Anda di halaman 1dari 2

TEKS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN 2024

BI PERKARA CATATAN
L
1 Ucapan Aluan Yang Berusaha
Pengerusi Majlis Cikgu Ayub bin Ibrahim, Pengetua SMK Sultan Abdul Jalil

Yang Dihormati,
Cikgu Aslina binti Jaafar,Penolong Kanan pentadbiran SMK Sultan Abdul Jalil

Cikgu Haji Md Hanizan bin Ghazali,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

CIkgu Abdullah bin Mohd Rasip, Penolong Kanan Kokurikulum

Cikgu Siti Katijah binti Muhammad, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Cikgu Hj Jamaluddin bin Miskin


Penolong Kanan Ting 6

Rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Kita mulakan majlis kita hari ini dengan Ummul Kitab Al Fatihah

2 Bacaan ayat Suci Hadirin yang Dirahmati Allah sekalian,


AL Quran Mari kita mulakan majlis pada petang ini dengan mendengarkan alunan ayat
suci Al Quran dan terjemahannya yang akan dibacakan oleh pelajar tingkatan
6.

Dengan segala hormatnya. Dipersilakan


Falyatafadhol Mashkura..

Terima kasih diucapkan kepada saudara Sulaiman bin dari kelas 6____ atas
bacaan ayat suci Al Quran sebentar tadi.
3 Ucapan Pengetua Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Ayub bin Ibrahim,
Pengetua SMK Sultan Abdul Jalil untuk menyampaikan ucapannya seterusnya
merasmikan Program Ihya’ Ramadan bagi tahun 2024.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ayub bin Ibrahim atas ucapannya
sebentar tadi.
4 Tayangan montaj Hadirin yang dikasihi sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj Ramadan yang telah
disediakan.

Mari sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi selesainya tayangan montaj Ramadan yang telah disediakn oleh
Cikgu Hakeem bin Misnan. Terima kasih diucapkan.
5 Taklimat Ringkas Hadirin sekalian, sebelum majlis kita berakhir pada hari ini,majlis dengan suka
Ramadan citanya menjemput Ustazah Junaidah binti Kalimi bagi menyampaikan Taklimat
Ringkas berkaitan Aktiviti sepanjang Bulan Ramadan ini. Dipersilakan
6 Tamat Dengan berakhirnya taklimat itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada petang
yang berbahagia ini. Akhir kalam, Marilah kita sama-sama menghidupkan
bulan Ramadan kali dengan pelbagai amalan yang mulia. Insya Allah. Sekian
WBT.

Anda mungkin juga menyukai