Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN


SMK BUKIT KUANG 2022

BI PERKARA SKRIP CATATAN


L
1. a) Nasyid ASSALAMUALAIKUM wbth
b) Mengambil alih
acara Mengejar taat tiada menoleh
Puasa ibadah zaman-berzaman
Hamba mohon majlis beralih
Mengganti acara menyambut Ramadhan

Taudzh
Basmalah

،‫ وال عدوان إال علي الظاملني‬،‫ وبه نستعني‬،‫احلمد هلل رب العاملني‬

‫ وأش هد أن س يدنا حمم دا‬،‫أش هد أن ال إل ه إال اهلل وح ده ال ش ريك ل ه‬

،‫عبده ورسوله‬
‫اللهم صل علي سيدنا حممد‪ ،‬وعلي أله وصحبه أمجعني‪،‬‬

‫رب اشرح يل صدري ويسريل أمري واحلل عقدة من لساين يفقهو‬

‫قويل‬

‫سبحانك ال علم لنا إال ما علّمتنا إنك أنت العليم احلكيم‪،‬‬

‫وال حول وال قوة إال باهلل العلي العظيم‬

‫بسم اهلل ما شاء اهلل ما كان من نعمة فمن اهلل‪،‬‬

‫ما شاء اهلل ال يسوق اخلري إال اهلل‬

‫العلي العظيم‬
‫ما شاء اهلل ال حول وال قوة إال باهلل ّ‬

‫‪Yang Berusaha Tuan Alias Bin Salleh, Pengetua SMK Bukit Kuang‬‬
Yang dihormati, Puan Wan Herlieni
_____________________________________
Pegawai Perhubungan Sekolah, PPD Kemaman.
Yang dihormati,
Tn. Hj. Mohd Shafie bin Abd Rashid, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Hjh Roslina Binti Seman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tn. M. Rosli Bin Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, kaunselor, para asatizah, guru-
guru dan murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama, mari kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana


dengan inayahNya, kita dapat berkumpul pada pagi yang barakah ini
bagi menjayakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Kuang bagi tahun 2022 /1443H.

Mari kita mulakan majlis pada pagi ini dengan bacaan Ummul Kitab, Al-
Fatihah.

2. Tazkirah Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Allah berfirman menerusi kalamNya dalam surah adz-Dzaariyaat ayat


55; “Tetap tekunlah dikau memberi peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

Justeru sempena menadah keberkatan pagi 2 Ramadhan 1443 H pada


hari ini, majlis dengan suka cita ingin menjemput Ustaz Abu Hasan
Ashari Bin Tahar bagi mengetuai bacaan doa seterusnya menyampaikan
tazkirah bertajuk ____________________________.

Dipersilakan.

Selesai:

Terima kasih diucapkan atas tazkirah yang disampaikan.

3. Ucapan Pengetua Kalau Tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada Tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Tuan Alias


Bin Salleh, Pengetua SMK Bukit Kuang untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Majlis Ihya’ Ramadhan
1443 H bagi tahun ini.
4. Pelancaran Ihya Selesai:
Ramadan & Tabung
Mahabbah Fillah Begitulah tadi ucapan perasmian Majlis Pelancaran Program Ihya’
Ramadhan peringkat sekolah bagi tahun 2022.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tn. Alias bin Salleh atas kesudian menyampaikan ucapan dan
merasmikan majlis sebentar tadi.

5. Taklimat Majlis Tadarus Hadirin sekalian,


al-Quran Bagi melanjutkan acara majlis dengan segala hormatnya menjemput
Ustazah Ainur Mardiyyah Binti Abu Taleb untuk memberikan penerangan
tentang pelaksanaan Majlis Tadarrus al-Quran.

Dipersilakan.

Selesai.

Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Ainur Mardiyyah di atas taklimat


yang disampaikan sebentar tadi
6. Penutup Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya taklimat perjalanan Majlis
Tadarrus al-Quran sebentar tadi, maka selesailah sudah Majlis
Bersurai Pelancaran Ihya’ Ramadhan pada kali ini.

Setitis embun di pagi hari


Jatuh di atas bunga melati
Tiba masanya perbaiki diri
Sepanjang Ramadhan yang diberkati

Semoga momentum ramadan kita pada kali in terus segar seterusnya


menatijahkan perubahan yang positif dalam kehidupan kita semua.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program
ini.

Kita tutup majlis kita dengan Tasbih Kaffarah dan surah al-cAsr

Akhir kalam, sy sudahi dengan lafaz Wa Billahi Taufiq walHidayah,


ASSALAMUALAIKUM WBTH.

Majlis dengan ini bersurai.

Anda mungkin juga menyukai