Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SULTAN ABDUL JALIL Kod Sekolah: JEA2033

1. Nama NORISKANDAR BIN SAIM

2. Judul SINERGI DALAM PENGURUSAN


SEKOLAH 3.Bidang:PENDIDIKAN
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah
cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social
yang penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja
berkemahiran, separa mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga
banyak membincangkan peranan pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan
sokongan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang.
Buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga menyentuh dengan lebih
mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua sebagai peneraju kecemerlangan,
pasukan mengurus kecemerlangan,guru pendukung kecemerlangan, pelajar sebagai
penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan kongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang
guru dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai
dalam buku ini ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu
pasukan yang efisien dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain
itu,buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga banyak memberikan
pengetahuan baharu dalam pengurusan sekolah sama ada sebagai
pengetua,pentadbiran,guru-guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan pelajar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi skolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
( ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SULTAN ABDUL JALIL Kod Sekolah: JEA 2033

1. Nama Guru MUHAMMAD RASUL BIN SALLEH

2. Judul MENGURUS KANAK-KANAK YANG 3. Bidang: PENDIDIKAN


SUSAH BELAJAR
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Dalam buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta
berkenanaan masalah-masalah yang menghalang proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku
ini juga membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta meneroka kehendak-
kehendak yang perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara
keseluruhannya, buku ini memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru
terutama guru pendidikan khas. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku
ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-
kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran, lambat mengingat semula, sukar mengikut
arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
pelbagai masalah pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat
mengetahui tip-tip yang sesuai yang boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah
saya dapat mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai