Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TINGGI MELAKA Kod Sekolah: MEB2090

1. Nama Guru AHMAD ZUBIR BIN ABDUL AZIZ

2. Judul MENANGANI SIFAT MARAH 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan cara-cara seseorang individu itu menangani sifat marah di dalam diri
masing-masing. Seseorang yang mempunyai sifat marah akan menjadi seorang yang bangga diri,
anti sosial dan bengis. Seseorang yang berjaya menangani masalah marahnya akan dapat
menarik ramai orang.
Antara yang dicadangkan dalam buku ini ialah dengan mengamalkan sifat-sifat terpuji, nilai-nilai
islam dan memastikan keluarga dalam keadaan tenteram dan harmonis.
Di dalam buku ini juga disertakan cerita-cerita motivasi untuk menjadi panduan dalam mengawal
kemarahan. Terdapat juga doa-doa yang boleh diamalkan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini telah mengajar cara untuk mengawal sifat marah kerana sifat marah yang tidak terkawal
akan menyebabkan pandangan negatif sekeliling terhadap individu tersebut. Ini seterusnya
menyebabkan individu itu menjadi bengis, mendapat sakit jantung dan menjejaskan kesihatan.
Disamping itu juga terdapat kaedah-kaedah yang boleh diamalkan untuk mengawal kemarahan
seperti beristigfar dan berzikir dan berdoa, jangan cepat melatah dengan provokasi dan bertenang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru-guru boleh menggunakan buku ini untuk mengelakkan diri daripada mempunyai sifat-sifat
pemarah terutama terhadap anak murid kerana ini adalah tidak baik untuk perkembangan pelajar
itu sendiri. Guru-guru juga hendaklah menghindari sifat pemarah kerana akan dibenci oleh guru-
guru yang lain.
Guru-guru juga boleh menggunakan buku ini untuk mengajar anak-anak murid cara mengawal sifat
marah mereka seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai peribadi yang lebih positif
dan juga cemerlang di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AHMAD ZUBIR BIN ABDUL AZIZ) ( )

Anda mungkin juga menyukai