan salah satu daripada sifat semula jadi atau
pembawaan seseorang individu, namun ianya dapat dilakukan sekiranya dapat dirancang dengan
teliti. Walaupun banyak kajian telah dijalankan dan mendapati unsur jenaka sebagai salah satu
faktor yang menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, namun unsur aplikasi
yang konkrit dan penglibatan yang sistematik terhadap amalan jenaka masih belum dimasukkan
ke dalam kurikulum latihan perguruan. Jenaka guru dapat mewujudkan suasana atau
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Jenaka yang berunsur negatif tidak diterima
oleh murid dan guru untuk diamalkan dalam bilik darjah. Di samping itu, amalan jenaka guru juga
boleh membantu murid untuk belajar dengan lebih berkesan. Hasil kajian ini menunjukkan amalan
jenaka guru boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat guru dan sesama rakan murid.
Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam bilik
darjah semasa pengajaran dan pembelajaran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Guru hendaklah menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kesesuaian dan


keperluan pelajar.
- Persekitaran pembelajaran yang wujud semasa jenaka dipersembahkan dapat membantu
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Persekitaran pembelajaran yang sihat dan menyeronokkan mampu mengurangkan
tekanan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru boleh menyelitkan unsur kecindan yang lebih positif dan elakkan untuk
mengeluarkan jenaka yang berunsurkan negatif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAYATI BINTI LATIP ) ( PN. SITI NORZIAH BINTI HARUN )
Pen. Kanan Pentadbiran
SMK Sepagaya, Lahad Datu.
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU Kod Sekolah: XEA3104

1. Nama Guru HAYATI BINTI LATIP


Empati Sejarah Dalam Pengajaran
3. Bidang: Nilai & Amalan
Dan Pembelajaran Sejarah
Profesional.
2. Judul & Bil Muka Surat
M/S: 18
Fokus : Soft-Skills.

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Empati sejarah merupakan salah satu unsur penting dalam proses pemahaman dan pemikiran
sejarah. Walaupun istilah empati sejarah telah menimbulkan pelbagai perdebatan dan
kontroversi, namun ini telah menarik perhatian pendidik dan penyelidik sejarah untuk terus
mengkajinya. Selaras dengan perkembangan terkini yang menekankan pendekatan pemerolehan
pengetahuan dan bukan lagi pemindahan pengetahuan, peranan guru sebagai pemudah cara
sangat penting dalam membantu murid untuk berempati. Murid yang telah mempelajari,
memahami dan memiliki kemahiran empati sejarah lebih bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan pada masa hadapan, menangani masalah dan lebih berwibawa untuk hidup dalam
situasi semasa. Oleh itu, murid perlu dilatih untuk menjadikan empati sejarah sebagai satu
kebiasaan minda (habit of mind).

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Empati sejarah dilihat sebagai kesungguhan individu untuk meningkatkan pemikirannya


supaya secocok dengan individu atau kumpulan masyarakat masa lampau agar dapat
menghayati dan memahami tindakan serta pemikiran individu atau peristiwa yang dikaji
dari pelbagai sudut pandangan.
- Satu kelebihan empati sejarah adalah unsur hindsight yang berperanan membantu
individu memahami dan mentafsir masa lampau dengan bermakna sebagai persediaan
untuk masa akan datang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru perlu menjelaskan tentang definisi dan maksud empati sejarah.


- Konsep yang abstrak ini perlu diterjemahkan dalam kelas melalui penglibatan aktif murid
menerusi aktiviti seperti simulasi drama dan main peranan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( PN. SITI NORZIAH BINTI HARUN )
Pen. Kanan Pentadbiran
SMK Sepagaya, Lahad Datu.
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU Kod Sekolah: XEA3104

1. Nama Guru HAYATI BINTI LATIP


Tahap Keupayaan Pengajaran
Guru dan Hubungannya dengan 3. Bidang: Kemahiran
Pencapaian Murid di Sekolah Profesional.
2. Judul & Bil Muka Surat
Berprestasi Rendah.
Fokus : Pengurusan Strategik.
M/Surat: 13
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Kajian ini bertujuan melihat dari persepsi murid, hubungan pengajaran guru Sejarah dengan
pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah berprestasi rendah SPM Sejarah.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan hasrat
dan aspirasi negara khususnya dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai kuasa fikir yang tinggi,
patriotik dan dapat mengimbangi antara nilai-nilai material dengan nilai-nilai kerohanian dan
kemanusiaan. Fungsi pengajaran adalah menghasilkan pembelajaran yang efektif. Oleh itu satu
sesi pengajaran yang baik memerlukan kemahiran guru memadankan kaedah mengajar dengan
objektif pembelajaran pelajar dan gaya pembelajaran pelajar khasnya bagi sekolah berprestasi
rendah. Oleh itu, satu pendekatan sistematik perlu dilakukan oleh guru dalam proses
perkembangan ilmu pengetahuan melalui kaedah yang sesuai bagi mewujudkan pembelajaran
yang berkesan di bilik darjah. Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada
perancangan dan kualiti guru sejarah. Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan
keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan profesional.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu


- Keberkesanan pengajaran menjadi kayu ukur kejayaan guru dalam mencapai objektif
bagi membantu pelajar sewaktu sesi pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru Sejarah hendaklah diberi pendedahan tentang ciri kualiti pengajaran, kreatif dan
inovatif ketika melaksanakan pengajarannya.
- Guru perlu mempunyai kemahiran dan teknik mengajar bagi meningkatkan prestasi
pelajar dalam subjek sejarah.
- Menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) yang sesuai mengikut kesesuaian topik
pengajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAYATI BINTI LATIP ) ( PN. SITI NORZIAH BINTI HARUN )
Pen. Kanan Pentadbiran
SMK Sepagaya, Lahad Datu.
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU Kod Sekolah: XEA3104

1. Nama Guru HAYATI BINTI LATIP


Program i-THINK: Membudayakan 3. Bidang: Pengetahuan
Kemahiran Berfikir. Profesional
2. Judul & Bil Muka Surat
M/Surat: 46 Fokus : Kreativiti & Inovasi
Pedagogi
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan


membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan
pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Buku ini juga memberi
penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid di sekolah.
Budaya berfikir berlaku apabila guru dan murid mengamalkan penggunaan alat berfikir semasa
pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 8 jenis peta i-THINK yang boleh digunakan oleh guru
dan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta efektif iaitu peta
bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan
peta titi. Pembudayaan peta i-Think di sekolah haruslah dilaksanakan dengan melibatkan semua
pentadbir, guru dan murid.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Peta i-THINK meningkatkan daya imaginasi (berfikir di luar kotak).


- Mampu meningkatkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
- Meningkatkan kerjasama berpasukan.
- Meningkatkan kefahaman murid.
- Seronok dan tidak merasa tertekan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Berkongsi idea dengan sekolah yang melaksanakan i-THINK, sekolah yang memerlukan
bantuan dan khidmat nasihat serta mengadakan kunjung bantu.
- Mengadakan promosi melalui mewujudkan blog sekolah, meletakkan bunting, kain
rentang dan brosur di premis sekolah, Hari Terbuka i-THINK, juga membentangkan
perkembangan dan pencapaian program ini dalam konvensyen dan seminar pendidikan.
- Guru memberi tugasan pengukuhan kepada murid untuk menggunakan peta pemikiran
yang telah diperkenalkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAYATI BINTI LATIP ) ( PN. SITI NORZIAH BINTI HARUN )
Pen. Kanan Pentadbiran
SMK Sepagaya, Lahad Datu.

Anda mungkin juga menyukai