Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS HARI GURU

SK BERUAS
(18 MEI 2022)

SKRIP CATATAN
SALUTASI
Yang Berusaha,
En. Azman Hashim GB SK Beruas,

Pn. Noni Hanizar Zainal


Penolong Kanan Pentadbiran

En. Rusli Semail


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Maznah
Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi


sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,salam ceria di pagi yang


mulia. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru peringkat
sekolah.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan


limpah kurnia dan keizinan-Nya dapat sama-sama kita berkumpul
di Dewan Seri Gemilang ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru
2022 dengan tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

BACAAN DOA Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan


doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Amri Othman. Dijemput
dengan hormatnya.

=
Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai,
yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan
rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan
Lagu Sekolah. Semua dipersilakan berdiri.
UCAPAN KETUA Sidang dewan dipersilakan duduk.
MURID
Hadirian yang dihormati sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar,
untuk itu dipersilakan Mohd Amsyar Nasrullah selaku Ketua
Murid untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

UCAPAN GURU Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Tuan Guru
BESAR Besar, Encik Azman Hasshim untuk menyampaikan ucapan
beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

BACAAN Hadirian yang dihormati sekalian,


PERUTUSAN
Seterusnya Bacaan Perutusan.

Dipersilakan Encik Rusli Semail PK Hal Ehwal Murid untuk


membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

.Seterusnya dipersilakan Puan Noni Hanizar Zainal,PK


Pentadbiran untuk membacakan Perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian membaca
perutusan.

BACAAN Sidang dewan yang dimuliakan,


IKRAR
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru berdiri dan tampil ke atas pentas
bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh Cikgu Dahari.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Nyanyian Lagu Sebagai hiburan dan tatapan anak didik sekalian, marilah sama-
Kami Guru sama kita saksikan persembahan nyanyianlagu Kami Guru
Malaysia Malaysia oleh barisan guru kita.

Dipersilakan.

Terima kasih semua guru-guru yang superb.


Persembahan Kita teruskan kelangsungan kehangatan majlis dengan
Murid persembahan dari anak-anak SK Beruas. Jom sama-sama kita
saksikan.

Terima kasih atas persembahan yang menyentuh hati itu.


Persembahan Pelangi muncul jarang sekali,
Guru Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.

Kita teruskan agenda majlis dengan persembahan guru-guru.


Masing-masing nampaknya tak sabar nak tunjuk bakat.
Dipersilakan guru-guru dari rumah sukan ___________ untuk
tampil membuka pentas persembahan. Dipersilakan.

Terima kasih pasukan rumah __________. Jom kita lihat pula


persembahan hebat guru-guru rumah __________. Dipersilakan.

Terima kasih guru-guru rumah ________. Mari kita saksikan pula


persembahan guru-guru superb rumah ____________. Silakan.

Mantap dan hebat belaka. Terima kasih. Kita teruskan layar


persembahan dengan guru-guru dari rumah ________.
Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan menarik itu tadi.

Wah, nampaknya pentas semakin panas. Jom kita saksikan


persembahan terulung oleh barisan pentadbir. Berikan tepukan
gemuruh, dipersilakan.

Terima kasih semua cikgu-cikgu yang sporting untuk


persembahan hari ini.
Pertukaran Hadiah Sidang hadirin,
Guru Kita teruskan agenda dengan upacara pertukaran hadiah guru.
Dijemput Puan Maznah Zahari untuk menyempurnakan acara.

Penyampaian Seterusnya penyampaian hadiah bagi acara tele match boling


Hadiah Guru kelapa dan petaque kelapa yang berlangsung awal pagi tadi. Kita
tengok siapa yang menang.

Bagi menyampaikan hadiah, dipersilakan Encik Rusli Semail


menyempurnakan.

Kita mulakan tempat ke-4 dipersilakan pasukan rumah ________.


Seterusnya, tempat ke-3 disandang pasukan rumah _________.
Naib johan tele match pasukan rumah __________.
Dan, Johan telematch hari guru 2022 jatuh kepada pasukan rumah
________. Tahniah diucapkan.

Terima kasih cikgu rusli dan tahniah kepada pemenang.

Hadiah pakaian Hari ini kita juga ada hadiah untuk pakaian tema retro terbaik.
retro terbaik Bagi menyempurnakan acara, dijemput Puan Noni untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Pemenang tema retro hari guru 2022 , ______________.


Dipersilakan. Tahniah.

Terima kasih cikgu Noni.

Penyampaian Diteruskan agenda dengan penyampaian anugerah. Dijemput tuan


Anugerah guru besar, encik azman hashim menyempurnakan. Dipersilakan
tuan.

Anugerah Kepimpinan Guru. Dipersilakan ______________.


Tahniah.

Anugerah Tokoh Guru. Dipersilakan _____________. Tahniah


diucapkan.

Bersurai Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya
dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah
kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami
pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai