Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Teks ini saya buat untuk Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah saya. Bolehlah buat panduan bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi pengacara majlis.. Bukanlah bagus sangat.. tapi bolehlah.. cuma edit lah untuk kesesuaian.

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM AL-BASRIYAH 2012 & MESYUARAT PIBG 2013 Mengumumkan ketibaan Penolong Pengarah Unit Akademi & KAA, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, Us. Mohamed Danial Bin Abu Samah dengan diiringi Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah dan dif-dif kehormat. Terima kasih kepada semua hadirin sekelian. Para hadirin semua dijemput duduk di tempat masing-masing. Pagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna, kita raikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum al-Basriyah 2012 & Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 4 Tahun 2013 BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T Yang Berusaha Us. Mohamed Danial Bin Abu Samah, Penolong Pengarah Unit Akademi & KAA, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam ,Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Yang Dihormati mewakili Ketua Polis Beserah Yang Dihormati .., Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan Yang Berbahagia Datok Ali Hanafiah bin Syeikh Ruji, Pengerusi Yayasan Darul Ulum Al-Basriyah serta AJK Yayasan Darul Ulum Al-Basriyah Yang Dihormati En. Noor Ubaidillah bin Hasan Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa & Guru Maahad Tahfiz darul Ulum Al-Basriyah, Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Yusoh bin Wan Ali, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, guru-guru dan ibubapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Pesagi bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke : Majlis Anugerah Kecemerlangan (Akademik & Azhari) Maahad Tahfiz Darul UlumAl-Basriyah 2012 & Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 4 Tahun 2013.

Saya Ustaz Ahmad Shafie bin Mohamad akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anakanak kita dalam bidang pelajaran. Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin dan hadirat sekelian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Us. Mohamed Danial Bin Abu Samah, Penolong Pengarah Unit Akademi, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Pahang kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan, Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh saudara Hafizuddin Zikri bin Zuraimi Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (bacaan) Sodaqo Allahul Aazim Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Hafizuddin Zikri bin Zuraimi atas bacaan ayat-ayat suci al-Quran itu tadi. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi surah dibaca memohon Berkat Moga Majlis sentiasa dirahmati

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati En Noor Ubaidillah bin hasan, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ************(Ucapan YDP.) Ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati En Noor Ubaidillah bin hasan, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru atas ucapan tadi.

Kini, majlis mempersilakan yang berusaha Tuan Haji Wan Mohd Yusoh bin Wan Ali, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan. ************(Ucapan Pengetua.) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Wan Mohd Yusoh bin Wan Ali, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Us. Mohamed Danial Bin Abu Samah, Penolong Pengarah Unit Akademi dan KAA, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam ,Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi sesi 2012 & Mesyuarat Agung . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ***********(Ucapan JPN ) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Us. Mohamed Danial Bin Abu Samah, Penolong Pengarah Unit Akademik & KAA, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan Nasyid Kumpulan Shoutul Huffaz, Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah. Untuk makluman dif-dif kehormat dan para hadirin, Kumpulan Shoutul Huffaz telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Nasyid di Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Zon Juara yang diadakan barubaru ini. Majlis dengan ini mempersilakan. ************(Persembahan). Terima kasih kepada Kumpulan Shoutul Huffaz yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan doa yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu dan penat, pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang berjaya sewajarnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah untuk tiga pelajar terbaik bagi setiap kelas. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Yusoh bin Wan Ali, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah mengiringi Yang Berusaha Us. Mohamed Danial Bin Abu Samah, Penolong Pengarah Unit Akademik & KAA, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Pahang ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan. (Bila mereka dah di pentas) Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan 3 terbaik dalam kelas.

Tingkatan Satu Imam aN-Nafi Tempat pertama: Muhammad Alif Haziq bin Mohd Khirusham Tempat kedua : Muhammad Amirul Muminin bin Imaduddin Tempat ketiga : Abu Bakar Al-Siddiq bin Alias Tingkatan Dua Imam Ibnu Aamir Tempat pertama: Nurul Tasnim binti Zainuddin Tempat kedua : Nurul Nabihah binti Ab Alim Tempat ketiga : Nur Afaf Afifi binti Abdullah Tingkatan Empat Imam Ibnu Kathir Tempat pertama: Muhammad Hafizuddin bin Tajuddin Tempat kedua : Noor Mohammad Irfan bin Mohd Anuar Tempat ketiga : Ahmad Faqihuddin bin Noor Ubaidillah Seterusnya bagi penerima anugerah pelajar cemerlang PMR bagi tahun 2012 Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 1) Ahmad bin Fadhili (9A) 2) Mohamad Syawaluddin bin Che Ahmad (8A) 3) Muhammad Hafizuddin bin Hishamuddin (8A) 4) Muhammad Muzammil bin Juli (7A) 5) Muhammad Mustafa bin Abu Bakar (7A) 6) Wan Intan Suriani binti Wan Ali (7A) 7) Nur Aliya Zahirah binti Zaharin (7A) Seterusnya bagi penerima anugerah tokoh pelajar tahun 2012, dijemput Anugerah Tokoh Pelajar Tahun 2012 Tokoh Pelajar Lelaki : Muhammad Hafizuddin bin Tajuddin (T5) Tokoh Pelajar Perempuan : Nurul Tasnim ninti Zainuddin (T4) Terima kasih diucapkan kepada Us. Mohamed Danial bin Abu Samah, Penolong Pengarah Unit Akademik & KAA, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Berikutnya adalah penerima anugerah mata pelajaran Azhari terbaik bagi tahun 2012. Untuk makluman para hadirin sekelian, penilaian ini adalah berdasarkan pencapaian 3 hingga 4 A di dalam 5 mata pelajaran Azhari. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Nor Ubaidillah bin Hasan, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa & Guru untuk mengiringi Yang Berusaha ...Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan. Anugerah Mata Pelajaran Azhari Terbaik Tahun 2012 Tingkatan Satu Imam An-Nafi 1) Muhammad Alif Haziq bin Mohd Khirusham 2) Abu Bakar Al-Siddiq bin Alias 3) Muhammad Nazirul Mubin bin Maffor 4) Zahrul Nizam bin Sudirman 5) Muhammad Nasrullah bin Johari 6) Mohamad Faiz bin Mohamed Abdullah 7) Muhammad Helmi bin Rosli 8) Syafaraz bin Shamsuddin Tingkatan Dua Imam Ibnu Aamir 1) Nurul Nabihah binti Ab Halim 2) Nurul Afaf Afifi binti Abdullah 3) Nurul Tasnim binti Zainuddin 4) Auni Atikah binti Tazudin 5) Wan Mohammad Idham Syafiq bin Wan Sulaiman 6) Lutfil Hadi bin Selamat Sainuddin 7) Nor Aisyah binti Mokhtar 8) Nur Alia Syuhada binti Zaharin 9) Muhammad Ilyas Hanif bin Muhammad 10) Izzat Hanif bin Nazaruddin 11) Muhammad Nadzif Hadin bin Jamal 12) Muaz bin Muhammad Kheri Tingkatan Empat Imam Ibnu Kathir 1) Muhammad Hafizuddin bin Tajuddin 2) Moor Mohammad Irfan bin Mohd Anuar 3) Ahmad Faqihuddin bin Noor Ubaidillah 4) Muhammad Ismail bin Zahari 5) Muhammad Asyraf bin Najib 6) Muhd Himny Rushdy bin Azman Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ..Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar sebentar tadi. Rumah limas anjung Selatan Bunga kemuning tumbuh di laman Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan....

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Yusoh bin Wan Ali Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah untuk menyampaikan cenderamata. Dijemput Us. Mohamed Danial Bin Abu Samah, Penolong Pengarah Unit Akademi & KAA, Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk menerima cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya bagi menambahkan keberkatan untuk majlis kita pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Alif Farhan bin Zulkifli untuk membacakan doa. Dipersilakan Dengan bacaan doa itu tadi, maka tibalah masanya untuk saya selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sebelum itu untuk makluman Dif-dif kehormat dijemput ke dewan makan pelajar perempuan untuk menjamu selera, manakala tempat menjamu selera bagi ibubapa dan penjaga adalah di sebelah bangunan ini dan para pelajar pula akan menyusul untuk menjamu selera pada waktu yang akan diberitahu kelak. Majlis berakhir penuh rahmat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman. Kalau ada jarum yang patah Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai