Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SK JELAPANG KOD SEKOLAH : ABA2045

1. Nama Guru MUHAMMAD HANIF BIN ABD KHALIM

2. No KP 850804-14-5223

3. Tajuk Buku GURU SEBAGAI 4. Bahasa Buku : BAHASA


PENDORONG DALAM BILIK MALAYSIA
DARJAH
5. Penulis Buku AINON MOHD, ABDULLAH 6. Bil Muka Surat : 294
HASSAN
7. Tarikh Pembentangan 8. Bidang : PENDIDIKAN

9. Tempat Pembentangan 10. Masa :

11. Sinopsis
Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi
individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan
tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program
motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-
murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi,
oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses
mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang
masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang
berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah
adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada
tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai
individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan
program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah.
Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi
bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem
motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa.
Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh
motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat
dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang
salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.
Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian
mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama
mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan
kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar
psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang
berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang
dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang
pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya
kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan
mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia
yang berjaya.

12. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


ᴥ Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.
2. ᴥ Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3. ᴥ Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4. ᴥ Melatih murid bersikap optimis.
5. ᴥ Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6. ᴥ Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

13. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

ᴥ Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2. ᴥ Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. ᴥ Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik darjah.
4. ᴥ Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat mengingat
dengan mudah.
5. ᴥ Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6. ᴥ Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................................. ..................................................................

(NUR FARAH HANI NG ABDULLAH) ( )

Anda mungkin juga menyukai