Anda di halaman 1dari 5

TEKS

MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU
SK KAMPONG BEDAL
2023

Pengacara Majlis :

1. Haura Dini Afiqah Binti Edy Sofyan


2. Raja Amni Az Zahra Binti Raja Mohd Asnawi
TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK KAMPONG BEDAL 2023

Pengumuman Dijemput semua murid bersedia kerana majlis kita akan bermula
sebentar lagi.

Salutation Yang Berusaha,


Pengerusi Majlis Cikgu Mohd Sabri bin Yunus,
(HAURA) Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit Sektor Teknologi Pendidikan,
Sektor Pembelajaran,
PPD Kuala Krai.

Yang Berusaha,
,
Pegawai Perhubungan Sekolah Kebangsaan Kampong Bedal,

Yang Berusaha,
Cikgu Norhashima bt Abdul Wahab,
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Kampong Bedal

Yang Berusaha,
Cikgu Mohd Hakimi bin Md Setapa,
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kampong Bedal

Guru-guru berjasa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur, kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana


dengan izin-Nya, kita dipertemukan pada hari yang berbahagia ini
bersempena MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK KAMPONG
BEDAL bagi tahun 2023 dengan temanya “Guru Insani Pemangkin
Generasi Madani”.

Nyanyian lagu Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Lagu
(AMNI) Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.

…………………………..NYANYIAN LAGU………………………………...

Hadirin dipersilakan duduk.


Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah
tangan dan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara
Muhammad Khalif Aiman bin Mohd Khaidir.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BACAAN DOA

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Khalif Aiman
atas bacaan doa sebentar tadi.

Perutusan Bukan rumput sebarang rumput, Rumput


KPPM penghias tepian laman, Bukan jemput
(HAURA) sebarang jemput, Tampil ke pentas baca
perutusan.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Cikgu Mohd Hakimi bin Md


Setapa, Penolong Kanan Kokurikulum SK Kampong Bedal bagi
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Yang
Berbahagia, Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali sempena Sambutan Hari
Guru tahun 2023.
Majlis mempersilakan.

PERUTUSAN KPPM

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Hakimi atas bacaan perutusan
sebentar tadi.

Perutusan Terbang di awan burung jentayu,


Menteri Kerana penat gugur ke bumi,
Pendidikan Tampillah Puan kami merayu,
Malaysia Perutusan Menteri menyusul kini.
(AMNI)
Warga dewan yang dimuliakan,
Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha, Cikgu
Norhashima bt Abdul Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran SK
Kampong Bedal bagi membacakan titipan perutusan Menteri
Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat, Fadhlina binti Sidek bersempena
Sambutan Hari Guru tahun 2023.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Perutusan Menteri KPM


Amanat yang sangat berharga kekal terpahat dalam sanubari warga sekolah
khususnya warga pendidik SK Kampong Bedal.
Majlis merakamkan sekalung penghargaan buat Yang Berusaha, Cikgu
Norhashima bt Abdul Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran SK
Kampong Bedal atas kesudian membacakan perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia sebentar tadi.

Ikrar Hari Guru Mengayuh sampan ke Teluk Sengat,


(HAURA) Sampan dikayuh penuh cermat, Laungan
ikrar penuh semangat, Tanda setia
mendidik umat,

Warga dewan sekalian,


Majlis dengan sukacitanya menjemput Cikgu Mohd Khaidir bin Che
Ibrahim untuk memimpin lafaz Ikrar Hari Guru bersama para guru SK
Kampong Bedal.
Dipersilakan barisan guru berjasa untuk sama-sama berdiri bagi
melafazkan ikrar.

Nyanyian lagu Kita teruskan majlis dengan persembahan nyanyian lagu “Kami Guru
Kami Guru Malaysia” dan “Biarku Menjadi Lilin” oleh barisan pendidik SK Kampong
Malaysia dan Bedal. Dipersilakan.
Biarku Menjadi
Lilin Nyanyian Lagu Guru
(AMNI)
Demikianlah tadi bacaan ikrar serta nyanyian penuh bersemangat oleh para
guru.
Guru-guru hebat dipersilakan duduk.

Persembahan Sudah lama tidak berjenaka, Menghibur


Murid (HAURA) hati bercerita sakan, Majlis ini berehat
seketika, Persembahan murid kita
saksikan.

Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama sama menyaksikan


persembahan daripada murid-murid pra-sekolah dan Tahun 6 dengan
nyanyian ‘Terima Kasih Cikgu & Guruku sayang’.Marilah sama-sama kita
saksikan.
PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan yang


bersemangat tadi.

Seterusnya, mari kita saksikan persembahan istimewa daripada murid Tahun


6 dengan nyanyian lagu bertajuk ‘Biarku Menjadi Lilin’

PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan yang


bersemangat tadi.
Acara Khas Hadirin yang budiman,
Kita gamatkan lagi suasana dewan dengan acara khas dan istimewa untuk
para guru SK Kampong Bedal.
Untuk itu, majlis diserahkan kepada Cikgu Muhaini binti Zakaria bagi
meneruskan acara Khas Guru-Guru SK Kampong Bedal.

ACARA KHAS

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Muhaini atas pengendalian acara


Khas itu tadi.

Penutup Warga dewan yang dikasihi,

Ibarat sampan didayung telah sampai ke kuala,


Ibarat larian dimula telah sampai garisan penamatnya, Majlis kita
kini sampai penghujungnya.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada tetamu yang sudi hadir bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini.
Kita doakan semoga para guru berjasa SK Kampong Bedal sentiasa dilimpahi
berkat dan dikurniakan kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa.

Majlis Sambutan Hari Guru SK Kampong Bedal 2023 kini melabuhkan tirai.

Mohon ampun dan maaf jika ada tersilap tutur bicara sepanjang kami
mengendalikan majlis pada hari ini.

“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.

Wabillahitaufiq Wal hidayah


Wassalamualaikum W.B.T

Murid- murid yang ingin memberikan hadiah boleh berdiri dan berikan hadiah
kepada mana-mana guru dan boleh ke kelas untuk sesi jamuan hari raya.
Murid – murid tahun 4 dan 6 boleh bergerak ke kantin.

Diminta guru-guru tunggu sebentar di dewan bagi sesi fotografi.

Anda mungkin juga menyukai