Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2023


SMA. TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI
TEMA : GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

Acara 1 Mengumumkan ketibaan Puan Hjh Siti Sharidah Bt Che Mahmood , 8:00 pagi :
acara dewan
pengetua SMA Tg Amalin A’ishah Putri diiringi barisan pentadbiran
Semua guru
berkumpul – serta guru-guru
perarakan masuk
ke Dewan Mumtaz

Acara 2 Hadirin yang dihormati sekalian , 8:20 pagi: guru


mengambil
Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta, sama-sama
Nyanyian lagu tempat di
Negaraku, lagu kita singkap sambutan Hari Guru dengan bersedia untuk menyanyikan 3 Dewan
Selamat Sultan Mumtaz
buah lagu iaitu lagu Negaraku , lagu Selamat Sultan dan lagu Sekolah
dan lagu Sekolah
dengan penuh bersemangat.
1. Lagu Negaraku
2. Lagu Selamat Sultan
3. Lagu Sekolah

( jika sound sistem tidak berfungsi, nyanyi sendiri. Contoh: ” lagu


negaraku , 1..2..mula”)
Negaraku - Negaraku, Tanah tumpahnya darahku,
Selamat Sultan - Lanjutkan usia Al-Sultan kami

Terima kasih,
Para guru yang dihormati dipersilakan duduk.

1
Acara 3 8:30 pagi
Tangan ditadah penuh inayah,
Bacaan doa
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.

Bagi memberkati majlis marilah sama2 kita mengaminkan doa yang


akan dipimpin oleh Ustaz Wan Amidi. Dipersilakan .

( bacaan doa )

Aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Wan


Amidi atas pimpinan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini
mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Para pelajar dipersilakan duduk.


Acara 4 Bismillahirrohmanirrohim,
Assalamualaikum wbt..
Ucapan Aluan
Pengacara Majlis Yang Berusaha Puan Hjh Siti Sharidah Bt Che Mahmood, Pengetua
SMA Tengku Amalin A’ishah Putri

Yang Berusaha Puan Hjh Siti Norbaini Bt Ibrahim, PK Pentadbiran


SMA Tengku Amalin A’ishah Putri

Yang Berusaha Puan Siti Raihan Bt Abdul Awal, PK Hal Ehwal Murid
SMA Tengku Amalin A’ishah Putri

Yang Berusaha Puan Rosnani Bt Muhammad PK Kokurikulum SMA


Tengku Amalin A’ishah Putri

Yang dihormati, barisan guru2 kanan, puan kaunselor, guru2 dan rakan2
pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnianya dapat kita sama2 berkumpul di Dewan Mumtaz pada pagi ini
untuk menjayakan sambutan Hari Guru bagi tahun 2023

Istana kota sebelas langkat,


Tempat baharu nakhoda pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

2
Hari Guru disambut pada 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan
pengorbanan guru2 di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.

Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi, maka lahirlah


warganegara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
membangunkan negara Malaysia yang berjaya.

Ini bertetapan dengan tema Hari Guru bagi tahun ini iaitu ”GURU
INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI”

Acara 5 Para hadirin yang dihormati sekalian,

UCAPAN 1 Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat majlis menyampaikan ucapan
tanpa membuang masa lagi, majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Hjh Siti Norbaini Bt Ibrahim, (PKP SMATAAP) untuk
menyampaikan teks perutusan dari Ketua Pengarah Pndidikan Malaysia.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(perutusan dibaca)

Terima kasih diucapakan kepada Pn. Hjh Siti Norbaini Bt Ibrahim atas
perutusan yang disampaikan sebentar tadi.

Acara 6 Majlis kita pada pagi yang mulia ini diteruskan lagi dengan menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha Bonda Pn Hjh Siti Sharidah Bt Che
UCAPAN 2
Mahmood selaku Pengetua (SMANTAP) untuk menyampaikan
Perutusan dari Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, dengan
segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan ,
(perutusan dibaca)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Bonda
Pn Hjh Siti Sharidah Bt Che Mahmood atas perutusan yang disampaikan
sebentar tadi.

Acara 7 Para hadirin yang dikasihi sekalian, 10 pagi rehat

Bacaan Ikrar Hari Paluan gendang pembuka majlis,


Guru , Moden tradisional bersatu senada,
Bacaan ikrar menjadi perintis,
Nyanyian lagu ” Barisan guru tersenyum bangga.
Kami Guru
Malaysia”

3
Untuk itu diminta semua guru berdiri dan bersedia bagi melafazkan ikrar
Hari Guru diketuai oleh En M. Anuar Bin Muhammad. Dipersilakan,
(ikrar dibaca)

Majlis merakamkam ucapan terima kasih.

Seterusnya majlis diteruskan lagi,


Sesi fotografi
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan nyanyian oleh barisan pentadbir dan guru-guru
yang bertajuk ” Kami Guru Malaysia” .Dipersilakan....

Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan


yang disampaikan .

Seterusnya, para guru yang dihormati diminta bersedia bagi sesi


fotografi.

(sesi fotografi guru2)

Bagi pengetahuan sidang dewan yang dimuliai ,


Kita akan berhenti sebentar bagi memberi ruang kepada guru dan pelajar
untuk berehat. Para hadirin diminta untuk kembali ke dewan pada pukul
10.45 pagi .

Acara 8 Bismillahirrohmanirahim.
Sidang dewan sekalian,
Acara dewan – Majlis akan diteruskan lagi dengan permainan indoor ”Man Ana”

Permainan indoor
Persembahan Seterusnya majlis diserikan pula dengan persembahan sketsa daripada
sketsa pelajar tingkatan 3 . Dipersilakan.
Persembahan
nasyid pelajar
ting5 Terima kasih atas persembahan sketsa yg cukup menghiburkan hati
Persembahan guru sebentar tadi.
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan pemainan indoor’nasib merasa’
hadiah
Nasyid penutup Majlis disusuli lagi denagn persembahan nasyid daripada pelajar
Acara potong kek tingkatan 5. Majlis mempersilakan,

4
demikianlah tadi persembahan drpd pelajar tingkatan 5
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan permainan indoor yang
terakhir iaitu ” Dari Mata Naik Ke Otak”

Seterusnya, majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan


persembahan daripada para guru . Majlis menjemput dan dipersilakan,

Ribuan terima kasih kepada guru2 atas persembahan yang mencuit hati
sebentar tadi.

Para sidang dewan sekalian,

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Sebagai tanda penghargaan, sekalung budi seuntai kasih


Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian hadiah kenang-
kenangan sebagai tanda penghargaan kepada guru2 .

Penyampaian hadiah guru2 akan dimulakan dengan penyampaian hadiah


kpd guru tingkatan 1
tingkatan 2,
tingkatan 3,
tingkatan 4,
Akhir sekali, tingkatan 5 .

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Kini telah tiba saat yang diananti-nantikan seluruh sidang dewan, iaitu
penyampaian saguhati kepada para pemenang permainan2 yang
dijalankan tadi . Sebelum itu majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha _________ untuk menyempurnakan
penyampaian hadiah. Majlis mempersilakan,

Bagi acara permainan indoor ”man anna” dimenangi


oleh_______dengan segala hormat majlis mempersilakan,
(hadiah disampaikan kepada pemenang)

Bagi acara permainan indoor ”nasib merasa’ dimenangi oleh _______


dengan segala hormat majlis mempersilakan,

Yang terakhir acara permaianan indoor ” dari mata naik ke otak”pula


dimenangi oleh_____ dengan segala hormat majis mempersilakan,

5
Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada guru2 yang sudi
menyertai acara2 yg telah dianjurkan oleh PERTIMA dan juga sama2
menjayakan Majlis Hari Guru pada hari ini.

Syabas dan tahniah, kita berikan tepukan yang gemuruh kepada guru2
yang ada pada hari ini.
Seterusnya, kita teruskan dengan penyampaian hadiah kepada raja dan
permaisuri,
Raja bagi tahun ini disandang oleh_______
Permaisuri bagi tahun ini pula disandang oleh _____
Tahniah kepada para pemenang dan majlis mengucapkan terima kasih
atas penyempurnaan penyampaian hadiah sebentar tadi.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Tinggi-tinggi si burung tempua,
Tinggilah lagi harapan di hati,
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembahkan kita hayati.

Sblm acara potong kek, marilah sama2 kita saksikan persembahan


nasyid penutup dari pelajar tingkatan 5. Majlis mempersilakan ,

(nasyid penutup)

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menarik sebentar


tadi .

Sebelum mengakhiri majlis, Acara yang terakhir kita untuk sambutan


hari Guru bagi tahun ini adalah acara pemotongan kek _____ sebagai
tanda penghargaan kepada semua guru di SMA Tg Amalin A’ishah Putri

Acara 9 Hadirin yang dimuliakan

6
Penutup
Guru umpama dian
Membakar diri menerangi hidup insan
Cintanya pada peradaban
Kasihnya pada anak watan
Setianya pada perjuangan
Kekal meniti zaman
Jasanya tetap dikenang
Guru Pembina Negara Bangsa
Terima Kasih Cikgu

Tiada kata secantik bahasa


Hendak diluah segala rasa
Sempurna sudah majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa

Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas dan
Optional
tahniah kepada warga SMA Tg Amalin A’ishah Putri kerana dapat
closure:
bersama2 meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun Diminta semua
pelajar
2023.
(smataap)
berdiri dan
Tersilap tersalah harap diampun sama2
Terkasar bahasa maaf dipohon mengucapkan
”Selamat Hari
Guru !”
Akhir kata,
dan ucapan ’
Selamat Hari Guru, Terima Kasih
Cikgu” .
Sekian wbt.
Majlis selesai, tahniah pengacara majlis . 1:00 tgh hari
majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai