Anda di halaman 1dari 6

Bengkel Kaedah Pembelajaran Berkesan B Melayu Pemahaman & Penulisan Sekolah 2020

Rendah

MASA CUE ANN


PERSEDIAAN Para hadirin yang saya hormati sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sukacita diingatkan, para hadirin dapat mengambil


tempat masing-masing dan pastikan telefon anda
berada dalam keadaan mode senyap.

Terima kasih.

MASA CUE ANN


Dari Muar pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.


Salam ABC, salam anak yang baik lagi cerdik.

Yang berbahagia,

Encik Nuzulhakim Bin Mohd Ali

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha,

Puan Aishah Binti Sulaiman,

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

Yang dihormati,

1 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Bengkel Kaedah Pembelajaran Berkesan B Melayu Pemahaman & Penulisan Sekolah 2020
Rendah

Puan Hamidah binti Ali

Timbalan Unit Pembelajaran

Pejabat Pendidikan Daerah Tampin

Yang diraikan,

Encik Azhar Bin Salleh

Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka

Barisan jawatankuasa program serta

Para peserta Bengkel Kaedah Pembelajaran Berkesan


Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini, kita


Bacaan
buka majlis dengan ummul furqan Al-Fatehah.
Al-Fatehah
..........................................................................
Amin, amin ya robbal alamin.

Semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar di


bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,


SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Yang Maha


Esa kerana diberikan kekuatan dan kesempatan untuk
berhimpun dalam majlis ilmu pada pagi ini dalam
suasana norma baharu.

Pihak majlis turut mengalu-alukan kedatangan Puan


2 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Bengkel Kaedah Pembelajaran Berkesan B Melayu Pemahaman & Penulisan Sekolah 2020
Rendah

Hamidah binti Ali (Timbalan Unit Pembelajaran


Pejabat Pendidikan Daerah Tampin) ke bengkel pdpc
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini.

Untuk makluman semua, Bengkel Formula PdPc ini


merupakan buah tangan kedua Panitia Bahasa Melayu
SK Kem Syed Sirajuddin dengan kerjasama Pejabat
Pendidikan Daerah Tampin pada tahun ini.

Semoga perkongsian hampir separuh hari ini dapat


memantapkan lagi ilmu para guru dalam
melaksanakan pdpc Bahasa Melayu dengan lebih
berkesan.

MASA CUE ANN


SLOT 1 Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
EN. AZHAR Besar hajat kami menjemput,
bin Besar niat di dalam hati.
SALLEH
Sebelum membuka tirai majlis kita pada pagi ini.
Molek benar kiranya, saya berkongsi latar belakang
penceramah jemputan kita pagi ini.
……………………………………
RUJUK BIODATA PENCERAMAH

Nah, memang tidak dapat disangkal lagi, penceramah kita


ini memang hebat dan bukan calang-calang orangnya.

Sidang dewan berkarisma, tanpa melengahkan masa,


majlis mempersilakan Encik Azhar bin Salleh ke persada
majlis bagi meneruskan agenda.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


3 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Bengkel Kaedah Pembelajaran Berkesan B Melayu Pemahaman & Penulisan Sekolah 2020
Rendah

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada


En. Azhar bin Salleh atas perkongsian ilmu sebentar tadi.

Sidang dewan berintelek, majlis kini berehat selama 30


minit bagi sesi minum pagi.

Mohon kerjasama para peserta untuk masuk semula ke


dalam dewan pada jam 11.00 pagi bagi memastikan
kelancaran program kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan.


REHAT
Minum
Pagi

SLOT 2 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


EN. AZHAR
bin Tuan-tuan dan puan-puan, tanpa melengahkan masa
majlis diteruskan dengan Slot 2.
SALLEH

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan


Encik Azhar bin Salleh tampil ke persada majlis. .
…………………………………………………………………

Kami bagi pihak pengelola majlis berbesar hati atas


kesudian Encik Azhar bin Salleh Munsyi Dewan Bahasa
dan Pustaka berkongsi ilmu dalam bengkel kita
pada hari ini.

MASA CUE ANN


Penyampaian PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,
Cenderamata SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA,

4 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Bengkel Kaedah Pembelajaran Berkesan B Melayu Pemahaman & Penulisan Sekolah 2020
Rendah

TANDA AZIMAT SIMPULAN KASIH,


SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan


Puan Hamidah binti Ali (Timbalan Unit
Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Tampin)
diiringi Puan Aishah binti Sulaiman (Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SK Kem Syed Sirajuddin) ke
persada majlis bagi menyempurnakan acara
penyampaian cenderamata.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Dipersilakan - Encik Azhar bin Salleh


Munsi Dewan Bahasa dan Pustaka

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hamidah binti


Ali dan Puan Aishah binti Sulaiman
atas kesudian menyempurnakan penyampaian
cenderamata sebentar tadi.

MASA CUE ANN

Penutupan Sidang dewan budiman sekalian

Bunga selasih di tapak tangan, 


Dipetik orang harum mewangi, 
Segunung kasih kami taburkan.
Kehadiran tuan dijunjung tinggi

Tiada kata seindah madah,


Dicipta lagu tersentuh rasa,
Jika terdapat silap dan salah,

5 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Bengkel Kaedah Pembelajaran Berkesan B Melayu Pemahaman & Penulisan Sekolah 2020
Rendah

Maaf dipinta setiap masa.

Saya selaku peneraju majlis, mewakili ahli


jawatankuasa merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Saya akhiri dengan kalam suci


Wabillahitaufiq, walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

6 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020

Anda mungkin juga menyukai