Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

MASA CUE ANN

10.20 pagi Kehadiran siswi Remind untuk joint


Diminta semua siswi guru bersedia kerana slot akan
bermula sebentar lagi. Sementara itu, siswi guru
diingatkan untuk mengisi kehadiran di dalam Google
Classroom.

Siswi guru yang tidak mempunyai sebarang kekangan


untuk membuka kamera sepanjang slot berjalan.

Siswi guru, dinasihatkan untuk memastikan mic ditutup


bagi memastikan kelancaran sepanjang majlis dan buka
mic sekirnaya terdapat perbicangan atau soal jawab
dengan penceramah.

10.30 pagi Buka majlis Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama membacakan


Ummul Kitab bagi memulakan slot untuk pagi ini....
Al-Fatihah.

***

Amin, amin, amin, Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat sama-sama
kita berkumpul pada hari ini dalam Program Transformasi
Minda IPGK Perempuan Melayu, Melaka.

Jemput Hadirin Sekalian,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan SLOT


PERTAMA iaitu slot Sesi Pengenalan: Integrasi Kumpulan
yang akan dikendalikan oleh Encik Ahmad Suhaizan bin
Pandak, Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik.

Majlis mempersilakan.
***
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Suhaizan
bin Pandak atas perkongsian sebentar tadi.

12.30 tengah Majlis bersurai Baiklah…. kita akhiri slot ini dengan tasbih kafarah dan
hari surah Al-Asr.

Siswi guru diingatkan untuk berkumpul dan bersedia


semula di dalam Meet bagi SLOT KEDUA pada jam 2.00
petang ini.

Terima kasih atas kerjasama semua. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai