Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK LEMBAH JAYA SETIU Kod Sekolah: TBA 6091

1. Nama Guru
MUHAMMAD KHAIRULNAEM BIN MUSTOPA
PANDUAN MENANGI BULI DI
2. Judul SEKOLAH 3. Bidang: PROFESIONAL

4. Tarikh Pembentangan 23/8/2022 5. Masa:1.00 PTG

6. Tempat Pembentangan
PEJABAT SEKOLAH
7. Sinopsis

Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah dihasilkan sebagai satu garis
panduan kepada pihak yang terlibat dalam mengendalikan isu buli. Penerbitan buku
ini diharapkan dpat membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru dalam
mengendalikan gejala buli dalam kalangan murid dengan lebih berkesan. Buku ini
mengandungi empat bab yang membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan
buli.Bab pertama buku ini memaparkan pengenalan secara terperinci berkaitan buli
termasuklah takrifan buli, implikasi, jenis dan faktor-faktor buli.Bab ini ditulis dengan
terperinci agar gejala buli yang berlaku dalam kalangan murid difahami dengan jelas.
Seterusnya , bab kedua buku ini menghuraikan dengan terperinci pengurusan sekolah
berkaitan buli termasuklah menggariskan peranan pengurusan sekolah. Dalam bab ini
juga dijelaskan pemantapan pengurusan disiplin terutamanya pemilihan program
mengatasi buli. Permuafakatan pencegahan buli yang melibatkan peranan agensi-
agensi kerajan dan badan bukan kerajaan juga ditulis dalam bab ini. Bab ketiga pula
memaparkan dengan jelas berkaitan aktiviti-aktiviti menangani buli. Cadangan aktiviti-
aktiviti ini termasuklah aktiviti di sekolah rendah dan menengah. Pelbagai aktiviti
digariskan mengikut orientasi program yang dipilih untuk menangani buli. Peringkat-
peringkat perancangan dan penilaian menangani buli juga termasuk dalam bab ini.
Bab keempat merupakan carta aliran dan instrumen penilaian aktiviti menangani buli
di sekolah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku panduan ini telah memberi ilmu yang sangat meluas dan berguna dalam isu
menangani kes buli yang semakin berleluasa di dalam sekolah. Cara menangani dan
jenis-jenis buli juga diterangkan dengan jelas supaya dapat difahami dengan mudah
oleh pembaca. Terdapat banyak pengetahuan dan pengajaran seperti memperincikan
dan sentiasa menambahbaik sistem disiplin dan pengurusan murid di sekolah. Buku ini
juga dapat memberi ingatan dan ilmu dimana kes buli bukan sahaj melibatkan pihak
sekolah, tetapi juga persekitaran dan pergaulan murid itu sendiri.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini amat sesuai diaplikasikan di sekolah. Buku ini juga menunjukkan cara
menangani kes buli dengan lebih efektif dan berkesan tanpa meninggalkan kesan
buruk pada mental dan emosi murid terbabit. Ia amat berguna pada guru ,staf
sokongan,orang sekeliling mahupun ibu bapa murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai